Wednesday, 9 October 2013

Internet in Malaysia only "partly free"

Internet in Malaysia

The internet in Malaysia remains “partly free” in the past year, according to a report by Washington-based NGO Freedom House released last week.

The annual report Freedom on the Net 2013 said, while Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak publicly promotes internet freedom, there were several areas where the country fell short of international standards.

“In the past two years, with elections looming, officials reinforced commitments to not censor the internet, prosecuted fewer bloggers and pledged legislative reforms. When these reforms materialised in 2012, however, they fell short of international standards,” said the report.

The report highlighted that Malaysia saw “cyber attacks against regime critics” and “paid pro-government commentors”, especially in the run up to the country’s 13th general election that was held in May. These were among the 10 most commonly used types of internet control worldwide.

The level of internet and digital media freedom in 60 countries were measured with Malaysia receiving a score of 44,  a point lower from last year’s 43.

A numerical score of 0 denotes the ‘most free’ while 100 was the ‘least free’. Countries with scores between 31 and 60 points were categorised as ‘partly free’.

Iceland topped the list as having the most internet freedom while Iran came in last.  In Asia, only Japan and Philippines were listed as fully free.

While internet penetration is listed at 66 percent of the 29 million population, the study found Malaysia's press freedom as ‘not free’.

The report noted attempts to manipulate online discourse. It also noted a “palpable increase in the presence of ‘cybertroopers’, commentators paid by political parties on all sides to attack their opponents.”

The amendment to the Evidence Act 1950, which holds website owners liable for seditious comments posted by users that took effect in July, also affected Malaysia’s score.

The study noted several online news outlets covering the opposition had faced disruption of their servers and came under attacks.

Other areas included police charging a blogger with criticising the Johor sultan and a discovery by a Canadian-based university in finding spyware, which might have allowed the authorities to spy on its citizens.

Freedom House noted that legal harassment was the main way for the authorities to intimidate critical bloggers in 2012 and April 2013.

“Online reporting – some from the past year – helped expose the government’s multi-million dollar sponsorship of pro-Najib articles published by supposedly objective international blogs and news outlets since 2008.”

The report also noted that in mid 2013, Toronto-based Citizen Lab reported that at least one electronic document containing election-related information in Malay appeared to be spreading spyware to recipients.

These were among the key reasons for the country’s seemingly low ranking.

The study noted that broad surveillance, new laws controlling web content and growing arrests of social-media users drove a worldwide decline in internet freedom in the past year.

However, the report found that activists were becoming more effective at raising awareness of emerging threats.

Freedom on the Net 2013 evaluates each country based on obstacles to access, limits on content and violations of user rights.

- ASTRO Awani 

Kemaluan kena bedah akibat 'ubat kuat'

AKIBAT terpengaruh dengan rakan, seorang lelaki berusia 25 tahun sanggup mengambil ubat kuat berbentuk kapsul buatan negara jiran.

Fairuz (bukan nama sebenar) menceritakan pengalamannya terpaksa dirawat dan menjalani pembedahan pada kemaluan selepas menggunakan produk terbabit.

Menurutnya, ubat berbentuk kapsul itu diperolehi daripada seorang teman sepejabat yang turut mendapatkan produk itu daripada rakannya yang lain.

“Masa tu saya dah berkahwin. Namun, atas sebab nak lagi power saya sanggup bayar RM200 bagi sekotak ubat kuat yang di dalamnya mengandungi 50 kapsul,” katanya.

Fairuz berkata, kapsul itu ternyata menggembirakan kehidupannya kerana menurutnya, dia mampu bersama isteri empat kali dalam satu malam.

Namun, selepas hampir dua tahun menggunakan produk itu, kemaluannya tiba-tiba tidak mengeras seperti biasa ketika hendak melakukan hubungan.

“Saya ingatkan ia perkara biasa, namun selepas beberapa kali gagal mengadakan hubungan seks dengan isteri, saya merujuk perkara ini dengan doktor pakar dan mereka sahkan saluran darah dan urat di kemaluan tersumbat dan perlu pembedahan segera untuk memulihkannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya hampir lima bulan dia terlantar di hospital disebabkan kesan sampingan ubat kuat yang diamalkannya.

“Memang serik, tak sangka boleh jadi macam ni. Tak pasal-pasal saya terpaksa menanggung kos rawatan mencecah RM50,000 dan peluang untuk mempunyai anak juga tipis meskipun kemaluan saya sudah pulih sepenuhnya,” katanya.

Sumber

Ibu tunggal maut terjatuh bangunan

KUALA TERENGGANU - Seorang ibu tunggal maut setelah terjatuh dari bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu setinggi empat tingkat di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari, mangsa Zurina Idris, 31, berasal dari Kampung Tetambah Manir yang bekerja sebagai tukang cuci di bangunan berkenaan dipercayai terjatuh dari tingkat empat pejabat berkenaan.

Menurut rakan mangsa Zuriha Putih, 49, ketika kejadian dia berada di tingkat bawah bangunan sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman yang kuat di lantai.

"Ketika itu saya berada di dalam tandas dan saya sangkakan kawan-kawan yang berada di dalam tandas terjatuh namun setelah keluar, saya dimaklumkan ada orang jatuh tangga.

"Saya bergegas ke tempat kejadian sebelum saya lihat kawan saya tertiarap dengan berlumuran darah ditangga tingkat bawah bangunan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya kira-kira pukul 11 ketika waktu rehat mereka makan bersama dan mangsa tidak menunjukkan perubahan pelik cuma mengadu sakit kepala sebelum mangsa meminta izin untuk naik ke tingkat empat bagi menyambung kerja.

Dalam pada itu kakak mangsa Mariam, 34, berkata pukul 11.30 pagi tadi dia ada menelefon adik bongsunya bagi berbincang untuk menghantar ibunya yang sakit tua berubat.

"Masa kami bersembang di telefon adik macam biasa dan setuju untuk membawa emak berubat pada 18 Oktober ini," katanya.

Katanya mangsa mempuyai seorang anak perempuan berusia lapan tahun dan adiknya itu sering mengalami sakit kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner, Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.


- Bernama, Oktober 9

Sugar Damaging To Male Sperm & Female Mortality

Sugar Damaging To Male Sperm & Female Mortality

Are you addicted to soda or basically anything sweet? It could be the sugar talking.

Over the years, many researchers have warned us about the damaging effect sugar has on our body and health. There's a reason why we've been repeatedly told to cut down on our sugar intake. If you haven't been paying heed, now is the time to do so.

Not only does consuming large amount of sugar can risk your waistline, it could also potentially harm male sperm and female mortality. The culprit is the sugar you find in all types of carbonated drinks.

This recent study by the University of Utah should serve as a warning to guys who harbour hopes of continuing their lineage.

