Tuesday, 22 April 2014

Lembu naik harga, apa peranan NFCorp?

Datuk Mahfuz Omar
Datuk Mahfuz Omar


SHAH ALAM - Pas hari ini menuntut penjelasan daripada kerajaan berkenaan dengan peranan National Feedlot Corporation (NFCorp) dalam membantu menyediakan bekalan daging lembu kepada negara.

Ketua Penerangan Pas Datuk Mahfuz Omar berkata, adalah sangat menghairankan negara terpaksa mengimport daging lembu dari luar, sedangkan NFCorp ditubuhkan adalah bermatlamat untuk menyediakan bekalan daging yang mencukupi kepada negara.

"Isu bekalan daging lembu ini,ianya menjadi satu krisis dek kerana bekalannya tidak mencukupi sehinggakan harganya berkemungkinan akan melonjak sehingga RM40.

"Oleh itu apa yang saya hendak katakan disini ialah,saya mintak penjelasan daripada pihak kerajaan terutama daripada Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Ismail Sabri Yaakob, khususnya tentang kedudukan projek NFCorp ini.

"Sebab kalau mengikut anggaran daripada perlaksanaan projek NFCorp ini iaitu mereka akan ternak lembu sebanyak 20,000 sepusingan, atau 60,000 setahun menjelang 2015.

"Namun yang menjadi isu sekarang ialah kerajaan akan import lembu daripada luar, iaitu lebih kurang 20,000 akan dibawa masuk, jadi saya nak tanya apa jadi dengan projek feedlot ini," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Pas hari ini.

Oleh itu, menurut Mahfuz lagi, adalah tidak wajar projek NFCorp yang menelan belanja sebanyak RM250 juta itu tidak dapat membantu rakyat untuk mendapat bekalan daging dengan harga yang berpatutan.

"Bagi saya adalah tidak wajar rakyat terpaksa menanggung kenaikkan harga akibat daripada bekalan yang tidak mencukupi sedangkan projek NFCorp menelan belanja yang besar," katanya.

Projek NFCorp ini diuruskan oleh keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

--Sinar Harian 

Kasanova bersiri dihukum penjara 3 tahun, 1 sebatan

Kasanova bersiri dihukum penjara 3 tahun, sebatan
Juruteknik komputer yang dikenali sebagai 'kasanova bersiri', K.Prabaharan, 45, dikawal pegawai penjara semasa keluar dari Mahkamah Majistret di georgetown hari ini. - Foto Bernama


GEORGETOWN - Seorang juruteknik komputer dikenali sebagai 'kasanova bersiri' dihukum penjara tiga tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini bagi kesalahan menipu seorang wanita dua tahun lepas.

Majistret L.Umma Devi membuat keputusan itu selepas K. Prabaharan, 45, menukar pengakuannya kepada bersalah hari ini.

Umma Devi memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara mulai tarikh dia ditangkap semula iaitu pada 2 Januari lepas.

Prabaharan didakwa memperdaya A.Vanija, 31, dengan menawarkan tender kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Green Lane di sini sehingga mendorong mangsa menyerahkan RM2,000 untuk tujuan itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di depan Hospital Lam Wah Ee, Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim pada 3 petang 8 Oktober 2012 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes yang dibentang Timbalan Pendakwa Raya Noor Azura Zulkiflee, tertuduh yang mendakwa mengenali guru besar sekolah itu, berjanji memulangkan wang berkenaan pada hari sama sekiranya tender gagal diperoleh.

Bagaimanapun, selepas memperoleh wang berkenaan, Prabaharan menghilangkan diri dan nombor telefon bimbit yang diberi juga gagal dihubungi sebelum mangsa cuba menghantar pesanan ringkas.

Ketika berbalas pesanan ringkas, tertuduh memaklumkan dia tidak takut dengan sebarang tindakan yang diambil mangsa dan wanita itu kemudian membuat laporan polis pada 10 Oktober 2012.

Terdahulu, Noor Azura meminta mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pengajaran ke atas Prabaharan serta mengambil kira kerugian yang dialami mangsa.

Peguam Ravi Chandran pula memohon mahkamah mengenakan hukuman minimum kerana tertuduh menyara dua anak berusia 19 dan 20 tahun yang kini belajar di kolej serta isteri, seorang suri rumah, selain mengambil kira pengakuan salahnya yang menjimatkan masa dan kos dalam kes berkenaan.

Beliau juga memaklumkan bahawa Prabaharan sudah insaf dan berazam untuk menjadi anggota masyarakat yang berguna.

Prabaharan berdepan pertuduhan menipu dua lagi wanita di Mahkamah Majistret berasingan.

Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha menetapkan 25 April ini bagi mendengar rayuan serta fakta kes sebelum menjatuhkan hukuman selepas membenarkan permohonan Ravi Chandran untuk membuat persiapan rayuan.

Terdahulu, Prabaharan menukar pengakuannya kepada bersalah bagi pertuduhan memperdaya B.Vikneswary, 29, untuk menyerahkan wang RM16,000 sebagai bayaran balik hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional di Bank Rakyat, Jalan Magazine di sini pada 3 petang 6 Disember 2012.

Majistret Diannee Ningrad Nor Azahar pula menetapkan 19 Mei sebagai sebutan semula kes bagi pertuduhan memperdaya seorang warga emas, T.Suppamal, 68, untuk menyerahkan enam utas rantai leher, enam pasang subang, dua pasang gelang, lima bentuk cincin dan seutas rantai tangan, yang kesemuanya bernilai RM60,000 untuk dicuci.

Prabaharan didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Hamna Lorong Helang 1, Sungai Dua, Gelugor di sini pada 10 pagi 7 November 2012. - Bernama

Penuntut institusi pengajian tinggi buang bayi dalam mangkuk tandas

KUALA TERENGGANU - Seorang penuntut sebuah pusat pengajian tinggi swasta di bandar raya ini membuang bayi lelaki yang baru dilahirkannya dalam mangkuk tandas di rumah sewanya di Padang Hiliran di sini. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner K.Manoharan berkata kejadian itu disedari rakan serumah penuntut itu pada kira-kira pukul 2.30 pagi selepas melihat rakannya itu terbaring di depan pintu tandas dengan keadaan yang lemah. 

"Terkejut melihat keadaan rakannya itu pelajar terbabit menghampiri tandas berkenaan sebelum melihat tompokan darah dan seorang bayi di dalam mangkuk tandas. 

