Thursday, 11 June 2015

'Azmin, do not be arrogant as PAS will decide your fate in Selangor' - Syed Ali

Azmin Ali's position as Selangor Menteri Besar in jeopardy should PAS sever ties with DAP, says Cheras Umno Division Chief, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee. -Filepic

KUALA LUMPUR: PKR deputy president, Azmin Ali is reminded not to be arrogant because his position as the Selangor Menteri Besar is in jeopardy if PAS insists of ending its cooperation with DAP, a political ally in the Pakatan Rakyat (PR) pact.

Cheras Umno Division Chief, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee said PAS now has the power to shape the Selangor state government administration if the party decides to severe its ties with DAP.

"Now the fate of Azmin is at the hands of PAS, whether he falls or vice versa. Therefore I remind him not to be arrogant," he said in a recent post on his blog http://umnobahagiancheras.blogspot.com.

Syed Ali said, if PAS joins UMNO, especially in Selangor, Azmin will no longer be the Menteri Besar of the state.

"This is not impossible, as it may happen any time, but in my opinion, PAS should leave PR," he said.

Syed Ali, however, clarified that it was up to PAS to determine Azmin’s fate, whether for him to remain as Menteri Besar or otherwise.

He added that there were also reports that efforts are being taken by PKR and DAP to persuade PAS not to sever ties with DAP in effort to save the future of PR.

“PR does not have a future and PAS must prove to the people that the party still has its dignity.

“I’ve said this before... for the sake of the new leadership, PAS should sever ties with DAP, which clearly opposes the proposed implementation of the hudud laws,” he said.

Azmin had today said that the future of the coalition is determined by PAS and DAP, especially in Selangor.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim, who is currently serving his jail time at the Sungai Buloh prison expressed concern if the PAS-DAP dispute continues, PR will be destroyed, especially in Selangor. 

- Sumber: Astro Awani 

Young adults use social media to quit smoking



Break It Off is a social media-based smoking cessation method. - Kladej/shutterstock.com

Social media's success rate for helping young adults quit smoking is twice that of traditional methods, according to a new study.

The study compared the results of social media-based campaign Break It Off against those of Smokers' Helpline, a phone hotline geared towards young adults.

Break It Off speaks to young adults by comparing the act of quitting smoking to breaking up with a girlfriend or boyfriend, whereas Smokers' Hotline is less thematic.

After three months of using the apps and web tools offered by Break It Off, 32 percent of smokers had quit, whereas only 14 percent of Smokers' Helpline users had stopped at that point.

"These findings suggest that the creators of public health campaigns need to evaluate how they use social media channels and social networks to improve health, especially with regards to younger demographics," says lead author Bruce Baskerville, a senior scientist at the Propel Centre for Population Health Impact at Waterloo.

The study took place in Canada, where the brunt of smokers are between 19 and 29 years old and unlikely to make use of traditional cessation services like Smokers' Helpline.

In addition to being the biggest demographic of smokers, they are also the biggest social media users in the country, according to the study.

Ninety-one percent use Facebook and one-third are active on sites like Twitter.

"Traditional cessation services can have limited reach and this reduced visibility lessens their impact in a digital era," says Baskerville. "Because they are such heavy users of social media, these platforms provide an alternative and successful way of reaching smokers who are less likely to relate to other cessation programs."

Break It Off is a creation of the Canadian Cancer Society and has been around since January 2012, and includes an interactive website in addition to social media and a free app.

The study was published in the journal Nicotine & Tobacco Research. 

- Sumber: AFP RELAXNEWS

Emas acara lompat tinggi: Nauraj ceriakan kem olahraga negara



NAURAJ Singh Randhawa semasa bersaing di dalam perlawanan akhir acara lompat tinggi. - Foto EPA

SINGAPURA: Nauraj Singh Randhawa menceriakan skuad olahraga negara di Sukan SEA ke-28 apabila meraih emas dalam acara lompat tinggi, sebentar tadi.

Lebih membanggakan, seorang lagi atlet negara, Muhamad Saipu Rahman turut memenangi pingat gangsa dengan pingat perak dimenangi atlet Vietnam, Dao Van Thuy.

Sekalipun catatan 2.13 meter yang dilakukan Nauraj sama seperti Van Thuy, jumlah cubaan yang dilakukannya menobatkannya selaku pemenang.

Nauraj memerlukan dua cubaan manakala Van Thuy, tiga dengan Muhamad Saipu melakukan catatan 2.11 meter.

- Sumber: BH Online 

Awie enggan lafaz cerai demi hak anak

AWIE membuat persembahan pada pratonton konsert Wings Takkan Melayu Hilang Di Dunia di Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto Shiraz Ali

KUALA LUMPUR : Penyanyi rock popular, Awie menegaskan beliau tidak akan menceraikan Rozana Misbun, selagi wanita itu tidak memulangkan harta dan duit yang dicuri daripada anaknya. 

"Saya boleh menceraikan beliau hari ini juga, namun saya tidak akan berbuat demikian selagi Rozana tidak memulangkan harta benda yang diambil milik anak-anak.

"Berhentilah mengaburi mata masyarakat dengan pelbagai tipu helah. Siapa yang dia cuba tipu sebenarnya?

"Saya tidak akan mengenal erti penat turun naik mahkamah demi memperjuangkan hak anak-anak saya," tegas Awie kepada BH Online.

Kemelut rumah tangga Awie atau pemilik nama sebenar, Ahmad Azhar Othman dan Rozana tercetus sejak tahun lalu. Keadaan bertambah sulit apabila Rozana dikatakan 'merompak' dua anak mereka di sekolah.

Kini, hanya Putra Ahmad Merah, 8, masih berada di bawah jagaan Awie dan beliau mengambil pelbagai langkah keselamatan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

"Saya menyediakan pengawal untuk menjaga Merah ketika beliau di sekolah dan sebagainya. Saya tak mahu kejadian sama berulang lagi.

"Dua orang anak saya iaitu Putra Ahmad Rezzki, 7 dan Putri Qaseh Antashah, 5, kini di bawah penjagaan Rozana, namun saya difahamkan mereka tidak bersekolah buat masa ini," ujar Awie.

Selain itu, Awie turut mendedahkan penemuan barang khurafat terbaharu beberapa hari lalu di dalam bantal tidur miliknya.

"Patutlah saya sering kali sakit jika berada di rumah. Rupanya masih ada lagi barang khurafat yang bersisa di rumah itu.

"Saya memang tidak akan memaafkan beliau kerana menggunakan perkara syirik terhadap saya dan membuatkan tempiasnya terkena orang lain," kata Awie mengakhiri wawancara.

- Sumber: BH Online | 11 Jun 2015

Erma Fatima fail permohonan cerai



Erma Fatima

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah tersohor, Erma Fatima memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Badaruddin Azme (Bade) di Mahkamah Rendah Syariah, selepas 24 tahun mendirikan rumah tangga. 

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 47, selaku plaintif memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 47 Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, sebentar tadi.

- Sumber: BH Online | Khamis, 11 Jun 2015 @ 3:05 PM 

Gambar artis hanya berseluar dalam tersebar


KUALA LUMPUR : Kecoh seketika apabila tersebarnya gambar separuh bogel aktres popular di laman sosial malam tadi.

Gambar yang hanya berseluar dalam itu jelas menampakkan wajah pelakon wanita terbabit menyebabkan akaun Instagram miliknya diserbu peminat yang mahukan kesahihan berhubung perkara itu.

Pelakon berusia 20-an itu bagaimanapun mengambil pendekatan berdiam diri sehingga kini dan tida menjawab sebarang pertanyaan.

Gambar itu didakwa disebarkan oleh rakan pelakon itu sendiri yang dikatakan mahu menganiaya beliau.

Terdahulu, pelakon wanita itu sering terpalit dengan pelbagai kontroversi, rentetan kisah cintanya yang mendapat perhatian semua pihak.

Susuk tubuhnya yang semakin susut juga menimbulkan tanda tanya dan beliau turut mengejutkan ramai kerana tampil berpakaian seksi ketika menghadiri sebuah majlis, baru-baru ini.

