Friday, 24 January 2014

Weight loss pill turns into balloon when swallowed


It’s the latest weight loss scheme to get Brits chirping: an oral pill that expands into a gastric balloon when ingested, to make patients feel fuller faster.

Launched to much buzz in the UK this week, the Obalon balloon has been garnering headlines for serving as a non-invasive, 15-minute version of traditional gastric balloon treatments which require going under the knife.

Here’s how it works: The vitamin-sized capsule is attached to a slender tube. After swallowing the capsule, gas is used to inflate the balloon through the tube.

Once inflated, the tube is removed, leaving the balloon in the stomach. No sedation or anesthetic is required, and the whole process is said to take about 15 minutes.

Up to three balloons can be used over the 12-week treatment, which are then removed in a short endoscopic procedure.

The overall outcome is to partially fill the stomach and induce a feeling of fullness so that patients consume less.

According to the US company’s own figures, the Obalon balloon helped clinical participants lose an average of eight percent of their total body weight and 49 percent of their excess body weight.

But if you think the gastric balloons will serve as an eat-free card, think again. On the first day, patients are advised to follow a liquid diet, followed by soft foods until the third day. The program also advises a sensible, healthy eating plan.

The capsule is available for those with a body mass index of 27 or higher and sold privately. The cost of a treatment? About £4,000 (US$6,650) for all three balloons.

Side effects can include everything from cramping and abdominal discomfort to nausea and vomiting.

The Obalon is available throughout European countries like Austria, Belgium, Luxembourg, the Netherlands, Germany, Italy and Spain. The company is also in talks to enter South Korea.

Meanwhile, another extreme weight loss device that recently made headlines was the AspireAssist Aspiration Therapy System, an at-home stomach pump designed to pump out undigested food out through a hole in the patient’s belly, not unlike a vacuum.

AFP RELAXNEWS 

Warga emas terlepas tuduhan cabul cucu



KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini Jumaat melepaskan dan membebaskan seorang lelaki warga emas daripada tuduhan mencabul kehormatan cucu perempuannya berusia 11 tahun.

Majistret Zulkpli Abdullah memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan di luar keraguan munasabah tentang tuduhan yang dikenakan terhadap lelaki berusia 76 tahun itu.

"Setelah menimbang dengan teliti semua bukti yang dikemukakan dalam kes ini, mahkamah berpendapat, berdasarkan imbangan kemungkinan, terdapat keraguan munasabah bahawa tuduhan terhadap tertuduh lahir daripada konspirasi yang dibuat terhadapnya berikutan terdapat perebutan secara undang-undang berhubung penjagaan mangsa, iaitu cucu perempuan tertuduh, yang pada masa berkenaan, dikongsi penjagaannya oleh bapa dan emaknya," kata beliau.

Tertuduh, yang diwakili peguam Noor Azah Azizan, diperintah membela diri pada 14 Jun tahun lepas.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di empat tempat, termasuk di dua hotel dan di dalam sebuah kereta di sini dari pukul 1 tengah hari hingga 6 petang antara April 2010 dan Oktober 2011.

Timbalan pendakwa raya Nur Hafizah Rajuni berkata pihak pendakwaan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

BERNAMA  

Belum ada keputusan hadkan penjualan petrol RON95 - Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan untuk menjual petrol RON95 kepada golongan yang layak sahaja.

"Belum ada apa-apa keputusan lagi," katanya ringkas pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini Jumaat.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata untuk memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja, harga subsidi bagi RON95 dijangka hanya disediakan untuk golongan miskin.

Setiausaha agung UMNO itu yang turut berada dalam sidang media berkenaan berkata beliau telah membuat penjelasan mengenai perkara itu dan apa yang beliau katakan semalam tidak dilaporkan dengan betul.

Pada masa ini harga RON95 adalah RM2.10 seliter (63 sen subsidi) dan harga RON97 adalah RM2.80.

BERNAMA 

Peniaga tawar harga murah dapat anugerah

Peniaga tawar harga murah dapat anugerah
Tengku Adnan (tengah) bergambar bersama penerima surat tawaran menyewa unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) selepas penyampaian berlangsung di ibu negara.


KUALA LUMPUR - Mana-mana premis, warung makanan dan barangan keperluan harian yang dikenal pasti menawarkan harga murah dan berpatutan akan diberi penganugerahan berbentuk pelekat yang akan ditampal di premis masing-masing.

Inisiatif itu dilakukan Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebagai rujukan kepada pengguna dalam memperoleh tawaran harga terbaik.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata, usaha itu sebagai langkah mengelakkan golongan peniaga mengambil kesempatan meletakkan harga tinggi terhadap barangan yang akhirnya membebankan rakyat.

“Banyak premis telah dikenal pasti dan kita akan mula tampal pelekat-pelekat berlogo DBKL dan KPDNKK ini mulai minggu depan. Keutamaan diberikan pada premis di kawasan perumahan seperti Bandar Tun Razak dan Setiawangsa,” katanya selepas menyempurnakan penyampaian surat tawaran Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada 100 penerima.

