Thursday, 28 August 2014

Pemenang MasterChef kecam media Australia salahguna gambar Instagramnya

Catherine kecam tindakan sebuah media Australia yang menyalahgunakan gambarnya untuk memberi gambaran negatif ke atas MAS

KUALA LUMPUR: Pemenang MasterChef UK 2014, Catherine Chin Wan Ping Coombes semalam mengkritik tindakan sebuah media Australia yang menyalahgunakan gambarnya untuk memberi gambaran negatif ke atas Malaysia Airlines (MAS).

Di dalam gambar yang dimuatnaikkannya di laman Instagram miliknya, Catherine bersama suami dan anak perempuannya, dilihat berada di dalam pesawat MAS yang kosong.

Media Australia itu menggunakan gambarnya, bersama beberapa gambar lain, di dalam sebuah berita yang menceritakan bagaimana MAS sedang berusaha untuk memulihkan prestasinya selepas berdepan dengan tragedi MH370 dan MH17.

Gambar Instagram Catherine Coombes yang dimuatnaik pada 17 Ogos

“Terlihat gambar ini di media sejurus terjaga dari tidur! Sesiapa sahaja yang pernah menaiki pesawat tahu keluarga yang mempunyai anak kecil dibenarkan menaiki pesawat lebih awal. Pesawat ini bukan kosong. Hakikatnya ia penuh.

“Adalah menyedihkan apabila ucapan terima kasih di atas kesudian untuk menaiktaraf tempat duduk kami digunakan untuk mengecam penerbangan yang sedang berhadapan waktu sukar. Kita seharusnya memberikan sokongan dan menghulurkan rasa simpati,” kata Coombes di dalam laman Instagramnya.

Catherine pada mulanya memuatnaikkan gambar itu di laman Twittwernya pada 17 Ogos dengan mesej terima kasih kepada MAS.

Catherine yang merupakan anak kelahiran Ipoh itu, telah memenangi pertandingan MasterChef UK 2014 baru-baru ini apabila memasak sup wantan dan nasi lemak semasa pusingan akhir rancangan masakan itu.

-- Sumber: Astro Awani 

9-year old girl accidentally shoots dead US instructor with Uzi

Uzi submachine gun - AFP pic

LOS ANGELES: A nine-year-old girl learning to fire an Uzi submachine gun accidentally killed her instructor at a shooting range in the United States, triggering more debate over gun control in the country.

The tragedy occurred Monday at the Last Stop roadside resort in the western state of Arizona, where the girl had been taken by her parents for a firearms lesson, the local sheriff's office said.

The little girl had successfully managed to control the military-grade weapon in the "single shot" mode at the Bullets and Burgers gun range, part of the 30-acre (12 hectares) Last Stop facility.

But when shooting instructor Charles Vacca, 39, switched the Uzi into the fully automatic setting, the force of the gunfire caused the weapon to rebound upward, and an errant bullet fired by the child struck him in the head.

"Vacca was standing next to the girl while he was instructing her how to use the weapon when the accident happened," said the Mohave County Sheriff's Office in a statement.

"Further investigations determined the girl pulled the trigger on the automatic Uzi, the recoil sent the gun over her head, and the victim was shot."

Vacca died in hospital a short time later.

Authorities later released a video, editing out the fatal shot, of the tragic shooting lesson, which had been filmed by the girl's parents.

It showed the instructor, standing on the girl's left-hand side, telling her how to place her hands and feet to shoot the weapon. She can be seen shooting one round, with only a slight recoil.

"Give me one shot... right," says the instructor, leaning in with an arm around her back.

The final frames of the video include the rapid-fire machine gun sound and the recoiling gun swinging upwards towards the instructor.

'Deeply saddening' 

A manager at the firing range told NBC News that firearms training at the Last Stop can begin at as young as eight years old.

Firearms instruction at other shooting ranges in the United States, which has the world's highest per capita number of guns, can start as early as seven years old. On its website Bullets and Burgers touts the range of automatic weapons on offer.

"Our guests have an opportunity to choose from a wide variety of machine guns," it says.

The fatal accident drew immediate reaction from gun control advocates who want tighter rules, notably on automatic weapons, and advocates of gun rights.

Mike Bazinet of the National Shooting Sports Foundation said: "Youth shooting sports are generally extremely safe activities, enjoyed by millions of Americans.

"This was a tragic and deeply saddening accident."

But Lizzie Ulmer of Moms Demand Action for Gun Sense in America said it should be a wake-up call. "We hope that this event will lead to a national discussion about children and guns," she said.

Laura Cutilletta, an attorney at the Law Center to Prevent Gun Violence, in San Francisco, said: "This tragic incident is getting a lot of coverage in the media, as it should.

"But 18 children and young people under 24 die every day in America due to our weak gun laws. We also know that in the US over 1.69 million kids age 18 and under are living in households with loaded and unlocked firearms.

"That needs to change."

-- Source: AFP 

Ayda Jebat punca perbalahan Zul- Gayatri?

Ayda Jebat

NAMA pelakon berusia 22 tahun ini menjadi bualan sejak memainkan peranan sebagai Armel Aisya menerusi Rindu Awak 200%.

Pun begitu bukan kerana lakonannya sahaja yang menjadi sebutan sebaliknya hubungannya bersama aktor Zul Ariffin yang merupakan teraju utama drama itu.

Kontroversi tercetus kerana empunya nama Ayda Jebat ini dilihat terlalu mesra bersama pelakon kacak sepanjang mereka berlakon bersama sehingga menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat seni tempatan.

Gambar-gambar mesra mereka boleh dilihat di laman sosial Instagram dan Twitter milik Ayda yang kini mendapat perhatian ramai.

Kerana itu, peminat mereka menyuarakan hasrat melihat Ayda dan Zul menjadi pasangan kekasih sebenar bukan lakonan sahaja.

Gara-gara hubungan mesra tersebut juga, pelakon kelahiran Melaka ini dikatakan menjadi punca perbalahan antara Zul dan kekasihnya, penerbit filem astro shaw, Gayatri Su-Lin Pillai.

Berbicara mengenai perkara ini, Ayda memberitahu, dia tidak pernah terlibat dalam hubungan cinta Zul dan Gayatri.

Baginya, hubungan mesra bersama Zul sekadar di dalam lakonan semata-mata.

"Nak kata saya punca mereka berbalah atau bertengkar rasanya tidak betul, sebab saya dan Zul tiada sebarang hubungan.

"Saya sendiri tidak pernah tanya atau ambil tahu mengenai hubungan mereka. Saya tiada masa nak menyibuk hal peribadi orang lain," kata Ayda rapat dengan Zul demi untuk memastikan lakonan mereka menjadi sahaja.


Luah perasaan di Twitter

Dalam pada itu, timbul ura-ura Ayda, Zul dan Gayatri meluahkan perasaan di Twitter mengenai hubungan mereka.

Menurut Ayda, dia tidak tahu menahu sesi luahan perasaan yang dikatakan itu.

-- Sumber: Sinar Harian 

Bahayanya Wanita & lawak 'double meaning'






SEKALI lagi, Rumah Karya Citra Sdn Bhd mementaskan semula teater Bahayanya Wanita buat kali ketiga selepas ia baharu sahaja dipentaskan di Star Theatre, Singapura pada 16 Ogos lalu.

Baharu sahaja tirai Bahayanya Wanita dilabuhkan selepas lima hari dipentaskan bermula 20 Ogos lalu di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) Ahad lalu, nyata ia memberikan satu kelainan persembahan tahun lalu.

Mengekalkan barisan pelakon hebat seperti Zizan Razak, Datin Paduka Umie Aida, Erra Fazira, Nora Danish dan Erma Fatima, teater ini turut menampilkan pelakon lain seperti Raja Ema, Zulin Aziz, Che Kem, Rudy Imran dan Neelofa.

Pementasan selama tiga jam setengah itu, dimulakan dengan babak pertemuan antara Farhana dengan Maadon di Singapura selepas diperkenalkan oleh Sam, pengarah dan juga sahabat Maadon.

'Bahayanya Wanita' mengisahkan Syed Maadon Al-Attas, seorang tokoh korporat yang berjaya dalam bidang perniagaan hasil daripada kekayaan isteri pertamanya, Sharifah Fatimah Maruka.

Dek sikap ego Sharifah, dia berasa tercabar apatah lagi wanita tersebut mandul menyebabkannya menyunting Kamelia sebagai isteri kedua.

Namun begitu, rimas dengan perangai Kamelia yang terlalu mengada-ngada dia mula mencipta alasan dan kemudiannya berkahwin dengan Farhana, pelakon cantik dari Singapura.

Apabila rahsianya terbongkar berkahwin tiga, isteri-isteri Maadon mula bergaduh sesama sendiri menyebabkannya mula mencari ketenangan di luar dan bertemu dengan Suti Lambung, si janda kelahiran tanah seberang.

Menyentuh mengenai persembahan malam tersebut (20 Ogos), lakonan Zizan Razak paling mencuri perhatian penonton sebagai lelaki yang mengamalkan poligami.
Apa tidaknya, penonton tidak kering gusi dengan telatahnya dari awal sehingga akhir persembahan dengan lawak spontannya.

Namun di sebalik lawak itu, ia sebenarnya mengejutkan ramai penonton kerana terdapat banyak lawak 'double meaning' atau lebih tepat disebut 'lucah'. 

Bagi penulis ia agak keterlaluan, sementelah penonton teater ini bukan terdiri dari golongan dewasa sahaja, bahkan juga kanak-kanak. Maka, ia harus menjadi tanggungjawab produksi untuk menangani situasi seperti ini dari terus berulang lagi. 

Beralih mengenai watak-watak lain, tidak dapat dinafikan, watak Umie Aida sebagai isteri pertama cukup kena dengannya malah mampu 'mengawal' perangai Zizan yang 'gila-gila' dengan baik.

Kehebatan Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Skrin 2013 ini, tidak dapat dipertikaikan lagi dengan lakonan mantapnya sebagai isteri angkuh dan melayan suaminya bak orang suruhan.

Begitu juga dengan aktres jelita Erra Fazira yang cukup menghiburkan dengan wataknya sebagai isteri kedua yang lemah lembut, namun kuat mengadu dengan madunya, Sharifah.

Gabungan mereka berdua cukup mencuit hati kerana masing-masing tidak mahu mengalah dengan Farhana, madu baharu mereka.

Bagi penulis, watak Farhana yang didukung Nora Danish amat sesuai dengan pelakon comel itu yang memerlukannya bersikap manja, gedik dan mengada-ngada.

Selain lakonan yang mantap dan jalan cerita yang menghiburkan, satu lagi perkara yang harus dipuji adalah latar belakang atau props pentas yang cukup mengagumkan.

