Wednesday, 23 October 2013

Lelaki maut, 2 rakan cedera nahas di Temerloh

KUANTAN - Seorang lelaki maut manakala dua rakannya cedera apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Km10 Jalan Triang-Temerloh dekat Temerloh hari ini.

Pemangku Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang Asisten Superitendan Zainalabidin Othman berkata dalam nahas pada 7.10 pagi itu kenderaan yang dinaiki tiga lelaki berkenaan dalam perjalanan dari arah Triang menghala ke Temerloh.

"Lori yang datang dari arah bertentangan itu dipercayai hilang kawalan dan masuk laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Pajero itu.

"Akibat itu, mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan, Azli Ismail, 33, berasal dari Felda Sungai Retang, Jerantut mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pemandu dan seorang lagi penumpang Pajero yang berumur 30-an mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.

Pemandu lori berkenaan juga cedera ringan, katanya.


- BERNAMA

SHARNAAZ AHMAD PUNCA PASANGAN SELEBRITI PUTUS TUNANG?

sharnaaz ahmad punca pasangan selebriti putus tunang

Terkejut Murai Batu saat diberitahu rupanya aktor, Sharnaaz Ahmad adalah orang ketiga yang menjadi punca kepada keretakan pasangan selebiriti yang sudah pun bertunang pertengahan tahun ini.

Malah, cintanya itu disambut baik oleh pelakon wanita itu sejak mereka digandingkan bersama dalam satu drama bersiri. Wah kira mereka ni pasangan cinta lokasi lah?

Murai Batu dengar, pelakon wanita ini pun seolah-oleh seperti lupa yang dia sudah pun menjadi tunangan orang sehingga beberapa kali kantoi yang mereka ini sering berhubungan menerusi telefon.

Lebih panas lagi, Murai Batu dapat tahu tunang pelakon wanita itu yang juga seorang aktor terkenal akhirnya bersikap gentlemen apabila berhubung sendiri dengan Sharnaaz untuk bertanyakan kebenarannya.

Paling mengejutkan Murai Batu dapat tahu, Sharnaaz telah berani mengakui yang dia sebenarnya benar-benar sudah terlanjur cinta dengan pelakon wanita putih gebu itu kepada tunangnya! Wah berani betul ya?

Malah, Murai Batu dengar hubungan skandal mereka ini sudah pun bermula sejak sebulan yang lalu, malah mereka sering keluar bersama dan kadang-kadang pelakon wanita itu ada juga berkunjung ke rumah Sharnaaz.

Haih, Murai Batu pun tak tahu nak kata apa. Harap, Sharnaaz boleh jelaskan apa yang berlaku.

Sumber

Belkin unveiled iPad Air keyboard cases and accessories

Belkin brandishes iPad Air keyboard cases and accessories
You'll likely need a new keyboard case to go with that iPad Air, and Belkin's just revealed some of the very first options.

The Qode Ultimate Keyboard Case leads the brand's parade of new accessories, and sports a black or silver aluminum body and an impressive 264 hours of active battery life for $130. If shelling out that cash after buying an iPad Air is hard to swallow, cast your eyes upon the Qode ThinType Keyboard Case. Spending $30 nets you just 79 hours of active use, but still preserves an aluminum build.

Meanwhile, if you'd rather get something less business-like and more whimsical, the $80 Qode Slim Style keyboard case (in black, red, topaz, purple and delicious-sounding sorbet) is likely more your style.

These three, along with Belkin's stands and keyboardless cases for Apple's newest slate, will be available starting November.


Source: Engadget 

NORA DANISH & NADEEM KUNCIKAN CINTA MEREKA DI PARIS

nora danish  nadeem kuncikan cinta mereka di paris

Hubungan cinta antara pelakon, Nora Danish dan pasanagannya Nadeem Nazri, Murai Batu nampak bukan lagi rahsia, malah mereka semakin terbuka untuk mempamerkan foto-foto bahagia mereka bersama di laman sosial, Instagram.

Terbaru, Murai Batu lihat mereka telah banyak memuat naik gambar mereka bersama yang ke Eropah. Tak silap Murai Batu mereka berdua telah bersama-sama terbang kekota Paris dan London 2 hari lalu.

Amboi seronoknya, macam bulan madu pula ya? Murai Batu dengar, mereka ke sana kononnya ada menguruskan hal pernigaan bersama dan dalam masa yang sama sempatlah bercuti serta berkunjung ke rumah saudara mara Nedim di sana.

Namun apa yang menarik perhatian Murai Batu adalah gambar yang dikongsikan mereka ketika berada di Love Bridge atau ‘jambatan cinta’ di Paris. Kalau korang nak tahu, di Love Bridge itu biasanya pasangan kekasih akan pergi dan kemudian kuncikan satu mangga yang tertulis nama mereka berdua sebagai lambang cinta, selepas itu kuncinya di buangkan kebawah sungai jambatan itu.

Menerusi gambar yang dikongsikan oleh Nadeem dan Nora ,nampaknya mereka pun berbuat perkara yang biasa bagi setiap pasangan kekasih apabila berpeluang ke jambatan itu. Wahhh so sweet kan mereka? Cemburulah Murai Batu lihat mereka!

Namun, ada peminat yang tidak puas hati dengan cara Nora yang begitu terbuka dengan hubungan cintanya bersama Nadeem hanya di laman Instagram, namun tidak berterus-terang atau berselindung kepada media atau umum mengenai hubungan cinta mereka.

Sumber: Murai.com

27 hari cuti bagi wanita kematian suami

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan hari ini menetapkan 27 hari cuti tambahan dengan bayaran insentif khas untuk penjawat awam wanita negeri itu yang baru kematian suami.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Kelantan, Mumtaz Mat Nawi berkata penjawat awam berkenaan melibatkan mereka berjawatan tetap dan kontrak serta diberikan sekali sahaja dalam tempoh perkhidmatan.

