Thursday, 20 November 2014

Ratu Cantik Honduras ditembak ketika cuba larikan diri

Ratu Cantik Honduras ditembak ketika cuba melarikan diri daripada teman lelaki kakaknya - Gambar fail

SANTA BARBARA: Ratu Cantik Honduras ditembak ketika cuba melarikan diri dari teman lelaki kakaknya, lapor pihak polis pada Rabu, selepas beberapa jam kedua beradik itu dijumpai mati di tepi sungai.

Maria Jose Alvarado, 19, dijadualkan akan ke London untuk pertandingan Ratu Cantik Dunia, hilang bersama kakaknya Sofia Trinidad enam hari lalu selepas menghadiri sebuah parti.

Akhbar La Prensa melaporkan polis sedang menyiasat sama ada teman lelaki Trinidad, Plutarco Ruiz, menembak Trinidad di kepala kerana cemburu melihatnya menari bersama lelaki yang lain.

Beliau dilaporkan menembak Alvarado sebanyak dua kali dari belakang ketika Alvarado cuba melarikan diri.

Ketua detektif Leandro Osorio berkata mayat ratu cantik dan kakaknya yang berusia 22 tahun itu dijumpai ditanam berdekatan dengan Sungai Aguagual di bandar Arada, utara Honduras.

"Kami yakin 100 peratus, mayat itu adalah mereka," kata Osorio.

Polis menahan Ruiz dan rakan subahatnya pada Selasa, merampas pistol Colt-45 dan dua kenderaan.

Menteri Keselamatan Arturo Corrales berkata "tiada keraguan" Ruiz merupakan dalang dalam pembunuhan ini dan dia dibantu lelaki lain, Aris Maldonado Mejia.

Polis kini sedang menyiasat suspek tambahan yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan yang membantu untuk membersihkan tempat kejadian.

Penganjur Ratu Cantik dunia yang berlangsung pada Sabtu meluahkan rasa takziah kepada keluarga mangsa dan mengumumkan mereka akan mengadakan tribut untuk mereka pada minggu ini.

Alvarado merupakan pelajar tahun akhir sains komputer Northern Polytechnic Institute dan menyertai pertandingan ratu cantik sejak kecil lagi.

Mangsa dan kakaknya hilang selepas dilihat kali terakhir di sebuah majlis hari jadi di utara bandar Santa Barbara.

Penduduk Santa Barbara mengadakan demonstrasi dengan memakai baju T-shirt putih yang mempunyai gambar kedua beradik itu dan berarak dengan sebuah panji yang tertulis "May God protect them."

Honduras disenaraikan antara negara yang mencatatkan kadar jenayah paling tinggi di dunia.

Dianggarkan, dalam 100,000 orang, 90 hingga 95 orang daripadanya mati dibunuh sama ada oleh samseng atau berkaitan jenayah dadah.  - AFP 

Kementerian lancar buku teks digital pintar

Tan Sri Muhyiddin Yassin

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan melancarkan Buku Teks Digital Interaktif Pintar, gelombang kedua inovasi dan transformasi buku teks digital, yang dijangka dilaksanakan mulai 2016 hingga 2025.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia adalah kesinambungan daripada gelombang pertama transformasi buku teks sebanyak 313 judul, yang kini boleh diakses oleh murid, guru dan ibu bapa menerusi laman 1BestariNet.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, melalui penggunaan Buku Teks Digital Interaktif Pintar, proses pengajaran, pembelajaran, kolaboratif dan pentadbiran akan dijalankan melalui persekitaran pembelajaran maya (VLE).

"Inovasi ini juga merupakan antara usaha kementerian pendidikan menyelesaikan isu beg sekolah berat yang sering dibangkitkan ibu bapa pelajar sebelum ini," katanya ketika berucap pada sambutan Hari Inovasi peringkat Kementerian Pendidikan di sini, hari ini.

