Tuesday, 7 April 2015

Hukuman berat rekrut IS guna media sosial

Wan Junaidi Tuanku Jaafar

KUALA LUMPUR - Hukuman berat menanti individu yang menggunakan media sosial bagi menarik penyertaan individu lain dalam kumpulan pengganas apabila Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2015 dikuatkuasakan kelak. 

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, peruntukan itu selaras dengan kesedaran bahawa media sosial sedang dieksploitasi pihak seperti IS untuk merekrut dan menyebar ideologi bagi mendapatkan penyokong di seluruh dunia.

"Aktiviti dan kaedah operasi semasa kumpulan pengganas kini amat kreatif bersandarkan kepada teknologi terkini untuk menarik golongan muda supaya mudah terpengaruh," katanya ketika membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan
kali kedua di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata, di bawah pindaan itu, sesiapa yang menggalakkan individu lain untuk meninggalkan Malaysia bagi melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti kumpulan pengganas boleh dihukum penjara seumur hidup atau penjara tidak melebihi 30 tahun atau denda.

"Mana-mana harta yang telah digunakan bagi tujuan keganasan juga akan dilucutkan pemilikan," katanya.

Wan Junaidi berkata, antara elemen penting rang undang-undang itu ialah Fasal 2 yang bertujuan memasukkan seksyen baharu iaitu Seksyen 130 (F)(A) bagi mengadakan peruntukan kesalahan kepada mana-mana individu yang menerima latihan dan tunjuk ajar daripada kumpulan pengganas.

Manakala Seksyen 130 (F)(B) pula katanya, menjadikan kehadiran mana-mana individu ke sesuatu tempat yang memberi latihan keganasan sebagai satu kesalahan.

Manakala Fasal 4 bertujuan memasukkan empat seksyen baharu yang memperuntukkan kesalahan bagi individu yang membuat perjalanan ke, menerusi atau dari Malaysia untuk melakukan keganasan di sesuatu negara asing.

Ia juga menetapkan kesalahan bagi seseorang yang memiliki barangan yang dikaitkan dengan mana-mana kumpulan pengganas, mempamerkan, mengagih atau menjual barang itu atau membantu seseorang lain untuk melakukan perbuatan keganasan.

Wan Junaidi berkata, pindaan itu juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk menghindarkan Malaysia menjadi hab transit dan pusat merekrut kumpulan pengganas.

Rang undang-undang itu kemudian dibahas dan diluluskan tanpa pindaan.

Dewan turut meluluskan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2015.

Persidangan dewan bersambung esok. 

- Sumber: Bernama

    Mr Os bawa diri ke Johor, Perak selepas khabar kematian tersebar

    Mr Os kini menerima rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur selepas melakukan pembedahan tonsil di Hospital Selayang pada Mac lalu.

    KUALA LUMPUR: Pelawak yang dikenali ramai dengan panggilan Mr Os menjelaskan dia telah membawa diri ke Johor dan Perak untuk meredakan perasaan selepas penyebaran gambar dan berita palsu kononnya dia telah meninggal dunia baru-baru ini.

    Walau bagaimanapun, menurut Mr Os, atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid, 64, dia menerima berita palsu tersebut dari sudut positif dan sedia memaafkan individu yang menyebarkan berita kematiannya.

    “Selepas saya buat kenyataan menafikan berita kematian saya kepada pihak media, saya terpaksa lari ke negeri Johor dan Perak untuk meredakan keadaan. Namun begitu, saya terima berita kematian saya dari sudut yang positif.

    “Kalau waktu itu saya terima berita tersebut dari sudut negatif pasti akan buat saya bertambah down (sedih). Tetapi saya telahpun memaafkan individu yang tidak sengaja menyebarkan berita tersebut kepada umum,” jelas Mr Os kepada Astro Gempak sewaktu majlis pelancaran program Projek Komedi Warna.

    Jelas Mr Os lagi, akibat penyebaran berita tersebut dia menerima ratusan panggilan telefon daripada pelbagai pihak yang mahukan pengesahan.

    “Saya terima ratusan panggilan telefon yang terkejut dengan berita kematian tersebut. Ada juga radio tempatan yang membuat panggilan secara langsung minta saya sendiri beritahu pendengar yang saya masih hidup.

    “Malah ada peminat yang kini berada di United Kingdom menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp mohon balas semula mesej yang dihantar kerana tidak berpuas hati dengan berita kematian saya. Ini yang saya katakan menyusahkan ramai pihak,” luahnya.

    Mengulas lanjut mengenai kesihatannya, Mr Os kini menerima rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur selepas melakukan pembedahan tonsil di Hospital Selayang pada Mac lalu.

    - Sumber: Astro Gempak

    A schoolboy with a sore throat was found to have a leech growing inside him

    A 7cm leech was found in the boy’s respiratory tract (Picture: CEN)

    A schoolboy who went to the doctor complaining of a sore throat was found to have a 7cm-long leech growing inside him.

    Xiaobo Chien, 11, had been walking home from school in China’s Sichuan Province when he stopped to drink some water from a bucket by the side of the road – unaware that it contained leech larvae.

    So when he went to the doctor complaining of a dizziness and a sore throat he was shocked to discover that a 7cm-long leech was lodged in his respiratory tract and had been growing inside him for weeks.

    Xiaobo said he wouldn’t be drinking water from a bucket again (Picture: CEN)

    ‘At first we thought he had flu as he said he was felling dizzy and had a sore throat,’ said the boy’s mother, Xiang Tung, 33.

    ‘He hadn’t told us about the water-drinking so it never occurred to us that he may have picked up something.’

    Fortunately, the leech hadn’t caused an infection and doctors were able to extract it without too much trouble.

    ‘I won’t be drinking water from a bucket again,’ said Xiaobo.

    - Source: Metro.co.uk

    Dua pasang kekasih ditahan bersama ganja

    Yahaya (tengah) menunjukkan ketulan mampat dipercayai dadah jenis ganja yang dirampas selepas menahan pasangan kekasih di USJ14.

    SUBANG JAYA – Dua pasangan kekasih termasuk seorang daripadanya yang berkhidmat di sebuah agensi kerajaan ditahan bersama sejumlah dadah jenis ganja di sebuah pangsapuri di USJ 14, di sini, 3 April lalu.

    Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, hasil maklumat awam, polis melakukan pemeriksaan kepada sepasang kekasih di pintu keluar masuk pangsapuri terbabit kira-kira jam 12.10 tengah malam.

    Hasil pemeriksaan di tubuh badan suspek lelaki menemukan polis dengan sekotak rokok mengandungi 1.09 gram ceraian daun kering disyaki dadah jenis ganja.

    Pasangan itu kemudian membawa sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya ke rumahnya terletak di pangsapuri sama.

    Serbuan ke rumah itu membawa kepada penahanan sepasang lagi kekasih berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun.

    Yahaya berkata anggota polis menemui satu ketulan mampat daun kering disyaki dadah jenis ganja berbalut kertas timah dan plastik lutsninar tertulis perkataan O.K seberat 882 gram dalam rumah tersebut.

    Turut ditemui 19 peket bungkusan kertas timah mengandungi ketulan mampat seberat 306.75 gram dipercayai dadah jenis sama.

    “Selain ganja dengan jumlah keseluruhan berat 1.43 kilogram bernilai RM3,500 itu, peralatan membungkus bahan terlarang turut ditemui dalam unit rumah pangsapuri berkenaan,”katanya.

