Monday, 1 September 2014

Ngeri: Tiga mati ditikam di sekolah

SHIYAN - CHINA. Tiga pelajar dibunuh manakala enam yang lain cedera dalam satu serangan bersenjatakan pisau di provinsi Hubei, China, lapor media tempatan.

Kejadian itu berlaku di sekolah rendah Dongfang di bandar Shiyan, awal Isnin.

Menurut polis, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an menikam lapan pelajar dan orang dewasa sebelum membunuh diri dengan terjun bangunan, lapor agensi berita, Xinhua.

Polis tempatan pula dilaporkan berkata kejadian itu sedang disiasat.

Sementara menurut BBC yang memetik laporan stesen penyiaran berita China, CCTV berkata, lelaki itu dipercayai merupakan bapa kepada salah seorang pelajar di situ.

“Dia menyerang selepas sekolah itu menolak untuk membenarkan anak perempuannya mendaftar untuk semester baru pada Isnin kerana anaknya tidak menyelesaikan kerja rumah semasa cuti musim panas,” lapor CCTV yang memetik laman rasmi polis tempatan.

25 tahun Aznil Nawawi...

Aznil Nawawi

NAMA Datuk Aznil Nawawi dalam arena pengacaraan sememangnya tidak perlu disangkal lagi. 

Kemampuannya dalam bergaul dengan lapisan masyarakat menyebabkan dia disenangi dan disayangi terutamanya oleh kanak-kanak yang mesra memanggilnya dengan nama Pak Nil.

Lebih istimewa lagi di dalam bidang pengacaraan, berilah apa sahaja program kepadanya, semuanya berjaya dikemudikan lelaki yang kini menginjak ke usia 52 tahun ini dengan begitu baik.

Biarpun kini sudah banyak pengacara baru yang mewarnai program TV di Malaysia, namun kehadiran Aznil masih mendapat tempat di hati dan program yang dikendalinya kini, Apa Kata Malaysia di Astro turut mendapat sambutan penonton.

Ujar Aznil, setelah 25 tahun berkecimpung di dalam bidang seni, banyak kenangan pahit manis dan jatuh bangun yang sudah dilaluinya.

“Berlakon sudah, menyanyi sudah, mengacara pun sudah. Dari segi kerjaya memang saya dah capai apa yang saya inginkan.

“Bila saya dah buat ketiga-tiga kerja seni itu, saya sedar, kecintaan utama saya adalah pada bidang pengacaraan.

“Kalau berlakon, saya lebih suka tengok skrip dan jadual. Jika saya rasa ada kelapangan, saya akan terima, sebab saya tidak suka duduk di lokasi penggambaran terlalu lama,” ujarnya kepada Zass, baru-baru ini.

Kini sudah 25 tahun berkecimpung dalam industri seni, akui Aznil, masih ada kepuasan yang belum dicapainya.

“Ia bukan setakat kepuasan, tetapi cita-cita saya yang masih belum tercapai, yang ingin saya gapai,” katanya.

Melunas impian

“Salah satu cita-cita saya adalah untuk membuat kebajikan dan kerja amal kepada masyarakat. Saya juga suka buat secara diam-diam dan berkumpulan, dengan Astro umpamanya.

“Malah kalau saya boleh guna nama saya untuk mendapat bantuan yang lebih besar, saya nak ‘ketuk pintu’ syarikat-syarikat korporat gergasi untuk mereka gunakan saya dan kita sama-sama buat kerja amal.

“Kerja amal yang saya fikirkan bukan setakat membantu memberi makan, atau sambutan hari raya tetapi tubuhkan satu yayasan atau bangunan untuk anak yatim seumpamanya,” jelasnya kepada Zass baru-baru ini.

Selain itu ujar Aznil, dia juga kini di dalam proses mendekati pelajar di sekolah-sekolah dan penuntut-penuntut universiti.

“Antara lain impian saya adalah untuk melahirkan anak-anak yang pandai memberi pendapat kerana kalau kita lihat anak-anak sekarang, mereka sangat pasif dan tidak mahu mereka membuka fikiran.

“Bahkan ada sesetengah kanak-kanak sekarang sering diperkecil oleh ibu bapa mereka menyebabkan mereka tidak berani bersuara untuk memberi pendapat.

“Jadi saya bekerjasama dan pergi ke sekolah, universiti untuk berjumpa mereka, mengajar mereka untuk bercakap, memberi pendapat, bertanya soalan.

“Saya mahu mereka menjadi pewaris kepada Negara yang pandai bersuara. Bukan pandai meniru hasil kerja orang lain, meluahkan pendapat di jalanan. Itu adalah antara fokus saya sekarang,” katanya yang sudah bermula secara berperingkat.

Bantu lahirkan pelapis

Selain itu ujar Aznil, dia kini juga dalam perancangan untuk melahirkan lebih ramai pengacara muda melalui program On-Air.

“Alhamdulillah bekas-bekas peserta On-Air musim pertama ramai yang kini mendapat kerja sebagai pengacara seperti Hefny dan peserta On-Air musim kedua saya ketengahkan dalam Hlive.

“Fokus seterusnya saya dalam On-Air musim ketiga untuk melahirkan pengulas dan pengacara sukan yang baik. Ia adalah program berterusan Astro saban tahun selepas ini,” katanya.

Berkongsi perkembangan terbarunya, Aznil berkata, dia baru selesai menjalani rakaman program masakan, ‘Menantu vs Mertua’.

“Ia merupakan program yang menarik kerana menantu dan mertua akan memasak. Kemudian si suami akan merasa masakan si isteri dan ibunya serta menilai mana yang sedap. Nampak tak adil, tapi sebenarnya ia mengeratkan hubungan kekeluargaan.

“Bahkan lepas selesai menjalani program tersebut, ia memberi idea untuk saya mengendalikan sebuah program bual bicara berasaskan masakan,” katanya yang kini dalam perancangan untuk menerbitkan sebuah program realiti pencarian.