- Sumber: BH Online | 11 Jun 2015

Peniaga rebut tapak bazar Ramadan

Orang ramai cuba meleraikan pergelutan antara Mohd Fazall Ahi (bawah, kiri) dan Dzullirusdi (bawah, tengah).

Pergaduhan bagaimanapun berjaya diredakan dengan bantuan orang ramai.

Razali (kiri) tetap tenang ketika diasak, manakala Mohd Yusof (kanan) cuba mengawal keadaan agar pergaduhan tidak tercetus.

SEREMBAN - Bantahan secara aman dirancang Persatuan Penjaja Uptown Dataran Senawang (PUDS) di depan pejabat Majlis Perbandaran Seremban (MPS), di sini, semalam, berhubung pengurusan bazar Ramadan tidak kesampaian apabila berakhir dengan kekecohan.

Insiden tidak diduga itu berlaku sekitar jam 2.15 petang di pekarangan Dewan MPS, di sini, tatkala penganjur dan peserta piket sedang berteduh ekoran hujan lebat yang menyebabkan aktiviti tersebut terpaksa ditangguhkan seketika.

Sementara menantikan hujan reda, pihak media mengambil keputusan untuk menemu bual Pengerusinya, Mejar (B) Razali Zakaria bagi mengetahui lebih lanjut bantahan yang dirancang.

Namun tidak sampai 10 minit temu bual dijalankan, muncul sekumpulan individu entah dari mana lantas meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap tindakan Razali dan peserta terlibat.

Bagaimanapun, Razali dilihat tetap tenang dan kekal di tempat duduknya walaupun menerima asakan bertubi-tubi secara lisan dari beberapa arah, sambil cuba dipertahankan Dzullirusdi Razali, 25, yang tidak senang melihat bapanya diperlakukan sedemikian rupa.

Ketika pertikaman lidah semakin rancak, tiba-tiba sahaja berlaku pergelutan antara Dzullirusdi dengan Mohd Fazall Ahi Mohd Yusof, 36, sehingga terpaksa dileraikan oleh semua yang ada di situ.

Bagi mengelakkan keadaan menjadi bertambah buruk, Razali mengambil keputusan untuk beredar kerana mahu membuat laporan di Balai Polis Rahang, di sini. 

Selepas keadaan kembali tenang, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Perpaduan Ummah Malaysia (Prima Malaysia), Paduka Ayahanda Mohd Yusof Mohammad Din, 73, tampil memberi penjelasan.

“Sejak 1.30 petang lagi, kami dah ada di sekitar kawasan ni. Masa tu, kami nak dengar dulu apa yang bakal dikatakan Razali pada media.

“Bila dah tahu biji butirnya yang jelas tipu belaka, kami pun serbu dia,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam. 

Menurutnya, Razali tidak sepatutnya berbuat sebegitu memandangkan MPS sudah membuka peluang kepada semua untuk berniaga di Senawang pada Ramadan kali ini dengan adil dan saksama.

“Masalahnya sekarang, dia sendiri yang tak mahu ikut serta pengundian di dewan ni pada 8 Jun lepas untuk mendapatkan lot atau tempat bagi peniaga-peniaga bawah kendaliannya.

“Tak dinafikan, Razali memang ada datang masa tu. Tapi dia balik sekitar jam 2.45 petang, sebelum pengundian lot dijalankan,” katanya yang turut disahkan Pengerusi Persatuan Peniaga Bersatu Negeri Sembilan, Nor Hafiz Mohamed Razali, 34, dan Setiausahanya, Zaimiliah Misran, 40.

Pada masa sama, Mohd Fazall Ahi pula menafikan dirinya yang mencetuskan pergaduhan dengan anak Razali.

“Dia yang tolak dulu di bahagian dada. Terpaksalah saya pertahankan diri. Mujur tak cedera, cuma melecet sikit dan baju terkoyak bahagian belakang,” katanya yang akan turut membuat laporan polis bersama bapanya, Mohd Yusof.

Tak tahu diajak berpiket

Dalam pada itu, ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno Bahagian Seremban, Mohd Yusmasdi Mohd Yusof, 38, mempunyai sebab tersendiri untuk tidak berpuas hati dengan Razali.

“Razali merupakan AJK Umno bahagian Rembau. Secara tak langsung, perbuatan dia membuat piket akan mencemarkan reputasi parti dan menjatuhkan air muka Menteri Besar.

“Kalau macam ni, bukannya membela peniaga. Sebaliknya menyusahkan peniaga yang dia kelolakan. Nampak sangat dah lari dari tujuan asal Umno yang sepatutnya menolong orang Melayu,” katanya.

Siti Mariam Matzihi, 27, yang bernaung bawah PUDS sejak dua tahun lalu pula rasa tertipu dengan Razali. 

“Sedih sangat bila jadi macam ni. Sampai semalam, saya diberikan harapan palsu rupanya. Bila tanya semalam (kelmarin), dia kata tapak niaga dah confirm dapat. Tiba-tiba, hari ni ajak buat bantahan pula.

“Apa akan jadi pada kami semua. Stok jualan untuk puasa pun dah ambil. Bila jadi macam ni, di mana kami nak meniaga. Lepas ni tak kisahlah dengan siapa pun kami bernaung (penganjur), asalkan dapat berniaga di situ nanti,” katanya.

Untuk rekod, sebanyak 360 lot niaga disediakan untuk Ramadan kali ini oleh MPS di Senawang, yang dibahagi kepada Tapak A hingga I.

Seramai sembilan penganjur terpilih dari pelbagai persatuan dipanggil untuk mencabut undi bagi menetapkan kedudukan gerai atau booth bakal diterima.

Setiap penganjur diperuntukkan 40 tapak yang seterusnya akan diagihkan kepada peniaga yang mendaftar sebagai ahli mereka.

 - Sumber: Sinar Harian 

Mayat remaja lemas berjaya ditemui

Anggota Bomba dan Penyelamat melakukan rondaan di sekitar tempat kejadian bagi mencari tiga mangsa dikhuatiri lemas di Kampung Paya Panjang, dekat Bera, hari ini.

BERA - Mayat seorang daripada remaja yang dikhuatiri lemas ketika mandi bersama dua lagi rakannya di sungai Kampung Paya Panjang, Mengkarak di sini petang semalam, berjaya ditemui pada pukul 3.15 petang ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bera Asisten Supritendan, Sharanjeit Singh berkata mayat Amirul Azizi Mahzan, 19, pelajar Kolej Risda Alor Gajah, ditemui kira-kira 300 meter dari lokasi dia dilapor hilang. 

"Mayat mangsa ditemui pasukan penyelamat dengan lengkap berpakaian dan‎ berseluar pendek," katanya kepada Bernama hari ini. 

Beliau berkata, mayat remaja itu yang berasal dari Taman Kerayong Indah di sini kemudian dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk bedah siasat. 

Pasukan penyelamat terdiri daripada anggota polis, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dibantu orang kampung masih mencari dua lagi mangsa yang hilang iaitu Mohamad Nor Ariff Saidi, 19, dan Zulpahdi Mohd Ali, 18.

"Kawasan pencarian juga diperluaskan dan akan diteruskan hingga malam ini serta keesokan hari sehingga kedua-dua mangsa ditemui," katanya. 

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 5.30 petang semalam, tiga bersahabat itu hilang selepas mandi bersama bersama dua lagi rakan mereka.

Dua daripada mereka berjaya diselamatkan oleh orang kampung setelah dimaklumkan tentang kejadian itu oleh seorang lagi rakan mereka yang turut berada di tempat kejadian. 

- Sumber: Bernama

Pendaki bogel akui tindakannya 'tidak bijak'

Foto lima lelaki berbogel di puncak Gunung Kinabalu yang tersebar di laman sosial

SEORANG wanita warganegara Britain yang ditahan kerana didakwa berbogel di puncak Gunung Kinabalu mengaku tindakannya tersebut 'tidak bijak' dan biadap.