Pelekat itu tidak boleh dimohon mana-mana pengusaha sebaliknya akan dianugerahkan berdasarkan bancian dan pemantauan.

Sementara itu, Tengku Adnan berkata, proses penawaran unit-unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) kini dilaksanakan secara berterusan melalui kaedah pengundian. - Sinar Harian 

Nicol ke final Kejohanan Juara-Juara

Nicol Ann David
Nicol Ann David


KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David mara ke final Kejohanan Juara-Juara 2014 di New York, Amerika Syarikat.

Menurut laman web kejohanan beliau mengalahkan pilihan keempat Alison Waters dari England 11-8, 11-8 dan 12-10 dalam masa 46 minit.

Nicol yang mengalahkan rakan senegara Low Wee Wern di suku akhir pada Khamis, akan menentang rakan Alison, Laura Massaro.

Laura yang merupakan pemain nombor dua dunia dan pilihan kedua mara ke final setelah mengalahkan pilihan kelima Camille Serme dari Perancis 11-5, 3-11, 11-6 dan 11-9 dalam masa 62 minit. - Bernama

Suhu sejuk dijangka berlarutan sehingga awal minggu depan



KUALA LUMPUR: Suhu sejuk yang melanda beberapa tempat di Pantai Timur dan Kedah kini telah mulai meningkat sedikit demi sedikit.

Pengarah Ramalan Kaji Cuaca Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata suhu rendah yang dicatatkan di beberapa tempat seperti Kuala Krai, Besut, Alor Star dan Kangar telah mulai naik antara satu hingga dua darjah celcius.

“Antara malam hingga pagi tadi, suhu di Kuala Krai yang sebelum ini mencatatkan cuaca terendah iaitu 17.5 darjah celcius telah mulai meningkat ke 19 darjah celcius,” katanya ketika dihubungi Astro Awani.

Suhu rendah normal yang sering dicatatkan di Kuala Krai adalah sekitar 21.7 darjah celcius.

Beliau menambah, kenaikan suhu ini disebabkan adalah perubahan arah angin dari Timur Laut ke Barat Laut dimana sebelum ini, angin kering dari China telah bertiup dan membawa ke hawa sejuk di beberapa bahagian Pantai Timur seperti Pahang, Terengganu, Kelantan dan beberapa tempat di Kedah dan Perlis.

“Suhu sejuk ini dijangka akan berlarutan sehingga awal minggu hadapan dan ianya tidak merebak ke negeri-negeri lain di Malaysia dan keadaan dijangka kembali normal sekitar minggu hadapan ,” katanya lagi.

Purata suhu rendah normal pada bulan Januari di Malaysia adalah sekitar 22 hingga 23 darjah celcius.

Pada Rabu, suhu cuaca terendah telah direkodkan di Kuala Krai dimana ianya telah jatuh sehingga 17.2 darjah celcius dan menyebabkan penduduk di Kuala Krai terpaksa menggunakan baju sejuk, jaket dan juga selimut untuk keluar rumah di waktu pagi.

Penurunan drastik suhu juga direkodkan di tempat-tempat seperti di Besut, Alor Star dan Kangar. 

Astro Awani 

Tiga warga Indonesia diberkas, 23 kes pecah kereta selesai


TAIPING: Polis menahan tiga lelaki warganegara Indonesia ketika sedang mengumpil pintu sebuah kereta di Pusat Transformasi Luar Bandar di Gopeng pada Selasa lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata dengan tangkapan suspek yang berusia antara 27 hingga 40 tahun itu, pihak polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 23 kes pecah kereta termasuk di Kuala Lumpur dan Melaka.

"Kumpulan ini aktif sejak tiga bulan lepas dan mereka menginap di hotel murah di sekitar Ipoh," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati mereka datang ke negara ini sebagai pelancong dan kerap berulang alik dari Batam melalui Stulang Laut, Johor Baharu.

Katanya suspek mahir melakukan kegiatan pecah kereta dan jumlah kerugian kes yang mereka lakukan benilai kira-kira RM70,000.

Dalam kes berasingan, Acryl Sani berkata polis menahan tiga lelaki berumur antara 20 hingga 26 tahun yang dipercayai melakukan kegiatan samun di sekitar Ipoh pada Rabu lepas.

"Suspek ditahan ketika menaiki motosikal jenis Scrambler dan Yamaha LC di kawasan Tanjung Rambutan serta dirampas beberapa telefon bimbit dan dompet yang disamun daripada mangsa," katanya.

Suspek melakukan 20 kes samun terutama terhadap wanita.

BERNAMA 

Polis Perak tembak mati 'Geng 04'

TAIPING - Polis Perak menembak mati seorang anggota 'Geng 04', yang terlibat kes samun bersenjata kenderaan jenis Toyota Hilux di Kampar tahun lepas, dalam insiden berbalas tembakan di Lorong Berlian 2, Taman Koperasi dekat Teluk Intan, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, dalam kejadian 5 petang itu, pasukan Ops Cantas cuba menahan kereta yang dipandu S. Sasikumar, 30, yang dilihat dalam keadaan mencurigakan di kawasan Kampung Banjar.

