Wednesday, 2 July 2014

Kerajaan beri bantuan kewangan RM500, Selangor beri bonus sebulan

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor akan memberikan bantuan kewangan dan sempena persiapan Hari Raya Aidilfitri. -gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan bayaran bantuan khas kewangan sempena persiapan Hari Raya Aidilfitri kepada kakitangan kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, bantuan sebanyak RM500 itu akan diberikan kepada penjawat awam Gred 1 hingga Gred 54.

Beliau berkata bantuan khas ini akan turut dinikmati oleh 684,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

“Kerajaan berharap bantuan ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut Hari Lebaran,” kata Najib di dalam satu kenyataan.

Pembayaran bantuan khas itu akan dibuat pada 15 Julai.

Sementara itu, Kerajaan Selangor juga mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada kakitangan awam di negeri itu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM32.7 juta untuk pemberian bonus tahunan ini kepada lebih 17,000 kakitangan tetap, kontrak serta sambilan.

Beliau berkata pemberian bonus tahunan sempena Aidilfitri ini diberikan berdasarkan peningkatan kutipan hasil negeri sebanyak RM1.162 bilion setakat 30 Jun lalu.

“Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja Kerajaan Negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.

“Saya menyeru kakitangan awam berbelanja secara berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan pada masa hadapan,” katanya.

Pemberian bonus kerajaan negeri ini akan diberikan sebelum Aidilfitri.

Astro Awani 

Mengapa saya pilih untuk berhijab, biarlah rahsia - Neelofa


Neelofa menegaskan penghijrahannya itu datang tanpa paksaan dan ia ikhlas dari hati.


“Memang betul ini imej terbaru daripada saya dan kenapa saya pilih untuk berhijab biarlah ianya kekal sebagai cerita peribadi saya.

“Alhamdulillah akhirnya apa yang saya inginkan selama ini dapat juga direalisasikan dengan sempurna. Walaupun pernah ragu-ragu tetapi inilah yang saya inginkan dan bersyukur ruang itu diberikan dengan baik untuk saya berhijrah dan bertudung,” kata pengacara dan pelakon Noor Neelofa Mohd Noor, 25, mengenai penampilan terbarunya kepada Astro Gempak.

Ketika ditanya menerusi aplikasi Whatsapp pada malam Selasa, Neelofa menegaskan penghijrahannya itu datang tanpa paksaan dan ia ikhlas dari hati.

“Tiada sesiapa pun yang paksa atau mencadangkan saya supaya bertudung tapi memang saya sendiri dah lama fikirkan tentang perkara ini.

“Penghijrahan ini ikhlas dan saya lakukan dengan rela hati. Mengapa saya mengambil keputusan ini biarlah saya sahaja yang tahu,” katanya.

Menurut pengacara program MeleTop itu lagi, dia mula berhijab pada hari kedua Ramadan dan nekad bertudung selepas sekian lama mencari jawapan untuk perubahan diri yang lebih baik.

“Insya-Allah ini adalah diri saya sekarang dan Neelofa yang baru. Saya berharap dan yakin peminat akan menerima saya seadanya, malah mereka adalah pembakar semangat saya.

“Saya juga berharap agar masyarakat di luar sana terus mendoakan dan menyokong saya. Kepada yang sentiasa memberikan sokongan, terima kasih dan saya menghargainya,” ujarnya.

Jurucakap beberapa produk dan pengurus rangkaian perniagaan sendiri ini juga turut mengakui ada menghadiri kelas agama dan majlis ilmu untuk memperbaiki diri. -- Astro Arena

Samsung Galaxy S5 mini diperkenalkan, kalis air dan pengimbas cap jari

Samsung telah memperkenalkan peranti kompak untuk Galaxy S5, dikenali sebagai Samsung Galaxy S5 Mini. Ia mengekalkan rekabentuk dan sensor pada peranti asal, tetapi membawakan spesifikasi peranti yang lebih rendah.




Galaxy S5 Mini hadir dengan skrin 4.5-inci HD Super AMOLED, dilengkapi cip pemprosesan empat-teras 1.4GHz, 1.5GB RAM, ruangan storan 16GB (dengan sokongan mikro-SD), bateri berkapasiti 2100mAh, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 2.1-megapixel.

Galaxy S5 Mini turut hadir dengan sokongan kalis air dan debu IP67 seperti Galaxy S5 versi asal, disamping turut membawakan fungsi seperti Ultra Power Saving Mode dan juga S-Health. Pihak Samsung turut melengkapkan peranti ini dengan sensor untuk denyutan jantung, dan juga pengimbas cap jari.

Buat masa ini, harga jualan Samsung Galaxy S5 Mini di Malaysia masih tidak diketahui lagi. Mungkin kita akan dapat melihatnya dilancarkan di Malaysia dalam beberapa bulan lagi.







