Wednesday, 12 August 2015

Ringgit weakens beyond 4 per dollar for first time since 1998

The country took the ringgit off the peg in 2005.

Malaysia’s ringgit weakened beyond 4 to the dollar for the first time since 1998 as investors flee the nation’s assets amid a slowing economy and controversy over finances linked to Prime Minister Najib Razak.

The currency tumbled more than 1 percent to 4.0025 a dollar as of 11:02 a.m. in Kuala Lumpur, according to prices from local banks compiled by Bloomberg. It has lost about 20 percent in the past 12 months in Asia’s worst performance.

China’s surprise devaluation of the yuan has lumped more pressure on the ringgiton speculation policy makers will favor weaker exchange rates to prop up faltering exports. Malaysia is already reeling from slumping Brent crude prices that have cut government earnings for the net oil exporter, and a looming U.S. interest-rate increase. Najib has come under the spotlight over a 2.6 billion ringgit ($654 million) donation deposited into his personal bank accounts and which was initially linked to state investment company 1Malaysia Development Bhd.

Global funds have pulled about $3 billion from the nation’s equities in 2015, the most since 2008, and the FTSE Bursa Malaysia KLCI Index has lost more than 13 percent from this year’s high in April. Overseas ownership of Malaysian government and corporate debt fell to the lowest level in three years in July.

The Southeast Asian nation’s foreign-exchange reserves dropped below $100 billion last month for the first time since 2010 to settle at $96.7 billion. The central bank will continue to “smoothen out excessive volatility,” Julia Goh, an analyst at Singapore’s United Overseas Bank Ltd., wrote in a research note on Tuesday. Bank Negara Malaysia failed to stop the ringgit falling through its 1998 peg level of 3.8 a dollar in July.

The monetary authority has spent $25 billion defending the currency since July 2014, after adjusting for valuation effects, Philip McNicholas, a Singapore-based economist at BNP Paribas SA, wrote in a July 24 report. 

- Source: Bloomberg | Aug 12, 2015

Lama ‘hilang’, Zeti muncul semula Khamis ini

Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

SHAH ALAM - Selepas lama menyepi, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz seperti dilapor Malaysiakini bakal mengadakan sidang media pada Khamis ini. 

Ini merupakan kemunculan pertama Zeti selepas menjadi perhatian dalam pelbagai isu selepas siasatan terhadap kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak.

Difahamkan, sidang media itu akan diadakan di ibu pejabat Bank Negara di Kuala Lumpur untuk mengumumkan angka pertumbuhan dalam negeri untuk suku kedua tahun ini.

Perkara lain dijangka disentuh termasuk kejatuhan nilai ringgit dan rizab asing Bank Negara.

Sebelum ini bertebaran berita Zeti kononnya sakit namun dinafikan Jabatan Perhubungan Korporat BNM.

"Beliau sihat dan baik-baik sahaja di pejabatnya," jelas jabatan itu.

Tambahnya lagi, Zeti bekerja seperti biasa dan tidak dimasukkan ke wad seperti didakwa.

- Sumber: Sinar Harian 

Padah ‘love bite’ RM800

Tertuduh (tengah) dibawa keluar dari mahkamah selepas denda diputuskan.

KOTA BHARU – Padah buat seorang pemuda yang bertindak peluk, cium serta meninggalkan gigitan cinta pada seorang remaja berusia 15 tahun, dia dihukum denda RM800 oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, semalam.

Denda diputuskan Majistret, Mohd Firdaus Zainal Abidin terhadap Ahmed Ezainie Shafizie Sazali, 23, selepas tertuduh mengaku bersalah.

Tertuduh didakwa pada tuduhan pindaan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa tersebut di alamat Jalan Pasir Hor, di sini, pada jam 1 pagi, 5 Disember tahun lalu.

