Friday, 23 January 2015

Siti Nurhaliza enggan komen status Saari Amri di laman sosial


KUALA LUMPUR: Tindakan komposer terkenal pada era 90-an, Saari Amri memuat naik status di laman sosial dipercayai mengaitkan Datuk Siti Nurhaliza yang tahu mengapa bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

Berikutan tindakan Saari itu mencetuskan tanda tanya di kalangan peminat.

Saari dalam entri di Facebook menulis "Siti Nurhaliza tahu mengapa Zamani jadi macam itu."


Siti yang juga penyanyi lagu tema filem Suamiku Encik Perfect 10! bersama Cakra Khan kala dihubungi BH Online memilih pendekatan untuk tidak mengulas lanjut hal berkenaan. Ikuti penjelasan ringkas beliau.

"Saya minta maaf kerana tidak mahu memberi sebarang komen kepada status orang lain dan saya sendiri sifatkan ia tiada kena mengena dengan saya. Saya tidak mahu mencampuri urusan atau hal yang dicetuskan pihak lain," katanya.

Zamani kini ditahan reman atas kesalahan terbabit selepas ditahan awal pagi Rabu lalu. 

Zamani hari ini membuat keputusan untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap individu yang menyebarkan video penahanannya sehingga menjadi viral di laman sosial.

Kes Zamani akan disebut semula di Mahkamah Majistret Ampang pada 27 Januari ini.

- Sumber: Berita Harian 

JPJ nafi jadi punca kemalangan maut empat individu di Melaka



JPJ memuatnaik kenyataan penuh tersebut di laman rasmi Facebook mereka.

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menafikan laporan yang mengatakan empat individu maut selepas kereta yang mereka naiki dirempuh akibat diburu JPJ.

Berikut adalah kenyataan penuh JPJ yang dimuatnaik menerusi laman rasmi Facebook jabatan tersebut:

"Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil serius laporan berita tidak sahih yang dikeluarkan oleh salah sebuah media tempatan.

"Di dalam laporan tersebut menyatakan bahawa kemalangan yang berlaku di Melaka pada 23 Januari 2015 pukul 4.15 petang adalah disebabkan proton perdana dari arah Merlimau yang diburu pasukan JPJ sehingga memasuki jalan bertentangan berlangar dengan produa kancil dan menyebabkan 4 maut di tempat kejadian.

"Ibu Pejabat JPJ telah menerima laporan penuh daripada JPJ Negeri Melaka berhubung dengan situasi sebenar yang berlaku iaitu, 4 anggota JPJ yang sedang menjalankan tugas rondaan terserempak dengan sebuah kemalangan dan telah memberi bantuan yang sewajarnya sementara menunggu pihak polis sampai ke tempat kejadian.

"Berikutan dengan itu, laporan Polis telah dibuat oleh anggota yang berada di tempat kejadian bagi menjelaskan situasi sebenar dan menafikan laporan berita yang dikeluarkan oleh media tempat tersebut.

"JPJ melahirkan rasa kecewa dengan laporan berita yang ditulis tanpa membuat rujukan sahih daripada pihak jabatan.

"Siasatan sedang dibuat berhubung dengan laporan berita tersebut." 

- Sumber: Astro Awani 

Jakarta hit by flash floods

Indonesia's Meteorology, Climatology and Geophysics Authority has forecast that the rainy weather in Jakarta would end mid-Februrary. 

JAKARTA: Heavy rain overnight caused several areas around Jakarta to be hit by flash floods early today leading to severe traffic snarls heading into the city.

According to a MetroTV report, among the worst hit areas was North Jakarta including the elite housing area of Kelapa Gading. Tanjung Priuk, Cilincing, Plumpang Semper, Sunter, Rawa Binangun and Rawa
Badak Utara were also affected.

West Jakarta saw its main artery into the city Jalan S Parman hit while Kebayoran Lama in South Jakarta suffered the same fate.

Meanwhile, Indonesia's Meteorology, Climatology and Geophysics Authority has forecast that the rainy weather in Jakarta would end mid-Februrary.

- Source: Astro Awani 

Baru: Samsung Galaxy Note Edge dijual di Malaysia sedikit masa lagi

Samsung ketika pengenalan Galaxy Note 4 tempoh hari, turut telah memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar dengan skrin melengkung, dinamakan sebagai Galaxy Note Edge. Kini, peranti berkenaan dilihat telah pun melepasi Sirim Malaysia, sekaligus memperlihatkan ia akan dijual di Malaysia tidak lama lagi.


Melalui Galaxy Note Edge, Samsung telah bereksperimen dengan rekaan bahagian tepi melengkung – dimana ia menerima pelbagai reaksi positif daripada pengguna seluruh dunia. Melaluinya, pengguna boleh membuat beberapa kawalan, disamping turut melihat notifikasi dan kemaskini pada bahagian tepi tanpa perlu mengaktifkan skrin utama.

Apa pun, harga jualannya kelak akan menjadikan penentu sama ada ia akan menerima permintaan pengguna ataupun tidak. Forum Lowyat melaporkan ia akan mula dijual di Malaysia pada bulan Februari kelak.

- Sumber: Amanz

Empat maut apabila kereta diburu JPJ berlanggar sebuah Kancil

Kejadian yang berlaku pada jam 4:15 petang tadi telah menyebabkan dua mangsa tercampak keluar manakala dua lagi tersepit di dalam kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki mangsa

MELAKA: Empat wanita maut ketika sebuah kereta jenis Proton Perdana yang diburu pasukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berlanggar dengan kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki mereka, sekitar jam 4:15 petang tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Masri Ibrahim berkata kereta Perdana yang dikejar JPJ dari arah Merlimau itu telah memecut laju sehingga ke jalan Bukit Gereja Umbai.

Ia kemudiannya memasuki arah bertentangan jalan dan merempuh kereta jenis Perodua Kancil tersebut sehingga menyebabkan dua mangsa tercampak keluar dan dua lagi tersepit di dalam kenderaan.

Pihak bomba dari Merlimau dan Bukit Katil berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit setengah jam kemudian.

