Sunday, 18 October 2015

Ini dia lampu suluh yang hanya memerlukan haba tubuh untuk berfungsi

Di dalam filem The Matrix, robot menjadikan manusia sebagai sumber tenaga mereka selepas sinaran matahari terhalang selepas peperangan nuklear. Ini mungkin sebuah cereka fiksyen sains tetapi ia masih berdasarkan fakta sains.

Tubuh manusia menghasilkan 37000 joule tenaga haba setiap jam dan ini bersamaan dengan 100 Watt. Haba yang dihasilkan ini terbuang begitu sahaja kerana tidak wujud alat yang boleh menyimpannya.


Lumen ialah lampu suluh LED yang hanya memerlukan haba dari jari untuk berfungsi. LED Cree yang menyala dua kali ganda lebih terang dari LED biasa digunakan. Ia hanya memerlukan 15 mA untuk berfungsi dan memberikan keterangan 3000 mCd. Haba tubuh manusia diubah kepada tenaga elektrik melalui panel penjana termoelekrtik terbina pada tubuh lampu ini. 

Cahaya LED sebesar 5mm yang digunakan adalah cukup terang untuk dijadikan lampu ketika kecemasan. Dengan berat hanya 35 gram ia boleh digunakan sebagai rantai kunci yang boleh dibawa kemana-mana. Sebuah Lumen dijual pada harga $35 sebuah.

RUJUKAN: LUMEN


- Sumber: Amanz 

Child killed by front passenger airbag in Malaysia - parents, secure your kids with seat belts, child seats

An eight-year-old child was killed by an inflating front passenger airbag in Sungai Petani, Malaysia yesterday, as reported by Berita Harian

The girl was reportedly resting her face on the dashboard when the vehicle she was in, driven by her 17-year-old brother, hit a speed bump severely enough to trigger the front airbags to deploy. The inflating airbag threw her to the back of the car, and she was pronounced dead by the time she arrived at the hospital. 

Tragic news indeed. 

Now parents, please take note of this incident and keep your children secured properly in your vehicles. Under no condition should a child ever be left unsecured in a moving vehicle. 
Kids who weigh under 25 kg (weight is a more accurate measure than age) must be placed in a child seat (Group 0+, 1 and 2), and those under 36 kg should be secured with seat belts, together with either a booster seat or booster cushion (Group 3). These are absolute necessities, not optional. 



More than that, it’s absolutely vital that they be seated in the back, and not at the front. This is to position your kids away from the front airbags in case an accident happens. You should only ever place a child seat or booster seat in the front if your car has a front passenger airbag off switch (not many cars do) – and even then, only as a last resort.

The two videos embedded here show very clearly why children, whether properly fastened or not, should not be placed in the front seat when the front passenger airbag is activated.

An airbag deploys extremely rapidly, using controlled explosives, inflicting considerable impact on the front passenger if he or she is not secured properly. This can be dangerous to adults who are unfastened, let alone small children, who can be flung backwards violently by an inflating airbag.

Parents, readers, please share this to avoid such horrific tragedies from happening again.


- Source: paultan.org | 15 October 2015

RENDERED: 2016 Proton Perdana in eight colours


At the Alami Proton carnival, we were treated to a sneak peek of the 2016 Proton Perdana, where for a brief moment, we were shown the front and rear corners of the car. Using that minimal supply of information, rendering maestro Theophilus Chin still managed to create a few renderings, giving us an idea of what Proton’s flagship D-segment sedan will look like when it launches next year.

When that time finally arrives, there certainly will be a wide array of colours to choose from and that is where these new set of renderings from Theo comes in, showcasing the new Perdana in eight different colours, including the original rendering’s silver.

Aside from the separate colour choices presented – black, blue, champagne, dark grey, green, maroon, red, and silver, the renderings remain pretty much unchanged, still differing significantly from the eighth-generation Honda Accord which serves as the basis for the Perdana. 


Azlan Othman, who serves as Proton’s Head of Design did mention to us during the Alami Proton carnival that at launch, the Perdana will be offered in five colours, so could they include those you see here?

Take your time and scroll through our gallery of colour options for the 2016 Proton Perdana and let us know which colour would suit the car best.

- Source: paultan.org

AirAsia offers special fares to all destinations across Asia, Australia

Booking for these promotional seats can be made from Oct 19-25, 2015 for travel period from March 1 to Oct 29, 2016.