"Bagaimanapun, lelaki itu enggan menghentikan keretanya dan terus memecut ke arah taman perumahan sebelum kenderaan itu terbabas. Ketika polis menghampiri kereta itu, dia meluru keluar dan terus melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping hari ini.

Katanya polis mempertahankan diri dengan membalas tembakan itu yang terkena Sasikumar, menyebabkannya rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata polis menemui sepucuk pistol Norinco model 2139x19 daripada lelaki itu, satu kelopak berisi lapan butir peluru hidup serta sebungkus plastik berisi daun kering disyaki ganja.

Acryl Sani berkata lelaki itu mempunyai lima rekod jenayah lampau dengan dua kes dadah, tiga samun dan satu kes curi.

Menurutnya dia melakukan jenayah itu bersama-sama dua lagi rakannya, namun seorang daripada mereka ditembak mati dan seorang lagi masih dalam perbicaraan di mahkamah.

"Pada 2.30 pagi, 19 Jan lepas, polis menemui seorang suspek itu mati dalam sebuah kereta jenis Waja di Jalan Gula, Semanggol akibat ditembak dengan enam das tembakan. Kita tidak pasti mengapa suspek di tembak," katanya.

Beliau berkata kesemua suspek itu dipercayai terlibat dalam kes cubaan menyamun kenderaan jenis Toyota Hilux sehingga menembak mangsa dan anaknya yang berumur 13 tahun di sebuah rumah di Taman Sejahtera dekat Kampar pada 14 Julai lepas.

Suspek yang gagal mendapatkan kenderaan itu, kemudian melarikan diri dengan kereta Proton Perdana sebelum menyamun pula kenderaan jenis sama di Langkap, Teluk Intan.

"Polis berjaya mengesan kereta Proton Perdana yang dinaiki suspek dan mengejarnya sehingga terbabas. Seorang daripada mereka ditahan manakala dua lagi melarikan diri," katanya.

Acryl Sani berkata polis masih menyiasat kes itu termasuk mengesan individu lain yang dipercayai terlibat dalam kumpulan itu. - Bernama

BR1M 3.0 diagih pertengahan Februari 2014

Najib


BR1M 3.0

KUALA LUMPUR - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan mula diagihkan kepada 7.9 juta rakyat Malaysia yang layak pada pertengahan Februari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dengan pemberian BR1M ini ia akan dapat meringankan beban rakyat yang sedang menghadapi kenaikan harga barangan pada masa ini.

"Majlis Tertinggi (MT) Umno mengambil maklum bahawa BR1M akan dilaksanakan dalam masa dua minggu lagi iaitu pada pertengahan bulan Februari, ia akan membantu rakyat dalam menghadapi masalah kenaikan harga barang," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di sini hari ini.

Ketika mengumumkan Bajet 2014 pada Oktober tahun lepas, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan memperuntuk sejumlah RM4.6 bilion bagi melaksanakan BR1M 3.0.

Pada tahun ini, pemberian bantuan itu akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300. 

Buat pertama kalinya juga, BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

Najib berkata tidak dinafikan bahawa rakyat mengalami masalah berhubung kenaikan harga barang dan kerajaan komited untuk menangani perkara itu menerusi pelbagai program serta langkah yang sedang dan akan diambil. 

Presiden Umno itu berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup Rakyat juga sedang menunggu hasil kajian daripada makmal khas yang ditubuhkan bagi mengurangkan beban rakyat. 


"Di samping itu, kita turut melihat masalah rantaian bekalan yang wujud di mana pihak pemborong yang menaikkan harga pada peruncit bukan pada dasar (harga) yang berpatutan.


"Kita juga mengambil maklum kesan dari musim tengkujuh yang melanda menyebabkan barang naik harga, namun dengan langkah yang diambil kerajaan kita akan bendung perkara ini," katanya.



Najib berkata MT Umno juga memberikan sokongan padu dan sepenuhnya kepada semua dasar kerajaan dan langkah-langkah yang sedang diambil bagi meringankan beban rakyat memandangkan asas ekonomi negara masih teguh. 

"Dari segi pelaburan, pertumbuhan ekonomi, inflasi, bursa saham ia berada dalam keadaan baik dan meyakinkan, asas ekonomi kita mendapat pengiktirafan bukan sahaja dalam negara malah di luar negara," katanya. - Bernama

Kekejaman rejim Bashar didedah


Beberapa gambar menunjukkan tahanan diseksa dan dibunuh secara kejam oleh rejim Bashar.


DOHA - Rejim Presiden Syria Bashar al-Assad didakwa melakukan kekejaman dan membunuh 11,000 tahanan, menurut satu laporan menggemparkan didedahkan kepada umum, kelmarin.

Pendedahan dibuat berdasarkan pemeriksaan ke atas 55,000 gambar dipercayai diseludup keluar oleh bekas jurugambar polis di negara bergolak tersebut.