Keempat-empat mangsa disahkan maut di tempat kejadian.

Manakala, sebuah lagi kereta jenis Proton Preve yang berada di belakang Kancil tersebut sempat mengelak dari dirempuh kereta Perdana yang ketika itu dipandu seorang lelaki.


Keadaan kereta Kancil yang dirempuh kereta Perdana yang diburu JPJ


Lelaki berkenaan cedera di mukanya dan seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang berada di dalam kereta Preve hanya mengalami cedera ringan.

Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Jasin untuk tindakan lanjut. 

- Sumber: Astro Awani 

Fauziah Suhaili tarik perhatian anak muda dengan gambus

Fauziah Suhaili tarik perhatian anak muda dengan gambus

KUALA LUMPUR: Seringkali muzik tradisional dikaitkan dengan generasi lama, orang muda kurang minat, tidak trendy, itu yang selalu didengar.

Namun berbeza dengan gadis, asal Sabah, Fauziah Suhaili, 26, ketika gadis lain memilih gitar untuk dilihat seperti Yuna, dia tampil dengan alat muzik gambus. Mewakili golongan muda merupakan peluang untuk berkongsi muzik tradisional pada generasi akan datang supaya mereka tidak lupa.

Kerana memilih gambus, nama alat muzik itu melekat pada namanya, namun Fauzih tidak kisah, apa yang diharapkan muzik dibawanya terus diterima ramai.

"Saya sedar sekarang ini terlalu banyak genre muzik. Tidak dinafikan juga muzik indipendent semakin mendapat perhatian.

"Namun begitu, jiwa saya yang begitu kuat dengan muzik gambus membuatkan saya akan terus dengan muzik ini. Malah, saya akan berusaha menarik perhatian anak muda sekarang untuk sama-sama menghayati muzik gambus.

"Saya yakin setiap orang punya cita rasa sendiri terhadap muzik dan muzik gambus pasti ada peminatnya juga dan kerana itulah saya bertahan dengan muzik ini sehingga kini," katanya yang baru muncul dengan album kedua bertajuk Hanya Satu Fauziah Suhaili Puteri Gambus.

Selepas album keduanya terhasil, Fauziah turut terharu apabila lagu Zapin Seloka Kasih yang terdapat di dalam album ini terpilih antara lima lagu terbaik untuk kategori Pop Etnik Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 21 (AIM21).

Album ini merupakan satu penerbitan di bawah pelan tindakan di bawah Program Pemangkin Jangka Pendek Seni Persembahan bagi membangunkan kandungan tempatan yang berkualiti mempunyai kebolehupayaan membangunkan industri kreatif yang berdaya maju ke peringkat global.

Program Pemangkin Jangka Pendek Seni merupakan program di bawah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), sebuah jabatan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Mengulas mengenai album keduanya yang memuatkan 11 lagu itu, Fauziah berkata, untuk album ini dia memilih pelbagai jenis genre yang menggabungkan elemen gambus.

Padanya, dengan cara ini saja boleh membuatkan orang ramai lebih tertarik untuk mendengar.

"Saya sedar muzik tradisional agak sukar mendapat tempat dalam kalangan peminat sekarang ini. Oleh itu, saya harus bijak mengatur strategi dan cara mencampurkan pelbagai muzik di dalam album ini adalah yang terbaik dan menarik.

"Lagi pun saya lihat sekarang ini orang lebih tertarik dengan jenis muzik yang menerapkan pelbagai elemen. Ini juga supaya dapat menarik perhatian anak muda untuk mendengar muzik tradisional dalam rentak yang lebih segar dan enak didengar.

"Saya juga bersyukur JKKN turut memberi kerjasama dalam penghasilan album kedua ini dan ini lebih memudahkan usaha saya dalam memartabatkan muzik gambus," katanya. 

- Sumber: Astro Awani 

Pemancing hilang ditemui lemas

KEMAMAN - Seorang lelaki yang dilapor hilang Rabu lalu selepas memancing di Sungai Cherul, Kampung Ban Hoe di sini ditemui lemas pagi tadi.

Mayat Rimedan Seman, 25, dijumpai anggota pasukan bomba dan penyelamat kira-kira pukul 7.50 pagi, lima meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam sungai dan hanyut.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri, Ismail Mat Hassan berkata mayat mangsa telah diserah kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.

Sementara itu di Dungun, seorang tukang sapu di sebuah institut memandu maut apabila motosikalnya dirempuh kenderaan lain di Jalan Teluk Gadong berhampiran Kelab Golf Dungun tengah malam tadi.

Ibu kepada lima orang anak Norliza Ba'i, 44, dari Kuala Abang dipercayai dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang pemuda berumur 22 tahun. 

- Sumber: Bernama

Cikgu ‘unsung hero’ di SK Manek Urai Lama

Anggota tentera membantu menurunkan bantuan ke Sekolah Kebangsaan Manek Urai yang terputus hubungan melalui jalan darat di Kuala Krai.

SHAH ALAM - Tindakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Lama di Kuala Krai yang menghantar pesanan ringkas kepada pasukan penyelamat kemudian menutup telefon bimbitnya bagi menjimatkan bateri mampu menyelamatkan nyawa ratusan mangsa banjir yang terperangkap di sekolah itu.

Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkongsi cerita tersebut ketika menjadi panel pada Wacana Sinar Harian siri ke-34, Kelantan Pasca Banjir: Bicara Hati ke Hati Pas, Umno Bangunkan Semula Kelantan yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, semalam.

Ketika kejadian pada 25 Disember lalu, pelbagai maklumat tersebar di aplikasi WhatsApp dan laman sosial mengaitkan sekolah berkenaan.

Namun, kata Md Alwi, bantuan yang dihantar pihak berkuasa tidak dapat sampai ke lokasi pada malam kejadian tersebut.

“Misalnya SK Manek Urai Lama yang tersebar WhatsAapp kata 200 orang mati...runtuh. Sebenarnya pada malam 25 Disember itu, Datuk Mustafa (Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed) ketika itu masih di Mekah dan saya menghubungi Panglima Angkatan Tentera sebab ramai wakil rakyat dah minta tolong.

