Monday, 24 February 2014

Telaga tiub atasi masalah petani di musim kemarau

Ismail Sabri
Ismail Sabri


PENDANG - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan membina telaga tiub sebagai penyelesaian kepada masalah pengairan yang dihadapi segelintir petani di beberapa kawasan di Kedah setiap kali tiba musim kemarau.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata telaga tiub yang menggunakan kaedah menyedut air daripada bawah tanah adalah langkah terbaik dan boleh dibina segera untuk menyalirkan air ke kawasan sawah setiap kali tiba musim kering.

"Saya dah maklumkan kepada BPSP (Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian) supaya buat kajian mengenai telaga tiub ini. Ia boleh menyedut air bawah tanah waktu musim biasa atau kemarau, sepanjang tahun," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wang ehsan kepada petani yang terjejas akibat kemarau di Kampung Bendang Raja, Kubur Panjang dekat sini hari ini.

Beliau berkata bagi kampung tersebut yang kawasan sawahnya terjejas teruk hingga menyebabkan petani hilang pendapatan musim ini, kajian segera akan dijalankan untuk mengetahui sama ada tanah di kawasan itu sesuai atau tidak dibina telaga tiub.

"Untuk (penyelesaian) jangka panjang yang lebih baik ialah membawa air daripada Sungai Padang Terap, 25 km daripada sini melalui paip dan sebagainya dan disalirkan ke Sungai Lampam (untuk disalirkan ke sawah).

"Tapi projek ini memerlukan belanja besar, mungkin mencecah RM100 juta dan perlu dapat kelulusan, untuk cepat ialah telaga tiub. Kalau ada (sumber air bawah tanah) boleh bina segera, yang lain perlukan paip dan sebagainya dan perlu jangka masa panjang," kata Ismail Sabri. 

Sementara itu, beliau berkata pihak kementerian juga telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas menangani bencana baru-baru ini untuk mendapatkan laporan berkaitan isu berkenaan dari kawasan-kawasan lain.

"Sekarang hanya dapat laporan di Kedah, mungkin lepas ini di Melaka dan sebagainya. Kemungkinan kawasan lain tak timbul isu ini (terjejas akibat kemarau) sebab dah selesai menuai," katanya. 

Terdahulu pada majlis itu, Ismail Sabri menyampaikan sumbangan bernilai lebih RM2.393 juta kepada 1,570 pesawah yang kehilangan punca pendapatan akibat kemarau pada musim ini.

Setiap petani menerima RM1,400 bagi setiap hektar sawah mereka yang rosak akibat kemarau berpunca daripada perubahan iklim tidak menentu iaitu negara berada pada fasa pertengahan monsun timur laut. 

Lembaga Pertubuhan Peladang Kedah telah mengenal pasti kawasan sawah seluas 1,661.84 hektar yang terjejas, membabitkan 42 kawasan di bawah pengendalian 10 Pertubuhan Peladang Kawasan. - Bernama

'The Journey' tops Malaysia's all-time box office records


KUALA LUMPUR: A love story that transcends cultures and generations ‘The Journey’ is now Malaysia’s No. 1 local movie when it achieved the highest box office sales of RM12.92 million as at 23 February 2014.

Presented by Astro Shaw and produced by Woohoo Pictures, the admissions has not declined for 25 days since its release date, going against traditional trends.

The director Chiu Keng Guan thanked the public for making the movie Malaysia’s No. 1 local movie.

"All of us involved in the production of the movie from the cast to crew are delighted and overwhelmed by the unanimous support and words of encouragement from Malaysians from all walks of life via word of mouth, Facebook, Twitter, Instagram and so on.

"‘The Journey’ is a beautiful Malaysian made movie with a huge Malaysian appeal as it transcends cultures and generations, thus celebrating the values of filial piety, love, family unity, cultural diversity, as well as themes of east-west and parent-child tension,” he said.

‘The Journey’ received some heartfelt praises from our local artists.

Sharifah Armani, a popular actress posted on her Instagram – “A cross-continental story that explores the idea of culture, not just as tradition but as an expression of love. No hantu with bad make up. No big stars overdoing it. No crash boom bang. But full of love, tradition and beauty. I'm so glad I had the opportunity to watch this beautiful film. (Cry likegila) My favourite Malaysian film so far this year. With amazing shots, wonderful story and honest performances The Journey is hard to beat. Well done director, cast and team. Thank you for a beautiful film. There is still hope for Malaysian films. Syukur Alhamdulillah.”

Muzaffar Mustapa (@SultanMuzaffar), a popular blogger said on twitter, “Although ‘The Journey’ shows a significant difference in culture, it truly represents a Malaysian identity that can bring us closer as a nation. A must watch!”

Datin Sofia Jane, a popular actress mentioned on twitter, “I’m so glad for its overwhelming run. I enjoyed it tremendously. Wished my dad was around to watch it with me. #thejourney.”

Ben Andrew Pfeiffer, who plays Benji in the movie said, “I am overwhelmed with the film’s reception. This movie truly belongs to the Malaysian people. What a surprising and beautiful outcome for everyone involved. I would like to thank Astro Shaw for placing their faith in the entire team. It feels like this will be a film that stays in the hearts of all who witness it for a long time to come. It's become a cultural and national treasure".

Other than Australian stage actor Ben Andrew Pfeiffer, all the other actors like 74 year-old retiree Frankie Lee and Joanne Yew, who is the winner of Miss Astro Chinese International Pageant 2007, as well as other actors are amateurs and this translates to a sincere and honest performance on screen.

The story revolves around a conservative father who reluctantly agrees to his daughter’s marriage to a foreigner. The movie places importance in the concept of family, a universal theme that is relevant to all cultures regardless of background.

Astro will continue to look to engage more local talents in line with our efforts in developing a more diverse talent pool for the industry. ‘The Journey’ is the third part of a film trilogy by award winning director Chiu Keng Guan – with Woohoo! (2010) and Great Day (2011), both top grossing films in local cinemas respectively.

‘The Journey’ is now showing in cinemas nationwide and will make its theatrical debut in Singapore in March. This movie is also slated for a release in Taiwan later this year.

Astro Awani 

Muhyiddin: Tiada arahan tukar guru tentang PBS

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

KAJANG - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan bagi menukar mana-mana guru yang menentang pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau dan Kementerian Pendidikan (KPM) tidak pernah mempunyai niat untuk menganiayai mana-mana guru, termasuk mereka yang berada dalam Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).

"Saya nak nyatakan bahawa saya tak memberi apa-apa arahan untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana guru termasuk mereka yang di dalam Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).

"Saya telah buat keputusan berhubung pendirian KPM untuk tangani masalah PBS iaitu menangguhkan pelaksanaannya bagi memberi ruang kepada satu kajian bagi penambahbaikan diadakan," katanya dalam sidang media di Surau Al-Falah Kampung Bukit Dukung, di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada keputusan menukarkan Mohd Nor Izzat Mohd Johari yang bertindak sebagai ketua jawatankuasa SGMM akan ditarik balik selepas kerajaan menangguhkan sementara pelaksanaan PBS. 

Muhyiddin berkata perkara itu mungkin berlaku melibatkan peringkat pentadbiran daerah dan beliau tidak mengetahui sama ada tindakan itu dibuat atas fakta-fakta lain atau hanya atas sebab guru berkenaan menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai PBS.

"Kita tak nak menganiayai sesiapa, kita bersikap adil dan tidak mahu dilihat zalim. Guru bukan tidak boleh bersuara...boleh, tapi dengan cara mengikut prosedur bersesuaian berdasarkan pekeliling," katanya.

Beliau berkata selepas pelaksanaan PBS ditangguhkan, perkara penting yang perlu dilakukan ialah kementerian akan melakukan yang terbaik bagi mencari satu kaedah yang mampu memberi keadaan lebih baik kepada semua pihak jika dilaksanakan kelak.