"Pelajar berusia 21 tahun itu menghubungi ambulans dan rakannya itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (Hsnz) dan keadaannya kini dilaporkan stabil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hasil bedah siasat mendapati bayi lelaki yang cukup sifat itu mati ketika dilahirkan, katanya.

Manoharan berkata polis sedang mengesan beberapa saksi termasuk teman lelaki penuntut itu yang berusia 22 tahun dan bekerja sebagai tukang cat bagi membantu siasatan kes itu. 

Katanya penuntut itu akan ditahan selepas selesai menerima rawatan di hospital. - Bernama

Manchester United have confirmed manager David Moyes has left the club with immediate effect


"The club would like to place on record its thanks for the hard work, honesty and integrity he brought to the role," United confirmed in a short statement.

The new comes less than 48 hours after Manchester United lost 2-0 to Everton making it mathematically impossible for them to qualify for the Champions League.

Moyes arrived at Manchester United's training ground at Carrington on Tuesday morning where he was informed of the news by chief executive Ed Woodword.

Moyes, who turns 51 on Friday, was appointed on the recommendation of fellow-Scot Sir Alex Ferguson, who retired at the end of last season after 26 years in the job.

Moyes signed a six-year contract with the club last summer, but as the club failed to make the top four, it is believed United need only compensate him one year's wages – which would be around £4.5 million.

Manchester United legend Ryan Giggs has been confirmed as the interim manager until the end of the season.

Netherlands manager Louis van Gaal has been installed as the bookmakers' favourite for the permanent job and the former Barcelona and Ajax boss has confirmed he is leaving the Dutch national team after the World Cup.

Van Gaal has also been linked with the Tottenham job, but according to the Daily Mirror's North West football writer, the Dutchman has told Spurs officials he will not be going to White Hart Lane.

Dortmund manager Jurgen Klopp has also been linked although he extended his contract with the Bundesliga giants until 2018 only last October and appears to have ruled himself out telling the Guardian: "Manchester United is a great club and I feel very familiar with their wonderful fans. But my commitment to Borussia Dortmund and the people is not breakable."

-- Eurosport 

Ops noda: 19 GRO warga China ditahan

MELAKA - Sebanyak 19 wanita warga China dipercayai pelayan pelanggan (GRO) dan tiga lelaki tempatan ditahan dalam Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Jalan Merdeka Banda Hilir di sini, awal pagi tadi.

Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen Melaka ASP Azhar Abdul Rahim berkata ketika serbuan pada 1.30 pagi tadi, 16 daripada wanita terbabit sedang membuat persembahan tarian dan nyanyian di atas pentas manakala tiga lagi sedang melayan pelanggan. 

Beliau berkata seorang lelaki penjaga premis berusia 50 tahun dan dua pelanggan berusia 23 dan 40-an yang didapati positif dadah jenis syabu selain dikehendaki polis berhubung kes tipu di Genting Highlands, Pahang turut ditahan dalam operasi itu.

"Siasatan awal mendapati pelanggan perlu membayar antara RM100 hingga RM1,000 untuk menyaksikan persembahan tersebut dan mereka akan dikalungkan bunga oleh GRO yang membuat persembahan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Katanya pelanggan juga boleh memilih pelbagai tiara yang dijual di premis tersebut untuk diberikan kepada GRO yang disukai pada harga sehingga mencecah ribuan ringgit.

Azhar berkata premis yang telah diserbu sebanyak tiga kali sejak Januari lepas itu berselindung di sebalik lesen menjalankan penerbitan dan pengambaran filem didakwa dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menutup kegiatan menawarkan persembahan melibatkan GRO warga asing. 

"Pusat hiburan ini mempunyai lesen sah dan mendakwa diberikan lesen tambahan untuk menjalankan persembahan tarian dikeluarkan SKMM bagi tujuan menjalankan penerbitan dan pengambaran filem bertarikh bulan lepas," katanya. - Bernama

Bilangan individu bankrap bertambah 37 peratus

Nancy Shukri
Nancy Shukri

PUTRAJAYA - Bilangan individu bankrap yang menghadirkan diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) pada tahun lepas meningkat 37 peratus kepada 50,912 orang berbanding 37,265 pada tahun sebelumnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata peningkatan itu mencerminkan keberkesanan program-program kesedaran yang dijalankan MdI di seluruh negara untuk menggalakkan orang ramai mendapatkan khidmat nasihat mereka.

"Kita galakkan mereka yang bankrap supaya datang kepada kita supaya mereka dapat discaj seberapa segera. Kalau boleh kita tidak mahu jumlah bankrap ini meningkat meskipun kita tahu ia sukar dielakkan akibat adanya pinjaman kewangan untuk perniagaan, perumahan dan sebagainya," katanya ketika berucap dalam majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MdI 2013, di sini hari ini.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Nancy menyarankan agar MdI mempertimbang peruntukan tidak melelong rumah pertama individu yang bankrap dalam pindaan Akta Kebankrapan 1967 yang sedang dibuat oleh institusi itu.

"Saya rasa ini antara perkara yang boleh menyebabkan orang kita tertekan dari segi kehidupan kerana kalau itu sahaja rumah yang mereka ada, kalau dilelong ke mana mereka nak pergi," katanya.

Menurutnya pindaan akta itu bagi memudahkan individu yang diisytihar bankrap mendapat pelepasan kebankrapan.

Ketika ini individu yang bankrap boleh keluar daripada kebankrapan melalui tiga kaedah iaitu pembatalan melalui mahkamah, pelepasan melalui mahkamah dan pelepasan sijil Ketua Pengarah Insolvensi.

Mengenai cadangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) baru-baru ini berhubung penubuhan khidmat guaman percuma bagi membantu golongan muflis berdaftar, Nancy berkata terpulang kepada PPIM jika mahu membantu menyediakan perkhidmatan itu.

"Kita tak melarang PPIM nak buat perkhidmatan itu, kita hargai. Tetapi kalau mengatakan MdI tidak membantu langsung, itu tidak betul. Ini kerana MdI memang tidak memberi perkhidmatan guaman tetapi Jabatan Bantuan Guaman ada," katanya. -- Bernama

Ryan Giggs dilantik sebagai pengurus sementara Manchester United

Ryan Giggs - Gambar Fail


KUALA LUMPUR: Pemain veteran Manchester United, Ryan Giggs akan diberi tanggungjawab mengendalikan skuad tersebut menggantikan pengurus pasukan, David Moyes yang dipecat awal hari ini.