KUALA LUMPUR: Low-cost airline AirAsia is offering three million promotional seats to over 20 countries across Asia and Australia from Oct 19-25.

In a statement here today, it said the special fares were targeted to drive domestic and international travel within the extensive regional networks for both AirAsia and AirAsia X airline groups.

For domestic travelling within Malaysia, guests can fly to Penang and Kota Baharu with all-in-fares from as low as RM29 one-way; Langkawi from RM39 one way; Kuching from RM89 one-way while Kota Kinabalu is RM109 one way, all departing from Kuala Lumpur.

Guests can also fly further from Kuala Lumpur to destinations such as Pattaya, Thailand with all-in-fares from as low as RM99 one way; Goa, India from just RM229 one way; Busan, Korea from just RM249 one way while the very popular Sapporo, Japan is only from RM359 one way.

The promotional all-in-fares quoted are for one-way travel only inclusive of taxes.

Booking for these promotional seats can be made from Oct 19-25, 2015 for travel period from March 1 to Oct 29, 2016 at airasia.com, AirAsia’s mobile app on iPhone and Android devices, as well as the mobile site mobile.airasia.com.

- Source: Bernama

AirAsia tawar 3 juta tambang istimewa untuk semua destinasi di Asia, Australia

Tempahan bagi promosi tempat duduk ini boleh dibuat daripada 19 hingga 25 Okt, 2015 bagi tempoh perjalanan mulai 1 Mac hingga 29 Okt 29, 2016 melalui airasia.com. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia menawarkan tiga juta promosi tempat duduk ke lebih 20 negara di seluruh Asia dan Australia bermula 19 hingga 25 Okt.

Menurut AirAsia dalam satu kenyataan di sini hari ini, tambang istimewa itu disasar untuk memacu perjalanan domestik dan antarabangsa dalam lingkungan rangkaian serantau yang meluas bagi kumpulan penerbangan AirAsia dan AirAsia X.

Bagi perjalanan domestik dalam Malaysia, pelanggan boleh menuju ke Pulau Pinang dan Kota Baharu dengan tambang termasuk semua daripada serendah RM29 sehala, Langkawi daripada RM39 sehala, Kuching daripada RM89 sehala manakala Kota Kinabalu RM109 sehala, kesemua destinasi itu berlepas dari Kuala Lumpur.

Pelanggan juga boleh menikmati perjalanan dari Kuala Lumpur ke destinasi lain seperti Pattaya, Thailand dengan tambang termasuk semua daripada serendah RM99 sehala, Goa (India) hanya daripada RM229 sehala, Busan (Korea Selatan) pula bermula RM249 sehala sementara Sapporo (Jepun) yang sangat popular hanya daripada RM359 sehala.

Promosi tambang termasuk semua ini adalah tertakluk kepada perjalanan sehala sahaja termasuk cukai.

Tempahan bagi promosi tempat duduk ini boleh dibuat daripada 19 hingga 25 Okt, 2015 bagi tempoh perjalanan mulai 1 Mac hingga 29 Okt 29, 2016 melalui airasia.com, aplikasi mudah alih AirAsia di peranti iPhone dan Android, serta laman mudah alih mobile.airasia.com. 

- Sumber: Bernama 

Rakaman CCTV aksi perogol di Leeds tersebar luas


Gambar Hiasan

Sebuah rakaman kamera litar tutup yang menunjukkan aksi seorang perogol membawa seorang mangsa ke kawasan terpencil di Leeds, England mula tersebar di media sosial mula membimbangkan orang ramai.

Memetik laporan Metro.UK, rakaman CCTV itu memaparkan perogol sedang membawa seorang wanita dari sebuah stesen teksi sebelum bertindak dengan menyerang mangsa.

Berdasarkan rakaman tersebut, suspek digambarkan sebagai seorang lelaki berkulit hitam, berusia antara 30 hingga 40 tahun, rambutnya dicukur serta berpakaian kemas.

Serangan itu berlaku pada awal pagi ketika mangsa sedang menunggu teksi untuk balik ke rumah pada 14 Ogos lalu.

Pihak polis berkata, berdasarkan beberapa rakaman CCTV di sekitar kawasan pada malam itu, mereka percaya bahawa lelaki berkenaan sedang mencari mangsa untuk ‘diserang’.

