Sunday, 7 September 2014

Obesiti: Pelajari jumlah kalori yang diambil

Obesiti,

JANGAN salahkan makanan sekiranya anda mengalami masalah obesiti, kata pakar pemakanan dan kecergasan, Kevin Zahri Abdul Ghaffar.

Beliau berkata, pengambilan makanan tanpa menghiraukan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan dalam sehari adalah punca utama permasalahan obesiti yang kian meningkat dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Sehubungan itu, orang ramai perlu mempelajari jumlah kalori dalam setiap makanan yang diambil serta mengetahui teknik pengiraan kalori yang diperlukan oleh badan dalam sehari.

"Walaupun pengambilan makanan dalam kuantiti yang sedikit, namun jika jumlah kalorinya tinggi, ia akan tetap menggagalkan proses diet individu berkenaan," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu jemputan program 'Dalam Radar' Radio 24 Bernama.

Katanya, tidak menjadi masalah untuk menikmati pelbagai jenis hidangan, namun pengambilan makanan tersebut harus difahami kandungan nutrisinya terlebih dahulu.

Kevin Zahri yang juga pengasas program Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) berkata maklumat mengenai jumlah kalori makanan itu boleh diperoleh melalui pelbagai aplikasi maklumat kalori makanan seperti 'My Fitness Pal' yang boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar.

Sementara itu, program JK1M musim ketiga yang akan berlangsung selama enam minggu bermula 13 Sept depan mendapat sambutan menggalakkan di 60 tempat di seluruh negara.

Beliau berkata, sehingga kini, penyertaannya mencecah 1,000 orang dan masih terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk kanak-kanak yang mengalami masalah obesiti untuk menyertainya. -- Bernama

Lexus RC Malaysian specifications, pricing revealed on website – RC 350 Luxury RM526k, RC F RM782k



Prices and specifications for the Lexus RC coupe have surfaced on Lexus Malaysia’s website. The sexy coupe will be offered here in two variants – RC 350 Luxury and RC F. Order-taking is now open, and cars are estimated to hit showrooms in November.

The RC 350 Luxury is powered by a 3.5 litre V6 that produces 314 hp at 6,400 rpm and 378 Nm of torque at 4,800 rpm. Mated to an eight-speed auto, power is sent to the rear wheels. It sprints to 100 km/h in 6.3 seconds on its way to a 230 km/h top speed.

Equipment for our RC 350 Luxury includes 18-inch alloys wrapped in 235/45 tyres, LED headlamps, Remote Touch Controller with a seven-inch Electronic Multi-Vision Display, navigation, Bluetooth, Drive Mode Selector (Eco, Normal, Sport) and Sound Generator.






The interior is finished in leather and woodgrain. The steering wheel is electrically-adjustable and flanked by shift paddles. Air-con is an auto dual-zone unit. Seats are trimmed in semi-aniline leather; both front seats are eight-way power adjustable and cool-ventilated. The driver’s seat gets three memory settings. There’s also a 14-speaker Mark Levinson Premium Surround Sound system with in-dash DVD.

The RC F is the real scorcher – it gets a 5.0 litre V8 that pumps out 470 hp at 7,100 rpm and 530 Nm of torque between 4,800 and 5,600 rpm. Transmission is also an eight-speed auto. The century sprint is done in 4.5 seconds and top speed is a heady 270 km/h.

The RC F gets all the RC 350 Luxury gets, plus a Sport+ mode in the Drive Selector, rear torque vectoring differential, Brembo brakes, Sachs F suspension, F steering wheel and F sport seats, minus front fog lamps and a pop-up hood (in the event of collision).




The Mark Levinson system has 17 speakers here, and the wheels are 255/35 R19 front and 275/35 R19 rear. Optional is a Carbon Fibre Package that gives you a carbon fibre-trimmed bonnet, roof and active rear wing forRM71,000.

Safety kit is shared between the two and they include eight airbags, Vehicle Dynamic Management Integrated, VSC, TRC, Blind Spot Monitor with Rear Cross Traffic Alert and Reverse Parking Assist Monitor.

OTR prices without insurance for Peninsular Malaysia are RM526,000 for the RC 350 Luxury and from RM782,000 for the RC F.

-- source: Paultan.org

Amaran: Perairan Phuket terus bergelora

Jabatan Meteorologi Malaysia


KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran angin kencang barat daya dan laut bergelora dijangka berterusan di kawasan perairan Phuket sehingga esok.