Giggs yang juga memegang jawatan sebagai jurulatih menyertai staf kejurulatihan Moyes awal musim lalu akan bertanggungjawab keatas empat baki perlawanan sebelum musim Liga Perdana Inggeris 2013-2014 berakhir.

Laman Soccernet melaporkan Manchester United telah mengeluarkan kenyataan yang bertulis “Berikutan pemecatan David Moyes sebagai pengurus, Manchester United dengan ini mengumumkan Ryan Giggs sebagai pengganti sementara untuk mengendalikan skuad ini sehingga satu perlantikan pengurus tetap dibuat”.

“Manchester United tidak akan membuat sebarang pengumuman sehingga segalanya diputuskan secara rasmi.”

Ryan Giggs merupakan antara pemain yang terdidik di bawah kendalian mantan pengurus Sir Alex Ferguson sebagai ‘Fergie Fledglings’ sekitar awal era 90an

Pemain-jurulatih kelahiran Cardiff, Wales itu juga merupakan pemain paling berpengalaman dalam skuad Manchester United dan telah membuat penampilan sebanyak 671 penampilan dan 114 goal sepanjang kariernya bersama Manchester United.

Beliau juga telah memenangi 13 kejuaraan Liga Perdana Inggeris termasuk dua Liga Juara-Juara Eropah sepanjang kariernya.

Malah, beliau juga bersama-sama dengan David Beckham, Nicky Butt, Paul Scholes, Gary Neville dan adiknya Philip Neville merupakan tunggak utama dalam pembangunan pemain belia Manchester United setelah menjuarai Piala FA Remaja pada tahun 1992.

Giggs kini sedang mengikuti kursus untuk mendapatkan lesen UEFA Pro-Licence yang melayakkan beliau untuk mengurus sesebuah pasukan.

Dalam perkembangan yang sama juga, bekas rakan sepasukannya, Nicky Butt yang berkhidmat sebagai jurulatih pasukan simpanan Manchester United dijangka akan membantu beliau dalam mengendalikan pasukan menghadapi baki perlawanan yang masih tinggal.

-- Astro Awani 

Peminat bola sepak di Twitter cadang Rajagobal gantikan Moyes



KUALA LUMPUR: Datuk K Rajagobal merupakan antara 'pilihan' warga Twitter di Malaysia apabila diajukan soalan "Siapakah yang layak menggantikan David Moyes bagi mengemudi pasukan bolasepak ulung Manchester United?"

Pemecatan Moyes dari Manchester United (MU) hari ini telah mengundang pelbagai reaksi dari peminat kelab bolasepak liga Inggeris tersebut termasuk peminat bolasepak kelab lain.

@501Awani K. Rajagopal. King of Experiment.— Nik (@twt_nik) April 22, 2014

@501Awani @sultanmuzaffarRajagobal— Nami (なみ) (@comradenami) April 22, 2014Bagaimanapun ramai warga media sosial meletakkan pengurus liga Jerman dari kelab Borussia Dortmund, iaitu Jürgen Klopp sebagai pilihan utama mereka.

@501Awani jurgen klopp.— K a l (@iamhaikal) April 22, 2014

@501Awani jurgen kloop— Ahmad Kamimi (@kamimico) April 22, 2014Pilihan yang kedua pula diikuti dengan pemain Manchester United sendiri yang juga merupakan pengurus sementara kelab itu, Ryan Giggs.

@501Awani Ryan Gigss— fahami (@fahamingatmi)April 22, 2014Pilihan lain yang diberikan termasuk pengurus Belanda, Louis van Gaal; pengurus Atletico, Madrid Diego Simeone; dan bekas jurulatih Kelantan, Steve Darby.

Selain itu terdapat juga cadangan mengemukakan bekas-bekas pemain tempatan seperti, Datuk M. Karathu, Shebby Singh, Dollah Salleh dan juga ketua jurulatih PKNS, Wan Jamak Wan Hassan.

Namun, terdapat juga jawapan yang lucu oleh warga Twitter yang turut mencadangkan agar blogger Papa Gomo serta pelawak Accapan disenaraikan sebagai pengganti Moyes.

Sementara itu, Astro AWANI turut meminta warga Twitter tempatan berkongsi detik-detik kecemerlangan pasukan MU sewaktu di bawah kendalian Moyes.

Rata-rata mereka amat skeptikal dengan sumbangan beliau.


@501Awani lulz ada ke— Ahmad Faheem (@ahmad_faheem) April 22, 2014

@501Awani ada ke?— Jedi (@readyzaidi) April 22, 2014

@501Awani Hahahaha takde yang cemerlang pun! Hahahaha hambar si moyes— عيديل (@AidilllidiA) April 22, 2014

@501Awani err none ?— NaimDaud (@xnaiox) April 22, 2014Pengurus kelab bolasepak Liga Perdana Inggeris, David Moyes telah dipecat oleh kelabnya.

Berita pemergian Moyes tiba selepas beberapa hari laporan oleh media Britain yang Moyes akan dipecat, 10 bulan selepas mengambil alih tugas itu dari pengurus lagenda Alex Ferguson.

Moyes yang berusia 50 tahun dan berasal dari Scotland terpaksa mengharungi musim getir bersama Red Devils yang jatuh ke tangga tujuh Liga Perdana Inggeris, sekaligus tersingkir dari saingan peringkat tempatan dan Liga Juara-Juara Eropah.

United tewas 2-0 dalam perlawanan terakhir mereka di tangan bekas kelab bimbingan Moyes iaitu Everton. Ini juga kekalahan ke-11 berturut-turut buat pasukan itu.

-- Astro Awani 

David Moyes sacked by Manchester United despite being hand-picked


MANCHESTER: Manager David Moyes has been sacked by Manchester United, the club announced on their Twitter account on Tuesday.

"Manchester United announces that David Moyes has left the club," United said.

"The club would like to place on record its thanks for the hard work, honesty and integrity he brought to the role."

News of Moyes's exit comes a day after widespread reports in the British media that he was facing the sack, just 10 months after succeeding Alex Ferguson as manager of the world-famous club.

The 50-year-old Scot endured a torrid debut campaign at Old Trafford, with United falling to seventh place in the Premier League and being eliminated from both domestic cup competitions and the Champions League.

