Monday 4 November 2013

Sorok bahan lucah bawah sofa

Sorok bahan lucah bawah sofa
Noor Aziah menunjukkan tempat pengusaha premis menyembunyikan bahan lucah di bawah sofa usang terletak di belakang kedai.


SUBANG JAYA – Pelanggan dibawa ke bilik kecil, diberi peluang memilih tajuk disukai sebelum penjaga kedai akan mengambil bahan lucah dipesan yang disembunyikan di bawah sofa buruk terletak di belakang kedai.

Itu modus operandi digunakan pengusaha pusat jualan cakera video digital (DVD) di SS15/4, Subang Jaya di sini untuk memasarkan bahan lucah kepada pelanggan bagi mengelakkan aktiviti dihidu pihak berkuasa.

Bagaimanapun, kegiatan haram dua premis terbabit lumpuh selepas diserbu 16 pegawai dan anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN), petang tadi.

Pengarah Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan KDN Selangor, Noor Aziah Abdullah berkata, pengusaha sebuah premis yang diserbu juga didapati menjadikan sebuah bilik sebagai pintu rahsia menyimpan bahan terlarang itu.

“Wujud pintu rahsia direka khas dalam bilik belakang menyerupai rak pameran, pengusaha letakkan kulit filem lucah di atas meja tetapi kandungan disorok disebalik pintu rahsia,”katanya.

Beliau berkata, pengusaha didapati melakukan kesalahan tidak mempamerkan tanda kelulusan perakuan B.

Jika sabit kesalahan boleh didenda antara RM5,000 hingga RM30,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pihaknya merampas 630 keping DVD lucah dari kedua-dua premis terbabit, 230 ditemui di bawah sofa usang terletak di bahagian belakang kedai.

Jelasnya, penjaga premis warga tempatan berusia lingkungan 30-an turut ditahan. Tindakan diambil bawah Seksyen 5, Akta Penapisan Filem 2002.

Menurutnya, mereka yang memiliki kulit filem juga boleh dikenakan tindakan bahwa akta sama.

Katanya lagi,dari Januari hingga Oktober pihaknya sudah merampas lebih2 juta keping DVD yang tidak mempunyai perakuan B.

Sementara itu, Ketua Penguatkuasa KPDNKK Selangor, Othman Nawang berkata, antara tajuk filem DVD yang dirampas pihaknya termasuk KL Gangster 2, Dampak dan Tanda Putera.

Beliau berkata, anggotanya terpaksa memecah masuk sebuah premis yang ditutup ketika diserbu dan menemui 5,000 keping DVD filem pelbagai tajuk dengan nilai rampasan hampir RM50,000.

Tindakan diambil bawah Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Cakera Optik 2000.

Sekiranya sabit kesalahan, pengusaha berdepan denda RM2,000 bagi setiap filem atau lima tahun penjara atau kedua-dua sekali.

Sinar Harian

ADUN Kadamaian di Sabah tinggalkan PKR

*** Apa yang saya nampak ialah cubaan mencari jalan pintas untuk naik ke 'atas' tanpa perlu me nunggu lama. Jangan marah ya, pendapat sahaja. Tidak salah memberi pendapat. ***


Adun Kadamaian di Sabah tinggalkan PKR

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Jeremmy Malajad pada Isnin mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Jeremmy yang juga Ketua Penerangan PKR Sabah berkata perkara itu berkuat kuasa pada Isnin.

Beliau yang disertai oleh kira-kira 50 bekas pemimpin PKR Kadamaian berkata demikian dalam sidang media, di sini.

Menurutnya keputusan beliau keluar daripada PKR adalah bagi memenuhi harapan rakyat di kawasannya yang mahukan pembangunan.

"Sebagai wakil rakyat yang baru dipilih oleh rakyat, saya sedar tentang harapan tinggi rakyat di kawasan yang saya wakili untuk melihat perubahan dalam bidang pembangunan khususnya kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air bersih, klinik desa dan banyak lagi pembangunan luar bandar yang menjadi isu semasa yang sentiasa dilaung-laungkan masyarakat Kadamaian," katanya.

Jeremmy berkata, kejayaan BN menangani pelbagai isu yang dibangkitkan di negeri itu semasa pilihan raya umum ke-13 membuatkan beliau meneliti semula kedudukannya sebagai wakil rakyat PKR.