Wanita tersebut yang berasal dari Derby adalah salah seorang dari 10 orang pendaki yang didakwa berbogel sebelum mengambil gambar pada 30 Mei lepas.

Menurut ayahnya, anak perempuannya itu 'sangat kesal terhadap penghinaan yang ditimbulkannya'.

"Kami tidak mahu pendakwaan ditambah terhadapnya," katanya dalam datu temuramah oleh Guardian.

"Saya memberi harapan terhadap sistem kehakiman Malaysia," katanya lagi.

Wanita berkenaan ditahan di Lapangan Terbang Tawau ketika hendak berlepas ke Kuala Lumpur Selasa lepas.

Dua lagi adik-beradik warganegara Kanada dan seorang warga Belanda menyerah diri Balai Polis Karamunsing pada hari sama.

Peguam, Ronny Cham memberitahu BBC supaya keempat-empat tahanan tersebut diasingkan daripada tahanan lain untuk menjamin keselamatan mereka.

Keempat-empat mereka direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

- Sumber: Sinar Harian 

Memang saya punca krisis 1MDB, kata Tun M

Dr Mahathir

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tuduhan Perdana Menteri yang mendakwa beliau penyebab berlakunya krisis pada hari ini sebagai satu cubaan Datuk Seri Najib Tun Razak agar semua pihak menerima episod kehilangan wang berbilion ringgit serta menganggap sebarang salah laku tidak dilakukan.

Menurutnya, kehilangan wang disebabkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu tidak boleh dibiarkan sebaliknya, pihak yang bertanggungjawab perlu diadili.

“Perdana Menteri kata Dr M (sayalah) di sebalik krisis ini. Saya akan akui bahawa saya di sebalik ‘krisis’ ini. Saya di sebaliknya kerana wujud ketakutan dalam negara ini.

“Dengan menuduh saya bertanggungjawab terhadap krisis ini, Najib cuba mahu kita menerima kehilangan wang berbilion Ringgi dan berlagak seperti tiada salah laku dilakukan. Dari kepentingan dan kebimbangan yang ditunjukkan orang ramai atas kerugian dialami 1MDB, perkara ini tidak boleh diabaikan. Orang yang bertanggungjawab mesti disiasat dan jika didapati bersalah, mereka mesti dihukum.

“Krisis mungkin akibatnya tapi adakah kita wajar membiarkan pencuri mencuri berbilion ringgit hanya kerana mahu mengelakkan krisis?,” katanya melalui catatan terbaharu di blognya, hari ini.

Sebelum ini, Najib berkata Dr Mahathir telah mendakwa beliau menimbulkan ‘masalah lebih besar’ terhadap negara sedangkan sebahagian besarnya berpunca daripada perbuatan bekas perdana menteri itu sendiri termasuk serangan dan laungan pembohongan.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, banyak pihak mengetahui kehilangan wang berbilion ringgit yang itu disebabkan 1MDB namun mereka takut tindakan yang bakal menanti daripada pihak kerajaan.

“Mereka tahu kerana melihat bukti kehilangan itu tapi mereka takut akan tindakan yang bakal dikenakan oleh kerajaan terhadap mereka. Mereka mungkin hilang kerja, kontrak atau pangkat dan sebagainya.

“Jadi, mereka datang jumpa saya dan minta saya buat sesuatu. Untuk sekian lama saya senyap sebab saya tahu jika saya dedahkan salah laku 1MDB, ia akan menyebabkan perdana menteri disoal siasat. Saya cuba buat senyap-senyap tapi tak ada kesan. Saya beritahu perdana menteri, saya tidak lagi menyokong dia. Tiada kesan.

“Jadi, saya kena dedahkan secara publik. Najib telah musnahkan Umno dan BN. Saya tahu dia akan kalah dalam pilihan raya akan datang dan seluruh negara akan huru hara tiada parti yang mempunyai majoriti untuk mentadbir negara. Jadi, saya putuskan untuk dedahkan salah laku 1MDB di mana perdana menteri adalah ketuanya,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir akui krisis ini boleh diselesaikan sekiranya Najib meletakkan jawatan dan membenarkan siasatan penuh dijalankan terhadap wang RM42 bilion yang dipinjam 1MDB.

“Adakah krisis itu ada? Ia ada. Ia disebabkan perdana menteri mencipta 1MDB meminjam jumlah wang yang besar dan kehilangan berbilion ringgit. Krisis ini boleh ditamatkan segera jika perdana menteri meletakkan jawatan dan benarkan siasatan penuh. Selagi perdana menteri di situ, tiada siasatan yang sempurna dapat dijalankan.

“Kita lihat sendiri, bukan sahaja laporan polis terhadap 1MDB dan Jho Low tidak disiasat, bahkan tukang buat laporan juga disahkan bankrap, rumahnya disita dan dijual. Malah dia sendiri disiasat atas penggubahan wang haram dan membiayai pengganas. Mahkamah telah putuskan dia tidak bankrap.

“Jika tiada jenayah dikesan dan semua wang dipulangkan, Najib boleh kembali sebagai perdana menteri dan memimpin BN dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Semalam, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengumumkan bakal memanggil Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO Datuk Shahrol Halmi pada awal Ogos bagi memberi keterangan berhubung isu 1MDB setelah gagal hadir untuk memberi keterangan bulan lalu.

- Sumber: Sinar Harian 

Watson Nyambek lodges police report over SEA Games article



A file photo of Watson. The 39-year-old says he had never written or authorised anyone to write on his behalf for the purpose of publication. - AFP Photo/files

MIRI: Ex-national sprinter Watson Nyambek has denied writing an article about the SEA Games 2019 that was published by the Brunei Times on Monday.

Watson, 39, who holds the 100-metres national record which still stands today, said he had never written or authorised anyone to write on his behalf for the purpose of publication.

"I regret that this thing had happened and will not allow it to happen again in future," he told Bernama here today.

He lodged a report last night at Miri police station to clear his name after being told about the article by his wife.

"The article was clearly trying to tarnish my name and reputation as State Sports Council coach," he said.

He hoped police would take action against the individual who had used his name without permission.

Based on the police report lodged by Watson, the article purportedly written by him was posted on the website of Brunei Times on June 8 in the 'Letters to the Editor' section.

The writer claiming to be Watson Nyambek had written the article in reference to a front page story entitled, 'Brunei will not host SEA GAmes 2019', which appeared in the same publication on June 5.

The Brunei Darussalam National Olympic Council was quoted by the paper as saying that lack of sports facilities and accommodation and inadequate preparation for athletes were the reasons for Brunei's reluctance.

The writer supported the move claiming, the money spent on organising the games could be better utilised elsewhere and that the standard of Brunei athletes was not on par with those of other countries in the region.

- Source: Bernama

Polis terima laporan runtuhan batu di kaki Gunung Kinabalu

Batu dan tanah dilapor menggelongsor kira-kira pukul 1 tengah hari samalam di sebelah timur Kota Belud

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai runtuhan batu dari kaki Gunung Kinabalu di Kampung Kiau Nuluh, Kota Belud.

Beliau berkata batu dan tanah dilapor menggelongsor kira-kira pukul 1 tengah hari samalam di sebelah timur Kota Belud yang turut menjejaskan beberapa buah rumah penduduk kampung.

"Kita akan pantau keadaan, sekiranya membahayakan, kita akan nasihatkan penduduk supaya berpindah," katanya.

Penduduk dilapor dikejutkan dengan dentuman kuat seperti guruh yang tidak henti-henti selama hampir sejam dari arah lereng Gunung Kinabalu yang menyebabkan mereka meninggalkan rumah masing-masing.

Sementara itu Jalaluddin berkata seramai 217 penghuni di kediaman kediaman polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau yang terjejas dengan gempa bumi pada Jumaat lalu kini ditempatkan di kawasan selamat.

Katanya pihaknya turut meminta Jabatan Kerja Raya supaya menjalankan pemeriksaan di IPD Ranau, Kota Belud, Tuaran dan Tamparuli bagi memastikan tahap keselamatan kawasan dan bangunan berkenaan. 