    Beliau berkata, pasangan kekasih terbabit dipercayai menjadikan rumah itu sebagai ‘port’ membungkus ganja sebelum diedar kepada penagih sekitar USJ dan Puchong dengan harga RM100 sepeket.

    “Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua lelaki yang ditahan positif dadah jenis ganja. Kes disiasat bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati,” katanya.

    - Sumber: Sinar Harian 

    Pelancong langgar lari, polis tembak tayar kereta

    Foto Bangkok Post

    PATTAYA - THAILAND. Polis terpaksa menembak tayar sebuah kereta yang dipandu seorang pelancong Amerika Syarikat (AS) selepas pelancong tersebut melanggar 13 kenderaan dan gagal memberhentikan kenderaannya selepas dikejar lebih 30 minit, semalam.

    Menurut Bangkok Post, pelancong wanita berumur 29 tahun berkenaan memandu melawan arus dan melanggar sebuah motorsikal dan tidak memberhentikan kenderaannya.

    Wanita tersebut kemudian terus memandu melawan arus dan melanggar 12 lagi kenderaan. Seorang wanita dilaporkan cedera.

    Polis yang mengejar pelancong berkenaan kemudia bertindak menembak tayar dan memecahkan tingkap kereta pelancong tersebut selepas beliau tidak memberikan kerjasama.

    Laporan media tempatan melaporkan pelancong tersebut dikenakan denda berat dan bersetuju membayar segala kerosakan yang disebabkan oleh kejadian tersebut.

    - Sumber: Sinar Harian 

    Manchester United pick replacement for Van Persie



    Robin van Persie will quit Old Trafford in the summer - and Louis van Gaal already has his replacement picked out, according to Tuesday's papers.

    Man United to dump RVP, sign Cavani: Louis van Gaal has decided that he does not want Robin van Persie back next season, according to the Daily Star. Moreover, the Star believes that he is ready to make a run at Edinson Cavani to replace the Dutchman. 

    Van Persie has struggled for fitness and there will be only one year left on his contract this summer. The Red Devils don't want to let him go for free the following year, so they want to sell him now, even at a cut-rate price. That will help fund a £150 million spending spree, with Cavani at the heart of it.

    Paper Round's view: It looks like Van Persie's time at Old Trafford is over. He hasn't committed to signing a new deal, even if Man United wanted him, and Van Gaal wants to make changes. Where he goes is unclear, but it'll be surprising if he's back with Manchester United next season. 

    As for Cavani, there are a lot of rumblings that he'll be leaving PSG - and while the price would be high or a 28-year-old, the Red Devils have plenty of money and he meets Van Gaal's desire for proven international talent.

    - Source: Reuters via Eurosport 

    Game seram terbaik 2014


    Baru-baru ini, permainan video genre seram diubah suai dengan begitu drastik sehingga ada yang menyifatkan ia ‘lari’ daripada landsan sebenar. Itulah yang terjadi terhadap Resident Evil 6 (2012) yang dikritik kerana terlalu memfokuskan aksi dan mele­nyapkan elemen ketakutan yang menjadi pilihan peminat. Bukan itu saja, ia dibanjiri dengan letupan bom, fungsi multiplayer yang tidak diperlukan dan persekitaran yang menghilangkan aura seram daripada game terbabit.

    Oleh itu, tahun lalu memperlihatkan pembaharuan di mana setiap game seram dihasilkan dengan begitu teliti dan dikekalkan identitinya untuk menarik kembali perhatian golongan sasar. Gen Y mengumpulkan tiga permainan video seram terbaik sepanjang 2014 untuk dijadikan tatapan bersama.

    The Evil Within

    Selepas sekian lama meninggalkan francais game Resident Evil (RE), Shinji Mikami membuat kemunculan semula dalam The Evil Within (EW) sebagai pengarah. Melihat terlalu banyak komen negatif yang dilontarkan pada RE 6, Mikami berkolaberasi dengan syarikat Tango Gameworks dan Bethesda Softworks dalam usaha mengembalikan apa yang diinginkan peminat.

    Konsep permainan EW amat mudah iaitu pemain perlu mengawal protagonis Sebastian Castellanos untuk merungkai misteri di sebalik kejadian yang berlaku di sekelilingnya. Sama seperti game genre seram yang lain, EW mengutamakan konsep kekurangan peluru, elemen kejutan dan pihak musuh yang menggerunkan.

    Dengan mengumpul gel berwarna hijau, pemain berkebolehan untuk menaik taraf setiap senjata ataupun meningkatkan peluang untuk bertahan lebih lama dalam permainan berkenaan. Senjata baru seperti busur silang mempunyai ciri berlainan berbanding senjata lain di mana anak panah boleh ditingkatkan kuasanya kepada elemen elektrik, letupan, pembekuan dan lain-lain.

    Selain itu, ciri lain seperti perangkap membolehkan pemain menggunakan kebijaksanaan mengelirukan pihak lawan tanpa perlu membazirkan peluru. Menariknya, perangkap itu boleh dimatikan dan ditukarkan kepada komponen mekanikal yang diperlukan untuk menaik taraf kuasa anak panah. Game ini juga turut memaparkan suasana seram yang sentiasa berubah dan menekankan konsep ilusi.

    Kejayaan Mikami menghidupkan kembali genre seram dalam Evil Within membuatkan peminat tegar genre ini masih kekal menyokong usaha beliau. Buktinya, laporan portal berita luar negara Eurogamer mendapati Evil Within adalah game kedua yang mempunyai jualan paling laris di United Kingdom pada minggu pertama permainan itu diterbitkan. Di Amerika Syarikat pula, EW menduduki tangga ketiga permainan dengan jualan paling laris pada Oktober 2014 seperti yang dilaporkan GamesIndustry.

    Alien: Isolation 

    Filem saintifik popular, Aliens mempunyai peminat tegarnya yang tersendiri. Dengan kehadiran permainan video Alien: Isolation, ternyata francais ini dapat memberi hiburan baru kepada peminat.

    Berkisar mengenai perjalanan protagonis Amanda Ripley mencari jawapan tentang kehilangan ibunya, Amanda dipindahkan ke stesen angkasa lepas Sevastopol untuk mencari rakaman penerbangan Nostromo. Namun, nasib Amanda malang kerana terpaksa berdepan dengan seekor Alien yang ganas dan sudah membunuh hampir semua kreu kapal angkasa itu.

    Penulis akui konsepnya unik kerana ia memfokuskan pada pihak lawan iaitu Alien dan bagaimana cara pemain mengelakkan diri daripada dilihat makhluk asing itu. Menariknya, makhluk asing itu dilengkapi deria bau dan bunyi yang peka. Contohnya, apabila pintu dibuka, Alien akan mencari siapa yang membukanya.

    Alien juga akan mengeluarkan bunyi tertentu bergantung pada situasi. Contohnya, Alien akan menjerit apabila ia ingin menyerang dan mengeluarkan bunyi berlainan sewaktu mencari pemain ataupun ketika kehilangan mangsanya. Elemen seram boleh dirasai kerana pemain perlu sentiasa bijak mengawal langkah daripada dikesan Alien sepanjang tempoh permainan.

    Untuk mengelak daripada dilihat, pemain boleh menyorok di belakang objek dan diberi akses kepada lampu suluh dan pengesan gerakan untuk mengenal pasti corak perjalanan Alien itu. Namun, pemain perlu berhati-hati sewaktu menggunakan peralatan itu kerana setiap bunyi dan cahaya akan menarik perhatian Alien. Permainan itu juga memfokuskan sistem pertahanan diri iaitu pemain boleh mencipta senjata dan alat untuk mempertahankan diri.

