Friday, 8 May 2015

Hukuman penjara Salman Khan ditangguh sementara menunggu rayuan

Hukuman penjara lima tahun ke atas Salman Khan (gambar) ditangguhkan sementara menunggu rayuan. -Gambar fail

NEW DEHLI: Mahkamah Tinggi Mumbai menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara lima tahun ke atas pelakon filem Bollywood Salman Khan yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen pada Rabu berkaitan kes langgar lari pada 2002 sementara menunggu rayuannya.

Memetik laporan Bernama, Hakim Abhay Thipsay memutuskan bahawa merit rayuan akan didengar pada Julai selepas mendengar penghujahan pihak pendakwaan dan pembela mengenai ikat jamin interim bagi Salman yang berakhir hari ini.

Abhay memerintahkan Salman yang tidak hadir di mahkamah hari ini, supaya menyerah diri di mahkamah dan mengemukakan ikat jamin 30,000 rupees (kira-kira RM1,800)

Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pembela untuk membenarkan Salman membuat perjalanan ke luar negara.

Salman telah dikenakan ikat jamin sejak 2002 dan ikat jamin sementara selama dua hari pula berakhir hari ini.

Sejurus selepas keputusan mahkamah diketahui, sorakan kuat kedengaran berhampiran apartmen mewah pelakon itu oleh beribu-ribu peminat tegar pelakon itu yang berkumpul di situ sejak Rabu malam.

Pada Rabu, Mahkamah Sesyen memutuskan pelakon berusia 49 tahun itu bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian tanpa niat dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Salman dan denda 25,000 rupee (kira-kira RM1,500).

Salman disabitkan kesalahan melanggar kedai roti di tepi jalan semasa memandu kenderaan Toyota Land Cruiser pada 28 Sept 2002, menyebabkan kematian seorang dan mencederakan empat orang gelandangan yang sedang tidur di kaki lima jalan.

Dalam perkembangan berkaitan, netizen melahirkan rasa kecewa mereka terhadap sistem kehakiman negara India melalui hashtag #SalmanBailorJail di Twitter.

lost new born faith in Indian judiciary...in less than 48 hrs #SalmanBailOrJail— Yash Agrawal (@yash_sa) May 8, 2015

Salman disabitkan kesalahan melanggar kedai roti di tepi jalan semasa memandu kenderaan Toyota Land Cruiser pada 28 Sept 2002, menyebabkan kematian seorang dan mencederakan empat orang gelandangan yang sedang tidur di kaki lima jalan.

- Source: Astro Awani 

These are not your ordinary Volkswagen Jetta



If you want some pizzazz with your Jetta, you’d be delighted to know that Volkswagen has you covered. Last night, the German carmaker launched two limited edition versions of their C-segment sedan – Jetta Club Edition and Jetta Sport Edition.

The Jetta Sport Edition grabs the headlines. It comes with genuine Volkswagen Zubehör Aerokit, which includes front, side and rear skirts, a boot spoiler, SILEX 17-inch alloy wheels wearing Goodyear Assurance TripleMax rubbers, window tint and a Blaupunkt multimedia head unit with navigation.


Aside from the standard equipment such as the ‘Black Pyramid’ decorative inserts for dashboard and door trim panel, ‘Sienna’ fabric seat upholstery, multi-function display ‘Plus’ and six airbags, the Jetta Club Edition also comes with the Blaupunkt multimedia head unit with navigation. Additionally, the Jetta comes in Candy White, Reflex Silver, Platinum Grey and Deep Black.

Prices start from RM122,888 and is now open for booking. If you do fancy one, you better hurry as only 500 units of both variants will be assembled.

- Source: Astro Publication 

HTC One M9 Plus, a stunning designer phone - RM2,599

HTC One M9 Plus, a stunning designer phone with powerful imaging and audio experience

HTC Malaysia recently unveiled one of the its most advanced imaging and audio technologies in an HTC smartphone, the HTC One M9+.

The HTC One M9+ leverages HTC’s iconic all-metal design and combines it with significant new enhancements, including a 13.20 cm (5.2”) 2K display with a new Fingerprint authentication, HTC BoomSound with Dolby Audio surround sound for exhilarating multimedia experiences.

"We are thrilled to bring the luxuriously designed HTC One M9+ to our customers in Malaysia. The new HTC One M9+ delivers a combination of amazing imaging with 20 megapixel Duo Camera” said Faisal Siddiqui, President, HTC South Asia.