Menggunakan props mewah yang sesuai dengan kehidupan Maadon dan ketiga isterinya, begitu juga perkampungan setinggan Janda Molek yang didiami warga asing tampak 'buruk dan miskin'.

Secara keseluruhan, pementasan Bahayanya Wanita lebih berbisa dan mantap berbanding kali pertama ia dipentaskan tahun lalu.


Zizan tak sensitif?

Biarpun menyajikan lakonan yang cemerlang, namun Zizan Razak atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Abd Razak, 30, masih lagi dikritik gara-gara dialognya yang agak lucah.

Malah Zizan juga membangkitkan isu-isu 'panas' melibatkan pelakon-pelakon yang berlakon bersamanya.

Menjawab isu tersebut, Zizan menegaskan bahawa dialognya ditapis terlebih dahulu dan meminta kebenaran pengarah sebelum ia dipentaskan.

"Saya rasakan ia tidak keterlaluan kerana ia bertepatan dengan watak Maadon yang gatal dan playboy. Dari bentuk lakonan masing-masing dah tahu dan bersikap profesional. Ia sekadar gurauan dalam pementasan sahaja.

"Lagipun saya suka bermain dalam main jadi semua dah tahu perangai saya jenis yang gila-gila," katanya.

Tegasnya, lawak 'lucahnya' itu berbayar dan bukannya menjadi satu masalah baginya.

"Penerimaan penonton setakat ini sangat memberangsangkan dan perkara ini tidak mendatangkan isu kepada saya.

"Kalau perkara itu sensitif, saya juga tidak berani untuk bergurau dengan mereka. Masing-masing faham dan profesional dalam pementasan ini," katanya bakal muncul dengan projek terbaharunya Polis Evo arahan Ghaz Abu Bakar dan Cicakman.

Bercerita mengenai pementasan di Singapura baru-baru ini, Zizan berkata dia agak terkejut dengan sambutan yang diterimanya.

"Tak sangka ia mendapat sambutan di luar jangkaan kerana peminat begitu suka dengan persembahan kami.

"Bahkan, mereka sanggup menunggu sehingga kami habis pementasan untuk berjumpa dengan pelakon," katanya yang agak letih dengan kepadatan jadual hariannya. 


Erma cipta kelainan

Memang diakui karya-karya Erma Fatima tidak pernah mengecewakan peminat teater sejak dia mula mengarahkan pementasan teaternya di Panggung Sari, Istana Budaya.

Pelakon dan pengarah ini berkata, dia begitu teliti dalam pemilihan skrip sehingga sekarang lebih senang menulis skrip sendiri demi kepuasan hati.

Begitu juga dengan Bahayanya Wanita, Erma berkata selepas maklum balas daripada penonton tahun lalu, dia melakukan beberapa perubahan untuk pementasan kali ini.

"Terdapat beberapa perubahan kecil yang dilakukan pada malam ini terutamanya dalam usaha memantapkan lagi watak-watak isteri yang terpaksa bermadu.

"Termasuk babak di pejabat agama yang melibatkan watak Ustaz Jon sebelum ini dibawakan Johan Asari dipotong agar padat.

Katanya, walaupun begitu tidak banyak babak yang dipotong sebaliknya dipadatkan lagi untuk memantapkan watak dan perwatakan Sharifah, Kamelia, Farhana dan Suti.

"Selain itu, saya memperkenalkan beberapa watak baharu melibatkan Raja Ema sebagai ibu Farhana dan Neelofa, seorang gadis Siam.

"Watak ibu (Raja Ema) ini dimasukkan kerana sering kali kita mendengar bahawa dalam pergolakan sesebuah rumah tangga, kebanyakannya berpunca daripada ibu mentua.

"Sikap ibu mentua yang lebih sudu dari kuah. Pemilihan Raja Ema pula saya rasakan ia sesuatu yang comel," katanya.


Pementasan terakhir

Melihatkan kejayaan pementasan kali pertama, Erma mengatakan jemputan re-stage buat kali kedua di Singapura, baru-baru ini membuatkan dia bangga dengan komitmen yang diberikan semua pelakon yang terlibat.

Selepas pementasan ketiga bermula Rabu lalu, Erma menegaskan bahawa dia tidak akan mengulangi buat kali keempat biarpun mendapat permintaan tinggi.

"Cukuplah tiga kali dipentaskan. Saya sebenarnya tidak suka teater ini dipentaskan banyak kali.

"Bahkan dua kali sudah memenatkan apatah lagi ini sudah kali ketiga.

"Lagipun saya ingin menumpukan teater saya yang lain yang akan dipentaskan hujung tahun ini di sini," katanya.

Ditanya mengenai yang mana satu karyanya bakal dipentaskan nanti, Erma berkata dia masih lagi membuat keputusan untuk memilih antara dua teater iaitu Isabella atau Laila Majnun.

"Saya masih lagi memikirkannya kerana Isabella adalah satu naskhah yang berat mengenai seorang nun menganut agama Islam. Ia mungkin mengundang kontroversi lagi seperti teater Natrah.

"Manakala Laila Majnun pula, saya lebih suka ia klasik namun Pengarah IB (Datuk Juhari Shaarani) mahukan ia moden. Kedua-duanya membuatkan saya pening untuk memilih," katanya.