“(Selepas) Itulah helikopter pergi (ke sekolah). Untuk makluman di sekolah itu, mereka berpindah dari tingkat satu ke tingkat empat. Bayangkan mereka di sana dari 24 Disember hingga 26 Disember. Kita hantar helikopter dan bot tapi tak boleh masuk,” ceritanya.

Mengimbas kembali situasi itu, beliau menyebut tentang seorang guru yang tidak diceritakan jasanya.

“Ada seorang cikgu...dia memang ‘unsung hero’. Telefon bimbitnya masih mempunyai bateri jadi, dia SMS kemudian dia tutup telefon untuk jimat bateri. SMS dia lah sebenarnya yang datang meminta tolong.

“Nasib baik bomba ada kenderaan amfibia bomba, pada malamnya, kenderaan ini sampai ke sekolah tapi bukan SK Manek Urai Lama, sekolah yang sebelah lagi. Sebab elektrik dah putus dan tak dapat nak beri ‘signal’, dia hanya dengar bunyi enjin bot.

“Kemudian dia hubungi kita balik. Alhamdulillah pagi esoknya, barulah helikopter dapat masuk dan Tan Sri Panglima Tentera Darat sendiri turun dengan tali bawa makanan dan air kepada mereka,” katanya.

25 Disember lalu, Sinar Harian melaporkan lebih 400 mangsa banjir yang terpaksa mendiami tingkat tiga SK Manek Urai Lama berikutan air menenggelamkan sehingga tingkat dua bangunan berkenaan, dilaporkan selamat.

- Sumber: Sinar Harian 

Ali Abdullah cinta hati baharu Sharifah Aleya

ALI Abdullah cinta hati baharu Sharifah Aleya. - Foto Sharifah Aleya

KUALA LUMPUR: Selain Nurul Depp, Sharifah Aleya turut berkongsi gambar wajah anaknya di laman Instagram sekitar sejam lalu. 

Bekas penyampai radio Hot FM itu melahirkan anak lelaki secara normal jam 5.52 pagi pada 9 Januari lalu. 

Bayi seberat 2.53 kilogram itu dilahirkan di Universiti Malaya Specialist centre dan diberi nama Ali Abdullah Mohammed Azam. 

Bayi berkenaan hasil perkongsian hidupnya bersama Mohammed Azam Abdullah atau Miko Abdullah sejak 11 Januari 2013.


Menerusi perkahwinan pertamanya sebelum ini, Aleya yang juga kakak kepada aktres Sharifah Amani, dikurniakan dua cahaya mata kembar perempuan iaitu Asha Ameena dan Aza Ameena.

- Sumber: Berita Harian 

AJL29... Tam Spider hambur rasa terkilan

ORANG penting untuk lagu Di Pintu Syurga (dari kiri) Imran Iman, Tam dan Dayang Nurfaizah.

KUALA LUMPUR: Bagaikan tak lengkap kejayaan lagu Di Pintu Syurga yang dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu Ke-29 (AJL29) baru-baru ini apabila pencipta lagunya, Tam Mustafah atau Tam Spider tidak hadir meraikan kejayaan pada malam itu.

Pada malam kemuncak AJL29, hanya penulis lirik, Imran Iman dan penyanyinya, Dayang Nurfaizah saja yang berada di atas pentas pada saat nama lagu itu diumumkan oleh pengacara, Scha Alyahya dan AG Hot FM. 

BH Online menghubungi Tam sendiri untuk bertanyakan kenapa beliau tidak hadir pada malam bersejarah itu. 


"Tiada isu pun sebenarnya untuk diperbesar-besarkan tentang ketidakhadiran saya. Cuma saya agak terkilan dengan apa yang terjadi. Memang saya sekarang dalam proses berpindah rumah dan hal berkenaan tiada kaitan langsung dengan kenapa saya tidak hadir menyaksikan AJL29 tempoh hari.

"Sejujurnya saya tidak datang menyaksikan malam kemuncak AJL29 tetapi ada menyerahkan dua pas kepada teman saya yang juga terbabit sebagai 'arranger' untuk lagu Di Pintu Syurga. Saya hanya menontonnya di rumah saja.

"Teman saya itu datang dengan isterinya. Tapi saya kurang pasti atas alasan apa, dia tidak dibenarkan masuk ke dalam Stadium Putra Bukit Jalil. Sekalipun dia hanya mewakilkan saya, dia patut ada akses untuk menontonnya. 

"Akhirnya mereka hanya mendengar siaran langsung itu dalam kereta menerusi frekuensi di radio," kata komposer yang juga penyanyi kumpulan Spider itu.

Tambah Tam lagi, beliau bersama isteri dan anak-anaknya turut teruja untuk menyaksikan sesi raptai AJL29 diadakan sehari sebelum acara berkenaan berlangsung iaitu pada hari Sabtu. 

Namun mendukacitakan beliau dan keluarganya apabila tidak dibenarkan masuk.

"Saya ada pas tetapi pihak yang bertugas di stadium cakap pas itu tak ada sticker pula, jadi memang tak boleh masuk. Saya sudah lama dalam industri ini dan bukan diminta dilayan itu dan ini. Tak perlu pun nak kompang kehadiran saya malam raptai itu.

"Cukup izinkan saya menonton raptai AJL29 saja. Saya sedar nak bawa anak kecil ke majlis berprestij akan menyukarkan keadaan dan sebab itu saya datang majlis raptai saja. Tapi lain pula jadinya dan saya sekeluarga pulang kehampaan...hilang mood.

"Saya malas nak kecoh benda ini. Malah sesama pasukan untuk lagu ini pun berusaha untuk meminta izin saya dibenarkan masuk ke stadium tapi tak lepas juga," katanya.

Ditanya mengenai kemenangan lagu Di Pintu Syurga yang turut memenangi kategori Vokal Terbaik untuk Dayang Nurfaizah, beliau menjelaskan kemenangan itu milik semua yang bekerja keras.

