Thursday, 5 December 2013

'Chef jangan malas'

Redzuawan Ismail
Chef Wan


TINDAKAN chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan 'naik angin' di laman Instagram kerana tidak berpuas hati dengan hidangan dari sebuah hotel di Kuala Lumpur, menarik perhatian ramai.

Ujar chef selebriti yang turut dikenali di seluruh dunia itu, tindakannya memuat naik gambar hidangan itu bukan untuk memalukan chef di hotel berkenaan.

Namun, kesal dengan sikap sesetengah chef yang tidak lagi mengambil berat mengenai makanan warisan negara.

"Makanan warisan tidak boleh diubah suai mengikut suka dan saya perhatikan ramai chef sekarang kurang prihatin dengan makanan warisan kita dan saya amat kesal dengan perkara itu.

"Tidak salah untuk menjadi kreatif tetapi bila saya minta laksa nyonya, maka saya harapkan laksa nyonyalah, dan bukannya mi kari dengan rempah yang pekat seperti saya terima.

"Apatah lagi ibu saya dari keturunan baba nyonya dan bila menikmati laksa nyonya, rasanya memang tidak pernah berubah sejak 150 tahun lalu dan mengapa bila saya makan di restoran itu, rasanya seperti mi kari," jelasnya.

Chef Wan berkata, dia sudah berjumpa dengan pengurus besar restoran di hotel terbabit dan pihak mereka juga sudah memohon maaf berkaitan perkara itu.

"Pada mulanya mereka kata, tidak ada sesiapa yang pernah mengadu mengenai perkara itu dan saya jawab biarlah saya jadi orang pertama yang mengadu.

"Saya tak mahu hak kita sebagai pengguna diperkotak-katikkan dan lebih malu bila orang luar makan makanan kita dan mereka menikmati makanan yang salah," katanya yang mengakui tetap membayar harga laksa nyonya itu walaupun tidak berpuas hati.

Tambahnya lagi, kebanyakan chef sekarang bersifat malas dan mudah berpuas hati dengan makanan yang dimasak oleh mereka.

"Saya kritik bukanlah kerana saya chef yang dikenali dan sudah merantau di seluruh dunia. Saya buat kerana saya tidak mahu makanan warisan kita yang menjadi tanda pengenalan di negara kita, salah dimasak.

"Chef sekarang jangan malas. Jika tidak tahu, belajar. Buat rujukan, baca buku masakan, praktikan. Macam saya, saya juga tidak terus pandai memasak, tetapi saya sentiasa belajar dan sentiasa mahu buat lebih bagus dan bagus," tegasnya.

Shila Amzah tidak pernah cintakan Johan

Shila Amzah
Shila Amzah


PEMILIK suara merdu, Shila Amzah hari ini menerusi Harian Metro meluahkan bahawa dia sebenarnya tidak mempunyai perasaan cinta kepada pelakon Johan As'ari.

"Seperti yang semua sedia maklum, memang Shila dan Johan 'bersahabat' dan persahabatan kami diketahui keluarga kedua-dua belah pihak.

"Shila langsung tidak pernah ada perasaan cinta pada Johan. Definisi antara sahabat dan cinta adalah dua perkara yang sangat berbeza," luahnya menerusi sisipan RAP, segmen Tinta Shila Amzah.

Menjawab mengapa dia memadam kesemua gambar Johan di laman Instagram miliknya, penyanyi yang kini berada di Shanghai itu berkata, dia ada alasan yang tersendiri mengapa berbuat demikian.

Jelasnya, selepas mengetahui Johan melamar Lana Nordin, dia membuat tindakan drastik itu kerana merasakan tidak manis untuk meletak gambar peribadi bersama seorang lelaki yang bakal menjadi suami orang.

"Lagi pula, sebagai seorang 'sahabat', Shila mendapat tahu mengenai berita ini daripada teman Shila. Walhal kami ada berjumpa sehari sebelum Shila ke Shanghai," ujarnya seperti berjauh hati.

"Namun begitu, Shila tidak marah atau menyimpan apa-apa perasaan padanya sehingga Shila terbaca satu kenyataan di akhbar bahawa dia membuat 'loudspeaker' ketika bercakap dengan ibu Shila untuk membuktikan sesuatu pada orang lain. Pada Shila, itu tindakan yang tidak wajar," katanya.

Menerusi Tinta Shila Amzah itu juga, penyanyi berhijab ini meminta, supaya tidak lagi dikaitkan dengan mana-mana artikel berkaitan Johan dan Lana.

Dia juga meminta peminatnya supaya terus menyokong karier seninya dan tidak mudah mempercayai apa yang dilaporkan di blog-blog.

Sinar Harian 

Cara Sherry Ibrahim jaga kesihatan

Sherry Ibrahim
Sherry Ibrahim


SEKITAR dua setengah tahun yang lalu, wanita yang kini berusia 30 tahun ini mengambil keputusan untuk meninggalkan lapangan seni demi cintanya terhadap tugasan di awan biru bersama Qatar Airways.
Biarpun ketika itu namanya sedang mekar di lapangan seni, Sherry Ibrahim atau nama sebenarnya, Syarizad Ibrahim nekad untuk kembali bergelar pramugari.

Namun, seandainya sudah tertulis jodoh dan rezekinya di lapangan seni, Sherry akhirnya akur untuk kembali biarpun sebenarnya dia hanya sekadar ‘singgah’ dan membintangi drama Teduhan Kasih.

Tapi ternyata, tuah lebih memihak kepadanya dalam bidang seni dan membuatkan nama Sherry kembali menjadi perhatian.

Tidak hanya bakatnya yang menjadi perhatian, personaliti dirinya sebagai seorang pramugari membuatkan Sherry sentiasa kelihatan mudah dan cantik.

Bukan sahaja kehalusan kulit, bahkan Sherry juga mempunyai rambut yang cukup dicemburui oleh golongan wanita di luar sana.

Justeru, pasti ramai yang tertanya-tanya, bagaimanakah cara Sherry menjaga kecantikan kulit dan wajahnya.


Sejak bilakah anda mula menitik beratkan soal penjagaan kecantikan, kesihatan dan kecergasan?