"Saya sudah berjanji untuk menjadi wakil rakyat terbaik dalam memberi sumbangan dan khidmat yang diperlukan oleh rakyat, dan saya percaya rakyat di Sabah semakin yakin dengan pendekatan dan kesungguhan kerajaan BN dalam menyelesaikan isu berbangkit," katanya.

Sambil menyatakan komitmennya tidak berubah dalam membantu rakyat di kawasannya, Jeremmy berkata beliau mahu terlibat secara langsung bagi merealisasikan pelbagai program transformasi yang dilaksana oleh kerajaan BN.

Dalam pilihan raya umum lepas, Jeremmy memperoleh 5,877 undi berbanding penyandang Timbon@Herbert Langadan daripada BN yang menerima 4,988 undi dalam pertandingan empat penjuru.


BERNAMA

Pemandu pelancong lemas ketika cuba menyelamatkan pelancong

Pemandu pelancong ditemui lemas
Mayat mangsa dibawa menyeberangi sungai sebelum dibawa ke Hospital Bentong oleh anggota penyelamat


BENTONG – Percutian hujung minggu 10 orang pelancong dari Singapura bertukar tragedi apabila pemandu pelancong mereka lemas dalam kejadian di pusat rekreasi Lata Hammer, Batu Tujuh dekat sini tengah hari kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, mangsa yang merupakan pemandu pelancong, Kevin Tan Chew, 42, beralamat di Petaling Jaya membawa masuk kumpulan pelancong yang terdiri dari lima lelaki dan lima kanak-kanak itu pada awal pagi.

Katanya, semasa sampai di tempat kejadian, kebanyakan mereka mandi di kawasan itu.

“Kira-kira jam 12.30 tengah hari salah seorang dari mereka dipercayai lemas menyebabkan Kevin bertindak menyelamatkannya.

“Pelancong berusia 35 tahun itu berjaya diselamatkan namun Kevin akhirnya lemas,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohamad Mansor berkata, selepas laporan polis dibuat, gerakan mencari mangsa dijalankan kira-kira jam 1.00 petang.

Katanya, pada jam 2.45 petang mangsa berjaya ditemui serta dapat dikeluarkan dari tempat kejadian dan seterusnya dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat.

“Operasi mencari dan menyelamat selesai kira-kira jam 5.30 petang,“ katanya.


Sinar Harian

Pas menang pilihanraya kecil Dun Sungai Limau

Mohd Azam Abdul Samat

YAN - Pas mengekalkan kerusi Dun Sungai Limau dengan majoriti undi berkurangan lebih separuh dalam pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini.

Calon Pas, Mohd Azam Abd Samat, 37, memperoleh 12,069 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, dengan 10,985 undi.

Pada pilihan raya umum ke-13 pada Mei lepas, Tan Sri Azizan Abdul Razak (Pas) menang kerusi Dun itu dalam pertandingan empat penjuru dengan majoriti 2,774 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Abdul Rashid Othman di pusat penjumlahan undi di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, di sini.

Daripada 23,249 pemilih berdaftar yang keluar mengundi hari ini, 145 kertas undi diisytiharkan rosak.

Dengan keputusan ini, Pas mengekalkan kerusi Dun itu sejak pilihan raya umum 1995 yang dimenangi menerusi Azizan.

Undi yang diperoleh Mohd Azam berkurangan 1,225 atau 9.2 peratus daripada jumlah undi yang diraih Azizan pada PRU13 iaitu sebanyak 13,294 undi.

Jumlah pemilih berdaftar yang keluar mengundi hari ini juga berkurangan 1,100 atau 4.5 peratus daripada 24,349 pada PRU13.

Mohd Azam yang ditemui pemberita selepas pengumuman itu mengucapkan terima kasih kepada jentera parti dan pakatan pembangkang yang membantu beliau mendapat kemenangan itu.

Beliau juga berjanji akan memberi fokus kepada aspek kebajikan masyarakat di Sungai Limau.

Ketika keputusan diumumkan, Ahmad Sohaimi dan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak berada di dalam dewan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyifatkan pilihan raya kecil Sungai Limau antara yang memuaskan hati kerana tiada undi rosak yang disebabkan dakwat, selain tiada aduan dari parti politik dan pengundi.

"SPR yakin dakwat ini begitu sesuai," katanya.

Katanya walaupun peratusan keluar mengundi tidak sampai jangkaan 90 peratus, tetapi kadar 85.5 peratus dikira baik di peringkat dunia.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, kekurangan majoriti parti itu tidak melambangkan kemenangan moral BN.

Beliau mendakwa Pas kehilangan lebih 1,000 daripada 3,666 pengundi yang berada di luar kawasan pilihan raya yang tidak boleh pulang mengundi.

"SPR kena ambil tindakan buat pilihan raya kecil bukan pada hari bekerja," katanya yang melahirkan rasa syukur atas kemenangan Pas.

BERNAMA

Filem Mandela ditayangkan di Afrika Selatan

Filem Mandela ditayangkan di Afrika Selatan


JOHANNESBURG:  Filem yang mengangkat kisah hidup pejuang anti-aparteid Nelson Mandela ditayangkan di Afrika Selatan sekaligus membuka semula ingatan tentang sejarah negara itu yang bergolak.

Filem berjudul "Mandela, Long Walk to Freedom" yang diangkat daripada biografi dengan tajuk yang sama menelusuri kehidupan tokoh itu sejak zaman kecilnya di kampung di Eastern Cape sehinggalah membawa kepada pemilihan beliau sebagai presiden kulit hitam yang pertama pada 1994.

Mandela, 95 tahun, terlalu uzur untuk menghadiri tayangan perdana itu. Beliau sedang menjalani rawatan di rumah selepas tiga bulan dimasukkan ke hospital kerana jangkitan paru-paru awal tahun ini.

Bekas isterinya, Winnie Madikizela-Mandela dalam satu ucapan sebelum tayangan berkata beliau "kehilangan kata-kata" untuk menggambarkan tentang filem itu yang "menterjemahkan masa lalu yang pahit."

"Kita mesti ingat dari mana kita datang dan betapa sukarnya kebebasan ini diperjuangkan serta harga yang dibayar untuknya," kata Madikizela-Mandela, yang memakai pakaian tradisional Xhosa.

Selepas 27 tahun dipenjara kerana terlibat dalam aktiviti menentang rejim perkauman, Mandela memperjuangkan kesamarataan dalam negara yang berpecah belah dan memaafkan musuhnya. Tindakannya yang besar hati itu dikagumi di serata dunia dan menempa namanya sebagai simbol keamanan.

Filem yang memakan masa dua jam setengah itu akan mula ditayangkan di pawagam di seluruh Afrika Selatan pada 28 November ini.

Mandela dilakonkan oleh pelakon Britain, Idris Elba manakala watak Winnie dimainkan oleh Naomie Harris juga dari Britain. 

Sumber: Agensi

13 Syarikat M'sia catat jualan RM106 juta di Dubai

Gitex 2013: 13 Syarikat M'sia catat jualan RM106 juta di Dubai

Tiga belas syarikat Malaysia mencatat RM106 juta menerusi jualan pelbagai jenis perkhidmatan dan penyelesaian, pada  Pameran Teknologi Maklumat Teluk (Gitex) 2013, di Dubai.

Jualan termasuk penyelesaian pengesahan, perkhidmatan keselamatan terurus, permainan mudah alih, penyelesaian pengurusan kumpulan, siri animasi dan  aksesori komputer.

Pesuruhjaya Kanan Perdagangan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di Dubai, Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata Gitex, pameran perdagangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terbesar di Timur Tengah, menawarkan banyak peluang untuk penggiat ICT Malaysia, terutama dalam bidang seperti keselamatan untuk rangkaian korporat dan kerajaan, perkhidmatan Internet, IPTV, WiMAX, 3G dan pembangunan kandungan dan aplikasi untuk peranti pintar.

"Timur Tengah telah menyaksikan pertumbuhan kukuh dalam sektor ICTnya, dengan anggaran US$193 bilion. Gitex telah menjadi platform yang terbukti untuk membolehkan syarikat Malaysia bertapak dalam pasaran ini," katanya dalam satu kenyataan.

Matrade mengetuai syarikat terbabit untuk pameran yang berlangsung selama lima hari mulai 20 Oktober.

BERNAMA

Majlis tahlil Allahyarham Norazita di premis bank


Majlis tahlil Allahyarham Norazita di premis bank

KUALA LUMPUR:  Satu majlis tahlil dan doa selamat untuk Allahyarham Norazita Abu Talib diadakan di cawangan Ambank, USJ Sentral, dekat sini semalam.

Norazita terbunuh akibat ditembak dalam kejadian rompak di premis itu pada 23 Okt lepas.