Exhilarating audio

The HTC One M9+ guarantees a larger-than-life soundtrack courtesy of HTC BoomSound. The combination of dual front-facing speakers with 5.1 channel Dolby Audio surround sound simulation, delivering extraordinary multidimensional cinematic listening. User can enjoy movies with theatre-like sound even without connecting headphones or external speakers.

The HTC One M9+ come with 3GB RAM and 32GB on-board storage version and expandable memory up to 2TB via microSD storage. It is available in Gold on Silver and Gunmetal Gray with the recommended price of RM2,599 inclusive of GST.

- Source: Astro Awani 

Nur Fitri tidak dibenarkan merayu kepada Mara - Shafie Apdal

Nur Fitri (gambar) tidak dibenarkan membuat rayuan dengan MARA untuk meneruskan pengajian di bawah agensi tersebut.

KUALA LUMPUR: Pelajar yang disabitkan kesalahan pedofilia baru-baru ini tidak dibenarkan membuat rayuan dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk meneruskan pengajian di bawah tajaan agensi itu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata demikian sebagai mengulas kes Nur Fitri Azmeer Nordin yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh sebuah mahkamah di London kerana kesalahan memiliki imej dan video pornografi kanak-kanak.

Beliau berkata kementerian dan Mara juga tidak akan melakukan rayuan terhadap hukuman yang dikenakan Nur Fitri Azmeer, 23, yang menuntut jurusan matematik di Imperial College London.

"Namun, anggota keluarga Nur Fitri Azmeer dibenarkan membuat rayuan terhadap hukuman itu," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini, hari ini.

Shafie berkata beliau tidak menyokong dan menolak sama sekali sebarang aktiviti berkaitan pornografi.

Sambil menegaskan kementerian dan Mara memandang serius perkara itu, beliau mengingatkan semua penuntut tajaan Mara supaya mematuhi undang-undang yang ditetapkan di mana sahaja mereka berada.

Menurut laporan media, Nur Fitri Azmeer ditahan semasa serbuan polis di tempat tinggalnya di Queensborough Terrace pada 20 Nov 2014.

Dia mengaku bersalah di mahkamah terhadap 17 kesalahan memiliki bahan pedofilia dengan niat untuk mengedarkannya.

- Sumber: Bernama

Stylish Mother Daughter Duos





Good genes more often than not run in the family, but good taste and style, that’s learnt and perhaps if the fashion gods are kind – you’ll have flair and pizzazz as inherently as you breathe. But, if your mother is Hollywood royalty and huge in the entertainment business, she’ll be able to show you the ropes and teach you some of her style secrets. Maybe we might not have the money to purchase a new designer outfit everyday or to spend on our appearances with spa treatments or salon sessions, but we can still rock a look confidently alongside our dazzling mother.


In honour of Mother’s Day, we’ve rounded up some of the chicest moms and their equivalently cool daughters, from Madonna and her teenage daughter Lourdes Leon to the uber-beautiful Demi Moore and her rising-actress daughter, Rumer Willis. We salute all mothers for being there for their little (or not so litte) ones and taking them down the road of “on point”-ness in the fashion world. These moms prove that even with tight schedules, jet setting around the globe, working from a film set, or being in front of the camera never comes before tucking their kids to bed or providing mentorship when it comes to imparting style associated ‘words of wisdom’.

Clearly the apple does not fall far from the tree with these stunning daughters, but with high profile trendy moms like theirs, it’s hard to not be just as fabulous!


Demi Moore and Rumer Willis - both stylish, both have great genes (Rumer definitely got a good dose of Bruce Willis' genes) and they both have uniquely edgy sense of style. Rumer Willis dished that if she could raid any one celeb's wardrobe, she would choose the one she's been rummaging through her whole life, her own mum!

“My mom (Demi Moore) has got some great stuff," the Dancing With the Stars standout, 26, said in US magazine. "She's been collecting vintage clothes since she was my age—maybe even younger, like 16—so she has some really great things in there." They are the epitome of mother-daughter cool!



Madonna and Lourdes Leon: Madonna's 17-year-old daughter has a distinctive mishmash, 'rockstar' style of her own, but she teamed up with her mother to design the Material Girl clothing line. 



Melanie Griffith and Dakota Johnson: Griffith’s 25-year-old daughter is both a model and an actress in her own right. She certainly has big shoes to fill as Melanie has earned a Golden Globe award and several Oscar nominations. Fifty Shades of Grey star Dakota has undoubtedly been taking style advice from mum and they are both effortlessly stylish.



