Saturday 13 June 2015

Ella tidak ralat cerita dia mengandung

ELLA (kanan) dan Azhar Ghazali pada pelancaran produk Lameya di Saloma Bistro. - Foto Adi Safri

KUALA LUMPUR: Ratu rock negara, Ella tidak ralat timbul cerita dia hamil walaupun ini bukan kali pertama berita itu tersebar.

Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 48, berkata ini adalah kali kedua tersebar cerita di hamil selepas dakwaan sama muncul sekitar penghujung 2013.

Penyanyi itu mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Azhar Ghazali pada 2011, tetapi setakat ini tiada tanda dia mengandung, justeru Ella masih menaruh harapan khabar itu menjadi kenyataan dalam tempoh terdekat. 

"Saya tidak tahu menahu tersebarnya berita mengatakan saya hamil. Mudah-mudahan saya diberikan rezeki dalam masa yang terdekat ini.

"Walaupun ini bukan kali pertama timbulnya gosip mengandung ini, saya tidak ralat dan menganggap ia sebagai doa oleh orang ramai kepada saya. 

"Tidak timbul rasa menyampah atau sebagainya kerana saya bersyukur peminat berharap yang terbaik buat saya. Malah saya sendiri turut meminta tips daripada Didie Alias yang juga mengandung pada usia 40-an," katanya ditemui pada pelancaran produk kecantikan dan kesihatan Lameya yang dikatakan menjadi antara rahsia awet muda Ella.

Ella berkata, dia dan kakaknya Jojie sudah lama mengamalkan produk itu yang diasaskan dengan ramuan khas buah-buahan sunnah Rasulullah SAW.

"Suami yang menyarankan agar saya berkongsi ramuan ini dengan orang ramai. Ia adalah resepi rahsia turun temurun dari ibu kami dan dihasilkan dalam bentuk sachet," katanya. 

ELLA pada pelancaran produk Lameya di Saloma Bistro. - FotoAdi Safri

- Sumber: BH Online 

Aaliyah Yoong curi tumpuan sekali lagi

Atlet waterski berusia 11 tahun Aaliyah Yoong merangkul pingat perak di Bedok Resevoir.

Atlet waterski berusia 11 tahun Aaliyah Yoong hari ini mencipta satu lagi kejayaan apabila berjaya merangkul pingat perak di Bedok Resevoir dalam acara waterski lompat wanita hari ini.

Dia mempamerkan persembahan yang cukup mantap untuk mencatat 20.20 mata dibelakang atlet Indonesia Rossi Amir yang mengutip 29.00 mata.

Aaliyah teruja dengan aksinya itu dan berpuas hati dapat menghadiahkan pingat perak untuk negara.

"Saya gembria kerana saya mencatat kutipan mata terbaik saya setakat ini tambahan ini kali pertama saya menyertai acara lompat wanita.

Saya akan terus memperbaiki aksi saya untuk acara ini.

Walaubagaimanapun, Aaliyah akui berasa gementar apabila turun beraksi.

"Saya jangka akan mendapat tempat terakhir kerana sebelum ini catatan terbaik saya hanya 11.20 mata," katanya.

Sementara itu, abang tirinya Alex Yoong membawa pulang pingat gangsa dalam kategori lompatan lelaki.

- Sumber: Astro Aren

Replica of Istana Bukit Serene unveiled at Legoland Malaysia


Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (second, right) attended the launching ceremony of Miniland Istana Bukit Serene accompanied by Legoland General Manager Germyn (right) at Legoland today. - Bernama photo

NUSAJAYA: The replica of the Istana Bukit Serene, unveiled as the 20th cluster at the Miniland, Legoland Malaysia here today, is set to become the latest attraction for park visitors.

Stefan Bentivoglio, who is the master model builder at Legoland Malaysia said Istana Bukit Serene, which is the royal palace and the official residence of the Sultan of Johor, was constructed using over 278,023 Lego bricks in four months.

"We believe the addition of the palace adds a special touch to Miniland and are confident it will be a strong attraction for park visitors with its majestic architectural design," he told reporters after the launch of the new attraction at Legoland Malaysia here Saturday.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar attended the launching ceremony of the new attraction.

Also present were tourism, domestic trade and consumerism state executive councillor Datuk Tee Siew Kiong.

Bentivoglio said the entire Lego model display sat on an area of 155.824 square metres, nearly the same size as the Sultan Abdul Samad Lego building in the Kuala Lumpur cluster.

Six model builders and a model designer were involved in the project, he added.

Another interesting feature of the new attraction includes 'a black cat' on the roof top of the replica of the palace, which was believed to be a 'regular visitor' to the real palace.

Bentivoglio said Sultan Ibrahim "often spotted the black cat" on his palace roof but it was invisible to the royal palace court guards.

Apart from this, the Lego builders also recreated scenes that celebrated the heritage and history of Johor, with Minilanders dancing the traditional Johor dance of Zapin.

- Source: Bernama 

Gunung Kinabalu bukan gunung berapi

Beberapa runtuhan besar berlaku di atas Puncak Gunung Kinabalu berikutan gempa bumi di Sabah. 

RANAU - Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Sabah menafikan tanggapan yang mengatakan Gunung Kinabalu merupakan gunung berapi.

Ketua Unit JMG Sabah, Jontih Enggihom berkata, ia tidak pernah mengeluarkan lahar.

“Pendapat mengenai Gunung Kinabalu sebuah gunung berapi yang mati dan tidak aktif perlu diperbetulkan.

"Saya ingin menjelaskan bahawa Gunung Kinabalu bukan gunung berapi tetapi merupakan batuan terobosan iaitu batuan granodiorite," katanya kepada Bernama di sini.

Pada 5 Jun lalu, 18 orang termasuk warga asing merangkumi 14 pendaki Gunung Kinabalu dan empat malim gunung terbunuh dalam kejadian gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter di Ranau.

Gempa itu mengakibatkan runtuhan batuan daripada puncak Gunung Kinabalu terkumpul di KM 6.1 hingga KM6.9 menyebabkan ia tidak selamat untuk aktiviti pendakian. 