Semalam, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dilaporkan berkata guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.

Menurut Khair, pihaknya akan memaklumkan hasil penelitian dan kajian semula berkaitan PBS setelah Menteri Pendidikan berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan. 

- Bernama

Catuan air di seluruh Selangor mulai esok

Abdul Khalid Ibrahim
Abdul Khalid Ibrahim


SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan program catuan air secara bergilir di seluruh negeri mulai esok bagi menyeimbangkan penyaluran air di kawasan yang mengalami gangguan bekalan sejak 7 Februari lepas.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata melalui program itu kawasan yang terbabit akan mendapat bekalan air selama dua hari diikuti catuan bagi dua hari berikutnya.

"Menerusi program catuan ini, kita janji setiap pengguna akan dapat bekalan air cuma ia akan dicatu iaitu penyaluran bekalan air dilakukan selama dua hari dan dua hari (berikutnya) tiada air dan seterusnya. 

"Sekurang-kurangnya dalam seminggu, empat hari pengguna akan dapat air sepenuhnya dan catuan akan berlarutan sehingga ke suatu masa yang kita rasa sesuai untuk hentikannya iaitu apabila musim hujan bermula, dijangka akhir Mac," katanya selepas menghadiri perjumpaan bulanan penjawat awam di sini hari ini. 

Beliau berkata program catuan air dilakukan bagi mengekalkan jumlah air sedia ada di empangan di negeri ini supaya ia dapat bertahan untuk dua bulan akan datang seandainya musim panas terus berlarutan. 

Abdul Khalid berkata jika musim hujan tiba lebih awal, catuan itu akan dihentikan dan pihaknya akan memaklumkan keadaan sebenar krisis air pada pertengahan Mac depan untuk tindakan selanjutnya. 

Beliau berkata menerusi program catuan itu, kawasan di Selangor akan dibahagikan kepada dua zon dan notis terperinci berkenaan pencatuan bekalan air mengikut kawasan itu akan dikeluarkan selewat-lewatnya petang ini untuk hebahan lanjut.

Tambahnya, kerajaan negeri akan berbincang dengan pihak berkuasa tempatan di kawasan yang teruk terjejas bekalan iaitu di sekitar loji Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi untuk mencari jalan terbaik membantu meringankan beban masyarakat yang mengalami kekurangan bekalan air.

Justeru, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya menggunakan air sewajarnya dan menyimpan air mengikut keperluan bagi mengelak kekurangan bekalan selain mengurangkan aktiviti yang boleh membazirkan bekalan itu dalam keadaan cuaca yang panas dan kering sekarang. 

- Bernama

PDRM kenalpasti pelan hadapi banjir di Beaufort

KOTA KINABALU - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sudah mengenal pasti pelan yang akan dilaksanakan bagi menghadapi banjir besar di daerah Beaufort sekiranya bencana itu melanda pada masa akan datang.

Beliau berkata perancangan berkenaan termasuk aspek pergerakan aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan anggota PDRM lebih bersedia melaksanakan tugas menyelamat dan menyalur bantuan kepada mangsa ketika menghadapi bencana banjir.

"Menyelamatkan mangsa merupakan keutamaan kami, juga menghantar bantuan kepada mangsa yang tidak sempat keluar ke pusat pemindahan banjir seperti di kawasan Sungai Padas.

"Jadi kita sudah mengenal pasti lokasi yang kita boleh gunakan aset seperti helikopter, bot dan pasukan penyelamat," katanya.

Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Pingat Kedaulatan Negara kepada 56 anggota dan pegawai PDRM, 55 daripadanya dari Sabah dan seorang dari Sarawak, yang bertugas semasa Ops Daulat di Lahad Datu dan Semporna, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Sumiati Suara, balu kepada Allahyarham Sarjan Mejar Baharin Hamit yang terkorban semasa bertempur dengan pengganas di Kampung Simunul, Semporna, pada 1 Mac tahun lepas turut menerima pingat berkenaan.

Menurut Khalid, pelan perancangan menghadapi banjir itu akan dijadikan rujukan bagi menghadapi ancaman banjir besar di daerah lain.

Katanya PDRM juga sudah mengenal pasti beberapa kelemahan semasa melaksanakan operasi menyelamat dan menyalurkan bantuan mangsa banjir di daerah Beaufort baru-baru ini dan ia akan diperbaiki.

Mengenai keselamatan pantai timur Sabah, Khalid berkata PDRM akan membuat pemantauan berterusan bagi memastikan kesiapsiagaan anggota menghadapi sebarang ancaman sentiasa pada tahap tertinggi. - Bernama

Lebih 300 kes buli siber dilaporkan tahun lepas

MELAKA - Sebanyak 389 kes buli siber dilaporkan oleh pengguna internet melalui Pusat Bantuan Cyber999 sepanjang tahun lepas, meningkat 55.6 peratus berbanding 250 kes pada 2012.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata sikap pengguna internet yang suka berkongsi maklumat peribadi terutama kata laluan di laman sosial dikenal pasti antara faktor utama peningkatan kes buli siber itu.

"Mesej yang dihantar melalui akaun yang diceroboh terutama melibatkan unsur negatif akan merosakkan reputasi pemilik sebenar akaun terbabit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Hari Keselamatan Internet 2014 di sini hari ini.

Beliau berkata kementeriannya melalui CyberSecurity Malaysia melaksanakan pelbagai program bagi memberi pendedahan dan kesedaran kepada pengguna internet terutama pelajar sekolah termasuk penganjuran sambutan Hari Keselamatan Internet pada setiap tahun sejak 2010.

Katanya sambutan itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat supaya lebih bertanggungjawab apabila berada di alam siber dan melayari internet. 

Pada majlis itu juga Abu Bakar melancarkan 'Buku Panduan Keselamatan Siber: Buli Siber' yang diterbitkan CyberSecurity Malaysia bagi memberi maklumat kepada orang ramai mengenai ancaman buli siber dan cara mengatasinya.

Beliau berkata buku berhalaman 19 muka surat itu diterbitkan berdasarkan kajian melibatkan 9,651 pelajar dari 459 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara yang dijalankan antara CyberSecurity Malaysia, Kementerian Pendidikan dan DiGi Telecommunication Sdn Bhd pada 2013.

"Hasil kajian itu mendapati 13 peratus daripada responden iaitu 1,255 pelajar mengaku sedang menjadi mangsa buli siber manakala 26 peratus atau 2,509 mengaku pernah menjadi mangsa buli siber," katanya.

Abu Bakar berkata buku itu akan diedarkan kepada orang ramai secara percuma dan pihaknya menyasarkan untuk bertemu 20,000 pelajar sekolah tahun ini bagi memberi pendedahan berhubung kejadian buli siber. - Bernama

Berapa jumlah air yang cukup?

KUALA LUMPUR: Hari ini, kerajaan negeri Selangor mengumumkan bakal melaksanakan program catuan air secara bergilir di seluruh negeri mulai esok.

Ia dilakukan bagi menyeimbangkan penyaluran air di kawasan yang mengalami gangguan bekalan sejak 7 Feb lepas.

Beberapa hari lalu, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) telah diarah untuk mengaktifkan pelan kecemasan dan pengagihan air berjadual kepada pengguna terjejas.

Berapakah jumlah minima air untuk sehari yang anda perlukan pada waktu darurat? Berikut adalah keputusan undian setakat malam 24-2-2014, sejak dimulakan pada hari yang sama:-


 
 
 
 
 

Sumber: ASTRO Awani

Lazada lancar aplikasi mudah alih e-dagang baharu

Lazada

KUALA LUMPUR - Peruncit e-dagang, Lazada, melancarkan aplikasi mudah alih baharu bagi peranti Androids dan iOS, untuk memanfaatkan perkembangan pesat perdagangan menerusi peranti mudah alih.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maximilian Bittner berkata, sebahagian besar daripada 600 juta pengguna Internet di Asia Tengara kini mengakses laman web melalui telefon pintar mereka.