- Sumber: Bernama 

Penduduk Malaysia tidak perlu risau letusan gunung berapi Sinabung



METMALAYSIA: Penduduk Malaysia tidak perlu risau kerana letusan gunung berapi Sinabung tidak akan sampai ke Malaysia berdasarkan arah tiupan angin paras rendah yang lemah dan berbagai hala. - Foto AFP

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia tidak perlu risau tentang keselamatan mereka berikutan letusan kuat gunung berapi Sinabung di barat Indonesia semalam.

Pegawai Meteorologi Bahagian Khidmat Korporat dan Komersil Jabatan Meteorologi Malaysia, Ambun Dindang berkata, letusan gunung tersebut tidak akan sampai ke negara ini berdasarkan arah tiupan angin paras yang lemah dan berbagai hala.

Menurut Ambun, letusan gunung berapi tersebut juga tidak memberikan kesan terhadap penerbangan di Malaysia buat ketika ini.

"Kedudukan gunung berapi itu jauh, dan tiupan angin di paras tinggi iaitu paras penerbangan dari gunung itu juga tidak menuju ke ruangan udara Malaysia untuk tempoh beberapa hari akan datang.

"Bagi perjalanan yang melalui kawasan letusan tersebut, pihak syarikat penerbangan akan mengambil maklum perkara ini melalui pejabat meteorologi Kuala Lumpur International Airport (KLIA) untuk mereka merancang laluan penerbangan masing-masing," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini.

Pihak MetMalaysia terutamanya di KLIA akan memantau kesan letusan setiap masa untuk pergerakan debu dan kesannya untuk penerbangan.

Sebelum ini, agensi AP melaporkan, satu letusan kuat telah berlaku dan berpunca dari gunung berapi di kawasan berkenaan dan mengeluarkan kepulan asap yang mengandungi kandungan gas yang tinggi.

Berikutan kejadian itu, abu-abu panas jatuh ke cerun gunung sehingga 2.5 kilometer dari kawah. Pihak berkuasa di kawasan tersebut juga telah menggesa penduduk tempatan untuk berpindah dari petempatan mereka.

"Peningkatan saiz kubah lava yang semakin meningkat menunjukkan gunung berapi itu berada dalam keadaan yang sangat tidak stabil," kata ahli geologi Indonesia, Surono.

Menurut laporan agensi itu juga, setakat semalam tiada kecederaan dilaporkan. 

- Sumber: Astro Awani 

Ibu mengandung sedut bisa ular di kaki anak

Jaclyn Caramazza dan anaknya, Vinny. (Gambar bulat) Keadaan kaki Vinny selepas dipatuk ular.

CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang ibu yang mengandung sembilan bulan tidak teragak-agak mengambil risiko dengan menyedut keluar bisa selepas kaki anaknya dipatuk ular, awal bulan ini.

Menurut laporan Fox News, Jaclyn Caramazza dan anaknya Vinny, 4 tahun sedang berjalan di sebuah laluan basikal dalam sebuah hutan apabila anaknya terpijak ular jenis orok-orok (rattle snake).

Caramazza jumpa dua luka dan kaki anaknya bertukar ungu dan mula mengembang.

Caramazza dan Vinny bagaimanapun tidak terdedah kepada sebarang ancaman bisa ular, dan kanak-kanak tersebut dijangka sembuh seperti sediakala.

Pegawai kesihatan bagaimanapun tidak menggalakkan tindakan menghisap bisa ular.

Menurut pegawai kesihatan, patukan ular perlu dibasuh dengan air dan sabun dan perlu diberikan rawatan segera.

- Sumber: Sinar Harian 

Steve McClaren appointed Newcastle manager


Newcastle United have appointed former England coach Steve McClaren as the club's new manager.

McClaren was manager of Newcastle's north east rivals Middlesbrough from 2001-06 before taking over as England manager in a doomed two-year spell between 2006-2008.

He was sacked as England coach after failing to lead the national side to Euro 2008, but has since enjoyed success at Twente in the Netherlands where he won the Dutch title in 2009. He has also worked as a manager at Wolfsburg, Nottingham Forest and Derby County, where he spent two years in charge and lost the Championship play-off final to QPR in 2014. 

Newcastle owner Mike Ashley - who has relinquished his position on the board - has said the new manager will be furnished with funds as the well-travelled coach McClaren begins a major rebuilding job at a club that narrowly avoided relegation from the Premier League after a dreadful second half of the season.

John Carver succeeded Alan Pardew after he was appointed Crystal Palace manager in January, but the team won only three games under out of 20 and required a 2-0 win over West Ham United on the final day of the season to avoid the drop. Carver was officially dismissed on Tuesday to make way for McClaren. 

"I am privileged to be appointed head coach of Newcastle United," said McClaren on the club's official website. 

"This is a big club with a wonderful heritage.

"St. James' Park is like a cathedral on a Saturday afternoon, a symbol for the city and I am excited to be given this opportunity.

"I know how important Newcastle United is to the city and the region.

"The supporters are some of the most loyal, passionate and devoted in the world. Despite everything they maintain their faith. We owe it to them to do everything we can to reward them with success.

"There's a lot of work to do, but the Club has made it clear about wanting success and I would not have come here if I didn't believe they were serious.

"This club has waited far too long to win a trophy. That's one of my primary objectives here.

"I've already won trophies as a manager, and a club the size of Newcastle United should be winning cups and finishing in the top eight in the Premier League.

"I'm determined to give the supporters of Newcastle United a team they can be proud of. The hard work starts now."

McClaren will join the club's board of directors, and will be asked to lead them to a top-eight finish in the standings. Newcastle United managing director Lee Charnley feels that his clubs have landed the right man in McClaren.

"From my first meeting with Steve I knew he was the perfect fit for Newcastle United," he said.

"I am delighted that we have secured the services of one of the best coaches in English football.

- Source: Eurosport 

Can Mercedes revolutionise parking?

Daimler and Bosch automate parking: Mercedes with built in valet. - Photo: Daimler AG

Mercedes-Benz parent company Daimler is set to begin working in partnership with Bosch on the development of a new smartphone app-controlled system that would enable a car to drop off its driver and passengers then autonomously locate and maneuver into an available parking bay.

The system, which will require cameras and sensors to be installed in car parks, will initially be integrated into car2go's vehicle fleet. Car2go is Daimler's car-sharing service and one that relies heavily on smartphone apps and connectivity as a means of allowing customers to book and pay for car use -- making it the perfect test environment.

"Our customers are always the center of attention and all of our actions are oriented towards them. In future the car will even go to them," explains Prof. Dr. Thomas Weber, Member of the Board Daimler AG, responsible for Group Research & Mercedes-Benz Cars Development. "In collaboration with our partner Bosch and our mobility service car2go we are developing and testing an infrastructure-based solution for a fully automated valet parking service. For us another step on our way to autonomous driving -- or as in this case: towards autonomous parking."

Existing park assist, intelligent cruise control and autonomous breaking technologies available on a host of premium sedans, the Mercedes-Benz S Class included, are sufficient when working in unison for a car to be able to maneuver itself into a garage, a road-side space or into a parking bay on an outdoor car park without an accident.

However, identifying an empty space within an indoor, multi-storey car park, navigating to it and driving into it isn't possible unless the parking structure itself is as connected as the cars within it. This is where Bosch comes in. When the partnership is officially ratified on July 8, the company will be charged with developing the intelligent infrastructure components -- parking bay sensors, cameras, etc -- needed so that cars can see the layout of a car park as clearly as a human driver.

"Fully automated parking will be ready for mass-production before fully automated driving," said Dr. Dirk Hoheisel, the responsible Board Member of Bosch. "Low driving speeds and the information from the car park infrastructure enable a fast implementation."

When the project is completed, a car2go customer will be able to summon a vehicle to the collection point and then send it away again when it's no longer needed.