"Sebelum ini, mereka mendapat cuti tiga hari dengan gaji penuh," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Beliau berkata, tambahan cuti itu bukan cuti automatik sebaliknya cuti pilihan yang diberikan kepada penjawat awam wanita dan tidak boleh dibawa ke hadapan atau diganti dengan imbuhan lain.

Keputusan itu dibuat sebagai mematuhi kehendak syariah daripada sudut edah kematian suami dan bagi menjaga kebajikan wanita daripada sudut emosi.

"Ia juga dilihat daripada sudut kesediaan balu itu dalam mengurus kehidupan setelah kematian suami," kata Mumtaz.

Beliau berkata keputusan itu akan dilaksanakan setelah mendapat pengesahan dalam mesyuarat akan datang dan akan dikuatkuasakan serta-merta.

Menurutnya penetapan itu tidak memberi implikasi yang buruk kepada sesebuah jabatan walaupun penjawat awam itu terpaksa menangguhkan tugas kerana cuti ini hanya diberikan sekali sahaja dalam tempoh perkhidmatan mereka.

"Implikasinya tidak mengganggu tugas, lebih tinggi lagi wanita yang bersalin berbanding wanita yang kematian suami kerana kematian suami hanya berlaku sekali sahaja dalam tempoh perkhidmatan," katanya.

Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri juga telah menyediakan Skim Manfaat Armalah (ibu tunggal) kepada balu yang baru kematian suami dan berpendapatan rendah, berdasarkan kepada jumlah bilangan anggota keluarga. - Bernama


Banjir: 250 mangsa di Pendang dipindahkan

PENDANG - Sebanyak 71 keluarga melibatkan 250 orang di daerah Pendang dipindahkan ke pusat pemindahan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah di sini sejak semalam berikutan kediaman mereka dilanda banjir.

Pegawai Daerah Pendang Abdul Rahman Ismail berkata sehingga pukul 2 petang tadi, pusat pemindahan itu menempatkan mangsa banjir dari empat mukim iaitu Guar Kepayang, Padang Pusing, Air Puteh dan Bukit Raya.

"Kita telah membuka bilik gerakan banjir sejak semalam dan buat masa ini kita hanya membuka satu pusat pemindahan kerana pusat ini mampu menampung jumlah mangsa lebih 300 orang.

"Pusat pemindahan ini dibuka 24 jam jadi kita minta penduduk yang kawasan rumahnya ditenggelami air agar segera berpindah ke sini bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata paras air di Sungai Pendang pada pukul 2 petang ini menunjukkan bacaan pada 2.88 meter iaitu paras bahaya.

"Bacaan pada pukul 8 pagi tadi menunjukkan paras air berada pada 2.89 meter dan sehingga pukul 2 petang tadi air hanya surut sebanyak 0.1 meter dan masih berada pada tahap bahaya," katanya.

Seorang mangsa, Rosliza Abdul Razak, 26, berkata mereka sekeluarga mula berpindah ke pusat pemindahan sekitar pukul 9 pagi semalam selepas kawasan rumahnya mula dinaiki air.

"Sudah hampir tiga hari air naik di kawasan rumah pada paras lutut jadi saya dan suami ambil keputusan untuk berpindah kerana bimbang keselamatan anak yang masih berumur tiga tahun dan dua bulan," katanya.

Rosliza, yang tinggal di Kampung Bonggol Besi berkata, dia dan keluarganya terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir disebabkan kawasan rumah mereka sering dinaiki air pada musim banjir.

Seorang lagi mangsa, Marshitah Said, 28, yang tinggal di Kampung Batu Hampar Kanan di sini, berkata dia juga sering berpindah ke pusat pemindahan apabila rumahnya yang terletak berhampiran Sungai Pendang selalu ditenggelami air apabila musim banjir.

- BERNAMA

GST: Amaran awal kepada kerajaan

Nampaknya masih ramai yang melontarkan pendapat tanpa mengetahui apa yang mereka katakan. Contohnya yang berikut ini:

GST

SHAH ALAM - Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Jerit bersama Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menganjurkan Protes Bantah GST di tujuh lokasi di seluruh negara bagi memberi "amaran" awal kepada kerajaan.

Bendahari Kehormat PSM, A Sivarajan berkata "amaran" ini dilakukan bagi menggesa kerajaan mengkaji semula keperluan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebelum pembentangan Bajet 2014, pada Jumaat ini.

Menurutnya, kerajaan boleh memperkasakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebelum melaksanakan GST.

"Protes ini dilakukan demi untuk bantah kemungkinan GST diperkenal pada Jumaat yang bertujuan, ganti SST.

"Cukai GST ini bukan cukai tetap tapi cukai tambahan, setiap pemberian cukai perkhidmatan hanya menguntungkan peniaga tetapi yang menjadi mangsa adalah pengguna.

"Perlaksanaan GST akan membebankan rakyat, sepertimana yang berlaku di Singapura, kajian telah menunjukkan di Singapura harga barangan naik mendadak selepas perlaksanaan GST ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian Online hari ini.

Protes Bantah GST yang diadakan di Syeksyen 15 Shah Alam ini disertai oleh hampir 30 orang yang terdiri daripada ahli PSM, serta ahli NGO Jerit.

Protes ini turut mendapat sokongan orang ramai yang turut membunyikan hon apabila melalui kawasan tersebut.

Lokasi lain ialah di Brickfields, Kuala Lumpur, Skudai, Ipoh, Perak, Kajang, Melaka dan Seremban.


- Disiarkan di portal atas talian Sinar Harian

Tiga maut akibat perlepasan air empangan Cameron Highlands

Tiga maut akibat perlepasan air empangan Cameron Highlands

KUALA LUMPUR: Tiga terbunuh dalam kejadian banjir kilat selepas air Sungai Bertam melimpah ekoran pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet di sini awal hari ini.

Dua mangsa lemas manakala seorang lagi maut akibat serangan jantung, menurut laporan Bernama.

Kejadian pada pukul 1 pagi itu turut menyebabkan seorang wanita Indonesia hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dan seorang lelaki cedera.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu dipetik berkata arus deras dan banjir kilat itu memusnahkan kira-kira 80 rumah dan beberapa kenderaan di kawasan penempatan Lembah Bertam itu.

