Thursday, 19 March 2015

Juruterbang jet pejuang jelita tarik perhatian


EMPAT Juruterbang pesawat tempur wanita China menarik perhatian ramai di laman sosial baru-baru ini kerana gaya persis model. 

Lebih mengujakan, empat wanita jelita ini akan mengadakan persembahan udara pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi ke 13 (Lima) yang akan berlangsung di Langkawi dari 17 hingga 21 Mac ini.

Menurut Jurucakap Tentera Udara China, Shen Jinke, keempat-empat juruterbang tersebut akan mengendalikan pesawat tempur J-10 pada persembahan di Malaysia.

Yu Xu, Tao Jiali, Sheng Yifei dan He Xioli adalah wanita China pertama yang akan beraksi dalam persembahan udara antarabangsa. 

Memetik laporan CCTV.com, mereka mempunyai purata lebih 800 jam penerbangan dan pernah penyertai perarakan ketenteraan berprofil tinggi sempenan Ulang tahun China yang ke 60 pada tahun 2009.

Malah mereka juga pernah menyertai pertunjukan pada Pameran Antarabangsa Penerbangan Udara di Guangdong Province, China November lalu.

"Penyertaan Tentera Udara pasukan akrobatik dalam pertunjukan udara LIMA akan membantu mengukuhkan hubungan dengan Malaysia, meningkatkan kerjasama politik, membina imej tentera China dan mempamerkan peralatan aeronautik milik China," kata Shen.

- Sumber: Sinar Harian 

Video lelaki parkir di petak OKU viral

  • Video lelaki parkir di petak OKU viral
  • Sedutan video yang dimuatnaik ke Facebook.

SHAH ALAM - Sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki menggunakan parkir khas Orang Kurang Upaya (OKU) viral, hari ini.

Menurut tinjauan Sinar Online, video tersebut yang dimuatnaik ke laman Facebook pada 16 Februari menarik perhatian lebih 71,000 pelayar.

Dalam video berdurasi 2 minit 13 saat tersebut, seorang lelaki kelihatan sedang masuk ke sebuah kenderaan sebelum ditegur oleh perakam video berkenaan.

Terdapat lebih 1,500 perkongsian dan beratus-ratus komen yang kebanyakan tidak bersetuju dengan tindakan lelaki di petak OKU tersebut.

"Kalau orang berani letak kereta di OKU. Orang itu memang kurang ajar dan tidak pendidikan..." kata seorang pelayar.

"PDRM should be able to saman using this video." (PDRM patut mampu keluarkan saman menggunakan video ini) kata seorang lagi lelaki prihatin.

Selain itu, sebilangan kecil pelayar berpendapat kejadian tidak patut dirakam kerana ianya masalah kecil dan boleh diselesaikan.

"Yang record video ni pun, orang tu dah mengaku salah. Dah la, macam nak ajak gaduh. Kalau aku pun terbakar. Kalau nampak orang salah parking. Tegur, bukan ajak gaduh"

"Dua-dua pun salah. Orang yang parking tu memang dah salah, tapi orang yang tegur tu dengan cara dia menegur pun jauh dari betul." kata seorang pelayar.

- Sumber: Sinar Harian | 18 Mac 2015

Empat hilang semasa 'jungle tracking'

PANGKOR - Empat individu termasuk dua wanita dilaporkan hilang selepas gagal dikesan ketika melakukan aktiviti 'jungle tracking' di tapak kajian arkeologi Hutan Simpan Dara Sungai Pinang, di sini, lewat petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 petang itu, kumpulan berkenaan dikatakan menjalankan aktiviti lasak tanpa menggunakan khidmat jurupandu.

Jurucakap bomba memaklumkan, operasi mencari masih dijalankan membabitkan polis dan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pangkor, Seri Manjung dan Sitiawan.

- Sumber: Sinar Harian | 19 Mac 2015

Sarimah Ibrahim sertai Bella ntv7

SARIMAH Ibrahim hos baru Bella bersama penerbit eksekutif, Intan Noorbaizura.

KUALA LUMPUR: Selepas hampir 18 tahun aktif mengacarakan program hiburan di Malaysia, Sarimah Ibrahim bersedia menggalas cabaran baru sebagai pengacara rancangan bual bual bicara wanita, Bella yang disiarkan di ntv7 setiap Isnin hingga Jumaat jam 11.00 pagi.