"Ini kemenangan satu pasukan. Tanpa penulis lirik, lagu ini takkan ada maknanya. Tanpa ada pihak Indigital Music, lagu ini takkan dipromosikan sebaik mungkin dan tanpa Dayang Nurfaizah sendiri sebagai penyanyi, lagu ini takkan dialunkan begitu indah. 

"Ia berkait rapat dan rezeki kami sama-sama," katanya.

Tempat ketiga AJL29 membolot hadiah wang tunai RM20,000 dan trofi manakala Vokal Terbaik disandang Dayang Nurfaizah yang membawa pulang wang tunai RM12,000 berserta trofi.

- Sumber: Berita Harian 

Paris Hilton tiba di Malaysia buat pertama kali

Paris Hilton ke Malaysia untuk konsert #PartyofTheCentury

Sosialit terkenal Amerika Syarikat Paris Hilton tiba di Malaysia dan dijangka akan mengadakan persembahan di Empire City, Damansara Perdana, malam ini.

Pada Khamis, Paris memuatnaik fotonya di laman Instagram ketika berada di dalam pesawat sebelum berlepas ke ibu negara dan meluahkan rasa terujanya untuk ke sini.

Paris turut dilihat berkongsi gambar ketika sesi latihan dan uji suara sebelum konsert bermula malam ini.

“Selamat tinggal Dubai! Berlepas ke Kuala Lumpur! Tak sabar untuk ke Malaysia buat pertama kali!

“Tak sabar untuk membuat persembahan di konsert #PartyofTheCentury @EmpireCity Jumaat ini di Kuala Lumpur,” kata Paris dalam Instagramnya.

Konsert eksklusif #PartyofTheCentury ini turut akan disertai kumpulan pop Korea, 2AM, Taboo dari kumpulan Black Eyed Peas dan penyanyi dari Australia, Mark Vincent.

Konsert yang bertemakan tahun 1920an akan bermula sekitar jam 7 petang dengan acara karpet merah bagi meraikan ketibaan selebriti terkenal.





- Sumber: Astro Awani 

Apa maksud komitmen RM1 juta kerajaan kepada 1MDB?

KHAIRUDDIN: Apa maksud komitmen RM1 juta kerajaan kepada 1MDB?

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menjelaskan serta butiran kepada rakyat mengenai kenyataan komitmen berbentuk saham bernilai RM1 juta untuk syarikat pembangunan strategik milik penuhnya, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, kenyataan itu disifatkan tidak bijak sekali gus cuba menutup kelemahan kerajaan kepada rakyat.

"Bagaimana dengan jaminan hutang kerajaan terhadap 1MDB? Bagaimana dengan tanah-tanah yang kerajaan berikan kepada 1MDB?

"Apa sebenarnya maksud kerajaan terhadap kenyataan semalam? Rakyat mahu tahu semua itu," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Pada Rabu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan, kerajaan hanya membuat komitmen berbentuk saham sebanyak RM1 juta untuk 1MDB dan kini memberi aset bernilai RM50 bilion.

Ia ditambah kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang memaklumkan, keputusan penuh tahunan untuk 12 bulan 1MDB yang berakhir pada 31 Mac tahun lepas membuktikan tahun yang produktif untuk kumpulan di mana ia memperoleh beberapa aset tenaga dan hartanah berkualiti tinggi untuk portfolionya yang semakin berkembang.

Dalam pada itu jelas Khairuddin, kelantangannya sebelum ini adalah perjuangan ikhlas yang harus diikut semua.

"Saya tidak pernah mengambil kesempatan dari perjuangan menyelamatkan negara.

"Ini usaha menentang penyelewengan dan dan menutup kemungkaran sudah tidak lagi relevan kini. Perjuangan melawan kemungkaran tidak harus memilih 'bulu'," jelasnya.

Khairuddin sebelum ini membuat laporan polis dan meminta siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca masalah kepincangan pentadbiran kewangan yang dihadapi syarikat tersebut.

Tindakan Khairuddin dilihat turut mendapat sokongan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang turut menyatakan tidak berpuashati dengan penjelasan yang dibuat 1MDB berkaitan pelaburan sebanyak RM8.3 bilion yang dilaburkan di Kepulauan Cayman.

Dr Mahathir berkata penjelasan yang diberikan oleh 1MDB bahawa pelaburan tersebut telah diperolehi semula tidak memberi apa-apa pencerahan.

Isu berkenaan turut mendapat perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memberi jaminan akan bertindak secara telus dan profesional dalam isu melibatkan 1MDB selaras dengan Akta SPRM 2009. 

- Sumber: Astro Awani 

Wanita ditipu 'artis kegilaan'

Wani nyaris terpedaya dengan tipu helah si penjual gajet murah.

KULIM - Berbekalkan gambar profil seorang artis tanah air, ia mampu mencairkan hati wanita dan juga mangsa di luar sana untuk membeli gajet yang tidak pernah wujud dengan harga yang murah berbanding di pasaran.

Wani (bukan nama sebenar), 26, menceritakan detik perkenalannya dengan lelaki yang mengaku seorang artis yang juga pemuzik untuk memerangkap mangsa pada tahun lalu.

Menurutnya, suspek yang juga menggunakan profil artis kegemarannya itu telah menambahnya sebagai kenalan dan menghantar mesej di Facebook.

“Pada mulanya saya sangat teruja kerana ada artis yang disukai membuat permintaan untuk menambah kenalan dengan saya di Facebook.

“Apa yang membuat saya yakin dia seorang artis kerana maklumat profilnya lengkap dan gambar yang dimuat naik adalah gambar peribadinya.

“Mula-mula saya hanya berbalas mesej dengannya dan sejak seminggu mengenalinya dia mula mempromosi barangan gajet yang kononnya dijual dengan harga murah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tambahnya, dia menawarkan harga RM1,700 setelah berlakunya tawar-menawar untuk lima jenis gajet termasuk dua telefon bimbit berjenama dan komputer riba.

“Saya memang berminat dengan tawaran itu dan mempercayai dia seorang artis selain tidak mungkin akan menipu.