Hendak kata terlalu awal, tidak juga. Terlalu lambat pun tidak juga. Seingat Sherry, sejak usia belasan iaitu 16 tahun, Sherry sudah mula menitikberatkan soal penjagaan diri.

Sebagai selebriti, semestinya anda kerap kali bersolek. Bagaimana menjaga kulit agar kekal dan cantik? Mungkin ada rutin atau petua yang boleh dikongsi bersama.

Sherry jenis yang jarang bersolek seandainya tidak terlibat dengan penggambaran atau sesi fotografi. Bagaimanapun, jika perlu bersolek, Sherry akan pastikan menyapu make up base yang bagus sebelum itu. Selepas sampai sahaja di rumah Sherry akan terus membersihkan solekan dan memastikan tidak dibawa sehingga tidur. Sherry juga aplikasikan toner dan night serum. Tip yang Sherry amalkan bagi mendapatkan kulit yang cantik ialah mengamalkan tidur yang cukup. Mesti cukup 8 Jam!


Bagaimana pula dengan penjagaan kesihatan? Ada yang mengamalkan pengambilan vitamin atau suplemen tertentu?

Sudah tentu! Sherry akan pastikan mengambil vitamin C. Selain itu Sherry juga minum Evening Primrose Oil yang diamalkan sejak usia 16 tahun lagi. Untuk kecantikan serta kesihatan rambut pula, Sherry memilih Fish Oil.


Menyentuh soal kecergasan, adakah anda selalu ke gimnasium atau mengamalkan senaman tertentu di rumah?

Sherry akan sentiasa pergi ke gimnasium sekiranya mempunyai waktu terluang atau merasakan badan kurang cergas. Terus terang, Sherry bukannya kaki gimnasium dan selalu ke sana. Bagaimanapun, di rumah, Sherry selalu mengamalkan 'sit up' sekurang-kurangnya 100 kiraan sehari.


Bagaimana anda mengekalkan bentuk badan sedia ada? Ada mengamalkan petua pantang larang?

Sherry juga sama seperti orang lain yang ada kalanya berat badan naik. Jika itu berlaku, Sherry akan terus melakukan diet sendiri iaitu tiada pengambilan karbohidrat selama sebulan. Selain itu, Sherry juga mengelakkan makanan berminyak.


Memiliki rambut panjang dan lurus yang cantik, adakah anda selalu ke salun?

Sherry merupakan duta Hairkunst Saloon yang terletak di The Curve. Setiap bulan Sherry mendapatkan rawatan rambut. Di rumah pula Sherry mempunyai dua syampu berbeza. Selain itu, Sherry juga gemar menggunakan Argan Treatment Oil dan Argan Oli Hairmask yang digunakan sekali sebulan. Bagi mengelakkan rambut gugur, Sherry akan mengambil sebiji suplemen setiap hari.


Pasti banyak tip kecantikan yang dikutip sepanjang bergelar pramugari, mungkin boleh kongsikan?

Banyak minum H20. Sherry pula jenis tak suka minum air kosong dan Sherry akui ia satu kelemahan. Jadi, sebagai ganti, Sherry akan minum air teh hijau bersama madu. Tidak dinafikan krew kabin mempunyai pelbagai tip, antaranya menyapu yogurt ke muka sebelum masuk tidur terutamanya selepas melalui penerbangan yang panjang.


Apa pendapat anda tentang permainan minda seperti Saidina, Sahiba, Chess? Adakah ia dapat melepaskan tekanan?

Ya! Walaupun ia berkonsep menguji minda, namun pada masa yang sama, ia sering kali mengundang gelak tawa bersama teman. Sebabnya, masing-masing pasti tidak berpuas hati seandainya hartanah yang diidamkan sudah dibeli. Ia boleh digambarkan seperti masa bermanfaat bersama kawan-kawan.


Antara dunia lakonan dan dunia awan biru, mana sebenarnya yang lebih dekat dengan anda?

Jujur bagi Sherry, kedua-duanya dekat. Karier Sherry bermula sebagai krew kabin dan sudah berkecimpung dalam bidang itu selama 7 setengah tahun.  Sherry rasa cukup bertuah kerana berpeluang berkhidmat dengan dua syarikat penerbangan bertaraf 5 bintang iaitu MAS dan Qatar Airways.

Dunia lakonan pula memberikan cabaran yang berlainan. Jadi keduanya begitu dekat dihati Sherry. Hanya kata syukur mampu Sherry ungkapkan. Persamaan ada antara keduanya ialah menuntut kesabaran, kerjasama dan kerja keras.


Akhir sekali, boleh kongsikan mengenai kerjaya lakonan Sherry?

Jika tiada aral melintang, peminat boleh saksikan lakonan terkini melalui drama terbaru Sherry padaDisember ini. Selain itu, Sherry turut terlibat dalam beberapa projek akan datang. Nantikan sahaja.


Profil:

Nama: Syarizad Ibrahim

Tarikh Lahir: 3 April 1983

Tempat Lahir: Petaling Jaya, Selangor.

Pekerjaan: Aktress, model, pengacara TV

Keringgian: 162cm / 1.62m

Berat: 49 kg

Lakonan: Teduhan Kasih, Dunia Baru, Cinta Tak meter, Renjis, Lara Rindu Mahsuri, Cinta untuk Ain, Biru Cinta De Laguna dan lain-lain.


Sumber: Sinar Harian 

Pencuri gaharu warga asing ditangkap

Pencuri gaharu ditangkap
Anggota renjer meninjau kawasan khemah yang ditemui


BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki warga Vietnam ditahan selepas disyaki menebang pokok gaharu di Hutan Simpan Kekal Bukit Mertajam, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, lelaki berusia 39 tahun itu pada mulanya cuba melarikan diri sebelum berpatah balik dan menyerang anggota penguat kuasa Renjer Jabatan Perhutanan Negeri menggunakan sejenis besi tajam dipercayai digunakan untuk mengorek kayu gaharu di situ.

Bagaimanapun, anggota penguat kuasa terbabit pantas mengelak dan berlakunya pergelutan sebelum beberapa anggota renjer lain datang memberikan bantuan.

Berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat enam lelaki warga Vietnam yang menjalankan kegiatan menebang pokok gaharu di kawasan terbabit.

Selepas pantauan dan penyamaran sebagai pencuri kayu dijalankan selama empat hari, sepasukan empat pegawai dan anggota Pejabat Renjer Seberang Perai Utara/Seberang Perai Tengah yang diketuai Pegawai Renjer Rosli Hassan menyerbu kawasan terbabit.

Dua warga asing yang berada di lokasi terkejut dengan serbuan yang dijalankan dan seorang daripadanya berjaya meloloskan diri manakala lelaki yang bertindak menyerang anggota renjer berjaya ditahan.

Hasil soal siasat, pasukan renjer turut menemui sebuah khemah yang terletak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian yang menjadi tempat tinggal warga asing terbabit.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Abdul Wahab Deraman berkata, kelengkapan dan makanan yang diperlukan ditemui dalam kedua-dua khemah terbabit.

“Beberapa pokok yang baru ditebang turut ditemui manakala gaharu yang diproses turut dirampas.

“Khemah terbabit dimusnahkan manakala segala bekalan makanan dirampas untuk mengelakkan mereka kembali ke situ memandangkan rakan suspek dapat meloloskan diri," katanya.

Difahamkan, beberapa kawasan yang dikenal pasti menjadi tumpuan kumpulan pencuri gaharu seperti Taman Botani dan Bukit Kerajaan serta Bukit Panchor, Nibong Tebal kini sedang dipantau dan rondaan lebih kerap akan dibuat untuk mengesan aktiviti haram tersebut.

Suspek direman enam hari oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam bagi membantu siasatan.


Sinar Harian 

ASK 2013 berjaya tarik 6 juta penonton

ASK 2013

MALAM Anugerah Skrin 2013 (ASK) yang berlangsung Jumaat lalu telah mencipta rekod dengan jumlah tontonan mencecah 6 juta.

ASK 2013 juga dapat disaksikan secara global menerusi laman web rasmi ASK dan rekod menunjukkan seramai 100,000 tontonan yang menyaksikan secara langsung menerusi online.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar dalam satu kenyataan hari ini memuji gandingan pengacara yang mengendalikan ASK tersebut.

”Gabungan 3 pengacara memberi suntikan baharu kepada ASK 2013 tahun ini. Nad Zainal juga kelihatan selesa bergandingan dengan Awal Ashaari dan Faizal Ismail.

“Ini juga membuktikan artis wanita ini juga mempunyai bakat dalam bidang pengacaraan dan seorang yang versatil,” katanya dalam satu kenyataan.

Acara karpet merah dikendalikan oleh Scha Al Yahya dan Iqram Dinzly serta dua pengacara jemputan iaitu pemenang utama dari Pertandingan Pantene Star Search Anugerah Skrin 2013, Kamarul Ariffin dan Jasmine Suraya Chin.

ASK2013 juga berjaya mencatat hampir 23,000 pelayar mengikuti perkembangan terkini melalui laman rasmi hanya pada malam Anugerah tersebut.

Tahun ini bukan sahaja ’hashtag’ rasmi #ASK2013, malah ’Anugerah Skrin 2013’ turut menjadi ’trending’ di laman sosial Twitter.

Sehingga hari ini, hampir 9,000 tontonan video ASK2013 di portal Tonton.

Sinar Harian 

Google invites Glass Explorer Edition owners to upgrade their eyewear

Second-generation Google Glass Explorer Edition

Google promised early Glass wearers that they could eventually upgrade to next-generation Explorer hardware, and that moment is finally at hand. 

The company is now inviting owners to swap devices through a free mail exchange before February 5th. 

While the upgrade isn't mandatory, Google warns that it's only developing with the newer Explorer Edition in mind -- there's no guarantee that new accessories or software will work on old models. 

The invitation is more of a push than a gentle nudge, then, but we doubt that many Glass users will complain about a free update.


Source: Engadget 

Versace offers special edition Vanitas watch for Christmas

Versace offers special edition Vanitas watch for Christmas

Ahead of the holidays, the Italian luxury brand has introduced a special limited edition of its Vanitas women's watch in classic Christmas style, combining a dark red dial and strap with gold and diamond accents.

In this special edition, the Versace Vanitas jewelry watch reprises all of the brand's signature  motifs -- including the Medusa logo and the baroque and "Greca" patterns -- but is enhanced by even more luxurious and precious materials.

Enclosed within a 40mm rose gold casing, the watch features a dark red enamel dial and matching bezel, as well as an inner bezel with diamond inlay. The watch is worn with an elegant strap in red calf leather studded with gold.

Only 50 of these exceptional watches will produced and sold. Price: US$1,890.

AFP RELAXNEWS 

'The Voice' winner Danielle Bradbery to front Skechers campaign



The pop singer will appear as the face of the brand in a major print and TV campaign for the Bobs from Skechers charity footwear.

Winner of US TV singing show "The Voice" in 2013, the 17-year-old pop sensation has been named as the latest face of Skechers' Bobs line of shoes, which has now helped to donate 6 million pairs to kids in need.

"Danielle's a perfect inspiration for the BOBS movement and young women everywhere, and we're so excited to have her as part of the SKECHERS team," say Skechers.

Bradbery, who is the show's youngest winner ever, will appear in the Spring 2014 print and TV campaigns for the brand. "BOBS shoes have helped so many children in need with their donation program and I love the fact that it really is a simple way for anyone to give back," she said. "There is so much need out there and it's wonderful to be part of such a positive movement that impacts people's lives."

Danielle is a major talent to watch for 2014. She has has more iTunes hits than any singer from "The Voice" yet, and charted in Billboard's Hot Country Songs Top 20 with "The Heart of Dixie" earlier this year.

Danielle joins "Dancing with the Stars" host Brooke Burke-Charvet as the second face of the Bobs collection, which first launched in 2011. The concept, similar to initiatives like fellow American brand Toms, and Parisian label Twins for Peace, sees Bobs work with non-profits to donate shoes to children in need.


AFP RELAXNEWS 

Kemaman kelihatan bagaikan pulau

Kemaman bagaikan pulau
Penduduk berpusu-pusu keluar menyelamatkan diri apabila air semakin naik pada waktu tengah hari semalam.


