Thursday, 26 June 2014

Facebook's Snapchat rival Slingshot now available worldwide



Facebook launched its not-so-subtle Snapchat competitor Slingshot last week, but only for the US audience. That period of exclusivity has turned out to be quite short-lived, however, as today the new way to socially network is available worldwide. 

So, to give it a go, all you need is an iOS or Android device, and some friends to "sling" stuff at. 

Images and videos shared through the app disappear after being viewed, just like Snapchat, but Slingshot is intended more for mass-broadcasting to groups of friends. It also demands you get involved, rather than just observe. 

If you want to see a picture sent by a friend, for example, you have to "unlock" it first by offering something in return. Slingshot is a standalone app, too, so even you Facebook-phobics can start slinging pictures of your 35 adorable felines by signing up with just a phone number.

Source: Engadget 

18 barangan harga terkawal sempena Aidilfitri

Sebanyak 18 jenis barangan dikenal pasti untuk dijadikan barangan kawalan sempena Aidilfitri, kata Datuk Seri Hasan Malek


KUALA LUMPUR: Sebanyak 18 jenis barangan dikenal pasti untuk dijadikan barangan kawalan di bawah Skim Kawalan Harga Sempena Aidilfitri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, D‎atuk Seri Hasan Malek berkata, skim ini akan mengambil tempoh selama 17 hari dan akan bermula dari 20 Julai sehingga 5 Ogos depan.

"Seperti tahun-tahun sebelum ini, menjadi kelaziman kementerian untuk menentukan harga maksimum bagi barang keperluan terpilih.

"Ia dimulakan lebih awal sebagai langkah untuk menyekat kenaikan harga semasa Ramadan dan menjelang Hari Raya Puasa," katanya.

Hasan berkata demikian semasa sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan‎ Kementerian, Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia di Sasana Kijang, ‎Bank Negara di sini.

Turut hadir timbalannya ‎Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Antara barangan harga terkawal adalah ayam hidup, daging lembu tempatan, telur ayam, cili merah, tomato dan ikan kembung.

Hasan sebelum ini berkata, ‎sebanyak 1,800 pegawai penguat kuasa dan 800 pegawai pemantau harga akan turun padang bagi memastikan kelancaran penguatkuasaannya di seluruh negara.

Astro Awani 

Cemburu tandanya sayang, maafkan Diana

Aktor berusia 33 tahun itu bagaimanapun telah memaafkan tindakan isterinya - Foto Instagram Diana Danielle

KUALA LUMPUR: “Cemburu itu tandanya sayang… Biasalah dalam diri setiap wanita pasti akan terselit sedikit rasa cemburu, itu adalah perkara normal.

“Saya harap mereka faham mengapa Diana membuat tindakan yang sebegitu.

"Saya juga berharap agar mana-mana pihak yang terasa dengan kenyataan isteri saya itu... maafkanlah dia,” begitulah luahan Farid Kamil ketika diminta mengulas mengenai isu isterinya, Diana Danielle yang dikatakan tidak berpuas hati terhadap sekeping foto aktres Nora Danish berpegangan tangan bersama Farid untuk tujuan promosi filem terbaru berjudul ‘Pengantin Malam’.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari berkata dia tidak menafikan bahawa dirinya berasa terkejut sebaik sahaja mengetahui kenyataan yang dibuat oleh isterinya menerusi laman instagram tersebut.

Namun aktor berusia 33 tahun ini bagaimanapun telah memaafkan tindakan isterinya itu.

“Masa mula-mula dapat tahu mengenai perkara ini, memang saya terkejut… Tetapi apa yang saya mahu katakan ialah saya sudah pun memaafkan tindakan isteri saya.

“Biasalah... perkara-perkara sebegini membabitkan perasaan dan hati seorang wanita… Perkara yang terjadi ini hanyalah salah faham kecil dan tidak patut diperbesarkan.

“Saya tidak marah Diana mahupun mempersoalkan tindakannya itu… Ini adalah isu biasa yang sepatutnya tidak menjadi masalah.

“Boleh dikatakan usia perkahwinan kami masih baharu dan saya anggap perkara-perkara yang terjadi ini sebagai sesuatu yang baharu dalam hidup kami,” jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran kad amal dan kad ucapan Hari Raya filem ‘Lagenda Budak Setan 3’ bertempat di Red Box Sogo, Kuala Lumpur pada petang Rabu.

Tambah Farid lagi, pihak pengurusannya telah menguruskan isu ini dengan baik malah aktor tinggi lampai ini juga mengesahkan bahawa hubungan diantara isterinya dan Nora Danish tidak mempunyai sebarang masalah.