“Jadi saya telah menawarkan barangan tersebut kepada salah seorang saudara saya dan dia juga berminat untuk mendapatkannya,” katanya.

Wani berkata, namun tindakan bijak saudaranya itu membuat pemeriksaan di internet mengenai artis tersebut mendapati ia adalah satu penipuan dan berjaya menyelamatkan mereka daripada menjadi mangsa penipuan tersebut.

“Saya telah menghantar salinan kes penipuan yang menggunakan profil tersebut kepada lelaki itu namun dia mula mengugut saya dengan menyatakan mahu membawa perkara itu ke mahkamah dan menghebahkan melalui satu program televisyen,” katanya.

Selain itu, katanya, kerana rasa diri telah ditipu, akaun Facebook individu penjual gajet itu dihalang dan dikeluarkan daripada senarai rakannya di laman media sosial tersebut.

“Selepas ini, saya akan lebih waspada dan tak mudah terpengaruh. Saya hampir ditipu yang mungkin akan mendatangkan pelbagai masalah, sekiranya wang telah dipindahkan ke akaun penipu tersebut namun barang tidak diperolehi,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

Raja Abdullah dikebumi 3 petang


Raja Abdullah

ARAB SAUDI - Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz yang diumumkan mangkat awal pagi ini dijadualkan dikebumikan jam 3 petang waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia).

Memetik laporan CNN, maklumat rasmi tersebut telah dikeluarkan sebentar tadi.

“Dijangka pemimpin-pemimpin dunia akan memberi penghormatan terakhir kepada baginda hari ini.

“Mungkin Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama akan datang menziarah tapi masih tiada maklumat rasmi daripada pihak Obama,” kata laporan itu.

Raja Abdullah dimasukkan ke hospital kerana menghidap jangkitan pada paru-paru dan meninggal dunia pada usia 90 tahun.

Takhta Raja Arab Saudi yang baharu diwarisi adik baginda, Putera Salman Abdulaziz, 79.

- Sumber: Sinar Harian 

Aeril, Wawa Zainal bersanding hujung bulan ini

Aeril Zafril dan Wawa Zainal

PASANGAN selebriti popular, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akhirnya berpeluang merasai detik-detik indah diraikan dalam majlis bersanding apabila satu majlis meraikan mereka bakal diadakan pada 31 Januari ini. 

Pun begitu, majlis persandingan yang akan diadakan di Dewan Kenangan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSK) adalah bersempena Malaysian International Wedding Festival (MINWEF) yang telah melantik mereka sebagai duta festival perkahwinan tersebut.

Memetik laporan Media Hiburan, majlis yang akan berlangsung mengikut adat itu lengkap dengan kompang bakal disaksikan oleh orang ramai dan bukannya saudara-mara seperti kebiasaan. 

Peminat yang ingin inginmelihat majlis persandingan pasangan ini, bolehlah menghadiri festival perkahwinan ini yang akan bermula 28 Januari hingga 1 Februari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di Dewan MPSK.

- Sumber: Sinar Harian 

Asteroid 500m diameter hampiri bumi

KUALA LUMPUR - Asteroid 2004 BL86 bersaiz kira-kira 500 meter diameter (0.5km), yang menghampiri bumi setiap 200 tahun sekali, akan muncul semula pada 27 Januari ini, jam 12.20 tengah malam.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan hari ini berkata, pada Selasa depan Asteroid itu akan berada paling hampir dengan bumi pada jarak kira-kira 1.2 juta kilometer atau lebih kurang tiga kali jarak bumi ke bulan. 

"Kecerahan Asteroid 2004 BL86 dianggarkan pada magnitud kesembilan dan bergerak pada orbitnya mengelilingi matahari dengan kelajuan 56,420km sejam pada 26 dan 27 Januari. 

"Pada kedudukan ini, ia kelihatan bergerak di hadapan bintang-bintang dan dapat dilihat hanya menerusi teleskop atau binokular berkuasa tinggi," menurut kenyataan itu. 

Asteroid 2004 BL86 ini telah ditemukan oleh teleskop Lincoln Near-Earth Asteroid Research (Linear) di White Sands, New Mexico pada 30 Januari 2004.

"Para penyelidik di seluruh dunia menjangkakan, selepas kemunculan Asteroid 2004 BL86 pada tahun ini, tiada asteroid lain yang diketahui akan berada paling hampir dengan bumi sehingga tahun 2027.

"Orang ramai tidak perlu bimbang kerana ia tidak akan mendatangkan sebarang bahaya kepada bumi," menurut kenyataan itu. 

Untuk mencerap, orang ramai boleh merujuk kepada buruj Cancer dan lokasi pencerapan mestilah jauh daripada pencemaran cahaya di kawasan yang lapang dengan keadaan cuaca yang mengizinkan.

"Observatori Negara Langkawi (ONL) dengan kerjasama Angkasa juga akan menjalankan pencerapan Asteroid 2004 BL86 pada 27 Januari," kata kenyataan itu. 

Angkasa mengalakkan orang ramai yang memiliki teleskop sendiri, untuk berkongsi gambar di laman sosial Angkasa iaitu Facebook: Agensi Angkasa Negara dan Twitter: angkasamalaysia.

Imej yang dimuat naik juga boleh diletakkan hashtag: #ASTEROID2004BL86Malaysia. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi ONL di talian 04-966 8870 atau Planetarium Negara di talian 03-2273 4303 dan e-mel di webmaster@angkasa.gov.my/planetariumweb@angkasa.gov.my. 

- Sumber: Bernama

The 2015 Mazda 2 pitted against its competitors


At long last, the Mazda 2 Skyactiv has made its way onto our shores. With a price tag of RM 87,956 and an impressive spec sheet to back it up, the new Skyactiv entry from Mazda does appear to be a good choice for those looking to buy a B-segment hatchback. And for those who want a B-segment sedan, the Mazda 2 is available in that bodystyle as well.

However, the B-segment market is a highly contested arena and the Mazda 2 enters the market facing off against several competitors. We picked the worthy ones here and here’s how they stack up according to the two body styles introduced by Bermaz Motor.