Moyes's last game in charge was a 2-0 loss at his former club Everton, which confirmed that United would not compete in the Champions League next season for the first time since 1995.

The defeat, United's 11th of the league campaign, left the defending champions 13 points below the Champions League places and 23 points behind leaders Liverpool.

British newspaper reports on Tuesday said that Moyes had been informed of his fate during an early-morning meeting with chief executive Ed Woodward at the club's Carrington training ground.

Current player-coach Ryan Giggs and his former United team-mate Nicky Butt are reportedly set to be placed in caretaker charge for Saturday's home game with Norwich City.

Louis van Gaal, the current Netherlands coach, has been installed as the favourite to succeed Moyes on a permanent basis by British bookmakers, with Jurgen Klopp of Borussia Dortmund another rumoured contender. --AFP 

Keluarga Karpal ucap terima kasih

Karpal Singh
Orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada mendiang bekas pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh di Dewan Sri Pinang di Georgetown. - Foto Bernama

GEORGETOWN - Anak lelaki sulung mendiang Karpal Singh, Jagdeep Singh Deo hari ini menyatakan setinggi-tinggi terima kasih atas kehadiran himpunan besar anggota masyarakat di upacara persemadian bapanya. 

Jagdeep, yang juga anggota dewan negeri Datuk Keramat berkata beliau dan keluarganya terpegun dengan respons orang ramai menyertai perarakan untuk persemadian Ahad lepas.

Beliau berkata sekalipun himpunan begitu besar yang di luar jangkaan, jawatankuasa persemadian yang diketuai pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow, berjaya mempastikan upacara itu berlangsung dengan lancar.

"Keluarga saya dan saya mengucapkan terima kasih kepada setiap orang, para sukarelawan dan semua yang telah membantu menentukan upacara kunjungan dan persemadian berjalan licin," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir balu Karpal, Gurmit Kaur; anak lelaki bongsunya Mankarpal; abangnya Baksis Singh; Chow, dan anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi.

Karpal terbunuh dalam kemalangan kereta melibatkan MPV yang dinaikinya dengan sebuah lori di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gua Tempurung di Perak pada 17 April. 

Mendiang diberi penghormatan negeri di upacara persemadian kerana sumbangannya kepada komuniti dan masyarakat peguam.

Jagdeep berkata keluarganya telah mengumpul abu mayat Karpal dari krematorium Batu Gantung pagi semalam dan ditaburkan di kawasan laut antara Straits Quay dan Greenhall.

"Keadaan laut begitu tenang ketika kami menjalankan upacara," kata beliau. 

Jagdeep berkata upacara keagamaan terakhir dipanggil 'Akhand Path' akan diadakan di Gurdwara Pulau Pinang pada Khamis ini bermula jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari Sabtu. -- Bernama

Teenager found dead with legs and hands tied to a chair


MELAKA: A teenager who had earlier been reported missing, has been found dead with his legs and hands tied to a chair and his mouth gagged with a rope.

The victim, Gunaseelan a/l D. Murgan, was found on the first floor of an abandoned shop lot at Taman Merdeka Jaya, Melaka at 6.30pm on Tuesday.

According to Melaka Crime Investigation Department chief, Raja Sharom Abdullah Said, the victim had died within the past 24 hours, based on the victim’s condition.

“We are investigating why he was found in this manner and the cause of his death,” said Raja Sharom.

Preliminary investigation found no traces of struggle or stab wounds on the victim’s body. The police will however, investigate the cause of death under Section 302 for murder.

The mother of the victim had lodged a missing person’s report on Sunday before his body was discovered on Monday evening.

The victim’s body will be sent to the Melaka General Hospital for post-mortem. -- ASTRO Awani

Ubat gigi berperisa coklat?

Ubat gigi berperisa coklat?

UBAT gigi ini semestinya digemari kanak-kanak kerana ia diperbuat daripada coklat.

Menurut laporan DailyMail, ia dihasilkan firma penjagaan gigi Theodent, tidak menggunakan fluorida sebaliknya koko yang rasanya seperti puding.

Bahan dipatenkan digelar Rennou itu dikatakan selamat untuk ditelan.

Ubat gigi tersebut bukan sahaja membersihkan gigi tetapi mampu membina enamel yang boleh menjadikan gigi lebih kuat.

Produk tersebut dikeluarkan dua jenis iaitu ubat gigi biasa dan Theodent 300 dengan kandungan Rennou dengan rasa koko lebih berkrim yang dijual pada harga 61 pound (RM322).

Tidak kira apa jenis perasa, pakar pergigian tetap mengesyorkan supaya memberus gigi sebanyak dua kali sehari dengan ubat gigi berfluorida.

-- ASTRO Awani 

Nafi harga barang KR1M lebih mahal

Ahmad-Bashah

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini menyangkal dakwaan harga barangan di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Sabah lebih mahal berbanding kedai lain.

Katanya semua produk berlabel 1Malaysia Kedai Rakyat (1MKR) yang dijual di KR1M di seluruh negara adalah tetap sepanjang masa dan sebarang perubahan harga perlu dirujuk kepada kementerian itu terlebih dahulu. 

"Kerajaan memberi jaminan bahawa harga produk jenama 1MKR yang dijual di rangkaian KR1M adalah lebih murah sehingga 50 peratus berbanding produk berjenama lain di pasaran," katanya menjawab soalan Senator Datuk Dr Lucas Umbul di Dewan Negara di sini.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah berkata sehingga kini sebanyak 130 KR1M beroperasi di 116 kawasan parlimen seluruh negara, termasuk lima yang baharu dibuka di Parlimen Betong, Selangau, Limbang, Kanowit dan Pengkalan Chepa. 

Sebanyak 60 lagi KR1M akan dibuka tahun ini, katanya. 

Beliau berkata kementerian juga sedang mengenal pasti lokasi yang sesuai di beberapa institusi pengajian tinggi untuk membuka KR1M bagi membolehkan pelajar mendapatkan produk tempatan pada harga berpatutan dan berkualiti. - Bernama

'Malam Kenangan Karpal Singh' dianjur peringati jasa mendiang

"Malam Kenangan Karpal Singh" akan berlangsung Khamis ini



KUALA LUMPUR: Dalam usaha mengenang jasa dan pengorbanan ahli parlimen dan peguam tersohor, mendiang Karpal Singh yang meninggal dunia dalam satu kecelakaan jalan raya minggu lalu, satu majlis peringatan bakal diadakan pada Khamis ini, 24 April.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata majlis tersebut yang dinamakan 'Malam Kenangan Karpal Singh' diadakan kepada masyarakat yang tidak berkesempatan untuk menghadiri majlis penghormatan terakhir mendiang Karpal Singh yang diadakan pada minggu lalu.

