Monday 17 March 2014

Masih ada harapan bagi MH370: Hishammuddin

Masih ada harapan bagi MH370
Hishammuddin Tun Hussein (dua, kanan) ketika sidang media berhubung kehilangan pesawat MH370 di Hotel Sama-Sama di Sepang hari ini.- Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Hakikat bahawa tiada panggilan kecemasan, tiada pihak menuntut wang tebusan dan tiada mana-mana kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat MH370 memberi harapan bahawa pesawat itu dapat ditemui.

"Masih ada harapan bagi MH370 oleh kerana tiada panggilan distres, tiada pihak menuntut wang tebusan atau mana-mana kumpulan mendakwa bertanggungjawab," kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada
sidang media mengenai usaha mencari pesawat MH370 di sini, hari ini. 

Harapan itu juga terpancar dalam operasi di udara apabila operasi mencari dan menyelamat, membabitkan 26 negara, bermula hari ini dengan tumpuan kepada koridor selatan membabitkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Australia dan Indonesia bersetuju untuk mengetuai usaha pencarian di dua sektor koridor selatan di rantau masing-masing.

Dalam tempoh 24 jam lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berhubung dengan rakan sejawatannya dari Australia dan China. 

Dalam responsnya, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata Canberra berdiri di belakang Malaysia dalam keadaan yang amat sukar ini dan dengan senang hati memikul tanggungjawab tambahan ini.

Duta Vietnam ke Malaysia, Nguyen Hong Thao pula berkata kerajaannya komited untuk meneruskan kerjasama dengan Malaysia dalam usaha mencari pesawat berkenaan.

Pesawat MAS MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pukul 12.41 pagi pada 8 Mac. Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Pesawat itu telah menyimpang daripada laluan asalnya dan pihak berkuasa Malaysia percaya pesawat itu mungkin telah memasuki satu daripada dua koridor penerbangan iaitu koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand, atau koridor selatan yang meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Ketika insiden kehilangan pesawat itu masuk hari kesembilan, nasib penumpang pesawat Boeing 777-200ER belum diketahui dan usaha mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara belum berhasil.

Susulan insiden itu, Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan, berjanji untuk mengkaji semula sistem radar negara selepas operasi mencari pesawat berkenaan selesai.

Sementara itu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, yang melawat keluarga beberapa penumpang dan anak kapal rakyat Malaysia di Hotel Everly, Sepang dan menasihatkan mereka supaya bertenang dan bersabar. 

Bernama

Bekas peguam Anwar menyamar pegawai khas menteri?

R. Sri Sanjeevan

KAJANG - Pengerusi MyWatch, R. Sri Sanjeevan mendakwa bekas peguam kes liwat Anwar, Yuktesvaran Malaipan cuba menyamar sebagai pegawai khas kepada timbalan menteri pendidikan Malaysia untuk kepentingan peribadi.

Dakwanya, tindakan Yuktes itu agak serius apabila beliau menggunakan gelaran itu untuk kegunaan rasmi dengan kerajaan termasuk laporan polis pada Februari lalu.

"Bagaimana seorang peguam itu boleh menyalahgunakan gelaran itu sedangkan pegawai timbalan menteri terbabit mengesahkan nama Yuktes tidak tersenarai dalam senarai bayaran gaji," katanya pada sidang media di Sg Chua, di sini, hari ini.

Yuktes merupakan salah seorang peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sebelum ini pernah menawarkan diri bertanding pada PRK N25 Kajang untuk menentang bekas bosnya.

Bagaimanapun Yuktes menarik diri apabila mengetahui mahkamah rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas ketua pembangkang itu sekali gus Anwar hilang kelayakan bertanding.

Dalam pada itu, Sanjeevan turut mendedahkan Yuktes melakukan beberapa penipuan lain termasuk menggunakan alamat rumah orang lain untuk tujuan bertanding di Kajang.

"Berdasarkan carian MyWatch, pemilik rumah itu ialah seorang Cina, Encik Chin dan alamat rumahnya di Country Heights, Kajang telah disalahgunakan Yuktes tanpa pengetahuannya.

"Malah carian saya di Jabatan Pendaftaran Malaysia mengesahkan Yuktes telah mengubah alamat dalam kad pengenalannya untuk bertanding di Kajang," dakwanya.

Selain Kajang, Sanjeevan mendakwa Yuktes juga menyalahgunakan dua lagi alamat berasingan untuk kegunaan rasmi kerajaan.

Antaranya di Taman Bayu Perdana, Klang dan Bandar Bukit Beruntong, Rawang.

