Saturday, 19 July 2014

Gelandangan maut di stesen bas Tapah

IPOH - Seorang lelaki gelandangan ditemui maut di stesen bas pekan Tapah dengan kesan kelar di leher dipercayai akibat dibunuh tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Asisten Komisioner Som Sak Din Keliaw berkata, mangsa K Singaram Chetiar, 37, yang beralamat di Pekan Getah, Jalan Tapah ditemui orang awam pada pukul 12 tengah malam.

"Siasatan mendapati selain kesan kelar di leher mangsa, terdapat juga kesan simbahan minyak hitam di bahagian mukanya. Kita percaya mangsa telah dikelar dengan menggunakan senjata tajam dipercayai pisau," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, selain itu tidak terdapat sebarang tanda pergelutan di tempat kejadian dan tiada kecederaan lain pada tubuh mangsa.

Mangsa ditemui dalam keadaan berdarah dan tidak sedarkan diri, katanya.

Som Sak berkata, mangsa sering tidur di sekitar kawasan perhentian bas dan bawah jambatan.

Mangsa juga didapati mempunyai tiga rekod jenayah lampau selain pernah dibuang daerah, katanya.

Beliau berkata, pihak polis telah menangkap tiga orang suspek lelaki berusia antara 36 dan 42 tahun bagi membantu siasatan.

"Ketiga-tiga suspek ditangkap di sekitar Tapah, masing-masing merupakan rakan mangsa dan pengawal keselamatan stesen bas tersebut," katanya.

Beliau berkata, siasatan di tempat kejadian dibantu unit anjing pengesan polis serta unit forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.

Mayat mangsa telah dituntut abangnya selepas bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Tapah, katanya. - Bernama

Lampard set to complete New York move

Frank Lampard looks set to complete his move to New York City FC next week.


Lampard has been without a club since he left Chelsea at the start of June.

The 36-year-old midfielder received a host of proposals from across the world, but Press Association Sport understands Lampard has decided to accept an offer from the new MLS franchise, which is part-owned by Manchester City chief Sheikh Mansour.

It is understood Lampard was highly impressed with the club's vision and he is expected to sign a contract with the franchise next week.

The New York club was formed in May 2013, but will not start competing in the American league until March 2015.

As a result, Lampard could spend some time with New York's sister club Melbourne City FC over the next few months.

Lampard is currently taking a short holiday with his fiancee Christine Bleakley.

During his 13 years at Chelsea, Lampard became the club's all-time record goalscorer and won three Premier League titles and the Champions League, plus the Europa League and four FA Cups.

The midfielder was part of Roy Hodgson's 23-man World Cup squad, but he only made one appearance - in England's dead rubber draw against Costa Rica.

The former West Ham man has said he will take a few weeks to decide whether he wants to continue playing for England. - Eurosport

Senioriti buat Azmin paling layak jadi MB

Pengalaman Azmin Ali (kiri) jadi asas kukuh untuk dicadang sebagai MB Selangor baharu menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim (kanan).

KUALA LUMPUR: Pengalaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali sejak 1999 di Selangor dijadikan asas kukuh namanya dicadangkan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

Itu hasil ‎pertemuan di antara Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan semua ADUN, Ahli Parlimen dan Ketua-Ketua Cabang Negeri Selangor di Ibu Pejabat PKR pada malam Jumaat.

Menurut sumber, pertemuan itu sekali gus menyelesaikan teka-teki siapa pengganti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dikatakan tiada pilihan lain selain melepaskan jawatannya selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

"‎MPN Selangor yang diketuai ADUN Batu Caves yang juga Setiausaha MPN Selangor, Amirudin Shari mencadangkan nama Azmin sebagai MB yang baru berdasarkan pengalaman Azmin sebagai ADUN Selangor paling senior sejak 1999.
‎"Tambahan, pengalaman Azmin dalam Kerajaan dan sebagai pembangkang serta kesetiaannya yang teruji dalam perjuangan diyakini dapat menguruskan pentadbiran Negeri Selangor dengan efektif dan memperkukuh kedudukan Pakatan Rakyat (PR) di Negeri Selangor," katanya.

‎Jelasnya, cadangan MPN Selangor kepada Anwar dilihat menjawab spekulasi bakal MB baru bagi menggantikan Abdul Khalid.
‎Dalam pada itu, sumber memberitahu, isu penerimaan PAS dan DAP terhadap Azmin bagaimanapun tidak dibangkitkan malam tadi selepas mereka bersetuju nama Azmin untuk menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Pada Isnin, teka-teki status Azmin untuk 'naik' menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu hampir terjawab selepas PAS dan DAP memberi persetujuan terhadap perlantikannya dalam satu pertemuan tertutup PR.‎

Bagaimanapun pada Rabu, Abdul Khalid bertegas tidak mahu jawatannya diganggu-gugat sesiapa dan mahu kekal sehingga akhir penggal pentadbirannya.