Sebelum kejadian itu, mangsa dijemput tertuduh dengan menaiki motosikal dan dibawa ke rumah tertuduh. Pada masa mangsa berada di dalam bilik tertuduh, tertuduh memeluk, mencium pipi dan membuat gigitan cinta pada leher mangsa.

Tertuduh menceritakan hal itu kepada ibunya dan pengadu kemudian membuat laporan polis.

Pada prosiding itu, tertuduh yang diwakili peguam, Wan Mohd Ikram Wan Ibrahim memohon mahkamah mengenakan hukuman denda ringan berikutan tertuduh sudah mengaku salah tanpa sebarang paksaan.

“Tertuduh tidak bekerja dan masih ditanggung bapanya. Tertuduh juga faham sebab dan akibat daripada pengakuan salah yang dibuat. Ini juga kesalahan pertama dan dia insaf serta menyesali perbuatan itu,” katanya.

Mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dua bulan, sekiranya denda itu gagal dijelaskan.

- Sumber: Astro Awani 

Anina: Ahli Umno sokong saya, tepuk tangan

Video ucapan Anina yang menjadi viral di media sosial. 

SHAH ALAM - Perwakilan Wanita Umno Langkawi, Anina Saaduddin mendakwa ahli Umno masih menepuk tangan ketika beliau menyampaikan ucapan keras yang mengkritik presiden parti itu pada mesyuarat sayap parti berkenaan, Sabtu lepas.

Dakwanya lagi, walaupun arahan sudah diberikan kepada perwakilan Umno yang hadir supaya menahan diri daripada memberikan sokongan ketika ucapannya, namun apa yang berlaku sebaliknya.

"Semasa saya berucap, perwakilan masih tepuk tangan dan saya anggap (ia) positif," kata Anina dipetik laporan Malaysiakini.

Menurut Anina, terdapat ahli umno yang takut untuk bercakap sendiri.

"Apabila ada orang yang nak bercakap bagi pihak mereka, ahli Umno ini datang berjumpa saya dan mengucapkan tahniah serta terima kasih," tambahnya.

Anina juga mengakui kelantangannya menyuarakan pandangan mengenai isu Umno terutama melalui media sosial menyebabkan beliau dipantau.

"Sebagai salah seorang perwakilan, saya anggap mereka (pihak atasan Umno) sedia maklum kalau saya datang ke mesyuarat, saya akan bersuara,” katanya.

Sabtu lalu, Anina mendakwa lebih tiga juta ahli Umno kini menjadi mangsa "kencing" Datuk Seri Najib Tun Razak apabila presidennya itu mengatakan kepimpinannya mendapat sokongan penuh.

Video rakaman ucapan tersebut juga viral dan menarik perhatian lebih 150,000 pelayar laman sosial.

Menurut Anina, mesyuarat Umno bahagian adalah saluran terbaik untuknya melontarkan teguran kepada Najib kerana beliau telah memendam perasaan yang lama.

Kata Anina, sebagai ahli Umno dan terikat dengan keperluan memberi sokongan penuh kepada presiden walau apa pun yang berlaku bukan perkara sihat untuk parti itu dan seseorang presiden boleh ditegur jika melakukan kesilapan.

“Ya, (Najib) tidak boleh ditegur dalam konteks mempertahankan kedudukan dia. Ini dalam konteks mempertahankan kedudukan dia. Dalam konteks beliau diasak dengan pelbagai kesalahan dia sendiri,” katanya.

Selain itu, Anina juga menolak dakwaan beliau mahu menjatuhkan Umno sebaliknya menegur Najib yang dilihatnya sebagai menyalahgunakan amanah rakyat yang telah diberikan kepadanya.

“Ramai orang sayang Umno. Saya bercakap juga kerana saya sayangkan Umno.

"Cuma ketika ini keyakinan rakyat terhakis kerana sikap pemimpin yang tidak telus, banyak benda yang tersembunyi, penerangan tidak dibuat dengan betul,” akhiri beliau.

- Sumber: Sinar Harian