"Syarikat kami sebagai peruncit e-dagang terulung menghubungkan alat peranti mudah alih ke rangkaian beli-belah dalam talian kerana sebelum ini pusat beli-belah fizikal hanya boleh dikunjungi penduduk bandar.

"Kami amat yakin dengan perkembangan pesat m-dagang (dagang mudah alih) di rantau ini," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut laporan terkini mengenai "Asia Tenggara: Trend Dalam Talian dan Matlamat", pertumbuhan e-dagang di Asia Tenggara akan mengalami peningkatan tahunan sebanyak 31 peratus sehingga 2015.

Menurut Lazada, pertumbuhan mendadak dalam penggunaan e-dagang ini dipacu terutamanya oleh peningkatan infrastruktur teknologi dan peralihan tabiat pengguna, serta kedudukan ekonomi yang bertambah baik di rantau ini.

Sebanyak 200 juta pengguna dalam talian dianggarkan antara tahun 2010 dan 2020, yang membina asas kukuh untuk pasaran e-dagang rantau ini pada tahun-tahun yang akan datang.

Pengguna dalam talian Asia Tenggara dianggarkan kira-kira 205 juta menjelang 2016, kenaikan ketara berbanding 118 juta pada 2011, dengan kebanyakan pengguna terdiri daripada golongan negara besar di Asia Tenggara iaitu Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam.

Arus Internet yang pesat berkembang mendorong fenomena membeli-belah melalui Internet terutamanya dalam kalangan kelas pertengahan yang aktif mencari pelbagai produk yang berpatutan di pasaran e-dagang yang serba kompetitif.

Tahun ini merupakan tahun yang amat menarik untuk peserta e-dagang di rantau ini terutamanya dengan kemunculan perdagangan menerusi peranti mudah alih yang memperbaharui pengalaman membeli-belah atas talian untuk para pengguna yang sentiasa sibuk. - Bernama

Family of 11 left homeless after fire


KEMAMAN: A family 11 people have been displaced after a fire tore through their home in Taman Cempaka, Bukit Kuang near Kemaman.

The intense fire broke out at about 5pm Sunday while the family members were resting at home.

Chukai Fire and Rescue Department Operations personnel Mokhtar Musa said 12 firefighters in three engines rushed to the area minutes after receiving a distress call.

Upon arrival the house was already 80 percent burnt.

“We had faced difficulties in obtaining water supply as the fire hydrant in the area had been damaged by irresponsible parties. We were forced to take water from a nearby river to put out the fire. We also managed to contain the fire from spreading to nearby homes,” said Mokhtar.

He said the firefighters managed to contain the fire from spreading to nearby homes in the area and successfully put out the flames 20 minutes later.

No injuries were reported and the cause of the fire remains under investigation. - ASTRO Awani 

Bloggers, netizens convene for Malaysia Social Media Week 2014


KUALA LUMPUR: The Malaysia Social Media Week (MSMW) is back starting today. First held in 2012, this annual event aims to connect people, content and conversations in the social and mobile media world.

This year, it will be held from February 24 until 27 at the Sunway Pyramid Convention Centre.

“MSMW will congregate the corporate world, governments and youths, seeking to address issues, while showcasing some of the wealthy prospects that lie in the realm of social media.

“Insights and visions are shared, queries are tabled by like-minded individuals congregated to learn and deliver. It’s so sensational! People from all across the globe gathered with visions and missions for a better world,” said founder and president of Malaysia Social Media Chambers Shahul Hameed Shaik Dawood.

The World Bloggers and Social Media Summit starts tomorrow, and will feature key personalities and bloggers from around the world including Shane Dallas from Australia, Malini Agrawal from India, Kounila Keo from Cambodia, and local bloggers like Sue Lynn Tiong and Stephen Doss.

The summit will cover topics such as blogging, marketing, social media monetization and the future of mobile apps.

Astro Awani 

"Kenyataan PM jenaka paling hebat abad ini"

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM - " Inilah jenaka hebat abad ini. Rakyat boleh menilai siapa yang menipu rakyat.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jangan anggap rakyat kini tidak bermaklumat, demikan menurut Ketua Penerangan Pas Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man apabila diminta untuk mengulas mengenai kenyataan PM semalam yang meminta rakyat elak ditipu janji-janji pembangkang.

Menurutnya, kerajaan BN sebelum ini pernah menjanjikan pelbagai 'bulan dan bintang' kepada rakyat namun sehingga kini janji-janji tersebut belum dapat dilaksanakan oleh kerajaan.Oleh itu tambahnya, PRK Dun Kajang bakal menyaksikan penolakan rakyat terhadap BN dek kerana sikap memungkiri janji BN itu.

"...siapa yang menjanjikan BR1M RM1,200 kepada rakyat?.

"...PM pernah berjanji untuk menurunkan harga barangan keperluan, minyak dan pelbagai janji menjelang PRU yang lalu...mana pergi janji tersebut?

"...bagi saya kenyataan dan ingatan PM itu sepatutnya menjadi amaran rakyat kepada beliau agar melaksanakan janji beliau buat, sebelum PRU lalu. Kini rakyat terus memberi mandat kepada BN untuk melihat sejauh mana janji ditepati, kini rakyat terbeban dengan pelbagai bebanan hidup.

"...oleh itu PM sepatutnya tidak menggesa rakyat sebaliknya menunaikan amanah yang diberi oleh rakyat, sebab itu, kita yakin pengundi di Kajang akan menterjemahkan kemarahan mereka kepada BN dan janji yang dikhianati dengan memberikan kemenangan selesa kepada calon PKR yang mewakili PR dalam PRK Kajang nanti," katanya kepada Sinar Harian Online.

Semalam menerusi satu kenyataan PM meminta rakyat agar tidak lagi tertipu dengan janji-janji pembangkang yang sekadar lunak didengar tetapi hakikatnya boleh menghancurkan negara jika kepimpinan negara beralih ketangan mereka.

Oleh itu PM meminta rakyat wajar menolak segala dasar tidak bertanggungjawab yang dikemukakan pembangkang termasuk manifesto ekonomi mereka dalam PRU13 lalu.

"Dah kena tipu 16 September, betul? Dah kena tipu fasal 40,000 Bangaladesh menjadi pengundi hantu betul? Padahal cuma 12 orang Bangaladesh menjadi waganegara dalam masa 10 tahun. Kalau nak jadi pengundi kena jadi warganegara, betul?

"...kalau tidak percaya saya, Tanya Jabatan Pendaftaran..kena tipu lagi, pasal 'blackout' pula dia kata kita tipu peti undi.

"...lepas itu bila kalah pilihan raya hendak jadi pensyarah. Tak jadi pensyarah lagi, masih hendak bertanding di Kajang," katanya.

Najib berkata, berbeza dengan BN, apabila diberi kepercayaan rakyat, parti itu akan membalas segala keyakinan rakyat itu dengan sebaik-baiknya.

Sinar Harian 

Tahanan mati di lokap kerana 'Embolisme paru-paru'

KAMPAR - Punca seorang tahanan yang ditemui mati di lokap Balai Polis Kampar di sini tahun lepas adalah disebabkan 'embolisme paru-paru' akibat berlaku hidrasi yang rendah dalam badannya, inkues bagi mengenal pasti punca kematian M.Ragu di Mahkamah Koroner di sini diberitahu hari ini.

Ketua Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Dr Mohammad Shafie Othman berkata, 'embolisme paru-paru' adalah kehadiran darah beku dalam sistem saluran darah paru-paru yang menyekat kemasukan darah dalam tisu organ itu.

Beliau menyatakan demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Loke Kok Mun dalam prosiding hari ini.