Dua yang mati lemas ialah lelaki Bangladesh dikenali sebagai Jahangir, 30-an, dan wanita Indonesia yang hanya dikenali sebagai Kesmat, 46. Satu mayat ditemui di dalam sebuah rumah dan satu lagi di bawah runtuhan rumah yang lain.

Lelaki yang mati akibat serangan jantung ialah Tan Tuck Choi, 51. Mangsa mati dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Kalsom di sini, awal pagi ini.

Mohd Zahari berkata mangsa yang masih hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dikenali sebagai Jarwati, 17, manakala lelaki yang cedera Ho Kim Way, 38, kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

"Ho cedera ketika cuba menyelamatkan diri dalam kejadian itu," katanya. Kawasan yang terlibat dalam kejadian itu menempatkan rumah penduduk dan rumah setinggan berhampiran kebun sayur. Berikutan kejadian itu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Lembah Bertam ditutup hari ini.

Terdahulu Mohd Zahari berkata air empangan di Ringlet itu terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 7 petang semalam.

Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan mengakibatkan banjir kilat.

Beliau berkata berikutan kejadian itu, seramai 54 orang dari 12 keluarga dipindahkan ke dewan orang ramai Ringlet.

Sementara itu Timbalan Penguasa Balai Bomba Zon 3 Pahang Yusmaizi Zulkifli berkata paras air normal di empangan itu ialah 3.498 meter dan pelepasan air dilakukan ketika paras air mencecah 3.508 meter.

Tinjauan hari ini mendapati cuaca panas sehingga tengah hari bagaimana hujan renyai mula turun pada sebelah petang.

Anggota Parlimen Cameron Highlands Datuk Seri G.Palanivel turut melawat kawasan kejadian dan memaklumkan bantuan akan disalurkan dalam masa terdekat.

Sumber: ASTRO Awani

RAHSIA FASHA SANDHA TURUN 20 KG SELEPAS BERSALIN

rahsia fasha sandha turun 20 kg selepas bersalin

Dengan hanya mengamalkan makanan seperti sayur-sayuran, taufu, ayam dan ikan sebagai hidangan hariannya, berat badan pelakon popular Fasha Sandha kini kembali ke tahap ideal selepas melahirkan bayi sulungnya, Putra Rayfal Jun lalu.

Bukan itu sahaja, pelakon kontroversi itu juga mengamalkan pengambilan 8 gelas air setiap hari selain pengambilan makanan kurang berkarbohidrat dan mengamalkan pengambilan epal hijau setiap kali terasa lapar.

Namun apa yang pasti, diet sihatnya itu menjadi lebih aktif selepas mendapatkan rawatan pelangsingan berat badan yang selesa lagi tidak menyakitkan daripada Slim World selama empat bulan sejak Jun lalu.

Daripada berat badan asalnya mencecah 78 kilogram, kini dia boleh berbangga dengan 58 kilogram selepas menjalani beberapa rawatan pelangsingan yang disediakan Slim World dari masa ke semasa.

“Saya kehilangan 20 kilogram dalam masa 4 bulan iaitu daripada 78 kilogram kepada 58 kilogram.

“Semuanya selepas saya menjalani beberapa rawatan intensif seperti Bio iST yang memerlukan masa selama dua jam setiap kali rawatan.

“Saya juga akan memastikan untuk minum 8 gelas air sehari dan mengambil ayam, sup taufu dan sayur-sayuran sebagai makanan malam saya.

“Malah saya juga akan cuba untuk tidak mengambil makanan dan air selepas jam 9 malam,” katanya berkongsi petua untuk tampak langsing selepas bersalin.

Fasha Sandha telah dipilih sebagai duta baru Slim World selepas didekati jenama kecantikan badan berkenaan ketika dia hamil tiga bulan.

Majlis pengumuman Fasha sebagai duta Slim World telah diadakan petang semalam yang turut disaksikan pihak media dan wakil daripada jenama berkenaan.

Tambah pelakon itu lagi, selain rawatan Bio iST dia turut mendapatkan rawatan DTM, HotMask, Aroma Steam Bath & Lymphatic Drainage dan Micro Massage.

Kata Fasha, selain pengambilan makanan sihat, rawatan pelangsingan yang dijalankan di Slim World ternyata telah memberi kelebihan untuknya menyarungkan pakaian kegemarannya meskipun selepas empat bulan melahirkan bayi.


Sumber: Murai

Empat maut akibat perlepasan air empangan Cameron Highlands

Dikemaskini:
Artikel lanjut yang telah dikemaskini oleh Astro Awani boleh didapati di sini.

: :       : :       : :       : :      : :       : :       : :       : :      

Kuala Lumpur. Empat orang maut dalam banjir kilat susulan perlepasan air dari sebuah empangan di Ringlet, Cameron Highlands. Kejadian berlaku pada 1 pagi ini di Kampung Lembah Bertam.

Selain meragut nyawa, kejadian turut mengakibatkan 100 buah kereta tenggelam. Manakala 80 buah rumah di Kampung Lembah Bertam digenangi air.

Penolong pengarah operasi bomba Cameron Highlands Wan Naznis Wan Ismail memberitahu Astro AWANI mangsa meninggal akibat dihanyutkan arus deras.

Dua lagi mangsa meninggal dunia kerana sakit jantung susulan insiden itu.



Sumber: Maklumat mutakhir, ASTRO Awani 

Suami isteri hidap sakit tulang belakang kronik

Pasangan hidap sakit kronik
Maziraton mengeluarkan bekalan pelbagai jenis ubat untuk dia dan suami yang perlu diambil setiap hari bagi tempoh tiga bulan.


BUKIT BERUNTUNG - Sepasang suami isteri yang menghidap penyakit tulang belakang kronik terus merayu simpati orang ramai dan pihak berkaitan untuk membantu mereka.