Difahamkan, bukti perbuatan tidak berperikemanusiaan rejim Bashar tersebut turut memaparkan bukti patologi forensik yang melakukan pemeriksaan ke atas kubur besar di Kosovo sebelum ini.

Menurut Al-Jazeera, bekas ketua pendakwa raya mahkamah khas di Sierra Leone menyifatkan, laporan setebal 31 muka surat itu sebagai kebenaran membuktikan rejim Bashar melakukan pembunuhan kejam secara besar-besaran.

"Koleksi gambar jelas menunjukkan cara pembunuhan sistematik dilakukan ke atas tahanan. Mereka dibiarkan kebuluran dan diseksa dengan kejam hingga mati.

"Misteri kehilangan ramai penduduk Syria sejak perang saudara tercetus di negara itu kini terjawab," katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian 

Toshiba: No demand for 3D TV

3D: great at the cinema but less so at home. --Collina/shutterstock.com

Despite a concerted push by a number of companies at this year's International CES to promote the technology, the Japanese TV maker believes that consumers are not interested.

Instead, TV buyers are interested in what they've always been interested in: the best resolution.

"We went from VHS to DVD and then from DVD to 720p to 1080p to Blu-ray and now 4K is the next big thing," a company spokesperson told Trusted Reviews.

"I think that 3D still does great in the theatres, just not so in a home theatre. If people do buy the 3D TVs, we found that they just weren't using it that much," he said.

Toshiba claims that this is partly due to a lack of content and partly because wearing the glasses is uncomfortable.

As such, Toshiba says it has not seen a huge demand for 3D and "we do not see that trend extending its lifeline much further."

Toshiba's disappointing words come only weeks after the 2014 International CES where ‘glasses-free' 3D technology was really being pushed.

Chief among the companies doing the pushing was Stream TV, a company that has pioneered something called Ultra D, a proprietary technology -- i.e., one integrated into other manufacturers' devices -- that not only offers glasses-free ultra-high definition 3D on TVs, but can be integrated into PC monitors and tablets too.

To get around the issue of native content, the company also has a supporting technology that can convert 2D to 3D with no lags or resolution drops.

However, despite these innovations, so far the appetite among consumers for 3D outside of the cinema seems limited.

In July 2013, the BBC, one of the world's biggest and most influential television broadcasters, announced it was abandoning plans to continue creating and broadcasting content in 3D.

The organization had been experimenting with the format since 2011 but had been hugely disappointed with consumer uptake.

It only managed to attract 750,000 viewers for the 3D version of the 2012 Summer Olympics opening ceremony, despite the fact that it was the most watched televisual event in UK history.

In 2013, US broadcaster ESPN also shuttered its 3D sports channel stating lack of consumer interest.

Astro Awani 

Isteri Menteri India mungkin ‘overdosed’


Pasangan ini menafikan mempunyai masalah rumah tangga. - Foto BBC


NEW DELHI - INDIA. Kematian isteri Menteri Pembangunan Sumber Manusia India, Shashi Tharoor mungkin disebabkan penggunaan dadah berlebihan, kata doktor yang menjalankan bedah siasat, lapor BBC.

Hasil bedah siasat turut menemui kesan kecederaan pada tubuh Sunanda Pushkar namun tidak dipastikan sama ada ia berkaitan dengan kematiannya.

Sementara itu, jurucakap Delhi’s All India Institute of Medical Sciences, Dr Amit Gupta berkata, laporan awal bedah siasat menunjukkan penggunaan dadah berlebihan.

Dalam perkembangan berkaitan, media tempatan di India melaporkan, laporan bedah siasat itu sudah dihantar kepada majistret.

Mayat Pushkar ditemui oleh suaminya apabila beliau pulang ke hotel selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kongres All India pada Jumaat malam.

Ia berlaku dua hari selepas Pushkar membuat pendedahan tentang kemungkinan suaminya menjalin hubungan sulit dengan seorang wartawan Pakistan.

Pasangan itu dikatakan tinggal di hotel berkenaan kerana banglo rasmi Tharoor sedang dicat semula.

-Sinar Harian 

Bapa mohon pulangkan duit hilang

Bapa mohon pulangkan duit hilang
Adli Isham menunjukkan laporan polis dibuatnya berhubung kehilangan beg berkenaan.


SEREMBAN – “Saya orang susah, tolonglah… duit itu sumbangan orang ramai untuk kos perubatan anak saya yang sakit,” kata Adli Isham Abas, 35, yang bingung memikirkan wang RM3,000 hasil sumbangan orang ramai yang disimpan di dalam beg miliknya hilang dipercayai tercicir.

Walaupun mengakui agak mustahil untuk beg serta wang itu dikembalikan, namun dia amat berharap agar ada individu berhati mulia dapat memulangkannya.

Menceritakan kejadian pada minggu lalu, Adli berkata, ketika kejadian dia baharu keluar rumah namun ketika dalam perjalanan, dia mula menyedari beg berwarna hitam miliknya tiada.

“Jadi, saya memberhentikan kenderaan di tepi jalan memeriksa seluruh kereta, namun kecewa kerana beg saya berisi wang sumbangan orang ramai RM3,000 untuk kos perubatan anak saya hilang.