"Embolisme paru-paru boleh berlaku dalam apa-apa keadaan tetapi dalam kes ini saya tidak nampak sebarang pukulan menyebabkan berlakunya embolisme paru-paru pada si mati, saya tidak menemui kesan pukulan pada mayat si mati," katanya memberi keterangan sebagai saksi kesembilan. 

Beliau berkata, Ragu juga menghidapi penyakit hati iaitu 'infiltrasi lemak' iaitu hati mengalami perubahan lemak secara menyeluruh yang berpunca daripada pelbagai faktor yang boleh menyebabkan keadaan itu antaranya pengambilan arak secara berlebihan, pengambilan ubat serta jangkitan.

Hasil bedah siasat pada 11 Mac 2013 juga mendapati ada beberapa kesan lebam kecil yang tidak serius antaranya di lengan kanan, pergelangan tangan dan di tapak kaki kanan serta parut-parut yang sesuai dengan akibat kesan tikaman yang telah pulih sekian lama, katanya.

Ketika menjawab soalan peguam M.Kulasegaran yang mewakili keluarga Ragu, Dr Mohammad Shafie berkata beliau tidak menemui sebarang kecederaan lain selain yang beliau kemukakan dalam laporan bedah siasat walaupun keluarga si mati mendakwa ada beberapa kecederaan pada badan Ragu.

Katanya, beberapa kesan lebam kecil yang dialami tidak membawa kepada punca kematian Ragu.

"Mengatakan sesetengah kecederaan tidak boleh dilihat, ia adalah andaian, namun jika ada sudah pasti saya akan tulis (dalam laporan bedah siasat). Berdasarkan kepada keadaan mayat, beliau telah meninggal dunia 12 jam sebelum ditemui mati di dalam lokap tersebut," katanya bertugas sebagai pakar forensik di HRPB sejak 2001.

Beliau juga berkata, bedah siasat dilakukan di HRPB di Ipoh kerana pencahayaan di rumah mayat Hospital Kampar adalah kurang berbanding di HRPB.

Ragu, 47, yang ditahan di lokap tersebut dilaporkan mati akibat 'embolisme paru-paru' pada pukul 8 pagi, 10 Mac tahun lepas iaitu dua hari selepas Mahkamah Majistret Kampar menjatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan dan denda sebanyak RM2,000 terhadapnya setelah didapati bersalah di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sementara itu Koroner Melati Diana Abdul Wahab yang mendengar inkues itu berkata mahkamah berpuas hati dengan keterangan Dr Mohammad Shafie pada prosiding hari ini dan menetapkan prosiding bersambung 3 Mac depan dengan memanggil beberapa saksi lain seperti yang diminta peguam Kulasegaran. 

- Bernama

Tips dapatkan harga barang lebih murah

Tips dapatkan harga barang lebih murah
Mungkin ramai kurang sedar harga barang keperluan di pasar basah kadang kala lebih tinggi berbanding pasar raya besar. - Foto Sinar Harian


RAMAI yang mengeluh dan bimbang dengan kenaikan harga pelbagai jenis barang dan keperluan harian, terutama selepas pengumuman kenaikan tarif elektrik pada 1 Januari 2014 dan penarikan semula subsidi petrol tahun lalu.

Kebanyakan isi rumah di negara ini risau sekiranya perbelanjaan mereka tidak mencukupi dan wang simpanan pula susut akibat kenaikan kos sara hidup.

Akibatnya, ramai menuding jari ke arah pihak lain, terutama kerajaan yang dikatakan menjadi punca kenaikan harga barang sejak kebelakangan ini.

Tetapi benarkah harga barang di semua kedai, pasar dan pasar raya besar dinaikkan?

Sebenarnya, harga barangan keperluan sama seperti sebuah permainan, anda hanya memerlukan strategi yang betul untuk mendapatkan barangan pada harga terendah.

Isu harga barang mahal boleh diatasi jika pengguna peka dan bijak membuat perbandingan harga antara premis supaya tidak mudah ditipu oleh peniaga yang mengutamakan keuntungan sahaja.

Ini kerana dakwaan bahawa harga barangan di semua tempat adalah mahal tidak benar sama sekali.

Tinjauan penulis mendapati masih ada premis perniagaan termasuk pasar raya besar menawarkan harga murah berbanding harga di pasar basah.

Harga barangan keperluan harian seperti ayam, daging, ikan, bawang dan sayur-sayuran berbeza mengikut kategori premis perniagaan di seluruh negara.

Berdasarkan senarai harga barangan yang dikeluarkan di portal www.1pengguna.com setiap hari, contohnya, harga ayam bersih standard dijual antara RM5.98 dan RM9.90 sekilogram di pasar raya manakala ayam hidup antara RM6.40 hingga RM7.20 sekilogram di semua pasar basah.

Contoh lain ialah di Selangor, ikan cencaru bersaiz sederhana dijual antara RM6 dan RM12.90 sekilogram di pasar basah manakala di pasar raya dijual pada harga antara RM5.99 sehingga RM10.59 sekilogram.

Jadi ini bermakna terdapat banyak pilihan harga untuk pengguna. Adakah kita telah membuat tinjauan dan membandingkan harga barang di lokasi berbeza berdekatan rumah masing-masing sebelum membeli?

Atau kita hanya memilih membeli di kedai paling dekat dengan rumah jadi apabila kedai itu menaikkan harga barangan, kita juga terpaksa membayar mahal sedangkan mungkin ada pasar raya lain berdekatan yang menjual dengan harga lebih murah.


Harga berbeza ikut hari

Selain lokasi, waktu pembelian juga memainkan peranan dalam penentuan harga barang. Tinjauan penulis mendapati beberapa pasar raya menjalankan pelbagai promosi mengikut hari dan cuba mengekalkan harga murah walaupun berlakunya peningkatan kos sejak kebelakangan ini.

Ada pasar raya besar yang mengenakan harga berbeza terhadap barangan tertentu antaranya susu formula dan lampin pakai buang pada hari biasa dan hari minggu.

Selain menyemak di portal www.1pengguna.com, pengguna juga boleh menyemak di laman sesawang pasar raya itu sendiri untuk mengetahui promosi yang diadakan supaya penjimatan boleh dilakukan.

Isu utama di sini adalah pengguna perlu peka supaya tidak terpedaya dengan karenah peniaga yang menaikkan harga barang untuk mengaut untung atas angin.

Gunakan sepenuhnya perkhidmatan semakan harga barang di pasaran setiap hari yang disediakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi merancang perbelanjaan harian.

Selain memeriksa harga, pengguna boleh mengemukakan aduan sekiranya terdapat mana-mana peniaga yang menaikkan harga barang secara mendadak dan tidak mengikut harga yang ditetapkan menerusi portal itu.

Sinar Harian 

Julia Ziegler nanti lamaran


Julia Ziegler. Foto ihsan MALAYSIAN DIGEST


SETIAP manusia yang hidup, pasti mengimpikan mempunyai pasangan. Lebih-lebih lagi bagi kaum Hawa, tiada apa lagi yang diinginkan selain mempunyai satu keluarga yang sempurna.

Begitu jugalah yang dirasai oleh aktres tinggi lampai, Julia Ziegler tatkala diasak mengenai kehidupan peribadinya kini.

Akui Julia, apatah lagi dalam usia yang menginjak ke angka 30, tidak lama lagi, dia memang berharapkan untuk mendirikan rumah tangga secepat mungkin.

“Tipulah kalau saya kata tiada keinginan untuk berkahwin. Bahkan kawan-kawan, keluarga dan wartawan sendiri selalu bertanya bila saya mahu mendirikan rumah tangga.

“Tapi sebagai wanita apalah yang boleh saya buat. Takkan saya pula yang kena melamar lelaki tersebut, “ katanya kepada media, baru-baru ini.

Ditebak soal pasangan, akui pemilik nama sebenar, Julia Bob Fauzi Ziegler ini, dia kini sedang menjalinkan hubungan yang serius dengan sahabat lamanya sendiri.