Ketika ditanya terhadap kecenderungan Anwar sebelum ini yang mahu ‎meletakkan isterinya sekali gus Presiden PKR dan ADUN Kajang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Abdul Khalid, ini katanya;

"Masih nampak kecenderungan itu namun keputusan MPN harus dilihat‎ sebagai hasil kolektif yang bersetuju dengan pilihan kepada Azmin.

"Jika Azizah, Anwar mungkin berhadapan sedikit tekanan meletakkan hanya dari rantaian ahli keluarga menjadi pemimpin parti selain MB Selangor sendiri."

‎Sebelum ini, Abdul Khalid menyatakan tidak akan bimbang apa-apa jika adanya usul undi tidak percaya daripada ADUN PR sendiri untuk 'menjatuhkannya'.

Abdul Khalid juga dikatakan akan melepaskan jawatannya selepas hari raya atau selewat-lewatnya September depan.

Ia dikatakan usaha susulan pihak tertentu yang mahu menjatuhkan Abdul Khalid selepas kegagalan strategi 'langkah Kajang'‎ sebelum ini. - Astro Awani 

Dunga clear favorite to replace Scolari as Brazil coach


Former World Cup winning captain Dunga is the favorite on a short list of candidates to coach Brazil's national football team, two sources with direct knowledge of the situation said on Friday.


Dunga, whose real name is Carlos Bledorn Verri, previously coached Brazil from 2006 to 2010, where he won the 2007 Copa America and the 2009 Confederations Cup.

He was fired by the Brazilian Football Confederation (CBF) after losing to the Netherlands in the quarter-finals of the 2010 World Cup.

One source, who declined to be identified since the process is underway, said Dunga has a good relationship with Gilmar Rinaldi, who was named on Thursday as general manager for Brazil's national teams.

Both players were part of the 1994 World Cup winning team. The CBF and Dunga, 50, began talks early this week, a second source said.

"He is the front runner in the list and things are moving forward satisfactorily," a second source told Reuters.

"There were important meetings that took place in São Paulo, and Gilmar is fine-tuning details already."

A new coach to replace Luiz Felipe Scolari is expected to be named next Tuesday.

Scolari, who guided Brazil to their fifth World Cup title in 2002, resigned as coach after the 2014 tournament where the hosts entered as hot favourites but finished fourth.

They were also humiliated by eventual champions Germany 7-1 in the semi-finals and then lost the third-place playoff 3-0 to the Netherlands.

Both sources dismissed recent local media reports that Tite, who led Corinthians to the World Club Championship in 2012, and Sao Paulo manager Muricy Ramalho were front runners for the job.

Dunga's last job was as coach of Internacional, where he spent a great part of his playing career, but was sacked last October after a fourth successive loss in the Brazilian league that left them mid-table.

As coach of Brazil's national team, he led the team to 42 victories, 12 draws and six defeats. - Reuters

Anjing, burung merpati antara barangan kargo MH17

KUALA LUMPUR: Senarai kargo yang dikeluarkan oleh Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mendedahkan antara barangan yang dibawa di dalam pesawat MH17 yang dipercayai ditembak jatuh adalah anjing dan burung merpati.

Senarai itu mendedahkan bahawa terdapat dua anjing yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan sembilan burung termasuk empat burung merpati, yang dalam perjalanan ke Dhaka, Bangladesh dan Kuala Lumpur.

Turut termasuk dalam senarai kargo tersebut adalah bunga dan bahagian helikopter.

Berikut adalah senarai penuh kargo pesawat malang itu.






Sumber: ASTRO Awani 

MH17: Malaysia akan pastikan kotak hitam tidak diambil pihak lain


NAJIB: Kotak hitam itu mesti ikut pada undang-undang antarabangsa.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia sebagai pemilik kapal terbang Malaysia Airlines MH17 yang terhempas di Ukraine akan memastikan bahawa kotak hitamnya tidak dikuasai pihak yang tidak ada kena mengena dengan insiden itu.

Katanya, mengikut peraturan antarabangsa, pemilik pesawat berhak ke atas kotak hitam itu.

"Kotak hitam itu mesti ikut pada undang-undang antarabangsa dan mereka yang tidak berhak, tidak boleh menguasai dan mengambil alih kotak hitam itu," katanya kepada media selepas meluangkan masa bertemu dengan keluarga mangsa nahas pesawat MH17 di sini hari ini.

Turut bersama bertemu secara peribadi dengan keluarga tersebut ialah isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

Melahirkan rasa sedih bagi pihak kerajaan di atas tragedi itu, Perdana Menteri menyatakan komitmen kerajaan akan melakukan yang terbaik terutama untuk membawa balik mangsa-mangsa tragedi terbabit. - Bernama

Senator Belanda, anak bekas ketua IMF, terbunuh dalam MH17

Senator Willem Witteveen (gambar) dari Parti Buruh terbunuh bersama isteri dan anaknya dilapor menaiki pesawat MH17 terbabit.

KUALA LUMPUR: Seorang senator Belanda adalah antara 192 penumpang yang dikenalpasti sebagai warganegara Netherlands yang terbunuh dalam nahas pesawat penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh dekat Ukraine pada Khamis.