Muhyiddin turut memberi jaminan bahawa pelaksanaan buku teks digital itu tidak melibatkan kos tambahan kepada ibu bapa.

Sebaliknya, semua peralatan berkaitan termasuk Google Chrome Book diberi kepada sekolah untuk ditempatkan secara kekal bagi kegunaan murid-murid, katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut menyarankan Kementerian Pendidikan supaya memulakan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang pembangunan infrastruktur sekolah dan universiti bagi memastikan aspek penyediaannya relevan dengan keperluan abad ke-21.

Beliau berkata perancangan ke arah itu perlu dibuat daripada sekarang, dan antara perkara yang perlu diberi tumpuan ialah bentuk dan rupa sekolah, bilik darjah dan bilik kuliah.

Menurutnya R&D itu penting bagi memastikan apa yang dibina adalah selari dengan perkembangan kurikulum, pedagogi dan pengurusan keseluruhan bilik darjah dan bilik kuliah pada masa hadapan.

"Kajian dalam bidang itu perlu dipergiatkan kerana konsep konvensional memperluas akses pendidikan dengan membina lebih banyak sekolah, mungkin tidak relevan pada masa depan dengan adanya persekitaran pembelajaran maya," katanya.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan 2014 kepada Sekolah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim Johor Bahru, Johor; Sekolah Kebangsaan Seri Makmur Sabak Bernam, Selangor; Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru, Johor dan Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu, Terengganu.

Sekolah berkenaan yang bertanding dalam kategori Sekolah Rendah Bandar, Sekolah Rendah Luar Bandar, Sekolah Menengah Luar Bandar dan Sekolah Menengah Bandar masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000. 

- Sumber: Bernama

Dua beradik ‘minum air gula’ ceria

Senyuman ceria yang terukir mengambarkan keadaan mereka yang sihat dan selamat.
Senyuman ceria yang terukir mengambarkan keadaan mereka yang sihat dan selamat.

KOTA BHARU - Keadaan dua beradik yang kisahnya dipaparkan kerana hanya diberi minum air kosong bercampur gula oleh ibu mereka kini kelihatan lebih ceria dan sihat berbanding sebelumnya.

Kanak-kanak berusia lima dan tiga tahun terbabit kelihatan tersenyum girang ketika berada di dalam kenderaan jenis pacuan empat roda milik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di perkarangan Mahkamah Kota Bharu, di sini, semalam.

Tiada lagi bau tidak menyenangkan daripada mereka seperti mana sebelum ini dan si kakak berubah lebih kemas dalam pakaian berkebaya labuh serta berseluar panjang. Begitu juga juga adik yang kelihatan selesa dengan memakai baju t-shirt merah jambu.

Pada pagi itu, pihak JKM yang diwakili oleh Pegawai Pelindung Kanak-kanak daerah, Noor Azlin Che Kamaruddin hadir ke mahkamah majistret untuk mendapatkan Perintah Jagaan Sementara bagi dua kanak-kanak berkenaan.

Majistret, Nik Habri Muhamad yang menandatangani perintah itu membenarkan dua beradik perempuan tersebut ditempatkan ke Rumah Kanak-kanak Sultanah Hajjah Kalsom, Penor, Pahang untuk tempoh selama dua bulan.

Pengarah JKM negeri, Nik Omar Ab Rahman berkata, Rumah Kanak-kanak di Penor dipilih menjadi penempatan sementara bagi mereka berikutan jumlah kanak-kanak yang sudah penuh di Rumah Mini, di sini.

“Kapasiti penempatan sementara di sini hanya mampu menampung seramai 30 orang dan kuota itu sudah penuh, berbanding di Penor yang dapat menampung lebih daripada 100 kanak-kanak.

“Mereka akan berasa lebih selesa dan selamat di sana nanti. Keperluan asas seperti makanan, pakaian dan kesihatan dua beradik tersebut akan terjaga dengan lebih baik,” katanya yang turut memberitahu pegawai JKM dan dua beradik tersebut bertolak ke Pahang daripada mahkamah pada jam 11.40 pagi.