When mice consumed the equivalent of a normal human diet and 25 per cent extra sugar (that's about three cans of soda daily), they were at 25 per cent less likely to reproduce. This shows that added sugar consumption can have dramatic adverse impacts on mammalian health.

While the mice didn't become obese or show increase in blood pressure, more of them died faster and have fewer babies.

Meanwhile, in the case of female mortality, the study found that after 32 weeks of extra sugar diet, 35 per cent of the female mice died.

These two findings translate to the potential harm on humans as well. Hence, it is vital that we cut sugar out from our diet, most especially refined sugar. Switching to alternatives, like honey, is key to maintain overall health.


Source: MyLaunchpad

Bayi 10 bulan maut dilanggar ibu alihkan kenderaan

Bayi 10 bulan maut dilanggar ibu alih kenderaan
Mohd Fitri Ngah mencium jenazah anaknya, Mohammad Faqih (gambar kecil) yang mati selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh ibunya, ketika menuntut mayat anaknya di bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah, hari ini. - Foto Bernama



KUALA TERENGGANU - Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan maut selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh ibunya di Kampung Bukit Besar di sini awal hari ini.

Kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu berlaku ketika ibu mangsa Faziah Yusuf, 35, cuba mengalih kedudukan kereta jenis MPV Proton Exora di garaj bagi memudahkan suaminya yang bertugas sebagai guru untuk keluar.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Zamri Shamsuddin berkata ketika mengundurkan kenderaan ibu mangsa tidak menyedari anak bongsunya merangkak keluar dari rumah ke belakang kereta.

"Akibat perlanggaran itu mangsa Muhammad Faqih Mohd Fitri yang mengalami kecederaan dalaman disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini," katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu bapa mangsa Mohd Fitri Ngah, 40, berkata mengalih kenderaan bagi memudahkannya keluar bekerja memang menjadi rutin harian isterinya.

Namun ketika isteri sedang mengundurkan kereta, anaknya itu, bongsu dari enam beradik merangkak keluar ke garaj kereta di hadapan rumah dan mereka hanya menyedari kejadian itu setelah mendengar teriakan dari jirannya.

"Mendengar teriakan itu saya bergegas keluar rumah dan melihat isteri telah memangku anak kami dan bergegas menghantar ke Hospital.

"Biasanya anak saya tidak pernah merangkak keluar rumah namun hari ini dia merangkak sehingga ke garaj kereta," katanya ketika ditemui di rumah mayat HSNZ di sini.

- Bernama, Oktober 9

Indonesian cleaner leaps from 3rd floor

Indonesian cleaner leaps from 3rd floor

An Indonesian woman leaped from the third floor of a building at Jalan Beserah here claiming she had been confined by her employer for the past three days.

The woman, known as Marry, 22, from Palembang, Indonesia sustained leg and hip injuries during the attempt to escape at 7.30 last night.

Restaurant worker Shamir Muhammad, 32, said he heard a woman's voice shouting for help.

"When I rushed out, I saw the woman, who was at first using a rope to come down, suddenly jump from the third floor. I only managed to prevent her from hitting the wall," he told reporters here.

The woman, who is being treated at the Tengku Ampuan Afzan Hospital, said she had just arrived in Malaysia to work as a cleaner and claimed that her employer had confined her after confiscating her mobile phone and passport.

Meanwhile, Kuantan deputy police chief Supt Abdul Aziz Ahmad said the incident was being investigated.


- BERNAMA

Remaja ditahan bungkus dadah

  • Remaja ditahan bungkus dadah
    Din menunjukkan dadah yang ditemui polis dalam serbuan di sebuah rumah Isnin lalu.


BATU PAHAT - Seorang remaja lelaki berumur 13 tahun sanggup berhenti sekolah untuk membungkus dadah bagi meraih pendapatan lumayan dan mudah pada usia muda yang dilakukan bersama kakak dan teman lelaki kakaknya.

Bagaimanapun, remaja terbabit ditahan sepasukan polis di sebuah rumah di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, dalam serbuan itu, pihaknya berjaya menahan lima suspek berumur sekitar 13 hingga 46 tahun termasuk remaja berkenaan.

Menurutnya, semua suspek tidak menyedari kehadiran polis dalam serbuan sekitar jam 11 malam itu, kerana sedang asyik membungkus dadah yang bakal diedarkan kepada pelanggan mereka.

Tambahnya, polis percaya lelaki berusia 46 tahun, teman lelaki kepada kakak remaja berkenaan adalah ketua kumpulan.

“Berdasarkan maklumat, lelaki terbabit dikatakan sering menumpang rumah didiami teman wanita bersama adiknya itu.

“Hasil pemeriksaan di rumah terbabit,polis berjaya menemui dadah jenis heroin dan syabu masing-masing seberat 292.15 gram dan 5.6 gram yang masih dalam proses pembungkusan,” katanya, di sini, semalam.

Din berkata, dadah jenis heroin dan syabu yang ditemui itu dianggarkan bernilai RM7,740 dan harga pasaran mungkin mencecah sehingga RM20,000 selain mampu memberikan bekalan kepada 100 penagih.

Jelasnya, semua dadah tersebut dipercayai untuk edaran tempatan dan luar daerah, terutamanya di sekitar utara negeri ini.

Beliau berkata, semua suspek kini ditahan reman sehingga 14 Oktober ini bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati, suspek adalah penduduk tempatan dan masih bujang selain tidak mempunyai sebarang pekerjaan,” katanya.

Selain itu, katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan polis turut berterima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat sehingga membolehkan pihaknya melumpuhkan sindiket terbabit.


Sumber

Syamsul bengang, Amani minta maaf

shamsul dan amani


PENGARAH terkenal, Syamsul Yusof bengang dengan pelakon, Sharifah Amani apabila pelakon tersebut mengeluarkan kenyataan seolah-olah menghentam filem terbarunya, KL Gangster 2 di laman mikro Twitter.

Amani mempertikaikan soal klasifikasi filem yang mendapat kelulusan P13 sedangkan mempunyai pelbagai unsur seperti pukul, dadah, rogol dan kata-kata kesat.

Kenyataan Amani itu disifatkan biadab oleh Syamsul.

“...tapi dari mana aku datang, ‘tweet’ itu biadab. Jika nak bersuara pun ada caranya. Lain kali beradab @sharifahamani,” tulisnya awal pagi tadi.

Sebelum itu, Syamsul menulis, “Anak @fatibee ini tak puas hati ke apa? Kasar bahasanya. Itu bukan caranya dik. Kurang ajar namanya. Jangan biadab bila bicara. Jangan lupa budi bicara.”