Sinar Harian 

Ahli perniagaan saman Zarina Anjoulie, 5 yang lain

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan memfailkan saman terhadap pelakon Zarina Anjoulie, kerajaan dan empat lagi atas dakwaan berlaku kecuaian serta penipuan membabitkan sebuah kereta mewah milik arwah bapanya.

Kevin Shah Kadar Shah, 33, memfailkan saman itu menerusi Tetuan Jeev Anand & Partners di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 13 November tahun lepas.

Beliau turut menamakan pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor, Kementerian Pengangkutan Malaysia, kerani penghantar surat Salleh Idris dan Public Islamic Bank Berhad sebagai defendan.

Pada prosiding hari ini, Hakim Hue Siew Kheng yang mendengar kes itu dalam kamar, menetapkan 7 April depan untuk mendengar permohonan plaintif bagi meminda penyataan tuntutan dan permohonan Salleh bagi membatalkan saman terhadapnya.

Peguam J.Jev Anand mewakili Kevin Shah, peguam YK Leong mewakili Salleh manakala Peguam Persekutuan Nur Aqilah Ishak bagi pihak kerajaan, JPJ Negeri Selangor dan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Penyataan tuntutan Kevin Shah mendakwa arwah bapanya, Kadar Shah Sulaiman membeli sebuah kereta terpakai jenis BMW dengan nombor pendaftaran WTN 8850 yang didaftarkan atas nama bapanya pada 17 Mei 2010 dan menandatangani perjanjian sewa beli dengan Public Islamic Bank pada 11 Mei, tahun sama.

Beliau mendakwa bapanya meminjamkan kereta itu kepada Zarina, yang merupakan rakan Kadar Shah, sekitar Jun 2010 untuk kegunaan harian dan kereta itu masih dalam milikan pelakon berkenaan sehingga bapanya meninggal dunia pada 19 November 2011.

Kevin Shah mendakwa selepas kematian bapanya, Zarina tidak pernah memulangkan kereta itu dan sebelum beliau sempat menghubunginya untuk berbincang, pihak bank menarik kereta berkenaan selepas ansuran bulanan gagal dilunas mengikut perjanjian.

Ahli perniagaan itu mendakwa Public Islamic Bank memulangkan kereta berkenaan kepadanya pada 21 Febuari tahun lepas setelah beliau melunaskan segala tunggakan ansuran bulanan.

Bagaimanapun, Kevin Shah berkata beliau terkejut apabila mendapati kereta itu didaftarkan dengan nombor pendaftaran BLP 8858 sedangkan bapanya tidak pernah membuat sebarang permohonan kepada JPJ untuk mendaftarkan kenderaan miliknya dengan nombor BLP 8858.

Kevin Shah juga mendakwa Kementerian Pengangkutan, melalui surat bertarikh 18 Mac 2013, memaklumkan bahawa nombor WTN 8850 telahpun didaftarkan ke atas kenderaan lain, iaitu sebuah motosikal atas nama bapanya, manakala nombor BLP 8858 didaftarkan bagi kereta BMW itu.

Beliau berkata JPJ, melalui surat bertarikh 3 Jun 2013, menyatakan pertukaran nombor pendaftaran antara kereta dan motosikal itu dibuat pada 14 Febuari 2012 namun perkara berkenaan adalah mustahil kerana bapanya telah meninggal dunia sebelum tarikh pertukaran.

Oleh itu, Kevin Shah mendakwa sebarang permohonan yang diterima JPJ tidak pernah ditandatangani bapanya dan mendakwa jabatan berkenaan gagal mengesan tandatangan yang terkandung dalam permohonan untuk pertukaran nombor WTN 8850 dari kereta kepada motosikal dan juga pertukaran nombor BLP 8858 dari motosikal kepada kereta.

Beliau juga mendakwa Zarina, Salleh dan Public Islamic Bank berkomplot melakukan penipuan ke atas bapanya bagi penukaran nombor kereta dan motosikal itu bagi tujuan melenyapkan kereta berkenaan daripada milikan Kadar Shah.

Kevin Shah menuntut ganti rugi am, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, selain memohon deklarasi bahawa pertukaran nombor pendaftaran kereta dan motosikal itu adalah tidak sah dan terbatal. - Bernama

"All right, good night" diucap Fariq, kata Jauhari


KUALA LUMPUR: Komunikasi terakhir "All right, good night" daripada pesawat MH370 yang hilang dan masih belum ditemui sejak 8 Mac lalu dibuat oleh Pembantu juruterbang pesawat tersebut, Fariq Ab Hamid, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya.

Ahmad Jauhari berkata komunikasi terakhir Fariq itu diucapkan kepada menara kawalan dan ianya dibuat kira-kira jam 1.19 pagi Sabtu.