Bear in mind, however, that this isn’t a flat-out drive comparison, but more of a list of other cars you should be looking at if you’re in the market for either a B-segment hatch or sedan. What conclusions we have been able to draw come purely from what’s on paper for each of these cars, and some experience of having driven a few of these cars individually.

2015 Mazda 2 Skyactiv Hatchback against the…

2014 Ford Fiesta 1.5L Sport


Priced at RM 87,001, the Fiesta had undergone a slight refresh in 2014 but still remains one of the sportiest hatchbacks money can buy. To go along with its reputation is a 1.5-litre four-cylinder Ti-VCT engine producing lesser horsepower than the Mazda 2 (112 hp vs 114 hp), but more torque (170 Nm vs 148 Nm). If more power is what you need, a 1.0-litre EcoBoost model is available as well but you’ll have to pony up more than an extra RM 9,000 for it.

On the downside, the Ford Fiesta isn’t as ‘well specified’ for features and equipment as the Mazda 2, especially when you consider that the Mazda comes standard fit with an MZD Connect infotainment unit, a Head-Up Display system, and so much more.


2014 Honda Jazz 1.5L i-VTEC



Up next is the Honda Jazz which is by far one of the most ‘practical’ cars you can find today. Two words: ‘ULTRA,’ ‘Seats.’ As you can see in our gallery here, the Jazz has an impressive cargo carrying capacity for a vehicle its size. On the road, the Jazz’s handling is another one of its advantages with a well-sorted chassis, making high speed cruising a casual affair.

If, however, you prefer a car that was built for performance, rather practicality, then look no further than the Mazda 2. Likewise, if you demand for more space than pace from your B-segment hatch, there’s nearly nothing better, in our minds, than the Jazz.


2014 Peugeot 208 5-Door


Hailing from France, the 208 comes with a price that undercuts all the above competitors. And it doesn’t skim on spec either. A full suite of safety systems, six airbags and an impressive infotainment system are just the few things that make the 208 a worthy purchase. The punchy 1.6-litre engine also delivers more power than the Mazda 2’s.

However, the Mazda is still to us the better driver’s car. The 208 has its perks cut out for you if you want the banging Arkamys audio system, fancy infotainment screen and cool features. If spirited driving isn’t your goal, the 208 would suit you just fine.


2015 Mazda 2 Skyactiv Sedan against the...

2014 Volkswagen Polo Sedan CKD


There’s a heftier price to pay for German engineering, so it seems. While the Volkswagen Polo Sedan has itself a fair chance amongst the group of B-segment sedans, its appeal has aged amidst the dawn of the all-new Honda City, all-new Toyota Vios and now the Mazda 2. Local assembly of the Polo Sedan hasn’t helped its price undercut too much in the segment either, with even the CBU Mazda 2 being sold in Malaysia for just a tad under the Volkswagen.

The Polo Sedan drives well, is a handsome looker, and we’ve got no reservations about its quality. However, given its lengthy spell in the market, time has certainly taken its toll on the Polo’s appeal.

2014 Honda City 1.5L i-VTEC



As the current king of the hill, the Honda City is the number one rival for all looking to enter the B-segment sedan market. Spacious, well-specced, and all wrapped up in superior packaging, the City was one of the main reasons behind Honda Malaysia’s successful 2014.

However, the City is not what many would consider a driver’s car. It does the everyday route beyond fantastically, but it just wasn’t designed to fascinate those with a passion for spirited driving. For function, the City wins, hands down. For form around a hairpin, all hail the Mazda 2.

Here, in the battle for B-segment sedan supremacy, it’s really your call: spirited driving with the spec to prove it, or everyday hero with more rear legroom than a Toyota Camry?

2014 Toyota Vios 1.5L



Timeless, that’s the word we’d used to place the Viosinto this comparison. Going with the “if it ain’t broke, don’t fix it” principle, the Vios’ appeal has even undergone a bit of a refresher in the local market: adding a few new features such as keyless operation and an Android-based infotainment system.

The same principle is personified in the powertrain as well. The familiar 1NZ-FE engine with a 1.5-litre displacement is paired to a simple 4-speed automatic transmission. The sheer simplicity of the powertrain equates to a reliable vehicle that’s been tried and tested over the years.

- Source: www.carlist.my

Oil surges after Saudi King's death

Oil prices have more than halved since the middle of last year, dragged down by an oversupply of crude in the face of weak global demand.

SINGAPORE: Oil prices surged Friday following the death of Saudi Arabia's King Abdullah, with investors watching to see if his successor will maintain production levels in the face of a global supply glut.

US benchmark West Texas Intermediate (WTI) for March delivery soared as much as 3.1 percent in New York after the Saudi royal court announced the death.

Oil prices have more than halved since the middle of last year, dragged down by an oversupply of crude in the face of weak global demand.

Saudi Arabia, the world's top oil exporter, added to the slide when it led OPEC's decision to keep the cartel's production quota unchanged at a meeting in November.

In midday Asian trade on Friday, WTI for March delivery was up 84 cents, or 1.81 percent, at $47.15 a barrel. Brent crude for March jumped 87 cents, or 1.79 percent, to $49.39.

"The market is probably uncertain over what the new king would do about this over supply issue," said Daniel Ang, an investment analyst with Phillip Futures in Singapore.

"The market was just pricing this uncertainty," he told AFP.

Oil prices tumbled on Thursday after news the European Central Bank launched a vast bond-buying programme aimed at kickstarting the eurozone economy. The news pushed down the euro, making dollar-priced oil relatively more expensive.

King Abdullah bin Abdulaziz is replaced by Crown Prince Salman, the royal court said in a statement after his death on Friday.

Analysts said the focus will turn to whether Salman, 79, keeps Ali al-Naimi as the country's oil minister -- a position he has held since 1995.

"This is the OPEC's biggest producer we are talking about here," said David Lennox, a resource analyst at Fat Prophets in Sydney.

"People will want to know more about the intentions of the successor to the throne," he told AFP.