Zoe Kravitz and Lisa Bonet: The X-Men actress, singer and style risk-taker has two fashion-forward parents: rocker Lenny Kravitz and actress Lisa Bonet, who's best known for her role on The Cosby Show. It seems Zoë didn't just copy her mum's illustrious braids but also her out-there, slightly more daring fashion choices.




Beyoncé and Blue Ivy: Because of course the 'Queen of Pop''s daughter will be the most chic little baby out there. The adorable and uber-stylish 3-year-old is pampered to the max with ensembles we would even covet for ourselves. Queen Bey shows off her bundle of joy in the most fashionable way possible - just look at Blue's custom-made studded leather jacket!

- Source: Astro Publication 

Audi TT Generasi ke-3 tiba di Malaysia - RM284,900


Generasi ketiga Audi TT sudah melangkah kaki ke pasaran Malaysia, kereta sport yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 1998. Sekarang, ia masih mengekalkan unsur ketangkasan dan rekaan yang jelas menggambarkan ciri dinamik coupe ini.

Audi TT baharu ini hadir hanya di dalam satu varian iaitu dengan enjin 4-silinder, 2.0-liter TFSI yang menghasilkan 230hp dan 370Nm (tork dari pada 1,600rpm hingga 4,300rpm). Pecutan 0-100km/j mengambil masa 5.9 saat sebelum mencecah kelajuan maksima 250km/j.

Pacuan roda hadapan disempurnakan oleh kotak gear 6-kelajuan S Tronic. Audi mendakwa kadar penggunaan petrol adalah 6.3 liter/100km.

Dilihat pada luarannya, model TT sekarang mempunyai bentuk yang lebih bersegi, namun masih dengan badan yang sesuai dengan imej rangginya. Berbanding dengan generasi pertama, ia sekarang mempunyai wheelbase yang lebih panjang, tetapi dengan jarak overhang depan dan belakang yang dipendekkan; bahkan nilainya sama dengan generasi pertama dahulu.

Mungkin ada tertanya kemampuan kereta ini dari sudut praktikalnya – ia mempunyai kapasiti 2+2 penumpang. Ruang but pula adalah 305 liter iaitu 13 liter lebih berbanding model sebelumnya. Ia juga boleh dibesarkan kepada saiz 712 liter apabila kerusi belakang dilipat.


Spoiler belakang naik dengan automatik apabila kelajuan kereta melepasi 120km/j dan turun semula apabila mencapai 80km/j. Spoiler ini juga salah satunya komponen penting yang dibuat daripada besi, yang lain adalah daripada aluminium mengikut teknologi Audi Spaceframe untuk mendapat berat kenderaan yang lebih ringan.

Yang paling mencuri perhatian adalah ciri yang hanya memanfaatkan pemandu sahaja, tetapi cukup canggih. Panel meter elektronik bukanlah sesuatu yang baharu, beberapa syarikat lain pun ada menggunakannya tetapi tidak pernah untuk keseluruhan ruang panel tersebut.


Kokpit maya Audi mengambil kesemua ruang di panel meter, menjadikannya sangat dinamik dari segi penyampaian maklumat. Peta arah sistem navigasi GPS juga boleh dipaparkan – dan dalam saiz besar, memenuhi skrin 12.3 inci – agar perhatian pemandu sentiasa kehadapan kereta dan bukan menoleh ke tengah papan pemuka, di mana skrin sistem navigasi selalunya terletak.

Skrin yang sama turut digunakan oleh MMI Radio dengan MMI Touch.

Selalunya corong penghawa dingin bukanlah satu komponen yang perlu diberi perhatian, tetapi di dalam Audi TT, kawalan penghawa dingin dibina sekali ke dalam corong ini. Bukan sahaja menjadikan papan kemuka lebih ringkas tetapi lebih intuitif kepada pemandu. Rekaan turbin enjin jet yang digunakan adalah satu ciri klasik untuk model ini.
Untuk keselamatan, Audi TT baharu ini dilengkapi ESC, kawalan cengkaman (ASR) dan electronic differential lock.

Audi TT generasi ke-3 ini dijual dengan harga RM284,900.

- Sumber: Astro Publication 

Wang ini bukan milik Tabung Haji, kenapa guna untuk selamatkan 1MDB? - Tun M

DR MAHATHIR: Wang Tabung Haji adalah daripada pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik.