“Kami dah bercinta lebih kurang setahun. Tapi sebenarnya saya dah kenal dia lama sebelum saya masuk industri lagi. Kiranya, dia bukan nak saya sebab saya glamor atau saya artis. Saya nampak keikhlasan dan sangat mengenali sikap dia.

“Namun buat masa ini, biarlah kami berkawan dahulu dan tak perlulah saya perkenalkan dia kepada umum. Saya tak mahulah nampak beria-ia sangat, kerana andai hubungan itu tidak menjadi nanti, yang ia akan memalukan saya dan keluarga juga.

"Saya berharap semua pihak doakanlah yang terbaik untuk saya,” ujarnya.


Masih aktif

Berkongsi perkembangan terbaharunya, Julia berkata, dia kini kembali aktif di pentas peragaan dan akan muncul dalam filem berjudul ‘Aku Akan Muncul’ yang akan ditayangkan di pawagam mulai 27 Februari ini.

Pelakon berdarah kacukan Melayu-Amerika ini juga akan berangkat ke Indonesia bagi menjalani penggambaran filem seram popular Indonesia berjudul Kuntilanak.“Saya akui sejak kebelakangan ini kelibat saya jarang dilihat. 

Tapi saya masih aktif, ada kalanya saya menghadiri majlis hiburan dan kalau tak dijemput saya tak datanglah (ketawa).“Cuma orang macam tak tahu saya masih aktif dan ada saya dengar takut ambil saya berlakon kerana saya sibuklah. Apa pun saya berharap tahun 2014 ini tuah yang baik untuk saya.

“Apatah lagi saya akan ke Indonesia tidak lama lagi selepas mendapat tawaran berlakon di bawah produksi negara tersebut,” katanya.


Rindu dunia peragaan

Sementara itu, kelangsingan tubuh Julia baru-baru ini membuatkan teman media tertanya-tanya adakah Julia dalam proses berdiet atau tidak sihat.Akui Julia, dia sememangnya mengamalkan diet sejak kebelakangan ini dan tidak mengambil nasi kerana rindu dengan dunia peragaan.

“Alhamdulillah sekarang ini saya sedang berusaha untuk mendapatkan bentuk badan saya seperti mana ketika saya aktif dalam dunia peragaan dulu. Saya dah mula berdiet dan melakukan senaman.

“Saya juga dah beberapa bulan tidak ambil nasi dan hanya makan lauk. Tetapi jika teringin, saya hanya makan dalam kuantiti yang sedikit.

“Apatah lagi saya rindu nak beraksi di pentas peragaan. Lebih gembira dan teruja baru-baru ini saya telah mendapat satu tawaran untuk catwalk di satu acara fesyen di Kuching, Sarawak,” katanya.

Sinar Harian

Lim Guan Eng dan Rahman Dahlan berperang di Twitter


KUALA LUMPUR: Perbalahan di laman mikro Twitter antara anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkesudahan dengan salah seorang bakal berdepan tuntutan saman.

Abdul Rahman bertegas untuk menyaman Guan Eng selepas Ketua Menteri Pulau Pinang itu menuduh beliau menyokong cadangan membakar bible yang dibuat oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa malaysia (PERKASA) satu ketika dahulu.

Abdul Rahman yang juga menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu pada awalnya menjawab dakwaan Guan Eng yang mengaitkan beliau dengan cadangan membakar bible itu.


Tell him 2apologise n not support the burning of Bibles first! RT@GoTeamRD:@mpkotabelud's view on #nationalunity...https://t.co/0PjZzZ78AS"— Lim Guan Eng (@cmlimguaneng) February 23, 2014

@cmlimguaneng Despite my explanation, you kept twisting the facts. One more time you imply I support Bible burning I will sue you.— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) February 23, 2014

@mpkotabelud wah! scared oh, u wanna sue me am shaking all over..BTW when r u filing suit can't wait to prove d truth jgn buat omong2 kosong— Lim Guan Eng (@cmlimguaneng) February 23, 2014

@cmlimguaneng I had enough of your crass politics. Nothing good come out from your mouth. Nothing.— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) February 23, 2014

@cmlimguaneng Enough said. I see you in court.— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) February 23, 2014

I won't allow anyone accusing me a Bible burner proponent. Not even frm a YAB. I will proceed wt suing Lim Guan Eng. Let the court decides.— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) February 23, 2014

Sebelum ini, Guan Eng pernah menyelar Abdul Rahman yang didakwa mempertahankan keputusan kerajaan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang mengugut mahu membakar bibla dalam bahasa Melayu.


Sumber: Astro Awani 

Guru sah terima surat tukar, buat rayuan esok

Guru sah terima surat tukar, buat rayuan esok

SHAH ALAM - Ketua Gerak Kerja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), Mohd Nor Izzat Mohd Johari mengesahkan dirinya telah menerima surat arahan pertukaran serta-merta secara rasmi, hari ini.

Guru sekolah di negeri Pantai Timur ini akui dirinya bakal membuat rayuan terhadap jabatan pendidikan negeri terbabit.

"Surat itu bertarikh 17 Februari 2014 dan saya terimanya hari ini.

"Saya akan buat surat rayuan dan akan dihantar ke jabatan pendidikan negeri, esok," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Minggu lalu, Sinar Harian Online melaporkan dua guru sebuah sekolah mendakwa menerima surat pertukaran serta-merta ekoran menentang sistem pendidikan, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Hari ini, Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan penglibatannya dalam arahan pertukaran tersebut.

Katanya arahan pertukaran tersebut mungkin dikeluarkan oleh pejabat pendidikan daerah yang masih belum diketahui sebabnya sama ada berkaitan PBS atau sebaliknya.

Sementara, pelaksanaan PBS ditangguhkan sehingga ia dimuktamadkan oleh Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.

Sinar Harian

Kanak-kanak gila gajet anti sosial


Cara perlawanan kemuncup

KUALA TERENGGANU - Kemunculan pelbagai jenis gajet dengan aplikasi permainan alam maya yang kini menjadi kegilaan kanak-kanak, telah menenggelamkan beberapa jenis permainan tradisional yang popular suatu ketika dahulu.

Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Terengganu, Zahari Mat berkata, situasi agak membimbangkan itu meninggalkan banyak kesan terutama dari segi keyakinan diri dan pergaulan kanak-kanak itu sendiri.

“Kebanyakan kanak-kanak main gajet berseorangan, jadi secara tidak langsung ia akan menjarakkan hubungan bersama kawan yang lain, menjadi anti sosial, sedangkan pada usia 7 hingga 11 tahun, mereka perlu bergaul dan mengeratkan silaturahim.

“Apabila keadaan ini berlaku, nilai murni dalam kalangan mereka sudah tiada. Mereka enggan bergaul, lebih teruk lagi kesihatan akan terjejas terutama mata kerana terlalu kerap dan lama melihat gajet,” katanya.

Menurutnya, dalam hal ini, peranan ibu bapa penting kerana mereka yang bertanggungjawab penuh dalam mencorakkan keperibadian anak-anak.

“Ada ibu bapa yang malas memantau kegiatan anak di luar rumah dan lebih gemar memberikan gajet kepada anak supaya mereka dapat duduk diam di dalam rumah.

“Berbeza sekiranya kanak-kanak ini diberi pendedahan terhadap permainan tradisional bersama rakan atau jiran, mereka lebih bijak bergaul malah secara tidak langsung hubungan dengan jiran juga semakin rapat apabila bersama luangkan masa untuk melihat anak mereka bermain,” katanya.

Beliau berkata, terdapat 10 jenis permainan tradisional kanak-kanak yang terkenal suatu ketika dahulu antaranya baling selipar, tuju kasut, baling tin, polis sentri, lompat getah, guli, gasing, datuk harimau, batu seremban dan sebagainya.