Michael McCarthy, chief market strategist at CMC Markets in Sydney, said he expects a smooth transition as the new king has already been making key executive decisions on oil and gas affairs.

Main producer

"However, Saudi could in the short-term pull back slightly on oil production as a precautionary measure in this transitional phase," he told AFP.

"At the moment there is no indication that the Saudis will slash output production by a large amount."

Oil prices have lost more than half their value since June, when they were sitting at more than $100 a barrel.

The Organization of the Petroleum Exporting Countries, which supplies about 40 percent of the world's oil, accelerated the fall when it kept its output target at 30 million barrels a day at a November 27 meeting.

Saudi Arabia has rejected calls from some of the cartel's 12 members to slash output, preferring instead to lower prices in a bid to gain market share.

OPEC is facing a growing challenge from the US, where booming shale oil production has flooded the market with supplies and reduced demand for imports from the world's top crude consumer.

King Abdullah, believed to be around 90 years old, was hospitalised in December suffering from pneumonia and had been breathing with the aid of a tube.

He died on Friday at 1:00 am (2200 GMT) and will be buried later in the day following afternoon prayers.

In recent years, his advanced age and poor health had raised concerns about the future leadership of one of the world's key oil producers.

Salman was named crown prince in June 2012 following the death of Prince Nayef bin Abdulaziz.

Salman had been representing the king at most recent public events because of the monarch's poor health.

In March 2014, King Abdullah named his half-brother Prince Moqren as a second crown prince, in an unprecedented move aimed at smoothing succession hurdles.

Since the death in 1952 of King Abdulaziz al-Saud, the founder of Saudi Arabia, the throne has systematically passed from one of his sons to another. 

- Source: AFP 

Top 10 kelab bolasepak terkaya dunia


Real Madrid kekal kelab bola sepak terkaya di dunia berdasarkan pendapatan musim 2013-2014.
Berikut senarai 10 kelab terkaya berdasarkan laporan Deloitte Football Money League.

1: Real Madrid: AS$639 juta
2: Manchester United: AS$602.3 juta 
3: Bayern Munich: AS$566.8 juta 
4: Barcelona: AS$563.5 juta 
5: Paris Saint-Germain: AS$551.5 juta
6: Manchester City: AS$481.9 juta 
7: Chelsea: AS$451.1 juta 
8: Arsenal: AS$417.9 juta
9: Liverpool: AS$355.8 juta 
10: Juventus: AS$325 juta 

- Sumber: Reuters 

Belasah suspek jenayah tidak akan selesaikan masalah

LEE: Belasah suspek jenayah tidak akan selesaikan masalah. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Trend orang ramai membelasah suspek atau penjenayah yang ditangkap sebelum menyerahkannya ke balai polis dilihat tidak dapat menyelesaikan apa-apa masalah berkaitan kes berkenaan.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, masyarakat harus sedar menggunakan kekerasan lebih-lebih lagi sehingga menyebabkan penjenayah menemui maut adalah satu tindakan yang melanggar undang-undang.

"Kejadian yang berlaku memang dianggap serius kerana ia membabitkan keganasan. Apabila sesuatu kejadian berlaku dan orang ramai menghukum dengan menggunakan keganasan sehingga menyebabkan kematian... saya rasa tindakan ini harus dikutuk sekeras-kerasnya.

"Keganasan ini tak boleh mengatasi apa-apa masalah. Laporkan sahaja kepada pihak polis dan biarkan mereka yang menyiasat serta menentukan kebenaran setiap laporan.

"Jika suspek dihukum sehingga meninggal dunia, siapa yang terlibat pula akan dilabel penjenayah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Lee mengulas kejadian seorang remaja yang maut akibat dibelasah sekumpulan lelaki di Georgetown, Pulau Pinang pada Rabu.

Remaja berusia 16 tahun itu, seorang anak yatim piatu, dikatakan mencuri barangan milik majikannya di premis mencuci kenderaan tempat dia bekerja.

Laporan bedah siasat menunjukkan mangsa mati akibat kecederaan parah di bahagian kepala akibat dipukul dan dihentak sehingga menyebabkan otak mangsa membengkak dan berlaku pendarahan.

Tambah Lee lagi, walaupun tindakan orang ramai yang memukul suspek jenayah itu dikatakan berlaku secara spontan, perkara itu seharusnya tidak berlaku tanpa siasatan terperinci.

"Memang biasa kita lihat situasi itu berlaku. Misalnya peragut ditangkap atau mana-mana pencuri yang diberkas penduduk di sesebuah kawasan kejiranan.

"Sebaiknya siasat dahulu dan rujuk kes itu kepada anggota keselamatan; jangan terlalu ghairah untuk memukul suspek tanpa siasatan," jelasnya.

Isu orang ramai membelasah suspek penjenayah sering berlaku di negara ini. Dalam beberapa kes yang dilaporkan, tindakan telah menyebabkan suspek cedera parah dan ada juga sehingga menyebabkan kematian.

- Sumber: Astro Awani 

Real Madrid kelab bola sepak terkaya di dunia

Real Madrid kekal kelab bola sepak terkaya di dunia

Real Madrid kekal kelab bola sepak terkaya buat tahun kesepuluh berturut-turut, menurut laporan yang dikeluarkan Deloitte, Football Money League.

Sementara itu, Manchester United melonjak dari tempat keempat untuk menduduki tangga kedua berdasarkan pendapatan musim 2013-2014.

Ia diikuti kelab Jerman, Bayern Munich, seteru utama Real, Barcelona dan Paris Saint-Germain dari Perancis.

Peningkatan hasil pendapatan menerusi nilai komersil dan penyiaran antara faktor lonjakkan United ke tempat kedua.

Walaupun berdepan musim yang tidak menentu, hasil pendapatan United meningkat kepada AS$599.4 juta pada musim 2013-2014 berbanding AS$424 juta musim sebelumnya, dengan hasil komersial meningkat 24% dan pendapatan hak penyiaran meningkat 34%.