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan rasa kurang senang beliau dengan perkembangan mutakhir membabitkan Lembaga Tabung Haji.

Melalui catatan terbaharunya di blog chedet.cc, Dr Mahathir menyatakan kesedihannya apabila wang caruman Tabung Haji digunakan untuk pemulihan hutang 1MDB melalui pembelian tanah seluas satu setengah ekar milik 1MDB pada harga RM188.5 juta.

“Wang yang ditabung sejak penubuhan Tabung Haji sudah meningkat sehingga ribuan juta ringgit. Wang ini boleh dilabur supaya keuntungan dapat membantu pengurusan Tabung Haji dan subsidi kepada bakal haji.

“Wang Tabung Haji adalah daripada pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji,” ujar beliau.

Mahathir turut membandingkan nilai harga tanah seluas 70 ekar Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli 1MDB pada harga RM194.1 juta, sedangkan Tabung Haji membeli hanya satu setengah ekar pada harga RM188.5 juta.

“Untung besarlah 1MDB. Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan bumiputra. Tetapi 1MDB telah mengenepikan projek ini. Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya?” soal Dr Mahathir.

“Wang Tabung Haji adalah daripada pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji,” - Tun Dr Mahathir

Tambah beliau, pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji dapat diurus untuk faedah mereka, tetapi masalahnya wang itu digunakan pula untuk menyelamatkan 1MDB yang kerugian berbilion ringgit.

“Rancangan ini perlu dibatal sekarang juga,” tegas Dr Mahathir.

Sementara itu, Dr Mahathir turut menyentuh pendirian Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengenai siasatan ke atas ahli perniagaan Jho Low dan anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz.

"Sebenarnya laporan telah dibuat oleh pihak lain (ke atas Jho Low dan Riza) tetapi tidak ada siasatan yang dibuat oleh sesiapa. Sebaliknya pihak yang melapor dimufliskan dan rumahnya telah digeledah.

"Jika Tunku Aziz begitu prihatin terhadap gejala rasuah, siasatlah dan laporlah kes-kes berkenaan. Buktikan juga yang saya lesap duit kerajaan.

"Jika tidak dapat diam sajalah," kata beliau.

- Sumber: Astro Awani 

Mila Jirin bakal kahwini pengurus

Mila Jirin dan Isz Mustapha.

PELANTUN lagu 'Persis Mutiara', Mila Jirin dilaporkan bakal menamatkan zaman bujang bersama kekasih hati yang merangkap pengurusnya, Isz Mustapha.

Biarpun belum mendedahkan tarikh sebenar penyatuan mereka berdua, Mila memberi bayangan bahawa majlis berkenaan berkemungkinan akan berlangsung selepas hari raya ini, lapor Media Hiburan.

“Memang kami merancang untuk berkahwin dalam tahun ini. Mungkin selepas raya. Nak cakap bila tu memang tak dapat lagi.

“Saya dan bakal suami juga perlu menguruskan banyak perkara membabtikan selok belok agama seperti kursus kahwin dan menanti tarikh dari tok kadi,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

Isteri duta Malaysia ke Pakistan maut dalam nahas helikopter

Isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datin Habibah Mahmud, adalah antara enam yang terbunuh apabila helikopter yang dinaiki terhempas ke atas sebuah sekolah di utara Pakistan. -AFP

KUALA LUMPUR: Isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datin Habibah Mahmud, adalah antara enam yang terbunuh apabila helikopter yang dinaiki terhempas ke atas sebuah sekolah di utara Pakistan.

Dilaporkan tiada murid di dalam sekolah berkenaan ketika kejadian kerana ia ditutup.

Menurut laporan rasmi pihak berkuasa tentera, turut sama berada di dalam helikopter berkenaan adalah isteri duta Indonesia, duta Norway Leid H.Larsen, Duta Filipina D. Lucenario Jr dan dua orang juruterbang tentera.

Nahas turut disahkan oleh jurucakap Tentera Pakistan Asim Bajwa menerusi laman Twitternya.

Helikopter jenis MI-11 itu membawa 11 tetamu kehormat asing dan enam warga Pakistan.

Menurut saksi, helikopter berkenaan merempuh bangunan sekolah ketika melakukan pendaratan cemas. Bagaimanapun, punca nahas masih belum diketahui.

Wisma Putra yang dihubungi Astro AWANI memaklumkan pihaknya masih cuba mendapatkan pengesahan.

