Friday, 18 October 2013

Mun Yee nafi bersara 2015

Leong Mun Yee
Leong Mun Yee


SHAH ALAM – Ratu terjun negara, Leong Mun Yee menafikan laporan berita yang menyebut dirinya akan bersara setahun sebelum Sukan Olimpik 2016.

Atlet itu menegaskan tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang menyebut tentang persaraannya dari arena terjun pada tahun 2015.

“Saya ditemu bual kira-kira dua minggu lalu. Saya tak pernah cakap saya akan bersara pada tahun 2015. Itu yang saya pelik,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini.

Pelajar jurusan Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ini akui terpaksa berdepan dengan pelbagai pertanyaan daripada banyak pihak selepas berita persaraan itu disiarkan.

Katanya, jika mahu bersara, dia tidak perlu menunggu tahun depan.

“Itu memang tak betul. Memang saya sasarkan untuk Sukan Olimpik akan datang ini tapi kenyataan yang keluar, saya akan bersara setahun sebelum Sukan Olimpik.

“Tak masuk akal kan? Kalau nak bersara, buat apa nak bersara setahun sebelum itu. Baik bersara sekarang,” katanya.

Ketika disentuh soal usianya yang mencecah 32 tahun pada Sukan Olimpik 2016 nanti, Mun Yee tidak menganggap usia sebagai penghalang untuk dirinya terus aktif dalam sukan terjun.

“Sebenarnya tak kira umur pun. Kalau boleh ‘perform’ lagi, apa salahnya teruskan,” katanya yang menjadikan Sukan Olimpik di Rio yang juga Olimpik kelimanya itu sebagai sasaran utama selain beberapa kejohanan lain.


Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment