Sunday, 19 March 2017

Smartwatch Montblanc Summit dilancarkan - harga $890-$1,020

Penjualan jam tangan pintar menyebabkan jualan jam tangan mewah analog berkurangan dua tahun yang lalu. Jam tangan pintar dengan kemampuan kustomasi membolehkan ia menggunakan muka-muka jam mewah digunakan dengan mudah sehingga menjadi kes mahkamah. 

Montblanc tidak mahu kehilangan pelanggan dan melancarkan jam tangan pintar mewah mereka Montblanc Summit.

Seperti jam tangan TAG Heuer yang turut dilancarkan minggu lalu. Summit menggunakan sistem operasi Android Wear 2.0. Ia dilengkapi skrin 1.39″ AMOLED, RAM sebesar 512 MB, storan 4 Gigabyte, bateri 300 mAh dan kalis air IP68. 

Tiada maklumat mengenai pemproses yang digunakan. Tubuh jam diperbuat daripada titanium dan kaca nilam digunakan pada muka jam. Summit tidak dilengkapi sistem GPS, pengimbas nadi dan NFC. Harga jualan Montblanc Summit ialah di antara $890- $1020 (~RM3949- RM4526) seutas.

- Sumber: Amanz 

Kia Grand Carnival to launched in first quarter 2017


It’s been nearly three months since full specifications and pricing for the Kia Grand Carnival have been released, and yet the big eight-seater MPV still hasn’t gone on sale. That’s set to change fairly soon as Naza Kia has confirmed that the car will finally be launched in the first quarter of this year – with that timeframe nearly coming to a close, the event will have to occur within the next month.

The company claims that the introduction of the Grand Carnival will spearhead its sales direction for this year, after a difficult 2016. “For 2017, we have forecasted our sales volume to increase by 25% and the all-new Grand Carnival will play a pivotal role in achieving this target,” said Naza automotive group chief operating officer Datuk Samson Anand George.

The local range will consist of two diesel-powered variants, with on-the-road (inclusive of insurance) pricing estimated to be RM153,888 for the base model and RM181,888 for the top spec, per the preliminary price list provided by a dealer. A five-year, unlimited-mileage warranty will be included, along with Naza Kia’s new Value 5 scheme that guarantees the car’s future value after five years.

Standard kit includes projector halogen headlights with LED daytime running lights, front and rear fog lights, LED tail lights and 18-inch alloy wheels. Inside, there are manual fabric seats with powered lumbar adjustment, manual sliding doors, a Supervision instrument cluster with a 3.5-inch monochrome OLED multi-info display, a 4.3-inch touchscreen infotainment system, a reverse camera and six speakers.


Punting for the GS model nets you gloss black and chrome front grille inserts, keyless entry, push-button start, power-sliding doors, leather upholstery, triple-zone automatic climate control and a powered tailgate.

Safety-wise, both models come standard with six airbags, ABS with EBD and brake assist, stability control, hill-start assist, front and rear parking sensors and ISOFIX child seat anchors on the second and third row. Our cars will have three-point seat belts for all passengers, rather than the lap belts for the centre seats as shown in these pictures.

Power comes from a 2.2 litre CRDi four-cylinder turbodiesel, pushing out 193 PS at 3,800 rpm and 440 Nm of torque from 1,750 to 2,750 rpm. All that is sent to the front wheels via a six-speed automatic transmission.

- Source: paultan.org

Cincin (ehem..sebenarnya bearing) tersekat di kemaluan

Mohd Asrul menunjukkan cincin (bearing) yang dipotong dari kemaluan mangsa. - Foto ihsan bomba

GEORGETOWN - Seorang lelaki menempuh detik cemas apabila kemaluannya tersekat dengan bearing yang dipakainya sejak 12 jam lalu.

Pegawai Bomba Balai Bomba Jalan Perak, Mohd Asrul Naim Abidin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Hospital Pulau Pinang (HPP) berhubung kejadian itu kira-kira jam 10.50 pagi tadi.

Menurutnya, sepasukan bomba tiba di HPP lima minit kemudian dan mendapati mangsa berusia 20 an itu dalam keadaan separa sedar.