Laporan itu turut memetik kenyataan polis yang mengesahkan rakaman CCTV berkenaan menunjukkan suspek itu berkeliaran di sekitar Leeds sebelum menyerang mangsa berkenaan pada jam 4.45 pagi.

Polis berkata mangsa yang berusia 24 tahun itu telah memberi kebenaran untuk menyebarkan rakaman itu di media sosial dengan harapan ia akan membantu siasatan dalam usaha untuk menangkap suspek tersebut.

’Rakaman aksi itu dengan jelas tidak sesuai untuk tontonan umum kerana ia amat mengganggu dan membimbangkan.

“Kami telah mempertimbangkan keadaan dan mengambil keputusan untuk menyebarkan rakaman itu dengan persetujuan mangsa yang inginkan keadilan.

“Perbuatan suspek itu sungguh membimbangkan dan kita perlu mengenal pasti dan menangkapnya dengan secepat mungkin,” kata superintenden polis West Yorkshire, Pat Twiggs.

Sumber: Astro Awani | Oktober 17, 2015

Tiga maut, dua parah dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS

Tiga maut dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 283 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Tol Ipoh Selatan.

IPOH: Tiga maut dalam kemalangan berganda yang melibatkan lapan kenderaan di Kilometer 283 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Tol Ipoh pada Sabtu.

Kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu turut menyebabkan seorang Penolong Pegawai Penyiasat (AIO) berpangkat Sarjan dan seorang orang awam cedera parah, manakala tiga lagi cedera.

Menurut Pegawai Penyiasat Trafik IPD Ipoh, Inspektor Josin Amatin, kemalangan pertama berlaku melibatkan sebuah kereta dan sebuah trak tunda yang berlaku kira-kira 8.30 pagi.

Sebaik menerima laporan kemalangan, Sarjan Alias Othman, 46, dan Koperal Shamsol, 50, bergegas ke tempat kejadian.

"Ketika menjalankan siasatan, sebuah lori tangki membawa muatan simen dari arah hadapan telah terbabas dan melanggar semua yang berada di tepi jalan, termasuk kenderaan yang berhenti untuk membantu.

"Akibat pelanggaran itu, badan lori simen berkenaan tercampak ke bahu jalan melanggar besi penghadang tepi kiri jalan manakala kepala lori tersebut merempuh kenderaan polis," katanya.

Mereka yang maut ialah pemandu trak tunda dikenali sebagai Mohd Fazli Malijan, 38, anaknya Muhammad Shamsul Mohd Fazli serta anak saudaranya Muhammad Amirul Hakimi Abdullah masing-masing berusia 15 tahun.

Pemandu lori simen berusia 52 tahun itu, bagaimanapun, hanya mengalami kecederaan ringan.

Difahamkan ketika kejadian, keadaan jalan basah dan licin akibat hujan.

Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan lanjut.

Mayat mangsa yang meninggal dunia turut dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

Pemandu lori tangki simen itu ditahan untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Plus Malaysia Bhd berkata keadaan trafik bergerak perlahan dari Ipoh ke Simpang Pulai akibat kemalangan itu sehingga petang ini.

"Kedua-dua lorong dari arah Ipoh ke Simpang Pulai telah dibuka namun kenderaan masih bergerak perlahan," katanya sepertimana dipetik daripada Bernama.

Beliau berkata, serpihan daripada kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu kecuali lori tangki telahpun dibersihkan.

- Sumber: Astro Awani |  Kemas kini: Oktober 17, 2015 

South African mother tries to sell child on Internet

The 20-year-old woman had offered to sell her 19-month-old baby on the popular advertising website Gumtree.

JOHANNESBURG: A South African mother appeared in court Friday charged with trying to sell her 19-month-old baby on the Internet for 5,000 rand ($380), officials said, after a police sting operation halted her plan.

Police were tipped off that the woman, aged 20, had offered her son for sale on the popular advertising website Gumtree.

"We met her and there was an exchange of money with an undercover police officer," Hangwani Mulaudzi, spokesman for the Hawks special crimes investigation unit, told AFP.

"She gave us the money and we arrested her directly."

The woman appeared in court in Pietermaritzburg, KwaZulu-Natal province, on human trafficking charges, and her case was adjourned until October 26.

"Gumtree South Africa's customer service team was alerted that a young woman had placed an ad on the site advertising a child for sale," company spokeswoman Claire Cobbledick said in a statement.

"The team immediately removed the ad and blocked the user's account. (We) escalated the issue to the corporate office that engages law enforcement on suspected criminal cases."

The child was in good health and has been taken into care by social workers. 

- Source: AFP |  Updated: October 17

Teacher punched, kicked and verbally abused for reprimanding student

The student punched the teacher in the face and kicked him in the stomach during the school's morning assembly.

SIBU: A male disciplinary teacher, in his 40s, of a secondary school in Jalan Teng Chin Hua here was bruised in the face and injured in his stomach after he was punched and kicked by a student.

He was also verbally abused by the male student for reprimanding him at about 7.30am Friday.

After the incident which occurred during the school's morning assembly, the teacher who suffered injuries on his nose lodged a police report at about 1.30pm.

Sibu District Police Chief, ACP Mohd Kamal Kordi when contacted today, confirmed receiving the report and said police have identified the student.

However, he said police have not yet detained the student for investigation.

- Source: Bernama | October 17, 2015

Album terbaharu Yuna temui peminat Februari 2016

PENYANYI, Yuna.

KUALA LUMPUR: Persiapan album terbaharu penyanyi dan penulis lirik, Yuna hampir 90 peratus selesai dan dijangka akan menemui peminat pada penghujung Februari tahun hadapan.

Yuna berkata, album kelima versi Amerika Syarikat (AS) itu bakal menampilkan sisi perwatakan beliau yang lebih berlainan dengan menekankan pengaruh elemen urban, RnB, dan irama hip hop yang lebih rancak dan segar.

"Walaupun terdapat banyak perubahan antaranya dari segi irama lagu, saya yakin bahawa pendengar yang mendengar lagu-lagu itu akan tahu itu adalah Yuna," katanya kepada BERNAMA dalam satu temu bual eksklusif, di sini, baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau belum lagi mengambil keputusan untuk mendedahkan nama dan jumlah lagu dalam album itu dalam masa terdekat ini.

Mengenai projek sampingan terbaharu buat peminatnya di Malaysia, Yuna berkata beliau kini masih dalam perancangan untuk menghasilkan lagu-lagu yang lebih berunsurkan humor dan mengusik.

"Dari segi budaya dan penerimaan muzik di sini (Malaysia), rakyat Malaysia lebih gemar dengan lagu yang dekat dengan kehidupan mereka contohnya seperti lagu 'Lelaki', 'Dan Sebenarnya' dan lain-lain," katanya.

Sebelum ini, beliau telah mengeluarkan empat album Malaysia iaitu Yuna (2008), Decorate (2010), Terukir di Bintang (2012), dan Material (2015) serta empat album AS iaitu Decorate (2011), Yuna (2012), Sixth Street (2013) dan Nocturnal (2013).

Malam tadi persembahan konsert "Yuna, Live In Malaysia" berjaya menarik perhatian 3,000 peminatnya di Dewan Plenary, Kuala Lumpur City Centre, di sini.

Yuna, buat julung kalinya, turut mendendangkan sebahagian lagu daripada album Nocturnal secara langsung khas buat peminatnya di sini antaranya "Someone Who Can", "Mountains" dan "Rescue."

Kali terakhir beliau mengadakan konsert di sini adalah di Istana Budaya pada tahun 2013.

- Sumber: Bernama

Typhoon Koppu smashes into northern Philippines

Fishing outrigger boats are anchored at the mouth of a river feeding Manila Bay on October 17, 2015. - AFP Photo/Jay

MANILA: Thousands of people fled as powerful Typhoon Koppu hit the northern Philippines early Sunday, officials said, battering coastal towns with powerful winds that forecasters warned could last up to three days.

No casualties have been reported but about 6,500 people were evacuated from their homes and taken to safer ground, and the number was expected to rise as the storm slowly grinds inland across the main island of Luzon, the civil defence office said.

Koppu pounded the remote coastal town of Casiguran with gusts up to 210 kilometres (130 miles) an hour and heavy rain, remaining nearly stationary hours after making landfall there before dawn, the state weather service said.

"It looks likely this deluge will be with us for days," weather forecaster Gladys Saludes told AFP, adding the typhoon was not likely to leave Luzon until Tuesday.