Senangi KRU

Dalam pada itu, Aznil berkata, filem terbaru yang meminjamkan suaranya, Ribbit bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Katanya selaku penggiat seni, dia amat berbangga dengan kejayaan KRU yang sentiasa bergerak selangkah ke hadapan dalam penghasilan filem-filem di Malaysia.

“Saya bukan nak ampu tapi itulah hakikat iaitu penghasilan filem di bawah KRU Studios sentiasa setapak maju ke hadapan.

“Biarpun ada orang menyamakan hasil kerja mereka dengan hasil produk luar, namun mereka kena pandang dari sudut positif, tidak ramai anak seni tempatan yang berani mengambil risiko.

“Selain itu, Ribbit bukan filem animasi biasa kerana ia diterbitkan dalam versi 3-D dan turut menggunakan suara pelakon luar Negara dan ia adalah produk anak tempatan,” katanya.

Berkongsi pengalaman terlibat dalam proses alih suara, Aznil dalam nada bergurau berkata, dia lebih menyukai watak utama yang menggunakan suara Johan Raja Lawak.

“Saya pelik kenapa KRU tidak pilih saya untuk watak utama (ketawa). Tetapi watak saya sebagai burung enggang bernama Mak Rompi juga menarik kerana dia burung, jadi pergerakan mulutnya tidak banyak.

“Dari segi skrip, saya ada juga ubah ikut kesesuaian tetapi dengan persetujuan Mamat Khalid selaku pengarah,” katanya

‘Ribbit’ sebuah filem animasi 3D yang mengisahkan seekor katak yang mengalami krisis identiti telah memenangi anugerah ‘Filem Keluarga Terbaik’ semasa tayangan perdana dunia di Niagara Integrated Film Festival (NIFF) 2014 yang berlangsung di
Canada pada 21 Jun lalu.

Filem diarahkan oleh Chuck Powers menggunakan suara-suara artis terkenal Hollywood seperti Sean Astin, Tim Curry, Russell Peters dan ramai lagi.

Istimewa untuk penonton Malaysia, filem ini turut diadaptasikan ke dalam Bahasa Malaysia di bawah arahan Mamat Khalid dan menampilkan suara-suara artis tempatan seperti Johan Raja Lawak, Elfira Loy, Awie, Datuk Aznil Nawawi, Izzue Islam, AR
Badul, Sharifah Sakinah dan ramai lagi.

Sudah mendapat tempahan daripada 80 buah Negara luar, filem ini akan mula ditayangkan pada 4 September.

-- Sumber: Sinar Harian 

Isu PPS: Guan Eng cabar KPN berdebat

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng mencabar Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk berdebat secara terbuka berhubung isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang.

Beliau berkata, langkah itu perlu untuk menentukan kebenaran dalam kes penahanan ahli PPS.

"Jika tindakan Khalid mengeluarkan arahan untuk menahan 156 ahli PPS termasuk Phee Boon adalah betul, saya cabar beliau untuk berdebat mengenai kesahihan PPS dari segi perundangan " katanya kepada media di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini, hari ini.

Menurutnya, walaupun tidak ada kekuatan seperti KPN, mereka tidak akan tunduk atas dasar kebenaran.

"Kalau beliau (Khalid) rasa beliau benar, saya cabar KPN untuk adakan satu debat terbuka mengenai PPS.

"Beranikah anda sebagai KPN untuk mengadakan perdebatan mengenai ucapan yang sungguh tidak bertanggungjawab menggunakan kuasa untuk menangkap (ahli exco) Phee Boon Poh dan juga mengambil keterangan ketua menteri," katanya.

Semalam, polis menahan 156 ahli PPS termasuk pengerusinya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh.

Polis turut mengambil keterangan Guan Eng dan Adun Seri Delima, RSN Rayer. -- petikan dari Sinar Harian 

Marina Putrajaya destinasi pelancongan menarik

Marina Putrajaya destinasi pelancongan menarik

PUTRAJAYA - Marina Putrajaya di Presint 5 akan menjadi satu lagi lokasi menarik untuk dikunjungi, khususnya bagi peminat sukan dan rekreasi, kata Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat.

Beliau berkata Marina Putrajaya, yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Maritim, menyediakan pelbagai kemudahan bertaraf lima bintang dan boleh menjadi destinasi popular untuk beriadah.

"Kita harus menjadikan Putrajaya ini sebagai destinasi menarik untuk dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara," katanya semasa merasmikan Marina Putrajaya dan sambutan ulang tahun ke-11 Cruise Tasik Putrajaya hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Marina Putrajaya Sdn Bhd Zaharah Selamat berkata sebagai pemangkin kepada kecemerlangan sukan air, ia menjalin kerjasama dengan beberapa persatuan sukan air untuk mengadakan aktiviti di kawasan berkenaan.

"Kita juga mengalu-alukan lebih banyak persatuan sertai kita demi memeriahkan lagi sukan air di negara ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zaharah juga berkata Marina Putrajaya menyediakan pelbagai kemudahan sukan dan rekreasi seperti kanu, kayak, perahu naga, perahu panjang, jet ski dan 'fly board'.

"Kita juga menyediakan kolam mandi berbumbung, mandian stim dan sauna, karaoke, snuker dan pool, gelanggang skuasy, dewan bankuet dan bilik mesyuarat selain lokasi untuk aktiviti pembinaan pasukan dan majlis perkahwinan berkonsepkan dalam taman," katanya.

Selain itu, beliau berkata 'Musical Water Fountain' yang mula beroperasi sejak Jun lepas dan 'Mini Wild Wet Park' yang dijangka dibuka hujung tahun ini, merupakan antara tarikan pengunjung ke sini. 

--Sumber: Bernama

Dua anggota polis Indonesia ditahan di Kuching akibat dadah

Dua anggota polis Indonesia ditahan di Kuching kerana dadah lapor Kompas

KUALA LUMPUR: Dua anggota polis Indonesia dilaporkan ditahan di Kuching Jumaat lepas atas kesalahan terlibat sindiket dadah, lapor Kompas.com

Ketua Polis Daerah Kalimatan Barat, Brigadir Jenderal Arief Sulistyanto dilaporkan sebagai berkata, kejadian tersebut telah merosakkan apa yang telah dilakukan Kepolisian Daerah Kalimantan Barat selama ini.