"Ramai masyarakat dari pelbagai kaum berasa begitu dekat dengan sumbangan mendiang namun mereka tidak berkesempatan untuk datang dan memberikan penghormatan terakhir mereka kepada mendiang ketika majlis tersebut diadakan di Pulau Pinang," kata Lim dalam satu sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Parti DAP Malaysia di sini tadi.

Lim Lip Eng (tengah) pada sidang media pengumuman "Malam Kenangan Karpal Singh" yang diadakan siang tadi - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Tambah Lim lagi, majlis tersebut akan diadakan di Dewan Besar SJK (C) Chung Kwo, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.

"Majlis akan bermula pada jam 7 petang sehingga 11 malam dan pendaftaran kehadiran akan bermula pada jam 7.30 petang dan kita menjangkakan kira-kira 5,000 orang akan hadir pada majlis tersebut,".

Antara tetamu kehormat dari Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) yang akan hadir adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu, Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, anak Karpal Singh sendiri yang juga Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, mantan Pengerusi BERSIH, S.Ambiga dan peguam, Malik Imtiaz.

Astro Awani 

David Moyes dipecat Manchester United

Pengurus kelab bolasepak Liga Perdana Inggeris, David Moyes telah dipecat oleh kelabnya.

“Pengurus, David Moyes telah meninggal kelab kami,” umum twitter rasmi Manchester United pada Selesa.

“Kami ingin merakamkan ribuan terima kasih atas kerja keras, kejujuran dan integriti yang dibawanya ketika memikul tugas itu.”


BREAKING: The club would like to place on record its thanks for the hard work, honesty and integrity he brought to the role. (part 2 of 2)— Manchester United (@ManUtd) April 22, 2014
Berita pemergian Moyes tiba selepas beberapa hari laporan oleh media Britain yang Moyes akan dipecat, 10 bulan selepas mengambil alih tugas itu dari pengurus lagenda Alex Ferguson.

Moyes yang berusia 50 tahun dan berasal dari Scotland terpaksa mengharungi musim getir bersama Red Devils yang jatuh ke tangga tujuh Liga Perdana Inggeris, sekaligus tersingkir dari saingan peringkat tempatan dan Liga Juara-Juara Eropah.

United tewas 2-0 dalam perlawanan terakhir mereka di tangan bekas kelab bimbingan Moyes iaitu Everton. Ini juga kekalahan ke-11 berturut-turut buat pasukan itu.


United tidak pernah gagal beraksi di Liga Juara-Juara sejak 1995.

Pada Selasa akhbar-akhbar di Britain melaporkan nasib Moyes disampaikan kepadanya oleh Ketua Eksekutif kelab itu Ed Woodward dalam pertemuan awal pagi di pusat latihan di Carrington.

Jurulatih bersama dan pemain, Ryan Giggs dan bekas rakan sepasukannya Nicky Butt dikatakan akan mengisi buat sementara kerusi yang dikosongkan Moyes menjelang perlawanan bertemu Norwich City hujung minggu ini.


Antara yang disebut-sebut bakal mengisi kekosongan jawatan itu adalah jurulatih Belanda Louis van Gaal. Ia berdasarkan ramalan kaki judi, dengan Jurgen Klopp dari pasukan Borussia Dortmund juga dikatakan calon pilihan.

-- Agensi

Isteri pramugara tidak yakin pesawat hilang

KUALA LUMPUR: Selepas lebih 40 hari kehilangan pesawat MH370, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan atau lebih dikenali dengan nama Rain, Maizura Othaman hari ini sekali lagi meluahkan perasaannya secara terbuka melalui rangkaian media sosial, Instagram.

Bagaimanapun, kali ini apa yang ditulisnya lebih bermotifkan mencari kebenaran yang didakwa disembunyikan oleh pihak tertentu kepada waris keluarga penumpang pesawat penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas.

"Hati saya kuat mengatakan suami saya dan yang lain-lain diculik... oleh sebuah kuasa besar," tulisnya.




Intan sebelum ini pernah meluah perasaan menerima kehilangan Rain yang beliau sifatkan "masih ada" dan menyimpan harapan bahawa suatu hari nanti suaminya akan pulang.

Pada 27 Mac lalu, iaitu 2 hari selepas Intan meluah perasaannya di dalam media sosial, Astro Awani melaporkan keperitan Intan untuk menerangkan keadaan kepada anaknya yang bertanya bilakah bapanya akan pulang.

Dalam pada itu, Astro Awani turut dihubungi oleh seorang waris penumpang MH370 yang dipanggil untuk satu pertemuan bersama Kementerian Luar dan pihak berkuasa pada Ahad, 20 April lepas.

Dia yang enggan dikenali menyatakan, keluarga waris seakan-akan tidak boleh mengawal perasaan dan menjerit-jerit sepanjang Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin menjelaskan situasi dan langkah susulan yang akan diambil berhubung insiden MH370 ini.

"Waktu mesyuarat dengan Hamzah itu memang teruk, gaduh jerit-jerit di dalam dewan itu,'' ujar waris berkenaan.

Katanya, waris juga tidak bersetuju mengenai isu bantuan kewangan dan sijil kematian yang dikemukakan kementerian.

"Keluarga mahu bukti fizikal, walau jumpa satu `body' pun jadilah.

"Pada masa itu Intan bangun dan kata, bagaimana hendak percaya, tidak ada satu bukti langsung. Intan tanya apakah benar pesawat itu jatuh ke dalam laut dan semua pihak berkenaan senyap seribu bahasa,'' jelasnya.

Waris itu turut berada dalam pertemuan tertutup selama lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu bersama 40 waris. Sesi penerangan itu juga dihadiri oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

"Saya tak tahan dengar dan terus balik,'' katanya.

Pada sidang media selepas pertemuan itu, Hamzah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH370 berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Waris Penumpang berhubung bantuan kewangan yang diperlukan dalam masa terdekat.

Hamzah berkata, perkara itu adalah antara isu utama yang dibangkitkan dalam pertemuannya dengan waris yang dilakukan pada sebelah pagi.