-- Sumber: Sinar Harian

Thai court drops murder charge against ex-PM Abhisit

Thai court dismisses charges against former PM Abhisit Vejjajiva (left) and his ex-deputy Suthep Thaugsuban (right). - File pic

BANGKOK: A Thai court on Thursday dismissed charges of murder and abuse of power against former prime minister Abhisit Vejjajiva and his ex-deputy over a bloody crackdown on opposition protests in 2010.

Scores of demonstrators died under Abhisit's establishment-backed government in street clashes between mostly unarmed "Red Shirt" demonstrators and security forces firing live rounds in Bangkok.

A criminal court in the capital ruled that it did not have jurisdiction to hear the case because Abhisit and his then-deputy Suthep Thaugsuban were holders of public office at the time and acting under an emergency decree.

It said the only court with the authority to consider the allegations was the Supreme Court's Criminal Division for Holders of Political Positions.

"So the criminal court decided today to dismiss the two charges," a judge said.

The surprise ruling comes three months after the military seized power from Abhisit's political rivals in a bloodless coup.

Army chief General Prayut Chan-O-Cha, who was last week picked as prime minister of the Southeast Asian nation by a junta-appointed legislature, is often described as the architect of the 2010 crackdown.

'Not over' 

Prosecutors had accused Abhisit and Suthep of issuing orders that resulted in murder and attempted murder by the security forces.

Both suspects denied the charges.

Chokchai Angkaew, a lawyer for the plaintiffs, said they planned to appeal against the dismissal, adding: "It's not over."

The country's National Anti-Corruption Commission is now expected to consider whether the pair abused their power with the crackdown.

If it believes there is sufficient grounds, the panel can forward the case to the Supreme Court's Criminal Division for Holders of Political Positions.

Suthep, who went on to lead months of street protests against Abhisit's successor Yingluck Shinawatra, appeared in court sporting a shaven head and the orange robes of a Buddhist monk after entering the clergy.

The Red Shirts are mostly supporters of billionaire tycoon turned premier Thaksin Shinawatra, who was toppled in a previous coup in 2006 and lives in self-exile to avoid prison for a corruption conviction.

Yingluck, his younger sister, was removed from office in a controversial court ruling in May this year, shortly before the military seized power.

Thailand's long-running political conflict broadly pits a Bangkok-based middle class and royalist elite, backed by parts of the military and judiciary, against rural and working-class voters loyal to Thaksin.

Since seizing power the junta has abrogated the constitution, curtailed civil liberties under martial law and summoned hundreds of opponents, activists and academics for questioning.

The military rulers say they want to reform Thailand to end years of political turbulence and street violence, but critics see the takeover as an attempt to wipe out Thaksin's influence.

In the 2010 protests, the Red Shirts were demanding snap elections, saying Abhisit's government took office undemocratically in 2008 through a parliamentary vote after a court stripped Thaksin's allies of power. 


Tens of thousands of demonstrators occupied parts of central Bangkok for weeks before the army ended the standoff. - AFP 

Lima kali terlepas daripada perangkap komunis

Chin Peng (kiri) sewaktu Rundingan Damai Baling - Foto Arkib Negara

KUALA LUMPUR: Kezaliman Parti Komunis Malaya (PKM) membunuh rakyat tempatan demi rancangan mewujudkan negara komunis menyebabkan negara terpaksa melalui zaman darurat yang panjang iaitu antara tahun 1948 hingga 1960.

Ini paling ketara apabila mereka bermaharajalela secara terbuka dalam tempoh negara tanpa pentadbiran iaitu selepas Jepun menarik diri dan sebelum British menyusun semula pentadbiran negara pada 12 Sept, 1945.

Dalam tempoh kurang tiga minggu itu, PKM telah keluar dari hutan, menawan balai polis dan bertindak kejam membunuh orang tempatan terutama kaum Melayu yang dianggap membantu Jepun.

Veteran Clifford Gerald Standley, 88, yang pernah berkhidmat di dalam Angkatan Tentera British ketika Perang Dunia Kedua (WWII) mempunyai pengalaman tersendiri berhadapan dengan kumpulan pengganas itu.

Sebagai askar British, Standley pernah berkhidmat di India, Pakistan, Burma sebelum menamatkan khidmat ketenteraan pada 1948 menentang Jepun di Tanah Melayu, dan menyertai pasukan polis negara di Singapura pada tahun yang sama, katanya kepada Bernama di Petaling Jaya, dekat sini baru-baru ini.

"Saya tidak ingat berapa ramai rakyat tempatan yang terkorban, tetapi yang pastinya sangat ramai", katanya sambil menambah, keadaan waktu itu sangat buruk untuk rakyat jelata mencari sesuap nasi untuk keluarga.

Rakyat hidup dalam ketakutan kerana sering diganggu komunis menyebabkan mereka tidak berani keluar bekerja meskipun untuk bercucuk tanam, sekaligus menjejaskan bekalan makanan dan sektor pertanian hingga melembabkan pertumbuhan semula ekonomi.

Dalam komuniti militan komunis di bawah Chin Peng, terdapat kumpulan khas anti-Eropah yang berperanan mencari, memburu dan membunuh pegawai berbangsa Eropah.

Malangnya, dalam tempoh beberapa tahun pertama komunis bermaharajalela, lebih 100 peladang Eropah dalam kalangan rakan-rakan Standley sendiri telah dibunuh.

Pertempuran berterusan antara pasukan keselamatan negara dengan komunis terus memuncak dengan pembunuhan beberapa pegawai penting pentadbiran British hingga memaksa perisytiharan Darurat Tanah Melayu 1948.