Jika sebelum ini hanya si suami terlantar setelah menjalani 13 pembedahan tulang belakang akibat masalah syrinyomyelia, tetapi kini isterinya yang merupakan bekas jururawat turut menanggung sakit sama dan terbaru dia disahkan menghidap leukemia.

Mohd Sapian Ismail, 42, menghidap barah tulang belakang berikutan masalah tulang belakang yang patah setelah terbabit dalam nahas jalan raya di Muar pada 1997.

Dia yang merupakan bekas anggota tentera di Kem Batalion 303, Pengkalan Hulu, Perak, sudah tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya bergantung kepada kudrat isterinya.

Menurutnya, ketika menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur itu dia hanya dijaga oleh seorang jururawat, Maziraton Jantan, 42, yang kini menjadi isterinya.

Bagaimanapun, Maziraton turut mengalami masalah saraf pada tulang belakangnya akibat terjatuh di tangga ketika melakukan kerja pembersihan di kawasan apartmen kediamannya pada November 2011.

Maziraton terpaksa meninggalkan profesionnya sebagai jururawat kerana mahu menjaga suami dan kini hanya bekerja sebagai tukang sapu untuk menampung kehidupan mereka.

“Saya juga sepatutnya menjalani pembedahan tulang belakang sebab semakin membengkak, tapi tidak sanggup buat pembedahan sebab kalau bedah, saya mungkin terlantar jadi tiada siapa boleh jaga abang.

“Saya terpaksa lawan sakit, sanggup bergantung pada ubat demi jaga abang,” katanya.

Menurutnya, dalam kesakitan dia tetap perlu bekerja kerana jika tidak bantuan kebajikan yang diberikan akan terhenti dan sumber pendapatannya juga tertutup.


Artikel lengkap di sini

FA dakwa Mourinho

FA dakwa Mourinho
Mourinho (tengah) berang selepas diarah meninggalkan tempat duduk pemain pada aksi EPL menentang Cardiff, Sabtu lalu.


BADAN Disiplin FA Inggeris mendakwa jurulatih Chelsea, Jose Mourinho atas kesalahan salah laku ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Cardiff City di Stamford Bridge, Sabtu lalu.

Mourinho diberi tempoh sehingga 48 jam bagi mengemukakan rayuan.

Dalam perlawanan itu, Mourinho berang dengan taktik melambat-lambatkan masa pasukan pelawat dan melakukan protes terhadap pengadil, Anthony Taylor.

Namun, tindakan Mourinho dianggap melampau sehingga memaksa Taylor mengusir pengurus dari Portugal itu ke tempat duduk penonton pada minit ke-69.

Mourinho boleh didenda sehingga £8,000 (RM41,000) jika dia enggan mengemukakan rayuan.


Source

Hasrat Noreen Noor tunaikan haji

Hasrat Noreen tunaikan haji
Ahli keluarga dan rakan artis yang hadir turut mengaminkan bacaan doa saat talkin dibacakan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulai.


JASIN - Pelakon dan penyanyi popular era 80-an, Noreen Noor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulai, Merlimau, dekat sini selepas solat Zuhur, semalam.

Allahyarham Noreen atau nama sebenarnya, Noraini Mohamad Noor, 54, meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur, pada jam 5.45 pagi semalam, akibat penyakit darah tinggi dan buah pinggang.

Jenazahnya dibawa pulang ke kampung halaman di Kilometer 16 Kampung Pulai, sebelum dikafan dan disembahyangkan di Masjid Ar Rahman, di sini.

Dianggarkan lebih 500 orang termasuk saudara mara serta sahabat handai mengiringi jenazah Allahyarham ke tanah perkuburan termasuk bekas suami Allahyarham, Baharuddin Ngah; anaknya, Danial Baharuddin, 22, dan seorang anak angkat, Diana Tihana, 11.

Antara artis yang turut hadir memberi penghormatan terakhir, Norsheila Amin, Siti Fairuz, Salwa Abdul Rahman, Azizul Khamis dan komposer, Eddie Hamid.

Norsheila yang merupakan sahabat baik Allahyarham berkata, dia masih terkejut dengan pemergian rakan yang dikenali lebih 20 tahun itu.

Menurutnya, Allahyarham seorang sahabat yang manja dan tidak kedekut untuk memberi semangat kepada rakan-rakan lain terutama dalam dunia seni.

"Arwah seorang anak bertanggungjawab kerana sebelum ini sanggup berhabisan duit membiayai rawatan ibu bapanya yang sakit. Malah, arwah pernah meluahkan hasrat mengerjakan haji," katanya.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu Allahyarham Noreen adalah ketika bergandingan dalam sebuah rancangan televisyen sempena Aidilfitri lalu.

"Kami sentiasa berhubung di Facebook dan telefon. Saya masih terkejut dengan pemergiannya yang saya sifatkan sebagai satu kehilangan besar bagi kami," katanya ketika ditemui pemberita, semalam.

Rakan baik Allahyarham, Halimahtun Abdul Jalil berkata, Allahyarham seorang yang tidak suka menyusahkan rakan-rakannya.

Menurutnya, sebelum ini, dia pernah menawarkan diri untuk membawanya ke hospital, namun Allahyarham menolak kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa.

“Tak sangka semalam (kelmarin) dia pergi ke hospital seorang diri. Saya tahu dia nazak awal pagi tadi (semalam)," katanya.

Halimahtun berkata, mereka berdua sempat berbuka puasa bersama sempena puasa sunat wukuf, Isnin lalu.

Seorang lagi rakan baik dikenali sebagai Sheba berkata, Allahyarham Noreen mengadu sakit dada sebelum dibawa ke Hospital Ampang Puteri, kelmarin dengan ditemani anak angkatnya.

Sementara Danial pula berkata, ibunya pergi ke hospital berkenaan kira-kira 10 pagi kelmarin, sebelum dia dihubungi pihak hospital pada sebelah petang memaklumkan ibunya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

"Sebelum ini arwah tidak cakap sakit apa dan tidak mahu orang tahu. Tapi dalam dua tiga hari ini, dia sakit tangan kanan dan susah nak angkat," katanya yang sempat menemani Allahyarham di ICU sehingga menghembuskan nafas akhir.