"Siasatan awal mengesahkan suara berkenaan adalah suara Fariq. Ucapan tersebut direkodkan pada pukul 1.19 pagi," katanya ketika sidang media di Hotel Sama-Sama di sini, hari ini.

Ahmad Jauhari juga menolak kemungkinan bahawa komunikasi terakhir daripada pesawat MH370 itu merupakan suara individu lain.

Dalam sidang media itu, Ahmad Jauhari juga menjelaskan, pihak penyiasatan tidak mempunyai sebarang bukti bahawa wujudnya panggilan telefon atau sistem pesanan ringkas daripada pesawat sebaik sahaja Boeing 777-200ER terputus hubungan dengan menara kawalan.

Astro Awani 

FMFA: Maut selepas 10 minit ambil dadah

PDRM

KUALA LUMPUR - Siasatan awal polis mendapati enam pengunjung konsert mati dalam tempoh 10 minit selepas mengambil dadah ecstacy jenis baharu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dadah jenis baharu itu didapati baru berada dalam pasaran negara ini dan kemungkinan sedang diuji sindiket dadah.

Katanya siasatan polis juga mendapati mereka berkongsi dadah itu yang dijual kepada pengunjung konsert Festival Future Music Asia 2014 (FMFA) di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini dengan harga tertentu.

"Hasil siasatan dan saringan awal daripada ujian hospital, kesemua mereka positif dadah jenis methampetamine dan ampetamine,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Awal pagi Sabtu lepas, enam orang termasuk tiga wanita, meninggal dunia akibat pengambilan dadah selepas mengalami sesak nafas ketika menonton konsert berkenaan manakala 15 individu lagi dirawat di hospital. Ekoran insiden itu, konsert itu yang sepatutnya berlangsung tiga hari dibatalkan pada hari terakhir semalam. 

Mereka dirawat di Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala seorang dibenarkan keluar dari PPUM semalam.

Noor Rashid berkata sebelum insiden itu, polis telah menahan 40 orang iaitu sembilan orang, masing-masing memiliki ecstacy dan ganja manakala 22 orang disyaki mengambil dadah yang jenisnya belum dikenal pasti.

"Mereka yang ditahan kerana memiliki ecstacy iaitu empat warga asing dan lima warga tempatan, memiliki ganja dua warga asing dan tujuh warga tempatan manakala 22 orang lagi iaitu enam warga tempatan dan 16 warga asing antaranya dari Zimbabwe, Australia, Indonesia dan India," katanya.

Beliau berkata berdasarkan kajian oleh Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) mendapati dadah baharu terhasil setiap dua minggu. - Bernama

MH370: Tengku Adnan bidas Anwar

adnan

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini membidas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan sebagai seorang yang hanya mempunyai kepentingan politik semata-mata.

Katanya, Anwar telah mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak mengadakan soal-jawab media pada sidang akhbar MH370 di Putrajaya semalam.

Sedangkan tujuan Najib berbuat demikian adalah bagi mengelak berlakunya kekeliruan, kata Tengku Adnan. 

Beliau yang juga Setiausaha Agung Umno berkata tindakan Anwar yang suka memperbesarkan perkara kecil adalah untuk kepentingan politik semata-mata.

"Anwar ni apa kita buat semua salah. Pasti Perdana Menteri tak jawab soalan (media) kerana tidak mahu mengelirukan keadaan.

"Dia (Anwar) tak faham...dia akan timbulkan setiap perkara kecil untuk kepentingan politik dia. Ini masalahnya", kata Tengku Adnan kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Hala Tuju Melayu anjuran Umno Bahagian Bandar Tun Razak di sini.

Sebuah laman portal memetik Anwar sebagai mengkritik Najib kerana tidak mahu mengambil sebarang soalan dari media pada sidang akhbar tersebut. - Bernama

'Raja Bomoh' kata Anwar kacang lupakan kulit

Bomoh

SHAH ALAM - Rupa-rupanya tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaitkan nama 'Raja Bomoh' dalam satu ceramah politiknya di Kajang mengundang perasaan marah individu berkenaan. 

Datuk Ibrahim Mat Zin yang dipetik sebuah blog berkata, tindakan Anwar mahu meraih populariti dengan menggunakan namanya sewaktu berkempen sebagai tidak wajar.

Malah Ibrahim turut mendakwa, Anwar sebagai "kacang yang lupakan kulit" kerana melupakan budi yang pernah diberikannya sebelum ini. 