    Permainan video popular itu diberi komen positif yang menekankan corak permainan baru, kepandaian makhluk asing, plot dan elemen seram. Portal berita luar negara Games Radar memberikan markah 4.5/5, memuji kecantikan grafik dan kebijaksanaan pihak lawan, sekali gus menyebabkan permainan itu sukar diramal.

    - Sumber: Harian Metro | March 2015

    Honor 4X: Phablet baru Huawei - RM699


    HUAWEI HONOR 4X

    Penantian terhadap model terbaru Honor yang dihasilkan Huawei terjawab apabila Honor Malaysia mengumumkan mula menjual phablet Honor 4X hari ini pada harga RM699.

    Di China, Honor 4X terdapat dalam dua versi yang mempunyai CPU berbeza. Versi pertama menggunakan CPU Qualcomm Snapdragon 410 manakala versi kedua yang turut sama akan tiba di Malaysia menggunakan CPU HiSilicon Kirin 620 yang mempunyai keupayaan 64-bit dengan octa core berkelajuan 1.2GHz.

    Fungsi unik yang menjadi kelebihan Honor 4X ialah sokongan dwi SIM 4G-LTE yang aktif sepanjang masa.


    SPESIFIKASI: HUAWEI HONOR 4X

    - Harga: RM699

    - CPU: HiSilicon Kirin 620 64 bit, octa core 1.2GHz

    - Skrin: 5.5 inci IPS HD, 267ppi

    - RAM: 2GB

    - Memori: 8GB dengan sokongan kad mikroSD

    - Kamera: 13MP, 5MP (depan)

    - Bateri: 3000mAh

    - Dimensi: 152.9 x 77.2 x 8.65mm

    - Berat: 165g

    - OS: Android KitKat 4.4, EMUI 3.0

    - Warna: Putih


    -- Sumber: Harian Metro | 1 April, 2015

    Pemandu teksi telan racun ramai-ramai

    GAMBAR dikongsikan di Internet menunjukkan kumpulan pemandu teksi itu terbaring selepas minum racun.


    Beijing: Lebih 30 pemandu teksi cuba bunuh diri selepas meminum racun perosak sebagai tunjuk perasaan terhadap syarikat teksi yang memperbaharui pajakan teksi mereka.

    Polis berkata di Weibo, kumpulan itu ditemui polis dalam keadaan tidak sedarkan diri di depan pusat beli-belah di Wangfujing dengan beberapa botol racun perosak turut ditemui di sebelah mereka pada jam 11 pagi.

    Saksi memuat naik gambar dan video di media sosial yang memaparkan keadaan pemandu teksi yang terbaring tidak sedarkan diri dan dikerumuni orang ramai. Mereka semua pemandu teksi yang bekerja sendiri dan berasal dari Suifenhe di wilayah Heilongjiang.

    Mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas dibawa ke Hospital Kolej Perubatan Kesatuan Beijing dan Hospital Tongren.

    Seorang penunjuk perasaan memberitahu media tempatan mereka datang ke Beijing untuk membuat petisyen menentang pembaharuan 2011 yang memberi kesan terhadap pembaharuan pajakan teksi.

    - Sumber: Harian Metro 

    Merompak dalam keadaan bogel

    DREMA ditahan. Gambar kecil, rakaman CCTV menunjukkan Drema memegang tuala memasuki kedai berkenaan.

    Charleston (AS): Seorang wanita ditangkap kerana merompak sebuah kedai di sini dalam keadaan bogel.

    Menurut saksi Drema Gale Setliff memegang tuala sambil mengarah pekerja di kedai One Stop membuka peti simpanan wang.

    Tuala itu bagaimanapun bukan untuk menutup tubuhnya.

    Sebelum itu, polis menerima laporan mengenai seorang wanita berjalan dalam keadaan bogel di tempat letak kereta sebuah motel.

    Wanita berusia 30 tahun itu ditemui polis dalam almari kedai elektrik kedai yang dirompaknya.

    - Sumber: Harian Metro 

    Fesyen kontroversi: Sharnaaz mohon maaf

    Isu pakaian tersebut telah menimbulkan perdebatan di kalangan peminat, malah ada anggota pasukan keselamatan yang turut memberikan teguran.

    DINOBATKAN Artis Paling Kontroversi bagi kategori online dalam majlis anugerah baru-baru ini, pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad, tidak menunggu lama untuk dikaitkan dengan kontroversi baharu.

    Hadir bersama dengan teman rapatnya, Anis Al Idrus, pada majlis berkenaan, fesyen yang diperagakan oleh pasangan selebriti ini mengundang rasa tidak senang segelintir pihak.

    Menggayakan padanan fesyen yang dikatakan menyerupai pakaian tentera, ada yang menganggap persalinan itu tidak bersesuaian untuk menghadiri majlis hiburan dan dipakai secara sewenangnya.

    Isu pakaian tersebut telah menimbulkan perdebatan di kalangan peminat, malah ada anggota pasukan keselamatan yang turut memberikan teguran.

    Tidak menunggu lama untuk memberikan penjelasan, Sharnaaz menerusi laman sosial Instagram (IG) miliknya, tampil memohon maaf di atas perkara itu.

    Malah, pelakon drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta, ini juga turut memberitahu bahawa persalinan itu adalah hasil rekaan Coloursbyfaiesh.

    "Sekadar kostum ya, jangan ada pihak yang tersinggung. Kalau pun ada, harap dimaafkan," katanya ringkas di samping memuat naik foto penuh pakaian berkenaan.

    - Sumber: Sinar Harian 

    Manusia paling tua pegang rekod enam hari

    Gertrude Weaver

    TEXAS - AMERIKA SYARIKAT. Seorang warga emas sempat memegang rekod manusia paling tua di dunia selama enam hari sebelum meninggal dunia, semalam.

    Menurut Reuters, Gertrude Weaver, 116 meninggal dunia di sebuah pusat jagaan orang tua-tua di Arkansas.

    Weaver yang sebelum ini berkongsi rahsia umur panjangnya memberitahu, beliau seronok dengan liputan yang diberikan oleh pihak media kepadanya.

    Antara rahsia umur panjang yang berjaya dikongsi adalah sentiasa berbuat baik kepada orang lain.

    Weaver dilahirkan pada 4 Julai 1898.

    - Sumber: Sinar Harian 

      Samsung fights fears of Galaxy S6 bending with a video


      Sadly, the he-said-she-said disputes over bending smartphones aren't ending any time soon. Samsung has responded to SquareTrade's allegations that the Galaxy S6 Edge is easily bendable by posting a video that shows the official stress tests for both the Edge and the regular S6. 

      As you might expect, both devices hold up in this company-sanctioned clip -- they can withstand up to 79 pounds of force at three different points, which is enough to snap five pencils in half. 

      Supposedly, this is more pressure than you'd put on your phone if it was in your back pocket. The Korean firm also notes that SquareTrade only tested on the front, not the back where tolerance levels are different.

      Samsung is "confident" that the S6 won't break in normal use, and it's going so far as to ask SquareTrade to conduct new tests that include both the front and back sides. There's no question that the tech giant is making this request in the name of damage control, and only wants to showcase tests that flatter its design skills. 

      However, it has a good argument when it notes that SquareTrade's demo, which placed a crushing 110 pounds of force on a single point, isn't all that realistic. 