Arief dipetik oleh Kompas.com sebagai berkata pihaknya mengetahui tentang penangkapan tersebut ketika beliau dalam perjalanan ke Singkawang dari Mempawah, Jumaat lepas.

Dua anggota tersebut, AKBP Idha Endri Prastiono dan Brigadir Kepala MH Harahap dilaporkan ditahan disebuah hotel di Kuching.

Arief telah melaporkan perkara berkenaan kepada pihak atasannya dan satu pasukan dari Kepolisian Kalimatan Barat telah dihantar ke Kuching pada Sabtu.

Sementara, Ketua Bahagian Penerangan Umum Polri, Agus Rianto berkata pihaknya mengambil berat terhadap kes tersebut dan masih menunggu laporan lengkap dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

Agus berkata pihaknya akan menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak PDRM dan akan memberi kerjasama sepenuhnya.

--Sumber: Astro Awani

Dua jenazah juruterbang MH17 antara sembilan yang tiba di Malaysia pada Selasa

Sembilan jenazah mangsa tragedi MH17 akan tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA pada Selasa, untuk istiadat penghormatan.

SEPANG: Jenazah dua juruterbang pesawat MH17 iaitu Kapten Wan Amran Wan Hussin dan Kapten Eugene Choo Jin Leong antara sembilan jenazah yang akan tiba di Malaysia esok.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, selain itu dua jenazah warga Belanda iaitu Paul Goes serta Fan Shun Po adalah penumpang dan bendera Belanda diletak masing-masing di atas keranda serta bekas abu mereka.

Katanya, daripada tujuh warganegara Malaysia, dua beragama Islam manakala lima lagi bukan Islam, melibatkan tiga penumpang dan empat anak kapal.

Kesemua jenazah - lima keranda dan empat bekas abu - dibawa melalui pesawat komersial dari Amsterdam dan dijadual tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA esok bagi istiadat penghormatan jenazah tragedi pesawat MH17 pada 8.30 pagi, katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, menteri-menteri kabinet, dan waris keluarga mangsa tragedi akan menghadiri istiadat itu dan hadirin akan bertafakur selama seminit, katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Hishammuddin berkata lima jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan dan tempat persemadian menggunakan kenderaan jenazah manakala empat jenazah lagi akan diterbangkan menggunakan dua buah helikopter EC725.

Dua jenazah akan diterbangkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang manakala masing-masing satu jenazah ke Bukit Mertajam dan Teluk Intan, katanya.

Beliau berkata bagi penerbangan ke Bukit Mertajam, jenazah terlebih dahulu dibawa ke Taman Skyline, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dengan kenderaan jenazah sebelum diterbangkan ke Bukit Mertajam.

"Setakat ini kita telah berjaya membawa pulang 24 jenazah rakyat Malaysia dari Belanda. Jumlah 24 jenazah ini melibatkan 12 orang beragama Islam dan 12 bukan Islam," katanya, sambil menambah ia melibatkan 14 penumpang dan 10 anak kapal serta kru teknikal.

Dengan tujuh lagi jenazah dijangka dibawa pulang esok, maka 31 jenazah rakyat Malaysia yang telah dikenal pasti sebelum ini dapat dibawa pulang dari Belanda.


Senarai 9 jenazah mangsa tragedi MH17 yang akan tiba pada Selasa - Gambar Rahimah Abdullah


Senarai 9 jenazah mangsa tragedi MH17 yang akan tiba pada Selasa - Gambar Rahimah Abdullah

Di bawah merupakan nama sembilan jenazah mangsa tragedi MH17 yang akan tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA pada Selasa, untuk istiadat penghormatan.

Warga Malaysia:
1) Kapt Wan Amran Wan Hussin (L)
2) Kapt Eugene Choo Jin Leong (L)
3) Kaelamayajay Goes (P)
4) Subashni Jretnam (P)
5) Sanjid Singh Sandhu (L)
6) Muhd Firdaus Abdul Rahim (L)
7) Loh Yan Hwa (P)

Warga Belanda:
1) Paul Goes (L)
2) Fan Shun Po (L)

-- Sumber: Astro Awani

PAFA nafi penyokong Perak terlibat rusuhan

PERSATUAN Bola Sepak Perak (Pafa) hari ini menafikan dakwaan yang mengatakan penyokong Perak terlibat dalam rusuhan pada perlawanan Piala Malaysia antara Sarawak dan Perak, di Stadium Negeri, Kuching Sabtu lepas. 

Pengurusnya, Datuk Azhar Ahmad berkata, ia merupakan tuduhan yang tidak berasas memandangkan sebelum ini Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) telah mengeluarkan kenyataan mengatakan pihak mereka tidak menjual sebarang tiket kepada penyokong Perak.

"Kita sudah tahu sebelum ini, FAS dalam kenyataan yang dikeluarkan di dalam Borneo Post berkata kedatangan pasukan Perak adalah tanggungjawab mereka (FAS).

"Tiada satu tiket pun dijual kepada penyokong Perak berikutan bimbang terhadap keselamatan mereka (penyokong Perak)," katanya dalam sidang media di Ipoh, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan sebuah stesen televisyen swasta yang mendakwa penyokong Perak turut serta dalam kekecohan itu.

Azhar berkata, pada hari insiden itu, walaupun keadaan di dalam stadium dapat dikawal dengan baik oleh anggota polis namun provokasi tetap juga berlaku.

"Kami terpaksa berkurung di dalam bilik persalinan selama tiga jam dari 11 malam kerana keadaan ketika itu sangat membimbangkan," katanya.

Azhar berkata, Setiausaha Kehormat Pafa diminta menghantar laporan yang tepat mengenai insiden itu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.

