KUALA LUMPUR: Perbualan hangat di laman media sosial Twitter hari ini adalah mengenai perbezaan bonus yang bakal diberikan kepada penjawat awam yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pada Rabu, Najib mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.
Ini disusuli dengan pengumuman Khalid dimana bonus sebulan gaji akan diberikan kepada 21,776 penjawat awam negeri berkenaan.
Mereka di Selangor gembira dan bersyukur dengan pengumuman Khalid:
Ramai juga yang menyatakan rasa bersyukur ke atas pemberian bonus oleh Najib.
Ada juga yang membuat perbandingan tentang perbezaan Bonus Raya tahun ini:
Ada yang memberi cadangan supaya Najib memberikan bonus satu bulan gaji atau lebih:
Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pemberian bonus dan juga Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap dedikasi penjawat awam serta pesara kerajaan.
"Pemberian bonus dan bayaran khas ini memang sungguh bermakna khasnya kepada penjawat awam yang berpendapatan sederhana terutamanya bagi membuat persiapan perayaan (Aidilfitri) yang bakal tiba."

-- Astro Awani