Menurutnya, dalam tempoh itu, pihak JKM akan membuat penelitian secara terperinci sama ada terdapat pihak yang layak, sesuai atau tidak untuk menjaga kanak-kanak terbabit.

“Memandangkan saudara-mara yang lain tidak dapat menjaga mereka, maka JKM akan buka permohonan untuk mendapatkan keluarga angkat bagi kanak-kanak ini. 

“Kalau ada, pihak JKM akan serahkan kepada pihak yang layak tersebut dan jika sebaliknya untuk tempoh selepas dua bulan, JKM akan dapatkan Perintah Tetap untuk mereka menghuni di rumah kanak-kanak terbabit sehingga dewasa,” katanya.

Sinar Harian pada 5 November lalu menyiarkan kisah adik-beradik itu yang diberi minum air kosong dicampurkan dengan gula oleh ibu mereka akibat kesempitan hidup.

Seminggu selepas itu, wanita terbabit, Nor Azlina Razid, 35, ditahan, sementara anak-anaknya diselamatkan JKM. Nor Azlina mengaku salah atas tuduhan memiliki dadah di mahkamah majistret, di sini. Hukuman terhadapnya akan diketahui 31 Disember depan.

- Sumber: Sinar Harian 

Diana Danielle minta maaf


“SAYA minta maaf pada media yang terasa hari itu. Saya bukannya lari, tapi saya dapat arahan dari pegawai perhubungan awam (PRO) majlis tersebut untuk pulang kerana kerja saya sudah tamat,” ujar Diana Danielle tatkala di tebak mengenai tindakannya meninggalkan sebuah majlis pelancaran produk secara terburu-buru, baru-baru ini.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, Diana berkata, dia memang sedia maklum ada media mahu menemu bualnya selepas majlis berkenaan, namun selesai sesi fotografi, dia dimaklumkan kerjanya sudah selesai dan boleh pulang.

“Saya memang tertanya- tanya juga apa yang terjadi dengan media yang nak menemu ramah. Kebetulan pula saya baru balik dari Jakarta dan saya memang penat. Jadi mungkin mereka (PRO) fikir saya penat dan tidak mengapa untuk memberikan saya pulang terlebih dahulu.

“Tapi saya tak pernah minta balik awal ke apa dan saya memang bersedia untuk bekerjasama. Namun saya telah diberikan arahan untuk balik dan saya ikut sahaja apa yang mereka cakapkan,” jelasnya yang ditemui pada sesi pratonton filem terbaru lakonan suaminya, Farid Kamil berjudul Kaki Kitai di Puchong, Selangor, semalam.

Aktres berusia 23 tahun ini menambah, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana masing-masing mempunyai alasan yang tersendiri mengenai insiden itu.

“Saya tak salahkan mana-mana pihak. Malah, saya tidak kecewa dengan laporan negatif terhadap saya. Semua ini adalah salah faham sahaja. Saya kalau boleh tidak mahu untuk memanjangkan isu ini.

“Cuma saya berharap jika inginkan lebih penjelasan, pihak media yang melaporkan itu boleh bertanya kepada pihak PR terbabit,” ujarnya.

Sementara itu, Farid Kamil yang turut di tebak mengenai isu yang melanda isterinya itu, Farid berkata mempunyai alasan dan prinsip yang tersendiri untuk tidak mencampuri urusan isterinya itu.

“Saya rasa itu semua orang perlu ada prinsip ini kerana saya rasa tidak adil untuk saya menjawab ataupun menjelaskan perjalanan seni bagi pihak seseorang. Jadi saya mengambil langkah untuk menjawab apa sahaja yang berkaitan dengan diri saya. Perjalanan karier seseorang itu, bergantung pada artis itu sendiri.