Habibah, yang merupakan isteri kepada Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar, diberitakan menyertai konvoi tiga helikopter yang membawa delegasi diplomat asing dan bantuan ke Gilgit, Pakistan di wilayah bergolak Kashmir.

- Sumber: Astro Awani 

Khairy Jamaluddin: Kementerian Kewangan, TH sila jelaskan!

Khairy Jamaluddin

SHAH ALAM – Pemuda Umno menuntut penjelasan daripada Kementerian Kewangan dan Lembaga Tabung Haji (TH) berhubung pembelian tanah Tun Razak Exchange (TRX) bernilai RM188.5 juta yang mendapat tumpuan umum, semalam.

Melalui satu kenyataan media, Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui pihaknya bimbang dengan isu pembelian tanah TRX itu.

“Yang menjadi pertikaian dalam pembelian tanah TRX ini adalah cara bagaimana transaksi ini dilaksanakan. Di sini Pemuda Umno memohon penjelasan daripada pihak Kementerian Kewangan dan juga TH dalam beberapa perkara.

“Pemuda Umno menggesa agar soalan-soalan ini dijawab dengan segera. Tujuan soalan-soalan ini ditanya adalah untuk mendapat pencerahan yang lebih lanjut memandangkan pembelian yang dibuat oleh TH ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi yang mengundang kemarahan rakyat.

“Umum mengetahui isu 1MDB ini sudah menjadi semakin runcing. Pemuda Umno amat risau sekiranya institusi seperti TH digunakan untuk menyelamatkan 1MDB. Sebarang usaha untuk menyelamatkan 1MDB yang boleh merugikan rakyat tidak boleh diterima,” katanya.

Semalam, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah mengesahkan badan berkanun itu telah membeli sebidang tanah bernilai RM188.5 juta di TRX milik 1MDB bagi pembangunan sebuah menara kediaman namun menafikan pembelian Signature Tower melibatkan kos RM 578 juta.

Antara persoalan yang dibangkitkan Pemuda Umno termasuk membangkitkan bagaimana wang hasil jualan tanah itu akan digunakan.

“Berapakah harga yang dibayar oleh 1MDB untuk tanah keseluruhan TRX dan daripada itu berapa harga yang dibayar oleh 1MDB secara pro rata bagi tanah yang dijual kepada TH sebesar 1.56 ekar ini?

“Apakah benar perancangan awal sebelum tanah TRX dijual kepada 1MDB, adalah untuk kerajaan menjual tanah ini kepada Pelaburan Hartanah Berhad, iaitu sebuah syarikat di bawah Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera yang ditubuhkan untuk meningkatkan pemilikan hartanah di kalangan masyarakat Bumiputera?

“1MDB akan menerima RM188.5 juta daripada penjualan tanah ini kepada TH. Duit ini akan diguna untuk tujuan apa?,” ujarnya.

Dalam kenyataan sama, beliau turut membangkitkan beberapa persoalan untuk dijawab TH.

“Tidakkah berlaku satu konflik kepentingan dalam transaksi ini memandangkan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail, juga merupakan Ahli Lembaga 1MDB? Apakah wujud konflik kepentingan lain yang melibatkan pegawai kanan TH dalam transaksi ini?

“Adakah benar, diskaun yang kononnya diberi oleh 1MDB dalam penjualan tanah ini sebenarnya ditawarkan kepada TH atas persetujuan TH membayar 100 peratus daripada harga tanah ini sebaik sahaja Perjanjian Jual Beli (SPA) dimeterai?

Sekiranya tidak, bilakah pembayaran penuh untuk tanah ini akan diselesaikan? Adakah TH pernah menyelesaikan pembayaran 100 peratus bagi mana-mana bidang tanah yang dibeli sebaik sahaja SPA ditandatangani sebelum ini?

“Apa asas penilaian yang dibuat oleh Panel Pelaburan TH yang meluluskan pembelian ini?

Apakah benar laporan risiko yang dibuat merumuskan pelaburan ini sebagai berisiko tinggi?

Apakah benar pembelian bidang-bidang tanah yang dibuat di kawasan berhampiran dibeli pada harga yang lebih redah daripada apa yang dibayar oleh TH untuk tanah ini?,” tanyanya.

- Sumber: Sinar Harian 

Najib ada kuasa hentikan pembelian tanah 1MDB oleh Tabung Haji - Rafizi


Rafizi berkata perkara demikian boleh dilakukan tanpa melanggar undang-undang memandang ia adalah dalam bidang kuasa Najib dan Tengku Adnan. - Foto Fail

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor boleh menggunakan kuasa mereka untuk menghentikan urusniaga pembelian tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Tabung Haji (TH).