“Puas saya mencari di sepanjang jalan, namun tiada. Saya mula ingat semasa saya tutup pagar rumah, saya letak beg itu di atas bumbung kereta,” katanya yang tinggal di Kuala Sawah, Rantau.

Sesiapa yang menjumpai beg itu boleh menghubungi Adli Isham di talian 019-6255349. - Sinar Harian 

'Sampai hati Sara tipu mak'

'Sampai hati Sara tipu mak'
Aishah dan suaminya menunjukkan risalah yang mengandungi barangan dijual Sara.


BATU PAHAT – Seorang warga emas di sini terkilan, apabila wanita yang dianggap sebagai anak angkat sanggup memperdayakan dirinya sehingga kerugian RM11,300.

Warga emas, Aishah Parun, 71, berkata, dia mengenali Sara, 30an, seorang agen jualan langsung sejak enam bulan lalu.

Menurutnya, Sara sering singgah ke rumahnya untuk makan dan berehat bersama tiga atau empat rakannya.

"Dia ada beberapa kali menyuruh makcik membeli barang daripadanya, tetapi makcik akan menolak. Namun, satu hari makcik seolah-olah dipukau, makcik beli alat mengurut kaki dan
penapis air dengan harga RM4,300.

"Kemudian dia minta lagi wang tambahan sebanyak RM7,000 sebagai bayaran insurans dua barangan berkenaan,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di Kangkar Bahru, semalam.

Aishah berkata, Sara juga memberitahu bahawa RM7,000 itu akan menjadi RM100,000 apabila sampai tempoh matang, dan akan menghubunginya ketika itu.

Katanya, setelah Sara keluar dari rumah, dia ditegur anak dan tersedar telah memberikan wang yang dikumpul untuk menunaikan haji bersama suami, Sahib Nawawi, 79, kepada Sara.

“Makcik ceritakan kepada anak dan menantu, dan mereka terus menghubungi Sara berdasarkan nombor telefon yang ditinggalkan kepada makcik.

"Hanya dua kali sahaja Sara berjaya dihubungi, selepas itu sehingga sekarang dia gagal dihubungi,” katanya.

Menurutnya, dia berharap kejadian berlaku kepada dirinya dijadikan pengajaran dan jangan mudah percaya individu baru dikenali. - Sinar Harian 

Sultan Johor menang bida plat W1N RM748,000


Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar


SHAH ALAM - Berita yang tersebar mengenai nombor plat W1N bernilai RM748,000.00 yang dibida oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ternyata benar.

Memetik laporan News Straits Time, Sultan Ibrahim bertitah baginda tidak keberatan membayar sejumlah wang tersebut untuk nombor plat yang diingininya.

Menurut Sultan Ibrahim, wang yang dibelanjakan tersebut akhirnya akan dikembalikan kepada rakyat.

"Rakyat akan mendapat manfaat daripadanya. Jadi, jumlah yang dibayar adalah kecil berbanding dengan faedah yang rakyat akan terima," katanya dalam laporan itu.

Tambahnya, proses pembidaan yang dilakukan itu adalah mengikut prosedur yang betul.

"Saya bukan jenis yang suka melangkau prosedur untuk mendapatkan sesuatu. Ini adalah 'cara Johor' untuk membayar apa yang kita mahukan kerana semua perlu mendapat peluang yang adil dan seperti kata pepatah, 'the best man win'," katanya.

Semalam, Pengerusi badan pemantau jenayah Mywatch, R Sri Sanjeevan mendedahkan sultan Johor telah membelanjakan RM174,000.00 dalam bidaan nombor plat pendaftaran kenderaan.

"DYMMM Sultan Ibrahim telah sekali lagi menang bidaan untuk W1N, sebelum ini WWW1," tulisnya. - Sinar Harian 

Februari depan keputusan kes bunuh Norazita

La Ode Ardi Rasila
La Ode Ardi Rasila


SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 10 Februari depan sebagai sebutan bagi pengurusan kes terakhir yang melibatkan kes bunuh kakitangan Ambank Subang Jaya, Oktober lalu.

Pendaftar, Hanie Dzatul Akhmar Zulkefli menetapkan tarikh itu agar kesemua dokumen dapat diserahkan dengan lengkap.

Timbalan Pendakwa Raya, N Parimalaah berkata, pihak pembelaan masih belum menerima dokumen yang berkaitan seperti salinan kamera litar tertutup (CCTV) dan laporan kimia daripada Jabatan Kimia Negara.

La Ode Ardi Rasila, 37, dituduh membunuh Norazita Abu Talib, 37, antara jam 6.00 petang hingga jam 6.30 petang di Bangunan Ambank,Jalan USJ Sentral,Subang Jaya.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

La Ode turut didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

S.Selvi yang dilantik kedutaan Indonesia sebagai peguam mewakili tertuduh manakala S.Prakash mewakili keluarga tertuduh sebagai peguam pemerhati.

Tertuduh yang berpakaian serba hitam tiba di mahkamah 8.50 pagi tadi, dengan dikawal ketat oleh anggota polis.