Pelakon dan pengacara yang akan menamatkan zaman solonya bulan depan sememangnya menyimpan hasrat untuk mengendalikan rancangan bual bicara wanita dan program yang membincangkan mengenai kesihatan.

Menerusi program Bella ini, penonton pastinya dalam melihat sisi lain Sarimah yang sebelum ini banyak mengacarakan program berpaksikan hiburan.

"Saya amat teruja dapat menyertai pasukan Bella yang banyak memberi fokus dan tumpuan terhadap wanita. Saya percaya pengalaman dan pengetahuan saya sebagai individu dapat saya kongsikan bersama penonton Bella.

"Saya ditawarkan untuk menyertai pasukan Bella ini sejak 2012 namun tawaran ini terpaksa saya tolak kerana terikat dengan komitmen lain. Saya cukup gembira akhirnya dapat bersama-sama dengan produksi Bella.

"Saya berharap pembabitan ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi inspirasi kepada wanita di luar sana. Saya dengan ntv7 pun bukan asing lagi kerana pernah memulakan karier sebagai pengacara di stesen ini pada April 1997 menerusi program The RIM Chart Show," kata Sarimah yang juga pernah aktif sebagai penyampai radio selama tiga tahun.

Sarimah juga sempat mengacarakan program Children's Weekend Entertainment Show KIDS@ntv7 pada tahun 1999 dan kemunculan semula Sarimah di kaca televisyen pastinya dinanti-nantikan penonton yang pastinya rindukan keletah dan kepetahan beliau. 

"Fokus saya dalam kehidupan sekarang cukup berbeza. Pelbagai cabaran yang saya lalui dan pengalaman ini semua banyak membantu saya menjadi wanita yang lebih matang. 

"Saya banyak belajar mengenai kehidupan, cinta dan karier dan bagaimana mengimbangi kehidupan sebagai wanita berkerjaya. Saya juga belajar bahawa untuk berjaya, kita sebagai wanita seharusnya menjaga keseimbangan fizikal, emosi, rohani dan mental untuk membolehkan kita melakukan sesuatu dengan sepenuh hati," ujar wanita yang memiliki ijazah dalam bidang psikologi.

Bella terus mengukuhkan profilnya selepas memenangi anugerah Rancangan Bual Bicara Terbaik di Anugerah Skrin yang berprestij untuk dua tahun berturut-turut pada tahun 2012 dan 2013.

Bella ternyata berjaya memaparkan topik yang mampu menyelami hati wanita. Selain Sarimah, rancangan ini turut menampilkan tiga pengacara lain yang tidak kurang hebatnya iaitu Elaine Daly, Lisa Wong dan Belinda Chee.

"Kombinasi pengacara-pengacara ini pastinya memberi kelainan kepada program ini. Keempat-empat hos ini merupakan wanita yang cukup berpengaruh dan dikenali khalayak. Gabungan ini semestinya memberi inspirasi sekaligus memikat penonton dengan kredibiliti dan pesona masing-masing," ujar Penerbit Eksekutif Bella, Intan Noorbaizura.

Bella program yang didedikasikan khas kepada kaum wanita dan berrsiaran secara langsung selama satu jam setiap Isnin hingga Jumaat jam 11.00 pagi di ntv7 (Saluran 107).

Pada hari Isnin, Bella Confidential mengetengahkan isu wanita dan juga soalan yang wanita ingin tahu; Bella Society pada hari Selasa menyentuh kisah inspirasi di dalam masyarakat; Bella Mars yang disiarkan pada hari Rabu menjemput kaum lelaki untuk berkongsi pengalaman mereka, tips dan idea-idea; Bella Unwind pada hari Khamis pula menggalakkan wanita merancang, menerokai tempat baharu dan juga aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan; manakala pada hari Jumaat, Bella Weekend memberikan idea dan cadangan aktiviti kepada para penonton untuk hujung minggu. 

- Sumber: BH Online 

Bukan satu masalah besar jika 1MDB gagal bayar hutang

Dr Azmi Hassan

SHAH ALAM - Tidak menjadi masalah besar sekiranya 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak mampu menjelaskan hutang yang terdapat pada organisasi tersebut.

Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata, ini kerana negara ini mempunyai asas terhadap ekonomi negara yang mampan.

“Sekarang ini rakyat sangat bimbang dengan 1MDB. Kejatuhan mata wang negara mempengaruhi persepsi terhadap 1MDB.

“Tapi kita kena akur dengan laporan bank tahunan bahawa bukan satu masalah besar bahawa 1MDB tidak boleh membayar hutang kerana asas ekonomi negara kita kukuh,” katanya ketika menjadi panel dalam Wacana Sinar Siri ke-35: Apa di Sebalik 1MDB? di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, semalam.

Katanya, langkah tersebut bagi memastikan ketelusan dan kelancaran dalam sistem urus tadbir organisasi tersebut.

“Bagi saya, jangan biarkan 1MDB itu gagal. Kalau itu yang perlu dilakukan, jadi lakukanlah demi menyelamatkan 1MDB tersebut,” katanya lagi.

- Sumber: Sinar Harian 

Ikan keli bertaburan atas jalan raya


GUIZHOU - CHINA. Lebih kurang 6,800 kilogram ikan keli bertaburan di atas jalan raya di Zon Pembangunan Kaili di wilayah ini selepas pintu lori yang membawa muatan ikan tersebut tiba-tiba terbuka di tengah jalan.

Menurut laporan NetEase, anggota bomba bergegas ke tempat kejadian untuk membantu memasukkan semula ikan-ikan tersebut ke dalam lori terbabit.

Orang ramai yang berada di sekitar jalan raya turut membantu pihak bomba menangkap ribuan ikan keli tersebut.

Setelah dua jam, kesemua ikan tersebut dimasukkan kembali ke dalam lori.

- Sumber: Sinar Harian 

Lelaki maut cubaan lari dari polis

KUANTAN - Seorang lelaki dipercayai penagih dadah maut manakala seorang lagi parah selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas semasa cuba melarikan diri daripada polis peronda lebuh raya pada pukul 1 tengah hair semalam.

Terdahulu polis peronda lebuh raya telah menahan kereta suspek yang dilihat mencurigakan namun suspek memecut kenderaan mereka menghala ke Plaza Tol Gambang dan memasuki laluan motosikal secara melawan arus sehingga ke persimpangan lampu isyarat di Jalan Kuantan-Segamat sebelum membelok masuk ke Jalan Ladang Felda Lepar Hilir 1, Gambang dekat sini.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Fatimah Ghazali berkata, sampai di tempat kejadian kereta terbabit telah hilang kawalan lalu terbabas merempuh sebatang pokok kelapa sawit sebelum terbalik menyebabkan suspek yang berusia 27 tahun itu mati di tempat kejadian akibat tercampak di dalam ladang kelapa sawit di situ sementara rakannya, 24, mengalami kecederaan parah.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui dadah jenis heroin seberat 785.20 gram bernilai RM24,000, syabu seberat 503.54 gram bernilai RM80,000 dan pil kuda sebanyak 3,800 biji bernilai RM95,000 dengan jumlah keseluruhan RM199,000. 

"Turut dirampas enam buah telefon bimbit pelbagai jenama," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini. 

Beliau berkata, siasatan awal juga mendapati suspek aktif menjalankan aktiviti penyalahgunaan serta pengedaran dadah di sekitar bandar ini sejak beberapa bulan lepas.

Katanya, suspek yang parah itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan dan polis akan mengambil keterangannya selepas dia sedarkan diri nanti.

Sementara itu katanya, seorang lagi lelaki berusia 42 tahun juga diberkas polis dekat Kampung Paya Bungor, Gambang di sini pada pukul 6 petang Selasa lepas.

Fatimah berkata, pemeriksaan ke atasnya mendapati dua buah beg yang digalasnya mengandungi selaras senapang angin dan sejumlah dadah dengan nilai keseluruhan sebanyak RM11,840.

"Dadah yang ditemui ialah 470.5 gram heroin bernilai RM9,000, syabu seberat 0.7 gram bernilai RM280, tiga biji pil kuda bernilai RM60 dan wang tunai RM2,500," katanya.

Katanya, hasil semakan mendapati suspek terbabit mempunyai sembilan rekod jenayah lampau membabitkan penyalahgunaan dadah dan jenayah selain dia turut dikehendaki polis. 