BMW and Audi have both demonstrated similar technologies that require an infrastructure component in recent months and Swedish carmaker Volvo has also showcased its own version of the system that would work on outdoor, pre-mapped carparks without need for additional sensors.

However, what makes the Daimler/Bosch system stand out is that the companies are planning to bring it to market "in the near future."

- Source: AFP RELAXNEWS

1MDB: 'Arul Kanda atau Tun M yang menipu?'

KHAIRUDDIN: 1MDB: 'Arul Kanda atau Tun M yang menipu?'- Gambar fail

KUALA LUMPUR: Presiden dan juga Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy diharap dapat meluangkan masa untuk berbahas secara terbuka mengenai isu-isu semasa syarikat pelaburan strategik negara itu.

Bekas‎ Naib Pemuda UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, bahas itu akan dihadiri dirinya sendiri serta beberapa tokoh pemimpin termasuk daripada pihak pembangkang.

"Jemput bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said sekali di dalam bahas itu.

"Apakah Arul Kanda akan bersetuju? Kita biar rakyat untuk saksikan debat ini secara terbuka dan buat penilaian siapa yang menipu pada hakikatnya," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

“Apakah Arul Kanda akan bersetuju? Kita biar rakyat untuk saksikan debat ini secara terbuka dan buat penilaian siapa yang menipu pada hakikatnya 
- Khairuddin
Arul Kanda pada Rabu dilaporkan menjawab tuduhan yang dilemparkan Dr Mahathir yang mendakwanya berbohong berhubung wang RM42 bilion yang telah dibelanjakan.

Kata Arul Kanda, hanya pihak berkuasa iaitu Ketua Audit Negara, Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jawatankuasa Wang Kira-kira (PAC) boleh menentukan sama ada dia berbohong atau sebaliknya.

Tegas Khairuddin, apakah selama ini Arul Kanda mahu menafikan dia tidak pernah berbohong terhadap pelbagai isu berkenaan 1MDB yang sudah terang diketahui rakyat.

Khairuddin mahu Arul berdebat secara terbuka dengannya, Dr Mahathir dan Ahmad selain beberapa pemimpin pembangkang mengenai isu 1MDB- Sumber gambar Khairuddin

"Bila dipanggil oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Arul Kanda kata tidak dapat hadir kerana ke luar negara atas urusan perniagaan tetapi akhirnya dia didapati bersama Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

"Dahulu ketika hendak membayar hutang Maybank dan RHB Capital, Arul Kanda kata mereka tidak pinjam dari seorang raja telekomunikasi tetapi akhirnya mengaku Ananda membantunya melangsaikan hutang 1MDB.

"Selain itu, Arul Kanda kata sebahagian dari wang pelaburan ditebus dari Kepulauan Cayman dibawa pulang dan disimpan dalam bentuk tunai berjumlah USD1.103 bilion di Bank BSI Singapura akhirnya Bank BSI membuat pengakuan tiada wang tunai 1MDB disimpan dalam akaun mereka malahan 1MDB pula memberi dokumen palsu," jelasnya.

Dalam pada itu Khairuddin turut mempersoalkan tempoh masa yang terlalu lama diberi kepada Arul Kanda dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Halmi untuk mengadap PAC.

"Kenapa PAC beri masa terlalu lama sehingga bulan Ogos untuk panggil mereka berdua?

"Mereka ini sepatutnya dipanggil secepat yang mungkin agar kenyataan yang berunsur penipuan dapat dihentikan segera. Memanggil mereka pada bulan ogos adalah terlalu lama," ujarnya.

Sebelum ini, Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed dilaporkan berkata, pihaknya juga akan memanggil dua lagi firma yang mengaudit 1MDB iaitu KPMG dan Ernst & Young pada sesi prosiding yang dijangka diadakan pada minggu depan.

- Sumber: Astro Awani 

1MDB: 'Saya mahu ambil tindakan undang-undang terhadap Weng Aik' - Reezal

REEZAL: 1MDB: 'Saya mahu ambil tindakan undang-undang terhadap Weng Aik'

KUALA LUMPUR: Pengerusi Amanah Raya Berhad (ARB), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menafikan dakwaan Ahli Parlimen DAP Tanjong, Ng Wei Aik yang menuduhnya memberikan pinjaman sebanyak RM2 bilion kepada syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) .

Tegasnya, ia merupakan serangan politik berniat jahat dan tuduhan liar tanpa sebarang bukti atau asas kukuh.

"Saya meneliti dengan penuh minat tuduhan terbaru Wei Aik terhadap diri saya dan institusi yang saya diamanahkan sebagai Pengerusi iaitu ARB.

"Saya suka untuk memperincikan tuduhan liar yang dibuat, ARB meluluskan pinjaman sejumlah RM2bilion kepada 1MDB dan pinjaman ini diberikan selepas perlantikan saya sebagai Pengerusi ARB serta pinjaman tersebut juga diikat dengan faedah tahunan empat peratus dan dikategorikan sebagai "IOU Bill".

"Wei Aik, seperti yang dilaporkan, gagal mengemukakan sebarang dokumen bagi menyokong tuduhan ini dan hanya menggunakan frasa 'sumber dalaman' sebagai sumber," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Reezal turut menafikan tidak ada sebarang pinjaman dengan amaun dan perjanjian yang dinyatakan berlaku di ARB seperti yang dituduh Wei Aik.

"Ianya sama sekali tidak pernah berlaku dan tidak pernah dibawa untuk mendapatkan kelulusan di bawah persetujuan keseluruhan Ahli Lembaga Pengarah yang saya pengerusikan selama ini.

"Tuduhan Wei Aik sesungguhnya berniat jahat dan secara jelas ingin merosakkan kredibiliti, menjatuhkan maruah dan integriti saya sebagai individu mahupun ARB sebagai organisasi," jelasnya.

Oleh itu katanya, dia akan segera mengarahkan tindakan undang-undang diambil di atas kebiadapan dan serangan jahat Wei Aik.

"Fitnah ini tidak mungkin saya biarkan berlalu begitu sahaja kerana ianya melibatkan tuduhan palsu dan jahat untuk mencemarkan imej ARB dan maruah saya secara peribadi," ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dalam satu kenyataan menafikan ia membuat pinjaman RM2 bilion daripada ARB.

"Dakwaan oleh anggota parlimen pembangkang bahawa 1MDB membuat pinjaman RM2 bilion daripada AmanahRaya Bhd adalah tidak benar.

"1MDB tidak mempunyai urusan kewangan, termasuk meminjam, dengan Amanah Raya Berhad," jelas Arul.

- Sumber: Astro Awani 

'Saya bertanggungjawab atas setiap tindakan saya' - Arul Kanda

Arul Kanda mengulangi komitmen 1MDB untuk melaksanakan pelan rasionalisasi yang dibentangkan kepada Kabinet. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy menegaskan bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya atas setiap tindakan.

“Saya akan terus menjalankan tugas saya dengan profesional, dan memberikan semua maklumat yang diperlukan untuk membantu pihak berkuasa mencari kebenaran di sebalik 1MDB,” ujarnya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Arul Kanda berkata sebagai seorang profesional, dia juga perlu menjawab kepada Lembaga 1MDB, pemegang saham dan Kementerian Kewangan serta pada masa yang sama kepada Ketua Audit Negara, Bank Negara Malaysia dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“Semua ini adalah pihak berkuasa undang-undang yang akan menentukan sama ada saya berbohong atau tidak seperti yang didakwa, memandangkan mereka ada semua maklumat,” katanya.

Merujuk kepada catatan di blog bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Arul Kanda menegaskan bahawa peranannya dalam 1MDB selama ini dan seterusnya akan terus bersifat profesional.

“Saya sebelum ini dilantik untuk melaksanakan penilaian strategik syarikat ini, dan sekarang saya mengetuai perancangan pelaksanaan dan rasionalisasi perniagaan, seperti yang dibawakan ke Kabinet pada 29 Mei 2015,” katanya.

Mengakui adanya kekeliruan berkenaan pelaburan mewah antarabangsa di Cayman, Arul Kanda berkata dia mengambil tanggungjawab penuh dalam masalah itu.