Standley menerima jawatan sebagai Pengurus Ladang Getah Anglo-Johore di Bekok, berdekatan dengan Labis, pada tahun 1950 selepas peristiwa Tragedi Natrah.

Meskipun telah meninggalkan pasukan polis, beliau tetap membantu rakan-rakannya dalam operasi memburu komunis di dalam hutan yang meliputi seluruh semenanjung dalam usaha pihak pentadbir British melindungi rakyat jelata yang rata-rata tinggal di kampung yang terletak di pinggir hutan.

"Saya pernah hidup pada zaman kerakusan Chin Peng yang mahu berkuasa tetapi menggunakan cara yang kejam.

"Chin Peng melihat British sebagai batu penghalang, jadi dia mengambil kesempatan menggunakan strategi British yang mahu perbaiki ekonomi melalui pembukaan ladang, untuk melakukan operasi besar-besaran membunuh pekerja tempatan terutama pengurus-pengurus ladang berbangsa Eropah", kata Standley yang berasal dari Yorkshire, Britain.

"Setiap kali kami membuat perjalanan jauh atau dekat, misalnya ke Singapura untuk beberapa hari, pemberontak pasti sudah menunggu mahu menyerang di laluan jalan balik.

"Jadi kami perlu sentiasa mengenalpasti laluan-laluan alternatif", jelasnya mengingatkan penulis bahawa jalan raya pada waktu itu adalah jalan tanah merah yang dikelilingi belukar dan hutan.


'Serang Pekerja'

Katanya, komunis yang bergerak dalam kumpulan militan kecil dikenali sebagai 'Bintang Tiga' atau 'Reds', amat mahir dengan selok belok hutan tebal yang meliputi sepanjang Semenanjung Malaysia dari Singapura, Johor hinggalah selatan Thailand.

"Bayangkan berapa luas lokasi persembunyian komunis yang menunggu peluang menyerang pekerja ladang dan lombong Eropah yang amat mereka benci", tambah beliau.

Terletak di selatan tanahair, Standley mengakui ladang yang dijaganya adalah antara lokasi serang hendap pemberontak paling 'panas'.

"Mereka sering menjadikan lori, kereta dan kenderaan lain yang keluar masuk sebagai sasaran mudah untuk membunuh peladang Eropah", imbasnya.

Standley teringat pengalaman beliau pada tahun 1950, yang sengaja keluar mengayuh basikal seawal pukul lima pagi melewati kawasan perintah berkurung semata-mata mahu melancong ke Melaka.

"Rakan-rakan dalam pasukan polis membantah pengembaraan saya itu, tetapi syukurlah saya selamat pergi dan kembali ke ladang, katanya.


'Serangan Malam'

Selaku pengurus ladang, Standley sering bimbangkan keselamatan para pekerja yang terpaksa berhadapan dengan serang hendap dan rompakan dari hutan sehingga menyebabkan terlalu banyak kematian dan kecederaan.

"Kami boleh mendengar bunyi tembakan hampir setiap malam apabila mereka datang dan menembak sesiapa sahaja termasuk menyerang polis yang berkawal di pos keselamatan", katanya.

Beliau sendiri beberapa kali terlepas daripada serangan gerila komunis dalam percubaan mereka membunuh peladang Eropah sehingga menyebabkan beliau dikenali dan menjadi sasaran khas dendam komunis.

Kisah Standley pernah terselamat daripada lima cubaan bunuh antara tahun 1951 dan 1955, pernah terpampang di muka depan akhbar The Straits Times pada 1955.

Mengimbas semula lima kejadian itu, Standley berkata, serangan pertama berlaku pada usia 25 tahun yang menyebabkan beliau terlantar di hospital selama empat bulan dengan kecederaan pinggul.

"Tetapi umur saya masih panjang, dan berjaya pula terlepas dengan selamat ketika serangan kedua dan ketiga yang juga berlaku berhampiran kawasan ladang", katanya.


'Ragut Nyawa'

Namun cubaan membunuh beliau pada serangan hendap seterusnya benar-benar melekat dalam ingatan beliau.

Standley ketika itu memandu melawat Ladang Getah Kempas yang terletak kira-kira dua jam perjalanan dari Bekok, tetapi sebelum beliau memandu keluar dari banglo pejabat ladang itu, seorang pekerja ladang telah menghalangnya.

"Rupa-rupanya, sekumpulan pengganas telah menumbangkan pokok di laluan keluar ladang dan sedang bersembunyi menunggu kemunculan kenderaan Land Rover saya", katanya.

Mereka akhirnya diserang kembali oleh polis.

Tetapi komunis tidak berputus asa, hanya 14 hari kemudian mereka menggunakan modus operandi yang hampir serupa untuk serang hendap seterusnya.

Mengingati peristiwa pada tanggal 21 Okt, 1955, yang menyebabkan beliau cedera parah dan meragut nyawa pekerja setia beliau, Special Constable (SC) Abu Somaa, raut wajahnya berubah.

Seawal subuh mereka berdua keluar untuk membawa anak pekerja ke sekolah yang terletak di Pekan Baru Bekok kira-kira tiga kilometer dari ladang.

"Dalam perjalanan pergi, ada beberapa orang lelaki berpakaian orang kampung yang memerhati dari tepi ban jalan kampung", katanya. 

Apabila mereka kembali semula ke kawasan berbukit itu, laluan itu disekat.