-Sinar Harian 

RON95 hanya untuk golongan miskin tidak benar

RON95

SHAH ALAM - Susulan laporan yang disiarkan beberapa media mengenai penurunan harga petrol RON95 untuk golongan berpendapatan rendah, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin tampil menangkis dakwaan itu.

Khairy yang dipetik dari laman mikro Twitternya berkata, beliau telah menghubungi Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan menteri itu menafikan perkara itu.

"Saya semak dengan Tengku Adnan, dia tak cakap RON95 akan dijual kepada orang miskin.

"Jangan 'spin' cerita tak betul," kata Khairy.

Awal pagi tadi, media melaporkan, Tengku Adnan telah mengumumkan satu mekanisme baru akan diperkenalkan kerajaan pada pertengahan tahun ini bagi membolehkan bahan bakar RON95 hanya dinikmati oleh golongan berpendapatan rendah.

Tengku Adnan dilaporkan berkata, langkah itu diambil bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja.

Dalam pada itu menurut laman mikro yang sama, Tengku Adnan turut meluahkan perasaan tidak senang dengan laporan media mengenai isu RON95 tersebut.

Katanya yang dipetik berkata, "...sedih dengan orang yang suka sensasikan cerita, suka fitnah, suka bawa cerita, suka mengata, mana sifat ketimuran kita, mana agama kita, sedih.

"Kenapa tak faham yang dicakap kita, kita cakap 'rationalisation fiscal' tentang subsidi untuk rakyat yang memerlukan bukan kaya," tulisnya. - Sinar Harian

Pantai Timur catat suhu terendah dalam sejarah

Pantai Timur catat suhu terendah dalam sejarah
Keadaan cuaca di ruang udara di Kota Bharu yang redup dan berkabus. Pada jam 7 pagi suhu bandar ini mencatatkan 24 darjah Celsius berbanding 20 darjah Celsius hari sebelumnya.


KOTA BHARU - Keadaan suhu sejuk dan mendung seharian mencetuskan suasana baharu yang tidak pernah dialami masyarakat negara ini.

Tidak terkecuali di Kelantan, apabila beberapa lokasi di negeri ini mencatatkan suhu terendah dalam sejarah.

Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan dan Terengganu, Jenuwa Husin berkata, penurunan suhu dan udara yang sejuk dialami beberapa daerah di negeri ini merupakan satu rekod baharu.

Menurutnya, daerah Kuala Krai mencatatkan suhu penurunan minimum sehingga 17 darjah Celsius pada jam 7 pagi kelmarin berbanding 21.8 Celsius suhu purata.

“Penurunan suhu di Kuala Krai itu adalah yang paling minimum manakala Pasir Putih pula mencatatkan bacaan 19 darjah Celsius selain Kota Bharu dan Gong Kedak dengan purata 20 hingga 25 darjah Celsius.

“Di antara punca utama penurunan suhu itu ialah disebabkan tekanan suhu sejuk di tanah besar China yang memasuki Laut China Selatan selain daripada keadaan musim tengkujuh yang melanda kawasan Pantai Timur yang masih belum tamat,” katanya.

Menurutnya, fenomena tekanan suhu dari China itu terjadi semasa monsun timur laut dan tiupan angin kencang tersebut berlaku apabila kurangnya awan terbentuk pada waktu malam di kawasan Pantai Timur Semenanjung.

Beliau berkata, disebabkan penurunan itu penduduk di kawasan berhampiran pantai terutamanya akan mengalami suhu sejuk yang terlampau berbeza dengan keadaan biasa.

Dalam masa sama, Jenuwa berkata, amaran ketiga angin kencang dan laut bergelora dikeluarkan pihak Meteorologi kepada nelayan dan orang awam bagi mengurangkan sebarang aktiviti pantai.

“Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kilometer sejam dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sabah Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.

Untuk rekod, suhu di tanah tinggi Cameron Highland purata sekitar 12 hingga 26 darjah Celsius manakala 13 -16 darjah Celsius pada waktu pagi.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di negeri ini mendapati keadaan cuaca sepanjang hari redup dan sejuk. Orang ramai dan murid-murid sekolah yang mengenakan baju sejuk di luar bangunan walaupun pada jam 11 pagi.

Seorang penduduk di Kuala Krai, Rosdi Ismail, 49, berkata, perubahan mendadak suhu sejak selepas banjir gelombang kedua begitu dirasai.

Menurutnya, kedudukan kampung berkenaan yang dikelilingi bukit menyebabkan kesannya begitu terasa.

“Setiap kali keluar rumah untuk ke tempat kerja saya akan memakai baju sejuk kerana tidak tahan dengan cuaca sejuk sekarang,” katanya.
Suhu di Besut

19 darjah Celsius

Suhu di kawasan Besut pula mencatatkan penurunan sehingga 19 darjah Celsius pagi kelmarin, menjadikan ia rekod suhu terendah yang pernah dicatatkan di daerah itu.