KEMAMAN – Keadaan banjir yang semakin buruk menjadikan Kemaman kelihatan bagaikan pulau apabila beberapa kampung di Dun Air Putih dan Dun Chukai 100 peratus ditenggelami air dan pusat bandar di Chukai turut lumpuh.

Bencana banjir kali ini juga disifatkan sebagai banjir yang luar biasa dan paling buruk dalam sejarah kerana kawasan yang tidak pernah tenggelam seperti di Felda Cerul, Bandar Cheneh Baru dan Kampung Mak Chili turut dilimpahi air bah.

Kampung yang paling awal tenggelam secara keseluruhan ialah Kampung Air Putih dan Kampung Teladas di Dun Air Putih iaitu kira-kira jam 10 malam tadi.

Air yang melimpah di Taman Chukai Utama sejak lewat petang kelmarin juga mengakibatkan bekalan elektrik di bandar Chukai dan kawasan kampung sekitar termasuk Kampung Fikri, Dusun Nyior, Pengkalan Pandan dan Kuala Kemaman terpaksa diputuskan secara berperingkat sejak pagi semalam.

Keadaan jalan di Taman Chukai Utama yang menempatkan pelbagai premis bank, pasar raya, kedai dan pejabat yang terpaksa ditutup menjadikan bandar sesak kerana hanya laluan Jalan Sulaimani ke Jalan Jakar boleh digunakan oleh pengguna jalan raya.

Pejabat pasukan penyelamat turut tenggelam

Lebih teruk, Pasukan Bomba dan Penyelamat Chukai yang sibuk dengan kerja membantu mangsa banjir juga berdepan keadaan sukar apabila balai mereka di Taman Chukai Utama turut ditenggelami air.

Situasi sama turut dihadapi Pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kemaman apabila pejabat mereka di Kuarters Kerajaan, Jalan Air Putih, turut ditenggelami lebih 1 meter menyebabkan seramai 20 anggotanya yang bertugas terpaksa dipindahkan.

Puluhan kenderaan terapung

Paling menyedihkan, gara-gara air naik dengan cepat ramai penduduk di sekitar Jalan Air Putih, Chukai tidak sempat mengalihkan kenderaan menyebabkan puluhan kenderaan kelihatan terapung dan hanyut ketika tinjauan dilakukan Sinar Harian.

Mangsa banjir dari Jalan Petaling, Kampung Mak Chili, Norzilawati Mansor, 36, berkata, banjir yang melanda daerah ini kali ini sangat luar biasa kerana kawasan penempatannya sebelum ini tidak pernah dinaiki air walaupun pada banjir tahun lalu yang disifatkan sebagai paling buruk dalam tempoh 30 tahun.

“Saya sekeluarga sangat takut apabila lihat air naik dengan cepat. Air mulai naik pada jam 3 pagi tadi (semalam) dan ketika keluar dari rumah tadi air dalam rumah sudah separas betis,” katanya yang dibantu oleh JPAM ketika berpindah keluar dari rumah bersama ibun, lima anak dan adik beradiknya kira-kira jam 2 petang.

Felda Cerul kali pertama kali bah

Sementara itu, ibu Norzilawati, Aishah Mohamad, 53, dari Felda Cerul yang datang membantu anaknya berpindah berkata, tidak pernah dalam sejarah Felda Cerul banjir tetapi semalam tanah rancangan Felda itu turut banjir.

“Makcik datang bantu anak berpindah tapi pada masa sama makcik diberitahu rumah di Felda Cerul juga turut dinaiki air. Semua barang di dalam rumah tidak sempat diselamatkan kerana tak jangka air akan naik di situ,” katanya.

Dalam pada itu, Fatimah Salleh, 45, berkata, kawasan hadapan rumah ibunya di Kampung Mak Chili Paya ditenggelami air separas pinggang.

“Rumah ibu saya yang dihuninya dengan bapa dan tiga ahli keluarga lain adalah rumah papan dan tinggi, tetapi rumah masih dinaiki air separas buku lali. Ia menunjukkan banjir kali ini sangat buruk.

“Sejak duduk di sini pada 1983, banjir tidak pernah masuk ke dalam rumah dan ini merupakan banjir yang sangat luar biasa. Seakan tak percaya banjir buruk sebegini berlaku sekarang,” katanya sambil memberitahu ibunya berpindah di Masjid Batu 2 ½ Kampung Mak Chili.

Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Kemaman merangkap Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut meninjau keadaan banjir dan melawat pusat pemindahan sambil menghulurkan bantuan.

Sinar Harian 

'Saya tidak dibenar menggunakan iPhone' : Obama


Gambar dari AFP menunjukkan Obama bersama Blackberry beliau.


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat akui bahawa beliau tidak dibenarkan mengguna iPhone atas dasar keselamatan. Oleh kerana itu beliau sering kelihatan dengan Blackberry.

“Atas sebab-sebab keselamatan, saya tidak dibenarkan mengguna iPhone,” kata Obama kepada sekumpulan anak-anak muda dalam saya upacara untuk mempromosikan pelan kesihatan beliau.

Tambah beliau, anak-anak perempuan beliau Sasha dan Malia banyak menghabiskan masa bersama telefon iPhone mereka.

Blackberry terkenal dengan ciri-ciri keselamatan yang kukuh - salah satu sebab mengapa ia masih popular di Washington, walaupun peranti itu kehilangan bahagian pasarannya kepada telefon pintar yang lain termasuk produk keluaran Apple.

Isu ciri-ciri keselamatan yang ada pada Blackberry milik Obama dibangkitkan setelah Agensi Keselamatan Amerika Syarikat (NSA) membuat intipan ke atas canselor Jerman Angela Merkel.

Setelah beberapa hari mengangkat sumpah sebagai Presiden, Obama berjaya untuk meyimpan telefon itu daripada kumpulan Perkhidmatan Rahsia, walaupun kebimbangan ada dari segi risiko Blackberry beliau akan digodam, akan mendedahkan lokasi beliau dan apa yang ditulis beliau boleh disiasat oleh kongres.