Abu yang memandu kenderaan Land Rover cuba menyimpangkan kenderaan tetapi terbabas ekoran komunis yang menembak bertalu-talu.

"Mereka sangat kejam terhadap Abu yang tidak bersenjata dan tidak mampu melawan.

"Abu cedera parah dan terjatuh dari kereta, tetapi pengganas tetap menembak kepalanya", keluh beliau dengan perasaan geram.


'Cedera Parah'

Sementara itu, Standley yang terkena beberapa tembakan yang menembusi peha kirinya serta cedera di rusuk terus berusaha untuk berlari ke kawasan yang lebih selamat.

Dengan berlumuran darah, beliau berjaya masuk kembali ke kawasan ladang yang terletak kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

Beliau kemudian dibawa ke Hospital Tentera British di Kluang yang berada sejauh 65 kilometer, sekaligus terpaksa menyambut ulangtahun kelahirannya di dalam hospital.

Berikutan peristiwa itu, jelaslah kepada pentadbir British bahawa dendam komunis terhadap Standley akan membahayakan ladang berkenaan.

Maka mereka memutuskan supaya pengurus ladang Bekok ditukar dan Standley perlu kembali ke Britain untuk rawatan kecederaan yang dialami.

Bagaimanapun, Standley tidak lagi betah untuk menetap di Britain.

Rindunya terhadap Malaysia terutama kemesraan penduduk, keindahan alam, cuaca dan kepelbagaian budaya menyebabkan beliau kembali semula pada 1956, mendapatkan kerja dengan syarikat komersial, menjadi warganegara dan akhirnya berkeluarga di sini.


'Tidak Layak'

Standley bersimpati apabila abu mayat Chin Peng diharamkan daripada kembali ke Malaysia, tetapi beliau menegaskan bahawa "Memang benar pendudukan Jepun telah menjunamkan ekonomi negara sehingga menjadi sangat teruk, tetapi komunislah yang benar-benar menghuru-harakan negara", kesalnya.

Standley menegaskan bahawa zaman darurat ekoran keganasan komunis adalah era yang paling buruk selama hidup beliau di Malaysia. Tetapi sayangnya ia satu realiti yang kurang difahami oleh masyarakat Malaysia kini. -- Bernamaketua komunis itu sama sekali tidak layak untuk pulang ke tanahair ekoran kemusnahan yang dibawanya adalah terlalu besar.

"Memang benar pendudukan Jepun telah menjunamkan ekonomi negara sehingga menjadi sangat teruk, tetapi komunislah yang benar-benar menghuru-harakan negara", kesalnya.

Standley menegaskan bahawa zaman darurat ekoran keganasan komunis adalah era yang paling buruk selama hidup beliau di Malaysia. Tetapi sayangnya ia satu realiti yang kurang difahami oleh masyarakat Malaysia kini. -- Bernama

MH370 buat lencongan ke selatan lebih awal

TRUSS: Penemuan terbaru itu bagaimanapun tidak mengubah kawasan pencarian sedia ada yang terletak di Lautan Hindi - Gambar Fail

CANBERRA: Pencarian pesawat penerbangan MH370 akan ditumpukan ke selatan zon carian susulan maklumat terbaru yang mencadangkan ia “mungkin telah membuat lencongan ke selatan” lebih awal berbanding laporan sebelumnya.

Maklumat terbaru ini muncul selepas data satelit “semakin diperhalusi” dan penyiasat cuba memetakan kedudukan pesawat tersebut dalam usaha menghubunginya dalam laluan penerbangan sebelum ini, kata Timbalan Perdana Menteri Australia Warren Truss pada Khamis.

“Kawasan pencarian masih sama, tetapi beberapa maklumat yang kita ada mencadangkan bahawa kawasan itu sedikit jauh ke selatan – dalam kawasan carian, tetapi sedikit ke selatan --- adalah menjadi keutamaan di kawasan carian ini,” katanya.

Truss berkata penyiasat yakin pesawat tersebut masih berada di zon carian gerbang ketujuh di mana isyarat satelit terakhirnya diterima.

“Ia masih berada di gerbang ketujuh – ada bukti kukuh bahawa pesawat ini terdampar di gerbang ketujuh,” tambahnya.

Truss memberi kenyataan tersebut ketika Australia dan Malaysia menandatangani memorandum persefahaman di Canberra berhubung fasa pencarian seterusnya pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac bersama 239 penumpang dan anak kapal ketika dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur.

- Sumber: Agensi

Rumah diserbu JAIS, Ramli MS dan Alyah sah sudah bernikah

Difahamkan pasangan itu telah bernikah di Batam, Indonesia

Akhirnya segala spekulasi mengenai hubungan antara pengarah muzik, Dato` Ramli MS dengan penyanyi Alyah terjawab hari ini apabila mereka sendiri mengesahkan yang sudah berkahwin lebih setahun lalu.

Semuanya gara-gara apabila kediaman mereka diserbu Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) awal pagi tadi.

Menurut laporan Berita Harian (BH), Pegawai JAIS telah mengunjungi kediaman mewah komposer ternama itu di Bandar Kinrara, awal pagi tadi untuk status hubungan beliau dan Alyah.

Dalam tinjauan pada jam 7.30 pagi oleh sembilan pegawai JAIS yang lengkap beruniform itu, mereka mendapati pasangan ini sudah berkahwin.