Koppu downed trees and pylons, leaving two cities and 22 towns without power, while landslides and floods cut off 10 roads and eight bridges across the region, National Disaster Risk Reduction Council chief Alexander Pama told reporters.

He said ferry services across the island, home to about half the Asian archipelago's population of 100 million people, were suspended amid rough seas while commercial aviation was also disrupted with 30 flights suspended, two of them on international routes.

ABS-CBN network aired footage of strong winds shaking large trees and rattling rooftops and storefront signage in Baler, a tourist resort about 85 kilometres south of Casiguran.

'This is just the start'

Pama said communications links had also been cut in many of the affected areas, while the authorities were working to evacuate more people deemed at risk and trying to clear blocked roads so aid could get through.

"I must emphasise that this is just the start. People must remain alert while we try to pick up the pieces in areas already hit," Pama added.

Residents of communities in the typhoon's expected path were hunkering down under darkening skies, said Kate Marshall, part of an advance reconnaissance team of the International Committee of the Red Cross to the region.

"There is a bit of debris around but nothing major as yet. The trees are beginning to sway a lot more," " Marshall told AFP from Solano town, about 100 kilometres inland.

"We have seen people checking roofs and putting stuff away. There are not that many people on the road.... I would say people are prepared," she said, adding local officials have prepared evacuation centres in case they are needed.

Saludes, the weather forecaster, said that due to Koppu's unusually slow pace, the mountainous areas and farmlands along river valleys in the area were expected to be pummelled by intense rain for days.

This could leave them exposed to floods and landslides, among other hazards, she said.

The weather service has also warned of storm surges, massive typhoon-generated waves smashing along coastal areas, but Saludes said there had been no reports of these so far.

Although the storm will not directly hit the capital, Manila, the weather service said it would affect a 600-kilometre swathe so that other regions were likely to be affected by strong winds and rain.

The Philippines is hit by an average of 20 storms each year, many of them deadly.

The deadliest and strongest on record, Super Typhoon Haiyan, destroyed entire towns in the central islands in November 2013, leaving more than 7,350 people dead or missing.

- Source: AFP | October 18, 2015

Ujian paling besar dalam hidup

Mohd Mubassyir membantu bapanya, Ustaz Yeh yang masih belum pulih sepenuhnya dan memerlukan bantuan tongkat bagi membolehkan dia berjalan.

BACHOK – "Saya nampak ribut pasir dari tingkat dua tempat solat beberapa saat sebelum kren runtuh." Cerita Mat Deris Mohd Noor, 62, atau mesra dipanggil Ustaz Yehyang cedera dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah September lalu.

Katanya, ketika kejadian, dia baru sahaja selesai menunaikan solat Asar sebelum terdengar dentuman kuat di bahagian luar masjid dan menyedari bahagian kepalanya tercedera akibat terkena batu.

“Saya sempat tengok ribut kuat dan hujan baru saja turun. Tiba–tiba bunyi dentuman kuat dan kepala saya ditimpa batu mungkin akibat runtuhan bangunan itu. Lepas tu saya tak sedarkan diri sehinggalah di Hospital King Abdul Aziz.

“Isteri yang datang bersama pun saya tak tahu di mana. Seumur hidup saya inilah ujian yang paling besar saya rasakan. Perlukan kesabaran yang tinggi untuk semua yang terlibat dalam tragedi ini,” katanya.

Detik mencemaskan yang masih segar dalam ingatan itu dikongsi kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya di Kampung Cherang Sepulai, semalam.

Ustaz Yeh ketika ditemui baharu sahaja tiba di rumahnya selepas selamat tiba dari Jeddah di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Terengganu.

Dalam tragedi itu Ustaz Yeh mengalami kecederaan di kepala dan patah paha kanan. Kepalanya mengalami berbelas jahitan dan pahanya dimasukkan besi, manakala isterinya mengalami kecederaan ringan.

“Alhamdulillah kami dapat buat haji dengan baik walaupun sesetengahnya perlu upah orang seperti untuk melontar jamrah di Mina.

“Walaupun tak dapat solat berjemaah selepas itu kerana kami perlu solat sendirian dalam bilik, kami reda dengan ujian ini dan amat bersyukur kerana kami pulang dengan selamat,” katanya yang tiga minggu berada di hospital.

Untuk tempoh ini, ustaz Yeh perlu menjalani pemeriksaan berkala di hospital memandangkan masih terdapat besi di dalam pahanya.