Beliau sering dilihat membaca pesanannya di dalam limosin.

Presiden itu sering meluahkan kekecewaan beliau tentang kawalan di White House yang boleh menyebabkan kesukaran untuk berhubung dengan orang ramai atau mendapatkan maklumat luar yang tidak ditapis oleh pembantu-pembantu beliau atau pihak media. Pembantu beliau berkata penggunaan Blackberry adalah cara untuk beliau keluar dari pengurungan itu.

White House berkata alamat emel peribadi Presiden terhad kepada pegawai-pegawai kanan dan rakan-rakan peribadi, tetapi tidak mendedahkan penyulitan peranti yang digunakan untuk mengawal keselataman komunikasi Obama. --AFP 

Runtuh: Jambatan penghubung Kg Sekijang dan Felda Pemanis di Segamat


Foto fail BERNAMA

SEGAMAT: Jambatan yang menjadi penghubung utama dari Kampung Sekijang dan Felda Pemanis 1 dan 2 di Segamat runtuh sekali gus menyebabkan seramai 4,000 penduduk terputus hubungan untuk ke bandar Segamat.

Jambatan yang dibina pada tahun 2002 dijadikan jalan utama penduduk khususnya mereka yang mahu menghantar hasil pertanian.

Akibat permasalahan itu, penduduk terpaksa melalui jalan alternatif ke bandar Segamat sejauh 40 kilometer untuk ke felda terbabit.

Pegawai daerah Segamat, A.Rahim Nin berkata, hujan lebat berterusan sejak Sabtu lalu menyebabkan aliran air deras sehingga tebing sungai terhakis seterusnya jambatan sepanjang lapan meter itu runtuh isnin lalu.

Pihaknya bagaimanapun sudah melakukan perbincangan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah selain memanjangkan kepada wakil rakyat kawasan.

“Kita jalankan siasatan kita bersama perbincangan JPS dan JPS berbincang jambatan itu sebenarnya tidak sesuai lagi untuk baik pulih kerana struktur asal tu kemungkinan apabila berlaku hakisan memerlukan satu pembinaan struktur baru untuk pastikan jambatan yang kita buat tu dan kita memerlukan satu pembinaan yang baru yang mana pembinaan jambatan baru ini memerlukan sebanyak RM500,000”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya di Segamat, hari ini.

Manakala, rata-rata penduduk mengharapkan tindakan segera kerajaan menyediakan jambatan sementara untuk memudahkan perjalanan.

ASTRO Awani 

Implikasi penyelarasan kadar tarif elektrik ke atas Pengguna Domestik

Berikut adalah ilustrasi mengenai implikasi penyelarasan kadar tariff elektrik terhadap pengguna domestic di Semenanjung Malaysia.


Sumber: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Malaysia


Bagi anda yang menggunakan tenaga lebih daripada 300kWh sebulan, inilah masanya untuk merancang dan mengurangkan penggunaan bagi mengurangkan perbelanjaan.

Disamping itu anda juga telah menyumbang kepada pengurangan pelepasan CO2 ke persekitaran.

Kurang penggunaan (pembaziran) tenaga, kuranglah carbon footprint anda!

Anda juga boleh berjimat dengan menggantikan peralatan elektrik domestic yang lama (yang hampir sampai kepada penghujung umur ekonominya) kepada peralatan yang lebih cekap tenaga. Sebagai contoh, gunakan mentol LED atau lampu compact fluorescent untuk menggantikan lampu filament.

Selamat berjimat!

Serang OKU, lelaki kurang siuman ditembak polis



KUALA LUMPUR: Hasrat seorang lelaki cacat penglihatan untuk membelanja seorang lelaki kurang siuman bersarapan, berakhir dengan tragedi apabila beliau parah diserang dengan parang oleh lelaki itu di sebuah restoran di Jalan Bangsar di sini, Rabu.

Dalam kejadian 10.45 pagi itu, Ahmad Yaakob, 59, cedera di bahu kiri dan muka setelah ditetak lelaki kurang siuman berusia 36 tahun itu berikutan salah faham semasa mereka berbual.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata dalam kejadian itu, suspek menumbuk mangsa sebelum mengeluarkan parang dan menetaknya.

"Anggota polis yang berada berdekatan cuba meleraikan mereka tetapi suspek menghayunkan parang menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan ke paha kiri suspek," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata Ahmad dan suspek dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut dan keadaan mereka stabil.

Siasatan ke atas suspek akan dibuat selepas dia selesai menjalani rawatan.

BERNAMA 

Banjir: Dua beranak dikhuatiri lemas di Pahang


Kampung Bukit Rangin, Kuantan ditenggelami banjir hingga keparas bumbung. --fotoBERNAMA


KUANTAN: Kejadian banjir di Pahang kini semakin buruk dengan kejadian 2 beranak dipercayai lemas di Sungai Isap jaya, Kuantan, Pahang semalam.

Menurut saksi yang juga merupakan saudara kepada mangsa bagi menceritakan detik-detik cemas sebelum mangsa terjatuh ke dalam air banjir di lokasi tersebut.

Menurut abang mangsa, Mazli Ali, 47 tahun, bot yang dinaiki mangsa telah hanyut ke kawasan pusaran air setelah berselisih dengan bot yang lebih besar.

Dalam pada itu, adik mangsa, Mohd Hanif Ali, 28 tahun, turut terjun ke dalam air banjir tersebut bagi menyelamatkan mangsa namun gagal.

Terdahulu, mangsa Jamali Ali, 45, bersama anak lelakinya, Megat Muhamad Nazli Jamali, 17, dikatakan cuba memindahkan barangan dari rumah mereka yang ditenggelami air di Perkampungan Sungai Isap menggunakan sebuah bot jenis fiber.

Bagaimanapun bot mangsa telah terbalik akibat pusaran air banjir dan hanyut ke kawasan tali air akibat arus deras.

Maklumat lengkap mengenai mangsa masih belum diperoleh dan pasukan mencari dan menyelamat masih berusaha mengesan kedaua mangsa terbabit.

Ketua polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff turut mengesahkan kejadian.