Bomba mengambil masa 10 minit untuk memotong cincin (bearing) dari kemaluan mangsa. - Foto ihsan bomba

"Selepas menerima panggilan khidmat khas iaitu memotong cincin (bearing) di kemaluan, kami bergegas di HPP. Difahamkan, sebelum bomba dihubungi, ada jabatan lain yang cuba memotong cincin (bearing) pada kemaluan mangsa namun gagal.

"Bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memotong cincin (bearing) itu dan ia berjaya dibuka dari kemaluan mangsa. Kita menggunakan alat khas yang dicipta sendiri oleh Balai Bomba Jalan Perak untuk memotong cincin (bearing) itu," katanya ketika ditemui di pekarangan HPP hari ini.

Menurutnya, mangsa menggunakan cincin berkenaan yang merupakan bearing yang biasanya dipasang di kolam renang.

- Sumber: Sinar Harian | 19 Mac 2017

Bekas tahanan penjara Sungai Buloh saman kerajaan

Peguam, N Surendran dan bekas tahanan penjara V. Shashitheran memfailkan saman kecuaian berhubung insiden dipukul oleh banduan lain ketika dalam tahanan dua tahun lalu.

KUALA LUMPUR- Seorang bekas tahanan penjara Sungai Buloh memfailkan saman kecuaian terhadap lima pegawai penjara Sungai Buloh, Pengarah Penjara Sungai Buloh, Komisioner Jeneral Penjara, Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia berhubung insiden dipukul oleh banduan lain ketika dalam tahanan dua tahun lalu.

V. Shashitheran, 36, memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melalui firma guaman Tetuan Daim & Gamany.

Bekas pemandu peribadi itu menamakan lima pegawai penjara iaitu Ketua Inspektor Zahit Zulkifli; Sarjan Johari Ismail; Koperal Mokhtar Hamat; Koperal Narul Zaman Md Sidek dan Wan Azman Abdul Rahim masing-masing sebagai defendan pertama hingga kelima.

Sementara itu Pengarah Penjara Sungai Buloh, Komisioner Jeneral Penjara, KDN dan Kerajaan Malaysia dinamakan sebagai defendan keenam hingga kelapan.

Melalui pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa dia telah ditahan di Blok Damai Penjara Sungai Buloh selama lima hari bermula 23 November 2015 sebelum dipindahkan ke Blok Cekal penjara yang sama pada 28 November 2015.

Menurutnya, dia telah ditempatkan bersama lebih kurang 100 tahanan lain dalam sel tersebut.

Shashitaran mendakwa dia telah dipukul dengan teruk oleh lima banduan pada 1 Disember 2015 selepas menegur mereka mencuri makanan milik banduan lain.

Dakwa Shashitharan, ketika dipukul dia telah menjerit berkali-kali meminta tolong daripada plaintif pertama hingga kelima namun tidak diendahkan, sebelum dipijak di belakang tengkuk oleh salah seorang banduan berkenaan sehingga tidak sedarkan diri.

Tambahnya, dia hanya sedar selepas beberapa minit kemudian namun tidak mampu bercakap dan dalam keadaan sangat lemah sebelum seorang banduan lain memaklumkan kepada defendan pertama.

Shashitharan kemudian dibawa ke klinik penjara menggunakan troli makanan selepas didapati dalam keadaan teruk sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh.

Menurutnya dia ditahan selama dua minggu di wad ICU dan seminggu di wad biasa serta menjalani pembedahan pada 21 Disember 2015 sebelum dibenarkan pulang pada 8 Januari 2016.

Sementara itu plaintif mendakwa, akibat insiden tersebut, dia telah mengalami kesakitan, kecederaan dan ketidak upayaan sehingga perlu memakai 'neck brace' bagi menyokong leher selain kehilangan sensasi pada kulit serta tidak mampu mengawal pembuangan air besar atau kecil.

Plaintif mendakwa kesemua defendan cuai kerana menempatkannya dalam sel yang sesak sehingga menyebabkan berlaku pergaduhan dan keganasan serta gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikannya selama sembilan hari dalam tahanan penjara.

Sehubungan itu dia menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, serta deklarasi tindakan menempatkan 100 banduan dalam satu sel adalah bercanggah dengan Akta Penjara 2000 atau artikel 5 dan artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.

- Sumber: Sinar Harian | 17 Mac 2017