Majlis yang dihadiri Pengerusi Kumpulan Ambank Tan Sri Azman Hashim, pihak pengurusan kanan, petugas dan rakan Norazita berlangsung selepas solat Asar.

Ambank dalam satu kenyataan semalam berkata, sejumlah RM352,188 di bawah Polisi Insurans Kumpulan akan dibayar kepada estet Allahyarham Norazita.

- BERNAMA

Pelajar SPM antara dicekup ketika leka berpesta

Pelajar SPM antara dicekup ketika leka berpesta
Anggota polis membuat pemeriksaan di Pantai Batu 6, awal pagi semalam.

Pelajar SPM antara dicekup ketika leka berpesta
Semua yang ditahan dibawa ke IPD Port Dickson untuk tindakan lanjut.


PORT DICKSON - Sekumpulan individu dikesan menjadikan kawasan pantai di sini untuk melakukan kegiatan tidak bermoral dengan mengadakan parti pantai atau Beach Party, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, kegiatan mereka dapat dihidu pihak berkuasa apabila polis diketuai Inspektor Nursaiful Asrar Ahmad Najih membuat serbuan di Pantai Batu 6 itu, kira-kira 3.30 pagi semalam.

Dalam serbuan itu, seramai 48 individu berusia 18 hingga 35 tahun yang sedang leka bersukaria diperiksa anggota polis narkotik sebelum mendapati 27 daripada mereka positif dadah.

Turut ditahan kerana didapati positif dadah, tiga pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, serbuan dibuat berikutan aduan orang ramai, selain risikan pihaknya.

“Siasatan mendapati parti itu dianjurkan atas persetujuan bersama antara mereka. Kesemua mereka datang dari Lembah Klang termasuk Selangor," katanya.

Menurutnya, sebahagian besar yang ditahan adalah pekerja bahagian penyelenggaraan di sebuah hotel di Genting Highlands, promoter dan jurujual di kompleks membeli-belah serta penganggur.

“Hasil ujian saringan air kencing dijalankan mendapati 27 suspek termasuk tiga pelajar terbabit positif methamphetamine. Kesemua mereka di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson untuk siasatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Abd Wahab berkata, polis turut merampas beberapa peralatan parti termasuk alat pembesar suara dan alat pemain muzik.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Beliau berkata, polis akan terus melakukan penguatkuasaan di kawasan pantai bagi memastikan kegiatan tidak bermoral seperti itu tidak berulang.

Sinar Harian

Semak maklumat peribadi pengawal keselamatan


KUALA LUMPUR:  Kesemua 751 syarikat keselamatan berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa menyemak maklumat peribadi pekerja bagi mengelak pemalsuan pengenalan diri.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran syarikat berkenaan akan menanggung implikasi buruk sekiranya gagal berbuat demikian.

Tegas beliau kdn tidak akan teragak-agak membatalkan lesen operasi syarikat keselamatan yang tidak mematuhi peraturan.

“Jadi jangan terlambat sebagaimana yang mereka lakukan di mana syarikat itu terpaksa dibatalkan lesennya dan ini akan memberikan kesan yang tidak baik kepada pekerja-pekerja oleh sebab itu untuk menjaga kepentingan pekerja pastikan syarikat memantau dan menyemak dengan baik semua butiran dan maklumat-maklumat peribadi pegawai dan pekerja syarikat kawalan ini," kata Zahid.

Katanya mengikut undang-undang, KDN hanya mengizinkan warganegara Malaysia atau Nepal diambil  bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Menurut Ahmad Zahid, KDN telah menjalankan Ops ID secara besar-besaran di seluruh negara bermula 29 Oktober lepas.

Sebanyak 282 pengawal keselamatan telah diperiksa dan lima ditahan kerana menggunakan MyKad palsu dan milik orang lain.

Sementara itu dua daripada mereka dihadapkan ke mahkamah sepang dan dijatuhkan hukuman enam bulan penjara.

Ops ID dilancarkan ekoran seorang pegawai bank ditembak mati pengawal keselamatan yang menggunakan kad pengenalan palsu pada 23 okt lepas.


- ASTRO Awani 

Filem KIL dominasi pencalonan akhir ASK2013

Filem KIL dominasi pencalonan akhir ASK2013

Filem terbitan Flux Visual Lab dan Grand Brilliance, KIL mendominasi pencalonan akhir kategori filem di Anugerah Skrin 2013 yang diumumkan secara langsung pukul 9 malam tadi.