“Saya tidak pernah kenal dia, tapi dia pernah makan budi saya. Masa dia jadi Menteri Pertanian dia datag ke Sungai Manik, Perak. Masa itu dia datang saya sponsor (taja) dia makan. Tapi manusia lupa kulit, tak tahu nak cakap la (jenis) lupa orang. Kita tak lupa dia (tapi) dia lupa kita” katanya.

Beliau turut menjelaskan akan memfailkan saman malu terhadap Ahli parlimen Permatang Pauh itu kerana menggunakan nama dan popularitinya di dalam kempen dan ceramah pilihan raya.

“Anwar Ibrahim kalau dia lantang (bangkitkan lagi isu) saya akan sama malu, kerana dia menjual nama saya ketika (ceramah) pilihan raya kerana dia tidak ada modal.

“Dia cakap dalam Parlimen baru-baru ini, siasat siapa Ibrahim Mat Zin. Jadi dia nak siasat saya, siasat diri sendiri dulu, jangan tuduh orang bukan-bukan," bidasnya. 

Katanya lagi kepada blog berkenaan, Anwar sepatutnya menjaga aib dan masalah sendiri, sebelum sibuk dengan isu orang lain

“Saya akan saman Anwar sebanyak RM300 juta, kalau dia main-mainkan saya. Biadap.. Kamu hakim agama ke? ” tegasnya lagi.

Ketua Umum PKR itu sebelum ini menggesa agar siasatan segera dijalankan terhadap bomoh yang melakukan upacara itu di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kononnya untuk membantu menjejak kehilangan pesawat MH370.

“Saya nak tahu siapa yang suruh, siapa yang membayar mereka, siapa yang membenarkan? Apakah ini bomoh ’1Malaysia’?

“Mana pergi Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)? Mana pergi menteri yang membiarkan perkara itu berlaku?

“Bila bomoh buat sebegitu, panggil pula media antarabangsa (buat liputan), tak malukah kita? Ini (perbuatan) syirik,” katanya.

Sinar Harian 

Anwar: Tak sangka mereka serius tuduh saya

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADLI ZAKI


KAJANG - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan kehilangan MH370 impak daripada kesedihan juruterbangnya, Kapten Zaharie Ahmad Shah susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan beliau bersalah dan dipenjara lima tahun.

Anwar meminta dirinya tidak dikaitkan dengan insiden yang memilukan hati seluruh dunia.

"Pesawat hilang sebab juruterbang kecewa saya dipenjara, ingatkan main-main rupanya mereka serius tuduh saya.

"Agensi-agensi media asing seluruh dunia mempersoalkan juruterbang sangat sedih dan bertindak melarikan pesawat sebab Anwar kena hukum penjara lima tahun," katanya dalam ceramah di Sungai Chua, semalam.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, situasi tersebut bukan sahaja juruterbang (Kapten Zaharie) sedih malah jutaan rakyat Malaysia turut berkongsi rasa sama.

"Tapi bukan luah rasa sedih dengan bertindak mencuri kapal terbang. Pemandu teksi pun sedih juga tapi tak pula pergi langgar orang.

"PRK ini antara Azizah dan Mei Fun, bukan soal peribadi dan kita bukan serang polisi," katanya.

Sebelum ini sebuah akhbar tabloid antarabangsa, Daily Mail melaporkan, kemungkinan teori pesawat tersebut dirampas sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Anwar bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Akhbar Britian itu mendedahkan, beberapa jam sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) ke Beijing, Kapten Zaharie turut hadir ke mahkamah pada 7 Mac untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Semalam, pimpinan PKR mengakui Kapten Zaharie Ahmad Shah hanya ahli PKR namun menolak spekulasi yang beliau terlibat dalam konspirasi rampasan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Naib Presiden PKR, Tian Chua menegaskan, kehilangan pesawat ini tidak ada kena mengena dengan PKR dan tuduhan ini tidak relevan.

Sinar Harian 

Monolog Jual Ubat: Khalid Salleh ubati jiwa penonton


khalid salleh monolog jual ubat

Monolog Jual Ubat membuktikan sosok bernama Khalid Salleh bukan calang-calang seniman. Biar banyak ubat yang mujarobat, namun ubat yang dijual Khalid Salleh atau mesra disapa Wak Khalid bukan sebarang ubat.

Cukup dengan sebotol air mineral, sebuah beg dan batu diatas botol serta kain hitam yang dibentang, Monolog Jual Ubat mampu memberi kesan yang besar kepada penonton.

Khalid dengan pengalaman hidupnya mengajar kita untuk lebih mengenali siapa kita, mengajar kita untuk lebih dekat dengan pemilik segala rahsia langit dan bumi. Dua jam setengah, Khalid mencetuskan keinginan untuk berfikir tentang hakikat kejadian manusia, tentang alam dan tentang yang maha mengetahui.