   
Menurut kenyataan yang dikeluarkan jabatan itu, keadaan sama juga diramal berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-layang, Palawan, Sabah (pedalaman, pantai barat dan Kudat) dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan sehingga Selasa ini.
   
Angin kencang barat daya berkelajuan antara 40 dan 50 kmsj dengan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter di kawasan itu berbahaya kepada bot kecil, rekreasi serta sukan laut.
   
Selain itu, ribut petir di perairan Condore, WP Labuan, dan Sarawak (Bintulu dan Miri) dijangka berterusan sehingga awal pagi ini.
   
Keadaan itu boleh mengakibatkan angin kencang sehingga 50 kmsj serta laut bergelora dengan ketinggian ombak mencecah 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil. -- Bernama

US Open Nishikori shocks Djokovic at Flushing Meadows



Marathon man Kei Nishikori secured a monumental upset by sweating out a 6-4 1-6 7-6(4) 6-3 win over world number one Novak Djokovic at the US Open to become the first Japanese man to reach a grand slam final.

In a remarkable display of endurance, Nishikori followed up punishing five-set wins over third seed Stan Wawrinka and fifth seed Milos Raonic with an even more extraordinary effort, grinding down the top-ranked Djokovic in two hours, 52 minutes on a sweltering Arthur Ashe Stadium court.

Nishikori will face Marin Cilic in the final after the Croat pulled off a second semi-final upset by thumping Roger Federer in straight sets.

"It's just amazing, an amazing feeling beating the number one player and also playing much better in these couple of matches so I'm so happy," the 10th-seeded Nishikori said.

"It was really tough conditions today, felt a little bit heavy and humid too but I guess I love to play long matches and I hope I can recover well for the final."

The 24-year-old Japanese awaits the winner of the second semi-final between world number two and five-times US Open champion Roger Federer and 14th seed Marin Cilic in Monday's final.

"I don't know what's going on," said Nishikori, who is coached by former grand slam champion Michael Chang. "I was a little bit tight; especially it was my first semi-final in a grand slam."

Djokovic was magnanimous in defeat.

"It was not easy to play in these conditions but also he had more hours spent on the court. So it's no excuse," the Serb said.

"I expected him to be able to play another five-setter because he had two days off.

"He just played better in these conditions than I did.

"I just wasn't managing to go through the ball in the court. You know, I wasn't in the balance. Unforced errors. Even when the ball gets back to his part of the court it's pretty short; he takes advantage of it. On the other side I didn't. That's it."



-- Eurosport 

David Teo: Kereta itu hak milik MIG Production

David Teo

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal

PERSENGKETAAN antara pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal terhadap bekas majikan mereka nampaknya masih berlanjutan sehingga kini. Bermula daripada isu perkahwinan rahsia, kini kisah pertelagahan dua pihak ini kembali hangat apabila melibatkan isu 'kecurian' kenderaan.

Walaupun kes kehilangan kereta pelakon cantik, Wawa Zainal, telah berlaku setahun yang lalu, namun sehingga kini ianya masih belum menemui titik noktah. Ini berikutan apabila Aeril Zafrel tampil memuat naik status di Instagramnya, meminta agar wakil syarikat MIG atau pemiliknya, David Teo memulangkan kembali pakaian serta dokumen penting mereka di dalam kenderaan jenis Suzuki Swift yang dilaporkan hilang itu.

Tulisan Aeril sekaligus memberi tanggapan kepada masyarakat bahawa kereta yang selama ini hilang sebenarnya berada dalam jagaan MIG. Diminta mengulas mengenai status Aeril, David Teo memberitahu bahawa dia sendiri pelik dengan sikap suami Wawa Zainal itu yang terus memperbesarkan isu berkenaan.

"Saya pelik, kenapa Aeril beria-ria dalam kes ini sedangkan kereta itu adalah milik syarikat yang dipinjamkan secara sewa beli kepada Wawa Zainal, bukan kepadanya.

"Pihak syarikat pernah menghantar surat rasmi pada 12 Februari lalu dan menjemput Wawa Zainal datang ke pejabat untuk menyelesaikan pelbagai urusan termasuk soal kerja, projek terbaru dan kereta sekiranya dia ingin membeli kereta tersebut dari pihak syarikat.

"Namun, ketika itu Wawa membalasnya dengan berkata dia sudah keluar daripada pengurusan MIG dan tidak mahu berurusan dengan kami lagi," katanya yang mengakui kereta itu adalah hak milik MIG Production.