"Kami hanya menerangkan apa yang berlaku sahaja, terpulang kepada pihak FAM untuk menentukan apa-apa yang perlu diperbetulkan," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas berhubung video pergaduhan yang tersebar di laman sosial Facebook pada perlawanan Perak menentang Sarawak di Stadium Indera Mulia, Ipoh pada 22 Ogos lepas, beliau berkata video tersebut tidak jelas dan tiada bukti menunjukkan penyokong Perak terlibat.

"Jika kes ini benar-benar berlaku, mengapa tiada sesiapa yang tampil membuat laporan polis," katanya.

Insiden itu tercetus selepas perlawanan berkesudahan seri 1-1, mengakibatkan skuad Ngap Sayot tersingkir dalam kempen Piala Malaysia, menyaksikan penyokong bertindak agresif dengan masuk ke dalam kawasan padang sebelum memusnahkan papan iklan di situ.

Lebih memburukkan keadaan, di luar stadium, sekumpulan penyokong fanatik itu bertindak membaling sekurang-kurangnya empat suar ke arah deretan kenderaan polis, termasuk melempar mercun.

-- Sumber:  Bernama

Ahli PPS yang ditahan terima RM200 sehari

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

GEORGETOWN - Seramai 156 ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang termasuk pengerusinya, Phee Boon Poh akan menerima bantuan RM200 sehari sepanjang tempoh mereka ditahan polis.

Selain itu, kerajaan negeri akan bertanggungjawab atas apa-apa kerugian munasabah yang dialami ahli PPS dan Boon Poh dalam tempoh berkenaan.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kesemuanya juga akan menerima bantuan guaman yang disediakan kerajaan negeri.

"Semua peguam yang dilantik akan membuktikan kesahihan PPS. Perkara ini dibincangkan dalam mesyuarat exco tergempar semalam yang disokong oleh 30 Adun dari PR," katanya pada sidang media di pejabatnya hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri turut memutuskan untuk merehatkan ahli PPS dari semua aktiviti sehingga mendapat keputusan mahkamah mengenai kesahihan pertubuhan itu.

"Masyarakat setempat diharap boleh menggantikan peranan PPS selama ini dengan membantu polis menjalankan kepolisan masyarakat untuk mencegah jenayah," katanya.

-- Sumber: Sinar Harian 

Ozlyn: Kami bukan menunjuk-nunjuk

Ozlyn: Kami bukan menunjuk

MINGGU lalu pelakon Ozlynn dikritik hebat apabila memuat naik gambar suaminya Johan (Raja Lawak) bersama anak-anak mereka sedang mengerjakan solat, menerusi laman sosial Instagram miliknya bersama Johan.

Gambar tersebut telah disalah erti segelintir pihak yang mengatakan mereka hendak menunjuk-nunjuk, sehingga menimbulkan perbalahan di antara peminat dan 'haters' mereka.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Ozlynn berkata, dia tidak ambil pusing terhadap sebarang kritikan negatif.

"Apa sahaja komen baik positif atau negatif daripada pengikut Intagram, kami mengambil pendekatan untuk tidak melayaninya kerana ia hanya akan mencetuskan kontroversi.

"Pada kami, sekurang-kurang kami berjaya tunjukkan contoh yang baik pada pengikut-pengikut dan tidak salah berkongsi benda yang baik," katanya yang ditemui ketika majlis sidang media Tribute P. Ramlee, di Menara KL baru-baru ini.

Ozlynn yang kini hamil tujuh bulan mengakui pada awalnya, laman Instagram milik mereka itu 'diprivasikan', namun apabila ramai peminat ingin mengikuti perkembangan, mereka membuka sekatan itu.

“Bila Instagram tu tak lagi 'private', kami perlu bersedia berhadapan dengan apa sahaja kritikan apabila kongsi aktiviti atau perkara peribadi yang kami muat naik," katanya meminta agar hak peribadinya lebih dihormatinya.

--Sumber: Sinar Harian 

Tekup mulut anak sampai mati

Lokasi mayat kanak-kanak itu ditanam selepas dibunuh.
Lokasi mayat kanak-kanak itu ditanam selepas dibunuh.

BUKIT KATIL - Sepasang kekasih sanggup menanam anak mereka di belakang rumah apabila kanak-kanak berusia dua tahun itu tidak lagi bernafas selepas ditekup mulutnya, di sebuah rumah teres di Taman Bayan, di sini.

Perbuatan kejam yang dirahsiakan selama enam bulan itu bagaimanapun terbongkar selepas pasangan terbabit ditahan sepasukan polis berkaitan dadah dalam serbuan di sebuah rumah kira-kira jam 2 pagi di Sungai Mati, Muar, Johor, semalam.

Menurut sumber, rangka kanak-kanak lelaki yang dibalut dengan kain batik ditemui ditanam di dalam tanah yang sudah hitam seperti terbakar di dalam lubang sedalam kira-kira 0.3 meter di belakang rumah teres dua tingkat itu.

“Siasatan awal mendapati suspek lelaki itu, terbabit dalam kes curi kenderaan milik bapa saudaranya, seorang pesara tentera berusia 50-an, yang turut memberi keterangan memaklumkan cucu saudaranya itu dipercayai dibunuh suspek.

“Bapa saudara suspek memberikan maklumat itu selepas ibu kanak-kanak berkenaan yang pada awalnya mengaku anaknya dijaga ibu saudara, membongkar tindakan kejam kekasihnya dengan menceritakan kejadian sebenar selepas didesak,” katanya.

Menurutnya, suspek mendakwa mangsa ditanam di belakang rumah Februari lalu selepas tinggal bersama di rumah yang disewa sejak awal 2014.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Abu Bakar berkata, suspek berusia 25 tahun dan pasangannya berusia 24 tahun itu dibawa ke lokasi untuk membantu siasatan.

“Rangka mangsa ditemui di dalam tanah yang ditanam berhadapan pintu belakang rumah itu selepas ia digali semula sepasukan anggota jam 7 pagi, semalam.