Alyah dikatakan berada di banglo berkenaan ketika pegawai JAIS datang menyiasat.

Wartawan BH yang berada di tempat kejadian mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi milik Alyah turut berada di kediaman itu.

Pekerja kontraktor yang mengubahsuai banglo juga memaklumkan pasangan itu kerap dilihat bersama.

Menurut sumber JAIS, pasangan itu sudah berkahwin sejak setahun lebih lalu.

Katanya, Ramli dan penyanyi lagu Tak Mungkin Kerna Sayang itu akan ke JAIS dalam masa terdekat untuk memberikan kenyataan serta bukti perkahwinan bagi tujuan pendaftaran.

Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini.

Ramli yang berpakaian kemeja T berwarna ungu dan seluar melepasi paras lutut kelihatan tenang.

Malah, beliau dilihat mengiringi pegawai JAIS keluar dari kediaman itu sejurus siasatan selesai sambil ketawa sesama mereka.

Perkembangan ini dijangka menamatkan teka teki mengenai status mereka selepas sebelum ini masing-masing enggan mengesahkan desas desus mereka telah berkahwin. -- Astro Gempak

Apple to unveil 'iWatch' on September 9

Apple will unveil an "iWatch" in September

SAN FRANCISCO: Apple will unveil an "iWatch" in September with the maker of the iPhone finally embarking on its much-rumored foray into wearable computing, technology news website Re/code said Wednesday.

The California tech giant is expected to merge style and innovation, along with sensors and computing power, in a wrist-worn device that links wirelessly to iPhones or iPads.

Apple is believed to be planning a September 9 event at which it will introduce the iWatch, along with new-generation iPhone 6 smartphones with increased screen sizes.

The company has not sent out invitations to such an event, nor -- as is standard Apple practice -- has it commented on reports it will even take place.

Apple's next-generation iPhones are rumored to have screen sizes stretched to 4.7 and 5.5 inches and have faster processors.

Apple typically updates its product cycle in the second half of the year, getting a lift from holiday sales.

Last year it unveiled the iPhone 5S and the lower-priced iPhone 5C in September, getting record sales at the launch.

Apple is tuning a new operating system which allows for mobile payments and includes a health platform, which could mesh nicely with an "iWatch" for tracking activity, sleep, pulse and more.

The system iOS8 is expected to be in the new iPhones. -- AFP 

Manchester United fan wins RM6,523 by mistake

The Red Devils were humiliated by MK Dons as they crashed out of the Capital One Cup

It was a case of an accident turned windfall for Hollie Griffiths when she walked away with £1250 (RM6,523) after mistakenly betting on MK Dons to beat Manchester United 4-0 in the Capital One cup match on Tuesday.

The Manchester United fan posted the receipt of a £2.50 (RM13) punt she made on the match on her Twitter account.

"Oh my god as if I won this on a free bet that I thought I was putting on United oh my God oh my God," she tweeted.



Oh my god as if I won this on a free bet that I thought I was putting on united oh my god oh my godpic.twitter.com/TRdeRx8Jr8— Holly Griffiths (@Holly_elise) August 26, 2014


According to a report by Mirror.co.uk, Hollie had wanted to bet on favourites United to win 4-0 but accidently tipped the wrong side.

The Red Devils were humiliated by MK Dons as they crashed out of the Capital One Cup with that loss.

-- source: Astro Awani

Ezany teruskan permohonan nusyuz

Ezany Nizariff

PELAKON Ezany Nizariff, 41, memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling bahawa dia ingin meneruskan permohonan nusyuz iaitu perintah kembali taat terhadap isterinya, Lizda Nuryanti Abidin, 32, yang bertindak keluar dari rumah kelamin mereka di Seri Kembangan di sini pada 17 Julai lalu.

Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani@ Mohd Zohri Mohd Nizariff, memaklumkan hasrat itu di hadapan Hakim Syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar dalam prosiding kes berkenaan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 3 September ini, bagi sebutan kes nusyuz terbabit serentak dengan permohonan cerai cara baik yang dibuat Lizda Nuryanti.
Selain itu, mahkamah mengarahkan Ezany membawa peguam yang dilantik pada hari berkenaan.

Sebelum ini, Ezany tidak bersetuju terhadap permohonan cerai secara baik dibuat isterinya ketika sebutan kes cerai mereka, awal bulan ini kerana pelakon itu telah mengemukakan permohonan nusyuz terhadap Lizda Nuryanti pada 22 Julai lalu.

Permohonan nusyuz tersebut dibuatnya mengikut Seksyen 60 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Ezany yang juga pengusaha belacan, berkahwin dengan Lizda Nuryanti pada 1 Julai 2007 dan dikurniakan dua anak.

Dia yang ditemui media di luar mahkamah memberitahu, pihaknya telah memfailkan permohonan hadanah iaitu penjagaan kekal ke atas kedua-dua anak mereka dan disebut di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini.

Ezany tiba di mahkamah pada jam 9.30 pagi ditemani sepupunya manakala Lizda Nuryanti tidak hadir.

-- Sumber: Sinar Harian

Pakatan crossover: Anwar refuses to reveal name of BN MPs

Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim - File pic

KUALA LUMPUR: Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim today refused to reveal the list of names of Barisan Nasional (BN) members of parliament (MPs) who allegedly wanted to cross over to the opposition for the formation of a new government on Sept 16, 2008.

When asked several times to produce the names by counsel Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, who represented Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman during cross-examination, Anwar maintained his stand that he did not want to reveal the names.