Beliau juga mengumumkan kerajaan sedang mempertimbangkan satu tarikh untuk mengumumkan pengesahan beberapa isu melibatkan penumpang dan anak kapal pesawat itu termasuk berkaitan sijil kematian.

-- Astro Awani 

Affordable Asus Zenfone smartphone series starts at RM299


Asus Zenfone 6


Asus has launched the dual-SIM Zenfone series — comprising the Zenfone 4, 5 and 6, all named for their respective screen sizes — for the South-East Asia market.

The series marks the debut of the ZenUI on the mobile platform, which boasts features such as What’s Next, which presents the user’s most important information on the lock screen, home screen and notification drawer.

Asus Zenfone 5



There is also the Do It Later feature which allows users to focus on the current task at hand by automatically creating reminders to help them follow up on things they may not have been able to attend to, such as missed calls.

Much emphasis has been placed on the Zenfone’s imaging capabilities as Asus has packed up to 18 different camera modes for users to choose from.

These include Depth of Field for shooting pictures with high aperture settings like those taken with DSLR cameras; Selfie mode for users to snap better ­quality self portraits using the high ­resolution main camera instead of the front one; and Time Rewind for capturing images two seconds before and a second after a photo is snapped.


Asus Zenfone 4


Zenfone users can also enjoy the PixelMaster camera features which equips them to take ­better photos. In particular, the Low Light Mode seeks to improve images captured in dimly lit areas — Asus claims that it has increased the light sensitivity by up to 400% and contrast by up to 200%.

In terms of specs, the Zenfone 4 has a display with 800 x 480-pixel resolution, while the Zenfone 5 and 6 each have 1,280 x 720-pixel resolution with 178° wide viewing angle.

All three devices are powered by the Intel Atom Multicore Processor and run on the Android 4.3 (Jelly Bean) operating ­system, which Asus says should be upgradeable to the latest 4.4 ­version (KitKat) by the end of the year.

Memory and storage size are the same across the board with 8GB internal storage plus 5GB Asus WebStorage on the Cloud.


Asus Zenfone Prices

The Zenfone 4 is priced at RM299, whereas the Zenfone 5 and 6 will cost RM599 and RM899 respectively and are expected to be available locally from the end of this month.


Source

Wanita 'tidur' di kubur Cina

Wanita 'tidur' di kubur Cina
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Melaka Tengah, Deputi Superintendan Gan Chip Toh (kiri) bersama pegawai penyiasat polis membuat siasatan di lokasi mayat wanita berkenaan ditemui, semalam.


BATU BERENDAM - Seorang wanita berpakaian baju tidur ditemui mati dalam keadaan tertiarap dalam keadaaan mulut berbuih di Tanah Perkuburan Cina Jelutong, Sungai Putat, di sini semalam.

Wanita berusia lingkungan 30-an yang terdapat kesan lebam di beberapa anggota badan itu ditemui seorang pemotong rumput, A Kulanthai, 61, dan anak perempuannya, K Kistina Kuyil, 17, kira-kira jam 2.45 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Abu Bakar berkata, mayat tanpa identiti itu ditemui di hadapan salah satu kubur di kawasan terbabit.

“Mangsa yang berambut pendek itu dan memakai baju tidur ditemui dengan kesan lebam pada muka, leher dan lengan itu oleh orang awam yang kemudian menghubungi polis.

“Siasatan awal mangsa tidak memakai kasut dan tiada kesan suntikan BCG berkemungkinan warga asing,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut Razali, kes yang diklafikasikan sebagai mati mengejut hanya akan mengetahui punca kematian selepas bedah siasat di Hospital Melaka.

Sementara itu, Kulanthai berkata, sebelum kejadian dia sepatutnya bertugas memotong rumput di kawasan perkuburan Kristian berhampiran namun terlihat mangsa ketika melalui kawasan berkenaan menaiki kereta.

“Saya ditemani anak mahu pergi memotong rumput di kawasan kubur Kristian namun mengambil keputusan pulang apabila orang yang patut temui untuk urusan kerja berkenaan tiada di situ.

“Saya melalui kawasan ini dan tiba-tiba ternampak seorang perempuan keadaan tertiarap di hadapan salah sebuah kubur. Saya memanggilnya namun tidak berjawab sebelum menggerakkan kakinya tetapi tiada respon,” katanya.

Menurut Kulanthai, dia kemudian menghubungi polis selepas mendapatkan nombor telefon daripada kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang sedang menjalankan tugas di kawasan berhampiran.

--Sinar Harian 

Selekoh Jalan Kulim Junjung berhantu?

Selekoh Jalan Kulim Junjung berhantu?
Selekoh tajam yang berbahaya ini perlu diperlebar.


KULIM - Pengguna jalan raya di antara Kulim ke Junjung meminta supaya pihak terlibat melebarkan beberapa selekoh berbahaya di kawasan itu bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.

Pekerja industri, Mohd Nizam Ariffin berkata, kebanyakan mereka yang terlibat dalam kemalangan terdiri dari penunggang dan pembonceng motosikal.

Katanya, masalah semakin serius terutama pada waktu malam dan keadaan hujan.

“Apa yang pasti, selekoh tajam yang ada di kawasan ini harus diperlebar. Memang banyak kemalangan maut berlaku di sekitar selekoh jalan Kulim Junjung ini,” katanya.

Ahli Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) Hadzir Abdullah berkata, sebelum ini memang ada perancangan untuk melebarkan setiap selekoh di Jalan Kulim Junjung bagaimanapun gagal dilaksanakan kerana ia melibatkan tanah individu.

Menurutnya, apabila ini berlaku, kerajaan negeri atau kerajaan pusat terpaksa membeli tanah terlibat bagi tujuan melebarkan jalan.

Beliau berkata, ini bukan sahaja memakan kos yang tinggi sebaliknya mengakibatkan pengguna jalan memandu lebih laju kerana jalan lurus.

“Saya mencadangkan supaya pengguna mematuhi papan tanda yang dipasang di sekitar kawasan itu. Tanda amaran juga diletakkan untuk mengingatkan mereka supaya berhati-hati.

"Sekiranya pengguna jalan lebih peka terhadap masalah ini, saya percaya kemalangan maut dapat dikurangkan,” katanya.

-- Sinar Harian 

Rancang culik dan bunuh dari penjara

Rancang culik dari penjara
Ejen FBI mengumpul bukti berhubung penculikan Arthur Janssen di Atlanta.