“Rangka itu ditemui berbalut dengan kain batik dan siasatan awal suspek lelaki itu mengaku membunuh anaknya dengan menekup mulut mangsa sehingga lemas,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, punca dan motif kejadian masih disiasat namun kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Sabtu depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, jiran mangsa dikenali sebagai Liza, 30-an, berkata pasangan itu yang menyewa kira-kira sebulan di situ mengaku sudah berkahwin dan kali terakhir dilihat tinggal di rumah terbabit antara Februari sehingga Mac lalu.

-- Sumber: Sinar Harian 

Apple’s new spaceship HQ doesn’t look like a Spaceship yet



Apple’s new spaceship-style campus is one of the last things on the company’s mind right now, with the iPhone launch looming just over the horizon. However, that hasn’t stopped some curious folks from peeking around over at the construction site.

YouTuber jmcminn has captured video on a GoPro Hero 3+ using a Phantom 2 drone, and the end result shows us the foundation of this building for the first time. Earlier shots of the construction site were pretty much just pictures of crop circles in the dirt.

This video not only takes a look at the circular building structure, but shows just how big the campus is in relation to the neighboring buildings.

Apple has been planning this new campus for a long time, with the city of Cupertino giving the company permission to get started back in 2012.

Of course, compared to the mockups we saw back in November, the video can be a bit of a let down. But it’s Labor Day weekend, which gives you a bit more time to use your imagination.


More story at TechCrunch

Janda dicekup berkhalwat

Pasangan kekasih yang ditemui berkelakuan tidak sopan di atas motosikal.
Pasangan kekasih yang ditemui berkelakuan tidak sopan di atas motosikal.

SUNGAI PETANI – Semak dan menjijikkan. Itulah keadaan rumah tumpangan tidak bertanda yang dijadikan lokasi melampiaskan nafsu di Bandar Puteri Jaya, dekat sini, yang menjadi tumpuan golongan tidak bermoral sempena ambang kemerdekaan semalam.

Keadaan semak-samun dalam rumah terbabit cukup menggerunkan malah tingkap di ruang tamu serta bahagian kiri dan bilik tidur yang pecah hanya ditampal menggunakan kertas putih sahaja.

Hasil maklumat penduduk tempatan, rumah yang sering dijadikan lokasi persinggahan pasangan bercinta tidak kira tua atau muda, musim cuti atau hari biasa, malah saling bertukar pengunjung selang beberapa jam sahaja.

Serbuan yang dijalankan anggota penguat kuasa dari enam agensi terlibat lebih kurang jam 4 pagi mendapati, sepasang kekasih berusia lewat 40-an keluar daripada satu dari empat bilik setelah kira-kira 20 minit rumah itu dikepung.

Janda berusia 48 tahun itu mengakui datang dari Kampung Pokok Tai, Pendang, dan bekerja sebagai tukang cuci di sebuah sekolah serta bersekedudukan dalam sebuah bilik dipercayai suami orang berusia 41 tahun dari Kampung Huma, Sungai Layar.

Pasangan itu mengakui baru berkenalan dalam tempoh dua bulan sebelum keluar makan malam bersama.

Turut ditemui dalam rumah berkenaan, sebuah motosikal dipercayai milik lelaki berkenaan dan sebuah kereta yang diparkir di halaman rumah dipercayai milik wanita terbabit.

Cubaan pasangan larikan diri gagal

Sebelum itu, anggota penguat kuasa yang melakukan serbuan di sebuah hotel bajet di Padang Temusu lebih kurang jam 2.30 pagi terkejut apabila terdengar dentuman kuat kira-kira 20 minit selepas mengetuk pintu sebuah bilik.

Hasil pemeriksaan mendapati bunyi dentuman kuat berpunca daripada tindakan seorang wanita yang nekad melarikan diri dari tingkap hotel bajet bersama teman lelaki, tetapi tersangkut pada atap bumbung sebelum terjatuh ke dalam sebuah kedai bersebelahan.

Tindakan itu bagaimanapun mendatangkan padah setelah wanita itu cedera di kaki sebelum kedua-duanya dicekup anggota penguat kuasa.

Mesra atas motosikal

Terdahulu, sepasang kekasih dilihat melakukan adegan mesra atas motosikal yang diparkir di lokasi tempat letak kenderaan dekat pusat perniagaan Lagenda Heights kira-kira jam 12 tengah malam.

Kedua-duanya yang masih menuntut dilihat berkelakuan tidak sopan boleh dikenakan denda dan diminta hadir ke Pejabat Agama Kuala Muda untuk tindakan selanjutnya.

Serbuan kemudian diteruskan di sebuah hotel di lokasi sama melibatkan pasangan berusia 29 dan 22 tahun dari bandar ini manakala pasangan wanita dari Kota Bharu, Kelantan.

Apabila dicekup, lelaki terbabit hanya berseluar pendek manakala teman wanitanya hanya memakai baju-T lengan pendek dan berseluar pendek.

Turut dicekup seorang penjawat awam dari Bedong bersama kekasihnya iaitu seorang janda juga berasal dari Bedong.

Lebih mengejutkan, janda yang berusia 24 tahun itu sebenarnya orang kurang upaya (OKU) bisu.

21 lokasi panas diserbu

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Alwi Othman berkata, hasil pemeriksaan terhadap 21 lokasi panas dalam Operasi Merdeka Bersepadu itu mendapati lima kes bersekedudukan, dua kes bernikah di negara jiran dan dua kes berkelakuan tidak sopan.

Kesemua 56 anggota terdiri daripada kakitangan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda, Yan, Sik, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah, Cawangan Penyiasatan Khas Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan.

Katanya, empat kes didapati positif dadah apabila ujian air kencing dilakukan ke atas individu yang diperiksa.

“Kes disiasat bawah Seksyen 5 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) Kedah 1988 iaitu melakukan perbuatan atau berkelakuan tidak sopan di tempat awam waktu siang atau malam yang boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan atau keduanya sekali jika sabit kesalahan.