“Masih ada kanak-kanak yang membesar di kampung bermain permainan itu, namun kebanyakan kanak-kanak yang membesar di bandar sudah tidak mempraktikkan lagi permainan ini atas beberapa faktor.

“Bagi mengatasi anak menjadi anti sosial, ibu bapa perlu main peranan bawa anak mereka ke taman permainan atau memperkenalkan permainan tradisional ini,” katanya.

Sementara itu, blog Journey Terengganu dikendalikan Awang@Dungun menceritakan mengenai beberapa jpermainan tradisional kanak-kanak yang begitu popular, namun kini semakin dilupakan.

Antara permainan tradisional yang terkenal adalah lawan kemuncup, anok kang atau patung kertas, jet luncur daun palas, wa wa pe pek, cuik tiang, to jel to wok, to nusuk, aci dan cak kekok kaki ayam.

Sinar Harian

Lembaga hitam dicekup

Lembaga hitam dicekup
Suspek dicekup penduduk sewaktu cuba melepaskan diri ketika dikesan memasuki sebuah rumah penduduk.


PARIT BUNTAR - Tindak tanduk mencurigakan 'lembaga hitam' yang tergesa-gesa keluar dari pekarangan sebuah rumah di Taman Sempadan, dekat sini, kelmarin membongkar beberapa kes kecurian pakaian berjenama dan aksesori kenderaan sebelum ini.

Semuanya terbongkar setelah tertangkapnya lembaga hitam yang juga seorang lelaki tempatan berusia 20-an yang dikesan sedang memanjat pagar untuk masuk ke dalam rumah mangsa lebih kurang jam 5 pagi.

Ahli Pasukan Keselamatan Daerah Kerian, Lee Sin Chew berkata, pada hari kejadian, pihaknya menerima panggilan daripada seorang penduduk taman itu lebih kurang jam 5.15 pagi yang melaporkan telah menyaksikan perbuatan seorang lelaki tidak dikenali sedang memanjat pagar rumah jirannya.

Menurutnya, susulan laporan itu, pihaknya segera menghubungi polis, manakala beberapa anggota lain bergegas ke rumah mangsa untuk mengesan suspek.

“Setibanya kami di sana, suspek didapati sedang mengutip beberapa pakaian berjenama milik keluarga mangsa yang disidai di ampaian setelah mengumpil keluar beberapa aksesori dalaman kereta.

“Suspek cuba melarikan diri setelah menyedari kehadiran kami, bagaimanapun gagal melepaskan diri berikutan jumlah kami dan penduduk setempat yang turut sama begitu ramai,” katanya sewaktu ditemui media di sini semalam.

Sin Chew berkata, mangsa cuba bertindak agresif sewaktu dicekup orang ramai, bagaimanapun berjaya ditenangkan setelah polis hadir ke tempat kejadian.

Menurutnya, kejadian penangkapan suspek dijangka membantu menyelesaikan sebilangan besar kes kecurian pakaian berjenama dan aksesori dalaman kenderaan yang sering berlaku melibatkan kawasan sempadan Parit Buntar dan Nibong Tebal, Pulau Pinang.

“Kes kecurian melibatkan taman perumahan di daerah ini dan daerah bersempadan semakin kerap berlaku sejak awal tahun 2014.

“Kegagalan mewujudkan kawasan rukun tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dilihat antara punca kes sebegini semakin meningkat berikutan penduduk tidak boleh terlalu bergantung harap kepada polis semata-mata.

“Saya menggesa orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan memantau rumah sendiri terutama pada waktu awal pagi,” katanya.

Sinar Harian 

Penganggur didakwa bunuh isteri

BUKIT MERTAJAM - Seorang penganggur dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan membunuh isterinya pada tahun lepas.

Chiam Nguang Huat, 40, yang tidak diwakili peguam, dituduh melakukan kesalahan itu terhadap Lai Siew Fong di sebuah rumah, di Taman Bayu Mutiara di sini, pada jam 4 petang, 24 Jun.

Tuduhan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan dicatatkan.

Hakim Munsyiri Peet menetapkan 10 April untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lim Saw Sim. - Bernama

Kereta pertama: Bagaimana untuk membelinya?

Kereta pertama: Bagaimana untuk membelinya?
ILUSTRASI OLEH: GAYOUR

PADA minggu lalu kita telah melihat bagaimana Adam memperoleh ijazah universiti dan seterusnya melangkah ke dunia korporat.

Kita juga telah melihat bagaimana dia mengatur belanjawannya supaya merangkumi pelbagai perbelanjaan yang perlu ditanggungnya sebagai seorang dewasa yang bekerja.

Ada juga sedikit babak cinta ketika Adam terserempak dengan bekas rakan universitinya, Aida. Minggu ini kita akan melihat bagaimana hubungan mereka terus mekar dan juga menambahkan pengetahuan tentang satu lagi keputusan kewangan yang penting – membeli kereta.

Kini Adam mendapati tugas sebagai juruaudit bertambah seronok selepas pertemuan istimewanya dengan Aida.

Sebenarnya, dia suka pergi bekerja setiap hari dan tidak keberatan bekerja hingga lewat malam! Pada suatu petang, sewaktu semua orang sedang membuat persiapan untuk balik, hujan mulai turun dengan lebat.

Semasa Adam menunggu di pintu masuk banknya, dia terlihat Aida.

Dia menghampiri Aida dan mula bertanya sama ada Aida sedang menunggu sesiapa tetapi Aida segera memberitahu dia menunggu hujan reda untuk berjalan ke stesen LRT berdekatan dan pulang ke rumah.

Adam kemudian mengajak Aida minum teh tarik di warung mamak berhampiran dan mereka bersembang-sembang tanpa menyedari hujan sudah lama berhenti.

Selepas itu, Adam menemani Aida ke stesen dan kemudian mereka bertukar-tukar SMS. Malam itu, Adam tidak dapat tidur!

Fikirannya asyik memikirkan Aida. Tiba-tiba terlintas di fikiran Adam, mungkin inilah masa terbaik untuk memiliki sebuah kereta.

Di samping kemudahan yang akan diperoleh, ini juga akan memberi Adam peluang untuk menghantar Aida ke rumahnya, lebih-lebih lagi pada hari hujan (dia berdoa agar hujan turun setiap hari!).

Sebenarnya, hasrat membeli kereta sudah bermain di minda Adam sejak setahun lalu apabila dia mula bekerja tetapi dia menangguhkan pembelian untuk menabung wang secukupnya bagi bayaran pendahuluan.

Inilah disebutkan oleh perancang kewangan sebagai keputusan tertangguh dan ini betul-betul memerlukan disiplin dan kesabaran.


Kereta baru atau terpakai?

Pertama sekali Adam perlu membuat keputusan sama ada membeli kereta baru atau kereta terpakai. Biasanya orang berpendapat lebih bijak untuk membeli kereta baru kerana kos penyelenggaraannya jauh lebih rendah berbanding kereta terpakai.

Itu mungkin nampak wajar tetapi kereta baru juga mempunyai kos intrinsik lain.

Misalnya, untuk mencegah jaminan kereta anda dibatalkan, anda perlu menghantar kereta baru untuk diservis ke pusat servis yang dilantik pembuat kereta secara berkala.

Mereka mungkin mengenakan caj lebih tinggi bagi servis dan alat ganti berbanding bengkel biasa. Faktor penting lain yang ramai orang kerap lupa adalah amaun susut nilai yang lazimnya lebih tinggi bagi kereta baru berbanding kereta terpakai.

Sudah tentu membeli kereta terpakai pun ada masalahnya tersendiri terutama kos penyelenggaraan lebih tinggi dan kerosakan yang mungkin tidak kelihatan serta tempoh jaminan sudah luput.

Tetapi jika anda membuat keputusan membeli kereta terpakai, anda dinasihati meminta mekanik yang boleh dipercayai untuk memeriksa keadaan kereta itu dahulu.