SEORANG banduan yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup ditangkap kerana merancang penculikan dan pembunuhan dari dalam penjara menggunakan telefon bimbit yang sepatutnya tidak dimilikinya.

Kelvin Melton atau digelar Dizzy didakwa membuat rancangan menculik Frank Arthur Janssen dan membunuhnya sebagai membalas dendam atas hukuman yang diterima.

Peguan Thomas Walker berkata, Melton merancang jenayah itu bersama lima rakan lain termasuk Jevante Price dan dipercayai membuat sekurang-kurangnya 123 panggilan serta puluhan mesej ringkas.

“Melton menggunakan telefon bimbit dimiliki secara haram ketika menjalani hukuman penjara seumur hidup di Polk Correctional Instituition di Butner, Utara Carolina,” katanya.

Menurutnya lagi, Melton turut memberikan arahan secara khusus bagaimana untuk membunuh Janssen dan menghapuskan mayatnya.

Janssen dijadikan sasaran kerana anak perempuan mangsa merupakan pembantu peguam daerah yang mendakwa Melton.

Dalam kejadian penculikan itu, Janssen diserang sekumpulan lelaki yang memaksanya masuk ke dalam kenderaan dan kemudian dibawa ke Atlanta di mana dia telah dijadikan tebusan selama lima hari.

Bagaimanapun, mangsa dapat dibebaskan dan menerima rawatan perubatan di sebuah hospital berhampiran. – NY Daily

LGBT boikot Sultan Brunei kerana hudud




BANDAR SERI BEGAWAN - BRUNEI. Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) memboikot sebuah hotel bagi membantah dasar anti-gay selepas pemiliknya, Sultan Brunei akan memulakan hukuman rejam bagi pengamal homoseksual.

Sebelum ini, Brunei yang merancang melaksanakan hukuman hudud turut menghukum pesalah dengan cara sama bagi kesalahan jenayah termasuk liwat dan zina.

Difahamkan daripada laporan Daily Mail, buat masa ini, pengamal homoseksual hanya dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun.

Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagaimanapun memberi amaran, bahawa kod baru hukuman di Brunei itu melanggar hak asasi manusia antarabangsa.

--Sinar Harian 

Anwar tarik diri tanding Presiden PKR

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR


PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan presiden parti itu bagi menentang isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR, Datuk Johari Abdul berkata, penarikan itu sekali gus memberikan laluan mudah kepada Wan Azizah untuk menang tanpa bertanding.

Menurut Johari, pihaknya menerima surat penarikan diri minggu lalu daripada Anwar.

"Beliau (Anwar) bagi surat minggu lalu, saya hanya umumkan sekarang.

"Ketika sidang media terakhir dulu, beliau sudah bagi isyarat untuk tarik diri, tetapi banyak perkara berlaku seperti kematian Karpal Singh dan kes mahkamah lain," kata pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Azizah mengekalkan jawatan yang disandangkan sejak penubuhan parti pada 1999.

-- Sinar Harian 

Rumahtangga retak: Adam akan beri penjelasan?

Adam AF


Rumahtangga retak: Adam akan beri penjelasan?

NAMA Adam dan Fiza kembali menjadi perhatian selepas bekas ahli anggota Elite itu dikatakan memfailkan penceraian di mahkamah syariah di Shah Alam minggu lalu.

Khabar itu tentu sekali mengejutkan ramai selepas Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, menerusi kenyataan kepada beberapa portal hiburan minggu lalu memberitahu dia dan isterinya tidak bergaduh dan meminta agar semua mendoakan yang terbaik untuk rumah tangga mereka.

Ditebak sekali lagi mengenai perihal rumah tangganya, Adam berkata kepada Zass, : "Maaf saya tidak mahu komen mengenai hal peribadi. Tunggu saja masa dan ketikanya nanti, pasti akan mengetahuinya," jelas Adam yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.

Sebelum ini Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 33, dan Adam mengejutkan peminat dan industri seni apabila mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga September tahun lalu.

Pernikahan itu berlangsung dalam majlis serba sederhana di Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam selepas dua bulan berkenalan.

Bagaimanapun sebulan selepas itu, hal rumah tangga mereka menjadi perhatian apabila pasangan ini dikatakan bergaduh besar di stesen minyak dipercayai akibat perasaan cemburu Adam selepas Fiza terjumpa dengan bekas teman lelakinya.

Namun, Adam yang dihubungi selepas itu menjelaskan hubungan mereka masih dalam keadaan baik. Bagaimanapun beberapa bulan kemudian, sekali lagi perkahwinan Adam dan Fiza jadi bahan perhatian selepas Fiza dilihat memadam gambar-gambar suaminya di Instagram.


Luahan hati Fiza

Bagaimanapun usaha Zass untuk mendapatkan penjelasan daripada Fiza gagal apabila pelakon dan penyanyi itu tidak menjawab panggilan dan WhatsApp yang dihantar kepadanya.

Namun, Fiza menerusi akaun Instagram miliknya seolah-olah meluahkan perasaan mengenai apa yang dirasai ketika ini.

"Salam semua. Maaf andai saya ada berbuat silap atau terkasar bahasa. Saya benar-benar berharap agar semua di luar sana memahami perasaan saya sekarang ini. Janganlah ditanya bermacam-macam jenis soalan. Saya ini cuma wanita biasa yang ke kadang lemah dan tak mampu untuk menanggung beban.

"Tapi saya tahu dan pasti semua ini ketentuan dari pada ALLAH. Siapa yang mahu untuk jadi begini? Kalau disoal pada sesiapa pun, tak mungkin seseorang itu mahu menjalani kehidupan seperti saya. Hormatilah apa jua keputusan saya. Saya hanya merancang, tapi ALLAH lebih mengetahui segala-galanya.

"Saya cuma perlukan sokongan daripada anda semua untuk saya terus kuat dan maju ke depan. Apa yang terjadi dan bakal berlaku biarlah jadi rahsia antara saya dan ALLAH. Tak perlu untuk saya berkongsi ke semua cerita peribadi saya kepada umum.

"Harap semua dapat memahami ya. Doakan yang terbaik untuk kami. ALLAH adalah tempat saya berbicara dan mengadu, bukan dengan sesiapa pun. Kita sebagai makhluk ALLAH dan hambanya cuma perlu menadah tangan dan berdoa meminta pertolongan dari-Nya. Amin.”