Sementara itu terdahulu dalam kejadian berasingan, seorang lelaki ditemui lemas selepas menjaring ikan bersama rakannya di Sungai Sepial, di Kampung Sepial, Kuala Tembeling.

Mayat Mohammad Alif Khalib, ditemui pada jam 4.15 pada petangnya selepas dilaporkan hilang pada jam 2 petang selepas gerakan mencari dilakukan oleh pihak polis, bomba dan penduduk kampung.

Astro Awani 

Banjir: Pahang catat 19,573 jumlah mangsa sehingga awal pagi ini



KUANTAN: Mangsa banjir di Pahang setakat jam 1 pagi tadi mencatatkan jumlah keseluruhan seramai 19,573 orang.

Menurut jurucakap bilik gerakan banjir IPK Pahang, Lipis menjadi daerah keenam dilanda banjir apabila 11 mangsa banjir ditempatkan di sebuah pusat pemindahan.

Daerah Kuantan masih mencatatkan jumlah pemindahan mangsa banjir tertinggi iaitu 12, 161 orang yang ditempatkan di 46 pusat pemindahan.

Di Rompin, sejumlah 4, 234 mangsa banjir ditempatkan di 11 pusat pemindahan, membabitkan 1,110 buah keluarga.

Manakala di Pekan seramai 3,037 mangsa banjir, masih ditempatkan di sembilan pusat pemindahan.

Sementara itu di Maran mangsa yang terjejas banjir ialah 105 orang yang ditempatkan di tujuh buah pusat pemindahan.

Di Jerantut pula, seramai 25 orang mangsa, daripada dua buah keluarga, ditempatkan di dua buah pusat pemindahan.

Jalan-jalan yang ditutup kepada semua jenis kenderaan ialah:
- Kilometer 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan.
- Kilometer 36 Jalan Gambang berhampiran Gambang Resort
- Jalan Cherating- Kemaman (berhampiran Chendor)
- Jalan Utama Jerantut - Kuala Lipis
- Kilometer 72 Jalan Kuantan-Segamat
- Jalan Paya Sepayang dan simpang sepayang diRomp in 


Sumber: ASTRO Awani 
5 Disember 2013

10 jalan maut di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR - Jalan Kepong, Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2), Jalan Tun Razak, Jalan Cheras, Jalan Ipoh dan Jalan Kuching adalah antara 10 jalan utama di ibu negara yang dikenal pasti sebagai jalan maut (hot spot) berikutan kekerapan kemalangan sejak Januari lepas.

Empat yang lain ialah Jalan Klang Lama, Jalan Ampang, Jalan Duta dan Jalan Loke Yew, kata Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan cawangan Trafik Kuala Lumpur DSP Abdullah Roning.

"Reka bentuk jalan yang tidak sesuai dan penggunaan oleh kenderaan ketika waktu puncak adalah antara punca kekerapan kemalangan di jalan berkenaan," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Muhammad Heeza Hassan yang turut hadir pada sidang media itu berkata JKJR akan membuat kajian terperinci mengenai 10 jalan itu. 

Menurut statistik Polis Trafik Kuala Lumpur, jumlah kes kemalangan dari Januari hingga Oktober tahun ini di seluruh ibu negara termasuk di 10 jalan itu ialah 52,908 kes, 190 daripadanya kes kemalangan maut.

Bagi tempoh sama tahun lepas, sebanyak 50,176 kes kemalangan dilaporkan, 202 daripadanya kes maut. -- Bernama

Geng curi susu bayi di pasar raya tumpas

GUA MUSANG - Polis menumpaskan kumpulan mencuri susu bayi berjenama di beberapa pasar raya di negeri ini selepas menahan lima orang termasuk tiga wanita tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah berkata mereka ditahan di KM12 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis selepas cuba melarikan diri daripada sekatan polis di Kem Semor di sini.

"Kereta yang dinaiki mereka didapati sarat dengan 84 tin dan 29 kotak susu bayi berjenama. Mereka yang berumur antara 23 dan 43 tahun berasal dari Sabah dan dalam perjalanan dari Kota Baharu ke Kuala Lumpur.

"Mereka dipercayai ke Kuala Lumpur untuk menjual susu bayi itu yang dicuri dari beberapa pasar raya sekitar Kota Baharu sebelum ini. Kesemua susu itu dianggarkan bernilai RM10,000," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang di sini, hari ini.

Beliau berkata ketika soal siasat, kesemua suspek mengakui mereka menjalankan kegiatan itu hanya dalam masa sehari sahaja untuk mengumpulkan kesemua susu bayi berjenama itu.

Saiful Bahri berkata tugas mencuri susu bayi itu dilakukan seorang daripada tiga wanita itu dengan memakai baju kurung bersaiz besar bagi memudah menyorok tin susu di bawah kelangkang.

Siasatan lanjut mendapati mereka pernah ditahan kerana kesalahan sama di beberapa negeri lain sebelum ini. -- Bernama

SESB launches operations room to explain subsidy gradualisation on electrical tariff

SESB launches operations room to explain subsidy gradualisation on electrical tariff

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) has launched an operations room (BGT) to enable the public to get information on the subsidy gradualisation on electricity tariff announced Monday.

"The operations room was activated on Dec 2 and is handled by three personnel. It is open Monday to Friday from 8am to 5pm and on Saturday from 8am to 12.30pm. It is closed on Sunday," SESB general manager (distribution) Ahmad Sazree Abd Aziz told reporters here, Wednesday.

He said the public could submit queries and complaints by coming to the operations room on the ground floor of Wisma SESB in Karamunsing or dial toll-free line 1-800-88-4500 or via e-mail tariff@sesb.com.my.

According to Ahmad Sazree, consumers could also surf SESB's website at www.sesb.com.my which has the current electricity bill calculation facility to help consumers plan their power usage.

BERNAMA 

Dakwaan kertas SPM bocor tidak benar - Polis



KUALA LUMPUR,(Bernama) - Polis mendapati tiada kebocoran bagi kertas soalan dua Matematik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semasa peperiksaan itu bulan lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata pihaknya menyiasat laporan yang dibuat pada 21 Nov lepas dan memanggil 56 saksi untuk memberi keterangan termasuk pelajar yang menyertai satu seminar yang didakwa membocorkan kertas soalan itu.