“Masalah yang ditimbulkan oleh artis seperti lari tidak menjawab dengan media adalah sebahagian daripada hidup sebagai artis. Jadi saya sebagai suami merasakan itu adalah sebahagian daripada kerjaya seni dia,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

Mayat kanak-kanak hilang ditemui

TAWAU - Mayat kanak-kanak lelaki yang hilang selepas bot jongkang yang dinaikinya bersama empat individu lain bertembung dengan sebuah kapal membawa barang di perairan Wallance Bay, Pulau Sebatik pada Selasa lepas, ditemui pagi tadi.

Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau, Kapten Anor Jaafar berkata, mayat Yongki, 2 tahun, ditemui oleh helikopter penyelamat APMM kira-kira lima batu nautika dari lokasi kejadian.

"Mayatnya ditemui pukul 8.45 pagi selepas dia hilang selama 36 jam. Mayat ditemui dalam keadaan terapung dan masih lengkap berpakaian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk dibedah siasat dan berikutan penemuan itu pihaknya telah menutup operasi pencarian pada pukul 10 pagi.

Dalam kejadian pukul 7 malam itu, tiga lelaki dan seorang wanita berasal dari Indonesia berumur antara 17 dan 30 tahun berjaya diselamatkan kapal barang tersebut. 

- Sumber: Bernama

Polis tahan bapa dipercayai dera, cabul anak

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur ditahan polis kerana dipercayai mendera dan mencabul anak perempuannya berusia sembilan tahun di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Besi di sini, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata, suspek berusia 41 tahun itu ditahan selepas membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya sedangkan kanak-kanak tersebut menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

"Lelaki itu mendakwa anaknya telah hilang dan kali terakhir dilihat pada Jumaat lepas kira-kira pukul 11.30 pagi bersama jirannya sebelum membuat laporan polis pada Ahad lepas.

"Siasatan awal mendapati anaknya telah dihantar ke hospital itu Khamis lepas oleh jirannya selepas mengesyaki mangsa telah didera.

"Pemeriksaan perubatan mendapati wujud beberapa kecederaan antaranya kesan lebam di bahagian peha kiri selain tanda-tanda mangsa dicabul. Berikutan itu, laporan polis dibuat dan bapa kanak-kanak itu ditahan," katanya kepada pemberita semalam.

Khairi berkata suspek ditahan reman selama lima hari dan kes telah disiasat berdasarkan peruntukkan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (penderaan ke atas kanak-kanak) dan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan (mencabul). 

- Sumber: Bernama

Mayat Ratu Cantik Honduras ditemui

Maria Jose Alvarado (kanan) dan kakaknya, Sofia Trinidad, hilang selepas dilihat kali terakhir di sebuah majlis hari jadi di utara bandar Santa Barbara. - Gambar AFP

SANTA BARBARA: Mayat Ratu Cantik Honduras, Maria Jose Alvarado dan kakaknya Sofia Trinidad, ditemui hampir seminggu selepas mereka dilaporkan hilang.

Kedua-duanya hilang selepas dilihat kali terakhir di sebuah majlis hari jadi di utara bandar Santa Barbara.

"Semasa ditemui di Sungai Aguagua, Kampung Cablotales, mayat kedua-dua mangsa ada kesan tembakan."

Polis berkata, dua lelaki diberkas, dengan salah seorang daripadanya yang merupakan teman lelaki Sofia, mengaku membunuh dan menanam mayat dua beradik itu.

Alvarado, dimahkotakan Ratu Honduras Mac lalu dan dijadual bertanding dalam Ratu Dunia di London bulan depan.

Honduras disenaraikan antara negara yang mencatatkan kadar jenayah paling tinggi di dunia.

Dianggarkan, dalam 100 ribu orang, 90 hingga 95 orang daripadanya mati dibunuh sama ada oleh geng samseng atau berkaitan jenayah dadah. 