      Simply put, take care of your phone and it shouldn't deform -- "bendgate" scandals may help drive video hits and warranty sales, but they're rarely relevant in practice.

      - Source: Engadget 

      Sabtu ini detik penting buat saya, harap semua beri sokongan - Chong Wei


      Lee Chong Wei bakal berhadapan panel pendengaran di Belanda berhubung dakwaan mengambil bahan terlarang 'dexamethasone'.

      SEPANG: Penentuan karier jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dijangka terjawab Sabtu ini.

      Beliau bakal berhadapan panel pendengaran di Belanda berhubung dakwaan mengambil bahan terlarang 'dexamethasone'.

      Beliau pagi tadi berlepas ke London untuk bertemu peguamnya Mike Morgan sebelum ke Amsterdam.

      Turut serta Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Kenny Goh serta Anggota Majlis BAM Jadadish Chandra.

      Isterinya Datin Wong Mew Choo serta anak mereka Kingston Lee turut berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menghantar pemergiannya.

      Memberitahu pemberita sebelum berlepas, Chong Wei optimis panel tersebut akan melihat secara holistik kes berkenaan.

      "Ini adalah detik penting untuk saya. Saya harap semua pihak akan terus memberi sokongan kepada saya. Saya harap perkara ini akan selesai secepat mungkin.

      "Saya berterima kasih kepada penyokong saya. Mungkin keputusan akan diketahui Sabtu ini atau seminggu selepas perbicaraan. Saya akan kemaskini keputusan tersebut dalam Facebook nanti," katanya.

      Ketiadaan beliau pada Terbuka Malaysia minggu lepas ternyata membawa kesuraman kepada kejohanan berprestij itu.

      Chong Wei kini digantung sementara oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) setelah gagal ujian doping pada Kejohanan Dunia di Copenhagen pada Ogos tahun lalu.

      - Sumber: Bernama 

      SOP pelaksanaan GST oleh KFC dipuji

      Prosedur Operasi Standard (SOP) KFC Malaysia dalam pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dipuji.

      KUALA LUMPUR: Prosedur Operasi Standard (SOP) KFC Malaysia dalam pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dipuji.

      Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang mengunjungi restoran KFC Simpang Renggam hari ini memuji syarikat berkenaan atas usahanya itu, kata KFC Malaysia menerusi satu kenyataan.

      KFC Malaysia berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi mematuhi peraturan GST, kata Naib Presiden Kanannya Ling Mee Jiuan.

      GST yang berkuat kuasa 1 April, menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan syarikat itu.

      "Pelanggan kini membayar jumlah yang sama atau kurang menerusi GST berikutan harga beberapa makanan pilihan sudah dikurangkan," katanya. 

      - Sumber: Bernama |  April 07, 2015  

      You can (legally) download the 'Star Wars' movies starting Friday


      While the world waits for the next entries in the Star Wars saga (Episode VII on December 18th, followed by the Rogue One spinoff next year and Episode VIII in 2017), Disney, Fox and Lucasfilm have finally worked it out so you can buy the movies as digital copies. Sure a Blu-ray set came out a few years ago, but if physical media isn't your thing then Friday is the big day (yes, they're still the "special" editions). 

      The movies will be available globally through retailers like Vudu, Xbox, PlayStation, Google Play, iTunes, Amazon and others. If you need a reason to do the digital double-dip, take a peek at the promised new extras, like "Discoveries from Inside" featurettes for each movie, and "Conversations" between key contributors. Vudu is taking pre-orders on the full set for $90 (US) and Google Play shows the individual movies for $20 each -- in case you're wondering, the Blu-ray set is listed on Amazon for the same price. 


      BONUSES:

      *Digital bonus offerings may vary by retailer
      STAR WARS EPISODE I: The Phantom Menace
      Conversations: Doug Chiang Looks Back
      Discoveries From Inside: Models & Miniatures
      Legacy content includes "The Beginning"; The Podrace: Theatrical Edit; plus eight deleted scenes.

      STAR WARS EPISODE II: Attack of the Clones
      Conversations: Sounds In Space
      Discoveries From Inside: Costumes Revealed
      Legacy content includes "From Puppets To Pixels: Digital Characters In Episode II"; State Of The Art: The Previsualization Of Episode II; and "Films Are Not Released, They Escape"; plus Episode II Visual Effects Breakdown Montage and six deleted scenes.


      STAR WARS EPISODE III: Revenge of the Sith
      Conversations: The Star Wars That Almost Was
      Discoveries From Inside: Hologram & Bloopers
      Legacy content includes documentaries "Within A Minute: The Making Of Episode III"; The Journey Part 1; and The Journey Part 2; plus six deleted scenes.


      STAR WARS EPISODE IV: A New Hope (20th Century Fox)
      Conversations: Creating A Universe
      Discoveries From Inside: Weapons & The First Lightsaber
      Legacy content includes "Anatomy Of A Dewback"; Star Wars Launch Trailer; plus eight deleted scenes.


      STAR WARS EPISODE V: The Empire Strikes Back
      Conversations: The Lost Interviews
      Discoveries From Inside: Matte Paintings Unveiled
      Legacy content includes "A Conversation With The Masters" (2010); "Dennis Muren: How Walkers Walk"; "George Lucas On Editing The Empire Strikes Back 1979"; and "George Lucas On The Force: 2010"; plus six deleted scenes.


      STAR WARS EPISODE VI: Return of the Jedi
      Conversations: The Effects
      Discoveries From Inside: The Sounds Of Ben Burtt
      Legacy content includes "Classic Creatures: Return Of The Jedi"; "Revenge Of The Jedi Teaser Trailer"; Return Of The Jedi Launch Trailer; "It Began TV Spot";
      "Climactic Chapter TV Spot"; plus five deleted scenes.


      - Source: Engadget 

      Gara-gara cinta internet, guru serah RM130,000

      Gambar Hiasan.


      KUALA LUMPUR - Gara-gara cinta, seorang guru wanita sanggup meminjamkan wang sebanyak RM130,000 kepada seorang lelaki yang baru dikenalinya di laman sosial Facebook.

      Lelaki berwajah tampan dan berkulit putih sebenarnya warga Nigeria berjanji akan membayar wang tersebut sekali ganda dalam bentuk mata wang Dolar Amerika (USD).

      Pertemuan di atur di sebuah hotel di Jalan Tun Perak, namun selepas diperiksa ia didapati wang palsu.

      - Sumber: Sinar Harian | 7 April, 2015

      Pembantu juruterbang sah warga Kyrgyzstan

      Antara wakil kedutaan Kyrgyzstan yang hadir ke Jabatan Forensik Hospital Besar Kuala Lumpur, semalam.

      SHAH ALAM - Kedutaan Kyrgyzstan mengesahkan Aidana Baizieva, seorang daripada enam mangsa nahas helikopter di Semenyih, Sabtu lalu ialah warganegara Kyrgyzstan.

      Menurut wakil kedutaan itu, keluarga Aidana telah diberitahu dan wakil keluarganya telah hadir ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur semalam bagi proses kenal pasti melalui DNA.

      “Kami tengah menunggu keputusan DNA. Setakat ini, belum dapat disahkan bahawa mayat itu milik Aidana 100 peratus.

      “Kami tidak tahu berapa lama keputusan itu akan mengambil masa tetapi kami akan tetap menunggu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

      Menurut jurucakap kedutaan itu, Aidana bekerja di Malaysia.