Siasatan polis mendapati seminar itu, yang dianjur beberapa hari sebelum peperiksaan SPM, hanya membincangkan kertas soalan beberapa tahun lepas serta beberapa soalan ramalan.

"Tidak timbul kertas SPM dibocorkan... seminar itu hanya membuat soalan ramalan daripada soalan SPM tahun-tahun lepas. Laporan itu kita sudah siasat dengan teliti," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini hari ini. Pada 22 Nov lepas, Persatuan Pengguna Islam Malaysia menerima aduan daripada tiga individu yang mendakwa kertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan bagi peperiksaan SPM tahun ini, bocor.

Mereka mendakwa kertas itu diedar dalam satu seminar SPM 2013 yang dikelola seorang guru di Masjid Mua'adz Bin Jabal, Setiawangsa. Sementara itu, dalam sidang media sama, Mohmad mengumumkan kejayaan polis melumpuhkan operasi 22 premis pajak gadai tanpa lesen sekitar ibu negara.

Beliau berkata serbuan sepasukan pegawai dan anggota polis dari IPKKL ke premis terbabit semalam menyaksikan penahanan 21 suspek iaitu 17 lelaki dan 4 wanita yang berumur antara 20 dan 50 tahun.

Dalam serbuan itu, polis merampas barangan kemas, beberapa utas jam tangan berjenama dan dokumen pajakan yang dianggar bernilai puluhan ribu ringgit.

"Mana-mana pajak gadai yang hendak beroperasi secara sah perlu mendapatkan lesen. Ia perlu bagi mengelakkan pajak gadai dijadikan tempat menyimpan barangan curi," katanya.

Mohmad berkata kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 dan Seksyen 6 Akta Peniaga Sekendhend 1946.

MyLaunchpad 

Terkejut anak perempuan tergantung dalam bilik

Terkejut anak perempuan tergantung dalam bilik
Anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar.


SEREMBAN – Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ditemui mati dalam keadaan tergantung dalam bilik air di rumahnya dekat Taman Rasah Jaya Fasa 2, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Deshalini ditemui mati dalam keadaan tergantung dengan kain sari oleh ibunya yang ketika itu baru pulang dari pasar.

Ibu mangsa yang enggan dikenali berkata, dia terkejut apabila melihat anak bongsunya mati dalam keadaan tergantung.

“Saya sedih melihat anak pergi dalam keadaan sebegitu rupa. Semasa saya keluar dari rumah pagi tadi untuk ke pasar, saya tidak merasakan apa-apa sesuatu yang pelik akan berlaku.

“Bagaimanapun, apabila saya pulang sahaja ke rumah daripada pasar, saya mencari anak saya dan terkejut dia sudah tiada,” katanya.

Menurut ibu kepada tiga orang anak itu, anak bongsunya itu merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Mewah dan seorang anak yang baik serta mendengar kata.Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Baharudin Mustafa mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, polis masih menyiasat punca kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mayat mangsa telahpun dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini untuk bedah siasat,” katanya.


Sinar Harian, 4 Disember 2013

Lelaki terlanggar kereta rasmi PM

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang meletakkan sementara keretanya di laluan masuk ke Bangunan Parlimen untuk mengambil pas keselamatan, berdepan detik cemas apabila keretanya terundur dan terlanggar kereta rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lelaki berusia 20-an itu dikatakan terlupa menarik brek tangan kereta Volvonya menyebabkan kereta itu terundur dan terlanggar kereta Proton Perdana yang dinaiki Najib, menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.50 pagi, bagaimanapun tiada kerosakan pada kedua-dua kereta, katanya.

"Perdana menteri juga tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu. Kereta rasmi perdana menteri ketika itu memasuki kawasan bangunan Parlimen," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Najib menghadiri persidangan Dewan Rakyat di bangunan itu.

Mohmad berkata siasatan polis tidak mendapati adanya unsur jenayah. - Bernama

Banjir Pahang makin buruk, dua dikhuatiri lemas

Banjir Pahang

KUANTAN - Keadaan banjir di Pahang dilaporkan semakin buruk apabila lebih 20,000 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir, manakala dua beranak dikhuatiri lemas ketika sedang memindahkan barangan di Perkampungan Sungai Isap malam ini.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, kedua-dua beranak itu dikatakan cuba memindahkan barangan dari rumah mereka yang ditenggelami air di Perkampungan Sungai Isap menggunakan sebuah bot jenis fiber.

Kedua-dua beranak itu, Jamal Ali, 40-an, yang juga AJK Umno bahagian Pekan dan anak lelakinya yang dikenali sebagai 'Megat' berusia belasan tahun dikatakan terjatuh ke dalam air ketika memindahkan barangan dari rumah mereka kira-kira jam 8.30 malam.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu, bagaimanapun butiran lengkap mengenai kejadian itu masih belum diperoleh.

"Pasukan mencari dan menyelamat masih berusaha mengesan mangsa terbabit," katanya.

Bernama difahamkan kedua-dua beranak itu menggunakan bot fiber milik persendirian dan bukannya milik pasukan penyelamat bagi memindahkan barangan mereka.

Sementara itu, jurucakap bilik gerakan banjir IPK Pahang berkata Lipis menjadi daerah keenam dilanda banjir apabila 11 mangsa banjir ditempatkan di sebuah pusat pemindahan.

Daerah Kuantan masih mencatatkan jumlah pemindahan mangsa banjir tertinggi iaitu 14,044 orang yang ditempatkan di 46 pusat pemindahan.

Di Rompin, sejumlah 4,144 mangsa banjir ditempatkan di 13 pusat pemindahan, di Pekan 3,061 mangsa banjir di 13 pusat pemindahan, di Maran 1,005 mangsa di tujuh pusat pemindahan dan di Jerantut 130 mangsa di empat pusat pemindahan.

Jumlah keseluruhan mangsa banjir setakat 10 malam ini ialah 22,395 orang.