- Sumber: Astro Awani 

Indeks Penyumbang Dunia 2014: Malaysia di tangga ke-7

Bantuan terhadap mangsa bencana di beberapa buah negara melonjakkan Malaysia dalam Indeks Penyumbang Dunia 2014. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Malaysia mendapat perhatian khusus dalam laporan Indeks Penyumbang Dunia 2014 atas lonjakan yang ketara ke tangga ketujuh berbanding kedudukan ke-71 pada tahun lalu.

Menurut indeks tersebut, Malaysia yang mencatatkan skor 55 peratus menunjukkan peningkatan dalam kesemua ketiga-tiga kaedah sumbangan bantuan lalu membolehkan kenaikan 26 peratus mata.

Perubahan tersebut dikaitkan dengan usaha kemanusiaan yang dijalankan dalam membantu mangsa-mangsa Taufan Haiyan di kepulauan Filipina, selain rekod sumbangan kepada beberapa mangsa bencana lain di China dan Jepun.

Malaysia mencatatkan 63 peratus dalam skor bantuan kepada pihak yang memerlukan, 60 peratus bagi skor sumbangan derma dan 41 peratus bagi skor kesukarelawanan.

Untuk tahun kelima, Yayasan Bantuan Kebajikan (CAF) telah mengeluarkan senarai indeks tersebut iaitu sebuah kajian yang menjalankan kaji selidik dan membuat penarafan dalam kalangan negara-negara sedunia yang melaksanakan usaha sumbangan kebajikan.

Yayasan yang berpangkalan di Britain itu memberi fasilitasi dan menggalakkan sumbangan untuk tujuan kebajikan. Ia menggunakan sistemnya sendiri untuk menetapkan penarafan (ranking) berdasarkan maklumat dari kaji selidik sedunia mengenai bantuan kebajikan yang dihulurkan sesebuah negara kepada pihak yang memerlukan, sumbangan derma dan usaha kesukarelawanan.

Dalam indeks berkenaan, kedudukan teratas dikongsi Myanmar dan Amerika Syarikat (AS), dan diikuti Kanada, Ireland dan New Zealand.

Terdapat pihak yang tidak memahami sebab negara besar dengan sumber kekayaan seperti AS boleh berkongsi kedudukan dengan negara miskin seperti Myanmar dalam senarai tersebut.

Namun, menurut pihak CAF, penarafan Myanmar itu sebenarnya turut mengambil kira tentang kesanggupan dan penglibatan menyeluruh rakyatnya dalam menghulurkan derma.

Skor 91 peratus yang diperoleh Myanmar antara lain disebabkan sifat pemurah rakyatnya yang melakukan kebajikan dengan cara menderma. Sifat memberi tersebut, menurut CAF, dicetus daripada penghayatan ajaran Buddha oleh majoriti rakyat negara tersebut. 

- Sumber: Astro Awani 

Jumlah kematian Ebola kini 5,420 orang: WHO

Gambar fail kawasan Freetown, ibu negara Sierra Leone. Wabak berbahaya itu paling teruk melanda kebanyakan tempat di Guinea, Liberia dan Sierra Leone.

FREETOWN: Seramai 5,420 orang disahkan mati akibat wabak Ebola yang melanda lapan negara.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan, sejumlah 15,145 kes jangkitan dilaporkan sejak akhir Disember 2013.

Jumaat lalu, agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu itu melaporkan 5,177 kematian dan 14,413 kes jangkitan.

WHO percaya angka korban itu mungkin lebih tinggi memandangkan kadar kematian didapati lebih 70 peratus.

Wabak berbahaya itu paling teruk melanda kebanyakan tempat di Guinea, Liberia dan Sierra Leone.

Angka kematian terbaharu itu muncul selepas wabak terbabit mulai perlahan di ibu negara Liberia yang membolehkan kerajaannya menarik balik tempoh darurat.

Berdasarkan laporan WHO, sehingga 16 November lalu, 2,964 orang terkorban di Liberia membabitkan 7,069 kes.