Khalid Salleh dan monolog jual ubat

Lihat saja bagaimana Khalid sinis terhadap kisah Israk dan Mikraj. Betapa ramai yang masih tidak memahami perjalanan kerohanian sebaliknya lebih percaya dan masih terperangkap dengan gambaran buraq yang dijaja saudagar Yaman.

Khalid mempunyai banyak naskah yang hebat namun Jual Ubat antara yang istimewa bagi beliau sendiri dan mereka yang pernah menontonnya sebelum ini.

Sebelum singgah ke Istana Budaya, Khalid dan Monolog Jual Ubat pernah pusing ke seluruh negara dan berpetualang di beberapa tempat di Indonesia.

Bermula 11 Mac lalu hingga ke malam ini, kerjasama antara Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Persatuan Penulis Nasional (Pena) dan Istana Budaya memberi peluang kepada mereka yang sebelum ini terlepas peluang menerima 'rawatan jiwa' dari Khalid untuk 'diubati' oleh seniman yang sering dianggap sukar difahami. 

Khalid tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang teater tetapi kreativitinya lahir dari pengalaman bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat.

Khalid Salleh Monolog Jual Ubat

Pengalaman menjual ubat di kaki lima Jalan Masjid India dan Benteng, Kuala Lumpur banyak membantu Khalid memahami gelagat manusia. Kerana itu karya beliau sebenarnya sangat dekat dekat masyarakat terutamanya orang Melayu dan ada ketikanya sangat sinis terhadap bangsanya.

Khalid merupakan Penerima Anugerah Seni Negara 2006 dan merupakan pelakon lelaki Malaysia yang kedua memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik, selepas Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee.

Khairy nafi ada kaitan dengan penganjur Future Music Festival Asia


KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini menafikan dakwaan beliau mempunyai kaitan dengan penganjur Future Music Festival Asia (FMFA).

Khairy berkata dakwaan yang mengaitkan beliau dengan penganjur FMFA yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu langsung tidak benar.

Namun Khiary mengakui penganjur FMFA mengunjungi beliau untuk memaklumkan tentang konsert tersebut dan meminta untuk menyewa perkarangan Stadium Bukit Jalil.

"Penganjur FMFA pernah datang pejabat saya untuk memaklumkan kepada saya tentang konsert FMFA. Mereka minta untuk menyewa perkarangan Stadium Bukit Jalil.

"Saya kata jika mereka mendapat semua kelulusan permit yang diperlukan, mereka boleh mohon kepada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM)," katanya dalam satu kenyataan media.

Katanya, apabila PSM menyewa premis kepada mana-mana penganjur, aspek keselamatan adalah tanggungjawab penganjur.

Khairy berkata beliau akan berbincang dengan kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Wilayah Persekutuan serta KDN untuk mengetatkan lagi peraturan-peraturan serta kriteria penganjuran dan pemberian permit untuk konsert-konsert pada masa depan.

"Kami akan mengkaji setiap aspek penganjuran agar konsert dalam negara pada masa depan bebas daripada gejala penyalahgunaan dadah dan maksiat.

"Kita tidak boleh membiarkan kejadian ini berlalu begitu sahaja dengan potensi untuk berulang," katanya.

Selain itu, Ahli Parlimen Rembau itu juga menggesa agar pihak polis dapat mengesan dan menangkap pihak yang menjual dadah ini khususnya di konsert FMFA.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO itu juga menjelaskan beliau telah berbincang bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk bersama menangani gejala ini.

"Kementerian Belia dan Sukan akan bekerjasama dengan agensi-agensi di bawah KDN seperti Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK), Polis DiRaja Malaysia dan juga NGO-NGO lain untuk mengadakan kempen kesedaran kepada warga belia tentang betapa bahayanya dadah sebegini," katanya lagi.

Khairy juga berkata beliau dan seluruh rakyat Malaysia amat sedih ekoran kes-kes kematian yang berlaku di konsert FMFA.

Astro Awani 

Penumpang luar negara zahirkan harapan kepada krew kabin


KUALA LUMPUR:  Di antara ribuan doa keselamatan serta nasib penumpang dan krew penerbangan MH370, ada penumpang dari luar negara yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang turut menzahirkan harapan mereka.

Astro AWANI menerima gambar berupa kad ucapan disampaikan oleh penumpang dari Australia, yang tiba ke ibu negara, hari ini.


crew appreciaties 1
 
Pasangan ibu dan anak, Sue dan Rachel yang menaiki penerbangan MAS dari Australia menyampaikan kad ucapan mengandungi pesanan amat menyentuh hati kepada krew kabin pesawat.

crew appreciaties 2


Mereka menyatakan rasa simpati kepada anak-anak kapal, atas apa yang berlaku ke atas petugas pesawat MH370 yang masih hilang.

