Malaysia dan juga seluruh dunia dikejutkan dengan penemuan bangkai pesawat di Pulau La Reunion. Apa yang kita tahu setakat ini?
Malaysia dan juga seluruh dunia dikejutkan dengan penemuan serpihan pesawat di Pulau Reunion, berhampiran Madagascar di Lautan Hindi pada awal pagi Khamis (waktu Malaysia).
Persoalannya, adakah penemuan serpihan daripada komponen dikenali sebagai 'flaperon' ini bakal merungkai misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Mac tahun lalu?
AHAD, 2 OGOS 2015
Objek itu bagaimanapun dijumpai di lokasi yang berbeza daripada penemuan flaperon itu.
SABTU, 1 OGOS 2015:
Sementara itu, penemuan teritip pada serpihan pesawat itu kini menjadi satu tanda tanya tentang apakah mungkin dapat membantu merungkai misteri MH370.
JUMAAT, 31 Julai 2015:
AFP melaporkan kisah pekerja pantai Johnny Begue dan Cedric Gobalsoumy bagaimana mereka menemui “objek yang pelik” di terdampar di Saint-Andre, pulau Reunion.
Mereka berkata objek berkenaan diliputi pasir dan mempunyai teritip di tepinya.
Pada asalnya mereka mahu membiarkan bangkai itu di tepi jalan sebelum mereka menghubungi pihak polis setelah salah satu rakan setugas mereka selidik tentang nahas pesawat dan membaca tentang MH370.
KHAMIS, 30 Julai 2015:
Serpihan sepanjang dua meter itu yang kelihatan seperti bahagian sayap atau flaperon ditemui penduduk tempatan ketika kerja-kerja pembersihan pantai dijalankan dan mempunyai nombor kod.
Seorang penduduk tempatan kemudian menghantar beberapa keping gambar kepada seorang pakar bidang keselamatan penerbangan, Xavier Tytelman.
Dia percaya ia bermungkinan serpihan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines berdasarkan bentuk serpihan berkenaan yang sama dengan pesawat MH370, Boeing 777.
“Kod berkenaan bukan nombor plat pendaftaran, juga bukan nombor siri, bagaimanapun nombor rujukan itu akan memudahkan ia dikenalpasti.
“Dalam beberapa hari, kita akan mendapatkan jawapannya,” katanya seperti dipetik agensi berita AFP.
Nombor yang tertera pada serpihan itu adalah 'BB670.'
Siapa yang akan menguruskan siasatan?
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata Malaysia akan menguruskan siasatan dengan bantuan syarikat Boeing, Pejabat Siasatan dan Analisis Keselamatan Penerbangan Awam Perancis, BEA, Biro Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia.
Bila keputusan hasil siasatan dapat diketahui?
SABTU, 1 Ogos 2015:
Syarikat pembuat pesawat, Boeing pula beritahu Astro Awani, pihaknya sedia bekerjasama dalam siasatan berhubung penemuan serpihan sayap pesawat yang berkemungkinan besar datang dari pesawat Malaysia Airline (MAS) MH370.
"Atas permintaan pihak berkuasa penerbangan awam, Boeing akan menghantar satu pasukan teknikal untuk membantu dalam menganalisis bahagian yang dijumpai di Pulau Reunion," ulas jurucakap Boeing Commercial Airplanes ketika diminta mengesahkan tentang pasukan itu.
31 Julai 2015:
Martin Dolan, dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Sydney, Australia menjangkakan keputusan pengesahan serpihan akan diketahui dalam tempoh masa 24 jam
“Kami sedang bekerjasama dengan pihak Perancis dan Malaysia untuk menganalisis kesemua maklumat, namun tiada lagi apa-apa keputusan muktamad dan kami berharap dalam sedikit masa lagi, kami boleh mendapat keputusannya dalam masa 24 jam,” kata Dolan kepada AFP.
KHAMIS, 30 Julai 2015:
Menurut bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Hussain, andaian itu dibuat berdasarkan kebiasaannya itu adalah prosedur siasatan oleh badan siasatan antarabangsa.
Apa kata pihak berkuasa?