-- Sinar Harian 

Liputan media menurun selepas hari ke-45

PERTH - AUSTRALIA. Liputan media berhubung pencarian pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 begitu ketara menurun setelah operasi mencari peringkat multinasional masuk hari ke-45 tanpa menunjukkan sebarang hasil.

Khemah-khemah media kelihatan berkurangan, demikian juga kelengkapan dan kenderaan yang biasanya diletakkan dekat Dumas House, di sini, di mana Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) biasa mengadakan sidang akhbar, atau di Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Pearce di Bullsbrook, kira-kira 40 minit pemanduan dari Perth. 

Selain maklumat harian terkini menerusi kenyataan di laman web atau e-mel rasmi pegawai JACC, tidak ada sidang akhbar dibuat sejak Isnin lepas.

Seorang pegawai media RAAF yang enggan dinyatakan namanya memberitahu Bernama dan wartawan Malaysia yang lain bahawa petugas media tidak lagi dibenarkan memasuki pangkalan itu untuk liputan berita sejak minggu lepas. 

Untuk operasi pencarian harian secara visual, kata pegawai wanita itu, ia diteruskan seperti biasa sebagaimana yang diberitahu oleh JACC pada pagi Isnin.

Fokus sekarang terhadap operasi di bawah laut melibatkan Kenderaan Dalam Air Autonomi (AUV) dipanggil Bluefin-21, yang ditugaskan sejak Isnin lepas.

Bagaimanapun, ini juga tidak menghasilkan sesuatu yang membawa kepada penemuan pesawat Boeing 777-200 itu yang hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada pagi 8 Mac.

Pada Sabtu, pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Bluefin-21 dijangka menyelesaikan tugas imbasan di zon pencarian dalam air minggu depan.

Perdana Menteri Australia Tony Abbott juga membayangkan baru-baru ini tentang perlunya mempertimbangkan kembali operasi mencari dan menyelamat jika tidak terdapat perkembangan terbaru.

Pihak media di sini menjangka satu sidang akhbar akan diadakan dalam sehari dua ini. - Bernama

Isu Shila Amzah berseluar ketat di China, ND Lala jelas hal sebenar


Isu Shila Amzah berseluar ketat di China, ND Lala jelas hal sebenar

Kontroversi pakaian penyanyi Shila Amzah di program hiburan stesyen televisyen China akhirnya dijawab oleh ND Lala yang merupakan bapa kepada penyanyi ini.

ND Lala menegaskan yang dia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas insiden yang tidak disengajakan itu.

"Timbul masalah pakaian kerana baju yang dibawa telah digunakan untuk persembahan lain dan akan makan masa jika berpatah balik ke hotel dan terpaksa memilih pakaian yang disediakan oleh pihak produksi.

"Seluar yang digayakan Shila ketika itu bukanlah seluar legging seperti yang didakwa, cuma warnanya sahaja yang agak tidak bersesuaian untuk wanita berhijab sepertinya," ujarnya pada sebuah portal hiburan tempatan.

Dalam perkembangan lain, Shila Amzah yang mengadakan sidang akhbar di Menara Kuala Lumpur telah mengesahkan akan mengadakan konsert di Shanghai, China pada 16 Ogos dan kembali semula ke Malaysia pada 13 September untuk menghiburkan peminat di tanah air pula.

Menurut laporan, Shila tidak berniat untuk mengutamakan peminatnya di China berbanding Malaysia kerana mengadakan konsert di sana terlebih dahulu.

"Konsert yang bakal terlaksana ini adalah impian saya dan berjanji akan memberikan persembahan paling istimewa buat peminat di Malaysia," katanya.

Bakal mengundang penyanyi antarabangsa dan berkerjasama bersama Jennifer Thomson dan Helen Yap, Shila dilaporkan bakal menyampaikan lebih 20 buah lagu berbahasa Malaysia, Mandarin dan Inggeris di dalam konsertnya nanti.
 

ND Lala Mengaku Bertanggungjawab

Penyanyi ND Lala memohon agar semua pihak tidak menghentam atau menyalahkan anaknya, Shila Amzah berhubung isu pemakaian Shila yang hangat diperkatakan sebelum ini. Shila yang kini sedang menempa nama di China dihentam gara-gara mengenakan pakaian yang menampakkan seolah-olah dia tidak memakai seluar ketika membuat persembahan di sana.

ND Lala ketika ditemui di sidang akhbar pengumuman 'Konsert Cinta Shila Amzah' di Menara Kuala Lumpur pada petang Jumaat menjelaskan bahawa dia akan mengambil sepenuh tanggungjawab terhadap perkara ini memandangkan pemilihan pakaian Shila pada ketika itu juga turut dipersetujui oleh pihaknya.

"Sebagai bapa, saya akan bertanggungjawab atas segala yang berlaku. Kesalahan itu patut diletakkan pada saya dan bukannya Shila. Saya berada bersamanya di mana sewaktu itu, Shila terlibat dalam rakaman lima buah program," ujar ND Lala menjawab bagi pihak Shila.

"Ketika selesai rakaman jam 1.30 pagi, pihak produksi meminta untuk merakamkan sebuah lagi lagu di mana pada waktu itu, penonton sudah balik. Ketika itu, hanya pakaian itu sahaja yang tinggal dan sebagai bapa, saya bertanya adakah ini saja pilihan yang ada?

Namun, dalam keadaan jam 1.30 pagi, tak kan kami nak pulang ke hotel dan kembali semula ke studio yang mengambil masa perjalanan lebih kurang dua jam. Disebabkan tiada pilihan lain, kami mengambil perkara ini dari sudut yang positif. Sebenarnya, Shila memakai seluar dan soal warna, itu sahaja warna yang ada ketika itu," jelas ND Lala kepada pihak media yang hadir.

Ketika pertemuan tersebut, ND Lala juga turut meminta agar semua pihak melihat anaknya itu sebagai ikon penyanyi. Menurut ND Lala, tidak adil rasanya untuk meletakkan Shila sebagai ikon Muslimah apatah lagi tanggungjawab tersebut sangat berat untuk dipikul.

GUA juga sempat bertanya kepada Shila berhubung perkara ini dan pelantun lagu 'Patah Seribu' ini memberitahu soal pakaian diuruskan oleh pihak pengurusan di sana. Tambah Shila, setiap manusia melakukan kesilapan dan dia akan cuba berhati-hati mengenai soal pemakaian selepas ini.