Dalam ‘tweet’ Ahad lalu, Amani menyebut, “filem gua ada darah sedikit dapat P18. Filem lu dadah, pukul, rogol, carut semua lengkap dapat PG13 #LuMemangTailongBesar.”

Dalam interaksi di Twitter, Amani menafikan kata-katanya itu berbaur peribadi.

“Saya cuma terganggu dengan ‘double standard’ yang jelas. Bukan salah awak dan saya tak mempertikaikan rezeki awak,” tulisnya.

Kemudian, Amani meminta maaf kepada Syamsul jika katanya-katanya menyinggung Syamsul.

“Awak dan adik awak melakukan kerja yang berani. Kerana itu anda berdua mendapat sokongan saya. Tak ada maksud buruk. Maaf kalau tersinggung,” tulisnya.


Sumber

CIKGU, KENAPA SAYA CANTIK?


Jessica Michibata


Jessica Michibata, awek menawan pemandu F1, Jenson Button, mendakwa dia susah menangani perhatian yang diterimanya semasa membesar.

Meskipun mempunyai paras rupa dan badan yang dicemburui kebanyakkan wanita lain, model ternama itu mengaku ianya tidak mudah untuk dilahirkan sebagai "lebih istimewa".

Dalam satu temubual bersama terbitan surat khabar London Evening Standard, Jessica mendedahkan, "Saya hanya ingin seperti rakan-rakan saya yang lain. Saya tidak ingin menjadi lebih istimewa daripada orang lain."

Minah kacukan Argentina dan Jepun itu turut berkata, "Saya pernah bertanya kepada cikgu saya tentang kenapa saya sering kali mendapat lebih perhatian walaupun mempunyai dua mata dan satu hidung seperti orang lain."

Dan walaupun ia tidak dapat dinafikan bahawa Jenson Button amat bertuah untuk bersamanya, Jessica juga sedar yang pemandu pasukan McLaren itu turut diidami ramai wanita lain.

"Saya langsung tidak cemburu apabila mereka bersembang dengan Jenson. Saya tahu ramai wanita meminatinya kerana dia merupakan seorang pemandu Formula Satu yang handal, dan bukan kerana mereka mencintai personalitinya."


Sumber

Aeril, Wawa buat sidang media Jumaat

Aeril Zafrel
Aeril Zafrel



SEJAK Ahad lalu, semua mata dan telinga mula beralih kepada kontroversi perkahwinan rahsia dua pelakon yang mencipta nama dari syarikat pengurusan Metrowealth International Group (MIG).

Menurut sebuah akhbar mingguan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dikatakan sudah berkahwin Februari lalu dan sudah menimang cahaya mata pada 24 Ogos lalu.

Masih lagi enggan memberikan kenyataan rasmi mengenai khabar tersebut, Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari, 25, berkata dia akan mengadakan satu sidang media selepas solat Jumaat bagi mengungkai segala persoalan yang masih menjadi tanda tanya.

“Buat masa ini, saya tidak mahu komen apa-apa. Semuanya akan dijawab dalam sidang media khas itu.

“Pada hari itu juga, Wawa akan hadir dan kami akan menjawab semua persoalan satu persatu yang selama ini menjadi tanda tanya anda semua,” katanya kepada media ketika ditemui di lokasi penggambaran telefilem Cinta Mat Semprit di Taman Tasik Ampang Hilir, semalam.

Walaupun kisah perkahwinan rahsianya itu menjadi tumpuan utama sehingga diserbu dengan pelbagai soalan, Aeril yang ditemani pengurusnya, Shahriman Wahab dan peguamnya, Zulhasmi Zakaria dari Termizi & Co tetap kelihatan tenang dalam menjawab soalan.

Malah, ketika ditanya mengapa dia mengambil sikap berdiam diri dalam menangani isu tersebut, Aeril mempunyai jawapannya sendiri.

“Saya ada hak untuk berdiam diri, bersuara atau berahsia. Berdiam bukanlah bererti saya bersalah atau tidak benar. Saya juga tidak melarikan diri, tetapi saya hanya menangguhkan untuk memberi penjelasan sehingga sidang media itu nanti.

“Biarkanlah perkara itu dilakukan dengan serentak sekali gus agar semua perkara dapat diselesaikan,” jelasnya.


Cabar kemuka bukti!

Dalam pada itu, Aeril memberitahu, dia menggunakan khidmat peguam kerana isunya ini telah memberi impak yang besar terhadap dirinya.

Sementara itu, pengurusnya, Shariman Wahab mencabar mana-mana pihak yang mempunyai bukti berkenaan pendedahan itu bolehlah membawanya pada hari sidang media khas itu berlangsung.

“Kepada mana-mana pihak berkenaan, saya cabar jika ada sebarang bukti, sila bawakan semasa sidang media tersebut.

“Siapa ‘mereka’ yang Aeril maksudkan sebelum ini akan terjawab juga pada Jumaat ini. Malah, sidang media khas itu nanti akan direkodkan untuk rujukan mahkamah,” akhirinya.


Sumber

Wawa Zainal bakal disingkir MIG?

David Teo
 David Teo


BERITA perkahwinan Wawa Zainal dan Aeril Zafril serta kelahiran seorang bayi pada 24 Ogos lalu bukan sahaja mengejutkan media dan peminat malah pihak pengurusan Wawa sendiri iaitu Metrowealth International Group (MIG).

Ketua Pegawai Eksekutif MIG, Mejar David Teo berkata, beliau juga terkejut sebaik berita itu kerana tidak mengetahui pernikahan dua pelakon berkenaan.

"Dua bulan lalu saya ada berjumpa dengan Wawa kerana dia memaklumkan sedang mengalami penyakit misteri. Apatah lagi ketika dia sedang bercakap dengan saya, tiba-tiba dia berzikir.

"Itu yang saya nampak misterinya dan saya suruh dia cepat-cepat balik ke Sabah untuk berubat. Dia berjanji akan pulang selepas Aidilfitri tapi sampai sekarang dia belum balik ke sini lagi. Ketika dia datang jumpa saya tu, dia bertudung.

"Kemudian dia tidak muncul-muncul dan Ahad lalu keluar cerita dia sudah berkahwin dan ada anak, saya pun terkejut," jelasnya.

David berkata, andai benar Wawa sudah berkahwin dan mempunyai anak, tiada apa-apa tindakan akan diambil ke atas teraju utama Budak Pailang itu sebaliknya mereka masih mengalu-alukan kepulangan Wawa kerana artis kelahiran Lahad Datu itu masih artis naungan MIG.

“Wawa tetap artis kami. Sekiranya dia mahu kembali dalam syarikat ini, kami akan menerimanya. Sekiranya ada sebarang perubahan dalam kontrak, kami akan berbincang bersama dia (Wawa),” katanya.