Sumber: Sinar Harian

Apple shows off thinner iPad Air and retina iPad Mini

Apple Event - iPad Air
Apple has unveiled a top-of-the-range tablet called the iPad Air that is 20% thinner than the previous version.

The 9.7in (24.6cm) computer is 7.5mm (0.3in) thick and weighs 1lb (469g), which the firm claims is the lightest full-sized tablet on the market.

It is powered by the same A7 chip found in the company's iPhone 5S.

The launch comes at a time when some analysts have suggested that Google's Android is about to overtake Apple's iOS as the bestselling tablet platform.

Apple also announced a new version of its iPad Mini.

Its 7.9in (20cm) screen has been upgraded to feature 2048 by 1536 pixels - the same as the larger model. It is being branded as "retina" to highlight the increased resolution.

Amazon and Google have already announced small tablets - the Kindle Fire HDX and Nexus 7 - with similar high definition displays.

"We've got the retina upgrade to the smaller iPad that many thought should have been there in the first place," Tony Cripps, principal analyst at tech consultants Ovum, reflected after the announcement in San Francisco.

Source: BBC

Pakatan to reveal shadow budget Thursday to 'prevent BN stealing'

Pakatan to reveal shadow budget Thursday to 'prevent BN stealing'

The Opposition's shadow budget, which will be revealed in full on Thursday, will 'again' forecast a 'better' economic outlook for Malaysia, Pakatan Rakyat said yesterday.

The Pakatan Alternative Budget 2014 predicts a 5.2% economic growth and a fiscal deficit of 3.2% of the GDP (Gross Domestic Product) for the country. This is based on a spending of RM262 billion and RM228billion in revenue.

"Ever since Pakatan started preparing our alternative budget, our deficit predictions have always been lower than that of Barisan Nasional's (BN)," said Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

He the prediction was based on the global economy in 2014 which is expected to be more robust, but cautioned that the "rather uncertain" economic reality could change things around.

"The BN's real deficit is expected to be higher than our 3.2%, at between 3.8% and 4%. This is because of their failure to address corruption and leakages," Anwar said when announcing the Pakatan budget summary at Parliament.

He said the full alternative budget will only be revealed on Thursday, a day before Prime Minister Datuk Seri Najib Razak tables the government's Budget 2014, over fears that the Federal Government will 'steal our ideas'.

"They have stolen our ideas before this. But if they take these ideas and say thank you to us, that's fine. We don’t want this to repeat," he said, adding that the Pakatan budget was finalised on Sunday.

Anwar said the focus of the alternative budget was to reduce waste and save money. Therefore, he said, the increase in the allowance of cabinet ministers and heads of government departments will be deferred, and a review made on government spending, especially in awarding of contracts and procurement of equipments.

"This will decrease operational costs by 10%," he said.

Under Pakatan's budget, the National Service will be suspended and a thorough review by a parliamentary select committee conducted, as it has allegedly failed its objectives to encourage unity.

"The programme has caused as many as 22 deaths and several trainers got pregnant and gave birth during the programme," said Anwar, adding that it costs RM800 million a year.

Pakatan also suggests to increase 200,000 new jobs in three years, mainly for those between 15 and 24 years.

The shadow budget also suggests a postponement of the  much-talked about Goods and Services Tax (GST), until minimum household income is increased.

Meanwhile, DAP secretary-general Lim Guan Eng said Pakatan also suggested a 24-hour Socso (Social Security Organisation) insurance scheme.

"At this time, the Socso insurance scheme only covers accidents when workers are on the way to work and while working."

"With this 24-hour scheme, it allows the Federal Government, employers and employees to contribute RM1 every month," said Lim.

Other highlights:

  • Completing the long-delayed Pan Borneo highway by next year;
  • Reviewing the government's cabotage policy which has led to the increased price of goods in Sabah and Sarawak;
  • Increasing the Real Property Gains Tax (RPGT) to curb excessive property speculation;
  • Implement 100% electricity and water service delivery rate in all the rural areas;
  • Another PSC to permanently oversee defence spending.

Source: ASTRO Awani

Gen Y dan wang pendapatan

Ringgit Plus


Sumber:ASTRO Awani

Trailer filem KOLUMPO didedahkan

Trailer filem KOLUMPO didedahkan

Trailer filem sulung terbitan Otto Films Sdn. Bhd., KOLUMPO didedahkan kepada umum baru-baru ini.

KOLUMPO, sebuah filem Bront Palarae, Sheikh Munasar dan Rozi Izma Abdul Karim dibintangi Sharifah Amani, Azad Jasmin, Ruminah Sidek, Shoffi Jikan, Nell Ng, Mano Maniam, Emily Poon, Sabri Yunos, Amerul Affendi, Azhan Rani, Along Eyzendy dan memperkenalkan Amirul Ariff.

Bercerita tentang harapan dan impian warga kota Kuala Lumpur, filem ini membawa penonton ke latar Pasar Seni ke KLCC sampai ke Setapak, filem ini mengaitkan cerita -- cerita tentang harapan dan impian warga kota Kuala Lumpur.

Ia mengisahkan seorang imigran India yang baru sahaja tiba di KL untuk berkerja dan mendapati syarikat yang telah mengupahnya sudah jatuh bankrup. Dia kemudian diselamatkan oleh seorang tauke bos mamak dan memulakan hidup barunya sebagai seorang pendatang haram di KL.

Di Setapak pula, seorang gadis muda yang asyik cuba mengelak panggilan telefon ibunya didapati sedang menolong seorang perempuan tua nyanyok mencari rumah yang dia tidak ingat untuk sepanjang hari.

Di Ampang, seorang pemuda bertemu dengan seorang gadis misteri di KLCC yang turut ketinggalan tren terakhir. Untuk seorang pemuda yang tidak pernah bercinta, pertemuan ini bakal mengubah hidup si jejaka muda ini.