Mengenai air panas di Poring yang bertukar warna menjadi keruh, Jontih berkata, ia bukan disebabkan tindakan gunung berapi tetapi kerana gegaran gempa bumi.

Beliau berkata gempa itu menyebabkan goncangan batuan di bahagian bawah kawasan air panas itu mengeluarkan keladak sehingga air menjadi keruh.

Katanya, JMG juga telah membuat pemeriksaan struktur pada Tasik Mamut dan mendapati ia tidak mengalami keretakan dan ia selamat kepada penduduk sekitar. 

- Sumber: Bernama

'Letupkanlah semua termasuk KLIA, KLCC'

Bekas Perdana Menteri merangkap Presiden Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF), Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucaptama pada persidangan antarabangsa 'Plight of the Rohingya Part II Crime Against Humanity' di Muzium Kesenian Islam hari ini.

KUALA LUMPUR - Susulan dakwaan ada cubaan pihak tertentu untuk menjatuhkan kereta nasional Proton yang menjadi legasinya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sempat menjawab dengan nada sinis agar semua kegemilangannya itu dihapuskan.

Ini termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus), Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA).

"(Cubaan jatuhkan Proton) sesetengah orang anggap ia cubaan jatuhkan. Ada banyak benda buruk yang saya buat.

"Contohnya, Lebuhraya Utara Selatan. Mungkin kita patut letupkannya. Malah Menara Berkembar, KLIA semua benda ini adalah perkara buruk yang saya buat," katanya secara sinis kepada pemberita pada sidang media Persidangan Antarabangsa 'Plight of the Rohingya Part II: Crime Agains Humanity' di sini, hari ini.

Hari ini, bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa telah mendapat maklumat bahawa TV3 cuba memburuk-burukkan produk kereta nasional itu.

Sebelum ini, sebuah stesen TV swasta menyiarkan keluhan pemandu-pemandu teksi yang menggunakan jenama Proton.

Namun, stesen TV tersebut telah menafikan laporan berkaitan Proton tersebut ada kaitan dengan suasana politik negara.
- Sumber: Sinar Harian 

Ayam dijangkit penyakit misteri

Gambar ayam berbintik-bintik kononnya diserang virus menjadi viral di laman sosial facebook.

AYER KEROH – Tiada kes ternakan ayam dijangkiti penyakit misteri dilaporkan di negeri ini yang menjadi viral di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Ketua Bahagian Kesihatan Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri, Dr Zanariah Ahmad Patana turut menafikan kejadian berkenaan berlaku di negeri ini dan pihaknya tidak pernah menerima laporan mengenai perkara itu.

Menurut Zanariah, pihaknya juga maklum mengenai penyebaran maklumat ayam dijangkiti virus di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

“Pihak jabatan tidak menerima laporan berkaitan penyebaran maklumat ini. Bagaimanapun sekiranya pengusaha tidak mengikut prosedur penjagaan dan penyembelihan, ia juga boleh menyebabkan daging berbintik-bintik,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Terdahulu, satu dakwaan dalam Facebook pada 16 Mac lalu menyebut orang ramai dinasihatkan tidak membeli dan makan ayam dalam tempoh seminggu dua ini kerana ditakuti boleh dijangkiti virus yang tidak diketahui.

“Awas! Jangan beli atau makan ayam di mana-mana. Baru saja menerima mesej dari salah seorang kakitangan syarikat pemprosesan ayam yang memaklumkan tentang ayam yang dipotong oleh mereka dijangkiti penyakit misteri.

Jadi, elakkan dari membeli/makan ayam untuk seminggu dua ini. Sebarkan mesej ini!,” dakwa individu berkenaan dalam laman Facebooknya.

Pemilik akaun itu turut mendakwa, orang ramai yang termakan ayam dijangkiti penyakit misteri itu juga telah dijangkiti bintik-bintik merah di bahagian muka, badan dan tapak tangan.

- Sumber: Sinar Harian 

Budak 3 tahun berseorangan dengan mayat ibu selama 2 hari

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun menghabiskan masa selama dua hari bersama mayat ibunya selepas wanita itu meninggal dunia di rumah, lapor Metro.UK. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun menghabiskan masa selama dua hari bersama mayat ibunya selepas wanita itu meninggal dunia di kediaman mereka, lapor Metro.UK.

Lydia Macdonald, 28, ditemui tidak lagi bernyawa di kediaman flatnya yang terletak di Perth, sebuah bandar di Scotland, pada petang Rabu dan wanita itu dipercayai mengalami masalah pernafasan. 

Menurut jiran Lydia, mereka terdengar Mason meminta bantuan melalui tingkap peti surat rumahnya: "Tolonglah bangunkan ibu saya."

Pihak polis kemudian bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada salah seorang penghuni di flat berkenaan. 

Menurut ayah Lydia, Ronald kepada Daily Record, cucunya, Manson yang kini menjadi anak yatim itu ditemui berseorangan dengan mayat ibunya.

“Manson sudah dimaklumkan berita ini tetapi kami tidak pasti sama ada dia memahami pemergian ibunya. Walau bagaimanapun, kita akan menjaga Manson selepas ini,” kata Ronald dipetik dari Metro.UK.

Ronald juga menyifatkan anak perempuannya sebagai seorang penyayang dan lucu sambil menambah Lydia selama ini menjadi ibu yang baik untuk anaknya.

Bagaimanapun, punca kematian masih belum dikenal pasti kerana bedah siasat masih belum dijalankan.

Menurut jurucakap Polis Scotland, kematian itu diklasifikasi sebagai kematian mengejut dan siasatan akan berterusan untuk mengenalpasti punca kematian. 

- Sumber: metro.uk

Korea Selatan catat kematian MERS ke-14

Selain kawalan virus di tempat umum, dua buah hospital di Korea Selatan ditutup dengan 133 orang termasuk pesakit dan kakitangan dilarang sama sekali keluar daripadanya. - Foto AP

SEOUL: Seoul yang sedang mengalami penularan penyakit Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) kini dilaporkan melihat kes kematian ke-14, dengan 12 kes baharu.

Kematian yang terbaru adalah melibatkan seorang wanita berumur 68 tahun yang dijangkiti virus itu di sebuah Hospital di Pyeongtaek City, 65 kilometres dari Seoul, lapor AFP yang memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Korea Selatan.