Kereta juga mesti mendapat kelulusan rekod pemeriksaan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk pastikan kenderaan itu bukan kereta curi, tidak mempunyai pengubahsuaian menyalahi undang-undang, bukan kereta potong dan sebagainya.

Hanya selepas pemeriksaan itu, anda boleh membayar si pemilik wang deposit kereta, memandangkan kes penipuan berleluasa pada masa ini.

Satu lagi faktor perlu dipertimbangkan adalah kos pembiayaan kereta terpakai lebih tinggi berbanding kereta baru.

Namun jika anda membeli kereta secara tunai, perkara di atas tidak membawa apa-apa kesan.

Jadi, jika boleh, kita harus berikhtiar untuk membeli kereta secara tunai, tanpa apa jua bentuk pinjaman, kerana kereta merupakan aset yang susut nilainya dan mengambil apa jua bentuk pinjaman bukanlah langkah bijak.


Hadkan bayaran ansuran kereta

Selepas berfikir panjang dan membandingkan harga di beberapa tempat, Adam memutuskan membeli kereta terpakai berbanding kereta baru.

Dia menyemak belanjawan untuk melihat jumlah yang perlu diperuntukkan bagi bayaran ansuran keretanya setiap bulan.

Mengikut kebiasaan, kita hendaklah mengehadkan bayaran ansuran kereta dalam lingkungan 15 peratus daripada gaji bawa pulang. Dengan mengambil kira perkara ini, Adam mula menghitung:

Gaji bawa pulang setiap bulan = 2,500
Ansuran Bulanan yang sesuai = 15% x 2,500 = 375
Tempoh Pembiayaian yang dicadangkan = 5 tahun
Jumlah Amaun Pinjaman = 375 x 12 x 5 = 22,500

Seperti yang kita lihat, ini bermaksud Adam harus mengehadkan amaun pinjaman keretanya kepada RM22,500 dan membayar ansuran kereta RM375 setiap bulan.

Langkah berikutnya adalah menetapkan bayaran pendahuluan yang mampu dibayar dan dengan menambahkannya kepada amaun pinjaman, ini boleh memberikan anggaran nilai bagi kereta yang perlu dibelinya.

Dia segera menyemak penyata pelaburan amanah sahamnya dan mendapati dia boleh mengeluarkan RM10,000!

Dia kagum memikirkan bagaimana pelaburan kecil yang dilaburkan selama beberapa tahun sahaja boleh terkumpul menjadi jumlah yang lumayan. Dia teringat kata pepatah Melayu, “sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit!”.

Dengan sedikit keazaman dan tuah, dia berjaya mencari kereta terpakai dalam keadaan agak baik, dengan perbatuan rendah, pada harga RM30,000 sahaja.

Selepas memberi bayaran muka RM10,000, dia memohon pinjaman sewa beli berjumlah RM20,000 bagi tempoh lima tahun pada kadar faedah empat peratus setahun.

Ansuran bulanan pula tepat-tepat RM400, iaitu lebih kurang satu suku daripada gaji bawa pulangnya. Ini masih boleh diterima kerana tidak melebihi satu pertiga daripada gaji bawa pulangnya.

Dengan kereta “barunya”, Adam kini perlu mengawal belanjawannya dengan penyelarasan yang betul.

Selepas menyemak semula belanjawannya, Adam dapati dia perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM800 sebulan atas keretannya, RM400 bagi bayaran ansuran dan selebihnya untuk petrol, tol, kos penyelenggaraan, cukai jalan dan insurans.

Jadi dia tiada pilihan melainkan lebih berjimat cermat dalam belanja makan minum dan hiburan jika mahu terus menabung dan menikmati manfaat insurans nyawa.

Walaupun dengan penyelarasan tersebut, wang Adam masih tidak mencukupi tetapi ibu bapanya dengan murah hati menawarkan “rebet” atas berian bulanannya kepada mereka.

Kini barulah Adam tahu bahawa memiliki kereta bukannya murah! Dia masih teringat kata-kata ayahnya, “Sebelum membeli kereta, pastikan anda mampu menyelenggarakannya”.

Sejauh manakah kebenaran kata-kata ayahnya, dia memikirkannya sambil termenung... (Sambungan kisah Adam akan disiarkan, minggu depan).

Sumber: Sinar Harian 

Atai teruskan legasi Sudirman rakam semula lagu Kul It


KUALA LUMPUR: 25 tahun menyepi, Razman Azrai Zainuddin atau mesra dengan panggilan Atai kembali mewarnai dunia seni dengan single yang diberi nafas baru berjudul Kul It (kulit).

Kul It merupakan lagu nyanyian asal Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad iaitu bapa saudara Atai. Kemunculan semula Atai sempena mengenang 22 tahun pemergian Sudirman pada 22 Februari 1992.

Dalam temuramahnya bersama Gala TV, Atai merasakan penghasilan album ini adalah sebagai balasan budi kepada bapa saudaranya itu.

“Dulu Cokman (panggilan kepada Sudirman) masa kerja melabur duit untuk album saya, apa salahnya sekarang saya melabur demi album saya sendiri” katanya.

Kali terakhir Atai merakamkan album ialah pada 1985 yang berjudul Sahabat.

Selain sokongan keluarga, kata-kata semangat yang pernah dititipkan bapa saudaranya juga menjadi pemangkin untuk atai meneruskan usaha ini.

Pernah menerima tawaran untuk bernaung di bawah syarikat rakaman, Atai lebih selesa bergerak sendiri buat masa ini.

Single Kulit turut dilancarkan bersama sebuah video muzik baru.

Astro Awani 

Lagu baharu Agnes Monica

Agnes Monica
Agnes Monica


BINTANG popular dari seberang, Agnes Monica memberitahu bahawa dia kini sedang bekerjasama dengan komposer tersohor, Billy Steinberg, yang juga penerbit untuk lagu I Like A Virgin dendangan Madonna.

Teruja dengan kerjasama itu, Agnes sudah mula berkongsi maklumat mengenai lagu terbaharunya bersama komposer itu menerusi Twitter miliknya.

Sambil memuat naik bait-bait lagu tersebut, Agnes turut mengharapkan semuanya berjalan lancar.

Bintang yang baharu sahaja bernaung di bawah label Sony Music Global and Sony Music USA/Red ssociated pada 31 Januari itu, bakal mengeluarkan album terbaharunya pada tahun ini, selepas melancarkan album AgnezMo pada tahun lalu.

Sinar Harian 

Pening kerana 'Flappy Bird'

Shah Rukh Khan
Shah Rukh Khan


DEMAM game Flappy Bird sedang melanda dunia, tidak terkecuali kepada aktor ternama Bollywood, Shahrukh Khan (SRK).

Bintang yang baharu saja sembuh dari kecederaan itu menghabiskan masa luangnya dengan gajet Flappy Bird.

Teruja dengan gajet baharu ciptaan dari negara Vietnam itu, SRK bagaimanapun mengakui 'Flappy Bird' membuatkannya sungguh pening dan penat.

“Flappy Bird membuatkan saya bertambah pening dan tidak faham dengan karenah dan tingkah burung ini. Mungkin ini alasan, kenapa saya sangat mengantuk dan penat!!!,” ujar Shahrukh Khan melalui akaun Twitternya.

SRK merupakan antara selebriti yang sangat gemarkan dunia gajet. Maka tidak hairanlah jika dia sangat terbuka dengan perkembangan terbaharu itu.

Sinar Harian 

Saya tidak akan maafkan pembunuh ayah

Saya tidak akan maafkan pembunuh ayah
Anggota polis mengangkat jenazah untuk dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar, malam kelmarin.


SEREMBAN - "Saya tidak akan maafkan pembunuh ayah," kata Rohaizat Aris, anak sulung mangsa samun di sebuah stesen minyak di Jalan Seremban – Tampin, berhampiran Taman Bukit Emas, di sini, malam kelmarin.