Real Madrid yang menjuarai Liga Juara-juara Eropah buat kali kesepuluh musim lalu menyaksikan pulangan hasil sebanyak AS$639 juta.

Empat kelab England yang lain, Manchester City, Chelsea, Arsenal dan Liverpool terus tersenarai dalam sepuluh kelab terkaya bagi musim 2013-2014. 

- Sumber: Reuters

Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz mangkat

Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz mangkat

RIYADH: Raja Abdullah bin Abdulaziz mangkat pada Jumaat, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh istana diraja.

Putera Mahkota Salman turut diumumkan sebagai pengganti mewarisi tahkta negara yang terkenal dengan hasil minyak.

Raja Abdullah, 90 tahun dimasukkan ke hospital kerana menghidap jangkitan pada paru-paru.

Baginda menaiki takhta pada tahun 2005.

- Sumber: AFP

Tuduhan Chegu Bard mengarut, kata Syed Ali

Syed Ali Alhabshee

"Tuduhan Chegu Bard kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menjalin kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sebagai karut dan pembohongan besar,".

Demikian reaksi Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengenai kenyataan pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard yang mendakwa Dr Mahathir menjadi punca sebenar kecelaruan politik negara.

“Apa kena mengena Najib dengan Anwar, ini semua karut dan cuba mengelirukan ahli-ahli parti, isu Daim juga tidak ada kaitan dengan Najib khususnya Umno,” katanya dalam blognya.

Beliau menjelaskan, Dr Mahathir telah berjaya membina kekuatan baru kepada negara, rakyat dan Umno selama lebih 22 tahun beliau menjadi perdana menteri serta berjaya mengangkat martabat orang Melayu di mata dunia.

Sehubungan itu beliau menyangkal keras tuduhan bahawa Dr Mahathir menjadi punca kepada kecelaruan politik dan pentadbiran negara kerana tuduhan tersebut hanyalah untuk memecahbelahkan perpaduan di kalangan ahli-ahli Umno.

“Pembangkang tidak ada kerja yang lebih bermanfaat untuk rakyat selain daripada memburuk-burukkan pemimpin Umno dan mencetuskan provokasi liar,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Syed Ali berkata , Chegu Bard sengaja melontarkan tuduhan tersebut dan menuduh Dr Mahathir mempunyai strategi bagi menjatuhkan Najib.

“Dia menamakan Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Musa Hitam dan Anwar Ibrahim sebagai antara mangsa buli, ini semua rekaan jahat pembangkang untuk memecahbelahkan Umno.

"Tuduhan jahat tersebut sengaja diada-adakan untuk mencemarkan nama baik Dr. Mahathir disamping usaha melaga-lagakan beliau dengan Najib," katanya.

Jelas beliau, Dr Mahathir mempunyai kebebasan dan ruang untuk memberikan pandangan dan teguran, malah teguran tersebut tidak bermakna beliau menyerang kepimpinan Najib.

Malah kata Syed Ali, beliau percaya Najib juga menerima pandangan dan kritikan daripada Dr Mahathir dengan berlapang dada dan menyifatkannya sebagai membina untuk kebaikan rakyat, negara dan parti.

- Sumber: Sinar Harian 

Pemancing hilang di Sungai Banho, Hulu Cerul

Kerja mencari dan menyelamat mangsa turut mendapat bantuan penduduk kampung.

Anggota bomba melakukan selaman di lokasi kejadian.


KEMAMAN – “Baru tujuh bulan kami kahwin tiba-tiba jadi tragedi ini, namun selagi dia tidak dijumpai.. saya akan terus berdoa agar dia selamat.”

Hanya ungkapan itu mampu terucap pada bibir Nurul Liana Abdul Latif, 28, selepas suaminya, Rimedan Seman, 25, yang keluar memancing dikhuatiri lemas apabila dihanyutkan arus sungai berpusar dalam kejadian di Sungai Banho, Hulu Cerul, kira-kira jam 7.30 petang kelmarin.

Sebelum insiden itu, mangsa yang datang memancing bersama 10 rakannya turut memasang khemah kerana mahu bermalam di kawasan tebing sungai itu.

Bagaimanapun, selepas memancing hingga senja, mangsa yang cuba menyeberang sungai keseorangan untuk pulang semula ke khemah hilang bersama pusaran arus deras sungai itu.

Nurul Liana berkata, dia turut melakukan solat hajat sebagai ikhtiar agar suaminya itu dapat ditemui segera.

“Semasa keluar rumah, abang (Rimedan) sangat ceria, malah untuk pergi memancing dia sanggup ambil cuti.

"Tak sangka begini pula jadinya, namun walau apapun berlaku saya akan tetap tunggu kepulangannya,” katanya sebak.

Nurul Liana bersama suaminya yang bekerja di sebuah syarikat swasta di kawasan perindustrian petroleum di Paka, Dungun tinggal bersama kedua ibu bapa mertuanya di Felda Neram 1.

Adik mangsa pula, Risbulah, 22, berkata, sebelum keluar rumah abangnya itu memberitahu akan pulang pada pagi hari ini (Khamis).

“Abang cakap dia akan berada di sungai itu hanya untuk satu malam sahaja. Semasa abang keluar, tidak timbul rasa bimbang dalam hati saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Zon 2 Bomba Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II Azmi Ab Rahim berkata, sebaik menerima panggilan orang ramai jam 9. 28 malam, sepasukan anggota bomba terdiri daripada lapan anggota dan dua anggota bomba bantun dari Balai Bomba Cheneh bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, 10 rakan mangsa tidak dapat menyelamatkannya semasa dia dihanyutkan arus deras berikutan keadaan air sungai yang berpusar dan berbahaya.

“Disebabkan keadaan sudah malam dan cuaca gelap semalam (kelmarin) terpaksa dihentikan dan operasi mencari mangsa diteruskan pada jam 8 pagi ini (semalam) dengan bantuan penduduk kampung, anggota Rela dan polis di lokasi kejadian," katanya.

Namun, sehingga jam 6 petang semalam, mangsa masih belum ditemui dan operasi bersambung hari ini.

- Sumber: Sinar Harian