Senator Willem Witteveen dari Parti Buruh terbunuh bersama isteri dan anaknya, lapor akhbar NL Times di Belanda.

Kenyataan media di laman web Dewan Senat itu menyebut Witteveen jadi senator sejak 15 Januari 2013. Beliau sebelum itu pernah jadi senator selama 8 tahun antara 1999-2007.

Kenyataan itu dipaparkan selepas speaker dewan itu, Ankie Broekers-Knol dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh Menteri Dalam Negeri.

"Beliau sangat berdukacita dengan berita ini," kata kenyataan itu.

Witteveen, 62, pernah jadi profesor undang-undang di Universiti Tilburg. Bapanya merupakan Menteri Kewangan Netherlands antara 1967 hingga 1971 dan selepas itu mengetuai Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) antara 1973 hingga 1978.

Penerbangan MH17 membawa 298 penumpang dan anak kapal dengan penumpang warganegara Belanda paling ramai.

Pesawat Malaysia Airlines jenis Boeing 777, model yang sama dengan pesawat penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu, dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah Republik Rakyat Donetsk.

Pemberontak yang pro-Rusia itu bagaimanapun menafikan tuduhan yang dibuat oleh Ukraine dan sebaliknya mendakwa tentera Ukraine yang menembak jatuh pesawat berkenaan. - Astro Awani 

Ronaldo’s mum makes shocking abortion revelations



The mother of superstar Cristiano Ronaldo has made some shocking revelations about her attempts to abort him while she was pregnant.

Dolores Aveiro revealed her story in a biography entitled Mother Courage which has been released in Portugal and it included some startling claims regarding the Real Madrid star.

Aveiro admitted that she drank alcohol and ran ‘till she dropped’ in an attempt to abort him.

She said she drank warm beer and exercised to the point of exhaustion following the refusal of doctors to carry out the procedure with Ronaldo, who is the youngest of four children.

“I wanted to abort but the doctor didn’t support my decision,” she said.



She revealed that Ronaldo understood the story regarding her troubled pregnancy with her husband Dinis, who died from alcohol-related liver damage in 2005.

“He told me when he found out, ‘Look mum, you wanted to abort and now I’m the one who’s pulling the purse-strings in the house’.”

Aveiro also explained that Ronaldo had told her he was ‘going to have a child’ and wanted her to help educate and love the boy, named Cristiano Jr.

She says she picked up the child, whose mother’s identity remains unrevealed, from a Florida clinic in 2010 while Ronaldo was playing at the World Cup in South Africa.
- Eurosport 

Kerajaan Rusia sunting maklumat MH17 di Wikipedia

KUALA LUMPUR: Kerajaan Rusia dilaporkan telah menyunting maklumat di Wikipedia mengenai nahas penerbangan MH17 milik Penerbangan Malaysia (MAS) dengan menukarkan beberapa rujukan yang menunjukkan penglibatan kerajaan itu di atas insiden tersebut.

Portal The Telegraph yang berpangkalan di London menerusi penulisan Timbalan Ketua Teknologinya, Matthew Sparkes berkata, bot Twitter yang memantau suntingan pada laman web itu telah mengenal pasti alamat IP (nombor siri unik pada sesebuah komputer atau rangkaian) kerajaan Rusia yang membuat pengubahan tersebut.

MH17, Rusia, Wikipedia
Laporan asal mengenai suntingan yang dilakukan kerajaan Rusia. -foto ASTROAWANI/portal Telegraph


Suntingan tersebut telah dapat dikesan oleh @RuGovEdits, sejenis bot Twitter yang akan memuat naik sebarang perubahan atau suntingan dalam Wikipedia ke Twitter sekiranya ia dilakukan oleh komputer yang memiliki alamat IP kerajaan Rusia.


Laporan bertajuk ‘Russian government edits Wikipedia on flight MH17’ itu juga mendakwa seorang pengguna internet dari Syarikat Penyiaran Televisyen dan Radio Rusia (VGTRK) telah menukar maklumat insiden tersebut di laman web Wikipedia versi bahasa Rusia.

Pengguna tersebut menambah “Pesawat terbabit (MH17) ditembak jatuh oleh tentera Ukraine” bagi menggantikan ayat asal iaitu “Pesawat ditembak jatuh oleh pengganas Republik Rakyat Donetsk menggunakan sistem peluru berpandu Buk, yang diterima daripada Rusia.”.

MH17 membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Ukraine, berhampiran sempadan Rusia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media awal pagi Jumaat berkata, pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.

Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) pada Khamis dan dijangka tiba di KLIA pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat. - ASTRO Awani 

Jalur Gemilang at half-mast with respect to tragedy

The Jalur Gemilang flying at half-mast at the Dataran Merdeka.


Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak announced that the government has decided to declare for the country's national flag the "Jalur Gemilang" to be flown at half-mast until Monday, in a special mandate on Friday.