Kementerian itu berkata kesemua 14 orang yang meninggal akibat penyakit itu mempunyai masalah kesihatan yang lain seperti hipertensi.

Dua belas pesakit baru membawa jumlah kes di negara itu kepada 138 kes, iaitu negara yang paling tinggi dijangkiti dengan penyakit itu, selain Arab Saudi.

Ia dilaporkan 60 orang telah dijangkiti dengan penyakit itu dari Pusat Perubatan Samsung, salah sebuah hospital yang paling besar di Seoul.

Lima kes lain lagi sedang disiasat untuk mengetahui bagaimana dan di mana mereka telah dijangkiti.

Pesakit pertama yang dijangkiti di Korea Selatan di sahkan pada 20 Mei selepas lawatan ke Arab Saudi.

- Sumber: Agensi

Isu Farah Ann: 'Gimnastik bukan untuk wanita Islam'



MUFTI PERAK: Isu Farah Ann: 'Gimnastik bukan untuk wanita Islam' - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Mana-mana individu beragama Islam tidak boleh sewenang-wenangnya mempertikaikan hukum menunjukkan aurat kepada bukan muhrim yang sudah jelas termaktub di dalam al-Quran dan Hadis termasuk larangan membuka aurat di dalam isu sukan.

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, isu itu seharusnya sudah jelas sejak berzaman dan tidak terlalu terikut-ikut dengan konsep serta cara pemakaian yang diperkenalkan negara Barat.

"Gimnastik bukan untuk wanita Islam, menunjukkan aurat dan bentuk tubuh badan sudah jelas haram hukumnya bagi mereka. Jika mahu juga menyertainya, gimnas berkenaan perlu mencari serta memakai pakaian yang menutup aurat dan sekali gus mungkin tidak sesuai dengan sukan berkenaan.

"Memang itu yang seharusnya, bukan sahaja gimnas, ia termasuk sukan lain seperti bolasepak kepada lelaki, sepatutnya seluar melepasi paras lutut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

“Gimnastik bukan untuk wanita Islam, menunjukkan aurat dan bentuk tubuh badan sudah jelas haram hukumnya bagi mereka ”- Dr Harussani

Dr Harussani mengulas sikap pengguna media sosial yang menyelar gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi selepas gambarnya dimuat naik di laman Facebook sebuah stesen televisyen dengan dengan penampilan pakaian ketat gimnastik yang dikatakan menampakkan lurah faraj.

Aurat merupakan bahagian badan yang tidak boleh dilihat oleh orang ramai (seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan bagi perempuan dan di antara pusat dgn lutut bagi lelaki) menurut hukum Islam.

Sebelum ini, Pakar Psikologi di Jabatan Psikologi Perkembangan Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM) Prof. Madya Dr. Mariani Mohd. Nor meminta masyarakat bersikap adil terhadap gimnas berusia 21 tahun itu yang dikatakan memuat naik gambar menunjukkan lurah farajnya setelah memenangi pingat emas pada Sukan SEA di Singapura baru-baru ini.

Kata Dr. Mariani, sifat menghentam dan suka melihat keburukan orang lain dilihat satu fenomena biasa yang berniat sengaja untuk tujuan sensasi.

Dalam pada itu, ketika ditanya reaksi pengguna media sosial yang mempertikaikan pemakaian Farah, ini kata Dr Harussani;

"Mereka itu kurang bijak kerana suka mempertikaikan isu yang sudah jelas dalam hukum Islam, jangan bermain dengan hukum Islam, agama tidak pernah kata kita boleh menunjukkan aurat kepada orang."

Terbaharu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di dalam catatan Twitternya meminta masyarakat tidak mengganggu Farah dan menyatakan biar tuhan sahaja yang menghakiminya. 

- Sumber: Astro Awani 

Tun M tiada hak berdebat dengan Najib kerana dia hanya rakyat biasa

Datuk Seri Nazri Aziz berkata Tun Dr Mahathir Mohamad tiada hak untuk meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdebat dengannya kerana beliau hanyalah rakyat biasa.

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiada hak untuk meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdebat dengannya kerana beliau hanyalah rakyat biasa.

Menurut laporan The Star Online, ini adalah pendapat Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Nazri Aziz, yang berkata Najib tidak harus merendahkan dirinya ke tahap Dr Mahathir.

"Saya tidak mahu PM saya turunkan dirinya kerana dia adalah PM tetapi Dr Mahathir hanyalah rakyat biasa.

“Jadi mengapa PM saya perlu turun ke tahap rakyat biasa? Beliau tidak mempunyai locus standi untuk berdebat dengan Najib. Bagi saya,sudah tentu ia bukan satu idea yang baik,” katanya sambil menambah sudah ada satu tempat untuk berdebat iaitu Parlimen.

Nazri turut berkata Najib tidak harus meletakkan jawatan kerana beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“PM yang sedia ada tidak perlu meletakkan jawatannya melainkan jika beliau melakukan suatu kesalahan, meninggal dunia atau sedang disiasat . Najib tidak mengalaminya, dan oleh itu, ia adalah permintaan yang tidak masuk akal, "kata Nazri.

Dr Mahathir, sebelum ini menyatakan kesediaannya pada bila-bila masa untuk berdebat secara terbuka dengan Najib berhubung pelbagai isu termasuklah isu 1MDB dengan disaksikan orang ramai. 

- Sumber: Astro Awani 

Rains, fog blamed for 10-vehicle pileup

The six-tone lorry that landed on its side after the accident.

Some of the vehicles that were involved in the accident at Km 26 Ranau-Tamparuli Road yesterday.

The accident caused traffic jam along the road.

KOTA BELUD: Continuous rains and heavy fogs have caused 10 vehicles to collide with one another in a road accident along Km 26 Ranau/Tamparuli Road, near Kampung Kiau, here yesterday afternoon.

District police chief Superintendent Mohd Zaidi Abdullah confirmed the incident and said no casualty had however been reported in the 12.45pm incident.