Menurut Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli,perkara demikian boleh dilakukan tanpa melanggar undang-undang memandang ia adalah dalam bidang kuasa Najib dan Tengku Adnan.

“Kuasa untuk meluluskan pindahmilik tanah selepas sesuatu urusniaga jual beli adalah kuasa Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan iaitu di bawah tanggungjawab Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan serta Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

“Kesemua ini boleh dilakukan tanpa melanggar undang-undang dan ia adalah dalam bidang kuasa Najib dan Tengku Adnan,” kata Rafizi dalam satu kenyataan kepada media.

Kata Rafizi, perjanjian jual beli ini masih boleh diselamatkan memandangkan 1MDB belum memenuhi semua syarat-syarat jual beli.

“Saya yakin bahawa perjanjian jual beli tanah yang melibatkan dana sebanyak RM188.5 juta ini belum dimuktamadkan kerana hakmilik belum dipindakmilikkan kepada TH.

“Oleh yang demikian, ada peluang untuk menghentikan jual beli ini untuk membolehkan dana RM188.5 juta milik pendeposit TH (termasuk simpanan saya sendiri) tidak disentuh,” katanya.

Rafizi turut memaklumkan bahawa satu perjumpaan dengan semua pendeposit Tabung Haji pada 13 Mei jam 9 malam bagi mendesak supaya Kerajaan Persekutuan menggunakan kuasanya menghentikan penggunaan dana TH ini.

Sementara itu Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berpendapat bahawa pihak TH seharusnya membatalkan urusniaga pembelian hartanah milik 1MDB.

Husam turut berkata, pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini sepatutnya meletakkan jawatan.

“Langkah TH membuat laporan polis kebocoran maklumat rasmi berkenaan pembelian hartanah milik 1MDB adalah memalukan. Langkah lebih mulia adalah membatalkan pembelian itu.

“Bahkan langkah mulia juga adalah pihak bertanggungjawab agar meletakkan jawatan termasuk atas sebab kebocoran yang memalukan itu sendiri, selain tindakan pembelian yang tidak dapat diterima itu” kata Husam dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Terdahulu, laman blog The Benchmark serta beberapa blog lain telah memuat naik beberapa dokumen yang memaparkan TH telah membeli dua plot tanah di TRX pada harga RM772 juta, menggunakan wang pendeposit yang disimpan dalam syarikat berkenaan dan bukannya wang kerajaan.

Perkara ini telah mencetuskan kontroversi dengan beberapa pihak mengetengahkan bahawa langkah TH adalah untuk menebus sebahagian hutang 1MDB yang bernilai RM42 bilion.

Sehubungan dengan itu, TH telah membuat laporan polis pada Khamis berhubung 'pembocoran' dokumen Tabung Haji dalam urusan pembelian tanah di pusat kewangan TRX.

Laporan yang dibuat oleh Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah di Balai Polis Dang Wangi itu antara lain menyatakan blog 'The Benchmark' didakwa memanipulasi fakta berkaitan pelaburan yang dilaksanakan TH untuk pembelian tanah di TRX. 

- Sumber: Astro Awani 

ESSCom sahkan terima laporan kes rompakan di Pulau Bait, Semporna

Insiden rompakan tersebut dikatakan berlaku kira-kira 3 pagi Khamis (7 Mei), di kawasan kolam udang di Pulau Bait, membabitkan lima lelaki bersenjatakan senapang dan sepucuk pistol. -Gambar hiasan

LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengesahkan bahawa Polis Daerah Semporna menerima laporan dipercayai berhubung kes rompakan bersenjata di Pulau Bait, Semporna.

Komander ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun berkata polis sedang menyiasat perkara itu, manakala ESSCom pula melakukan operasi untuk mengesan penjenayah terbabit.

Beliau, bagaimanapun berkata setakat ini pihaknya belum dapat mengesahkan sama ada penjenayah tersebut bersenjata atau sebaliknya.

"Pada peringkat ini kita tidak boleh kaitkan insiden tersebut dengan penjenayah Sulu dari Filipina atau anggota Kidnap For Ransom (KFR) kerana orang tempatan juga ada yang menjadi perompak," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Insiden rompakan tersebut dikatakan berlaku kira-kira 3 pagi Khamis (7 Mei), di kawasan kolam udang di Pulau Bait, membabitkan lima lelaki bersenjatakan senapang dan sepucuk pistol.