Jenuwa berkata, suhu itu disifatkan sebagai satu rekod kerana suhu biasa yang dicatatkan paling minimum bagi dua kawasan itu sebelum ini hanyalah sekitar 23 darjah Celsius.

Katanya, daerah lain di Terengganu iaitu Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman mencatatkan sedikit penurunan iaitu sekitar 21 darjah Celsius berbanding hari biasa.

Selain itu katanya, Jabatan Meteorologi turut memaklumkan, angin kencang timur laut berkelajuan dari 60 kilometer sejam dengan ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Terengganu dan Kelantan dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.

Menurut beliau, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut dan keadaan itu dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.

“Angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” katanya.

Seorang penduduk di Besut, Yusof Ali, 72, berkata, keadaan suhu sejuk dirasakan sejak beberapa hari lalu, memaksa dia memakai baju lebih tebal.

Menurutnya, seingatnya, kali terakhir suhu sejuk berlaku di daerah ini ketika dia berusia 15 tahun, kira-kira 57 tahun lalu dan tidak berlaku lagi selepas itu sehinggalah ia berulang sekarang.

- Sinar Harian 

Rosmah: Isteri wakil rakyat perlu aktif bantu suami

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Yang BAKTI Datin Seri Rosmah Mansor pada pelancaran program tahunan isteri wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) se-Malaysia 2013/. --fotoBERNAMA

NUSAJAYA: Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata isteri wakil rakyat perlu memainkan peranan lebih aktif dalam membantu suami masing-masing selaras dengan keperluan dan tuntutan masyarakat demi kesejahteraan rakyat.

Rosmah yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) berkata selain mengiringi suami sebagai tetamu kehormat dalam sesuatu majlis, mereka juga proaktif menganjurkan program berorientasikan kebajikan rakyat di kawasan masing-masing.

"Sesungguhnya program-program mendekati rakyat jelas membuktikan peranan penting yang dimainkan oleh isteri wakil rakyat dan pada masa sama membantu merapatkan hubungan suami dan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia 2013/2014 yang dirasmikan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini pada Khamis.

Turut hadir isteri timbalan perdana menteri selaku Naib Yang Dipertua Bakti, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan isteri Menteri Besar Johor Datin Seri Rosni Omar merangkap Yang Dipertua Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Johor JUITA).

Kejohanan kali ini disertai 560 orang yang mewakili 14 buah negeri termasuk anggota BAKTI.

Rosmah berkata, peranan tersebut juga perlu dilakukan isteri-isteri wakil rakyat di negeri yang bukan di bawah kepimpinan BN supaya mereka dapat menggandakan usaha untuk memenangi hati rakyat untuk kembali menyokong BN.

"Untuk melaksanakan tanggungjawab ini, isteri-isteri wakil rakyat harus melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang termasuk pengetahuan asas dalam media sosial," katanya.

Beliau turut meminta semua pihak supaya bersatu-padu agar tidak memberikan ruang kepada pembangkang untuk memporak-perandakan mereka. - ASTRO Awani

Terbaru: Bot penumpang karam di Sarawak, 17 diselamatkan dan seorang masih hilang



SARIKEI: Belum pun selesai pencarian seorang mangsa yang masih hilang dalam tragedi bot karam di Sungai Batang Lassa, Daro, Mukah di Sarawak minggu lalu, satu lagi insiden bot penumpang terbalik berlaku di Sarikei, Sarawak.

Dalam kejadian 6:50 pagi tadi, 17 penumpang selamat manakala seorang dilaporkan hilang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Penguasa Bomba Zon Tengah, Abdul Mutalib,kejadian berlaku di Sungai Sian, Bintangor, Sarikei , iaitu 20 minit selepas berlepas dari jeti.

Ketika kejadian, 18 penumpang berada di dalam bot panjang berkenaan.

Difahamkan kebanyakan penumpang berjaya diselamatkan oleh krew kapal tongkang yang kebetulan lalu di tempat kejadian.

Mangsa yang dilaporkan hilang adalah seorang lelaki dalam lingkungan umur antara 20 hingga ke 30 tahun.

Sehubungan itu operasi mencari dan menyelamat melibatkan kira kira lapan anggota Bomba dan Penyelamat Bintangor sedang giat dijalankan. - ASTRO Awani 

Texting while walking impairs stride, poses risks



WASHINGTON: 
Texting while walking impairs a person's ability to follow a straight line and keep a normal pace, and may pose risks to pedestrians according to a study out Wednesday.

Researchers at the University of Queensland in Australia decided to study texting while walking since it appeared no one had actually scientifically analyzed how the modern preoccupation impacts a person's gait.

Anecdotally, the evidence was clear, even among the 26 people they selected for the study: one in three admitted to having had some sort of texting accident, "including falls, trips and collisions with obstacles or other individuals."

Previous research has shown that texting and walking in virtual environments can raise the risk of accidents.

The rise in the number of pedestrians injured while using their mobile phones to talk or text since 2006 has also raised concern, and some towns in the United States have gone so far as to ban the activity.

For this study, volunteers agreed to walk about nine meters (yards) without any distraction so their gait could be tracked with a three-dimensional movement analysis system.