SUMBER RUJUKAN: SAMSUNG MOBILE PRESS melalui Amanz

Awas! Tanah mendap di persimpangan Jalan Hang Tuah dan Jalan Imbi


Sumber: Twitter/@ITISDBKL

KUALA LUMPUR: Sebuah terowong bawah tanah yang dalam pembinaan runtuh apabila tanah ditapak pembinaan itu mendap di simpang empat Jalan Imbi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata akibat kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, laluan di Jalan Imbi terjerlus sepanjang 19 meter tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Laporan awal mendapati ia kemungkinan berpunca daripada paip besar SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) yang pecah, namun siasatan masih dijalankan," katanya di tempat kejadian.

Susulan kejadian itu juga, Perkhidmatan KL Monorail dari stesen Hang Tuah ke Stesen Imbi terpaksa dihentikan akibat runtuhan bawah tanah berdekatan dengan tiang monorel di simpang empat Jalan Imbi berkenaan.

Berikut adalah beberapa tweet yang dikongsi oleh ITIS, RapidKL dan orang ramai:

Bus update: Tanah mendap d jalan Pudu hala MR Hang Tuah. Laluan yg terlibat: U41,U40,U44,U45,U46,U49,U48,U411,U410, U432, U27,U47,U31,U32.— RapidKL 03-78852585(@MyRapidKL) July 2, 2014

Info Tanah Mendap di Persimpangan Jalan Hang Tuah dan Jalan Imbihttp://t.co/3dWZEZYdql #kltupic.twitter.com/FOc8Z8TeOc— ITIS DBKL (@ITISDBKL)July 2, 2014

Info ITIS DBKL: 11.40pg Tanah mendap di Persimpangan Lampu isyarat Jalan Hang Tuah ke Jalan Imbi. Trafik ke (cont) http://t.co/SkFOrM8sdS— ITIS DBKL (@ITISDBKL)July 2, 2014

Sinkhole at Jalan Imbi.pic.twitter.com/jNoRkPOTaP— MDP Melissa Wong (@mlissawong) July 2, 2014

Sumber: Astro Awani 

Peniaga dan isteri nyaris maut, penjenayah lepas tiga tembakan

Kejadian berlaku kira-kira 7.15 malam ketika pasangan tersebut baru pulang ke rumah mereka dengan kereta dari pasar malam.

MELAKA: Seorang peniaga dan isterinya nyaris maut apabila seorang lelaki melepaskan tiga das tembakan ke arah mereka di Taman Kasturi Melaka, Semabok malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman berkata kejadian berlaku kira-kira 7.15 malam ketika pasangan tersebut baru pulang ke rumah mereka dengan kereta dari pasar malam di Taman Sin Ujong Pasir.

Beliau berkata sebaik Yoong Hee Kian, 71, dan isterinya Cheng Kwi Chu, 68, memasuki perkarangan rumah mereka dan mahu membuka pintu rumah, mereka ternampak seorang lelaki memegang sepucuk pistol sedang memanjat tembok rumah mereka.

"Yoong lalu masuk kembali ke dalam keretanya dan turut mengarahkan isterinya berbuat demikian sebelum mereka terdengar bunyi tiga das tembakan," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata pada masa sama, Yoong turut membunyikan hon keretanya bagi menarik perhatian jiran-jirannya yang menyebabkan penjenayah terbabit dan seorang lagi rakannya yang menunggu di atas motosikal melarikan diri.

Salehhudin berkata pihak polis mendapati tiga kesan tembakan yang dipercayai dari tembakan revolver pada bumper dan cermin belakang kereta Yoong serta pintu besi rumahnya.

Motif kejadian sedang disiasat.

Yoong berkata beliau merasakan kelibat orang yang berpistol itu adalah berbahaya dan beliau dan isterinya perlu menyelamatkan diri.

"Saya segera masuk semula ke kereta dan menjerit memanggil isteri saya untuk turut masuk. Kami tunduk di dalam kereta sambil saya menekan hon kira-kira satu minit untuk meminta pertolongan jiran," katanya.

Beliau berkata beliau dan isteri kemudiannya mendapati penjenayah melarikan diri.

Bernama

UNDIAN: Dimanakah Muhammad Rizalman sewajarnya dibicarakan?


Menteri Luar Negara Daruk Seri Anifah Aman telah menegaskan bahawa Muhammad Rizalman akan disiasat di Malaysia

KUALA LUMPUR: Semalam, pihak media di Malaysia gempar apabila identiti seorang pegawai diplomatik Malaysia yang dituduh atas cubaan merompak serta gangguan seksual ke atas seorang wanita New Zealand, didedahkan.

Mahkamah Tinggi Wellington, yang menarik balik larangan untuk tidak mendedahkan identiti pegawai itu ekoran penindasan dari media New Zealand, mendedahkan nama pegawai tersebut sebagai Muhammad Rizalman Ismail, seorang pembantu kakitangan Kementerian Pertahanan (Mindef) yang berpangkat pegawai waran II di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington.