      Bagaimanapun, Kedutaan Kyrgyzstan tidak dapat mengesahkan pekerjaan dan umur mangsa namun hanya memaklumkan mangsa beragama Islam.

      Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Abu Samah Mat berkata, polis juga masih mengesan identiti Aidana yang dipercayai pembantu juruterbang helikopter tersebut.

      Menurutnya, individu yang menuntut mayat pembantu juruterbang pada jam 11 pagi semalam di Hospital Kuala Lumpur dikenal pasti sebagai kakak tiri mangsa.

      “DNA adik beradik tiri mangsa tidak cukup kuat untuk membantu siasatan, kita berharap ahli keluarga mangsa tampil untuk membantu siasatan,” katanya.

      Katanya, beg tangan yang ditemui kelmarin di lokasi nahas dipercayai milik Aidana.

      Jurucakap Hospital Kuala Lumpur pula mengesahkan wakil kedutaan Kyrgyzstan hadir ke hospital berkenaan pagi semalam.

      Bagaimanapun, status mayat tersebut masih diklasifikasikan sebagai sebagai tidak diketahui.

      “Namun tidak pasti bila mayat mangsa akan dituntut,” kata jurucakap hospital itu.

      - Sumber: Sinar Harian 

      Jam tangan tanpa sentuh untuk pembayaran dari Visa, Maybank

      Watch2Pay membolehkan pengguna membuat pembayaran dalam masa beberapa saat saja dengan menggunakan teknologi tanpa sentuh Visa payWave di lebih daripada 3,000 alat pembaca Visa payWave di seluruh negara. - Foto Visa Malaysia

      KUALA LUMPUR: Visa bekerjasama dengan Maybank melancarkan program perintis Watch2Pay, jam tangan pembayaran tanpa sentuh yang pertama di Asia. 

      Watch2Pay membolehkan pengguna membuat pembayaran dalam masa beberapa saat saja dengan menggunakan teknologi tanpa sentuh Visa payWave di lebih daripada 3,000 alat pembaca Visa payWave di seluruh negara.

      Kaedah pembayaran pengguna telah banyak berubah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Selain migrasi kepada sistem pembayaran tanpa tunai, pengguna juga ingin membuat pembayaran dengan cara yang lebih cepat dan mudah, seperti transaksi tanpa sentuhan.

      Berdasarkan Kajian Sikap Pembayaran Pengguna Visa, 68 peratus daripada responden di Malaysia berkata mereka akan melawat premis perniagaan yang menerima pembayaran tanpa sentuh berbanding dengan yang tidak menawarkan sistem itu.

      Visa bekerjasama dengan Maybank untuk melancarkan projek perintis dalaman jam tangan pembayaran tanpa sentuh, Watch2Pay di Asia, kerana kami percaya pengguna di Malaysia sudah bersedia untuk inovasi baru dalam sistem pembayaran tanpa sentuh. 

      "Pada Disember tahun lalu, Visa dan Maybank memperkenalkan Maybank Visa payWave Micro Tag, yang boleh dilekatkan ke telefon mudah alih dan digunakan untuk melaksanakan pembayaran tanpa sentuh dalam beberapa saat. 

      "Dengan Watch2Pay, kita dapat meningkatkan pembayaran ke tahap yang lebih menarik dan mentransformasikan pengalaman pembayaran pengguna," kata Ng Kong Boon, Pengurus Negara, Visa Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini.

      Pembayaran tanpa sentuh telah diterima secara positif di Malaysia dan Visa bekerja keras dengan pelanggan untuk memperluaskan penerimaan dan pengeluaran kad Visa payWave di seluruh negara. 

      "Setakat ini, ada lebih 1.5 juta kad Visa payWave dalam edaran dan kadar penerimaan yang kian meningkat. Kami juga melihat pertumbuhan lebih 300 peratus dalam jumlah pembayaran dan 100 peratus dalam urus niaga dari tahun ke tahun setakat Disember 2014," katanya.

      Watch2Pay baru-baru ini diperkenalkan pada Pameran Elektronik Pengguna pada bulan Januari 2015 (CES) di Las Vegas dan selain Malaysia, ia hanya boleh didapati di empat negara lain iaitu Poland, Republik Czech, Serbia, dan Austria. 

      Ketua Bahagian Kad dan Kekayaan Serantau Maybank, Encik B Ravintharan, berkata program perintis dalaman bagi inovasi pembayaran baru itu memberi Maybank beberapa pilihan strategik yang sedang dalam proses penilaian. 

      Ini akan membantu Maybank melangkah menjadi pemain utama dalam pembayaran elektronik dan bukan tunai.

      "Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan tawaran nilai Maybank kepada pelanggan. Projek dalaman ini bukan saja membolehkan kami menilai teknologi penting yang kami rasa amat sesuai untuk para pelanggan, ia juga membantu kami memahami tingkah laku pelanggan tertentu dan memperhalusi cadangan kami dengan sewajarnya," katanya. 

      Antara perniagaan yang sudah memasang pembaca Visa payWave di Malaysia termasuk AEON, AEON Big, Chatime, Coffee Bean, Jaya Grocer, Krispy Kreme, Mydin, Radio Shack, TGV Cinemas, KLIA Express, Sogo, dan lebih banyak lagi akan menyusul tahun ini. 

      - Sumber: BH Online 

      Dua juta set "top box" percuma bagi golongan berpendapatan rendah nikmati TV digital

      Set "top box" percuma itu akan diberi kepada mereka yang tersenarai sebagai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan program E-Kasih. - Gambar Fail

      KUALA LUMPUR: Sejumlah dua juta set "top box" akan dibekalkan secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah bagi membolehkan mereka menikmati siaran televisyen (TV) digital apabila ia dilaksanakan kelak, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

      Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata set "top box" percuma itu akan diberi kepada mereka yang tersenarai sebagai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan program E-Kasih.

      "Bagi tujuan pelaksanaan TV digital ini, kita sedia maklum bahawa siaran digital ini tidak boleh diterima televisyen biasa yang menggunakan sistem analog. Ramai masyarakat luar bandar tidak mempunyai sistem Astro, mereka perlu dibantu.

      Salah satu daripada syarat yang dipersetujui dengan pihak pembekal dan pelaksana perkhidmatan adalah menyediakan set 'top box' secara percuma bagi membolehkan golongan ini turut menerima siaran TV digital," katanya menjawab soalan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (BN-Mersing).

      Abd Latiff ingin tahu sama ada kerajaan menyediakan bantuan atau insentif bagi meringankan beban pengguna terutama penduduk miskin luar bandar bagi menikmati siaran TV digital yang akan dilaksanakan tahun ini. 

      - Sumber: Bernama

      Kompleks Mahkamah Shah Alam terima ancaman bom

      Keadaan terkini di Mahkamah Shah Alam yang didakwa terima ancaman bom. - Foto Sinar Harian

      SHAH ALAM - Kesemua kakitangan dan orang awam yang berada di Kompleks Mahkamah Shah Alam diarah mengosongkan bangunan selepas kakitangan mahkamah menerima panggilan bom pada pukul 11.30 pagi ini.

      Difahamkan, panggilan itu diterima operator pagi ini daripada seorang individu yang mahu meminta untuk disambungkan kepada pentadbiran mahkamah.

      Menurut salah seorang pengawal mahkamah, selepas mengetahui panggilan bom itu, pengurusan mahkamah segera mengarahkan semua keluar dari bangunan.

      Pegawai polis kelihatan sedang menjalankan pemeriksaan siasatan berhubung panggilan bom tersebut.