Pada masa sama, Sue dan Rachel juga berbangga kerana terbang bersama MAS dan pasangan itu mahu semua anak-anak kapal dan juruterbang MAS tahu bahawa petugas MAS sentiasa dalam ingatan mereka.


crew appreciaties 3


Astro AWANI turut difahamkan krew kabin yang bertugas dalam penerbangan terbabit berkongsi isi kandungan kad itu dengan semua penumpang melalui sistem pengumuman pesawat sejurus selepas ketibaan di mana keadaan ketika itu suasana terus menjadi hiba.

Astro Awani 

Spekulasi MH370 di media sosial sukar dihalang - Rahman Dahlan

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan. Gambar fail Astro AWANI.


SUBANG JAYA: Spekulasi mengenai MH370 yang disebar di media sosial tidak mudah dihalang, meskipun kerajaan telah melarang maklumat sedemikian dikongsikan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata maklumat itu kadang-kala datang dari luar negara dan kemudiannya disebarkan oleh pengguna media sosial tempatan.

Bagaimanapun pesan beliau, apa yang penting ialah majoriti rakyat Malaysia terus meluahkan perasaan dan kesedihan mereka melalui pelbagai cara.

“Yang RT tu jenuh kita pesan, tetapi dalam dunia zaman sekarang ini, kita tidak dapat membendung segala-galanya. Kita anggap itu sebahagian daripada kebodohan manusia," katanya kepada pemberita ketika menghadiri program ‘Sama-sama MH370’ di Subang Jaya pada Ahad.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen BN-Kota Belud sebelum itu telah membacakan puisi yang bertajuk MH370 yang diiringi kumpulan indie tempatan, Pesawat.

Katanya puisi itu telah menyentuh hati beliau sendiri ketika membacanya kerana ia berjaya menonjolkan luahan isi hati penulis mengenai insiden pesawat MH370 itu.

Sejak pesawat MH370 milik Malaysia Airlines dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu, pelbagai teori dan spekulasi liar ditimbulkan oleh pelbagai pihak sama ada dari dalam mahupun luar negara.

Pelbagai andaian dibuat sama ada daripada mereka yang berlatar-belakangkan bidang penerbangan dan keselamatan, malah tidak kurang juga daripada mereka yang hanya duduk di depan komputer tetapi turut sama mahu menjadi ‘pakar’.

Di laman sosial contohnya, pelbagai spekulasi dan khabar angin dengan mudah bertebaran apabila tanpa sebarang rasa bersalah.

Masing-masing berlumba untuk menjadi yang pertama menekan butang 'share' tanpa mempedulikan kesahihan khabar yang dihantar.

Astro Awani 

Australia tidak ada maklumat tentang MH370


SYDNEY: Perdana Menteri Australia Tony Abbott memaklumkan beliau tidak ada maklumat tentang kemungkinan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 terbang dekat dengan negara benua itu.

Beliau yang ditanya apakah pihak berkuasa ada mengesan pesawat itu dekat dengan Australia memandangkan pesisir pantai baratnya bersempadan dengan Lautan Hindi, Abbott berkata: "Saya tidak ada maklumat seperti itu."

"Tetapi semua agensi yang boleh membantu sedang menyemak data mereka untuk melihat apakah ada apa-apa maklumat yang boleh membantu (kita) memahami misteri ini," katanya seperti dipetik oleh AFP.

Siasatan setakat ini mendedahkan pesawat MH370 itu telah dengan sengaja dilencongkan daripada laluan asalnya dan terbang beberapa jam selepas lencongan itu, sama ada menuju ke utara di sekitar rantau Asia Tengah atau ke selatan sampai ke Lautan Hindi.

Sebelum ini, pegawai penerbangan di Pakistan dan India juga menafikan pesawat MH370 ada memasuki ruang udara dua negara itu dan jika ada sekalipun, ia sudah pasti dapat dikesan oleh radar tentera.

Australia mengerahkan dua pesawat peninjau Orion untuk membantu usaha mengesan pesawat jenis Boeing 777-200 itu yang sedang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing semasa ia hilang.

Menurut Abbott, sebuah daripada pesawat itu kini sudah dikerahkan pula ke Lautan Hindi.

"Saya akan menghubungi Malaysia hari ini untuk melihat kemungkinan bantuan tambahan yang boleh Australia tawarkan," katanya.