“Lima pasangan turut disiasat di bawah Seksyen 9 EKJS Kedah 1988 iaitu bersekedudukan, berkurung, bersembunyi atau bersama wanita bukan isteri atau mahram. Bagi kesalahan itu, denda RM2,000 atau penjara setahun atau ditahan di rumah kebajikan selama tiga tahun boleh dikenakan sekiranya sabit kesalahan,” katanya.

Operasi yang bermula jam 12 tengah malam itu dibahagikan kepada tiga pasukan dan diteruskan sehingga subuh semalam.

Katanya, pemantauan kerap akan terus dilakukan dan pihaknya kini sedang memantau kegiatan di pusat hiburan serta karaoke.

-- Sumber: Sinar Harian 

Ramli MS: Saya bukan jual dadah!

Ramli MS

SHAH ALAM – "Saya dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) siap bergurau senda lagi di dalam rumah, tapi orang luar buat cerita macam saya jual dadah," Ujar Pengarah muzik terkenal Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS.

Dalam laporan sebuah portal hari ini, beliau dikatakan menempelak media dan semua pihak yang bercerita mengenai perkahwinan rahsianya bersama penyanyi Alyah yang diadakan di Batam Indonesia kira-kira setahun lalu.

Menurutnya, kontroversi tersebut terlalu diperbesarkan seolah-olah beliau melakukan kesalahan serius seperti mengedar dadah.

"Kamu semua ingat... macamlah saya jual pil kuda atau ekstasi. Sedangkan kami (Ramli dan pihak Jais) siap bergurau senda lagi di dalam rumah. Macam pihak polis buat sekatan jalan. Mereka tahan, bertanya dan kemudian kita jalan," katanya.

Kontroversi pernikahan Ramli dengan Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasilah Hassan, 33, tersebar selepas rahsia itu terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa, Jais membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, Khamis lalu.

Sewaktu serbuan, Alyah dikatakan berada di banglo berkenaan ketika pegawai Jais datang menyiasat.

Mitsubishi milik Alyah turut berada di kediaman itu.

Pekerja kontraktor yang mengubah suai banglo juga memaklumkan pasangan itu kerap dilihat bersama.

Menurut sumber Jais, pasangan itu sudah berkahwin sejak setahun lebih lalu.

Katanya, pasangan itu akan ke Jais dalam masa terdekat untuk memberikan kenyataan serta bukti perkahwinan bagi tujuan pendaftaran.

Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini.

Tambahnya lagi, dia mempunyai sebab yang tersendiri untuk merahsiakan perkahwinannya bersama Alyah.

"Dah setahun kami kahwin, tentu ada sebabnya kami rahsiakan perkara ini. Kenapa kamu semua nak sibuk? Ini adalah hak mutlak asasi saya," jelasnya.

-- Sumber: Sinar Harian

Real Madrid humbled by Real Sociedad 4 - 2

La Liga, Anoeta - Real Sociedad 4 (Martinez 35', Zurutua 41', 65', Vela 75') Real Madrid 2 (Ramos 5', Bale 11')

Real Madrid blew a two-goal lead to fall to a 4-2 defeat at Real Sociedad, who completed a sensational comeback to consign the Galacticos to their first league defeat of the season.

Carlo Ancelotti’s side, who were without Cristiano Ronaldo, should have been out of sight in the first half, with Sergio Ramos and Gareth Bale putting Los Blancos 2-0 up after just 11 minutes. Ramos then struck the bar with a freekick as Real looked to blow Sociedad away.

But Real were made to rue those missed chances, as Sociedad mounted what had looked like the unlikeliest of fight backs. Goals from Inigo Martinez and David Zurutuza restored parity ahead of the break, with the score at 2-2.

The home side used that as a platform after the restart and pressed hard in search of the goal that would see them take the lead.

And Real Sociedad completed the spirited fightback when Zurutuza notched his second and his team’s third, getting to a Xabi Prieto cross to stab in at the near post.

Carlos Vela added the finishing touch on an incredible win, firing high into the net to make it 4-2 and secure a memorable win for Sociedad.



-- Eurosport 

Motorcycling: Marquez wins 11th race of the season

Marquez rides his Repsol Honda during the free practice of the MotoGP at Silverstone in Northamptonshire on Aug 30, 2014. - AFP Photo/Ian Kington


SILVERSTONE: Runaway world championship leader Marc Marquez made it 11 wins from 12 races this season on Sunday as he won the British MotoGP at Silverstone.

The 21-year-old Spanish Honda rider -- who on Saturday claimed his 10th pole position of the campaign -- prevailed in a stunning duel with compatriot and two-time world champion Jorge Lorenzo on a Yamaha.

Lorenzo's team-mate Italian legend Valentino Rossi was third while Marquez's fellow Honda rider Dani Pedrosa, who won the Czech GP last time out, was fourth. - AFP 

Dua siswi bernafsu songsang dicekup

Pasangan lesbian itu tergamam selepas bilik hotel mereka diserbu penguatkuasa agama, malam kelmarin.
Pasangan lesbian itu tergamam selepas bilik hotel mereka diserbu penguatkuasa agama, malam kelmarin.

JOHOR BAHRU - Dua penuntut wanita institut pengajian tinggi awam (IPTA) ditahan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) dalam serbuan operasi Ambang Merdeka, awal pagi semalam.

Meskipun pada mulanya tiada sebarang syak untuk mendakwa kedua-duanya melakukan khalwat, namun serbuan dilakukan akhirnya membongkar rahsia pasangan lesbian atau dalam Islam disebut sebagai musahaqah itu.

Serbuan sekitar jam 12.45 pagi yang dilakukan sembilan anggota dan pegawai, diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jaij, Mohd Zamri Kambari itu menemui alat kelamin lelaki tiruan di dalam bilik berkenaan.

Ketika diketuk untuk melakukan pemeriksaan, seorang daripada mereka berpakaian lengkap memberi kerjasama dengan membuka pintu bilik hotel, manakala seorang lagi berada dalam bilik air dalam keadaan tanpa seurat benang.