      - Sumber: Sinar Harian 

      Gempa bumi kuat landa Pulau Tonga



      Gempa bumi itu tidak menimbulkan ancaman tsunami

      KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda Pulau Tonga pada pukul 8.46 pagi, Selasa.

      Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata gempa bumi itu berpusat di 931 km timur laut Laucala, Fiji dan 7,816 km tenggara Semporna, Sabah.

      Gempa bumi itu tidak menimbulkan ancaman tsunami, kata kenyataan itu.

      - Sumber: Bernama | April 07, 2015

      Kisah sebenar kenapa Shaheizy Sam gelar ibunya "Wakil Rakyat"


      Anak bongsu daripada empat beradik ini atau lebih mesra dengan panggilan ‘Adik’, adalah yang paling manja dan akrab dengan ibunya. Bagi Sam, tiada apa yang dapat mengganti jasa dan pengorbanan ibu yang bersusah-payah membesarkannya selepas pemergian ayah. 

      Ujar Sam, “Saya nak balas jasa Mummy. Saya sedar walau segunung intan dan permata dilambakkan sekalipun, jasa Mummy yang melahir dan membesarkan kami adik-beradik tanpa suami di sisi, tak mungkin dapat saya balas. Mummy bukan saja ibu, tapi sahabat baik saya dalam apa jua keadaan. Baik masa susah atau senang, Mummy selalu ada. Mummy seorang yang easy going dan ‘sempoi’.

      Kadang-kadang kami menggelarkan Mummy ‘Wakil Rakyat’ sebab sifat dia yang peramah dan cepat mesra dengan sesiapa saja. Pantang ada orang tersenyum kepadanya, mesti dia tegur dan buat kawan. 

      Tapi jangan buat Mummy ‘naik hantu’, pasti satu kawasan perumahan boleh dengar suaranya bertempik, haha... tak payah pakai mikrofon! Selalunya kakak, (Zizie) paling kerap kena marah. Saya jarang sekali, kah-kah-kah,” jelasnya sambil tertawa.

      Masih belum terlambat untuk InTrend ucapkan tahniah kepada Pemenang Anugerah Bintang paling popupar ini. 

      - Sumber: Astro Publication

      'Silver porn' shows fifty shades of greying Japan

      Yasue Tomita, 61, sits on a tatami floor while posing for a photographer as she makes her debut as a porn actress at a studio in Tsurugashima, Saitama prefecture, on March 17, 2015. - AFP Photo/Toru Yamanaka

      TOKYO: Dressed in a kimono and kneeling silently on a tatami mat floor, 61-year-old Yasue Tomita looks as if she might be about to perform a Japanese tea ceremony -- instead she's debuting as a porn actress.

      Fluttering her eyelashes demurely as the cameras prepare to roll, Tomita is proof that in Japan's greying society you're never too old to chase your dreams, however racy or unorthodox.

      She has also become part of a flourishing niche market in Japan: "silver porn" -- stretching the limits of eroticism among the elderly and overturning social norms in a country where people are expected to grow old gracefully.

      Love, too, is not confined to the young, say Japan's growing army of pensioners exploring their desires in more conventional ways, with dating agencies for the elderly reporting increasingly brisk business.

      Tomita confessed to being "a bit rusty" but made no apologies for her rambunctious lust for life, or her decision to put aside her knitting and crochet and launch into a career making X-rated movies.

      "I like my handicrafts but I wanted to try my hand at this, while my body still works," she told AFP before filming began.

      "I do like sex, and this is my last chance before I get too old. I'm very nervous. I wonder if I should really do it, especially in front of so many people, but everyone should follow their dream.

      "I just hope I can keep up," added Tomita, who used to work in a factory manufacturing car parts and registered for an agency in Japan's booming "adult video" (AV) industry with her daughter.

      "We applied through the Internet together. I got offered a job first, which surprised her a bit."

      Forbidden pleasures

      In ageing Japan, around 32 million people -- a quarter of the population -- are 65 or over. Thanks to a low birthrate and growing longevity, that proportion is expected to rise to 40 percent by 2060.

      With statistics like that, it's no surprise that geronto-porn is big business.

      Adult movies rake in about $20 billion a year, and those featuring unashamedly wrinkly men and women account for between 20 and 30 percent of that market, industry insiders say. Sales have rocketed over the past decade as more of Japan's perky seniors celebrate their mojo.

      Though not for the faint-hearted, the genre took off thanks largely to now-80-year-old Shigeo Tokuda, the twinkle-toed king of granddad porn, who has peeled off for hundreds of hardcore flicks with titles such as "Forbidden Elderly Care" and "Manic Training of Lolitas."

      Pornography became widely available in Japan in the 1900s, with seventeenth century Edo-era woodblock erotic prints being many people's first introduction to the genre.

      Attitudes towards sex are less prudish than in other parts of the world and fun-loving fertility festivals, where giant wooden phalluses are joyfully carried around towns, take place annually in parts of Japan.

      "Everyone has different sexual tastes or fetishes," said director Fumiaki Kimura. "Elderly porn has become very popular over the past 10 years or so. Older couples watch together because they can feel a connection, a sense of closeness or familiarity, being the same age.

      "It's like a forbidden pleasure," he added. "Young people watch it because they're fed up with the regular stuff -- whatever turns you on. You do hear about actors taking Viagra, but that can be dangerous for the older guys."

      Tokuda, who beds actresses young enough to be his granddaughter, also co-starred with Fujiko Ito, just two years his junior, the pair frolicking in hot springs or on tatamis with Ito in a kimono.

      Natsuko Kayama, 44, a porn star with 25 years' experience in the industry, told AFP she wanted to outlast the oldest swingers in town.

      "I'd love to be the oldest AV actress," she laughed. "I want to break the record if I can -- if I last that long."

      Love, actually

      Far away from the steamy film sets, others entering the autumn of their lives are simply interested in finding companionship, perhaps after losing or leaving their first long-term partner.

      But with habits set, it isn't always easy to meet someone, and many turn to one of hundreds of matchmaking services catering to older clientele, such as the Ai-Senior company, which boasts a total of 6,000 registered members, some in their 90's.

      Later life dating hit the headlines last year with the grisly case of the "Black Widow" -- 68-year-old Chisako Kakehi, who was arrested in November accused of murdering her septuagenarian fourth husband with cyanide.

      Placing adverts for an "unattached elderly man with assets", she was said to have amassed millions of dollars in insurance and other payouts over 10 years as a result of the death of a string of spouses and lovers.

      Most elderly daters, happily, have far more felicitous stories to tell.

      Yosuke Komori, 66, and his 57-year-old wife Mutsuko met through another dating agency. Both previously married, they wed four years ago and still hold hands like smitten teenagers.

      "I think a healthy sex life is an added bonus of marriage," said Mutsuko, who got married in a daringly short dress, to the horror of her daughters.

      "I think perhaps my husband is sufficiently confident in that department. But the most important thing in a relationship is mutual understanding."

      For bashful Yosuke, it was never only about the physical side of things.

      "I feel most contented when she is happy," he said sheepishly. "I don't want to sound soppy, but I just want to make her smile. What's important is love, actually."

      - Source: AFP RELAXNEWS

      Fuming female fan almost blinds referee after ‘throwing hot tea in his face’


      A football referee has been left with second degree burns – and narrowly avoided being blinded – after an angry female fan allegedly threw boiling tea in his face. 