He said police investigation revealed that 10 vehicles were involved in the incident – a six-ton lorry, two Hilux Vigo vehicles, an Isuzu D-Max four-wheel-drive, a Perodua Alza car, a Perodua Viva car, a Nissan Sentra vehicle, another four-wheel-drive vehicle, a Mitsubishi Triton, and another vehicle.

He said 19 people, in their 20s and 50s from their respective vehicles sustained injuries, some minor, and were taken to the district hospital for outpatient treatment.

According to Mohd Zaidi, initial police investigation believed the accident happened when the driver of the six-ton lorry that was heading to Kota Kinabalu from Ranau, lost control of the vehicle and knocked the Mitsubishi Triton, the Isuzu D-Max and both the Hilux Vigo vehicles that were on the opposite lane.

The incident also saw five other vehicles, the Perodua Viva, Hilux four-wheel drive, Nissan Sentra, Perodua Alza and another vehicle collide with one another when the drivers of the respective vehicles tried to avoid the initial accident.

Mohd Zaidi said police were still carrying out investigation and urged eyewitness to come forward to assist in their investigation.

The incident also caused a traffic jam from both road directions.

The case will be investigated under Section 43 (1) of the Road Transport Act 1987.

- Source: The Borneo Post 

‘Gunung Kinabalu itu rumah saya’

Beberapa kesan runtuhan dapat dilihat di kawasan puncak Gunung Kinabalu ekoran gempa bumi yang melanda Sabah.

KUNDASANG - Biarpun mereka tidaklah sesasa pelakon filem namun gambar seorang malim gunung memikul seorang pelajar yang menjadi viral selepas kejadian gempa bumi di Sabah Jumaat lepas, meletakkan mereka sebagai ‘badang Malaysia’ yang cukup hebat.

Sebilangan besar malim gunung pernah bekerja sebagai porter yang mampu membawa barang pelancong sehingga seberat 50kg dan mendaki sampai ke puncak Gunung Kinabalu tanpa sebarang masalah.

Menurut Mhd Rizuan Kauhinin, 25, yang kini terkenal di seluruh dunia setelah penyebaran gambarnya memikul pelajar ketika kejadian gempa bumi itu, dia bekerja sebagai porter sejak di bangku sekolah seawal umur 17 tahun.

Katanya, tugas porter sememangnya penuh dengan cabaran dan memerlukan kekuatan fizikal dan mental selain sebagai latihan untuk mereka membina kekuatan dan mengetahui selok-belok gunung sebelum menjadi seorang malim gunung.

"Kalau (pikul) tong gas itu biasa saja, selalunya barang pelancong yang porter pikul sehingga tiga beg, boleh jadi 50kg. 

"Tapi bagi saya itu semua untuk mencari rezeki yang halal sebab saya tidak boleh tinggalkan Gunung Kinabalu sebab itulah rumah saya dan tempat saya mencari rezeki," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Porter kebiasaannya akan memulakan kerja memikul barang pelancong di tapak 'Timpohon Gate' sehingga ke Laban Rata yang dianggarkan enam kilometer pendakian.

Mhd Ridzuan berkata, harga untuk membawa barang pelancong adalah RM10 untuk setiap 1kg dan mereka perlu bekerja sebagai porter selama dua tahun dan pernah sampai ke puncak Gunung Kinabalu melebihi 10 kali untuk layak menjadi seorang malim gunung.

Bagi malim gunung wanita, Anis Monggol, 54, biarpun tubuh badannya kecil dan tenaganya tidak sama seperti lelaki, dia pernah memikul sebalang tong gas dengan ketumpatan 15kg dari Gate Timpohon sehingga ke Restoran Laban Rata.

Katanya, seawal usia 25 tahun dia sudah mula berkecimpung sebagai porter restoran dengan tugasnya membawa barang-barang restoran ke Laban Rata.

“Di samping menjadi porter dia turut melibatkan diri dalam acara 'Climbathon' sejak tahun 2000.

"Di situ (acara Climbathon) saya belajar stamina dan tingkatkan larian saya untuk mendaki gunung. Saya memang akan ambil bahagian dalam acara ini setiap tahun dan saya harap acara itu dapat dianjurkan lagi di Gunung Kinabalu tahun ini," katanya.

Mengikut senarai rekod 'Mt.Kinabalu International Climberthon', Anis mendapat tempat kedua dalam kategori 'Veteran Wanita' tahun lepas, dengan catatan masa 3 jam 54 minit.

Kategori Veteran Wanita membabitkan sejauh 33 kilometer dengan laluan khas dari pejabat Kinabalu Park, mendaki sehingga 'Layang-Layang Hut' dan berlari sehingga ke pekan Kundasang.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Richard Soibi, 49, berkata pekerjaan porter adalah pekerjaan lumrah bagi semua malim gunung kerana ia membina jati diri, tingkatkan disiplin dan stamina seseorang sebelum mereka layak menjadi malim gunung. 

Katanya, dia menjadi porter sejak berumur 16 tahun dan kini dengan pengalamannya yang luas rekodnya mendaki Gunung Kinabalu sudah lebih 1,000 kali pendakian.

"Dulu masa muda, kawasan Kundasang tidak ada banyak peluang pekerjaan, jadi kebanyakan penduduk di sekitar kawasan itu, cari rezeki dengan bercucuk tanam dan menjadi porter," katanya.

Richard turut memberikan petua kepada mereka yang mahu mendaki gunung selain bersenam dan berjoging, paling penting jalani aktiviti berbasikal. 

- Sumber: Bernama

'Bising bila nampak lurah faraj, diam bila tengok drama peluk-peluk' - Dr Mariani



Ada juga pengguna media sosial yang menyifatkan Farah sudah mengharumkan nama negara dengan pingat emasnya selain tidak bersalah kerana memakai pakaian yang bertepatan dengan sukan yang disertainya. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Masyarakat diminta bersikap adil terhadap gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi yang dikatakan memuat naik gambar menunjukkan lurah farajnya setelah memenangi pingat emas pada Sukan SEA di Singapura baru-baru ini.

Pakar Psikologi di Jabatan Psikologi Perkembangan Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Mariani Mohd. Nor berkata, sifat menghentam dan suka melihat keburukan orang lain dilihat satu fenomena biasa yang berniat sengaja untuk tujuan sensasi.