Ambil tindakan?

Menurut David, dia masih boleh menahan sabar apabila pelakon filem, 99 Kali Rindu, ini membuat keputusan untuk keluar daripada MIG walaupun kontraknya masih berbaki sehingga 2015.
Namun, sehingga kini, masih ada pelbagai tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan suami pelakon berkenaan.

"Sebagai bapa angkat yang pernah membimbing serta membantu mereka satu ketika dahulu, saya masih boleh bertolak ansur dengan pasangan itu walaupun sebenarnya syarikat boleh mengambil tindakan.

"Namun, saya ingin menasihati terutamanya kepada Aeril agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah dan tuduhan di laman sosial. Diingatkan kesabaran saya juga ada hadnya sekiranya mereka masih terus menerus mengaitkan saya dan pihak syarikat," katanya.

Tambah David, pintu pejabat MIG masih terbuka untuk pasangan ini sekiranya mereka mahu berbincang ataupun memerlukan bantuan jika berdepan dengan kesempitan hidup dan kewangan.

Tutup mulut

Pada Julai lalu, Wawa pernah mengeluarkan kenyataan mengenai kehilangan kereta tersebut di Twitter dan memberitahu bahawa 'pencuri' itu adalah di kalangan pihak terdekat. Namun, pada masa itu, Wawa tidak menjuruskan kepada mana-mana pihak sehinggalah Aeril tampil memetik nama pihak MIG dan pemilik syarikat itu sendiri.

Bertanya kepada Wawa mengenai tindakan Aeril, dia memilih untuk terus mengunci mulut dan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan. "Dalam hal ini, saya tak nak komen apa-apa. Tanyalah pada Aeril sendiri," katanya.

Ditanya adakah Aeril hanya mahukan dokumen tanpa mempersoalkan mengenai kereta, Wawa pantas berkata, 'Yelah kot...'. Pun begitu, usaha untuk mendapatkan Aeril tidak berhasil apabila talian telefon tidak diaktifkan.

-- Sumber: Sinar Harian, 7 September 2014

Gencatan senjata di Donetsk dicabuli

Gencatan senjata dicabuli
Rundingan bersama Poroshenko turut dihadiri wakil Republik Rakyat Donetsk, Perdana Menteri Alexander Zakharchenko (kiri).


DONETSK - UKRAINE. Kumpulan pemisah pro-Rusia dan tentera Ukraine saling menuding jari selepas gencatan senjata dicabuli beberapa jam selepas ia dipersetujui.

Pemimpin Republik Rakyat Donetsk, Vladimir Makovich mendakwa tentera kerajaan telah melancarkan peluru berpandu dan beberapa aset ketenteraan juga dilihat bergerak dari kawasan barat daya Zaporizhia.


Sementara itu, jurucakap Majlis Pertahanan dan Keselamatan Nasional, Andriy Lysenko pula menuduh kumpulan pemisah membedil lebih 20 roket selepas gencatan senjata itu dikuatkuasakan.

Terdahulu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko dan kumpulan pemisah pro-Rusia bersetuju menguatkuasakan gencatan senjata selepas kedua-dua belah pihak menandatangani perjanjian pelan damai di Minsk, Belarus.

Langkah itu diambil beberapa hari selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin mencadangkan pelan damai bagi menamatkan krisis di timur Ukraine.   

Dalam satu kenyataan lain, Rusia mengancam akan bertindak balas jika Kesatuan Eropah (EU) berkeras mahu mengenakan sekatan ekonomi baharu ke atas mereka.

Difahamkan, amaran itu dibuat selepas EU bersetuju untuk mengenakan sekatan lebih ketat terhadap ekonomi Rusia yang didakwa bakal berkuatkuasa bermula esok dalam laporan AFP.

40 maut hujan lebat di Pakistan

Penduduk meredah banjir untuk ke tempat perlindungan. Foto ihsan AFP

LAHORE - PAKISTAN. Lebih 40 orang maut akibat hujan lebat di seluruh Pakistan, semalam, dan pihak berkuasa turut memberi amaran hujan lebat dan banjir kilat akan berterusan.

Kebanyakan kematian berpunca daripada ditimpa runtuhan bumbung bangunan kediaman menurut Channel News Asia.