Filem arahan Nik Amir Mustapha itu menerima pencalonan dalam kesemua tujuh kategori yang dipertandingkan iaitu Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik (Redza Minhat), Pelakon Wanita Terbaik (Cristina Suzzane), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Harun Salim Bachik), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Anne James) dan Lakon Layar Terbaik.

Dalam kategori Filem Terbaik, KIL bakal bersaing dengan filem Rock Oo!, Istanbul Aku Datang, Langgar dan S.A.M. Turut dicalonkan dalam kategori Pengarah Terbaik bersama Nik Amir ialah Mamat Khalid (Rock Oo!), Bernard Chauly (Istanbul Aku Datang), Syed Hussein (Langgar) dan Syafiq Yusof (S.A.M.).

Kejutan pada malam tersebut apabila pelakon filem Istanbul Aku Datang, Lisa Surihani tidak dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik.

Sementara itu, Astro AWANI turut menerima pencalonan dalam kategori Rancangan Bual Bicara Terbaik menerusi Suara Kami – Bersama PM.

Turut menerima pencalonan adalah program terbitan Astro antaranya Anugerah Blockbuster, Raja Lawak Akhir dan Maharaja Lawak Mega Akhir.

Drama yang ditayangkan di Astro juga turut dicalonkan antaranya Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman, Mawar Putih Tanda Perpisahan, Keluarga Iskandar dan Adam dan Hawa.

Anugerah Skrin 2013 bakal berlangsung pada 29 November depan.

Filem Terbaik
Rock Oo
Istanbul
KIL
Langgar
SAM

Pengarah Terbaik
Mamat Khalid (Rock Oo)
Bernard Chauly (Istanbul Aku Datang)
Nik Amir Mustapha (KIL)
Syed Hussein (Langgar)
Syafiq Yusof (SAM)

Pelakon Lelaki Terbaik (Filem)
Remy Ishak (29 Februari)
Que Haidar (Rock Oo)
Redza Minhat (KIL)
Adi Putra (Langgar)
Shaheizy (SAM)

Pelakon Wanita Terbaik (Filem)
Jojo Goh (29 Februari)
Christina Suzanne (KIL)
Nora Danish (Mencari Cinta)
Lisa Surihani (SAM)
Nadia Aqilah (Zaiton Ceritamu)

Lakon Layar Terbaik (Filem)
29 Februari
Rock Oo
Istanbul Aku Datang
KIL
SAM

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem)
Soffi Jikan (Rock Oo)
Sharnaz Ahmad (Juvana)
Khir Rahman (Rock Oo)
Harun Salim Bachik (KIL)
Izzue Islam (29 Februari)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem)
Umie Aida (Sembunyi)
Yana Samsuddin (Dua Kalimah)
Miera Liyana (Pecah)
Erin Malik (Lari)
Anne James (KIL)


Sumber: ASTRO Awani

Gaji minimum RM900 dan RM800 dilaksanakan sepenuhnya mulai Jan 2014

Gaji minimum dilaksanakan sepenuhnya mulai Jan 2014

Setelah ditangguh dan diberi kelonggaran sejak Januari tahun ini, gaji minimum RM900 sebulan di Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak serta Labuan, akan dilaksanakan sepenuhnya mulai 1 Jan tahun depan.

Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot berkata kerajaan mengambil kira semua perkara yang boleh menjejaskan pelbagai sektor di negara ini sebelum melaksanakan dasar berkenaan.

“Sebahagian besar majikan daripada hampir semua sektor di negara ini member penjelasan tentang ketidakmampun mereka (melaksanakan dasar itu) dan meminta penangguhan, maka kami menangguhkannya hingga 31 Dis tahun ini. Gaji minimum akan dikuatkuasakan sepenuhnya di seluruh negara mulai Januari tahun depan," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan sijil kepada lepasan Institut Latihan Perindustrian (ILP) di sini hari ini.

Riot berkata pelaksanaan gaji minimum ini terpakai bagi semua majikan, tanpa mengira lokasi perniagaan mereka.

“Sama ada perniagaan yang mereka jalankan di bandar atau di mana saja, mereka tidak terkecuali daripada melaksanakannya," kata beliau.

Riot berkata pelaksanaan dasar itu terpaksa ditangguh kerana beberapa sebab, termasuk berkaitan kemampuan kewangan syarikat atau majikan.