“Sebagai Presiden, salah faham ini merupakan tanggungjawab saya dan saya akan cuba memastikan adanya komunikasi yang lebih baik dengan pemegang saham,” katanya.

"Tambahan pula, seperti yang dijelaskan oleh MOF, langkah-langkah yang bersesuaian telah dilaksanakan untuk mengelakkan perkara ini berulang pada masa akan datang," katanya.

Beliau mengulangi komitmen 1MDB untuk melaksanakan pelan rasionalisasi yang dibentangkan kepada Kabinet.

"Pelan ini akan mengurangkan tahap hutang syarikat dan setakat ini berjalan lancar. Ia dibuktikan dengan pembayaran balik pinjaman berjumlah RM 3.6 bilion yang diumumkan pada hari Isnin, 8 Jun," katanya.

- Sumber: Astro Awani 

Bawa resume, datang temuduga Sabtu ini

Lebih 1,000 peluang pekerjaan ditawar dalam Karnival Kerja bakal dianjurkan, Sabtu ini

SERI KEMBANGAN - Lebih 1,000 peluang pekerjaan ditawar dalam Karnival Kerja anjuran Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat (Mayang) Parlimen Puchong bersama Kementerian Sumber Manusia di ruang legar, Pasaraya Giant Taman Equine, Sabtu ini.

Program turut mendapat kerjasama Persatuan Kebajikan Umum dan Masyarakat Penyayang Parlimen Puchong itu akan menampilkan wakil pihak pengurusan dan majikan daripada 20 syarikat gergasi di negeri ini.

Pengerusi Mayang Parlimen Puchong, Datuk Mohamad Satim Diman berkata, pemohon mestilah warganegara Malaysia, berusia 35 tahun ke bawah dan perlu membawa bersama resume, manakala temuduga akan dijalankan terus di tapak karnival.

“Saya difahamkan ada syarikat yang akan terus beri keputusan temuduga kepada pemohon sama ada berjaya atau sebaliknya, ia berdasarkan latar belakang, pengalaman dan apa juga kriteria ditetapkan pihak syarikat,” katanya.

Program turut mendapat kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Parlimen Puchong dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) itu akan bermula pada jam 9 pagi dan berakhir jam 5 petang.

Beliau berkata, penganggur perlu mengubah persepsi sebelum ini yang menyangka tiada lagi peluang pekerjaan ditawar kepada mereka.

Kementerian berusaha menurunkan kadar pengangguran di negara ini menerusi kerjasama dijalankan bersama NGO dan syarikat swasta.

“Kepada yang masih menganggur, rebut peluang yang ada...bukan mereka cari kerja tapi kerja yang cari mereka, mana tahu bertemu pekerjaan yang sesuai di karnival itu nanti,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

Erma Fatima enggan ulas dakwaan dirinya bercerai

PELAKON dan penerbit, Erma Fatima

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit, Erma Fatima enggan mengulas lanjut dakwaan beliau akan bercerai pagi ini.

Beliau yang ditemui di Istana Budaya enggan mengesahkan khabar angin yang mendakwa beliau akan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada jam 9 pagi.

"Kita lihat sama ada esok (hari ini), kalau ada, adalah. Kalau tiada, tiadalah," kata Erma sambil tersenyum.

Rumah tangga yang dibina selama 25 tahun dengan pengarah, Bade Azmi goyah selepas suaminya berkahwin lain dengan Aida Abdul pada Mei tahun lalu.

- Sumber: BH Online | 11 Jun 2015

Lelaki maut tersepit bawah lori

Motosikal mangsa dilanggar lori seberat 1 tan, sementara mayatnya tersepit di bawah lori berkenaan.

KUALA KUBU BHARU - Seorang lelaki maut dalam kemalangan selepas motosikalnya dirempuh sebuah lori di Antara Gapi, Hulu Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Supramaniam Ramasamy mengesahkan mangsa, Muhamad Naqiudin Norazmi, 24, maut di tempat kejadian.

“Kejadian berlaku pada jam 11 pagi selepas motosikal mangsa dari arah Serendah ke Antara Gapi mahu masuk ke simpang kanan jalan.

“Tiba-tiba, sebuah lori melanggar mangsa dari arah belakang menyebabkan mangsa tersepit di bawah lori,” katanya kepada Sinar Harian.

"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan. Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Kireetharan Perumal \berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.23 pagi dan tiba di kawasan kejadian jam 10.38 pagi.

Pihaknya mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa dari bawah lori satu tan itu.

Beliau berkata, tujuh anggota bomba dari Balai Bomba Kuala Kubu Bharu dihantar bagi mengendalikan kemalangan tersebut.

- Sumber: Sinar Harian 

Tiga remaja dikhuatiri lemas mandi sungai


BERA - Tiga remaja dikhuatiri lemas ketika mandi bersama dua lagi rakan di Sungai Kampung Paya Panjang, Mengkarak di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bera, Asisten Superintendan Sharanjeit Singh berkata, mereka dikenali sebagai Amirul Azizi Mahizan, 19, dari Taman Kerayong Indah, Mohamad Nor Ariff Saidi, 19, dari Bera dan Zulpahdi Mohd Ali, 18, dari Kampung Paya Panjang, Bera.

Beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang.

"Setelah kira-kira 30 minit mandi, mereka dilihat tenggelam timbul. Seorang lagi rakan mereka yang berada di atas tebing segera mendapatkan pertolongan penduduk kampung.

"Dua daripada mereka berjaya diselamatkan, manakala tiga lagi gagal diselamatkan berikutan air sungai yang terlalu deras," katanya.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang segera dilakukan, namun terpaksa dihentikan berikutan cuaca gelap dan hujan.

Ia disambung pagi ini. 

- Sumber: Bernama

Mungkinkah Amerika siasat 1MDB?

Bangunan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat yang terletak di Philadelphia.

MINGGU lalu badan Persekutuan Bola Sepak Dunia, FIFA, telah dituduh menutup sebelah mata ke atas jenayah pecah amanah dan salah laku kewangan di kalangan pegawai kanan dan tertinggi mereka selama lebih 20 tahun.

Tujuh pegawai kanan FIFA telah ditahan di Zurich, Switzerland atas tuduhan rasuah. Mereka bakal berhadapan dengan ekstradisi ke Amerika Syarikat (AS), negara yang membuka siasatan ke atas FIFA melalui cabang perundangannya, Jabatan Keadilan AS.

Walaupun berita ini membawa kegembiraan kepada ramai pihak, usaha pembersihan dan pembaikpulihan tadbir urus badan itu hanya dipandang sepi oleh pimpinannya. Usaha Jabatan Keadilan AS yang membuka tuduhan perundangan jenayah ke atas FIFA membawa kepada peletakan jawatan presidennya, Sepp Blatter.

Bagaimanapun, tindakan Jabatan Keadilan ini seharusnya menimbulkan tanda tanya lebih penting; kenapa tuduhan ke atas FIFA dibuat oleh sebuah negara yang bukanlah meraikan sukan bola sepak sebagai sukan utama negara mereka?

Apakah asas perundangan (locus standi) untuk Jabatan Keadilan menyenaraikan 47 jenis tuduhan dan juga permintaan ekstradisi ke atas pegawai kanan FIFA yang rata-rata bukan rakyat Amerika dan tidak terikat dengan mana-mana peruntukan undang-undang persekutuan AS?

Hal ini hanya berkemungkinan berlaku di bawah Bab 96 dalam peruntukan perundangan jenayah AS atau lebih dikenali sebagai Akta RICO.
Apa itu RICO?

RICO adalah singkatan daripada Akta Pengaruh Catut dan Pertubuhan yang Pecah Amanah di bawah peruntukan perundangan persekutuan AS yang memberi kuasa besar kepada badan perundangan AS untuk menyekat aktiviti-aktiviti jenayah kumpulan mafia dalam melakukan jenayah kewangan seperti pelaburan wang haram, rasuah, peras ugut, penipuan atas talian dan banyak lagi.