Jurucakap Perkhidmatan Menyelamat, Jam Sajjad berkata, sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dalam insiden berbeza melibatkan bumbung runtuh di Punjab dalam tempoh 24 jam lalu. - AFP 

Fida Ibrahim nafi kurang tawaran lakonan

Fida Ibrahim
Fida Ibrahim

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Biarpun lebih lima tahun berkecimpung dalam dunia seni, namun sehingga hari ini kariernya masih belum berada di tahap yang membanggakan sedangkan semakin ramai bakat baru membanjiri industri ini.

Situasinya yang sepi sejak akhir-akhir ini juga turut mengundang pelbagai spekulasi yang mendakwa Fida merajuk daripada meneruskan minatnya dalam dunia lakonan. “Sejujurnya, saya tidak merajuk atau membawa diri. Saya tidak ada masalah dengan pendatang baru dalam industri ini dan menganggap ia satu perkembangan yang positif.

“Alhamdulillah, sepanjang beberapa tahun ini memang saya ditawarkan untuk terlibat dalam beberapa drama bersiri tetapi saya terpaksa tolak sebab ia memerlukan masa yang terlalu panjang di mana saya juga memerlukan masa untuk aktiviti lain. Tapi saya masih terlibat dengan beberapa telefilem.

“Mungkin sebab itu orang lain jarang nampak saya berlakon,” ujarnya.

Memandangkan sudah ramai yang bertanyakan mengenai perkara itu, tahun ini Fida mengambil keputusan untuk aktif semula dalam lakonan drama bersiri.

“Terbaru, saya kini sedang menjalani penggambaran drama adaptasi ‘Setulus Janji’ di mana saya digandingkan bersama Azlee Khairi. Saya rasa sudah tiba masanya untuk saya menjalani karier lakonan seperti sebelum ini memandangkan saya sudah boleh uruskan masa dengan baik,” katanya yang bakal berangkat ke Manchester, England akhir Oktober ini bagi menjalani penggambaran drama tersebut.


Tuah ‘Apo Kono Eh Jang’


Sejak tampil menerusi lagu ‘Apo Kono Eh Jang’ hasil kolaborasi bersama Datuk AC Mizal dan Stellar Band, peluang karier nyanyiannya mula terbuka luas. Tidak mahu mensia-siakan platform yang ada, Fida akui dia memperlahankan karier lakonan untuk beri fokus pada nyanyiannya.

“Siapa sangka lagu ini pernah menjadi fenomena yang sangat luar biasa. Saya bersyukur, ‘Apo Kono Eh Jang’ banyak beri ruang kepada saya untuk mulakan karier nyanyian saya,” kongsinya.

Ditanya sama ada dirinya sudah bersedia bergelar penyanyi dan pelakon, Fida akui tidak meletakkan ia sebagai satu bebanan malah teruja untuk buat yang terbaik.

“Rugi kalau saya lepaskan peluang ini. Alhamdulillah, saya sudah cuba dua-dua bidang jadi saya sudah tahu bahagikan masa untuk uruskan dua karier ini.

“Selagi orang meminta untuk keduanya, saya tidak letakkan salah satu sebagai fokus utama. Selagi ada permintaan tidak salah saya cuba seimbangkan keduanya,” tuturnya.


Promosi lagu baharu


Bercerita mengenai perkembangan terbarunya, selain terlibat dengan penggambaran ‘Setulus Janji’, Fida sibuk mempromosikan single ‘Rintihan Qalbu’ nyanyian bersama Qalam Band.

“Saya gembira sangat lagu ini sudah mendapat tempat dan menjadi pilihan untuk diputarkan di stesen radio tempatan. Selain itu saya sedang mencari masa yang sesuai untuk merakamkan single solo terbaharu ciptaan komposer Ajai untuk dijadikan runut bunyi ‘Setulus Janji’.

“Kalau boleh saya mahu buat yang terbaik supaya hasilnya memuaskan semua pihak terutamanya buat peminat,” katanya sebelum mengakhiri perbualan.

-- Sumber: Sinar Harian 

Alasan jual Di Maria

Di Maria
Di Maria

SELEPAS berdiam diri mengenai isu penjualan Angel Di Maria ke Manchester United, akhirnya Presiden Real Madrid, Florentino Perez membuka mulut bagi mendedahkan perkara sebenar.

Menurut Perez, dia terpaksa menjual pemain Argentina itu selepas meminta jumlah gaji yang sama dengan Cristiano Ronaldo.

Di Maria, 26, dijual ke Old Trafford dengan harga £59.7 juta pound (RM312.4 juta).

Keputusan Real melepaskan Di Maria dikritik Ronaldo yang menganggap ia sebagai satu kesilapan besar.