Perintah Gaji Minimum 2012 sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Jan 2013, dengan kadarnya dikaji setiap dua tahun. Bagaimanapun, ia ditangguh bagi memenuhi permintaan 400 syarikat agar tarikhnya ditunda kepada 31 Dis.

Pelaksanaan dasar gaji minimum itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 April tahun lepas dan diwartakan pada 16 Julai.

Riot berkata ia ditangguhkan berikutan kajian teliti oleh Majlis Perundingan Gaji Negara.

“Kajian dibuat mengikut kes...dan penangguhan serta kelonggaran hanya diberi selepas majlis itu yakin terdapat keperluan untuk berbuat demikian," katanya.

Menurut beliau setakat ini, tiada permintaan secara bertulis diterima daripada pengusaha tanaman sawit untuk menangguhkan pelaksanaan dasar itu berikutan penurunan harga minyak sawit dunia.

“Kebanyakan pekerja dalam sektor perladangan adalah warga asing. Rakyat Sabah, Sarawak dan Semenanjung tidak berminat bekerja dalam sektor ini...sama ada kita suka atau tidak, inilah isu yang terpaksa kita hadapi," katanya.

Laporan sebelum ini memetik ketua setiausaha kementerian berkenaan Zainal Rahim sebagai berkata sejumlah 247 “syarikat mikro” dan 743 syarikat besar memohon penangguhan pelaksanaan dasar itu.

Syarikat mikro merujuk kepada sesebuah syarikat yang mempunyai tidak lebih lima pekerja. Syarikat yang tergolong dalam kategori ini sepatutnya melaksanakan dasar berkenaan mulai hari ini.

Syarikat besar yang mempunyai lebih 150 pekerja dalam bidang perkilangan atau lebih 50 pekerja dalam bidang pembuatan perlu mula membayar gaji minimum pada 1 Jan tahun ini.

ASTRO Awani

Kata kunci Google Search yang paling dicari bulan Oktober

Apa kata kunci Google Search yang paling dicari bulan Oktober?

Kata kunci 'Noreen Noor" berkaitan berita mengenai bintang terkenal era 80an Allahyarham Noreen Noor yang meninggal dunia pada 22 Oktober menduduki tangga teratas carian Google Malaysia pada bulan Oktober.

Google mengumumkan hasil keputusan Google Zeitgeist itu bagi membandingkan jumlah carian yang telah meningkat dari segi peratusan terbesar bagi bulan Oktober 2013 di www.google.com.my.

Tempat kedua milik kata kunci  "Southwest Airlines" selepas seorangmarshal penerbangan ditangkap mengambil gambar seksi penumpang wanita.

"BAJET 2014 / belanjawan " menduduki tempat ketiga selepas Bajet 2014 dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 25 Oktober.

"Wawa Zainal / Anak Wawa Zainal " menjadi topik hangat berikutan pengakuan pelakon itu bahawa dia melahirkan bayi hasil perkahwinan beliau bersama pelakon Aeril Zafrel pada 24 Ogos.

Filem Escape Plan menduduki tempat ke-5 selepas filem yang dibintangi Arnold Schwarzenegger ditayangkan di pawagam tempatan pada 10 Oktober.

Rowan Atkinson mengambil tempat ke-8 selepas khabar angin pelakon Mr Bean memeluk Islam tersebar di internet. Berita itu bagaimanapun terbukti tidak benar.

Sebuah filem Hollywood juga berada dalam carta menduduki tangga ke-9 apabila filem Gravity yang dibintangi George Clooney dan Sandra Bullock ditayangkan di pawagam Malaysia pada 3 Oktober.

Carian lain dalam carta 10 teratas termasuk "Takbir Raya" (6), "Little Little Legend" (7), "The Heirs" (10).

Astro Awani

2 wartawan Perancis dibunuh di Mali

Dua wartawan Perancis dibunuh di Mali

MALI:  Dua wartawan radio Perancis telah dibunuh selepas diculik di selatan Mali pada Sabtu.

Claude Verlon dan Ghislaine Dupont dilapor dibawa lari selepas mereka baru selesai menemuramah seorang pemimpin politik, yang merupakan seorang ketua pemberontak.

Presiden Perancis menyifatkan pembunuhan itu sebagai amat kejam dan menjijikkan. Kematian mereka itu berlaku empat hari selepas Perancis meraikan pembebasan empat warganya yang ditahan  selama tiga tahun oleh kumpulan Al-Qaida di Utara Afrika.

Setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas pembunuhan berkenaan. Biarpun siasatan sedang dijalankan, pihak berkuasa mensyaki pembunuhan itu didalangi kumpulan pemberontak Islam.

Dupont dan Verlon masing-masing dikatakan dibawa masuk ke dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda oleh beberapa lelaki selepas selesai tugasan berkenaan. Mayat mereka kemudian dicampakkan di pinggir bandar menghala ke Tenessako, yang terletak di timur Kidal.

Wilayah utara Mali telah dijadikan pangkalan bagi rangkaian kumpulan Al-Qaida melatih anggota kumpulannya sejak tahun 2003 lagi.

Astro Awani

Shanghai bina hotel bawah tanah pertama di dunia

Shanghai bina hotel bawah tanah pertama di dunia

China bakal memiliki sebuah hotel mewah bawah tanah pertama di dunia dua tahun lagi.

Dengan anggaran kos 500 juta yuan, kerja-kerja pembinaan struktur hotel yang terletak di Shanghai itu dijangka siap sepenuhnya pada 2015.

Hotel berkenaan  dibina di sebuah jurang dikenali sebagai Tianma Shan di mana tiga tingkat bangunan hotel itu terletak di atas tanah dan 17 tingkat lagi di bawah tanah.

Hotel bertaraf lima bintang ini direka oleh Jochman Martin, yang merupakan seorang arkitek terbaik dalam pembinaan hotel.

Beliau menyediakan seni bina, struktur dan perkhidmatan kejuruteraan awam untuk hotel berkenaan.

Bagaimanapun tempoh tujuh tahun diambil bagi kerja-kerja perancangan pembinaan hotel ini, apatah lagi ia adalah hotel pertama seumpamanya di dunia.

Apabila siap kelak, hotel berkenaan akan menawarkan pelbagai tarikan antaranya kemudahan sukan lasak dan pusat pelawat.

Ia juga menyediakan pelbagai aktiviti bila siap nanti antaranya ialahbungee jumping dan aktiviti laut.

Hotel mewah ini akan turut dikelilingi  taman tema yang berkeluasan hampir 1,500 meter persegi.

Astro Awani

Pahang tamat kemarau 21 tahun

Piala Malaysia

PAHANG menamatkan penantian selama 21 tahun bagi menjulang Piala Malaysia apabila mengalahkan juara bertahan Kelantan 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam di sini, malam ini.

Penyerang import dari Argentina, Matias Ruben Conti muncul wira skuad Tok Gajah selepas menyumbat gol tunggal menerusi tandukan pada minit ke-58 selepas memanfaatkan hantaran daripada Azamuddin Mohd Akil.

Kemenangan itu merupakan kejayaan ketiga Pahang merangkul piala berprestij itu selepas tahun 1983 dan 1992.

Pada pertarungan antara pasukan gergasi Pantai Timur itu musim ini, kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan seimbang dengan melancarkan serangan berbahaya namun gagal menyudahkan sebarang percubaan pada separuh masa.

Pemain tengah Kelantan, Indra Putra Mahayuddin gagal menggunakan peluang terhidang pada minit ke-18 apabila sepakan percuma daripada jarak 20 meter hanya sedikit melepasi pintu gol Pahang yang dijaga rapi oleh Khairul Azhan Khalid.

Pemain skuad Tok Gajah, R.Surendren hampir meletakkan pasukan berkenaan di hadapan pada minit ke-27 namun sepakan beliau terkena tiang gol Kelantan.

Selepas Conti membuka tirai jaringan, Kelantan di bawah bimbingan jurulatih Bojan Hodak terdesak dancuba mencari gol penyamaan dengan rembatan kencang oleh Dickson Nwakaeme tidak berhasil apabila ditepis keluar oleh penjaga gawang Pahang.

Kelantan gagal memanfaatkan peluang apabila sepakan percuma yang dilakukan oleh kapten pasukanya Mohd Badhri Mohd Radzi pada minit ke-76 tersasar dari gawang gol.

Khairul Azhan sekali lagi bertindak cemerlang untuk pasukan 'Tok Gajah' apabila menafikan cubaan bahaya yang dilakukan oleh Nwakaeme pada minit ke-84.

Penyerang pasukan Pahang, Azamuddin Mohd Akil dinobatkan sebagai pemain terbaik final Piala Malaysia 2013.

Walaupun cuaca hujan sepanjang petang ini, lebih 85,000 penyokong dari kedua-dua pasukan dengan lautan kuning dan merah mula memenuhi stadium sejak dari pukul 7 jam tadi.