Anak sulungnya, Mohd Mubassyir,30, berkata, dia amat bersyukur kerana ibu bapanya selamat pulang dan sedikit jamuan kesyukuran diadakan semalam.

“Kami bersyukur semuanya selamat dengan iringan doa semua saudara mara, rakan- rakan dan anak- anak murid ayah. Kami buat jamuan kesyukuran ringkas untuk mereka yang terdekat sempena kepulangan ibu bapa kami,”katanya.

Difahamkan, ini adalah ibadah haji Ustaz Yeh yang ketujuh apabila sebelum ini dia mengerjakan haji setiap tahun ketika belajar di Arab Saudi dari 1978 hingga 1983.

- Sumber: Sinar Harian 

Disergah ketika berasmara

Kereta yang dipandu pasangan kekasih tersebut.

SEGAMAT - Akibat panik disergah anggota polis, pasangan kekasih yang sedang memadu asmara di dalam sebuah kereta dekat Kilometer 5 Lebuhraya Kuantan-Segamat, di sini, bertindak memandu kira-kira 20 kilometer dalam keadaan separuh bogel.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, pada kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, pihaknya menerima panggilan orang awam yang melihat sebuah kereta berada dalam keadaan mencurigakan.

“Selepas menerima panggilan, dua anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) menuju ke kawasan berkenaan dan mendapati sebuah kereta jenis Proton Wira dalam keadaan enjin dihidupkan diletakkan berhampiran kawasan semak.

“Anggota polis kemudian menghampiri kereta berkenaan dan melihat sepasang kekasih sedang memadu asmara dengan kedua-kedua kerusi pemandu dan penumpang hadapan direbahkan,” katanya.

Menurutnya, anggota URB tersebut kemudian mengetuk cermin kereta beberapa kali dan mereka yang terkejut cuba melarikan diri dengan memandu pergi, namun sempat diekori anggotanya.

Katanya, kereta pasangan kekasih tersebut menuju ke arah Buloh Kasap sebelum memasuki Jalan Tasek Alai untuk ke arah Jementah sebelum berjaya dipintas serta ditahan di Kilometer 8 Segamat-Jementah.

“Kereta pasangan kekasih tersebut yang dipandu secara berbahaya turut menyebabkan sebuah motosikal ditunggang anggota URB mengalami sedikit kerosakan apabila bergeser dengan kereta suspek.

“Pasangan kekasih tersebut kemudian memberhentikan kereta kerana dipercayai hampir kehabisan minyak sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat,” katanya.

Menurutnya, pasangan kekasih berusia 17 dan 22 tahun itu direman selama empat hari untuk siasatan lanjut selain merujuk kes tersebut ke Jabatan Agama Islam Segamat.

- Sumber: Sinar Harian

Pukul, minta RM1,000 kerana kotorkan kereta?

Sedutan video yang viral di laman sosial hari ini.

RAKAMAN seorang lelaki menampar pekerja khidmat mencuci kereta menjadi viral selepas tersebar di laman sosial, hari ini.

Video tersebut yang dimuatnaik ke laman Facebook mengatakan seorang lelaki memukul pekerja tersebut yang didakwa warganegara Bangladesh kerana memasuki kenderaan pelanggan dan dituduh mengotorkannya.

"Mungkin bangla tu kotor berpakaian lusuh dan hina," tulis seorang pelayar laman Facebook.

Tak cukup dengan memukul, pekerja tersebut dikehendaki membayar RM1,000 kerana duduk dan mengotorkan kereta tersebut ketika mengelap cermin.

Menurut pelayar tersebut, pukulan tersebut menyebabkan pekerja terbabit berdarah dan terpaksa mendapatkan rawatan di klinik.

"Klinik kata patah/bengkak teruk dan refer hospital," tulis pelayar tersebut lagi.

Perkongsian berkenaan mendapat perhatian lebih 33,000 pelayar laman sosial dan menarik lebih 16,000 komen yang mengecam tindakan pemilik kenderaan tersebut.

"Mahal ke kereta dia tu? Kalau kereta harga RM1 juta, lainlah. Report polis!," kata Sam.

"Tak payah berlagak la. Kalau kaya, kenapa pergi tempat bangla kerja? Kenapa tak pergi tempat high class?" marah Angah.

- Sumber: Sinar Harian