David juga memaklumkan dia ada bercadang mahu melawat Wawa di Sabah tetapi pelakon itu tidak membenarkan majikannya itu datang ke kampung halamannya.

Usaha Zass untuk mendapat kepastian daripada Wawa Zainal yang difahamkan hadir ke majlis tersebut gagal kerana aktres cantik itu tidak dapat hadir pada saat-saat akhir.


Sumber

Siapa nak hadiah hari jadi daripada Mariah Carey?


Nak tahu rahsia perkahwinan bahagia penyanyi diva Amerika, Mariah Carey? Beliau bukan sahaja pandai menghiburkan orang ramai dengan suara merdu beliau, malah bijak lagi menghiburkan suami tercinta.
Bagi menyambut hari jadi suami Nick Cannon yang ke-33, Mariah telah memberi hint tentang hadiah yang bakal menanti suami beliau melalui laman Twitter.
Mariah dengan beraninya meletakkan gambar ghairah beliau memakai pakaian dalam dengan mesej ucapan selamat hari jadi kepada suami beliau.
Para lelaki yang melihat gambar tersebut pasti rasakan bahawa Nick seorang lelaki yang sangat beruntung. Mungkin tip ini boleh dipraktikkan di rumah masing-masing.


- Sumber: MyLaunchpad 

Tiada cadangan sekat jualan mesin urut

Dr Hilmi
Dr Hilmi



KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan tidak bercadang menyekat penjualan mesin urut kerana alat seumpama itu setakat ini didapati tidak memudaratkan kesihatan.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kementeriannya telah melakukan penilaian terhadap mesin itu dan mendapati ia tidak memberi sebarang kesan sampingan kepada penggunanya.

"Buat masa ini, kerajaan tidak bercadang mengharamkan penjualan mesin urut di negara ini kerana tiada bukti saintifik yang kukuh untuk menyokong (dakwaan) ia membawa kesan sampingan seperti penyakit saraf dan tulang belakang akibat penggunaan mesin urut tersebut," katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Jamilah Sulaiman yang ingin tahu adakah Kementerian Kesihatan telah membuat kajian terhadap penggunaan mesin urut berikutan ada yang mendakwa getaran mesin berkenaan boleh mengakibatkan penyakit saraf dan tulang belakang.

Dr Hilmi berkata pendaftaran mesin urut yang dijual di negara ini adalah tertakluk di bawah Akta Peranti Perubatan Malaysia 2012 bagi peralatan perubatan yang didakwa boleh mengubati penyakit.

"Kalau dakwa boleh ubati (penyakit), dia (pengeluar mesin urut) kena daftar dan sebelum daftar kena buat kajian spesifik bagi menentukan ia benar-benar memberi kesan perubatan kepada pengguna," jelasnya.

- Bernama

Lima sungai dikenal pasti antara paling tercemar

KUALA LUMPUR:  Sekurang-kuranngnya lima sungai didapati paling teruk tercemar di malaysia.

Antaranya, Sungai Pinang dan Sungai Juru di Pulau Pinang, Sungai Klang dan Sungai Penchala di Kuala Lumpur dan Sungai Segget di Johor Bahru.

Kegiatan pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut merupakan punca utama pencemaran air berlaku di Malaysia.

Selain itu, aktiviti kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaran air.

Ia berlaku apabila  sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai.

Dalam pada itu, beberapa negara maju juga membuang sisa radioaktif dengan memasukkan sisa ke dalam tong sebelum membuangnya ke dalam laut.

Tindakan tersebut secara tidak langsung merosakkan hidupan laut dan  sesetengah pulau pula dilaporkan tidak mempunyai sistem pelupusan sampah,  sekaligus mewujudkan istilah pulau sampah secara terancang atau tidak terancang.

Dari sisi Perunding Alam Sekitar, Malaysian Water Partnership, MyWP, Amlir Ayat,  Masalah pencemaran ini boleh diatasi dengan usaha yang  berterusan, selain menerapkan ilmu kesedaran sivik terhadap anak-anak di peringkat seawal pra-sekolah.

“Saya rasa satu perkara yang perlu diingat ialah, ia perlu dilakukan dari peringkat sekolah rendah atau sejak tadika lagi”, ujarnya ketika dihubungi Astro AWANI.

Beliau percaya Malaysia juga boleh lakukan perkara sedemikian tetapi perlu dilaksanakan secara berterusan.


- ASTRO Awani 

Lelaki mati ditembak ketika sedang minum

SHAH ALAM - Seorang ahli perniagaan yang sedang minum disebuah restoran di Kajang selepas bermain badminton, maut apabila ditembak pada jarak dekat kira-kira 10.30 malam tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata R. Appalasamy, 47, sedang duduk di restoran berkenaan apabila seorang lelaki yang memakai topi keledar berpenutup muka penuh tiba-tiba meluru ke arahnya dan melepaskan dua das tembakan.

"Tembakan itu mengenai bahagian muka dan dada mangsa. Dia dipercayai mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala," katanya dalam sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang dekat sini untuk dibedah siasat.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Assisten Supritenden Ab Rashid Ab Wahab berkata dua suspek yang menunggang motosikal dipercayai terbabit dalam kes itu.

"Ketika kejadian dipercayai kedua-dua suspek yang memakai topi keledar 'fullfaced' datang menaiki motosikal, sebelum pembonceng belakang turun dan melepaskan tembakan pada mangsa.

"Seorang lagi suspek dikatakan menunggu di motosikal, bersedia untuk meninggalkan kawasan restoran itu," katanya ketika dihubungi di sini.

Polis masih menyiasat motif kejadian termasuk aspek persaingan perniagaan.


- Bernama

ADUN keracunan makanan kerana ayam

Adun keracunan makanan kerana ayam
ADUN Pulau Betong ini berkongsi gambarnya dimasukkan ke hospital di laman Facebook miliknya semalam.


BALIK PULAU - Adun Pulau Betong, Muhamad Farid Saad dimasukkan ke Hospital Balik Pulau kelmarin kerana disyaki makan ayam tercemar.

Ketika dihubungi Sinar Harian beliau berkata, beliau sekeluarga ke Shah Alam dan menikmati hidangan di salah sebuah restoran di sana. Menurutnya, hanya beliau sahaja yang memilih menu ayam sementara anak-anak memilih untuk makan daging.

“Setelah beberapa jam selepas menikmati makanan berkenaan, saya mula tidak sedap perut.

“Pada mulanya saya hanya menjangka ia perkara biasa dan sakit perut yang normal, namun saya sempat balik ke Pulau Pinang sebelum ia semakin melarat,” katanya.

Kemudian setibanya di Balik Pulau, Muhamad Farid mengakui dia tidak boleh tidur dan mengalami sakit kepala.