"Selalunya ini memang biasa bagi sifat manusia. Kita tidak nampak kebaikan namun nampak keburukan, rakyat kita memang bising bila ada aksi atau gambar yang menunjukkan lurah faraj, tetapi diam sahaja bila tengok drama atau filem yang melakonkan aksi peluk-peluk. Tetapi realitinya memang kita tahu keadaan berpakaian begitu memang haram.

"Namun apa beza apabila melihat lelaki dan perempuan berpelukan? Adakah itu tidak disensasikan juga, kalau kita lihat drama atau filem, ini memang berlaku dalam apa yang kita tonton seharian.

"Contohnya suami isteri yang berlakon berpelukan sehingga ada babak di ranjang, mengapa itu tidak disensasikan juga? Aksi gimnas itu mungkin tidak disengajakan atau memang rakyat sengaja mencari isu sensasi, itu hakikatnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Farah dikecam pengguna media sosial kerana gambarnya dikatakan menunjukkan lurah faraj - Sumber gambar Bernama

Dr. Mariani mengulas sikap pengguna media sosial yang menyelar gimnas berusia 21 tahun itu selepas dikatakan memuat naik gambar dirinya menerusi laman Facebook sebuah stesen televisyen dengan dengan penampilan pakaian ketat gimnastik yang dikatakan menampakkan lurah faraj.

Bagaimanapun ada juga pengguna media sosial yang menyifatkan Farah sudah mengharumkan nama negara dengan pingat emasnya selain tidak bersalah kerana memakai pakaian yang bertepatan dengan sukan yang disertainya.

Dalam pada itu kata Dr. Mariani, masyarakat juga diminta tidak menyalur perasaan marah mereka di media sosial sekali gus memburukkan keadaan. Farah Ann juga meraih perak dalam acara keseluruhan individu

"Kalau yang komen itu orang alim sekali pun, apabila dia sudah memberi komen di media sosial dan ulasan mengenai sesuatu isu itu kemudian ditokok tambah pembaca lain, pasti ia akan memburukkan lagi keadaan.

"Memang sikap manusia suka mengupas isu-isu sensitif namun di sebalik itu haruslah diambil iktibar dan lihat dalam konteks jika ia terjadi kepada anak, isteri atau ahli keluarga kita sendiri.

"Secara logiknya, takkan kita hendak bermain gimnastik dalam keadaan berjubah, masyarakat sebegini hanya menunggu masa hendak memberi kupasan hebat dan mensensasikan isu, kata orang tunggu hendak petik suis sahaja," jelasnya.

Farah muncul sebagai juara mengatasi peserta Indonesia dan Vietnam, selain menggondol tiga pingat gangsa dan satu perak menerusi beberapa lagi acara individu. 

- Sumber: Astro Awani 

Pasma jadi parti politik, tunggu petang ini


SHAH ALAM - Susulan krisis yang berlaku dalam PR, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) akan mengumumkan pendirian mereka sama ada kekal sebagai NGO atau menjadi 'penyelamat' dalam krisis itu.

Ahli Jawatankuasa Pasma, Sheikh Omar berkata, pengumuman itu akan dibuat petang ini dalam satu majlis di Shah Alam.

"Pengumuman penting akan dibuat berikutan situasi semasa dalam PR mutakhir ini," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Krisis dalam PR dilihat semakin besar selepas Pas menerusi Dewan Ulama mereka menerima usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas.

Rentetan itu jurang makin melebar antara pemimpin Pas dan DAP sehinggakan tercetusnya krisis dalam PR terutamanya di negeri pimpinan mereka iaitu di Pulau Pinang dan Selangor.

- Sumber: Sinar Harian 

Memphis Depay completes United move to join 'biggest club in the world'

Manchester United have officially confirmed the signing of PSV Eindhoven forward Memphis Depay.

United announced they had agreed a deal – reportedly in the region of £31 million – for the Netherlands international back in May.

But Depay has now completed his transfer to the Premier League club on a four-year deal with the option for a further year.

Depay said: "This is a dream come true for me; to play for the biggest club in the world and also to have the chance to work with someone who I believe is the best manager in the world, Louis van Gaal.

"I have great belief in my ability and I work hard to strive to achieve my dreams. I have been at PSV Eindhoven since I was 12 years old and I would like to thank them for everything. It was a great moment when we won the league and I was so happy to be part of that. This is now a new chapter in my life and one that I am looking forward to.”

Depay top scored in the Eredivisie last season with 22 goals in 30 appearances and is tipped for big things by his new manager.

"I know Memphis well from our time working together in the Netherlands national team. He is a young versatile player who has the ability to play in a number of different positions," said Van Gaal. 

"It will take time for Memphis to get used to the rhythm of the Premier League but I have no doubt that he has the potential to become a great footballer for this club and he is at the right club to continue the good work he has done so far.”

- Source: Eurosport 

Israel tutup kes bunuh

Seorang penduduk Palestin mengangkat mayat salah seorang kanak-kanak yang terkorban dalam insiden tersebut.

TEL AVIV - ISRAEL. Kerajaan Israel memaklumkan bahawa mereka menggugurkan siasatan terhadap insiden serangan udara yang telah meragut nyawa empat kanak-kanak di Genting Gaza pada tahun lalu.

Jurucakap tentera rejim Zionis memberitahu kes tersebut ditutup kerana siasatan telah selesai dijalankan.

"Keputusan itu dibuat selepas menilai semula beberapa dokumen termasuk rakaman video yang berkaitan dengan kejadian terbabit.

"Bahan bukti yang diperoleh juga menunjukkan serangan tersebut disasarkan ke kawasan Hamas," katanya lagi.

Bagaimanapun, laporan wakil media dari akhbar Britain, The Guardian mendedahkan Israel tidak pernah melakukan siasatan ke atas insiden serangan tersebut sebaliknya mereka hanya membuat andaian sendiri tanpa mengemukakan bukti sebenar.

Pada 16 Julai lalu, seramai empat kanak-kanak berusia antara sembilan dan 11 tahun terkorban selepas rejim Zionis bertindak membedil kawasan pantai di Gaza.