Sumber: Bernama

Candi yang dimusnahkan boleh dibina semula - Mukhriz



ALOR SETAR: Candi 11 di Sungai Batu dalam Lembah Bujang, Merbok yang dimusnahkan adalah struktur batu yang dibina semula pada 1974 di atas tapak asal candi yang dibina antara kurun ke-8 hingga 11 Masehi.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kerajaan negeri kesal dengan pemusnahan itu kerana ia dianggap tapak warisan negara yang patut dipelihara.

"Tapak-tapak candi di Lembah Bujang adalah tapak warisan yang tidak digunakan sebagai tempat penyembahan sejak berkurun-kurun lamanya," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Selasa bagi mengulas protes banyak pihak terhadap pemusnahan candi 11 oleh sebuah syarikat pemaju.

Dalam kenyataannya Mukhriz memperjelaskan syarikat terbabit adalah pemilik tanah berkenaan dan mendapat kelulusan memajukannya pada 1993 tetapi pembersihan hanya dilaksana pada Ogos tahun ini apabila ia memusnahkan candi tersebut.

Katanya kerajaan negeri dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah mengarahkan syarikat berkenaan menghentikan segera pembersihan di tapak candi 11.

"Candi yang sama boleh dibina semula atas tapak asal dengan persetujuan syarikat atau di tapak lain yang berhampiran dengan tapak ekskavasi Universiti Sains Malaysia (USM) di Sungai Batu. Pelan candi 11 akan dirujuk bagi memastikan reka bentuk dan bahan digunakan sama seperti di tapak asal.

"Kerajaan menitikberatkan usaha memelihara semua jenis warisan turun-temurun di negeri ini. Bagi memastikan tapak-tapak warisan di lebih 100 lokasi di Lembah Bujang tidak musnah dimamah zaman akibat pembangunan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bersetuju menimbang permohonan kerajaan negeri agar tapak-tapak warisan yang dikenal pasti mempunyai nilai warisan diwartakan," kata Mukhriz.

Beliau berkata kerja-kerja ekskavasi yang dilaksanakan oleh pakar-pakar arkeologi USM akan diteruskan sehingga kawasan Lembah Bujang boleh dibangunkan sebagai tarikan pelancongan bertaraf antarabangsa.

Kajian arkeologi di kawasan Sungai Batu mendedahkan tapak tersebut digunakan sejak kurun ke-5 Masehi hingga kurun 17 Masehi. Tamadun Sungai Batu juga adalah yang tertua berasaskan industri peleburan besi.

Bernama

Dewan Rakyat tolak usul isytihar Kuantan darurat


Banjir di Kuantan - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini menolak usul bagi membincangkan dakwaan kebocoran kertas soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 dan mengisytihar darurat bandar Kuantan, Pahang berikutan banjir yang teruk melanda kawasan itu.

Usul itu dikemukakan oleh Wong Tien Fatt (DAP-Sandakan) dan Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) selepas selesai sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata usul itu tidak perlu dibahas dan ditolak mengikut Peraturan 18 (2) kerana beliau difahamkan Kementerian Pendidikan telah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat berkaitan aduan kebocoran itu.

"Mengenai usul banjir, perkara mengenainya telah dibangkitkan dan kalau ada menteri yang bertanggungjawab mengenai banjir, saya boleh jemput untuk memberi respons kerana setahu saya setiap daerah, negeri mempunyai Jawatankuasa Bencana Alam.

"...dan oleh kerana perkara yang dibangkitkan (wakil rakyat) Kuantan adalah isu serius, maka bolehlah Yang Berhormat menteri memberi respons mengenai perkara ini," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim kemudian bangun dan menjelaskan bahawa kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN telah mula menggerakkan bantuan pagi ini.

Beliau berkata usaha memindahkan penduduk yang terlibat dilakukan oleh pasukan keselamatan, termasuk melalui perkhidmatan helikopter Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat membantu dari segi penyediaan makanan kepada mangsa.

"Saya juga mendapat panggilan mengenai situasi itu dan sejak semalam kita telah gerakkan pasukan memberi bantuan...selain MKN negeri, bantuan dari pusat juga turut digerakkan ke sana," katanya.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuantan, sehingga pukul 11 pagi, sebanyak 11,721 mangsa banjir ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di daerah Kuantan, Rompin, Pekan, Maran dan Jerantut.

Dalam pada itu, penolakan usul bagi membincangkan kebocoran soalan SPM mengundang perdebatan hangat setelah wakil rakyat pembangkang dan kerajaan sependapat mahu perkara itu dibahaskan demi kebaikan bersama.

Bagi G. Manivannan (PKR-Kapar) Pandikar Amin perlu memberi ruang supaya isu itu dibahaskan bagi membolehkan setiap pandangan diambil kira daripada hanya bergantung kepada pasukan khas yang ditubuhkan kerana kes kertas peperiksaan bocor berlaku hampir setiap tahun.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) juga bersetuju usul itu dibahaskan kerana kes kertas soalan bocor bukan perkara baharu selain mahu mereka yang bertanggungjawab dikenal pasti dan dikenakan tindakan.

"Ini bukan perkara baharu, tahun-tahun sebelum ini juga berlaku, bermakna ada orang yang bertanggungjawab. Jadi, kita kena cari siapa yang bertanggungjawab supaya dia sedar perbuatannya itu salah," katanya.

Wong yang membangkitkan isu berkenaan juga bangun dan bertegas mahu usul itu dibahaskan kerana jumlah enam kertas yang bocor dianggap tahap parah.

Perbalahan itu kemudian dileraikan apabila Pandikar Amin berkata walaupun beliau menolak usul itu, tidak bermakna ia tidak mustahak, dan meminta kerajaan mengambil perhatian serius.

"Ahli Yang Berhormat harus sedar, bila saya buat keputusan, ia muktamad mengikut Peraturan Mesyuarat, bila saya benarkan usul itu dibaca dalam majlis, lepas itu saya tolak, itu bermakna kerajaan harus ambil pengajaran dan beri perhatian serius," katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa maklumat yang diperoleh daripada pihak berwajib mendapati hanya dua laporan rasmi yang dibuat berhubung kebocoran kertas soalan, iatu Matematik dan Matematik Tambahan, bukannya enam seperti yang didakwa.


BERNAMA