Thursday 14 November 2013

Security companies must verify MyKad info with NRD

Security companies must verify MyKad info with NRD

SERI MANJUNG:  Security guard companies will be compelled to verify information in the MyKad of every security guard employed by them to prevent identity fraud.

National Registration Department (NRD) director-general Datuk Jariah Mohd Said said, it is gathering information of all security guard companies in the country.

"The NRD is also preparing a timetable for this as we expect a big crowd. We welcome security companies to come forward. One security company has come for MyKad verification," she said after launching the new MyKad, here Wednesday.

Initially, the NRD need a list of names of all security guards and their MyKad numbers for scrutiny.

The security companies should also bring the security guards to the NRD for fingerprinting or biometric screening, the most accurate method to verify identity.

Jariah said since Operation ID was launched on Oct 29, the NRD inspected 505 MyKad after raiding 188 premises.

Twenty Filipinos including six women were charged in court Wednesday for using fake MyKad and using other people's MyKad.

They were sentenced to six months jail by the Petaling Jaya Magistrate's Court after after pleading guilty to using fake MyKad and other people's MyKad.

The fake MyKad and other people's MyKad used had Sabah addresses.
-- BERNAMA

Mahkamah Syariah keluar waran tangkap terhadap Tuhan Harun

Mahkamah Syariah keluar waran tangkap terhadap Tuhan Harun

KUANTAN:  Mahkamah Rendah Syariah Kuantan pada Rabu mengeluarkan waran tangkap terhadap Harun Mat Saad, atau dikenali sebagai 'Tuhan Harun' selepas ketua kumpulan ajaran sesat itu gagal hadir buat kali kedua untuk proses pengurusan kesnya, semalam.

Harun, 47, yang menghadapi 10 pertuduhan mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982, juga gagal hadir pada sebutan pertama kesnya, 20 Ogos lalu.

Hakim Syarie Abdul Wahid Md Ali Al-Fakwie mengeluarkan waran itu selepas permohonan dikemukakan Ketua Pendakwa Syarie negeri Salehuddin Ab Manaf.

Pada 24 April lalu, Harun didakwa atas satu pertuduhan di Mahkamah Tinggi Syariah dan 10 pertuduhan di Mahkamah Rendah Syariah termasuk menyebarkan ajaran sesat dan menghina agama Islam dengan mengaku sebagai tuhan.

Tertuduh yang tidak mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 bersama dua penjamin.

Sementara itu, Ketua Polis Pahang Datuk Shariffuddin Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan mengenai waran tangkap itu dan berkata polis akan membantu Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengesan Harun dan para pengikutnya yang kini dipercayai sedang bersembunyi.

Kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun kini diburu bagi membantu pihak polis dalam siasatan kes bunuh Ketua Penguatkuasa Agama JAIP Ahmad Raffli Abdul Malik, 49, Ahad lalu.

Ahmad Raffli atau dikenali sebagai Ustaz Raffli, mati selepas terkena tembakan di dada kanan dan kerongkong yang dilepaskan seorang daripada tiga suspek yang tidak dikenali.

Shariffuddin berkata setakat ini hanya dua daripada 31 pengikut kumpulan Tuhan Harun yang telah menyerah diri dan kenyataan mereka telah direkodkan.

"Saya harap 29 lagi pengikut kumpulan ini akan turut serah diri seperti yang diminta oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bagi membantu siasatan kes berkenaan," katanya.

Bagaimanapun, katanya, kedua-dua anggota kumpulan yang menyerah diri itu gagal mengecam suspek pertama kes tembak berkenaan.

Dikenali sebagai seorang penguatkuasa agama yang tegas, Ustaz Raffli dipercayai mengendalikan dua kes jenayah syariah melibatkan kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun dan gerakan Syiah di Pahang.
-- BERNAMA

Pemilik kereta pengsan jumpa mayat atas bumbung keretanya


GEORGE TOWN:  Seorang lelaki pengsan apabila mendapati satu mayat lelaki terlentang di atas bumbung keretanya yang diparkir di Pangsapuri Sri Saujana, Lebuh Macallum di sini pada Rabu.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6 petang mengatakan terdapat pemandu tersepit dalam kereta jenis Proton Waja itu.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, kita dapati ada mayat lelaki di atas bumbung kenderaan yang remuk teruk manakala pemiliknya pengsan di hadapan kereta itu," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata, mangsa Liew Kam Ming, 49, ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan kaki kanannya hampir putus dipercayai akibat terjatuh daripada tingkat 24 pangsapuri berkenaan.

Beliau berkata, mayat lelaki itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan setakat ini kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Kita sedang mengesan ahli keluarga Liew untuk tampil membantu siasatan dan menuntut mayatnya," katanya. - BERNAMA 

Kawal kemasukan PATI, kadar penyakit berjangkit meningkat

Kawal kemasukan PATI, kadar penyakit berjangkit menambah

KOTA KINABALU:  Pihak berkuasa diminta supaya mengawal kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) berikutan pertambahan kadar penyakit berjangkit yang direkodkan berpunca dari kalangan mereka di negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, peningkatan penyakit seperti malaria dan batuk kering atau tibi kini menunjukkan peningkatan ketara yang dikhuatiri akan menular kepada rakyat tempatan sekiranya tidak dibendung.

"Apa yang membimbangkan seperti contoh, ketika pemeriksaan saringan yang dijalankan ke atas pekerja asing kira-kira 30,000 PATI, namun hanya satu per tiga lulus ujian dan selebihnya tidak sihat dan perlu dihantar balik. Tetapi kita tidak tahu kedudukan mereka itu yang kebanyakan mereka berpenyakit berjangkit seperti tibi dan malaria.

"Sehubungan itu, pihak keselamatan harus menangani perkara itu bagi memastikan PATI itu keluar dari negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kolokium Kesihatan Awam Sabah ke-8 dan Persidangan Kesihatan Awam Serantau 2013 di sini, hari Rabu.

Dr Hilmi berkata dalam sesetengah kes, kerajaan terpaksa menerima kedatangan pendatang asing terutama ketika kecemasan seperti melahirkan anak selain menangung subsidi perubatan bagi mereka yang bekerja di negara ini.

Sebelum ini, Bernama melaporkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dipetik sebagai berkata kebanjiran pekerja asing adalah antara punca peningkatan penyakit batuk kering dikesan di negara ini.

"Terdapat 58 kes untuk populasi 100,000 pada 1995 dan meningkat kepada 63 kes untuk populasi yang sama pada 2008 iaitu 16,000 kes setahun. Ia juga telah meningkat kepada 18,000 kes pada 2010.

"Pada 2011, sebanyak 20,000 kes telah dilaporkan berlaku dan telah menyebabkan sebanyak 1,600 kematian," kata Dr Subramaniam.

Dalam pada itu, Dr Hilmi berkata kolokium dan persidangan itu merupakan platoform terbaik untuk para doktor dan paramedik membentangkan hasil kajian mereka yang boleh digunakan sebagai rujukan kepada pihak berkaitan termasuk negara serantau seperti Filipina dan Myanmar.

Beliau mengalu-alukan penganjuran kolokium dan persidangan itu yang membuka peluang kepada peserta dari negara luar berkongsi idea yang boleh memanfaatkan lebih 500 juta penduduk rantau ini.

Seramai 360 peserta menyertai kolokium dan persidangan selama dua hari yang berakhir esok anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dengan kerjasama pejabat Kesihatan Penampang.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr Christina Rundi.

BERNAMA