The flag will fly at half-mast as the country mourns for the passengers and crew on board Malaysia Airlines Flight MH17 that was suspected to have been shot down by missile strike over eastern Ukraine on Thursday.


Other countries also followed suit by having their respective flags flown at half-mast in respect of the MH17 aircraft tragedy.


A Boeing 777 belonging to Malaysia Airlines (MAS) was shot down near the Russian border, on Thursday.

The plane took off from Amsterdam at 12.15 pm local time and was expected to arrive in Kuala Lumpur International Airport (KLIA) at about 6:10 am local time. - ASTRO Awani 

MH17: Sepupu Hattan antara mangsa nahas pesawat

Sepupunya Dora Shahila Kassim merupakan anak kapal pesawat MH17. -Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Sepupu penyanyi Datuk Mohd Shukri Sahabuddin atau Hattan adalah antara mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine Khamis malam.

Beliau berkata sepupunya Dora Shahila Kassim merupakan anak kapal yang bertugas dalam pesawat itu.

Ditemui pemberita selepas majlis taklimat untuk waris mangsa di sebuah hotel di sini Jumaat, beliau berkata beliau terkejut ketika menerima berita mengenai nahas pesawat Boeing 777 itu melalui aplikasi Whatsapps daripada isterinya Arianie Mohd Abidin.

"Isteri saya ialah bekas kru kabin dan sesetengah rakannya menghantar SMS dan Whatsapp kepadanya (mengenai nahas).

"Kemudian saya mendapatkan kepastian daripada Internet dan laporan berita. Saya dan isteri amat terkejut sehingga tidak tahu nak kata apa," katanya.

Hattan berkata turut terbabit dalam nahas ialah saudara terdekatnya Sherliza Zaini, 45, yang menaiki pesawat bersama suami dan tiga orang anak mereka.

Mereka sepatutnya ke Melbourne, Australia selepas transit di Kuala Lumpur.

Pesawat MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine.

Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) pada Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang pada pukul 6.10 pagi Jumaat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada awal hari ini berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu telah ditembak. - Bernama

MH17: Wartawan Rusia letak jawatan, kecewa dengan liputan berat sebelah

Sara Firth - Foto Twitter

MOSCOW: Seorang wartawan Rusia yang ditugaskan di London mengumumkan meletak jawatan dari tugasnya atas alasan sangat kecewa dengan cara liputan yang disiarkan oleh majikannya stesen televisyen RT (Russian Today) berkaitan pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas Khamis lalu.

Sara Firth adalah wartawan kedua dari stesen televisyen berbahasa Inggeris itu yang meletakkan jawatan. Mac lalu seorang lagi wartawan meletakkan jawatan dengan alasan kecewa dengan liputan stesen itu berkenaan krisis di Ukraine.

“Saya meletakkan jawatan hari ini. Saya sangat menghormati rakan setugas saya tetapi berpegang kepada kebenaran,” kata Firth menerusi laman Twitternya @Sara_Firth.

Sementara itu stesen RT yang dibiayai kerajaan Rusia dalam reaksinya kepada AFP berkata “Firth telah meluahkan pendiriannya yang memilih kebenaran tetapi pihak kami mempunyai versi tersendiri mengenai maksud sebenar kebenaran”.

“Kami percaya kebenaran adalah dari kaca mata wartawan kami di lapangan dan bukan apa yang dilaporkan oleh akhbar di London,” kata Anna Belkina seorang jurucakap stesen itu menerusi e-mel.

Tambahnya, RT tidak terkejut dengan keputusan Firth itu kerana wartawan itu dikatakan pernah menyuarakan hasrat untuk bertukar kerja.

Perletakan jawatan Firth adalah insiden terbaru yang dihadapi oleh RT susulan banyak kritikan dan bidasan yang dilemparkan terhadap stesen itu terutamanya menerusi laman Twitter.

Firth membuat kenyataan selepas seorang blogger menuduh rakan sekerjanya, Polly Boiko mengambil rasuah untuk membantu menyebarkan penipuan Presiden Rusia Vladmir Putin mengenai perkara sebenar yang berlaku terhadap pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis.

“Apa yang yang telah saya sebarkan?” tanya Boiko dalam reaksi balasnya.

“Penipuan,” jawab Firth. “ Kami (wartawan) sememangnya bekerja untuk Putin. Kami diminta setiap hari untuk melaporkan perkara yang tidak benar.

“Kami hanya makan gaji dan kerana itu kami harus mematuhinya,” tambahnya.

Firth juga menukar nama akaun Twitternya @SaraFirth_RT bagi mengelak dari dikaitkan dengan saluran televisyen itu lagi.

Laporan terakhirnya dari London adalah Selasa lalu.

Amerika Syarikat sebelum ini berkata mereka percaya pesawat MH17 ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu oleh kumpulan pemberontak Ukraine.

Stesen RT bagaimanapun melaporkan pihak Ukraine yang harus dipersalahkan dengan mendakwa peluru berpandu telah dilancarkan oleh negara itu tanpa memaklumkan sistem terbabit juga berkemungkinan digunakan pihak kumpulan pemisah.