Akibat kondisi badan yang semakin lemah, pada jam 5 petang kelmarin dia segera ke Hospital Balik Pulau dan ditahan kira-kira dua jam di wad kecemasan.

“Jururawat memasukkan dua botol air ke dalam badan, alhamdulillah saya tidak ditahan untuk bermalam di hospital dan jam 7 petang pada hari yang sama saya sudah keluar.

“Sakit perut berkenaan sudah beransur pulih dan kini melakukan tugas seperti biasa, namun saya dapat pengajaran supaya memilih makanan dengan lebih berhati-hati,” katanya.

Dia yang sempat berkongsi kisahnya dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan di laman Facebook peribadinya itu turut menasihatkan orang ramai berhati-hati memilih hidangan ayam.

“Bukan tidak boleh makan namun kita perlu tahu sumbernya dari mana dan tambahan lagi sekarang sudah kecoh ada saja yang keracunan akibat makan ayam, jadi kita perlu berhati-hati,” katanya.

Sumber

Pasaraya runtuh belum miliki Sijil Layak Menduduki

Pasaraya runtuh belum miliki Sijil Layak Menduduki

JITRA, KEDAH:  Bangunan  pasaraya yang runtuh secara tiba-tiba semalam di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah disahkan belum memiliki Sijil Layak Menduduki atau CF.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Air dan Tenaga Kedah, Badrul Hisham Hashim, pasaraya itu beroperasi lebih awal sebelum CF diluluskan dan syarikat terbabit kini dalam proses permohonan untuk mendapatkan CF.

Tambah Badrul, Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) menyedari akan hal itu dan dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik pasaraya tersebut.

Beliau berkata demikian kepada media semasa lawatan ke lokasi runtuhan.

Katanya, operasi perniagaan sememangnya tidak dibenarkan di kawasan itu kerana ianya merupakan kawasan perindustrian.

Justeru itu, MDKP telah mengambil tindakan tegas menyita bangunan pasaraya itu dan lebih 20 buah premis perniagaan lain yang beroperasi berhampiran.

Pasaraya terbabit runtuh pada 9.31 pagi Selasa, kira-kira 15 minit sebelum para pekerjanya memulakan tugas. -- Astro Awani 

Lidah Miley Cyrus yang terjelir panjang! (10 pics)

Gaya apa agaknya yang cuba ditonjolkan oleh penyanyi penuh kontreversi ini?

























Sudah-sudahlah dengan lidah panjang tu!

Avril Lavigne tinggalkan imej punk?

Avril Lavigne
Avril Lavigne bersama suaminya, Chad Kroeger.


AVRIL Lavigne dan imej punk bagai tidak boleh dipisahkan lagi. Sejak awal kemunculannya menerusi lagu Skater Boy, Avril sudah membawa imej punk sehinggalah dia berkahwin.

Namun, berbeza pada majlis Anugerah Huading yang diadakan di Macau, China kelmarin, Avril mengejutkan ramai dengan penampilannya yang lebih feminin.

Biarpun tidak dapat lari dari celak pada bahagian mata, namun Avril tampak anggun menyarungkan busana dari Brian Rennie For Basler dengan solekan yang lebih minima sekali gus menyerlah kecantikan asli wajahnya sambil jalan berpegangan tangan bersama suaminya, Chad Kroeger di karpet merah.

Pada majlis tersebut, Avril menerima anugerah Penyanyi Global Terbaik yang mengiktiraf semua karya muziknya selama ini.


Sumber

Using handphone on the road among new JPJ offences

Using handphone on the road among new JPJ offences

The Road Transport Department (RTD) is introducing four new offences under its Kejara demerit system, according to a report in New Straits Times.

Effective January, those caught using handphone or other telecommunication devices while driving; not using front and rear passenger seat belts; failing to wear helmets; and driving on the emergency lane; can be punished.

The NST report, quoting the RTD enforcement director Jaafar Mohamed, also said that illegal racing is no longer an offence. The traffic police are better equipped to take stiffer action as compared to the Kejara.

According to Jaafar, offenders caught under Automatic Enforcement System speed cameras can start paying today (Wednesday) the ‘discounted’ summons rate of RM150.

However, this rate only applied to summonses issued Sept 18 onwards.

The Kejara demerit system has been dormant since its inception in 1984. However, it is planned to be reintroduce together with the government-takeover of the AES.

Offences under the revamped Kejara demerit system:

Under the present system, a motorist who commits different types offences will be penalised by being docked demerit points.

Offences under the revamped Kejara demerit system:

  • Driving under the influence of alcohol or drugs
  • Hit and run
  • Breaking speeding laws or reckless driving
  • Felony or misdemeanor offence of purposely failing to give breath, urine and blood specimens as requested by enforcement officers
  • Failing to obey a red traffic light
  • Exceeding set speed limits
  • Offences related to overtaking and cutting queue
  • Failure to give way to ambulances, fire trucks, police cars or other authorities
  • Failure to give way to pedestrians in zebra crossings.
  • Offences related to left-lane driving
  • Failure to stop at junctions
  • The use of unroadworthy tyres
  • Failure to comply with handphone usage rules
  • Failure to comply with traffic rules and regulations
  • Usage of bikes on restricted roads
  • Overtaking in double lanes.
  • Failure to abide by probationary license regulations (failure to produce probationary licence, failure to display ‘P’ sticker on vehicle, failure to ensure zero alcohol blevel in breathe, blood and urine.
  • Using handphone or other telecommunication device while driving
  • Not using a seatbelt for front and rear passengers.
  • Failing to wear a helmet.
  • Driving on the emergency lane.

Source: Astro Awani 

Sindiket tipu 'parcel scam' (penipuan bungkusan) tumpas

Sindiket tipu 'parcel scam' tumpas
Mohd Shukri (kiri) memberi penjelasan berhubung modus operandi yang digunakan kumpulan sindiket yang ditahan pihaknya dalam serbuan di Selayang, Sabtu lalu.


SHAH ALAM - Sindiket penipuan bungkusan (parcel scam) didalangi warga asing, lumpuh dengan penahanan tujuh lelaki dalam dua serbuan di Selayang, Batu Caves, Sabtu lalu.

Kegiatan itu terbongkar susulan satu laporan polis diterima daripada seorang jurujual buku berusia 41 tahun yang ditipu sehingga menyebabkan kerugian lebih RM76,000.

Dalam kes tersebut, mangsa difahamkan berkenalan dengan seorang wanita dikenali sebagai 'Norliza' melalui laman sosial, sebelum wanita itu mendakwa kononnya mahu menghantar barang antaranya kamera digital, komputer riba serta wang dalam not pound sterling kepada mangsa pada pertengahan Julai lalu.