Ketika kejadian, terdapat dua pekerja, namun mereka tidak dicederakan sebelum perompak melarikan beberapa barangan antaranya telefon bimbit, komputer riba, enjin sangkut serta dompet pekerja berkenaan yang mengandungi kad pengenalan dan wang tunai.

Laporan polis dibuat oleh salah seorang pekerja tersebut di Balai Polis Semporna.

Dalam pada itu, Abdul Rashid berkata pihaknya menerima pelbagai maklumat bahawa sekumpulan penjenayah bersenjata dilihat di sebuah ladang sawit di Kinabatangan.

Beliau berkata pihaknya telah melancarkan operasi di kawasan tersebut dengan menggunakan segala kekuatan yang ada, selepas menerima laporan daripada orang ramai.

"Selain itu, kita juga mahu membiasakan anggota kita dengan persekitaran hutan di kawasan berkenaan untuk membuat pembersihan terutama di kawasan yang tiada kem tentera dan balai polis.

"Setakat ini, kita tidak menemui apa-apa yang mencurigakan namun kawalan keselamatan sentiasa dipertingkatkan sebagai langkah berjaga-jaga supaya tidak berlaku insiden tidak diingini," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak panik kerana keadaan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) adalah terkawal dan jika ada keraguan, mereka boleh menghubungi Bilik Gerakan ESSCom di talian 089-863181 atau balai polis berhampiran.

- Sumber: Bernama

Lelaki 33 tahun dirogol tiga wanita di Afrika Selatan

Seorang lelaki di Afrika Selatan telah diculik dan dirogol oleh tiga wanita yang mahu mengambil semen lelaki berkenaan. -Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki di Afrika Selatan diculik dan dirogol oleh tiga wanita yang mahu mengambil semen lelaki berkenaan.

Memetik laporan Metro.uk, tiga wanita dalam kereta BMW berwarna hitam berhenti dan berlakon seolah-olah bertanyakan arah jalan kepada mangsa sebelum menculiknya.

Lelaki berusia 33 tahun itu kemudian bertindak menyelamatkan diri, namun ketiga-tiga suspek berkenaan dikatakan telah pun membuatkan mangsa khayal dengan memaksanya minum sesuatu daripada botol.

Mangsa kemudian dirogol dan semennya diambil lalu disimpan dalam kotak peti sejuk.

Tiga wanita itu kemudian meninggalkan lelaki berkenaan di sebuah tempat 500km dari Bandar Port Elizabeth. 

Menurut Konstabel Mncedi Mbombo, air minuman yang diberi itu telah merangsang lelaki itu walaupun dia dalam ketakutan dan enggan melakukan hubungan seks.

Mbombo juga berkata insiden ini amat pelik kerana mereka tidak pernah mendengar perkara sebegitu berlaku sebelum ini.

- Sumber: Astro Awani 

Kawan karib bantu rakan bunuh diri


Gambar diperoleh dari portal Metro.Uk

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 22 tahun dilaporkan membantu kawan baiknya, Emma Crossman, 21 untuk membunuh diri atas tanda kesetiaan terhadap sahabatnya, lapor Metro.UK.

Emma Crossman, 21, ditemui mati di rumahnya di Sleaford, Lincolnshire, pada tahun lepas dengan meninggalkan nota, 'Selamat tinggal, saya sayang anda semua.'

Menurut Lincoln Crown Court, rakan baik, Amelia Caller, 22, digambarkan agak taksub dengan Emma Crossman sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk Emma.

Manakala, bekas teman lelaki Emma, Adrian Kemp, 56, memberitahu Lincoln Crown Court hari ini bahawa dia sering menerima mesej ugutan daripada Emma bahawa dia ingin membunuh diri. Tetapi , Adrian tidak terfikir bekas teman wanitanya itu akan bertindak sebegitu.

Pelukis tatu itu menyatakan bahawa dia telah putuskan hubungan dengan Emma sebulan sebelum bekas teman wanitanya meninggal dunia.

Difahamkan, walaupun pasangan itu sudah berpisah tetapi mereka berdua masih menetap di rumah yang sama.

Menurut Adrian, dia tidak sangka Emma akan mengambil keputusan untuk bunuh diri kerana selama ini, Adrian beranggapan ugutan Emma hanya semata – mata untuk mencari simpati daripadanya.