RT sememangnya menjadi tumpuan atas laporannya yang ternyata berat sebelah dan cenderung kepada Moscow terutamanya berkaitan krisis di Ukraine.

Mac lalu wartawannya, Liz Wahl membuat pengumuman meletak jawatan sewaktu satu siaran langsung. RT sebaliknya menuduh Wahl hanya cuba mempromosi diri. - Agensi 

Janda tak hormat Ramadan



Penjawat awam bersama pasangannya ketika diserbu.


ALOR SETAR - Seorang janda anak tiga antara dicekup berkhalwat bersama pasangannya, lelaki mualaf di sebuah hotel di Jalan Sultanah Sambungan, di sini, semalam.

Ketika diserbu, dia bersama pasangannya, duda anak tiga berusia 36 tahun memaklumkan mereka memiliki perancangan untuk mendirikan rumah tangga nanti.

Malah, pengasuh kanak-kanak berusia 33 tahun berasal dari Mergong, memberikan alasan berehat kononnya berasa sedikit letih pada bulan Ramadan ini.

Turut dicekup dalam operasi, seorang penjawat awam, 25, berasal dari Melaka dan wanita berusia 26 tahun dari Klang dalam sebuah bilik di hotel bajet sama.

Pasangan tidak memiliki hubungan sah berkenaan memaklumkan, mereka kebetulannya baru dua minit mendaftarkan diri dalam hotel berkenaan sementara menunggu waktu siang.

Pasangan kekasih terbabit memberikan alasan menziarahi seorang kenalan mereka di Changloon, sementara menunggu waktu pulang ke tempat mereka keesokan harinya.

Namun, alasan sedemikian tidak diterima penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) kerana pasangan berkenaan berada dalam bilik hotel berdua-dua tanpa ikatan muhrim.

Lebih mencurigakan, meskipun lelaki terbabit memberikan alasan hanya datang melihat keadaan pasangannya, namun ketika dicekup wanita berkenaan hanya memakai seluar dalam.

Manakala, seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) berusia 22 tahun dicekup pula bersama wanita warga Thailand di bilik hotel di Jalan Lencong Barat, di sini.

Sewaktu disoal, pelajar terbabit memaklumkan dia baru berkenalan wanita berusia 40 tahun itu di sebuah bar, sebelum keluar bersama ke hotel berkenaan.

Itulah sebahagian gelagat tiga pasangan dicekup hampir 40 penguatkuasa JAIK dalam Ops Ramadan selama lima jam di empat hotel bajet sekitar bandaraya Alor Setar, dekat sini, semalam.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-undang JAIK, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, pihaknya mendapati segelintir individu mengambil kesempatan melakukan maksiat dalam bulan puasa ini.

“Sedangkan, mereka sepatutnya menjalankan ibadat. Malangnya, ada yang mengambil jalan mudah mengikut hawa nafsu mereka tanpa menghormati kesucian bulan Ramadan,” katanya.
- Sinar Harian 

Kumpulan bersenjata halang pemerhati

Pasukan pemerhati berada di lokasi nahas MH17. - Foto ihsan Twitter Daniel Sandford
Pasukan pemerhati berada di lokasi nahas MH17. - Foto ihsan Twitter Daniel Sandford


GRABOVE - UKRAINE. Pasukan pemantau antarabangsa, Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) yang pertama tiba di lokasi MH17 terhempas dilaporkan berdepan kesukaran memulakan tugas pasca nahas ekoran larangan dari puak pemisah pro-Rusia, lapor NBC News.

Pasukan tersebut hanya dibenarkan melakukan pemeriksaan awal dan ketika mereka mahu menjalankan tugas-tugas khusus, mereka dihalau.

“Kami menjangkakan akses penuh, itu cara kerja kami. Malangnya tugas ini menjadi amat sukar.

“Apabila tiba di lokasi, kami berdepan dengan anggota bersenjata yang bertindak kurang sopan dan tidak profesional. Malah ada di antaranya kelihatan sedikit mabuk,” kata jurucakap OSCE, Michael Bociurkiw kepada pemberita.

Menurutnya lagi, pasukannya hanya dibenarkan berada di lokasi selama 75 minit sahaja. Malah katanya, mayat juga dilarang untuk disentuh.

Pramugari beri bayangan tragedi

Dora Shahila dan anak tunggalnya Nurliyana.
Dora Shahila dan anak tunggalnya Nurliyana.

PETALING JAYA - Dora Shahila Kassim, pramugari MH17 seakan memberi bayangan apa akan berlaku kepada dirinya - kapal terbang ditembak - sejak sebulan dahulu lagi.

"Ketika itu, kami sekeluarga bercuti di Bali (Indonesia). Ketika bersarapan di hotel, dia tanya saya, macam mana kalau suatu hari nanti, ketika dia bertugas, kapal terbangnya ditembak," imbas abangnya, Don Shahidan.

"Saya pun apa lagi, terus marahkan dia kerana bercakap hal bukan-bukan. Tak sangka pula rupa-rupanya apa dia kata itu jadi kenyataan," ujar Don sambil menahan sebak.