Selepas anggota operasi memperkenalkan diri, kedua-dua penuntut IPTA berusia masing-masing berusia 20 dan 21 tahun itu hanya terdiam malah tergamam apabila bilik hotel dihuni mereka diserbu pihak berkuasa.

Ketika disoal siasat, salah seorang daripada mereka mendakwa alat kelamin lelaki tiruan terbabit baharu sahaja dibuka dari paket dan belum dicuba, sebaik sahaja diterima hasil pembelian secara ‘online’.

Zamri berkata, pasangan penuntut terbabit ditahan pihaknya mengikut Seksyen 26 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Negeri Johor) kerana disyaki melakukan musahaqah.

“Mengikut enakmen ini, mana-mana orang perempuan yang melakukan musahaqah jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu,” katanya.

Mohd Zamri berkata, pelbagai peralatan lain termasuklah komputer riba milik pasangan penuntut wanita terbabit dirampas dalam serbuan itu.

Mereka merupakan antara lapan pasangan yang ditahan dalam serbuan Operasi Ambang Merdeka bermula 11 malam hingga 3.30 pagi di sekitar Taman Gaya, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Taman Desa Cemerlang dan Taman Johor Jaya.

Kesemua pasangan yang ditahan, dibawa ke Balai Polis Johor Jaya untuk proses dokumentasi sebelum dibawa ke pejabat JAIJ untuk tindakan lanjut.

Nicol on cloud nine after clinching Hong Kong title for ninth time

Nicol claimed the victory in 39 minutes.

Malaysian squash queen Datuk Nicol David was on cloud nine after claiming her ninth successive Hong Kong Open title, on Sunday.

The world number one, who just celebrated her 31st birthday on Aug 26, defeated Egypt's Nour El Tayeb in straight sets 11-4, 12-10, 11-8 in 39 minutes.

Nicol has won the Hong Kong Open since 2006 and in 2005, Nicol claimed her first world title when the event was held in Hong Kong.

In the men's final, Egypt's Mohamed Elshorbagy, fresh from winning his first Malaysian Open title, claimed his second title of the season after defeating France's Gregory Gaultier 11-9, 11-2, 4-11, 8-11, 11-4 after a five-set thriller.

-- Sumber: Bernama

Hollywood hack attack nabs stars' nude pictures

Jennifer Lawrence's agent has vowed to take legal action over the hacking of the pictures. - EPA/JULIEN WARNAND

LOS ANGELES: Nude photos purportedly showing many top stars, including Oscar-winner Jennifer Lawrence and pop star Rihanna, bounced around social media Sunday, in an apparent massive hacking leak, US media reported.

"It's so weird and hard how people take your privacy away from you," Lawrence said in a tweet.

The actress' agent, meanwhile, vowed to take legal action.

"This is a flagrant violation of privacy. The authorities have been contacted and will prosecute anyone who posts the stolen photos of Jennifer Lawrence," her representative told TMZ entertainment website.

Word of the images began spreading early Sunday, amid reports that the photos had been obtained by hacking iCloud accounts, Mashable and other media reported.

Among the celebrities whose pictures allegedly were stolen and posted online were Avril Lavigne, Amber Heard, Gabrielle Union, Hayden Panettiere and Hope Solo, according to Mashable.

Media reports said among the other starlets targeted were Hillary Duff, Jenny McCarthy, Kaley Cuoco, Kate Upton, Kate Bosworth, Keke Palmer and Kim Kardashian.

Former Nickelodeon star and singer Victoria Justice said the images claiming to show her unclothed body were anything but the real deal.

"These so called nudes of me are FAKE people. Let me nip this in the bud right now. *pun intended*" she tweeted.

A spokesperson for actress and pop star Ariana Grande told BuzzFeed that images said to be of her, are "completely fake."

But horror movie actress Mary Elizabeth Winstead, whose intimate photos were leaked, acknowledged her frustration.

"To those of you looking at photos I took with my husband years ago in the privacy of our home, hope you feel great about yourselves," she tweeted.

"Knowing those photos were deleted long ago, I can only imagine the creepy effort that went into this. Feeling for everyone who got hacked." - AFP 

Rakyat Malaysia cuba pecah rekod 'selfie' dunia

Pelbagai cara dilakukan untuk menunjukkan rasa cinta kepada negara sempena sambutan kemerdekaan.

Daripada menghias kenderaan dengan bendera hinggalah membina jalur gemilang dengan barangan terpakai, semuanya dilakukan untuk menterjemahkan semangat patriotik.

Bagi Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), mereka mempunyai cara unik untuk mengeratkan hubungan pelbagai lapisan masyarakat dengan menganjurkan cubaan memecahkan rekod dunia bagi jumlah selfie terbanyak.

Lebih 700 orang berdaftar untuk mengambil bahagian dalam acara ini.

Secara purata 10 selfie perlu diambil dalam seminit untuk memecahkan rekod terdahulu iaitu 421 selfie dalam sejam yang dipegang pelakon Kanada, Melinda Shankar pada 2014.

Cara menyertainya mudah, anda hanya perlu naik ke pentas dan bergambar dengan "Selfie Guy".

Hazwan Noor, 20, seorang pelajar dari Politeknik Merlimau, Melaka dan seorang ‘pelatih’ di YIM merupakan pilihan yayasan untuk peserta ‘berselfie’ bersama.


Dalam masa satu jam, 656 selfie berjaya dirakam namun hanya 613 yang diterima.

Bagi penganjur, acara ini bertujuan memupuk keyakinan untuk melakukan pembaharuan.

Muhammad Aziph Datuk Mustapha, CEO YIM berkata acara ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia sentiasa positif, kreatif dan tidak takut menghadapi cabaran walaupun negara ini telah menghadapi banyak cabaran terutama sejak kebelakangan ini.

“Saya amat gembira dapat membawa Rekod Dunia Guiness ke Malaysia,” kata beliau.