Pergabungan ketiga cerita ini akan menghasilkan sebuah kaleidoskop hidup di bawah langit kota Kuala Lumpur yang bakal menyayat dan mencuit hati para penonton.

Filem KOLUMPO bakal ditayangkan pada 05 Disember 2013.

Sumber: ASTRO Awani

Antara sebab senjata polis hilang: Hilang dalam tandas

Hilang dalam tandas antara punca senjata hilang - Zahid

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menyenaraikan lima sebab utama kehilangan senjata api anggota polis seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012, awal bulan ini.

Sebab-sebab tersebut bagaimanapun tidak menyatakan ‘jatuh dalam laut’ sebagai antara punca senjata-senjata itu hilang.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan bertulis kepada anggota Parlimen PKR-Batu Tian Chua berkata sebab utama kehilangan ialah kereta polis dipecah, senjata api tertinggal dalam kereta, diragut atau disamun, tercicir ketika menjalan tugas, kehilangan dalam tandas dan hilang dalam pejabat.

Beliau menjelaskan, secara keseluruhan senjata yang hilang adalah dari senjata ringan (pistol dan revolver) yang boleh diletakkan di badan.

"Daripada 44 senjata api yang hilang berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2012, tujuh daripadanya telah dijumpai," kata Ahmad Zahid.

Ekoran itu, katanya satu Jawatankuasa Penyiasat dibawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditugaskan untuk menyiasat kehilangan tersebut dibawah Seksyen 79 Akta Polis 1967.

Katanya hasil siasatan tersebut akan dinilai bagi menentukan tindakan yang patut diambil jika terdapat bukti wujudnya kecuaian.

Menurutnya, pegawai yang bertanggungjawab akan diambil tindakan surcaj atau tatatertib atau kedua-duanya sekali.

Ahmad Zahid menjawab soalan daripada Tian yang bertanya tentang prosedur yang perlu diambil polis dalam kes tersebut serta jumlah senjata api yang hilang sejak lima tahun lalu.

Zahid menambah, bahagian teknologi maklumat (IT) PDRM sedang menyediakan satu sistem yang mengandungi sub-modul bagi pemantauan dan rekod kes kehilangan aset PDRM yang dijangka beroperasi selewat-lewatnya pada November depan.

Sementara itu, Tian ketika ditemui wartawan di lobi Parlimen mempersoalkan lima punca terbabit yang disifatkannya sebagai ‘kecuaian sewenang-wenangnya’ dan menggesa agar langkah yang lebih profesional bagi mengawal senjata api dilaksanakan PDRM.


Astro Awani

Tak sedar makan sayur 'recycle'?

Tak sedar makan sayur 'recycle'?
Longgokan sayur yang diletakkan bersebelahan tempat pembuangan sampah.


Tak sedar makan sayur 'recycle'?
Warga Myanmar menolak troli mengandungi sayur di sekitar pasar borong Selayang.


Tak sedar makan sayur 'recycle'?
Limpahan sayur rosak dalam tong sampah menggalakkan aktiviti mengutip sayur oleh warga Myanmar.


PERNAHKAH anda terfikir sayur yang dimakan mungkin datangnya dari tong sampah?

Bunyinya mungkin tidak masuk akal, namun hakikatnya itu yang berlaku di Pasar Borong Selayang apabila warga Myanmar terus melakukan kegiatan mengutip sayur-sayuran yang dibuang oleh peniaga pasar borong sebelum mereka 'recycle' dan menjualnya semula.

Permasalahan tersebut terus berulang meskipun isu tersebut pernah dilaporkan sebelum ini.

Pelbagai langkah juga telah diambil untuk menghalang kegiatan kaut untung atas angin selain mencemar kualiti sayur yang telah digredkan sebelum dijual kepada umum.

Tinjauan Sinar Harian baru-baru ini mendapati kegiatan itu masih berlaku meskipun tidak terlalu ketara.

Salah seorang pekerja pembersihan, Munish, 21, berkata, sejak dia bekerja di situ lapan bulan lalu, kegiatan itu masih berlaku lebih-lebih lagi selepas pembersihan dilakukan.

“Biasanya mereka akan kutip sekitar jam 7.30 pagi sebelum pembersihan dan tengah hari selepas pembersihan dibuat.

“Mereka biasanya datang secara individu, ada kalanya ramai kadangkala hanya dua atau tiga orang,” katanya kepada Sinar Harian.

Wartawan yang berada di lokasi sejak kira-kira jam 7 pagi bagaimanapun tidak melihat kelibat mencurigakan di tempat pembuangan sampah.

Penantian sehingga kira-kira jam 11.30 pagi akhirnya membuahkan hasil apabila beberapa lelaki dipercayai warga Myanmar dilihat menolak troli berisi bakul yang dipenuhi sayur-sayuran dari arah pasar borong dengan lagak mencurigakan.

Wartawan turut menemui bakul-bakul berisi sayur yang tidak berapa segar dilonggokkan di kawasan parkir.

Tidak lama selepas itu, kelihatan kelibat lelaki mencurigakan dalam tong tempat pembuangan sampah di pasar borong sedang membongkokkan badan mengeluarkan sesuatu.

Apabila didekati, kelihatan lelaki itu mengeluarkan sebiji buah tembikai namun situasi itu tidak sempat dirakamkan.

Tidak puas hati dengan keadaan itu, wartawan mengambil keputusan untuk masuk ke ruang tempat pembuangan sampah itu untuk melihat dengan lebih dekat.

Mengejutkan apabila terdapat seorang wanita dipercayai warga Myanmar bersama anaknya sedang mengasingkan sayur jenis kacang panjang di satu sudut tempat pembuangan itu.

Kehadiran wartawan untuk beberapa ketika itu ternyata mendatangkan rasa kurang senang apabila dia kemudian segera bangun dan bergegas meninggalkan tempat tersebut.


Sumber: Sinar Harian

Perogol bersiri didakwa lagi

Perogol bersiri didakwa lagi
Muhammad Al Hafiz dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen, semalam.