Minggu lalu, isteri kepada pelakon Farid Kamil, Diana Danielle telah memuat naik status bernada cemburu terhadap sekeping foto pelakon Nora Danish bersama suaminya namun tindakannya itu telah memakan diri apabila mengundang pelbagai reaksi masyarakat sehingga mencetuskan kontroversi.

Status tersebut bagaimanapun telah dipadamkan oleh Diana.

Astro Gempak

Bekas pemimpin PAS antara rakyat Malaysia didakwa berjihad di Syria

Lotfi (kiri) dilihat bersama Ali Ukays (kanan). Foto dari bicaraworld.blogspot.com


KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin Dewan Ulama PAS, Ustaz Lotfi Ariffin telah dikenal pasti sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang terlibat menyertai pergerakan jihad di Syria, lapor The Starhari ini.

Menurut akhbar itu, hasil siasatannya mendapati Lotfi secara terbuka telah memuatnaik gambar-gambarnya serta klip video ke media sosial.

Selain itu, bekas pemain drum sebuah kumpulan pop 90-an, iaitu Ali Ukays turut dilihat bergambar bersama Lotfi di Syria.

Menurut The Star, bekas artis itu turut disebut di dalam blog-blog serta laman web pro-militan dan dikatakan telah dipengaruhi oleh Lotfi untuk memasuki Syria.

Klinsmann keluar 'surat cuti' untuk semua penyokong AS


Jurulatih skuad Piala Dunia AS Jurgen Klinsmann - Gambar Fail



KUALA LUMPUR: Jurgen Klinsmann, jurulatih pasukan Amerika Syarikat telah membenarkan semua penyokong untuk bercuti dan memberi semangat kepada pasukan mereka apabila menentang pasukan Jerman.

Staf dari skuad kebangsaan AS itu telah mengeluarkan 'tweet' gambar surat cuti yang telah ditandatangani Jurgen Klinsmann yang membenarkan semua pekerja di tanah air bercuti dan menonton perlawanan mereka menentang Jerman nanti.

Selepas hanya enam jam ia dipaparkan di laman sosial twitter pasukan AS, sebanyak 14,000 'retweet' mengenai surat cuti itu telah direkodkan. Boleh nampaklah penyokong AS sangat mahukan cuti ini, sama ada untuk menonton bola sepak atau sebaliknya.


"Saya memahami cuti ini akan mengurangkan produktiviti di tempat kerja anda, tetapi saya boleh memastikan ketidakhadiran ini sangat penting buat negara ini.

"Anda patut menjadi ketua yang hebat dan turut serta mengambil cuti!,"kata-kata yang terpapar di atas surat cuti itu.

Perlawanan yang penting ini memberi pasukan AS peluang untuk terus layak ke pusingan seterusnya di Piala Dunia Fifa kali ini.

AS kini berada di tangga kedua perlu menang atau seri sewaktu menenantang Jerman di Arena Pernambuco. Jika mereka kalah, AS perlu bergantung kepada keputusan perlawanan di antara Portugal dan Ghana. -- Astro Arena


(Sumber imej: Laman Twitter pasukan bola sepak AS)


Bas ekspres terbabas masuk longkang

PERAI: Sebuah bas yang membawa lapan penumpang terbabas sebelum jatuh ke dalam sebuah longkang di tepi jalan dalam satu kejadian kemalangan di Jalan Baru Prai berhampiran Taman Chai Leng, jam 5 pagi tadi.

Difahamkan bas malang terbabit dalam perjalanan dari Melaka menuju ke Kangar, Perlis .

Bas itu dikatakan sebelum itu singgah di Butterworth untuk menurunkan penumpang sebelum meneruskan perjalanan ke Perlis.

Bagaimanapun sebaik melalui jalan tersebut, pemandu bas dikatakan hilang kawalan menyebabkan bas terperosok ke dalam longkang.

Kesemua penumpang termasuk pemandu terperangkap di dalam bas sebelum mereka diselamatkan dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perai,pihaknya telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan dan tiba jam 6.04 pagi dan mendapati mangsa yang terperangkap telah dikeluarkan oleh orang awam dan anggota Jabatan Pertahanan Awam.

Dilaporkan semua penumpang iaitu 2 perempuan dan enam lelaki termasuk pemandu telah pun dibenarkan pulang.

Sumber: Astro Awani, Jun 26 2014

"Messi dari planet lain"

Messi berkongsi kedudukan penjaring terbanyak kejohanan dengan Neymar


KUALA LUMPUR: Jurulatih Nigeria Stephen Keshi melabel Lionel Messi sebagai 'bukan dari planet ini' selepas bintang itu mengetuai Argentina untuk membenam Nigeria 3-2.

Messi berkongsi kedudukan penjaring terbanyak kejohanan dengan Neymar dan dua golnya di Estadio Beira-Rio, menjadikan jumlah keseluruhannya kepada empat gol.