Katanya, siasatan juga mendapati suspek telah lama terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dan dadah yang dirampas itu dipercayai untuk pasaran di daerah Kuantan. 

"Usaha masih diteruskan bagi mengesan ahli-ahli sindiket yang lain dan selain itu suspek juga didapati positif dadah. 

"Suspek kini ditahan reman sehingga Isnin depan di lokap IPD Kuantan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. 

- Sumber: Bernama

Kasut Sukan Adidas Ultra BOOST, Paling Selesa Untuk Berlari


Ultra BOOST memperkenalkan adidas dengan menggunakan pengukuran permukaan dan bentuk 3D ARAMIS bagi membolehkan pemakainya menikmati pengalaman larian boleh suai sepenuhnya.

 Sistem ARAMIS juga digunakan oleh institusi kejuruteraan utama seperti NASA, Boeing dan BMW untuk ujian mengukur pelanggaran, analasis getaran dan penyelidikan ketahanan. 

Ultra BOOST menyesuai berdasarkan langkahan seseorang pelari itu secara intuitif, sekaligus menjana Pulangan Tenaga BOOST™ yang tiada tolok bandingan, sokongan lebih unggul dan penyesuai keselesaan untuk ratusan kilometer jauhnya dalam apa jua keadaan.


Untuk lebih info mengenai Ultra BOOST sila layari web www.adidas.com/ultraboost. Adidas Ultra BOOST boleh didapati di kedai adidas Sports Performance mulai 25 Februari 2015 pada harga runcit RM650.

Tidur semasa bertugas: Polis tidak tolak gambar diambil pihak dalaman

Polis tidak menolak kemungkinan gambar dua anggotanya yang tidur di Balai Polis Komuniti Mak Mandin, Butterworth, diambil pihak dalaman.

KUCHING: Polis tidak menolak kemungkinan gambar dua anggotanya yang tidur di Balai Polis Komuniti Mak Mandin, Butterworth, Pulau Pinang diambil pihak dalaman sebelum disebarkan dalam media sosial oleh orang awam.

Pada 10 Mac lalu gambar anggota polis lelaki dan wanita yang bertugas, tidur di kerusi di pejabat pertanyaan balai polis berkenaan tersebar di media sosial termasuk aplikasi WhatsApp dan mendapat kritikan pelbagai pihak.

Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan dan sebarang tindakan disiplin kepada dua anggota berkenaan akan diputuskan kemudian. 

"Saya belum dapat maklumat terperinci tetapi dimaklumkan ada di kalangan pihak dalaman (mengambil gambar) dan telah dedahkan kepada pihak yang tidak berkaitan dengan PDRM.

"Mungkin ada niat di sebalik penyebaran gambar tersebut, itu kita belum pasti dan masih dalam siasatan," katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian sumbangan kepada mangsa banjir di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak pada Rabu.

Turut hadir Ketua Jabatan Pengurusan IPK Sarawak, SAC Mohd Jasmani Yusoff dan Komander Briged Pasukan Gerakan Am Sarawak, Datuk Isa Munir.

Pada majlis itu, sejumlah RM8,500 diagihkan kepada 17 anggota polis dan pegawai awam dari negeri ini yang terjejas banjir yang berlaku pada Januari lalu.

Terdahulu dalam ucapan, Mohamad Fuzi berkata sejumlah RM1.6 juta berjaya dikutip dan telah diagihkan kepada 1,385 anggota polis yang terjejas banjir pada Disember dan Januari lepas.

Menurutnya, kutipan tersebut merupakan hasil pemotongan gaji anggota secara 'one-off' serta sumbangan ikhlas badan bukan kerajaan, individu dan kontinjen daripada setiap negeri.

Sementara itu Mohamad Fuzi berkata selain diarah bertukar dalam tempoh 24 jam, dua anggota polis berkenaan mungkin akan dikenakan tindakan lain bergantung kepada hasil siasatan.

"Kita tidak mahu perkara ini menjejaskan imej polis, dan mereka (anggota polis tidur) mesti tegas dan perlu melaksanakan tugas dengan tekun dan berkesan dan bukan tidur ketika melaksanakan tugas.

"Tindakan serupa bukan saja telah diambil terhadap dua anggota yang tidur itu, banyak lagi kes yang hampir serupa kita ambil tindakan dalaman," katanya. 

- Sumber: Bernama

'Jelaskan hubungan Zeti Akhtar dengan Rafizi Ramli' - JMM

Hamdan (tengah) menyampaikan memorandum kepada Gabenor Bank Negara mengenai Rafizi Ramli di bawah Akta BAFIA 1989, kepada wakil pegawai Bank Negara.

KUALA LUMPUR: Rakyat di negara ini sudah gusar dan hilang kepecayaan kepada bank-bank di negara ini khususnya tentang kerahsiaan akaun mereka kerana ia mudah digunakan pihak-pihak tertentu demi kepentingan peribadi mahupun survival politik mereka.

Kenyataan tersebut terkandung dalam sebuah memorandum kepada Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz mengenai Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang dikatakan melanggar Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) oleh pihak Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM).

“JMM menggesa pihak Gabenor Bank Negara untuk mengambil kira dengan serius kepentingan Akta BAFIA (1989).

“Ini berhubung tindakan Rafizi yang bebas menggunakan maklumat akaun pelanggan bank sebagai alat politik beliau sejak tahun 2012,” kata Ketua Setiausaha JMM, Hamdan Mohd. Salleh yang ditemui di pekarangan Bank Negara hari ini.

Menurutnya, sesiapapun tidak boleh sewenang-wenangnya mendapat maklumat daripada bank lantas mendedahkannya kepada media dan umum atas kepentingan peribadi apatah lagi demi kepentingan politik.

Tambah Hamdan, pihak Bank Negara terutamanya Gabenor perlu memberi pencerahan kepada masyarakat terutamanya kepada pemegang-pemegang akaun bank di Malaysia tanpa mengira latar kewarganegaraan, yang risau dengan pendedahan yang begitu mudah dibuat.

Pendedahan maklumat itu, menurutnya, dikhuatiri mudah dibocorkan individu-individu tertentu melalui akses lisan, tulisan atau cetakan hanya kerana pihak yang meminta maklumat ada jaringan hubungan yang baik dengan pihak bank.

“JMM ingin mengetahui apakah hubungan Gabenor Bank Negara dengan Rafizi yang masih bebas dan tidak didakwa walaupun telah melanggar Seksyen 87(1)(a) Akta BAFIA 1989?

“Zeti Akhtar harus menjelaskan kepada rakyat Malaysia supaya semua pemegang akaun bank termasuk pelabur yang ada di negara ini akan rasa selamat dengan akta tersebut.

“Beliau juga perlu membersihkan nama beliau, termasuklah dengan memberi pengakuan mengenai pertalian sebenar beliau dengan Rafizi, jika ada,” ujar Hamdan yang menyatakan bahawa pencerahan itu perlu demi mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap institusi perbankan.

JMM menggesa Bank Negara Malaysia mengadakan sidang media untuk menjawab perkara tersebut dalam masa tiga hari.

Pada Ogos 2012, Rafizi pernah ditahan polis selepas didakwa melakukan kesalahan di bawah Akta BAFIA dan kesnya dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Bank Negara Malaysia juga pernah memanggil Rafizi untuk memberi testimoni di bawah Akta BAFIA berkaitan kes Pusat Fidlot Nasional (NFC).

- Sumber: Astro Awani 

Pegawai perubatan didakwa lakukan kelucahan melampau

Kejadian itu berlaku pada 17 Januari yang lalu di antara jam 3.15 pagi dan 4 pagi bertempat di Wad 6A, di sebuah hospital di Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU: Seorang pegawai perubatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas dakwaan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang pesakit lelaki berusia 20 tahun.

Tertuduh, Ahmad Fadhil Alias@Ilias, 29 tahun yang berasal dari Kampung Baru Gong Datuk, Mengabang Telipot, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap mangsa, antaranya memegang alat sulitnya.

Kejadian itu berlaku pada 17 Januari yang lalu di antara jam 3.15 pagi dan 4 pagi bertempat di Wad 6A, di sebuah hospital di Kuala Terengganu.

Sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun.

Tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zafirah Rosli.

Majistret menetapkan 7 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

- Sumber: Astro Awani

Anak perempuan Najib langsung perkahwinan esok

Datuk Seri Jamil Khir Baharom 

PUTRAJAYA - Anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Nooryana Najwa, akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Daniyar Kessikbayev, minggu ini.