KOTA BHARU - Perogol bersiri Amran Che Jaafar, 31, yang menggemparkan masyarakat Kelantan suatu masa lalu, dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan memecah dan mencuri pada tahun 2011.

Hukuman tersebut menjadikan jumlah keseluruhan hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya berjumlah 73 tahun dan 47 sebatan untuk pelbagai kesalahan merogol, mencuri dan menceroboh.

Majistret Nik Habri Muhammad menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati Amran bersalah di akhir kes perbicaraannya semalam.

Mengikut pertuduhan, pada 21 Ogos 2011 pada jam 8.10 pagi di sebuah rumah di Kampung Dusun Bayam telah memecah masuk rumah dan mencuri di kediaman milik Farahiyah Pawanchik, 28.

Amran melakukan perbuatan tersebut tanpa kebenaran mangsa dan mencuri dua buah telefon bimbit jenama Sony Ericson dan Nokia dan juga dua pengecas telefon bimbit.

Jika disabit kesalahan, Amran boleh dihukum di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun. Kes ini merupakan kes kesembilannya yang berjaya dihadapkan di Mahkamah Kota Bharu dan masih berbaki beberapa kes lagi melibatkan pelbagai kesalahan yang dilakukannya di daerah lain.

Sinar Harian pernah menyiarkan mengenai kejayaan polis Kelantan menahan perogol bersiri yang terlibat lebih 20 kes rogol dan cubaan rogol di ketika cuba menodai seorang wanita di sebuah asrama di sini.

Dalam pada itu, seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas kesalahan merogol gadis bawah umur.

Muhammad Al Hafiz Mohd Yusoff, 19, yang berasal dari Kampung Pulau Belacan Panchor melakukan kesalahan itu pada 15 Oktober lalu, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Mohd Yusoff Yunus.

Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan kesalahan itu pada jam 2.30 petang di Kampung Pulau Belacan, Pengkalan Chepa merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun sembilan bulan.

Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hamizah Ghazali dan mahkamah menetapkan 21 November 2013 untuk sebut semula kes.


- Sinar Harian

Tab terbaru iPad Air diperkenalkan


iPad terbaru keluaran Apple didedahkan kepada umum awal pagi tadi. Digelar iPad Air, ia merupakan pertaruhan terbaru syarikat gergasi teknologi itu mengekang pesaingnya daripada pasaran.

iPad Air lebih ringan dan nipis. Manakala iPad mini turut diberikan peningkatan terbarunya iaitu skrin dengan paparan retina.


Apple Event - iPad Air
Apple Event - iPad Air
Apple Event - iPad Air
Apple Event - iPad Air
iPad Air membawakan rekaan yang lebih 20% nipis berbanding sebelumnya, selain mana turut dilengkapi dengan cip pemprosesan 64-bit A7 dan juga cip M7 seperti didalam iPhone 5S.
Pada bahagian belakang tablet iPad Air ini, ia menyertakan kamera 5-megapixel iSight dengan sokongan rakaman video 1080p, sementara kamera hadapan dengan sokongan FaceTime.
iPad Air ini dijangka akan mula dijual bermula bulan November ini. Malaysia dilihat tidak tersenarai dalam negara penerimaan iPad Air untuk fasa pertama ini.



Sumber: ASTRO Awani dan amanz</>

Waris sultan Sulu tolak cadangan Presiden Filipina

Waris Sultan Sulu tolak cadangan Presiden Filipina

KUALA LUMPUR:  Waris Kesultanan Sulu menolak cadangan kerajaan Filipina untuk merundingkan pampasan lebih tinggi ke atas wilayah Borneo Utara yang hari ini merupakan sebahagian daripada Sabah yang didakwa dipajak kepada Malaysia.


Jurucakap waris kesultanan itu, Abraham Idjirani menyelar Presiden Filipina, Benigno Aquino III kerana mengemukakan cadangan itu dan berkata cadangan tersebut tidak pernah dirundingkan dengan pihaknya oleh kerajaan Filipina.

"Kenyataan Presiden bahawa ada empat pilihan untuk menangani isu Sabah hanya mengukuhkan lagi tuntutan wilayah oleh Kesultanan Sulu. Tetapi beliau sepatutnya menjemput waris kesultanan berbincang," katanya seperti dipetik oleh The Manila Times.

Aquino pada Isnin berkata kerajaannya masih mengkaji tuntutan wilayah ke atas Sabah oleh waris Kesultanan Sulu dan satu daripada pilihan yang dipertimbangkan untuk menyelesaikan pertikaian itu ialah menuntut sewa pajak yang lebih tinggi daripada Malaysia.

Aquino juga menyifatkan pilihan itu sebagai "yang paling realistik" antara tiga pilihan lain. Idjirani bagaimanapun berkata pihaknya tidak akan menerima pilihan yang dipertimbangkan oleh Istana Malacanang dan menegaskan wang tidak pernah jadi satu isu.

"Kalau seseorang itu lapar sekali pun, dia tidak akan ambil apa saja yang disuapkan kepadanya kerana dia tidak pasti apakah yang disuapkan itu racun," katanya, merujuk kepada pampasan itu.

Idjirani berpendapat kerajaan Filipina sepatutnya merangka satu penyelesaian yang melibatkan rundingan dengan pihaknya bersama-sama dalam kajian mengenai isu Sabah.

Beliau melahirkan rasa curiga kononnya kerajaan Malaysia yang merundingkan perjanjian damai MILF terlibat dalam cadangan itu.

Beliau juga menambah pihaknya akan memenuhi wasiat Jamalul Kiram III yang meninggal dunia Ahad lalu supaya waris Kesultanan Sulumeneruskan usaha mengambil semula Sabah daripada Malaysia.

Kesultanan itu mendakwa Sabah hanya dipajak kepada Malaysia mengikut satu perjanjian pada 1878 dengan sebuah syarikat Britain.

Malah Idjirani berkata Malaysia sehingga hari ini masih membayar kepada waris kesultanan itu RM5,500 sebulan sebagai apa yang didakwa sebagai pajak.