Aris Sulaiman, 64, juruwang di stesen minyak itu, ditikam di dada oleh seorang penjenayah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Saya nak penjenayah itu dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahannya," kata Rohaizat, 33.

Dalam kejadian kira-kira 8.50 malam itu, Aris yang bekerja di kaunter kedai serbaneka di stesen minyak berkenaan sejak 2009, meninggal dunia selepas ditikam tidak kurang tiga kali di dada.

Rohaizat berkata, dia tinggal di Muar, Johor dan menerima panggilan daripada ahli keluarga yang memaklumkan bapanya meninggal dunia di tempat kerja.

“Sejurus sampai rumah, baru saya tahu ayah mati ditikam. Luluh hati saya mendengarnya,” katanya di pekarangan bilik mayat di Hospital Tuanku Ja'afar, di sini, semalam.

Rohaizat berkata, dia tidak menyangka bapanya akan pergi meninggalkan ibu bersama tiga adik beradik yang lain dalam keadaan menyayat hati.

“Ayah seorang yang baik hati dan tidak mempunyai musuh. Saya harap polis dapat menangkap suspek dan segera dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Rohaizat. seorang juruteknik berkata, dia bertemu bapanya itu sehari sebelum kejadian.

“Saya, isteri dan adik-beradik membawa ibu dan ayah makan malam di luar Jumaat lalu.

“Ketika mahu keluar rumah, ayah secara tiba-tiba mahu menaiki kereta saya dan duduk di tempat duduk penumpang hadapan.

“Sebelum ini ayah akan menaiki keretanya sendiri tetapi pada malam itu, dia mahu menumpang kereta saya,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, ketika kejadian, kedai serbaneka di stesen minyak berkenaan didatangi seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an yang memakai topi keledar dan berjaket.

“Suspek memasuki kedai dengan berpura-pura mahu membeli minuman. Ketika mahu membuat pembayaran, suspek kemudian mengeluarkan pisau dan terus menikam mangsa.

“Suspek kemudian mengambil wang tunai sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX5 berwarna biru yang diletakkan di kawasan stesen minyak tersebut,” katanya.

Menurutnya, ketika kejadian, tiada pelanggan berada di dalam kedai serbaneka, namun terdapat seorang pekerja dan dua pelanggan di kawasan stesen minyak.

“Pekerja dan pelanggan yang menyaksikan kejadian itu cuba mengejar suspek namun gagal. Suspek sangat licik berikutan kejadian berlaku dalam tempoh seminit sahaja,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, polis kini akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengenal pasti suspek.

“Pisau yang digunakan suspek turut ditemui di lokasi kejadian. Jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak polis,” katanya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Difahamkan, mangsa yang merupakan pesara tentera tinggal di Taman Sri Kasih, Senawang. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang, di sini selepas solat Zuhur, semalam.

Sinar Harian 

Rumah Terbalik, idea perniagaan dianggap gila

Rumah Terbalik
Rumah Terbalik telah dikunjungi satu juta pelancong sejak 2012


Rumah Terbalik
Tandas terbalik yang dibina di bahagian luar rumah menjadi antara tarikan utama.


BENARLAH kata orang, jika seseorang itu betul-betul menjiwai sesuatu usaha yang sedang dibuatnya, benda yang dikatakan mustahil pun boleh terjadi.

Itu yang berlaku kepada syarikat Trekkers Lodge Sdn Bhd yang mencipta dan mengendalikan tarikan pelancongan Rumah Terbalik di Tamparuli, Sabah.

Ya, rumah itu memang terbalik. Matlamat di sebalik idea unik itu mudah, iaitu bagi menaikkan sektor pelancongan di Sabah.

Berbekalkan kos pembinaan RM1 juta, rumah itu yang mengambil masa enam bulan untuk dibina akhirnya siap pada Januari 2012, sebelum dibuka kepada pelancong pada 9 Mac 2012.

Penolong Pengurus Tamu Rumah Terbalik Ayub Janien berkata, sejak ianya dibuka sehingga pertengahan tahun lalu, jumlah pengunjung ke rumah itu mencecah satu juta orang.

“Pada minggu pertama dan kedua selepas pelancaran, jumlah orang yang datang sudah melebihi 20,000,” katanya semasa ditemui di Rumah Terbalik yang menggaji 58 pekerja.

Kini, Rumah Terbalik menjadi antara tarikan yang dipromosikan di laman web rasmi Lembaga Pelancongan Sabah.


Idea dianggap gila dan mustahil

Sama seperti idea unik yang lain dalam perniagaan, cadangan untuk membina Rumah Terbalik dianggap idea gila oleh banyak pihak lain.

“Apabila kita kata hendak buat rumah yang dibina terbalik, orang cakap kita gila. “Ramai orang tidak percaya Rumah Terbalik ini boleh dibina. Hendak minta lesen untuk bina rumah ini pun memang
susah,” katanya.



Menurut beliau, rumah itu dibina menggunakan khidmat kontraktor tempatan tetapi mereka terpaksa beberapa kali menukar kontraktor sebelum ia dapat disiapkan.

“Ramai kontraktor tidak sanggup hendak bina rumah ini. Bahagian paling susah untuk dibina adalah bahagian atap.

“Kalau di luar negara, mereka bina sebuah rumah biasa, kemudian mereka terbalikkan. Tetapi kita bina terus bermula dengan atap di atas tanah,” katanya.

Beliau berkata, rancangan awal adalah untuk membina rumah itu di atas bukit, namun keadaan tanah yang tidak sesuai menyebabkan lokasinya ditukar.


Rumah terbalik pertama di Asia Tenggara


Ayub berkata, Rumah Terbalik itu memecah rekod sebagai yang pertama di Malaysia dan di Asia Tenggara.



Selain di Sabah, rumah terbalik turut dibina sebagai tarikan pelancong di luar negara, antaranya di Rusia, Jerman dan Kanada.

Menurut Ayub, walaupun pada awalnya rumah itu dibina untuk tarikan pelancong asing, kebanyakan pengunjung yang datang adalah dari sekitar Sabah sendiri.

“Kami juga sebenarnya agak terperanjat dengan sambutan orang tempatan terhadap rumah ini.

“Musim cuti umum dan cuti sekolah di Malaysia adalah waktu paling sibuk untuk kami,” katanya yang menambah mereka menerima sehingga 3,000 pengunjung setiap hari untuk lawatan kira-kira 20 minit memasuki rumah itu.

Apa yang menarik perhatian begitu ramai pengunjung?

Pastinya hiasan dalaman rumah itu, yang semuanya dipasang secara terbalik, jadi apabila pengunjung memasuki rumah tersebut, mereka akan melihat sofa dan set televisyen di atas kepala manakala kipas dan lampu di lantai.

“Kipas di lantai itu sebenarnya boleh berfungsi seperti biasa, cuma kami tidak hidupkan atas faktor keselamatan.

“Dalam banyak-banyak barang ini, tong gas paling susah untuk dipasang,” katanya sambil menjelaskan kesemua hiasan dalaman dan keperluan harian di dalam rumah itu dilekatkan menggunakan gam khas dan dibiarkan sehingga sehari untuk memastikan ianya benar-benar kukuh.

Menurut Ayub, sebahagian daripada hiasan rumah itu diimport khas dari Semenanjung Malaysia untuk memastikan reka bentuk dan kualitinya terjamin.

“Namun, Rumah Terbalik ini dibina mengikut reka bentuk rumah di Sabah, tidak sama dengan di Semenanjung Malaysia. Rumah ini juga menggambarkan corak hidup orang Sabah, terutama kepercayaan zaman dahulu,” katanya.

Selain hiasan dalaman rumah, bahagian luar rumah itu juga dilengkapi barangbarang biasa yang ada di rumah di Malaysia, tetapi bezanya barangan itu, seperti penyapu, basikal dan kereta, juga terbalik.


Sinar Harian