Anwar, who is the sole witness in the case, however, said the names would be clear if the party (opposition) could table a vote of non-confidence during the parliamentary sitting but not through court proceeding.

"It is unethical for me to do so (to produce the list of names). It is difficult for me to produce it," he said when repeatedly asked by Muhammad Shafee to do so, on the second day of hearing of his suit against Anifah in the High Court, here.

Muhammad Shafee: Can Datuk Seri produce the names of 40 members of parliament that were said to want to cross over to the opposition parties. Do you have the names?

Anwar: No, I do not have.

Muhammad Shafee: Do you have the 40 names of the MPs?

Anwar: I never said the names were 40. It is impossible to produce it (list of names).

At this juncture, Anwar questioned the lawyer why he was eager to have the names, to which Muhammad Shafee replied that it for the purpose of testing the credibility of the story on the crossover.

To a suggestion by Muhammad Shafee, Anwar denied that he had used the list of the names as a strategy for the BN MPs to jump over (to the opposition) but he agreed with the lawyer that he had encouraged the MPs to join PKR.

On May 27, 2009, Anwar filed a RM100 million defamation suit against Anifah and the Malaysian government, alleging that the minister's remarks at a media conference in Washington, where then US Secretary of State Hillary Clinton was also present, had tarnished his image.

He accused Anifah of depicting him as a person who was unfit to hold a political or any office and was dangerous to Malaysian society.

Anwar also alleged that the defendant's remarks which were widely reported in the local and foreign media, had cast imputations on his character and directly and indirectly portrayed him as unethical, unprincipled and corrupt.

 -- source: Bernama

Implementation of compulsory pass in SPM English

Implementation of compulsory pass in SPM English on track for 2016

MALACCA: The Education Ministry is on track to implement the compulsory pass in English at the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) level by 2016 as a result of various programmes planned and implemented by the ministry.

Second Deputy Education Minister P. Kamalanathan said the programme was implemented to raise the level of command of English among students following the policy of Empowering Bahasa Malaysia and Strengthening English Usage to prepare students for the initiative.

"The ministry is working hard to ensure all parties, especially students, have a good command of English and ensure the initiative would benefit students and the country in general.

"I believe the initiative was made to raise the level of learning and knowledge among students and the community," he said at a press conference after observing the implementation of the 'English Peer-Assisted Learning' programme on Tuesday.

Also present were Melaka Education director Md Rashid Hussin and Brighton Education executive chairman Mohd Arif Bell at the programme held at Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin, Ayer Keroh, here.

The programme conducted by Brighton Education in Melaka, Johor, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan and Terengganu is aimed at raising the level of English teaching among teachers apart from making the subject more interesting to learn.

In September last year, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin who is also Education Minister in launching the Malaysia Education Blueprint 2013-2025, announced the initiative of making a pass in English compulsory in SPM by 2016.

Kamalanathan said in improving English proficiency among students, teachers could not solely depend on the old approach but needed to be bold to try out-of-the-box methods.

"In the past, we read together in English classes but now we cannot depend on this method. We still need books but will improvise the method such as through singing and story-telling to interest students in learning the language."

He said the 2013-2025 blueprint had outlined out-of-the-box approaches to learning not only for English but for other subjects as well.

"For example, information technology which is enabling the use of various teaching devices for more interesting lessons, has been incorporated in the blueprint," he added.  

-- source: BERNAMA

Sepasang model berpakaian separuh bogel didenda RM400

Majistret menjatuhkan hukuman denda RM400 dan memerintahkan tertuduh masing-masing dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.

IPOH: Sepasang model masing-masing didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyebabkan kegusaran am kepada awam apabila berpakaian menjolok mata, pada Isnin lepas.

Majistret Haslinda A Raof menjatuhkan hukuman itu terhadap How Jo Yee, 21, serta Low Kah Wai, 27, dan memerintahkan tertuduh masing-masing dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di lampu isyarat Jalan Sultan Yusuff di hadapan Bank CIMB di sini, pada pukul 9 pagi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntuk hukuman denda RM400 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Andrew Soong Tze Toong.

Menurut fakta kes, Low hanya berseluar panjang hitam manakala How memakai seluar dalam dan coli ketika berada di tempat awam.

Perbuatan itu dilihat oleh beberapa orang awam dan telah dirakam sebelum tersebar dalam laman sosial serta akhbar.

Harris Ong berkata mahkamah perlu mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh agar ia memberi pengajaran kepada mereka serta anggota masyarakat lain supaya lebih berhati-hati dalam setiap tindakan yang dilakukan.

"Negara kita hidup dalam aman damai, mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa. Hak-hak kaum lain perlu dilindungi dan dihormati," katanya sambil menjelaskan bahawa kedua-dua tertuduh tidak mempunyai rekod jenayah.

Terdahulu, Andrew Soong berkata kedua-dua tertuduh memohon maaf secara umum kepada semua masyakat atas perbuatan tidak senonoh yang dilakukan itu.

"Gambar-gambar yang tersebar dalam laman sosial bukan di muat naik oleh mereka sendiri sebaliknya di muat naik orang awam. Mereka tiada niat untuk sebarkan gambar tidak senonoh itu," katanya.

Sebanyak enam laporan polis telah dibuat pelbagai pihak apabila melihat pasangan model itu berpakaian demikian ketika dikatakan menjalani sesi fotografi.

-- Sumber: Bernama