Sebelum RICO digubal, kerajaan AS berhadapan kesukaran untuk mendakwa kumpulan mafia secara keseluruhan kerana mereka licik dalam menyembunyikan jenayah.

Hal ini dapat dilakukan dengan menggunakan orang perseorangan yang tampak tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kumpulan mereka juga melalui syarikat perniagaan yang sah di sisi undang-undang yang bertindak sebagai ‘muka depan’ kepada aktiviti haram kongsi gelap dan mafia.

Ringkasnya RICO bertindak seperti pukat tunda untuk mendakwa individu yang bernaung di bawah badan yang menjalankan kegiatan jenayah samada mereka sendiri lakukan atau bersubahat yang berlaku di bawah perhatian badan yang tertuduh.

Untuk mengesahkan kegiatan jenayah yang tersusun telah dilakukan tertuduh, pihak pendakwa mesti membuktikan bahawa pihak defendan telah melakukan sekurang-kurangnya dua daripada 35 jenis jenayah yang termaktub dalam akta jenayah AS dan RICO dalam jangka masa 10 tahun antara kedua-duanya yang berlaku dalam naungan dan kegiatan organisasi tertuduh.

Bagaimana RICO dikenakan ke atas FIFA

Dengan tuduhan dan dakwaan ke atas FIFA melalui RICO, pihak pendakwa raya telah memutuskan bahawa FIFA adalah seperti badan mafia. Ini kerana dakwaan salah laku di kalangan ahli tertinggi FIFA sudah acap kali menjadi bahan mulut dan disiasat banyak pihak. 

Mungkin pihak pendakwa raya lihat hanya RICO sahajalah jenayah salah laku dan pecah amanah FIFA dapat dirangkumkan ke dalam satu bentuk tuduhan.

Secara zahir, tiada masalah jika RICO dikenakan ke atas defendan yang tinggal dan di bawah takluk perundangan AS tapi pertuduhan ke atas FIFA agak ganjil. Apakah RICO mempunyai hak dan kemampuan perundangan yang boleh dikenakan kepada mana-mana pihak di luar AS?

Ini kerana RICO digubal oleh Kongres AS dan bukannya sebahagian daripada undang-undang antarabangsa.

Dalam kes Morrison v. National Australia Bank (2010), Mahkamah Tinggi AS telah menidakkan kebolehan RICO untuk diguna pakai di luar AS. Akan tetapi mahkamah rayuan AS Sirkit Kedua (Second Circuit) dalam keputusan penghakiman kes European Community v RJR Nabisco, Inc. (2014) telah memutuskan sebaliknya iaitu RICO boleh digunakan di luar AS kalau mana akta dan perlakuan jenayah (predicate act) tertentu yang terangkum dalam cakupan RICO.

Contoh, jika warganegara AS di bunuh di luar negara, pendakwa raya boleh mengeluarkan tuduhan dan lakukan ekstradisi kepada defendan untuk dibicarakan dan dihukum di AS.

Maka mana-mana akta jenayah yang mempunyai cakupan luar batasan AS digunakan melalui RICO (seperti kes bunuh warga AS di luar negara), maka RICO juga boleh digunakan untuk mendakwa di luar batas sempadan AS.

Badan perundangan AS telah menyenaraikan 47 jenis tuduhan ke atas FIFA yang merangkumi cakupan akta jenayah seperti penipuan atas talian, pelaburan wang haram, rasuah yang berlaku di dalam negara AS atau mengguna laluan talian perbankan AS.

Inilah antara asas membolehkan AS menggunakan RICO sampai ke luar negara berasaskan undang-undang persekutuan AS.

Tatkala seluruh dunia bergembira dengan pertuduhan yang dikeluarkan badan perundangan AS ke atas FIFA, Presiden Rusia Vladimir Putin menyelar tindakan tersebut.

Media arus perdana cuba membingkaikan selaran Putin ini sebagai tanda tidak puas hati ke atas kejayaan Rusia yang disyaki mengamalkan rasuah untuk memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018.

Hakikatnya media gagal melihat mesej utama yang Putin ingin sampaikan iaitu keabsahan RICO untuk digunakan di luar sempadan AS yang boleh dijadikan asas kepada cengkaman undang-undang persekutuan AS di seluruh dunia yang sebenarnya AS tiada punya sebarang hak perundangan dan kedaulatan.

Pembocor maklumat

Tuduhan yang dibuat oleh Jabatan Keadilan tidak akan berhasil kalau tiada orang dalam yang membocor maklumat penting berkenaan jejak-jejak jenayah FIFA.

Individu yang disyaki bertanggungjawab bekerjasama dengan pihak penyiasat adalah Charles Blazer, mantan pegawai kanan FIFA dari AS yang beliau sendiri telah berhadapan dengan tuduhan rasuah dan gagal melunaskan cukai pada tahun 2014.

Blazer bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak pendakwa raya untuk memungkiri rakan-rakan sepenjawat di FIFA dan juga CONCACAF – badan pengelola sukan bola sepak di benua Amerika Utara dan Caribbean sebagai salah satu daripada usaha rayuan tawar-menawar (plea bargaining) untuk mendapatkan hukuman yang lebih ringan.

Apakah mungkin RICO dikenakan ke atas 1MDB?

Apakah keberangkalian dan risiko 1MDB untuk berhadapan dengan akta RICO kalau mana pihak pendakwa raya di AS dapat membuktikan bahawa terdapat unsur-unsur jenayah yang tersusun dalam kegiatan 1MDB?

Pertama, banyak transaksi 1MDB atas talian antara rakan kongsi dan bank adalah menggunakan matawang US Dollar melalui sistem bayaran antarabangsa SWIFT. Faktor ini saja sudah membolehkan pihak pendakwa raya daripada US untuk menyiasat dan mengeluarkan tuduhan melalui RICO kalau mana didapati ada jenayah saluran wang atas talian (wire fraud).

Kedua, pelaburan 1MDB yang pada asalnya berada di Kepulauan Cayman dan kini setelah dijelaskan oleh pihak pengurusan 1MDB untuk dibawa ke Bank BSI di Singapura juga terdedah kepada risiko RICO. Dalam pertuduhan RICO ke atas FIFA baru-baru ini, didedahkan dua bank daripada Kepulauan Cayman terlibat dengan penyaluran dan pemindahan wang rasuah para defendan FIFA.

Bank BSI di Singapura mempunyai kejutan lebih besar di mana syarikat induknya BSI SA di Lugano, Switzerland adalah bank pertama yang diluluskan di bawah ‘Program Swiss Bank’ anjuran Jabatan Keadilan AS – satu program untuk menyelesaikan liabiliti jenayah bank-bank Switzerland daripada bersubahat dengan penjenayah yang menggunakan sistem bank mereka.

Ini bermakna Jabatan Keadilan AS mempunyai laluan ke atas mana-mana pemilik akaun BSI, termasuklah 1MDB.

Ketiga, paling kontroversi dan tidak langsung adalah berkenaan individu bernama Jho Low yang sering kali dikaitkan dengan 1MDB. Dalam satu laporan khas akhbar tersohor The New York Times (NYT) tulisan Louise Story dan Stephanie Saul, Jho Low dilaporkan sebagai telah dikenal pasti membeli beberapa lukisan dengan harga yang amat tinggi sehingga dikatakan bernilai puluhan juta dolar dalam jualan lelongan berprestij anjuran Christie’s.

Bukan itu saja, Jho Low juga dikatakan telah membeli beberapa hartanah yang bernilai jutaan ringgit menggunakan syarikat proksi berliabiliti terhad (shell company) dalam satu pembelian yang samar (opaque).

Apa yang lebih disyaki ialah Jho Low juga merupakan rakan rapat kepada Riza Aziz, yang merupakan anak tiri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dan juga Menteri Kewangan yang bertanggungjawab dalam hal 1MDB.