Ketika itu, mereka bersembang sambil membaca surat khabar yang menyiarkan analisis mengenai tragedi pesawat MH370.

Tidak cukup dengan itu, ketika pertemuan terakhir mereka Isnin lalu, Dora Shahila ada menyebut tugasannya ke Amsterdam adalah penerbangan terakhir baginya.

"Selepas itu, dia kata mahu cuti panjang. Dia pun dah janji dengan anak tunggalnya, Nurliyana Yazeera Yazli, 15, yang bersekolah di Kolej Tunku Kursiah, Seremban untuk jemputnya dari asrama," katanya.

Tambah memilukan, Don bercerita apa yang berlaku pagi semalam, ketika ibunya mahu jemput Nurliyana dari asrama tidak lama selepas mereka mendapat maklumat mengenai tragedi yang meragut nyawa Shahila di Ukraine.

"Liyana tak mahu ikut neneknya balik. Dia tak percaya ibunya sudah tak ada. Katanya, dia nak tunggu ibunya datang sendiri jemput dia," imbas Don sebak.

Pemergian Dora Shahila memang begitu dirasakan.

"Dia adik yang sangat baik, suka bergurau. Kalau dia ada, meriah suasana, semua orang happy," katanya lagi.

Ditanya bagaimana dia dan keluarganya mula tahu tragedi yang menimpa Dora Shahila, kata Don, mereka tahu daripada laporan media asing tetapi masih tidak begitu yakin.

"Kami hubungi telefon dia tetapi tak dapat," kata Don ketika ditemui di rumah Dora Shahila di Taman Tun Dr Ismail.

Adik bongsu mereka, Darlina Kwan yang juga pramugari MAS berkata, dia diberitahu kejadian itu oleh kawan-kawan sekerjanya.

"Mereka dapat maklumat awal, selepas itu barulah keluar berita," katanya.

Darlina akui, hubungan dengan kakaknya itu memang sangat akrab.

“Setiap kali jumpa kami selalu kongsi pengalaman,” katanya.

Bagi Darlina, Dora Shahila adalah contoh seorang pramugari yang sangat komited dengan kerjayanya.

"Kawan-kawan selalu puji komitmen dan sikap profesionalnya," katanya.

Apa yang paling menyentuh hati Darlina apabila teringat Dora Shahila yang bersungguh-sungguh memujuknya mengikuti percutian keluarga bulan lalu.

“Jadual kami selalu tidak sama, jadi dia beberapa kali cakap, ‘Jomlah ikut ke Bali ni mungkin percutian terakhir dengan keluarga,” katanya.

Menurut Darlina, walaupun berita itu amat memilukan, mereka sekeluarga reda dengan ketentuan ALLAH. - Sinar Harian 

Suara bekas 'anak kapal'

Suara bekas 'anak kapal'

SEKALI lagi, Malaysia dikejutkan dengan tragedi malang yang melibatkan pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH17, setelah ditembak dan terhempas di sempadan Rusia-Ukraine.

Belum pun misteri MH370 terungkai, peristiwa ini benar-benar memberi kesan kepada rakyat Malaysia.

Begitu juga dengan mereka yang pernah berkhidmat sebagai kru kabin. Bagi empat selebriti popular, Ziana Zain, Faezah Elai, Danny X-Factor, tragedi itu nyata beri kejutan mendalam buat mereka yang pernah bekerja di awan biru.

'Suami saya mengigil' - Ziana Zain

Pernah berkhidmat selama dua tahun sebagai pramugari, penyanyi terkenal Ziana Zain, meluahkan rasa terkejut di atas insiden MH17. Jelasnya, dia mendapat tahu mengenai perkara itu setelah mendapat mesej daripada rakan suaminya, Armin Zahari yang merupakan seorang pramugara Mas.

“Masa Armin beritahu mengenai tragedi itu, saya lihat tangan dia menggigil.

“Kemudian dia suruh saya buka siaran CNN dan saya sendiri terkejut melihat apa yang dilaporkan di televisyen,” katanya kepada media ketika ditanya mengenai insiden MH17 selepas program bersama Safi Rania Diamond di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, petang semalam.

Akui duta Safi Rania Diamond ini, suaminya tidak menyangka perkara itu berlaku kepada rakan-rakanya sendiri.

“Mereka baru sahaja berjumpa dan sehingga kini pun saya sendiri masih berhubung dengan rakan-rakan lama.

“Kami memang rajin telefon dan berhubung antara satu sama lain,” kata Ziana yang juga merupakan bekas pramugari di Mas.

Tambah pelantun lagu Madah Berhelah ini, melihat tragedi ini, dia semangnya berasa hiba dan sedih kerana insiden MH 370 masih belum terjawab.

“Memang yang berlaku sudah tertulis, jadi saya minta masyarakat jangan salahkan sesiapa.

“Tak perlu curahkan lagi minyak ke dalam api, lebih baik kita sama-sama doakan mangsa kejadian ini selamat dan tenang di sana,” katanya.