BERNAMA

Mikrocip pengintip dalam cerek

Mikrocip pengintip dalam cerek
Cerek yang diimport dari China didakwa mengandungi mikrocip tersembunyi untuk tujuan pengintipan.


SAINT PETERSBURG - RUSIA. Pelbagai cara dan medium digunakan untuk melakukan pengintipan.

Laporan terbaru yang didedahkan penyiasat Rusia mendakwa bahawa perkakas rumah diimport dari China mengandungi mikrocip tersembunyi yang menghantar data dan malware ke dalam rangkaian WiFi.

Menurut media tempatan pada laporan DailyMail, penemuan hampir 30 buah cerek dan seterika dengan mikrocip pengintip didedahkan selepas Kesatuan Eropah melancarkan siasatan ke atas Rusia yang didakwa cuba mendapatkan maklumat daripada telefon dan komputer pada sidang kemuncak G20 bulan lalu.

Ia sekali gus membawa kepada spekulasi bahawa cip yang ditemui pada perkakas rumah berupaya mencuri data dan menghantar semula ke pelayan China.

Bagaimanapun, menurut akhbar The Register, adalah mustahil untuk menghasilkan mikrocip pengintip yang kecil untuk disembunyikan di dalam cerek.

- melalui Sinar Harian 

Sentenced to hang: British Muslim leader, US citizen

Bangladesh sentences British Muslim leader, US citizen to hang

DHAKA:  A Bangladesh war crimes court sentenced a British-based Muslim leader and a US citizen to death in absentia for murder Sunday, in the latest ruling over atrocities committed during the war of independence.

Britain's Chowdhury Mueen-Uddin and Ashrafuzzaman Khan, from the United States, were found guilty by the much-criticised International Crimes Tribunal of 11 charges relating to the slaughter of 18 intellectuals during the 1971 conflict.

"Justice will not be done if they are not awarded capital punishment," senior judge Obaidul Hassan told the packed court in Dhaka.

Another judge, Mujibur Rahman Mia, told the court: "They encouraged, they gave moral support to and participated in the killing of 18 intellectuals."

During their trail, prosecutors sought the death penalty for the pair, who fled Bangladesh after it gained independence from Pakistan, saying they were "high command" members of the notorious Al Badr militia that supported Pakistani forces.

"They killed top professors, journalists and doctors to make the nation devoid of any talent," senior prosecutor M.K. Rahman told reporters outside the court after the ruling.

The tribunal in Dhaka has now convicted 10 people, mostly leaders of the country's largest Islamic party, Jamaat-e-Islami, for war crimes, with seven of them sentenced to death by hanging. At least another eight are on trial.

The trials have sparked deadly protests throughout the Muslim-majority country, leaving at least 150 people dead since January when the court started handing down its verdicts.

Jamaat claim the trials are politically motivated, accusing the country's secular government of trying to execute its entire leadership.

But the government maintains the trials are needed to heal the wounds of the conflict.

The latest sentences are unlikely to trigger a backlash in the volatile country since both men, aged in their 60s, left the country years ago and have started new lives in their adopted homelands.

- AFP

TNB is top ranked for electric utilities in Asia

TNB is top ranked for electric utilities in Asia
KUALA LUMPUR:  Tenaga Nasional Bhd (TNB) has been top ranked for "Electric Utilities in Asia" in the coveted Platts Top 250 Global Energy Company Rankings for 2013.

The national utility corporation also took 15th spot in Asia in terms of "Overall Performance" in the rankings, announced at the Platts Top 250 Asia Awards Dinner held in Singapore earlier this week.

The annual financial performance rankings started 12 years ago New York headquartered Platts is a leading global commodity information provider.

The top ranking is a major improvement in comparison to 2011, where it took the third spot for "Electric Utilities in Asia", TNB said in a statement Sunday.

Mirroring other elite Asian companies that moved up in the rankings, TNB's global ranking surged to the 66th position from 90th in 2011.

The statement said the Platts Top 250 Global Energy Company Rankings are based on assets, revenue, profits and return on investments for the previous fiscal year.

TNB's chief corporate officer, Datuk Roslan Rahman represented the company's president/CEO, Datuk Seri Azman Mohd in receiving the award in the presence of the Energy, Green Technology and Water Minister, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

"This award is dedicated to all our employees, wherever they are, for making this company a pride of the nation," said Roslan.


BERNAMA