Dalam perkembangan lain, tentera Israel turut menutup dua lagi kes serangan berdarah ke atas kawasan kediaman di tengah bandar Gaza dan selatan bandar Khan Yunis yang turut menyebabkan lebih 20 penduduk Palestin terbunuh.

- Sumber: Press TV

Susulan gempa bumi magnitud 5.1: PM arah agensi berkaitan ambil tindakan

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada 2.29 pagi ini.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan semua agensi kerajaan berkaitan untuk mengambil tindakan berikutan kejadian gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter yang melanda Ranau pagi ini.

"Saya terima berita gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter yang melanda Ranau, Sabah pagi ini.
"Agensi dan aset kerajaan berkaitan diarahkan dan dikerah untuk mengambil tindakan," katanya dalam catatan terbaharu di Facebook dan Twitter beliau hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada 2.29 pagi ini.

Pusat gempa bumi itu terletak 6.2 darjah utara dan 116.5 darjah timur, kira-kira 25 kilometer tenggara Kota Belud, Sabah.

Gegaran turut dirasai di Ranau, Kudat, Beluran, Kota Marudu, Kota Belud, Keningau dan Kinabatangan.

Pada 5 Jun lepas, 18 orang termasuk warga asing merangkumi 14 pendaki Gunung Kinabalu dan empat malim gunung terbunuh dalam kejadian gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter di Ranau, Sabah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Farhan Abdullah berkata setakat ini berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan kerosakan atau kecederaan disebabkan kejadian gempa bumi itu.

Sementara itu, pegawai perhubungan awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata pihaknya menerima 14 panggilan telefon daripada orang ramai yang memaklumkan mengenai kejadian itu.

Beliau berkata setakat ini belum ada laporan kerosakan atau kecederaan yang diterima. 

- Sumber: Bernama 

Bapa tuntut nasib anak dibela

Saiful Azrin cedera parah ketika terlibat dalam kemalangan dua bulan lalu.

KAMUNTING – Seorang bapa melahirkan kebimbangannya mengenai masa depan anaknya yang sukar untuk bercakap selepas terbabit dalam kemalangan, 4 April lalu.

Ketika kejadian di Taman Mewah, itu, motosikal dipandu Saiful Azrin Mohammad Rahim hilang kawalan selepas melanggar bonggol jalan di kawasan itu yang tidak diletakkan sebarang papan tanda amaran.

Bapanya, Mohammad Rahim Harun, 62, berkata, akibat kejadian itu, anaknya menerima 42 jahitan di bahagian mulut dan terpaksa melalui dua kali pembedahan.

Menurutnya, walaupun kejadian itu berlaku dua bulan lalu, namun Saiful Azrin masih belum pulih sepenuhnya.

“Dia sukar bercakap selain tidak boleh makan makanan keras. Saya tak rasa dia boleh bekerja seperti sebelum ini, itu yang saya bimbang,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Dalam kejadian 4 April lalu, mangsa yang menunggang bersendirian mengalami kecederaan selepas motosikalnya terjatuh ketika melalui kawasan itu.

Difahamkan, sebaik insiden itu, terdapat pihak mengambil inisiatif meletakkan garisan kuning supaya kejadian sama tidak berulang.

Mohammad Rahim berkata, dia berhasrat untuk menuntut ganti rugi atas kejadian menimpa anaknya itu.

“Saya dimaklumkan, bonggol di kawasan itu baru sahaja dibuat dan tiada papan tanda atau garisan kuning diletakkan oleh pihak berkenaan.

“Akibat kecuaian itu, anak saya kemalan hingga dia cedera teruk di kaki, tangan dan mulut,” katanya.

Sementara itu, Penasihat Pengguna Taiping, Dr Billy Toh berkata, sebarang tuntutan boleh dibuat, namun siasatan perlu dilakukan secara terperinci.

Katanya, ini termasuk mengenal pasti sama ada kemalangan itu berlaku kerana kecuaian sendiri atau pihak berkenaan seperti meletakkan barang di atas jalan sehingga mengakibatkan kecederaan kepada pengguna jalan raya.

“Selepas kita berjaya kumpul bukti-bukti kukuh, barulah tindakan saman boleh diambil kepada pihak yang berkenaan bagi menuntut kerugian untuk mangsa,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

Kematian akibat denggi meningkat 100 peratus

Bagi tempoh Januari hingga 6 Jun lalu, sebanyak 144 kematian direkodkan berbanding 72 kes untuk tempoh sama pada 2014.- Gambar Hiasan

PUTRAJAYA: Jumlah kematian akibat denggi di seluruh negara bagi enam bulan pertama tahun ini meningkat 100 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata bagi tempoh Januari hingga 6 Jun lalu, sebanyak 144 kematian direkodkan berbanding 72 kes untuk tempoh sama pada 2014.

"Komplikasi seperti kegagalan fungsi organ hati dan buah pinggang serta 'shock syndrome' lebih kerap berlaku kepada pesakit yang dijangkiti demam denggi," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Noor Hisham berkata kes demam denggi di seluruh negara pada minggu ke-22 iaitu dari 31 Mei hingga 6 Jun meningkat lapan peratus jika dibandingkan dengan minggu sebelumnya.

Katanya sepanjang tempoh tersebut 2,201 kes dilaporkan berbanding hanya 2,042 kes pada minggu ke-21.

Beliau berkata tujuh negeri yang menunjukkan peningkatan kes adalah Selangor iaitu 114 kes; Melaka (46 kes); Pahang (27 kes); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (24 kes); Negeri Sembilan (tujuh kes); Kedah (lima kes), manakala Johor (lima kes).

Tambahnya jumlah lokaliti wabak dan kawasan panas turut meningkat daripada 725 pada minggu sebelumnya kepada 793 pada minggu ke-22 iaitu peningkatan sebanyak sembilan peratus.

Sementara itu, sebanyak 131 tapak binaan di Selangor diperiksa dalam Ops Tempur Binaan Aedes yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan serta agensi lain sejak 10 Feb lalu hingga 7 Jun, katanya.