      Lider Paez, 39, was confronted after Olimpia’s match against Paraguayos in Paraguay, with fans of the former side convinced his decisions had led to their 2-0 defeat. 

      "He had made some dodgy calls and I guess some of the lads wanted to know why," Olimpia fan Horacio Alcaraz told local TV.

      "A couple of times he let the other team get away with fouls and being offside. I also thought it seemed unfair so I am not surprised they confronted him

      "And then some woman lost it and threw the cup of hot tea in his face. That was a bit much, I must say."

      Paez was taken to hospital with nasty burns to his right cheek and arm.

      "He is lucky he wasn’t blinded in the attack," a hospital spokesman said. 

      "Fortunately, he turned his head at the last second preventing the water from going into his eyes. He is now being treated for the burns."

      Police are seeking information as to the alleged attacker’s whereabouts.

      - Source: Eurosport, 4/7/15

      Rosmah terima Anugerah Citra Dewangga

      Datin Seri Rosmah Mansor (kanan) menerima pengiktirafan Anugerah Citra Dewangga yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Dr Ong Hong Peng. - Foto Bernama

      KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor malam tadi menerima Anugerah Citra Dewangga daripada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

      Anugerah yang julung kali diadakan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui Kraftangan Malaysia, disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Ong Hong Peng, yang mewakili menterinya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

      Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Datuk Mohd Kamil Mohd Ali berkata pengiktirafan ini bertujuan memberi penghormatan kepada individu yang menyumbang jasa bagi menggalakkan perkembangan industri kraf tempatan, khususnya kraf tekstil di peringkat domestik dan antarabangsa.

      "Anugerah ini dicipta khusus untuk seseorang individu yang telah memartabatkan seni kraf tempatan khususnya kraf tekstil yang menjadi seni karya kebangsaan negara," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Citra Dewangga sempena Hari Kraf Kebangsaan 2015 di sini, pada Isnin.

      Sementara itu, Mohd Kamil berkata nilai pendapatan industri kraf mencatat RM1.36 bilion dari tahun 2011 hingga 2014.

      "Nilai ini membuktikan bahawa industri kraf mampu menjana pendapatan keluarga dan negara.

      "Bermula dengan industri kecil-kecilan yang diusahakan di luar bandar, hari ini industri kraf gah berdiri setanding dengan industri pembuatan lainnya," katanya.

      Dalam majlis itu juga, Anugerah Tukang Ulung juga turut disampaikan kepada 12 pemenang yang mencapai kecemerlangan dalam bidang pembuatan kraf.

      Setiap penerima diberi plak penghargaan berserta wang tunai bernilai RM10,000.

      Hari Kraf Kebangsaan kali ke-13 yang bermula pada 26 Mac hingga 7 April, disertai 638 usahawan kraf dalam penjualan produk kraf tempatan dan perkhidmatan perkahwinan. 

      - Sumber: Bernama 

      Dada Taufik Batisah rasa nak pecah ketika lafaz nikah



      Taufik memberitahu jantungnya berdegup kencang ketika bapa mertuanya menghulurkan tangan untuk menyempurnakan akad.

      KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Singapura Taufik Batisah telah selamat bernikah dengan pasangannya Sheena Akbal pada 4 April lepas.

      Menurut laporan sebuah akhbar Singapura, Taufik telah memberikan mas kahwin sebanyak SGD 500 (RM 1,250) berserta hantaran seperti sejadah, telekung dan senaskah Al-Quran kepada pengantin perempuan.

      Walaupun sah bergelar suami kepada Sheena dengan sekali lafaz, Taufik memberitahu jantungnya berdegup kencang ketika bapa mertuanya menghulurkan tangan untuk menyempurnakan akad.

      “Jantung saya berdegup kencang ketika itu, seolah-olah nak tercabut. Dada pula rasa seperti mahu pecah!

      “Mujur saya berjaya juga lakukannya lafaz akad dalam satu nafas,” katanya ketawa.

      Dalam pada itu Taufik turut berkongsi detik bahagia ketika dia melamar isterinya tahun lalu.

      “Sewaktu itu kami berada dalam kereta kami. Ketika itu saya mainkan sebuah lagu Inggeris yang saya gubah sendiri khas untuk melamar Sheena.

      “Di dalam lirik lagu tersebut saya selitkan namanya dan menyebut saya ingin mengahwininya. Ketika itu Sheena macam ‘blur’ dan ambil masa sedikit untuk memahami hasrat saya,” ceritanya teruja.

      Tambah Taufik lagi, suara Sheena turut diabadikan dalam lagu nyanyiannya berjudul Awak Kat Mana dan telah menyunting sendiri suara isterinya untuk lagu tersebut. 

      -- Sumber: Astro Gempak

      Crystal Palace stun Manchester City 2 - 1 at Selhurst Park

      Premier League, Selhurst Park – Crystal Palace 2 (Murray 34 Puncheon 48) Manchester City 1 (Toure 78)

      Manchester City’s hopes of defending their Premier League title were dealt a major blow as they were beaten 2-1 by in-form Crystal Palace at Selhurst Park. 

      Glenn Murray struck his fifth goal in five league games and Jason Puncheon curled in a free-kick to keep City stuck in fourth, nine points off leaders Chelsea, who have a game in hand.

      Pressure is now mounting on manager Manuel Pellegrini whose side, instead of challenging for top spot, find themselves faced more immediately by a scrap for a top-three place and automatic qualification for the Champions League group stages. 

      Palace, on the other hand, now have 39 points and are all-but assured of playing Premier League football next year – a remarkable transformation since Alan Pardew took over in January. 

      When Palace opened the scoring it came completely against the run of play. They were forced to weather an almighty storm for several minutes, with Sergio Aguero hitting the post, before they went up the other end and stunned the visitors. Joe Ledley flicked a header into the box and when Scott Dann’s volley was blocked, Murray was on hand to tap home. 

      City’s players were furious that the offside flag didn’t go up, and while replays showed Dann to be level when Ledley flicked on, question marks linger over whether Murray's left foot was offside when Dann struck his effort. 

      City started the second half brightly but their deficit was doubled ten minutes in when Puncheon lined up a free-kick on the edge of the box and curled it delightfully over the wall and into the bottom corner. 

      With ten minutes remaining, Nasri bombed down the right and his cross was cleared only as far as Toure, who strode onto the ball, took a touch and thumped a left-footed strike into the corner to give the visitors hope.

      The final minutes saw some backs-to-the-wall defending but the Eagles managed to hold out and were greeted at the whistle by an eruption of noise from an already-rocking Selhurst Park.

      - Source: Eurosport 

      Hebat! Konsep Subaru STI Performance


      Nakal sungguh Subaru! Lihat sahaja kereta yang mereka pamerkan di pameran kereta antarabangsa New York sekarang, cantik kan? Memang jelas ia ada mirip model BRZ tetapi ia juga kelihatan lebih gagah daripada coupe itu dengan fender yang lebih menonjol dan penggayaan agresif di keempat-empat sudut.

      Namun, sayangnya ia tidak lebih dari sebuah konsep – STI Performance Concept. Tiada petunjuk yang Subaru akan menghasilkannya, bahkan tidak banyak yang didedahkan oleh syarikat berkenaan mengenai kereta konsep ini.


      Fungsi sebenar STI Performance Conceptini adalah untuk menjelaskan kepada orang ramai bahawa mereka akan memberi lebih tumpuan kepada pasaran Amerika Syarikat, terutamanya untuk cabang STI (Subaru Tecnica International) serta tiga kekuatannya: komponen aftermarket, kereta lengkap (seperti siri S204), dan juga sukan bermotor.