Enam warga Australia adalah antara 239 orang yang menaiki pesawat penerbangan MH370 dan ahli keluarga serta waris mereka masih berharap mereka masih hidup.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku tetapi ia mungkin dirampas dan itu memberikan saya harapan," kata David Lawton kepada Australian Broadcasting Corporation pada Isnin.

Adiknya, Bob "Pada zaman ini dengan teknologi yang ada, kita rasa mereka boleh mencarinya tetapi tidak. Saya tidak salahkan sesiapa. Saya hanya mahu tahu nasib mereka," tambahnya.

Astro Awani 

Vietnam tamatkan operasi


KUALA LUMPUR: Vietnam menamatkan operasi mencari pesawat MH370 di Laut China Selatan yang digerakkan sejak hari pertama kehilangannya Sabtu lepas namun mengakui bersedia pada bila-bila masa untuk membantu dalam operasi mencari jika diminta Malaysia.

Penamatan operasi itu seiring dengan pengumuman perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa siasatan terkini berhubung kehilangan MH370 mendapati peralatan komunikasi di dalam pesawat itu dimatikan secara sengaja.

Vietnam turut mengakui bahawa operasi mencari pesawat Malaysia itu adalah yang terbesar pernah dijalankan selama ini.

Astro Awani 

Shalwati & Azizul: Keputusan pada 28 Mac


KUALA LUMPUR: Ketua Hakim, Mattias Moller pada Jumaat lepas menetapkan bagi Shalwati Nor Shal dan Azizul Raheem Awaluddin terus ditahan sehingga keputusan dibaca pada 28 Mac nanti. Walaupun begitu, beberapa sekatan sepanjang penahan itu ditarik balik oleh Ketua Hakim.

Pasangan Malaysia yang ditahan sejak Disember tahun lepas atas dakwaan memukul keempat-empat anak mereka di Sweden, kini dibenarkan lawatan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan di pusat tahanan reman.

Di hari terakhir perbicaraan itu, pendakwaraya, Anna Arnell menyatakan kesangsian penuhnya terhadap kredibiliti Shalwati dan Azizul dalam menjaga anak-anak dan kenyataan Azizul yang tidak konsisten.

Arnell menyeru supaya mahkamah menjatuhkan hukuman yang lebih berat kepada pasangan ini iaitu hukuman penjara selama dua tahun setengah kepada Shalwati dan dua tahun bagi Azizul. Pihak pendakwaraya juga menggesa supaya kedua-duanya diusir keluar Sweden.

Hari ke-11 dan hari terakhir perbicaraan di mahkamah Daerah Solna juga menyaksikan hujah penutupan kedua-dua peguam pertahanan dan pendakwa.

Peguam Shalwati, Kristofer Stahre dan peguam Azizul, Jonas Tamm dalam hujah penutup mereka, menekankan keraguan yang munasabah yang telah dibangkitkan sepanjang perbicaraan.

Antara lain ialah ketidakselarasan dalam kenyataan saksi, tempoh masa yang kurang jelas serta kekurangan bukti sokongan yang ketara.

Menurut seorang ahli keluarga yang menghadiri pendengaran itu, kedua-dua Shalwati dan Azizul tampak tenang sepanjang perbicaraan dan gembira kerana mereka kini boleh berjumpa keluarga dan rakan-rakan mereka selepas begitu lama.

Sweden telah mengharamkan hukuman dera ke atas kanak-kanak sejak tahun 1979, bermakna Azizul dan Shalwati boleh menghadapi sehingga enam tahun penjara dan denda, jika didapati bersalah melanggar integriti anak-anak mereka.

Sejak ditahan pada tahun lepas, Azizul dan Shalwati belum bertemu dengan kempat-empat anak-anak mereka.

Azizul Awaluddin Raheem, seorang pegawai Tourism Malaysia dan Shalwati, seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji telah ditahan sejak Disember tahun lalu kerana dipercayai mendera keempat-empat anak mereka yang kini berada dalam jagaan ibu saudara di Kelantan.

Kesemua mereka dibawa pulang dari Sweden oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin, pada awal bulan ini.

Anak sulung pasangan tersebut, Aishah, 14, dan Ammar kini bersekolah di SMK Padang Kala sementara Adam, 11 dan Arif pula menuntut di SK Padang Kala, Kota Bharu.

Astro Awani 

Missing MH370: British tabloid Daily Mail uploads footage of pilots, supposedly going through security checks before flight

A screengrab of the footage taken from the Daily Mail video.


PETALING JAYA: CCTV footage, supposedly of the pilot and co-pilot going through security checks at the KL International Airport (KLIA) prior to boarding the Malaysia Airlines MH370 flight, has found its way onto the Internet.