Jurucakap dan wakil keluarga perdana menteri bagi majlis pertunangan dan pernikahan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata majlis akad nikah akan berlangsung esok (19 Mac) di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana di sini.

Jamil Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menerusi satu kenyataan hari ini berkata upacara akad nikah akan disempurnakan sendiri oleh Najib.

Beliau berkata perdana menteri dan isteri bersama-sama keluarga Daniyar akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan di Kuala Lumpur dan juga di Pekan, Pahang.

Antara tetamu kenamaan yang dijangka hadir ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah; Raja-Raja Melayu; Yang Dipertua Negeri; menteri-menteri besar; ketua-ketua menteri; menteri-menteri Kabinet; timbalan-timbalan menteri; pegawai kanan kerajaan; ahli-ahli politik; ahli-ahli korporat dan pemimpin masyarakat.

Selain itu beberapa pembesar dan pemimpin dari luar negara juga dijangka hadir.

Nooryana Najwa, 27, menamatkan pengajian di Georgetown University, Washington pada 2011 dan kini berkhidmat dengan sebuah syarikat "Venture Capital".

Beliau mengenali Daniyar, 27, yang berasal dari Kazakhstan ketika masing-masing menuntut di Amerika Syarikat (AS). 

- Sumber: Bernama

Lionel Messi stars as Barcelona beat Man City to reach the last eight


Champions League Last-16, second leg, Nou Camp - Barcelona 1 (Rakitic 31) Manchester City 0 (Barcelona win 3-1 on aggregate)

Lionel Messi gave a cameo of his genius as Barcelona beat Manchester City 1-0 at the Nou Camp to cruise into the last eight of the Champions League courtesy of a 3-1 success on aggregate. 

The Argentine was the Citizens' tormentor-in-chief with a bewitching display of quick feet and sublime vision, leading to one moment of magic that freed Ivan Rakitic to lob home the only goal of the night just past the half hour. The Barca talisman had the watching world gasping in awe as a flurry of cheeky nutmegs prior to half time left the away side chasing his shadow. 

On another occasion the Catalans would have had a bagful but Neymar and Luis Suarez both hit the post while Joe Hart performed heroics in the City goal with a series of magnificent one-on-one stops, in what must go down as one of his most outstanding individual displays between the sticks. 

City did have a chance to make it interesting late on but Sergio Aguero saw his effort from the penalty spot saved by Marc-Andre ter Stegen as the visitors could not stop the Spanish giants from securing an eighth straight quarter-final appearance in the competition.

- Source: Eurosport 

Mas kahwin juga kena GST?

Gambar Hiasan

SHAH ALAM - Lebih kurang dua minggu lagi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan di negara ini, cakap-cakap mengenainya menjadi bualan kerana ramai yang tidak pasti mengenai pelaksanaannya.

Ada yang kata menguntungkan dan ada yang kata sebaliknya.

Kegusaran itu menyebabkan ramai yang tidak ‘duduk diam’, tambah-tambah bila disentuh mengenai pelaksanaan GST dalam bab perkahwinan.

Bagi yang bujang sudah semestinya ‘mulai pening’ kepala kerana mula fikirkan mengenai bajet perkahwinan selepas GST dilaksanakan.

Namun ada berita gembira buat mereka yang hendak berkahwin selepas GST dilaksanakan ini kerana GST tidak dikenakan terhadap bayaran mas kahwin.

Penolong Pengarah Unit Komunikasi Korporat Jabatan Agama Islam Selangor, Nurhamizah Othman berkata, harga Mas Kahwin kekal sepertimana yang termaktub dalam Undang-undang keluarga Islam di bawah kuasa Sultan.

“Di Selangor kita sudah putuskan pada 12 Mei 2009, iaitu sebanyak RM300 kadar mas kahwin bagi anak dara dan janda tanpa had maksimun.

“Ia kekal, GST tidak dikenakan,” katanya. Katanya lagi, anak muda yang hendak berkahwin tidak perlu gusar mengenai perkara tersebut.

"Tiada kenaikan, ia kekal sepertimana yang termaktub," katanya. GST akan dilaksanakan pada 1 April 2015 ini, sebanyak 160 buah negara telah melaksanakannya.

- Sumber: Sinar Harian