      Amerika Syarikat adalah pasaran terbesar untuk Subaru dan fokus kepada jenama STI bertujuan untuk menaikkan lagi imejnya, termasuk kepada jentera-jentara siap menggunakan nama STI (complete car).

      Bagi sukan bermotor, Subaru sudahpun memberikan komitmen bahawa tumpuan lebih akan diberikan kepada penglibatan STI di dalam pasukan Global RallycrossSubaru Amerika.

      STI Performance Concept ini banyak menggunakan komponen daripada STI, termasuk untuk sistem brek dan suspensi. Paling menarik adalah enjinnya – ia menggunakan enjin turbo EJ20 yang digunakan Subaru untuk jentera GT300 yang bertanding di dalam SuperGT. Sangat menarik!


      - Sumber: Astro Publication 

      Rancangan serang balai polis, kem tentera didedah

      Ahmad Zahid Hamidi

      KUALA LUMPUR - Balai polis dan kem tentera dipercayai antara yang menjadi sasaran serangan oleh 17 individu yang ditahan polis semalam.

      Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia disyaki untuk memperoleh senjata api.

      Beliau berkata, mereka yang berumur antara 14 hingga 44 tahun itu juga disyaki merancang melakukan penculikan terhadap beberapa individu berprofil tinggi.

      "Mereka juga merancang membuat bom kerana terdapat nota yang memperincikan proses pembuatan bom yang diperoleh daripada Imam Samudra dari Indonesia," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (Pota) 2015 di Dewan Rakyat hari ini.

      Ahmad Zahid berkata, antara yang ditahan ialah bekas anggota Kumpulan Mujahidin Malaysia dan bekas tahanan ISA selain ada yang pernah menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan dan Sulawesi.

      Menteri itu seterusnya berkata, ada juga yang pernah terlibat dalam cubaan merompak senjata api dari Balai Polis Guar Chempedak, Kedah pada 2001 selain ada yang baru sahaja pulang dari Syria selepas menyertai kumpulan militan IS.

      Katanya, dua daripada mereka merupakan anggota tentera, dua pelajar, seorang pengawal keselamatan dan dua juruwayar.

      "Ancaman ini adalah ancaman yang benar dan langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan," tegasnya. 

      - Sumber: Bernama

      Sudah sampai masa Najib jawab Dr M


      KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak wajar menjawab segala kritikan yang dikeluarkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbirannya dengan kadar segera.

      Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad berkata, walaupun kurang bersetuju dengan kritikan terbuka Dr Mahathir itu, namun kelab itu berpandangan sudah sampai masa untuk Najib memberi jawapannya.

      "Kami ada berbincang (dengan Najib), mana yang boleh kami jawab seperti isu jet, 1MDB dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), tetapi kami juga nasihat tentunya sampai masanya Najib kena berikan jawapannya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

      Kata Shahrir ini kerana kritikan Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat itu bukan hanya berkisar kepada soal pentadbiran malah turut bersifat peribadi.

      Baru-baru ini, Dr Mahathir melalui laman blog chedet.cc telah mengkritik Najib secara terbuka serta keras apabila menyatakan bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) akan tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya Najib masih menerajui Umno dan pentadbiran kerajaan Malaysia.

      "Isu ini kadang-kadang kita tidak boleh buat tidak tahu dan saya percaya Najib akan beri jawapan kepada tuduhan ini," kata Ahli Parlimen Johor Bahru itu.

      Tegas Shahrir, BNBBC akan terus berdiri teguh dan menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Najib.

      "Sebagai Ahli Parlimen, kami bukan golongan 'buta-buta' menyokong, kami berdiri bersama dengan perdana menteri," katanya. 

      - Sumber: Bernama

      Pegawai polis wanita tak berniat lepas 'kasanova'


      GEORGETOWN - Seorang pegawai kanan polis wanita memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa dia tidak mempunyai niat untuk melepaskan seorang tahanan dikenali 'kasanova', dua tahun lepas.

      Asisten Superitendan L. Chandkumary, 56, berkata dia tidak mengingati apa yang berlaku pada hari kejadian dan mendapati dirinya berada di dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan, seorang diri lengkap dengan berpakaian polis. 

      Dia berkata fikirannya seperti dikawal oleh kasanova itu dan bertindak mengikut suara yang didengarinya.

      "Pada masa itu, dia (tertuduh) asyik merenung saya dalam tempoh yang lama dan pada masa sama mulutnya terkumat-kamit. Badan saya lemah dan kepala saya berat. Saya tidak dapat bercakap apa-apa ketika itu. Saya seperti dikawal oleh sesuatu, saya tidak dapat jelaskan.

      "Saya tidak ingat apa yang berlaku. Saya cuma ingat, saya berada di dalam kereta seorang diri. Kereta diletakkan di tepi jalan. Saya bingung. Saya percaya pada masa itu, dia telah larikan diri. Saya sedar, tertuduh memanipulasi fikiran saya dan saya ikut apa yang dia kata," katanya di hadapan Majistret Dianne Ningrad Nor Azhar.

      Dia berkata demikian semasa menjawab soalan peguamnya, Danny C. Navarednam dalam pemeriksaan utama ketika memberi keterangan membela diri pada perbicaraan kes itu.

      Pada 21 Oktober 2013, Chandkumary mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan berhubung kes itu.

      Bagi pertuduhan pertama, wanita itu didakwa sengaja melepaskan tahanan K. Prabaharan, 47, yang menghadapi pertuduhan kes penipuan pada 1.50 tengah hari di Kompleks Mahkamah George Town pada 9 Oktober 2013.

      Pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa membuat laporan palsu di Balai Polis Timur Laut pada 8.05 malam, hari yang sama berhubung insiden itu.

      Bagi pertuduhan pertama, Chandkumary didakwa mengikut Seksyen 225A (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun, denda atau kedua-duanya manakala pertuduhan kedua mengikut Seksyen 182 kanun sama memperuntukkan penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

      Ditanya mengenai tindakan tertuduh memberi RM50 kepada anggota polis pengiring untuk membeli makanan pada hari kejadian, Chandkumary berkata dia tidak berniat jahat dan menganggap itu tanggungjawabnya sebagai pegawai atasan memandangkan ketika itu waktu makan tengah hari.

      Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Talib dan perbicaraan bersambung 27 April ini. 

      - Sumber: Bernama

      The Solarbike is a very real thing


      Here's an electric bike that doesn't need plugging in.. or swapping out batteries. As the name suggests, the Solarbike has solar cells built into both sides of the party typical bicycle wheels, using cells (and a design) that's apparently "shadow optimized": The inventor is based in Copenhagen, so it's certainly an issue that needed tackling. 

      Power drawn in from the solar cells when the bike isn't moving is stored inside an on-board battery, then when you're in transit, power comes both from the Thermos-shaped attached to the bike frame and what ever trickles in from the solar cells. 

      As Treehugger puts it, improvements solar cell tech improvements in last decade has made this design at least tenable -- because the wheels are facing out sideways, not getting solar rays head-on, it makes the task of absorbing light a little bit more difficult.

      The current mode is the result of three years' work and apparently has a range of around 43 miles when fully charged. The motor itself has a max speed of 30mph - which sounds pretty racey for a pushbike, although 15 miles seems like the more conventional speed setting. It's already been nominated for a design award, although whether the idea, however well implemented, becomes a commercial reality is still TBC.

      - Sumber: Sinar Harian