Hubungan Jho Low dengan 1MDB walaupun acap kali dinafikan tidak dapat dibendung lagi bahawa ianya punya asas hubungan yang kukuh. Dalam laporan penuh keputusan mahkamah di Britain iaitu kes McKillen v Misland (Cyprus) Investments Ltd and others (2012), Hakim David Richards telah menjelaskan bahawa bidaan The Wynton Group – yang dikuasai oleh Jho Low – untuk membeli Kumpulan Claridge’s Hotel, telah mendapat surat sokongan penuh daripada 1MDB.

Ada banyak lagi contoh berkemungkinan besar boleh mengheret 1MDB ke dalam pertuduhan di bawah Akta RICO. Kalaupun RICO digunakan untuk pertuduhan ke atas 1MDB, ianya tidak akan berlaku secara terang-terangan sebaliknya memerlukan pembocoran maklumat daripada orang dalam seperti mana Charles Blazer lakukan kepada FIFA untuk menzahirkan keseluruhan salah laku FIFA.

Persoalannya kini, adakah 1MDB mempunyai sosok seperti Blazer yang bersedia berpaling tadah dengan 1MDB? Daripada bukti-bukti yang ada, keberangkalian itu sangat tinggi. Soalannya, siapakah individu itu?

-------------------------------------------------------------------------
- Sumber: Sinar Harian | Oleh: Wan Ahmad Fayhsal
- Penulis adalah Felo di Putra Business School

Tiada pencemaran plumbum dalam Mi segera popular keluaran tempatan

Semua produk Nestle Malaysia dihasilkan di bawah syarat pengeluaran yang menepati standard tempatan dan antarabangsa serta selamat untuk dimakan.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan pada Rabu mengesahkan jenama mi segera Maggi yang dijual dan dikilangkan di negara ini adalah selamat untuk dimakan dan tidak mengandungi unsur-unsur yang memudaratkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengeluarkan kenyataan itu berikutan isu pengharaman sementara penjualan mi segera jenama tersebut di India seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.

Pengharaman sementara tersebut dibuat oleh pihak berkuasa di India susulan penemuan kandungan logam berat plumbum melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang negara tersebut di dalam mi segera jenama berkenaan.

“Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa mi segera jenama Maggi yang dijual di negara ini dikeluarkan oleh kilang di dalam negara dan tidak diimport dari India.

“Kementerian Kesihatan juga telah menjalankan pengesahan ke atas program jaminan keselamatan makanan yang dilaksanakan oleh kilang mi segera berkenaan.

“Pihak kami mendapati bahawa pengurusan kilang tersebut telah mengambil segala langkah yang perlu untuk memastikan makanan yang dihasilkan adalah selamat,” ujarnya.

Tambah kenyataan itu, hasil pemantauan ke atas mi segera pelbagai jenama di pasaran tempatan termasuk yang diimport juga mendapati tiada sampel dikesan mengandungi plumbum melebihi paras yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Sementara itu, pengilang produk berkenaan Nestle Malaysia turut memberikan kenyataan rasmi dengan menegaskan bahawa pihaknya mengutamakan kualiti dan keselamatan produk keluarannya.

“Semua produk Nestle dihasilkan di bawah syarat pengeluaran yang menepati standard tempatan dan antarabangsa serta selamat untuk dimakan,” kata kenyataan itu yang menambah bahawa produk syarikat itu di negara ini adalah hasil keluaran tempatan.

Menurut kenyataan tersebut, setiap peringkat sumber bahan mentah dan proses pengeluaran Nestle perlu melalui pemeriksaan kualiti. Itu termasuk ujian komprehensif bagi memastikan ia menepati peraturan dan undang-undang keselamatan makanan sebelum ia sampai kepada konsumer.

“Nestle Malaysia melakukan pemantauan berkala sebagai amalan kawalan kualiti, termasuk menjalankan ujian makmal bagi mengesahkan semua produk mematuhi peraturan dan undang-undang berkaitan,” ujar kenyataan itu.

- Sumber: Astro Awani 

Jabatan Meteorologi nafi akan berlaku gempa bumi di KL, Bukit Tinggi

MetMalaysia nafi khabar angin bahawa Kuala Lumpur dan Bukit Tinggi, Pahang akan dilanda gempa bumi susulan kejadian gempa bumi di Sabah Jumaat lepas.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia semalam menafikan khabar angin bahawa Kuala Lumpur dan Bukit Tinggi, Pahang akan dilanda gempa bumi susulan kejadian gempa bumi di Sabah pada Jumaat lepas.

Jabatan itu dalam satu kenyataan di sini berkata pihaknya tidak menjangkakan sebarang gempa di kedua-dua kawasan itu dalam tempoh terdekat, kecuali berlaku gempa bermagnitud kuat di Sumatera, Indonesia.

Menurutnya susulan gempa bumi kuat berukuran 9.2 skala Richter di Sumatera Utara pada 26 Dis 2004 dan di Pulau Nias, Sumatera Barat bermagnitud 8.7 pada 28 Mac 2005, telah menyebabkan garis sesar di Bukit Tinggi menjadi aktif semula dan mengakibatkan beberapa siri gempa yang lemah dengan kekuatan antara 1.7 hingga 4.2 skala Richter dalam tempoh 2007 hingga 2009.

BACA: 

Untuk pengesahan maklumat, orang ramai boleh merujuk laman web Jabatan Meteorologi Malaysia http://met.gov.my, mobile web rasmi m.met.gov.my atau melalui laman Facebook dan Twitter.

Selain itu, boleh juga hubungi MetMalaysia hotline di talian 1300-22-1MET (1638).

- Sumber: Bernama | PublishedJun 10, 2015 | Updated: June 11, 2015

Grafik pergerakan Ringgit berbanding Dolar AS

Ringgit ditutup pada paras paling rendah dalam tempoh sembilan tahun berbanding dolar Amerika pada Rabu lalu.

Pada jam 5petang, ringgit berada pada 3.7660/7690 berbanding 3.7170/7200 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Ketua Penyelidikan Inter-Pacific Securities, Pong Teng Siew berkata, dolar AS meneruskan momentum meningkat sejak minggu lalu selepas mencatat data pekerjaan yang kukuh pada Jumaat.


- Sumber: Bernama 

Lelaki berusia 50 tahun ditahan bawa bayi beli nombor ekor

Kesalahan perjudian memperuntukkan hukuman denda RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

MELAKA: Seorang lelaki bergelar datuk kepada cucu yang masih bayi ditahan gara-gara membeli nombor ekor.

Suspek berusia 50 tahun tersebut ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas membeli nombor ekor di premis nombor ramalan di Jalan Tun Perak di sini semalam.

Operasi penangkapan tersebut berjaya menahan 12 lelaki berusia 28 hingga 62 tahun dan tiga daripadanya adalah warga Bangladesh.

Menurut Ketua Penguatkuasa JAIM Rahimin Bani, tindakan suspek disifatkan amat memalukan.

"Paling mendukacita apabila sorang lelaki sanggup membawa kanak-kanak berusia setahun lebih
dalam premis perjudian dan perkara tidak sepatutnya berlaku kita keluarkan saman 12 akan premis letak papan tanda amaran terlindung tidak nampak itu bukan alasan untuk orang Islam masuk premis judi,” kata Rahimin.

Katanya, mengikut Sekyen 81 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri, kesalahan perjudian memperuntukkan hukuman denda RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Operasi yang disertai 10 penguatkuasa JAIM berkenaan telah menyerbu 18 premis perjudian di Semabok, Malim, Jalan Munsyi Abdullah dan di Bukit Baru.

Sementara itu, Rahimin turut kesal apabila segelintir pengusaha gagal meletakkan tanda amaran dilarang berjudi kepada umat Islam di premis biarpun aktiviti berkenaan dilarang agama.

Malah, menurutnya terdapat premis tidak memaparkan lesen perniagaan.

Justeru, JAIM bercadang mengkaji semula undang-undang sedia ada bagi mempertingkatkan hukuman.

JAIM merekodkan sejumlah 92 kes sejak Januari sehingga hari ini dan 225 kes sepanjang tahun lalu serta 157 kes pada 2013. 

- Sumber: Astro Awani