Malaysia bagaimanapun menganggap perjanjian itu sebagai satu serahan dan rakyat Sabah telah memilih untuk jadi sebahagian daripada Malaysia pada 1963.

Isu itu kembali hangat selepas insiden pencerobohan pengganas Sulu dari selatan Filipina yang menduduki kawasan perkampungan di Lahad Datu, Sabah pada 12 Feb lepas.

Susulan itu kerajaan telah melancarkan Operasi Daulat pada 5 Mac dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Lapan anggota polis dan dua tentera negara terkorban dalam operasi itu manakala 68 pengganas ditembak mati,.

Selain itu polis telah menahan 443 individu atas pelbagai kesalahan dan 121 lagi di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Sumber: ASTRO Awani

Mayat remaja perempuan ditemui dalam beg pakaian


KLANG:  Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilapor gagal pulang ke rumahnya selepas keluar sejak pagi semalam, ditemui mati dalam keadaan mayatnya disumbat di dalam beg pakaian di Jalan Kebun Nenas di sini malam ini.


Mayat gadis itu yang dipercayai dibunuh seorang lelaki yang dikenalinya melalui Internet, ditemui polis yang dibawa oleh suspek ke lokasi pada pukul 9 malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata pemeriksaan awal menemukan kesan luka dan pendarahan pada kepala dan tangan mangsa.

Suspek yang berusia 23 tahun itu diberkas polis pada pukul 6.30 petang tadi di rumahnya di Kelana Jaya. Soal siasat mendapati mangsa dibunuh di rumah suspek lebih 12 jam lalu, katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Menurutnya, suspek diberkas susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa di pada pukul 1.30 pagi selepas anaknya gagal pulang, sejak keluar dari rumah mereka di Kampung Cempaka, Petaling Jaya pada pukul 11 pagi semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.


- BERNAMA  

Imbas kembali: Bajet 2013 - Hasil dan perbelanjaan

Hasil dan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan


Sumber: ASTRO Awani

GST suatu yang perlu, ia bukan satu pilihan

GST suatu yang perlu, ia bukan satu pilihan, kata KSU

Rakyat Malaysia boleh menikmati barangan dan perkhidmatan yang lebih murah bagi banyak keperluan asas sekiranya kerajaan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sedia ada.


Cukai itu yang dijangka dilaksanakan pada 2015, akan menyaksikan cadangan kadar empat peratus bagi menggantikan kadar 10 peratus bagi cukai jualan dan enam peratus bagi cukai perkhidmatan yang diguna pakai sekarang.

Rakyat Malaysia boleh menikmati barangan dan perkhidmatan yang lebih murah bagi banyak keperluan asas sekiranya kerajaan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sedia ada.

GST akan dikenakan ke atas penggunaan barangan dan perkhidmatan di semua tahap rantaian bekalan. Sekiranya dilaksanakan, 40 keperluan makanan asas, termasuk beras, gula, susu tepung dan tepung akan disenaraikan sebagai barangan sifar cukai, manakala perkhidmatan asas seperti penjagaan kesihatan, mungkin diklasifikasikan sebagai dikecualikan cukai.

Kebanyakan barangan ketika ini dikenakan cukai di bawah SST dan peralihan kepada GST akan meringankan beban golongan miskin, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, dipetik sebagai berkata.

GST akan memastikan harga barangan tidak akan meningkat. Selain itu, tidak semua produk akan dikenakan cukai penuh di bawah cadangan GST kerana produk tertentu akan dikenakan hanya separuh daripada kadar GST.

"GST suatu yang perlu, ia bukan satu pilihan," kata Mohd Irwan Serigar sambil menambah sekiranya rejim cukai baharu itu dilaksanakan, kerajaan yakin dapat mengurangkan defisit fiskal keluaran dalam negara kasar pada 2015 dan mencapai lebihan menjelang 2020.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan/Ketua Penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Zulkifli Hamzah berkata walaupun pelaksanaan GST mengakibatkan inflasi, ia hanya bagi tempoh jangka pendek kerana corak penggunaan dapat disesuaikan dari masa ke semasa.

"Kami menjangka GST akan membawa kesan inflasi sementara ke atas harga, sama dengan bukti yang ditemui di banyak negara yang telah memperkenalkan cukai itu.

"Kesan inflasi GST akan bergantung kepada kadar yang akan diputuskan, pengecualian dan langkah-langkah selari bagi mengurangkan kenaikan harga," katanya kepada Bernama.

Jabatan Kastam Malaysia berpendapat kesan inflasi GST adalah minimum kerana barang makanan asas dan keperluan tidak akan dikenakan cukai manakala kemudahan awam akan dikecualikan.

Faktor lain ialah kos pengeluaran rendah kerana GST dibayar bagi input boleh dituntut oleh perniagaan, manakala penjimatan daripada kredit cukai input boleh disalurkan kepada pengguna dalam bentuk harga rendah.

GST, cukai penggunaan secara meluas, atau cukai tokokan nilai, kali pertama dibentangkan di Dewan Rakyat pada 16 Dis, 2009, untuk menggantikan SST sekarang, tetapi telah ditarik balik tahun lepas untuk pindaan.

Peralihan itu akan menjadi sebahagian daripada pembaharuan fiskal yang dilaksanakan kerajaan bagi mengurangkan defisit fiskal dan mencapai bajet seimbang neutral pada 2020, membantu negara mencapai ekonomi berpendapatan tinggi serta status negara maju.

Pakar ekonomi berpendapat sekarang adalah masa yang sesuai untuk melaksanakan GST sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan hasil kerajaan.

Apabila dilaksanakan pada kadar hasil-neutral empat peratus, cukai baharu itu dianggarkan meraih hasil RM18 bilion, yang hampir sama dengan hasil RM16 bilion hingga RM17 bilion daripada cukai jualan dan perkhidmatan sekarang pada kadar purata tujuh peratus.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan GST dalam Belanjawan 2014 pada 25 Okt ini.

GST akan mengambil masa 14 bulan untuk dilaksanakan selepas ia diumumkan.

Sumber: BERNAMA