Muhammad Rizalman, 38, dituduh di sebuah mahkamah New Zealand pada 10 Mei atas tuduhan melakukan pecah rumah dan menyerang dengan niat untuk merogol, sehari selepas dia didakwa mengekori seorang wanita berumur 21 tahun ke rumahnya dan menyerangnya.

Namun, selepas memperoleh kekebalan diplomatik, bapa kepada tiga orang anak itu, telah dibawa kembali ke Malaysia pada bulan yang sama.

Perdana Menteri New Zealand, John Kerry sebelum ini telah menyatakan keutamaan beliau untuk diplomat itu dibicarakan di bawah undang-undang New Zealand tetapi Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman pada selasa menegaskan bahawa diplomat itu akan disiasat di Malaysia terlebih dahulu.

Susulan itu juga Mindef telah menubuhkan satu Badan Siasatan bagi menyiasat perkara itu.

Menteri Luar New Zealand, Murray McCully dalam reaksinya berkata beliau berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan Malaysia berhubung siasatan itu.

Undian setakat 2 Julai 2014 @1.50pm:

New Zealand 77.68%

Malaysia 22.32%


Sumber: Astro Awani 

ISIS isytihar pembentukan negara 'pemerintahan Khalifah'


ISIS berjaya menguasai beberapa daerah di Iraq dan Syria. -AFP PHOTO/HO/SANA



Pergerakan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIS) dilaporkan telah mengisytiharkan kawasan yang didudukinya di Iraq dan Syria sebagai negara Islam baharu, sekaligus menghapuskan Iraq dan Levant dari namanya.

Memetik laporan The Independent, ISIS kini dikenali sebagai Daulah Islam Negara Islam (IS) sahaja dan kumpulan itu menggesa kumpulan al-Qaeda dan puak Sunni yang lain untuk terus melafazkan ikrar taat setia mereka.

Menurut ketua jurucakap ISIS Abu Mohammed al-Adnani, pengisytiharan untuk kembali ke “pemerintahan khalifah” dilakukan setelah mesyuarat Majlis Shura kumpulan berkenaan.

Akhbar berkenaan turut melaporkan bahawa beberapa minggu ini ISIS telah berjaya menguasai beberapa daerah besar di barat dan utara Iraq.

Untuk dua tahun, kumpulan berkenaan turut berjaya menguasai beberapa bahagian Syria, mengenakan tafsiran undang-undang yang tegas dan dalam beberapa kes, didakwa membunuh pembangkang dari kumpulan Syiah.

Kumpulan bersenjata Sunni di Iraq mengisytiharkan Abu Bakr al-Baghdadi sebagai khalifah. - AFP PHOTO/HO/ US Department of State’s Bureau of Diplomatic Security


Adnani turut berkata semua organisasi jihad kini perlu memberikan sokongan mereka kepada pemimpin ISIS, Abu Bakr al-Baghdadi, yang telah diisytiharkan sebagai Khalifah di negeri yang baru ini. 

Seorang penyelidik dari Quoilliam Charlie Cooper berkata, pengisytiharan Baghdadi sebagai Khalifah terus mengundang kontroversi.

"Tidak ada seorang Khalifah sejak Empayar Ottoman di luar mazhab Ahmadiyya, dan khalifah yang dilantik adalah pengganti yang sah untuk Nabi Muhammad."

"Hakikat bahawa ISIS telah melakukan pengisytiharan ini mempunyai implikasi ideologi dan teologi yang besar. Ia adalah satu cabaran besar kepada al-Qaeda dan perjuangan mereka," kata beliau kepada - The Independent.

Elderly couple cheat death after being shot at


MALACCA: A businessman and his wife cheated death when a man fired three shots at their car in Taman Kasturi Melaka, Semabok here last night.

Melaka Tengah police chief ACP Salehhudin Abdul Rahman said the drama unfolded when Yoong Hee Kian,71, and his wife, Cheng Kwi Chu, 68, arrived home at 7.15pm from a night market in Taman Sin, Ujong Pasir.

"The car driven by Yoong entered the house equipped with automatic gates while Cheng got out to open the front door.

"Yoong then saw a man holding a pistol climbing over the wall," he told reporters when met by reporters, here last night.

Sensing danger, the businessman jumped into the car and ordered his wife to do so and bow before three gunshots rang out.

Yoong then sounded the car horn to draw the attention of neighbours to ask for help until the suspect escaped with an accomplice on a motorcycle.

Salehhudin said the police found three gunshots believed from a revolver, on the car's bumper, rear windscreen and the front door iron grille.

Meanwhile, Yoong said only he and his wife were at home during the shooting incident.

"Since the situation was very dangerous, I jumped into the car and shouted at my wife to do so and bow before pressing the car horn for one minute."

The couple who escaped unhurt only came out of the car after the suspects had fled from the scene.

Bernama