Dr Noor Hisham berkata hasil pemeriksaan mendapati 113 tapak binaan mempunyai pembiakan nyamuk Aedes, manakala 94 lagi telah diberi perintah penutupan. 

- Sumber: Bernama 

Kes simen anak: Suspek dipercayai mengalami 'sindrom didera suami'

Boa Jia (kanan) dan Chon Wen (kiri) diiringi polis ketika di mahkamah pagi tadi. - Astro AWANI/Shahir Omar

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Jenayah Selayang hari ini mengarahkan wanita yang terlibat dalam kes penemuan mayat seorang budak lelaki yang ditanam di sebuah dapur rumah di Tamah Usaha Jaya, Kepong untuk menjalani pemeriksaan psikiatri sebelum prosiding mahkamah diteruskan.

Tan Boa Jia, 33, dituduh atas kesalahan melupuskan barang kes dengan cara menanam mayat mangsa bagi melindungi suaminya Loo Chon Wen, juga 33, daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Jika disabitkan kesalahan, Boa Jia boleh dihukum di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan iaitu hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan juga boleh dikenakan denda.

Sebelum prosiding mahkamah bermula, peguam bela bagi pihak Boa Jia, Kitson Foong menyatakan beliau akan menghantar dokumen kepada pihak mahkamah bagi membenarkan anak guamnya menjalani pemeriksaan psikiatri bagi membuktikan dia mengalami "battered wife syndrom" (sindrom didera suami).

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri membenarkan sebutan semula kes Boa Jia dan akan dibicarakan pada 10 Julai.

Manakala bagi si suami, Chon Wen dituduh membunuh anaknya, Evan Loo Yong Shen, 9, pada kira-kira jam 2 petang di rumahnya pada 29 Mei lalu.

Jika Chon Wen disabitkan kesalahan membunuh anak ketiganya itu, dia boleh dikenakan hukuman mati di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Nurul Izzah membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya S. Arunjothy untuk membuat sebutan semula perbicaraan Chon Wen diadakan pada 6 Ogos atas sebab pengumpulan maklumat daripada pihak forensik.

Pada 30 Mei lalu, polis telah memberkas Chon Wen di sebuah restoran di Keningau, Sabah sementara isterinya diberkas keesokan harinya di Penampang.

Penahanan tersebut dibuat berikutan penemuan mayat yang dibungkus dengan plastik putih dan ditanam di bawah lantai dapur sebuah rumah teres di taman perumahan tersebut yang disimen.

Hasil bedah siasat mendapati kanak-kanak lelaki tersebut berusia sekitar lapan hingga 10 tahun dan sudah meninggal dunia kira-kira dua bulan.

Kanak-kanak tersebut dipercayai merupakan anak kepada pasangan suami isteri itu.

- Sumber: Astro Awani 

Tiada sebarang arahan kenaikan tol

 
KUALA LUMPUR - Tiada sebarang arahan rasmi atau surat berhubung kenaikan tol daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM), diterima syarikat konsesi lebuh raya utama di negara ini, hari ini.

Rata-rata syarikat konsesi tersebut memberitahu Bernama, mereka belum mendapat sebarang notis rasmi meskipun terdapat laporan di akhbar dan portal dalam talian yang menyebut akan ada kenaikan tol tidak lama lagi.

Jurucakap Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) yang mengawal selia Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Sprint berkata pada kebiasaannya, arahan rasmi berkaitan kenaikan tol akan diberikan pihak berkuasa seperti JKR dan LLM sebelum pihaknya boleh menguatkuasakan kenaikan tol.

"Kita tidak terima apa-apa arahan daripada LLM mahupun JKR untuk kenaikan tol. Kadar tol akan kekal pada kadar lama," katanya.

Senada dengannya adalah jurucakap Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) yang memberitahu, pihaknya masih menunggu arahan rasmi daripada kerajaan sebelum boleh menguatkuasakan sebarang kenaikan tol.

Sementara itu jurucakap Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) pula menjelaskan pihaknya tidak mendapat sebarang maklumat mengenai kenaikan tol. 

Dalam pada itu, Ketua Komunikasi Korporat Plus Malaysia Berhad, Mohd Nizam Ismail berkata kenaikan tol seperti digembar-gemburkan itu tidak melibatkan lebuh raya tersebut.

Mengulas mengenai ura-ura kenaikan tol itu, jurucakap Lebuhraya Pantai Timur 1 berkata pihaknya juga belum mendapat makluman rasmi daripada LLM dan hanya
mendapat berita daripada media cetak dan elektronik.

"Kita dengar perkara ini pun melalui akhbar. Kita belum terima apa-apa daripada LLM. Biasanya LLM akan keluarkan kenyataan rasmi kepada kami," katanya. LLM dalam satu kenyataan media tiga hari lepas, menyebut tiada sebarang arahan dikeluarkan kepada syarikat-syarikat konsesi berhubung kenaikan tol.

"Oleh itu sebarang kenyataan atau laporan berhubung kenaikan kadar tol adalah tidak benar," kata Ketua Pengarahnya Datuk Ir Ismail Md Salleh yang menambah pada masa ini, kadar tol bagi semua lebuh raya masih kekal pada kadar semasa.

Dalam pada itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof ketika dihubungi berkata kenyataan rasmi berhubung adanya kenaikan tol atau tidak, akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat.

Sebuah akhbar melaporkan Kementerian Kerja Raya akan membawa cadangan kenaikan tol untuk kelulusan Kabinet hari and ini, melibatkan beberapa tol di Lembah Klang termasuk Lebuhraya Kulim-Butterworth dan Lebuhraya Pantai Timur 1.

Laporan itu menyebut, kenaikan dijangka antara 20 sen dan RM1 yang berkuat kuasa Ogos ini, jika mendapat kelulusan Kabinet.

“Dilaporkan bahawa kerajaan dijangka membayar sebanyak RM558.69 juta dalam bentuk pampasan kepada syarikat konsesi jika kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tol di 20 lebuh raya,” tahun ini.

- Sumber: Sinar Harian 

Viral: Si cilik pembawa bunga 'ditampar' askar selepas jumpa Ratu

Maisie yang nampak sangat comel dengan dress tradisi Wales, berada di tepi askar pengiring itu ketika kejadian yang tidak disengajakan itu berlaku.