"Kami terpaksa membuat keputusan yang boleh beri situasi menang-menang bagi pihak Di Maria dan juga kelab.

"Akhirnya, selepas meneliti permintaan Di Maria, kami dapati ia terlalu tinggi dan mustahil untuk ditunaikan.

"Di kelab ini, hanya Ronaldo sahaja yang layak menerima gaji paling tinggi.

"Apa pun, Di Maria sudah pun mendapat tempat bersama kelab baharu (United) dan saya fikir ia keputusan yang adil," ujar Perez.

Penghijrahan Di Maria ke England menyaksikan dia memecah rekod pembelian Britain, namun bekas Presiden Real Ramon Calderon tidak setuju Di Maria dijual ke Manchester United.

Untuk rekod, dia menyertai Real selepas meninggalkan Benfica pada 2010 dengan harga £36 juta (RM188.3 juta) dan memenangi La Liga serta Liga Juara-Juara musim lalu.

-- Sumber: Sinar Harian 

Selit tuala wanita celah pintu tandas

Andersen sedang mop lantai di tandas awam Batu Burok.

KUALA TERENGGANU – Masih ramai yang memandang ringan soal kebersihan tandas awam dan meletakkan sepenuh tanggungjawab menjaga kebersihan kepada tukang cuci dengan alasan telah menjelaskan bayaran untuk menggunakan kemudahan awam itu.

Selain itu, kurangnya semangat kepunyaan menjadi antara penyebab tandas awam menjadi kurang bersih, kerana individu yang menggunakan kemudahan itu tidak mengamalkan kebersihan seperti menjaga kebersihan tandas rumah sendiri.

Seorang penjaga tandas di Kuala Ibai, Mamat Mat Zain, 50, berkata, tugas seorang penjaga tandas adalah memastikan tandas awam yang dijaga sentiasa bersih, bukan sahaja dari segi kotoran tetapi juga bau untuk memberi keselesaan kepada pengguna.

“Namun, apa yang dikesalkan, ada segelintir pengguna tandas awam yang tidak bertanggungjawab mengabaikan aspek kebersihan selepas menggunakan tandas awam ini termasuk tidak ‘flush’ (mengepam) tandas yang telah digunakan.

“Walaupun tandas yang digunakan telah dibayar dengan 50 sen, tetapi tidak semestinya mereka boleh berbuat sesuka hati termasuk membuang sampah ke dalam mangkuk pandas atau menyelit tuala wanita di belakang pintu sesuka hati mereka. 

“Kita kesal kerana jika tandas di rumah mereka boleh siram air di kawasan digunakan dan tidak dibiarkan kotor, kenapa amalan ini tidak dipraktikkan apabila mereka menggunakan tandas awam,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.


Mentaliti perlu diubah

Seorang lagi penjaga tandas, Andersen Robert, 25, turut mengakui memang tugas mereka adalah memastikan tandas bersih tetapi kerjasama daripada pengguna juga diperlukan agar keadaan tandas sentiasa bersih kerana ia turut digunakan orang lain.

Menurutnya, imej tandas awam yang biasanya dikatakan kotor perlu diubah, apatah lagi setiap agama mementingkan penjagaan kebersihan di kalangan penganutnya.

“Sikap buruk yang paling ketara adalah tidak mengepam tandas selepas digunakan dan membuang tisu, sampah dan sebagainya ke dalam mangkuk tandas dan bukannya dibuang ke dalam bakul sampah yang disediakan,” katanya. 

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna, Mohd Zukee Mohd Ragam berkata, penjagaan kemudahan awam yang disediakan adalah tanggungjawab bersama antara pengguna dan pihak yang mengelenggarakan termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT). 

“Dari segi penyelenggaraan memanglah terletak kepada mereka yang ditugaskan untuk menjaganya, tetapi pengguna juga perlu bertanggungjawab iaitu memastikan keadaan tandas yang digunakan bersih selepas digunakan.

“Mentaliti atau sikap masyarakat yang kurang kesedaran sivik telah meletakkan tanggungjawab kepada tukang cuci sepenuhnya, dengan alasan mereka telah menjelaskan bayaran masuk ke sesebuah tandas awam perlu dikikis,” katanya.

Beliau berkata, kebersihan tandas awam mencerminkan peribadi individu, dan adalah pelik jika mereka boleh meninggalkan amalan penggunaan tandas yang betul di luar, sedangkan di rumah mereka mengutamakan kebersihan tandas awam.

-- Sinar Harian