Manakala di Sierra Leone, 1,250 orang mati dan membabitkan 6,073 kes.

Guinea pula mencatat kematian seramai 1,192 orang dan 1,971 kes. 

- Sumber: Agensi

Penyanyi didakwa miliki dadah direman

Suspek ketika di mahkamah semalam. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Selayang hari ini membenarkan permohonan tahanan reman terhadap seorang penyanyi dan pelakon lelaki berusia 35 tahun yang didakwa memiliki dadah jenis syabu, lapor Bernama.

Agensi berita nasional itu melaporkan, majistret Nurul Izzah Hasan Basri membenarkan penyanyi itu ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15 (1) (a) akta yang sama.

Semalam, suspek tersebut, dilaporkan sebagai bekas penyanyi kumpulan Exist, telah ditahan dalam satu serbuan kira-kira pukul 1.30 petang di sekitar Kompleks Selayang Mall.

Suspek ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dalam "Ops Tapis", ketika dia sedang memandu.

Pemeriksaan polis ke atasnya menemui satu lipatan kertas putih yang di dalamnya mengandungi sepeket kecil plastik lutsinar berisi dadah syabu anggaran 0.30 gram yang digenggam di tangan kirinya.

Saringan awal ujian air kencing ke atasnya juga didapati positif dadah jenis 'Meth'. 

- Sumber: Astro Awani 

SK-II berwajah baru

Pada musim perayaan ini, SK-II meraikan sesuatu yang berkekalan – kulit cerah berseri untuk tahun-tahun mendatang. 

Dengan kolaborasi artis yang mentransformasikan Facial Treatment Essence kepada wajah baru. Pati kecantikan yang mengandungi lebih 90% PiteraTM kini dibotolkan dengan rekaan khas untuk melambangkan kecantikan berkekalan. 


Artis digital Taiwan, Po-Chih Huang – pemenang hadiah utama Taipei Arts Awards 2013, telah menghasilkan rekaan khas untuk edisi terhad SK-II Facial Treatment Essence. Terkenal sebagai artis yang meningkat naik terutamanya selepas kejayaan beliau yang mewakili generasi muda artis di Taiwan, beliau telah mentransformasikan rekaan klasik botol Facial Treatment Essence menjadi rekaan artistik. 

Beliau yang terkenal dengan penggunaan teknologi digital dalam karyanya, Huang telah menghasilkan rekabentuk flora pada setiap botol. Rekaan ini diilhamkan daripada empat bunga – tulip, freesia, hydrangea dan cypress. Untuk menghasilkan perwakilan simbol anugerah kecantikan berkekalan.

MAN’S GENITALS STOLEN DURING TRIP TO THAILAND


Bangkok. - What started as a pleasant holiday in Thailand rapidly turned into a nightmarish situation when Josh Brown, a 58-year old American tourist, woke up in excruciating pain to notice his genitals had been removed during his sleep.

The victim was allegedly drugged unwittingly before he woke up hours later in a pool of blood in his hotel room while his genitals had been completely removed, leaving him in critical condition.

Fortunately, the hotel staff were alarmed by the distress calls of the man who was quickly taken to the Bangkok Hospital so he could receive emergency care while the man suffered from severe bleeding that could have cost him his life.


For the past few months, Thai authorities have been struggling against a wave of criminal surgical aggressions against tourists whose genitals are worth top dollars on the Asian black market.

“We are in the presence of a growing trend on the black market for the illegal traffic of human genitals into China” said an officer in charge of operations. “Large sized genitals can fetch prices in the tens of thousands of dollars for their alleged aphrodisiac qualities when consumed as food” he says.

The health of the 58-year old man is stable and he should be out of the hospital in a few days.

Thai authorities warn tourists to be very conscious when traveling alone and meeting ‘friendly’ strangers in the streets of Bangkok.

- Source: worldnewsdailyreport.com