BAGI seorang kanak-kanak berusia 6 tahun, peluang bersua muka dengan kerabat diraja tentunya bukan satu perkara biasa.

Namun bagi Maisie Gregory, peluang sekali seumur hidup itu bertukar menjadi kenangan yang 'menyakitkan' buatnya.

Apa tidaknya, pada masa itulah dia menjadi mangsa 'penampar' seorang askar pengiring.

Maisie dipilih untuk menghadiahkan sejambak bunga kepada Ratu Elizabeth ketika kunjungan pemerintah England itu ke Cardiff untuk satu majlis anjuran Regimen Askar Diraja Cardiff.

Maisie yang nampak sangat comel dengan gaun tradisi Wales, berada di tepi askar pengiring berkenaan ketika kejadian yang tidak disengajakan itu berlaku.

Sebaik Maisie menyerahkan bunga itu kepada Ratu, askar berkenaan terus mengangkat tabik hormat dan tanpa disengajakan, dia 'tertampar' Maisie.

Jika dilihat pada video-video yang tersebar di laman Youtube, dapat dilihat dengan jelas betapa kuat tamparan itu, apatah lagi untuk seorang kanak-kanak berusia 6 tahun.

Askar berkenaan bagaimanapun telah meminta maaf daripada Maisie dan ibunya, Joanna.

Bapa Maisie merupakan ketua askar pengiring yang berkawad dari Istana Cardiff ke Millenium Stadium, sempena menyambut kedatangan Ratu Elizabeth ke acara tersebut.

- Sumber: Astro Awani 

Saya tidak terlibat, kata Ramli Sarip

Papa Rock, Datuk Ramli Sarip

SHAH ALAM - Penyanyi terkenal, Datuk Ramli Sarip mengakui terkejut apabila namanya disenaraikan sebagai salah seorang artis yang bakal membuat persembahan pada pelancaran sebuah stesen radio minggu ini.

Menurut penyanyi yang mendapat jolokan 'Papa Rock' ini, pada tarikh tersebut, dia akan terlibat dengan sebuah persembahan di Padang Terap.

"Saya tahu juga pasal perkara ini. Tapi saya tidak terlibat apatah lagi menerima sebarang jemputan daripada pihak berkenaan.

"Saya takut mereka ada tersilap berhubung dengan orang lain. Sekiranya diberitahu lebih awal, saya mungkin tidak ada masalah untuk turut serta.

"Apa pun saya berharap nama dan gambar saya dikeluarkan daripada poster untuk mengelakkan salah faham pada hari pelancaran kelak," katanya.

Penganjur mohon maaf

Sementara itu, di ALOR SETAR, Sinar Harian berusaha menghubungi penganjur program Minggu Motosikal Alor Setar (Alor Setar Bike Week) yang kemudian memohon maaf kepada penyanyi Datuk Ramli Sarip atas kesilapan yang tidak disengajakan.

Difahamkan, permohonan maaf itu dibuat kerana berlaku kelewatan jemputan untuk membuat persembahan nyanyian pada program yang berlangsung hari ini hingga 14 Jun.

Program yang julung kali diadakan itu turut menampilkan beberapa artis popular tempatan seperti Bandi Amok, Lan Sutera, Adira, Pak Long dan Ramli Sarip.

Bagaimanapun, Ramli dikatakan tidak mengetahui jemputan untuk menghadiri program tersebut seperti yang dihebohkan ramai.

Penganjur bersama mengakui pihaknya telah mengedar poster program tersebut lebih awal sebelum mendapatkan pengesahan kehadiran daripada artis-artis jemputan.

“Poster yang dihebohkan ramai itu adalah merupakan perancangan awal penganjur. Kita akui mengalami kesuntukan masa untuk jemputan dan sebagainya.

“Kami mohon maaf kepada beliau atas kelewatan yang tidak disengajakan ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Pihak penganjur turut mengesahkan ketidakhadiran Ramli pada program tersebut atas kelewatan jemputan dan telah memadam nama beliau pada poster yang ditampal di kawasan sekitar untuk mengelak sebarang pertikaian.

Antara aktiviti menarik yang diadakan ialah pertunjukan aksi stunt, pertandingan motosikal tercantik, persembahan artis dan band jemputan, pameran kereta dan motosikal, pameran gerai serta banyak lagi.

Tinjauan Sinar Harian di Taman Jubli Emas, di sini mendapati lebih 30 khemah telah didirikan sempena program tersebut.

- Sumber: Sinar Harian 

Saya pengsan kalau nampak USD1 bilion tunai

Tun Dr Mahathir Mohamad 

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulang pendiriannya yang tidak mempercayai Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy susulan kenyataan sebelum ini.

Malah Tun Mahathir mendakwa Arul seorang pembohong.

"Dia (Arul) boleh jawab kepada pihak berkuasa tapi hakikatnya dia berbohong. Semua orang tahu dia bohong.

"Dia nampak tunai. Boleh awak bayangkan USD1 bilion tunai di sana? (Jika nampak) Saya akan pengsan. Tapi dia nampak dan dia jamin dia nampak wang itu.

"Dan sekarang kita dapat tahu dia tidak nampak apa-apa pun. Dia melihat banyak benda yang tidak wujud. Jadi, saya cuma tidak percaya dia," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau turut menggesa agar orang penting dalam 1MDB yang baru dilantik awal tahun itu meletakkan jawatan atas kegagalannya menjalankan amanah.

"Saya rasa dia patut letak jawatan. Tiga orang (CEO) sebelumnya juga letak jawatan. Jadi, dia juga patut letak jawatan," katanya.

Malah ketika diminta mengulas kenyataan seorang menteri yang menyifatkan kenyataan dan serangannya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak penting, beliau sempat menyindir bahawa kehilangan wang berbilion ringgit memang tidak penting.

"Ya hilang duit memang tak penting. Hanya beberapa bilion. Negara kita kaya. 

"Kita pinjam RM42 bilion kemudian kamu hilang sebahagiannya...tak apalah. Boleh pinjam lagi," katanya.

- Sumber: Sinar Harian