SABTU, 1 OGOS 2015:
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau telah menghubungi rakan sejawatnya di Perancis, Jean-Yves Le Drian dan menegaskan serpihan sayap tersebut akan dihantar ke Makmal Teknikal Aeronautik DGA di Balma, timur Toulouse, Perancis.
"Atas permintaan pihak berkuasa penerbangan awam, Boeing akan menghantar satu pasukan teknikal untuk membantu dalam menganalisis bahagian yang dijumpai di Pulau Reunion," ulas jurucakap Boeing Commercial Airplanes kepada Astro AWANI ketika diminta mengesahkan tentang pasukan itu.
JUMAAT, 31 Julai 2015:
Timbalan Menteri Pengangkutan, Ab Aziz Kaprawi berkata misteri nasib pesawat penerbangan MH370 yang hilang sejak lebih 500 hari lalu kini hampir pasti terungkai selepas serpihan pesawat yang ditemui di Lautan Hindi
disahkan milik sebuah pesawat jenis Boeing 777.
"Saya percaya kita semakin hampir menyelesaikan misteri MH370. Ini mungkin bukti yang meyakinkan bahawa MH370 terhempas di Lautan Hindi," kata Ab Aziz Kaprawi kepada agensi berita AFP.
KHAMIS, 30 Julai 2015:
Malaysia menghantar satu pasukan khas ke Pulau Reunion untuk menyiasat sama ada serpihan yang ditemui adalah milik penerbangan MH370 yang hilang lebih setahun lalu.
Dalam satu kenyataan pagi tadi,
Malaysia Airlines memaklumkan masih terlalu awal untuk mengaitkan penemuan serpihan tersebut dengan pesawat MH370.
"Masih terlalu awal untuk syarikat penerbangan membuat spekulasi mengenai dari mana asalnya flaperon itu buat masa ini," kata MAS dalam kenyataan media di sini.
Penganalisis penerbangan CNN dan bekas Ketua Inspektor di Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat, Mary Schiavo berkata pesawat dicetak dengan pelbagai nombor siri bagi tujuan mengenal pasti bahagian-bahagian yang akan dikenal pasti dan dipadankan dengan model dan pesawat tertentu.
"Jika nombor bahagian yang dicop pada pesawat masih ada, (pihak berkuasa) cuma perlu membuat panggilan telefon kepada Boeing atau indeks bahagian untuk melihat jika ia tergolong dalam pesawat Boeing 777. Dan jika ia tergolong dalam Boeing 777, ia adalah MH370,” kata beliau.
Portal CNN.com turut melaporkan bahawa pihak Boeing sedang menjalankan penilaian awal daripada serpihan dengan menggunakan gambar-gambar yang ada.
Sumber itu menegaskan bahawa pemerhatian masih dalam peringkat permulaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula menegaskan masih terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi bahawa bahagian sayap yang dijumpai awal hari ini merupakan sebahagian serpihan pesawat MH370.
Mengapa pengesahan serpihan ditemui adalah milik Boeing 777 penting dalam konteks misteri MH370?
Terdapat beberapa insiden melibatkan Boeing-777 direkodkan sejak pesawat ini mula-mula digunakan pada 1994. Daripada semua insiden-insiden ini, hanya lima yang berakhir dengan pesawat terbabit dianggap dilupuskan, juga dikenali sebagai 'hull loss'.
Apa kata Netizen?
KHAMIS, 30 Julai 2015:
Antara status yang mendapat perhatian adalah daripada
Maira Elizabeth Nari, anak kepada Ketua Pramugara MH370, Andrew Nari.
Maira lebih selesa untuk tidak meletakkan harapan tinggi dan mengambil langkah tunggu dan lihat.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut tweet susulan penemuan sepihan itu.
Hishammuddin merupakan pemangku Menteri Pengangkutan ketika insiden MH370 itu berlaku tahun lepas.
Misi mencari MH370 tetap diteruskan
SABTU, 1 OGOS 2015:
Pusat penyelarasan agensi bersama (JACC) dalam satu kenyataan memaklumkan kapal berkenaan akan meneruskan sesi latihan bersama krew penyelamat baharu selama dua hari sebelum ke lokasi pencarian semula.
- Sumber: Astro Awani