Marcos Rojo memastikan Argentina mara dengan maksimum sembilan mata, selepas dua gol Ahmed Musa buat Super Eagles memadamkan ledakan Messi dalam pertemuan kedua pasukan.

Penampilan Messi sekali lagi mencuri perhatian ramai dan Keshi tidak dapat menyembunyikan kekagumannya terhadap penggempur Barcelona itu.

Ketua jurulatih itu berkata, "Dia bukan dari planet ini. Messi datang dari Jupiter. Dia berbeza. Dia sangat hebat. Anda tidak dapat merampas bola daripadanya."

Di sebalik kekalahan itu, Nigeria tetap mara ke peringkat kalah mati, dan Keshi menganggap permainan anak buahnya masih boleh diperbaiki.

"Saya berpuas hati dengan apa yang saya lihat dalam separuh masa kedua.

"Kami terlalu menghormati lawan dalam separuh masa pertama, kalau kami bermain seperti separuh masa kedua, mungkin lain ceritanya.

"Kami perlu tingkatkan bahagian serangan. Kami mula mendapat rentak sebenar. Terdapat peningkatan, itu bagus." -- Astro Arena

Panda gergasi mampu kembalikan zaman kegemilangan Zoo Negara

Xing Xing


KUALA LUMPUR: Kehadiran panda gergasi di Malaysia dijangka dapat mengembalikan 'zaman kegemilangan' Zoo Negara susulan penurunan jumlah kehadiran pengunjung sejak enam tahun lepas.

Presiden Persatuan Zoologi Malaysia Datuk Zaharin Md Arif berkata orang ramai kini dilihat semakin menunjukkan minat untuk mengunjungi Zoo Negara selepas mengetahui kehadiran pasangan panda gergasi itu.

"Sejak 2008, kehadiran tahunan pengunjung tempatan mencatatkan penurunan antara 30,000 ke 40,000 setiap tahun daripada purata 740,000 pengunjung.

"Bagaimanapun, pengunjung tempatan mula kembali termasuk untuk melihat pembinaan Pusat Konservasi Panda Gergasi dan diharapkan trend ini akan terus meningkat apabila ia dibuka 28 Jun ini," katanya kepada Bernama di sini Rabu.

Beliau ditemui selepas majlis perasmian Pusat Konservasi Panda Gergasi dan Sambutan Ulang Tahun Zoo Negara ke-50 yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Zaharin berkata kedua-dua panda gergasi itu semakin 'selesa' di 'rumah baharu' mereka dan berat badan haiwan itu dilihat bertambah sejak tiba di Malaysia pada 21 Mei lalu.

Beliau turut memberitahu harga tiket untuk menyaksikan panda gergasi itu adalah RM20 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.

Pada majlis perasmian itu, Najib mengumumkan 'identiti tempatan' untuk pasangan panda itu dengan memberikan nama Xing Xing yang bermaksud makmur bagi panda jantan dan Liang Liang (cantik) kepada panda betina.

Nama-nama itu dipilih berdasarkan 'Pertandingan Menamakan Pasangan Giant Panda' anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 2012.

Sementara itu, guru, Soon Choon Yen, 54, yang mencadangkan nama Liang Liang kepada panda betina memberitahu beliau telah lama meminati rupa panda yang bulat berwarna putih dengan 'lingkaran hitam' pada mata.

"Perkataan cantik sentiasa bermain di fikiran setiap kali melihat panda. Lebih menarik, Liang Liang juga berbunyi seakan-akan 'riang' dalam Bahasa Melayu, dan saya rasa ia adalah nama yang paling sesuai untuk panda itu," katanya.

Soon, yang berasal dari Sungai Petani, Kedah menewaskan lebih 2,000 peserta lain yang diterima dalam pertandingan untuk menamakan panda gergasi itu.

Sementara itu, nama Xiang Xiang dicadangkan pelajar Chia Chee Nee, 22, dari Sandakan yang tidak dapat hadir ke majlis itu kerana sedang melanjutkan pelajaran ke United Kingdom.

Idea kreatif mereka menamakan kedua-dua panda itu membolehkan Soon dan Chia dinobatkan sebagai pemenang pertandingan sekali gus membawa pulang sebuah kereta Proton Preve setiap seorang.

Bernama 

Video jihad di Syria dipercayai libatkan rakyat Malaysia di YouTube

Video jihad di Syria dipercayai libatkan rakyat Malaysia di YouTube

KUALA LUMPUR: Video dipercayai dirakamkan rakyat Malaysia yang terlibat dalam peperangan saudara di Syria, selama seminit dan 33 saat mula tersebar di laman YouTube.

Video yang bertajuk "Siria - Mercenarios Asiáticos Combaten en las Filas Terroristas - 7" telah dimuat turun ke laman YouTube pada 7 Jun dan dirakamkan oleh seorang individu yang bercakap bahasa Melayu loghat utara.