Hentikan spekulasi

Menurut Ziana, ajal dan maut tiada siapa yang tahu dan kita sendiri tidak tahu bila dipanggil ALLAH S.W.T.

“Tak perlu tambah tokok cerita mengenai kejadian ini, bukan masanya kita hendak salahkan sesiapa.

“Apa yang berlaku adalah takdir, yang penting sekarang kita bersatu,” ujarnya.

Tambahnya, bahaya ada di mana-mana bukan ketika menaiki kapal terbang sahaja.

“Bila masuk kawasan perang ni, macam-macam boleh berlaku, hentikan sahaja spekulasi.

“Saya tak nak lihat kerana kejadian ini kita sama-sama manusia bergaduh,” katanya lagi.

Danny risau keselamatan isteri

Insiden MH17 turut dirasai pelakon dan penyanyi, Danny X-Factor, 34, yang juga pernah bertugas sebagai pramugara MAS. Lebih memberi kesan apabila isterinya, Zaidatul Norfazlin Zakaria, 28, masih berkhidmat sebagai pramugari di Air Asia X.

Nyata tragedi demi tragedi yang melibatkan pesawat di negara ini, menimbulkan kerisauannya terhadap keselamatan isteri tersayang.

Danny atau nama sebenarnya, Mohd. Khardanie Anwa, memberitahu, sebaik sahaja insiden terbaru ini berlaku, dia terus menghubungi Zaidatul yang ketika itu berada di Melbourne, Australia.

"Selepas mendengar berita kapal MAS terhempas, hati saya tidak keruan dan bimbang dengan nasib isteri.

"Alhamdulillah, isteri selamat dan tiada apa-apa perkara buruk menimpanya," katanya.

Dek berita tergempar itu juga, Danny tidak dapat melelapkan matanya mengenangkan nasib yang menimpa keluarga dan mangsa yang terlibat dengan kejadian tersebut.

Tambahnya, peristiwa lepas (MH370) membuatkannya lebih peka dengan kejadian seperti itu dan berita terbaharu ini, dia sedar bahawa ajal tidak mengenal sesiapa.

"Semuanya ketentuan Ilahi. Apa yang berlaku kita jadikan iktibar dan muhasabah diri agar sentiasa ingat mati itu bila-bila masa sahaja," katanya.

Sambung Danny, masa yang sama dia juga khuatir dengan teman rapatnya yang merupakan kru kabin MAS berada dalam penerbangan sama.

"Saya cuba hubungi dia selepas pengumuman MH17 terhempas namun tidak berjawab walaupun banyak kali dan setiap kali panggilan dilakukan masuk ke dalam 'voice mail'.

"Selepas beberapa kali mencuba, akhirnya dia menghantar mesej ringkas di aplikasi Whatsapp dan menyatakan dia tidak bertugas dalam penerbangan MH17," katanya lega rakan baiknya itu tidak terlibat sama dalam nahas udara tersebut.

Pernah berdepan situasi cemas

Bercerita mengenai pengalamannya yang pernah berkhidmat selama tiga tahun dengan MAS, Danny berkata banyak pengalaman manis yang dikutip dalam tempoh tersebut.

Danny memberitahu, pendapatannya ketika itu boleh mencecah sehingga RM8,000 dan berpeluang menunaikan umrah di Makkah.

Malah dia berpeluang melancong ke serantau dunia dengan beberapa pesawat jenis Boeing 737, Airbus 200, Airbus 300, Boeing 777 dan Boeing 747.

Bagaimanapun, tugas di awan biru bukanlah semudah yang disangka atau sekadar meraih keseronokan semata-mata. Ujar Danny dia pernah melalui saat getir apabila pesawat yang dinaiki berdepan cuaca buruk dan hujan lebat. Situasi itu menyebabkan perjalanan pesawat tidak lancar dan menimbulkan rasa panik di kalangan penumpang.

"Sebagai anak kapal, saya dilatih untuk menghadapi situasi seperti ini.

"Apa saja kecemasan yang berlaku, saya perlu mengawal situasi agar tidak berlaku huru-hara dalam kapal," katanya.

Danny berkata, dia juga pernah berdepan situasi di mana pesawat tidak dapat mendarat tetapi berlegar-legar di udara buat seketika sehingga pendaratan dibenarkan. Jauh di sudut hati, dia juga khuatir dan cemas dengan apa yang bakal dihadapi. Namun tanggungjawab sebagai kabin kru membuatkan dia cekalkan hati.

"Ketika ini, penumpang tertanya-tanya dengan apa yang berlaku di luar sana. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami akan melayan persoalan mereka dengan tenang dan menyuruh penumpang untuk memakai tali pinggang keselamatan," ujarnya.

Keputusan 'berhenti' memang tepat - Faezah Elai

Bersimpati dengan mangsa dan ahli keluarga yang terlibat dalam nahas MH17, pelakon Faezah Elai, menyifatkan insiden ini sebagai satu trauma yang besar buat seluruh masyarakat Malaysia. Bagaimanapun dia tetap bersyukur rakan-rakan seangkatannya ketika bertugas dengan MAS tidak terlibat dalam kejadian itu.

Menurut Faezah, kebanyakan kru yang bertugas dalam penerbangan itu merupakan 'juniornya'. walaupun tidak mengenali secara rapat, namun dia tetap bersimpati dengan apa yang berlaku. 

Malah dia benar-benar terkejut sebaik sahaja berita nahas itu diumumkan di media massa dan elektronik.

"Dalam hati saya ketika itu, saya yakin keputusan untuk berhenti kerja dengan MAS adalah tindakan tepat.

"Mendengar berita ini sahaja, badan saya menggigil dan perasaan takut tiba-tiba datang.

"Saya sedar ajal itu di tangan ALLAH SWT dan saya bersimpati dengan apa yang berlaku," katanya.

Tidak menyalahkan mana-mana pihak, Faezah berkata pihak pengurusan MAS sangat tegas dan prihatin dalam hal berkaitan keselamatan. Tegasnya, sikap segelintir individu yang cuba menyalahkan MAS dalam hal ini adalah sesuatu perkara yang tidak wajar sama sekali.

"Mati itu pasti. Kalau sudah ditakdirkan kita tidak mungkin dapat lari daripada maut.

"Paling penting, jangan salahkan MAS dalam perkara ini sebagaimana yang berlaku ketika kejadian MH370," katanya.

Atasi situasi panik

Sementara itu, Faezah turut berkongsi pengalamannya ketika berhadapan dengan situasi mencemaskan ketika bertugas.

Katanya, dek cuaca buruk, lampu pesawat tiba-tiba terpadam dan tempat simpanan barang terbuka menyebabkan beg-beg penumpang jatuh.

"Saya tidak panik atau fikir perkara buruk menimpa kami sebaliknya dengan tenang membantu menyimpan semula barangan.

"Mungkin sudah terbiasa dengan cuaca sebegitu, saya rasakan tiada apa yang perlu ditakutkan," katanya yang bertugas selama tiga tahun dengan MAS

Dalam masa yang sama, dia juga berkesempatan 'terbang' jauh hingga ke New York. Antara pesawat yang dinaikinya dalam tempoh itu adalah Boeing 737, 777 dan 747.

Kata pelakon filem Tanda Putera itu, dia menjalani sesi 'briefing' sebelum terbang dan jika gagal menjawab soalan yang diajukan Ketua Pramugara atau juruterbang, tidak dibenarkan sertai penerbangan itu.

"Ketika bertugas, saya seolah-olah otak 'dicuci' dan sentiasa positif jika berhadapan dengan perkara sebegini.

"Perasaan takut atau gementar tidak pernah terlintas di fikiran sebaliknya mahu melakukan tugas dengan sebaik mungkin," ujarnya.

Nazim tak serik ke luar negara

Biarpun ketika ini ramai yang takut untuk ke luar negara, berbeza dengan pelakon, Nazim Othman yang tidak serik untuk ke luar negara.

Walaupun terkejut dengan apa yang berlaku, Nazim menegaskan perkara tersebut tidak menjejaskan percutiannya nanti.

Bahkan, dia sempat berseloroh bahawa mahu menempah tiket penerbangan untuk bercuti selepas raya ini.

"Bagi saya, peristiwa ini tidak mengganggu aktiviti pelancongan saya. Bahkan selepas Syawal nanti, saya ingin terbang ke luar negara untuk bercuti.

"Selepas kejadian MH370, saya tidak menyangka Malaysia akan dilanda satu lagi kejadian menyayat perasaan.

"Saya juga mohon kepada mereka yang di luar sana agar tidak mengulangi kejadian lepas. Jangan sebarkan sebarang spekulasi sebaliknya tunggu pengumuman daripada pihak berkuasa," katanya.

Dia juga berharap perkara ini tidak dijadikan sebagai bahan politik atau gurauan semata-mata.

"Hormati perasaan keluarga mangsa yang terlibat dengan kemalangan ini," katanya.

Masyarakat perlu positif

Menurut Nazim, sepanjang dia berkhidmat dengan MAS selama lima tahun sebagai pramugara, tiada peristiwa yang begitu menakutkan terjadi kepadanya.

"Pengalaman seperti cuaca buruk adalah perkara biasa yang berlaku. Setiap kru kabin pasti akan mengalaminya.

"Gegaran kuat atau 'air pocket' merupakan situasi yang sering dihadapi ketika bertugas tidak kira ke mana destinasi," katanya.

Tambahnya, sepanjang bertugas sebagai kabin kru tidak ada pula kejadian nahas udara melibatkan pesawat Malaysia.

"Jika sebelum ini kita diuji dengan kehilangan MH370, kali ini pula dengan berita MH17 terhempas di sempadan Rusia-Ukraine.

"Walaupun tidak mengalami pengalaman buruk atau detik cemas, saya berharap selepas ini tiada lagi perkara sebegini berlaku," katanya. - Sinar Harian