Semua data dan maklumat rekod dunia ini akan dihantar ke Rekod Dunia Guiness untuk disahkan.

Keputusan rasmi dijangka diumumkan oleh para pegawai Guinness dalam masa sebulan.

Para peserta tidak pulang dengan tangan kosong kerana mereka telah diberikan sijil penyertaan dan beg cenderahati atas sumbangan mereka.




-- Sumber: Astro Awani

Chong Wei terus kempunan kejuaraan dunia sulung

Lee Chong Wei gagal dalam percubaan kali ketiga pada Kejohanan Dunia BWF 2014.

COPENHAGEN: Kemarau kejuaraan dunia sulung terus menghantui jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei selepas beliau gagal dalam percubaan kali ketiga pada Kejohanan Dunia BWF 2014 di sini.

Kesilapan di jaring selain hantaran yang kerap keluar daripada Chong Wei nyata memberi peluang kepada lawannya, Chen Long dari China untuk memenangi gelaran juara dunia dengan keputusan 21-19 dan 21-19 di Ballerup Super Arena, di sini, pada Ahad.

Kemenangan tersebut membolehkan pemain nombor dua dunia itu muncul juara dunia buat kali pertama selepas tersingkir seawal pusingan pertama pada 2011 di England selain kalah kepada rakan sepasukan, Lin Dan pada saingan suku akhir, dua tahun kemudian di laman sendiri.

Chong Wei pula pernah mara ke final pada dua edisi berkenaan namun disekat oleh musuh tradisinya, Lin Dan.

Pada 2011, beliau kalah kepada Lin Dan dalam aksi tiga-set; 22-20, 14-21 dan 21-23 manakala pada 2013, kekejangan otot yang dialaminya pada set penentuan ketika berdepan pemain sama, meranapkan impiannya meraih kejuaraan dunia pertama.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan itu, Chong Wei berkata beliau sudah memberikan persembahan terbaik namun Chen Long lebih bijak mengatur strategi selain mengetahui corak permainannya.

"Saya lihat Chen Long bermain agak agresif pada kali ini dan saya cuba mengelak untuk melakukan kesilapan namun ia tetap terjadi...Beliau akan cuba sedaya upaya untuk mengembalikan semula hantaran dan pukulan kencang saya," katanya.

Anak jati Pulau Pinang itu mengakui sikap terlalu berhati-hati yang dipamerkan pada set pertama selain tertekan ketika ketinggalan kepada pihak lawan menjadi punca kekalahannya.

Chong Wei turut meminta maaf di atas kegagalannya membawa pulang kejuaraan dunia sempena Hari Kemerdekaan Negara ke-57 yang disambut pada Ahad.

Pemain berusia 31 tahun itu turut menegaskan akan terus beraksi pada Kejohanan Dunia 2015 di Indonesia serta Sukan Olimpik 2016 di Brazil walaupun semakin dimamah usia.

Sementara itu, Chen Long berkata kejayaan itu amat berharga bagi dirinya selepas mengalami kekalahan teruk pada dua edisi lepas, sekali gus menyuntik semangat untuk menghadapi Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan, bermula 19 Sept ini.

"Saya amat gembira dan ingin mengucapkan terima kasih kepada ketua jurulatih Li Yongbo kerana memberi kata-kata semangat selepas persembahan buruk pada Piala Thomas 2014 di India awal tahun ini," katanya sambil memuji semangat juang Chong Wei dalam pertarungan sengit selama 69 minit itu.

-- Sumber: Bernama

BAM kecewa, minta maaf kepada rakyat Malaysia

Lee Chong Wei (kanan) kelihatan kecewa setelah tewas kepada Chen Long. Bersamanya dalam gambar ialah jurulatih Hendrawan (kiri) dan Tey Seu Bock (dua dari kanan).

COPENHAGEN: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kegagalan skuad negara menghadiahkan gelaran dunia sempena Hari Kemerdekaan ke-57, Ahad.

Timbalan presidennya Datuk Mohamad Norza Zakaria berkata beliau kecewa dengan persembahan skuad negara pada Kejohanan Dunia BWF 2014 di sini kerana gagal mengakhiri kemarau gelaran sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1977.

Beliau turut bersimpati dengan nasib Datuk Lee Chong Wei yang terus kempunan untuk memenangi kejuaraan dunia sulungnya walaupun telah memberikan persembahan terbaik menentang pemain nombor dua dunia, Chen Long dari China.

"Saya kecewa kerana kita gagal menamatkan badi selama 37 tahun namun saya turut bersimpati dengan Chong Wei yang telah mencuba sedaya upaya untuk menang namun nasib lebih memihak kepada Chen Long," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan akhir kejohanan itu di sini.

Bagaimanapun, beliau bangga dengan peningkatan persembahan yang dipamerkan oleh perseorangan utama wanita negara, Tee Jing Yi walaupun kalah seawal pusingan kedua kepada juara dunia baharu, Carolina Marin dari Sepanyol.

Pilihan kesembilan itu melakar sejarah tersendiri selepas muncul pemain Sepanyol pertama muncul juara dunia selepas mengejutkan juara Olimpik dan pilihan utama, Li Xuerui dari China dengan kemenangan 17-21, 21-17 dan 21-18.

Malaysia gagal meraih sebarang kejuaraan selepas sebahagian besar wakil negara termasuk pemain wanita negara tersingkir pada pusingan awal kejohanan.

Kejohanan Dunia 2015 bakal diadakan di Jakarta, Indonesia.

Mohamad Norza berkata BAM akan terus mempertingkatkan usaha dalam mengetengahkan pemain pelapis bagi menggantikan pemain senior sedia ada.

Katanya skuad negara tidak boleh terus mengharapkan Chong Wei untuk terus menghadiahkan kejayaan untuk negara dalam sesuatu kejohanan.

Justeru, katanya BAM akan cuba mencari pelbagai kaedah untuk memastikan pemain pelapis yang sedia ada akan terus dilatih dan diberi pendedahan bagi mencari pengganti Chong Wei.

-- Sumber: Bernama