Selepas itu, mangsa lelaki terbabit dikatakan dihubungi oleh wanita lain yang memperkenalkan diri sebagai Ross Mitchel dan memberitahu barang-barang terbabit berada di sebuah lapangan terbang domestik serta memberitahu semua barang itu hanya boleh dituntut, selepas mangsa membuat beberapa pembayaran seperti cukai kastam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, mangsa yang teruja mempercayai kata-kata kedua-dua wanita itu membuat enam transaksi bayaran berjumlah RM76,100 bagi menuntut hadiah tersebut.

Beliau berkata, empat transaksi dibuat atas penama berlainan, namun tiada sebarang hadiah diterima, malah kedua-dua suspek gagal dihubungi.

Menurutnya, mangsa yang sedar ditipu terus membuat laporan polis dan siasatan berjaya mengesan kesemua tujuh suspek, masing-masing terdiri daripada dua lelaki warga Afrika dan lima warga Cameroon.

"Kita tahan mereka yang berusia antara 30 dan 45 tahun itu di dua lokasi berasingan di Selayang pada 8.30 malam Sabtu lalu.

"Pemeriksaan menemui pelbagai peralatan dipercayai digunakan sewaktu kejadian antaranya telefon bimbit pelbagai jenama, komputer riba pelbagai jenama, dua unit cakera keras (hard disk), pendrive serta sebungkus daun kering disyaki ganja seberat 2.6 gram," katanya, pada sidang akhbar semalam.

Mohd Shukri berkata, hasil soal siasat awal mendapati kesemua suspek dipercayai terlibat dalam kegiatan 'parcel scam' di sekitar Selangor, Johor, Kedah dan Melaka.

"Setakat ini, kita dah kenalpasti penglibatan mereka di Selangor iaitu daerah Serdang, Petaling Jaya, Sungai Buloh dan Sabak Bernam," katanya.

Beliau berkata, semua suspek direman empat hari sehingga hari ini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu.


Sumber

Aeril Zafrel enggan jawab teka-teki perkahwinan rahsia

Walaupun diterjah wartawan, pelakon Aeril Zafrel enggan menjawab teka-teki perkahwinannya bersama Wawa Zainal.

Jelas Aeril dia bakal mengadakan sidang media khas pada Jumaat ini bagi meleraikan segala persoalan.

Aeril turut mendapatkan khidmat peguam  Zulhasmi Zakaria sebagai penasihatnya berhubung isu tersebut.

Pada Ahad lalu, akhbar tempatan menyiarkan laporan eksklusif kononnya Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari, 25 tahun sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal, 22 tahun pada 4 Februari lalu secara rahsia.

Hasil perkahwinan itu mereka dikatakan telah mendapat anak pada 24 Ogos lalu yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.

Aeril dan Wawa merupakan bintang utama menerusi filem "99 Kali Rindu" yang ditayangkan pada 9 Mei lalu.- ASTRO Awani 

Pistol tiruan nilai lebih RM25,000 dirampas

Pistol tiruan nilai lebih RM25,000 dirampas
Mohd Shukri (dua, kiri) dan pegawainya menunjukkan pistol tiruan yang dirampas dalam serbuan di sebuah gerai di Petaling Jaya, Ahad lalu.


SHAH ALAM - Kegiatan dua lelaki menjual pistol 99 peratus menyerupai pistol sebenar akhirnya terbongkar, selepas polis menyerbu gerai tidak bernombor dalam sebuah kompleks beli-belah di Petaling Jaya, Ahad lalu.

Turut dirampas 21 pucuk pistol tiruan menyerupai pistol jenis Glock termasuk sepucuk dikenalpasti jenis gross bow dianggarkan bernilai lebih RM25,000.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, sepasukan anggota dari Bahagian Jenayah Berat (D9) Selangor menyerbu gerai terbabit kira-kira jam 5.30 petang.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati kedua-dua lelaki terbabit menjual pelbagai barangan yang diklasifikasikan sebagai menyalahi undang-undang.

Menurutnya, ketika diserbu, kedua-dua suspek berusia 28 dan 42 tahun itu menafikan kegiatan haram mereka dan memaklumkan hanya menjual pistol mainan.

"Namun, setelah diperiksa mereka sebenarnya menjual beberapa jenis senjata dan peralatan merbahaya.

"Kita rampas antaranya 21 pucuk pistol tiruan, kelopak peluru, pisau, botol gas serta pelbagai barangan lain yang boleh diklasifikasikan sebagai berbahaya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Mohd Shukri berkata, siasatan awal menunjukkan kesemua barangan dirampas dibekalkan seorang lelaki warga Thailand dikenali sebagai 'Lan'.

"Semakan mendapati harga pasaran bagi sepucuk pistol itu adalah RM1,200. Namun terdapat juga pistol tiruan yang dijual pada harga serendah RM100," katanya.

Beliau berkata, kebanyakan senjata tiruan dirampas hampir sama dengan senjata api sebenar termasuk dari segi rekaan dan fungsi.

Katanya, kedua-dua suspek sudah dituduh mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960.


Sumber

Apple bakal umum iPad baru

Apple bakal umum iPad baru

Apple bakal membuat hebahan terbaru iPad dalam satu majlis tertutup pada penghujung bulan ini, demikian menurut laporan laman web berita teknologi, AllThingsD.

iPad generasi baru tersebut dijangka akan lebih nipis daripada edisi sebelum ini dan kemampuan camera yang lebih hebat. Versi baru iPad mini juga turut akan mempunyai skrin yang ditambah baik.
Tambah laporan AllThingsD, majlis tertutup itu akan diadakan pada 22 Oktober.

Apple bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai informasi daripada sumber tidak bernama itu.

iPad kekal sebagai tablet paling laris, menurut kajian, namun pemasarannya dicabar dengan pesaing yang menggunakan sistem operasi Google Android.

Apple dijangka akan membincangkan sistem operasi komputer dan komputer riba miliknya di majlis tersebut, yang dilakukan seiring dengan musim membeli belah hujung tahun.

Apple kini gah di pasaran hasil pelancaran dua model iPhone pada bulan lalu. Menurut firma California itu, mereka telah berjaya merekodkan jualan sembilan juta unit iPhone dalam masa tiga hari setelah melancarkan versi iPhone baru terbabit.

Tragik! Bakar kekasih dalam perigi buta

Bakar kekasih dalam perigi buta
Endang Mariani dicampak ke dalam perigi sedalam lima meter sebelum dibakar. Gambar kecil: Endang Mariani


ALOR GAJAH - Akibat merampas kekasih orang lain, seorang wanita warga Indonesia dibunuh dan mayatnya dicampak ke dalam perigi sebelum dibakar di ladang tembikai susu, Solok Menggong di sini.