British tabloid Daily Mail uploaded a CCTV recording of Captain Zaharie Ahmad Shah and first officer Fariq Abdul Hamid on their website, which showed the two being frisked as they passed a security checkpoint at the boarding gate in KLIA before the flight from Kuala Lumpur to Beijing on March 8.

The Daily Mail also speculated that the words spoken in the last communication from the plane was suspicious.

The tabloid said the usual sign-off would have been 'Roger and out', and not 'All right. Good night.'

It also said whoever was talking did not mention a problem with the flight.

This, coupled with the fact the plane's communication equipment was disabled before the exchange took place "suggested an attempt to mislead ground control", and added to "suspicions that someone who knew the controls was involved in the disappearance".

Acting Transport Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein told the media Sunday that the plane's Aircraft Communications and Reporting System (Acars) was turned off before the last spoken communication with the plane.

However, it was still not known whose voice it was over the radio.

Hishammuddin also said that the investigation was now focussing on the pilots because of this revelation.

Source: The Star Online

14 people hospitalised for drug abuse at concert

Crowd at Future Music Festival Asia, Bukit Jalil, March 14, 2014


KUALA LUMPUR: A total of 14 people are undergoing treatment for drug abuse while attending the three-day 2014 Future Music Festival Asia (FMFA) at the National Stadium in Bukit Jalil.

At the event early Saturday, six locals comprising three men and three women died of what was believed to be drug overdose after complaining of breathing difficulties.

Of the 14 who are undergoing treatment, three were warded at the Kuala Lumpur Hospital, one at Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre and 10 at the Universiti Malaya Medical Centre (PPUM).

Cheras police chief Mohan Singh Tara Singh described their condition as stable.

He said 29 people of various nationalities were also detained on suspicion of drug-related activities at the concert which began on Thursday.

"Of those detained, 13 are locals. All the suspects have been remanded until Tuesday to facilitate investigations," he said, Sunday.

The deceased have been identified as Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Victor Wong E. Hern, 26, Sabreena Kamaruddin, 21, M. Suresh, 28, Syazana Sohaime, 23, and Nor Faizza Mohd Wazir, 27.

Bernama

India tangguh usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370


KUALA LUMPUR: India menangguhkan usaha mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.

Kementerian Pertahanan bagaimanapun berkata, aset operasinya tetap diletakkan dalam keadaan bersiap sedia.

Kementerian Pertahanan India dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu diambil selepas pihak berkuasa Malaysia memberi petunjuk bahawa berdasarkan siasatan operasi mencari sudah memasuki fasa baru.

India serentak dengan itu akan merangka rancangan dan strategi baru bagi membantu usaha pencarian dengan menggunakan masing-masing enam pesawat dan enam kapal selain helikopter untuk mencari pesawat MH370 di sekitar Laut Andaman dan Teluk Benggala.

Menurut Kementerian Pertahanan lagi, setakat ini tiada pengesanan dilapor oleh unit yang dikerah untuk mencari di pelbagai kawasan yang ditentukan.

Pakar Kawalan Trafik Udara India sebelum ini menolak kemungkinan pesawat Boeing 777-200 milik MAS itu memasuki ruang udaranya kerana adalah mustahil bagi pesawat berkenaan melintasi negara benua kecil itu tanpa dikesan radar awam dan tentera.

Astro Awani 

MH370 : Fasa baru yang lebih rumit

SEPANG: Operasi mencari dan menyelamat, SAR pesawat Malaysia Airlines MH370 memasuki fasa baru yang lebih rumit, membabitkan pelbagai negara dan merangkumi kawasan yang luas.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussien pada sidang media Ahad berkata, SAR juga lebih mencabar kerana ia turut meliputi kawasan darat dan laut dalam membabitkan 25 negara, berbanding hanya 14 negara sebelum ini.

Serentak itu, cabaran besar menanti negara, adalah untuk menyelaraskan usaha berkenaan.

Di sidang media sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid sekali lagi menegaskan empat kemungkinan utama aspek keselamatan yang ditumpukan, dalam merungkai kehilangan MH370.

Beliau turut diminta memberi penjelasan mengenai maklum balas pihak berkuasa beberapa negara lain dalam mengenal pasti rekod jenayah semua penumpang MH370 di mana menurutnya, sehingga kini hanya China dan India sudah memberikan maklum balas mereka.

Hishammuddin berkata, kementerian luar sudah memberikan taklimat kepada 22 kedutaan asing dalam usaha mencari MH370.

Ia membabitkan negara yang terletak di koridor utara dan selatan, serta negara lain yang menawarkan bantuan.

Astro Awani