Video itu merakamkan sebuah kereta kebal bergerak ke medan pertempuran dan sekumpulan lelaki, yang berpakaian celoreng tentera dan bersenjata, berada di dalam sebuah trak pengangkut.

"Ya kereta kebal sedang bergerak menuju ke destinasinya menuju ke medan pertempuran, Allahuakbar, Allahuakbar..Kesemuanya cinta syahid," kata jurukamera video itu.

Seorang lagi lelaki bercermin mata, yang dirakamkan dalam video itu, turut berkata: "Mujahid-mujahid hensem".

Rakaman video itu dikesan ketika Malaysia meminta pihak berkuasa Syria mengesahkan dakwaan berhubung penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan di negara Timur Tengah itu.

Dalam kenyataan semalam, Kementerian Luar berkata Malaysia menentang dan tidak merestui tindakan keganasan atau ekstremisme oleh mana-mana pihak termasuk oleh rakyatnya sendiri.

Kenyataan itu merujuk kepada dakwaan bahawa 15 rakyat Malaysia yang terbabit dalam keganasan dan aktiviti jihad dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), kumpulan yang berpecah daripada Al-Qaeda, telah terbunuh di Syria.

Dakwaan itu dilapor dibuat oleh seorang pegawai Syria yang berpusat di New York pada sidang media 18 Jun yang turut mendakwa selain rakyat Malaysia, rakyat dari negara lain termasuk beberapa negara Asean juga terlibat dalam aktiviti seumpama itu di Syria.

Bernama 

Hatrik Xherdan Shaqiri bantu Switzerland layak ke pusingan kalah mati

Hatrik penyerang Xherdan Shaqiri bantu Switzerland melangkah dengan bergaya ke pusingan seterusnya.

KUALA LUMPUR: Selepas Thomas Muller menjadi pemain pertama dalam Piala Dunia 2014 yang mencipta hatrik ketika membantu Jerman membenam Portugal pada 16 Jun lalu, giliran Xherdan Shaqiri pula melakukan perkara yang sama ketika membantu Switzerland menewaskan Honduras 3-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan E di Arena di Amazonia, Manaus.

Pemain Bayern Munich itu meledak dengan jaringan pada minit keenam, 31 serta 71 dan jaringan tersebut berjaya membantu Switzerland untuk mengikuti langkah Perancis meneruskan cabaran Eropah dalam peringkat pusingan kedua.

Switzerland yang dari awal banyak melakukan serangan-serangan berbahaya ke kubu Honduras diberi tentangan sengit dari Honduras dimana banyak cubaan balas dilakukan oleh Honduras.

Honduras hampir berjaya mendapat gol apabila Juan Carlos Garcia berjaya mengatasi pertahanan Switzerland namun ketankasan penjaga gol Switzerland, Diego Benaglio mengagalkan usaha Honduras itu.

Keputusan tersebut kekal hingga tamat perlawanan. 

Sementara itu dalam satu lagi perlawanan Kumpulan E di Estadio do Maracana, Rio de Janeiro, keputusan seri tanpa jaringan antara Ecuador dan Perancis tidak cukup untuk membantu Ecuador untuk mengikuti jejak Perancis untuk layak ke peringkat kalah mati.

Ecuador yang bermain dengan 10 orang setelah pemain tengah, Manchester United, Luis Antonio Valencia dibuang padang akibat mengasari terhadap pemain Perancis, Lucas Digne terpaksa banyak bertahan dengan asakan-asakan berbahaya dari Perancis.

Perancis yang sudah pun layak ke pusingan seterusnya melakukan banyak pertukaran keatas kesebelasan utama dalam pertemuan dengan Ecuador ini apabila Mathieu Valbuena, Patrice Evra, Olivier Giroud, Raphael Varane dan Mathieu Debuchy direhatkan dan memasukkan pemain-pemain seperti Laurent Koscielny, Bacary Sagna, Lucas Digne. Morgan Schneiderlin, Paul Pogba dan Loic Remy.

Namun, pertukaran demi pertukaran pemain yang dilakukan Perancis gagal menembusi pintu gol Ecuador yang dikawal rapi oleh Alexander Dominguez dan Ecuador pula hanya sekali sekala melakukan serangan balas melalui penyerang, Enner Valecia keatas kubu Perancis namun masih gagal mencari gol kemenangan yang dicari.

Sehingga tamat perlawanan, Ecuador dan Perancis gagal menghasilkan sebarang jaringan.

Pada peringkat pusingan kedua pada 1 dan 2 Julai nanti, Perancis selaku juara Kumpulan E akan bertemu Nigeria manakala Switzerland berdepan tugasan besar apabila dijadualkan bertemu Argentina.

Astro Awani