Mayat Endang Mariani Muhammad Rau, 28, hanya ditemui selepas tiga hari oleh pemilik ladang berkenaan kira-kira 6.30 petang kelmarin selepas terhidu bau busuk berdekatan kawasan kejadian.

Wanita dari Lombok Barat, Indonesia itu dipercayai dibunuh oleh suspek yang cemburu, setelah mangsa menjalin hubungan sulit dengan lelaki berusia 30-an .

Selain itu, mangsa dikatakan membawa tinggal kekasihnya itu di rumah yang juga kebetulan didiami suspek.

Suspek berusia 29 tahun kemudian bertindak keluar dari rumah berkenaan namun pada masa sama dipercayai merancang untuk membalas dendam hingga membawa kepada pembunuhan mangsa yang bekerja di ladang cendawan, Bukit Hantu, Lendu.

Menurut sumber, dipercayai gara-gara cemburu dengan hubungan itu, mangsa dibunuh di rumah tersebut pada Jumaat lalu sebelum dibawa ke ladang berkenaan dengan menaiki sebuah kereta Perodua Viva milik lelaki tempatan dan dicampak ke dalam perigi sedalam lima meter sebelum dibakar menggunakan kayu dan petrol sehingga rentung,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, pihaknya ke tempat kejadian selepas menerima maklumat daripada seorang wanita yang juga pemilik ladang berkenaan.

“Siasatan awal mendapati, mayat wanita yang rentung 90 peratus sehingga tinggal tulang dan tengkorak itu dipercayai dibakar di dalam perigi berkenaan selepas dibunuh di tempat lain.

“Susulan kejadian, kurang 12 jam penemuan mayat, empat lelaki termasuk seorang warga tempatan berusia 23 hingga 39 tahun bersama seorang lagi wanita Indonesia berusia 29 tahun ditahan dalam dua serbuan berasingan di Semabok dan Rembia,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, di sini, semalam.

Umar berkata, tiga lelaki Indonesia dan wanita yang ditahan antara jam 1 dan 8 pagi semalam adalah rakan serumah mangsa, manakala lelaki tempatan berusia 39 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori itu adalah kenalan semua suspek.

“Mangsa bekerja di ladang cendawan di Lendu dan Ahad lalu majikannya ada membuat laporan berhubung mangsa yang tidak datang bekerja disyaki melarikan diri.

“Siasatan mendapati cemburu antara suspek wanita dan si mati menjadi motif pembunuhan berkenaan.

"Si mati dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan salah seorang lelaki warganegara sama yang ditahan,” katanya. Menurutnya, penangkapan kelima-lima suspek telah hampir berjaya menyelesaikan kes tersebut.

Bagaimanapun, pihaknya kini masih memburu seorang lelaki juga warga Indonesia yang dipercayai boleh membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

“Semua suspek ditahan reman tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.


Sumber

Pelajar UTeM maut kemalangan jalanraya

Pelajar UTeM maut dirempuh lori
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


JASIN - Hasrat sembilan pelajar Universiti Teknikal Melaka (UTeM) untuk berkelah di air terjun Sagil, Tangkak, tidak kesampaian setelah salah seorang daripada mereka maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 19.5 Kesang-Selandar, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, mangsa yang juga pelajar semester pertama jurusan reka bentuk pembuatan, Muhammad Haniff Arsyad Md Tahar, 19, menunggang motosikal Yamaha LC berseorangan dirempuh sebuah lori muatan kelapa sawit dari arah bertentangan.

Rakan mangsa, Mohd Hafizi Rosdi, 19, berkata, mereka berkonvoi dengan sebuah kereta dan tiga motosikal.

Menurutnya, sebelum kejadian, mereka baru 10 minit bergerak keluar dari pintu belakang Utem untuk bertemu dengan seorang lagi rakan mereka di bandar Jasin sebelum meneruskan perjalanan.

“Kebetulan hari ini kami tiada kelas dan rancang hendak ke Sagil selepas bertemu rakan di Jasin.

“Ketika kejadian saya menaiki kereta berada di depan, namun rasa tidak sedap hati bila tidak nampak Hanif dalam kumpulan konvoi kami sebelum berpatah semula dan melihat dia terbaring di tengah jalan,” katanya.

Sementara itu, Muhamad Ezmer Mohd Hasni, 19, berkata, ketika kejadian dia mengetuai perjalanan itu dengan menunggang motosikal berlainan, namun sempat menoleh motosikal Haniff yang berada jauh di belakangnya.

“Saya sempat menoleh dan melihat sebuah lori dari arah bertentangan menuruni selekoh berbukit dalam keadaan laju dan memasuki jalan bersebelahan.

“Saya nampak Haniff memperlahankan motosikalnya dan bergerak ke tepi jalan, namun nasib tidak menyebelahinya apabila motosikalnya dirempuh lori berkenaan,” katanya.

Ezmer berkata, selepas merempuh mangsa, pemandu lori terbabit melarikan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan, Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, siasatan awal mendapati lori yang datang dari arah Kesang ke Seladar dipercayai memasuki jalan yang dilalui mangsa sebelum berlaku pelanggaran.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk dibedah siasat dan usaha mengesan pemandu lori terbabit sedang giat dijalankan,” katanya.

- Sinar Harian 

Kereta hibrid: Kerajaan perlu bantu Proton dan Perodua tingkatkan teknologi

Kereta hibrid: Kerajaan perlu bantu Proton dan Perodua tingkatkan teknologi

Syed Zainal berpendapat kerajaan perlu membantu syarikat tempatan seperti Proton dan juga Perodua untuk membangunkan teknologi hibrid.

Ia bersesuaian dengan usaha kerajaan yang mahu menggalakkan lebih ramai pengguna kereta menggunakan kereta jenis itu.

"Untuk membangunkan teknologi hibrid ini, kerajaan perlu memberi sokongan kepada Proton dan Perodua seperti menyediakan geran untuk mereka melakukan anjakan ke arah pengeluaran kereta hibrid," katanya.

Katanya, di negara-negara lain seperti Korea Selatan dan Jepun, syarikat-syarikat pengeluar kereta di negara berkenaan mendapat bantuan seperti geran dalam usaha mereka membangunkan industri kereta.

- ASTRO Awani 

Nasi kangkang bukan dongeng


Nasi kangkang bukan dongeng
Shamsuri (berdiri tengah) bersama perawat dari Pusat Rawatan Islam At-Tobibi merawat 150 pesakit sempena rawatan perdana di Surau As-Soliheen, Taman Desa Solehah, Kampung Mak Chili Paya di Kemaman, kelmarin.


KEMAMAN - Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Datuk Shamsuri Safie mendedahkan masih terdapat wanita Islam yang menggunakan nasi kangkang bukan sahaja untuk menundukkan suami, bahkan ada yang bertujuan memporak-perandakan kebahagiaan jiran tetangga seperti kes yang terjadi di Dungun.

Shamsuri berkata, kisah nasi kangkang bukan cerita dongeng, sebaliknya sihir itu masih lagi menjadi amalan segelintir kecil wanita untuk mencapai matlamat songsang mereka.

“Seperti pasangan suami isteri dari Dungun yang saya rawat hari ini, mereka terkena nasi kangkang yang diberikan seseorang sehingga pasangan ini jadi saling membenci dan apa yang kita boleh lihat, matlamat penyihir mungkin untuk merampas suami atau harta atau mahu melihat keluarga ini hancur akibat hasad dengki dengan kebahagiaan keluarga ini,” katanya.

Shamsuri berkata, berdasarkan pengakuan mangsa yang kedua-duanya bekerja sebagai polis, bukan sahaja mereka sekeluarga terkena sihir itu, malah seluruh penghuni di blok sama dengan rumah mereka turut mengalami nasib sama apabila kesemuanya saling berbalah.

Menyedari sesuatu yang aneh, pasangan terbabit masing-masing berumur 43 dan 41 tahun membuat keputusan berpindah dari kawasan perumahan itu sejak dua bulan lalu sebelum mendapatkan rawatan secara Islam sempena Rawatan Perdana Pusat Rawatan Islam At-Tobibi di Surau As-Soliheen, Taman Desa Solehah, Kampung Mak Chili Paya, di sini, kelmarin.

Katanya, perasaan hasad dengki sangat bahaya, justeru masyarakat Islam diingatkan supaya berhati-hati daripada menerima apa-apa termasuk makanan daripada individu mencurigakan, di samping mengamalkan membaca ayat suci al-Quran dan doa pelindung sebelum menjamah makanan.

Bagaimanapun, sepanjang pengalaman beliau merawat ramai pesakit, Shamsuri berkata, tidak ramai yang terkena sihir nasi kangkang berikutan amalan itu hanya dipelajari daripada keturunan dan mempunyai jampi atau mantera khusus.

Shamsuri berkata, ada antara pengamal nasi kangkang sudah insaf seperti yang berlaku pada seorang warga emas di Johor yang bertaubat pada usia 63 tahun selepas dia diuji dengan kematian suami dan enam anaknya silih berganti.

“Kes ini terjadi pada 2005, nenek ini mula menjadi bomoh nasi kangkang sejak berusia 32 tahun dan ketika itu, ramai wanita datang berjumpanya bagi mendapatkan nasi kangkang hingga yang paling dahsyat, ada isteri sanggup meletakkan darah haid ke dalam nasi.

“Suami nenek ini turut terkena sehingga menjadi bodoh dan disepak terajang olehnya, namun selepas diuji dengan kemiskinan dan kematian suami serta anak-anak, nenek ini berfikir selama tiga tahun untuk meninggalkan perbuatan syiriknya dan akhirnya dia bertaubat,” katanya.

Pada program rawatan perdana itu, kira-kira 150 pesakit dari seluruh Terengganu termasuk dari Kuantan, Pahang hadir untuk mendapatkan rawatan dan ramai antaranya mengalami masalah sakit misteri.

Pengerusi Surau As-Soliheen, Mohd Kamal Shafie berkata, program rawatan perdana itu adalah yang kedua diadakan dan dijadikan sebagai aktiviti surau setiap bulan.

Program seterusnya akan diadakan pada 2 November depan bermula jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang dan sehari sebelumnya iaitu pada Jumaat rawatan akan diadakan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Felda Kerteh 6 bermula jam 2.30 hingga 6.30 petang.

Mereka yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian 013-2898296 untuk maklumat lanjut.

Sumber

Restoran caj sarapan VVIP RM6,000

Restoran caj sarapan VVIP RM6,000


KOTA BHARU - Gara-gara mengenakan bayaran RM6,000 kepada kumpulan VVIP untuk sarapan pagi kelmarin, sebuah restoran di Pengkalan Chepa, di sini, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK).

Rombongan 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.


Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Ab Ghani Harun berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya menyerbu restoran yang terletak di Taman Uda Murni, pagi semalam.


“Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita dapati peniaga kedai terbabit menutup papan tanda harga yang sedia ada dengan pita pelekat.


“Kita mengesyaki peniaga berkenaan mempunyai niat untuk menipu dan mengenakan caj harga sesuka hati ke atas pelanggan.

"Atas kesalahan itu, kita kenakan kompaun ke atas pihak terbabit,” katanya kepada pemberita, selepas serbuan ke atas restoran terbabit.


Dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas lauk pauk dan makanan bernilai hampir RM6000.

Ab Ghani berkata, jika sabit kesalahan pengusaha itu boleh dikenakan tindakan di bawah Perintah 3 (1) Akta Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993 dengan penalti RM250,000 dan kompaun maksimum RM175,000.


“Ini bagi memberi pengajaran terhadap kesalahan yang mereka lakukan. Diharap peniaga-peniaga lain turut berwaspada. Jika dikesan melakukan penipuan mereka juga akan dikenakan kompaun.

“Saya menasihatkan semua peniaga di negeri ini supaya meletakkan tanda harga yang jelas untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan pelanggan, terutama mereka yang datang dari luar Kelantan,” katanya.


Sementara itu, bayaran makanan yang dicaj hingga mencecah RM6,000 oleh restoran itu menyebabkan ramai dalam kumpulan VVIP itu meluahkan rasa terkejut dan kesal dengan sikap peniaga berkenaan.

Seorang pelanggan yang enggan dikenali berkata, anggota-anggota rombongan VVIP terbabit berhenti makan pagi di restoran itu sebelum menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.


“Kami mula memesan makanan mengikut kehendak masing-masing dan makanan itu disediakan dalam beberapa hidangan di setiap meja makan.


“Antara yang dihidangkan ialah ayam goreng kampung dan gulai itik serati, di samping sayuran-sayuran dan beberapa lauk-pauk lagi,” katanya.

Menurutnya, selepas semua selesai makan dan salah seorang daripada mereka bangun untuk membuat pembayaran, peniaga terbabit mengatakan jumlah keseluruhan sarapan itu adalah RM6,000.


“Kami semua yang ada di situ terkejut. Ada yang menggeleng seperti tidak percaya dengan apa yang kami dengar daripada peniaga itu. Langsung tidak masuk akal.


“Walaupun terkedu, bayaran tetap dibuat selepas ada sedikit tawar menawar dengan peniaga itu.


"Kami tidak setuju dengan harga cekik darah itu, tetapi disebabkan kami terpaksa bergegas untuk menghadiri majlis rasmi tersebut, seorang daripada anggota kumpulan itu membayarnya," katanya.

- Sinar Harian