Then, they did the same walk while reading on their mobile phones, and again while texting.

They swerved the most while texting. They also slowed down, and their heads and necks adopted a newly rigid posture that was not seen during their phone-free walks.

Posture and balance were also compromised.

Reading while walking was not quite as bad, but still worse than simply walking.

"Texting, and to a lesser extent reading, on your mobile phone affects your ability to walk and balance," said lead author Siobhan Schabrun.

"This may impact the safety of people who text and walk at the same time.

AFP RELAXNEWS

Justin Bieber ditahan memandu laju, mabuk

MIAMI: Penyanyi Justin Bieber ditahan kerana berlumba kereta dan memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

Penahanan tersebut merupakan masalah terbaru yang mencemarkan imej penyanyi yang baru sahaja berusia 19 tahun itu.

Pihak berkuasa polis berkata, Bieber memandu laju kereta jenis Lamborghi di jalan perumahan dan ditahan pada Khamis pukul 5 petang waktu Malaysia.

Ketua Polis Miami Beach Raymond Matinez memberitahu pemberita yang Bieber dalam keadaan khayal sewaktu ditahan dan gagal menyerahkan lesen memandu.



Bieber kemudiannya dibawa ke mahkamah di Florida dan hakim membenarkan ikat jamin sebanyak RM8,326.

Penyanyi yang dikenali dengan lagu Baby itu meninggalkan mahkamah dengan duduk di atas sebuah kenderaan SUV sambil melambaikan tangannya kepada peminat.

Selain memandu laju dan di bawah pengaruh alkohol dan dadah, Bieber turut berdepan tuduhan mengelak daripada ditahan dan memandu tanpa lesen.

Pegawai publisiti Bieber sewaktu dihubungi AFP enggan memberikan sebarang komen.

Bieber sejak akhir-akhir ini sering mencetuskan kontroversi antaranya polis baru-baru ini menemui sejumlah dadah selepas menggeledah rumahnya di Los Angeles.

Astro Awani 

Penjelasan mengenai GST diperluas

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan. --gambar fail


KUANTAN: Kerajaan akan terus memberi penjelasan mengenai pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke semua kawasan parlimen selepas penjelasan peringkat negeri selesai.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata penerangan peringkat negeri dijangka selesai selesai hujung bulan ini berikutan penjelasan telah dibuat di 10 negeri termasuk Pahang.

"Selepas penjelasan peringkat negeri selesai, GST akan diterangkan sehingga ke peringkat parlimen-parlimen mulai bulan dua (Februari) ke atas. Sekarang nak habiskan empat lagi penerangan peringkat negeri (Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan).

"Di kampung-kampung kita kumpulkan ahli parlimen, ketua bahagian, pemimpin setempat (untuk diberi penjelasan) dan bukan hanya penerangan mengenai GST malah bantuan kerajaan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas majlis Sesi Taklimat GST Peringkat Pahang yang dihadiri lebih 2,000 orang di sini, Khamis.

Katanya, kerajaan tetap meneruskan penerangan GST walaupun ada usaha dari segelintir pihak yang cuba mensabotaj dengan melakukan demonstrasi untuk menggesa kerajaan menarik balik GST yang akan dilaksanakan mulai 1 April 2015.

"Kita juga tidak akan berdiam diri dan akan buat penjelasan sebab GST ini merupakan satu sistem percukaian terbaik yang telah diamalkan 160 negara.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kelewatan pengagihan baucar bantuan awal persekolahan, Ahmad berkata, perkara itu mungkin disebabkan proses penjadualan pengagihan di peringkat pejabat pendidikan negeri.

Katanya, agihan bantuan berkenaan telah disalurkan sejak 15 Jan lepas membabitkan RM540 juta untuk 5.4 juta pelajar sekolah di seluruh negara. - BERNAMA 

Apa?! RON95 akan dijual pada yang layak sahaja?


PETALING JAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini memaklumkan bahawa petrol RON95 hanya akan dijual kepada golongan yang layak sahaja.

Katanya untuk memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja, harga subsidi bagi RON95 dijangka hanya disediakan untuk golongan miskin.

Jelas Tengku Andan, pendekatan itu antara lain sebagai usaha mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan dasar harga baru itu dijangka berkuatkuasa pada Mei atau Jun tahun ini.

"Kami mahu mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu… seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard ataupun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95," katanya kepada pemberita.

Tambah beliau, mungkin mereka yang tidak layak untuk membeli petrol RON95 pada harga subsidi, hanya layak untuk membeli petrol RON97.

Pada masa ini harga RON95 adalah RM2.10 seliter (63 sen subsidi) dan harga RON97 adalah RM2.80.

Harga runcit RON97 ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan kuasa pasaran.

Beliau bagaimanapun memberitahu pendekatan baru itu masih dalam kajian oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar dari Jabatan Perdana Menteri.

Tengku Adnan ditemui selepas majlis penyerahan 100 surat tawaran kepada penduduk yang layak untuk menyewa di projek perumahan kos rendah di Petaling Jaya. - ASTRO Awani