Malah, Adrian juga menyatakan bahawa dia pernah merampas beberapa gas daripada Amelia yang dipercayai dibeli untuk kegunaan Emma.

Sebelum ini, pihak pendakwa menyatakan Amelia Caller yang juga dikenali sebagai Emily telah membantu kawannya untuk membunuh diri dengan membekalkan gas sebagai tanda kesetiaan.

“Amelia dikatakan taksub dengan Emma sehingga sanggup lakukan apa sahaja untuk dia.

Mereka suka meluangkan masa bersama, terutamanya selepas dia (Emma) berpisah dengan pasangannya,” kata pendakwa raya Mark McKone.

Bagaimanapun, Amelia diakui tidak bersalah atas dasar bahawa dia tidak berfikir rakannya akan membuat keputusan untuk bunuh diri.

Mahkamah menjelaskan bahawa Emma Crossman mengalami kemurungan diri yang berbahaya dan perkara itu bertambah buruk selepas Emma berpisah dengan dengan bekas teman lelaki pada akhir tahun 2013.

Perbicaraan kes ini akan diteruskan sehingga bukti yang kukuh dikemukakan. 

- Sumber: Astro Awani 

Ibu buta melihat anak kali pertama dengan bantuan imej 3D

Ibu buta melihat anak kali pertama dengan bantu imej 3D

KUALA LUMPUR: Setiap pasangan yang bakal menjadi ibu bapa akan mengalami masa yang istimewa sebelum melihat anak mereka buat kali pertama.

Walaupun kegembiraan sebegini tidak sebegitu menyebelahi pasangan yang buta tetapi dengan kecanggihan teknologi, mereka kini turut boleh merasai kegembiraan yang tidak ternilai itu.

Video yang diterbitkan oleh Huggies Brazil ini menceritakan kisah benar seorang wanita Brazil buta yang hamil, Tatiana Guerra.

Dia difahamkan kehilangan penglihatan pada usia 17 tahun.

Video berdurasi 4 minit itu bermula dengan Tatiana menceritakan kegembiraan wanita hamil itu dan bagaimana dia tidak sabar untuk melihat anak pertamanya.

Menurut Tatiana, kegembiraannya tidak ternilai apabila dia dapat merasai pergerakan bayinya dalam perut wanita itu.

“Saya seolah – olah mempunyai kuasa ghaib yang tidak membahayakan,” katanya.

Hasrat bakal ibu untuk melihat bayinya dapat dilihat dengan rungutan Tatiana yang tidak sabar untuk menyentuh dan bermain dengan bayinya. 

Perkara yang menyentuh hati ialah akhirnya keinginaan Tatiana dijawab oleh pakar perubatan dengan bantuan imej 3D.

Tatiana dikejutkan dengan imej cetak 3D anaknya semasa sesi Ultrasound dimana wanita itu dapat menyentuh dan merasai setiap anggota bayinya itu.

"Saya amat gembira kerana dapat melihat Murilo sebelum dia dilahirkan," kata Tatiana sambil menitiskan air mata. 

- Sumber: Astro Awani 

Kami ada rancang adakan ‘reunion’

  • Kami ada rancang adakan ‘reunion’
  • Kenangan Nurul dan Nova ketika di zaman persekolahan.

SHAH ALAM - “Kami ada rancang untuk adakan ‘reunion’ akhir tahun ini, namun ALLAH lebih menyayangi arwah," demikian luahan kawan karib Allahyarham Nova Safitri Azhari, Nurul Azwie Mira Azman, 27.

Nova bersama suami dan bayi perempuan mereka maut dalam kemalangan maut di Lebuhraya Duke Sabtu lalu.

Nurul berkata, beliau tidak menyangka pertemuan beliau ketika menghantar seorang kawannya ke lapangan terbang sebelum berangkat ke Jakarta merupakan pertemuan terakhir beliau dengan Allahyarham.

“Kami ada berjumpa, ketika itu kami ingin menghantar sahabat saya (Hasanah) ke Jakarta, untuk tujuan bekerja di sana.

“Waktu kami bertemu itu, dia ada cakap dia ingin berjumpa dengan semua kenalannya akhir tahun ini, sebab waktu kami bertemu ketika itu hanya melibatkan lima rakan sahaja,” kata Nurul kepada Sinar Online.


Nurul yang merupakan rakan sekolah Nova ketika bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Slim River sesi 2004, 2005 berkata, Nova merupakan sahabat yang periang dan baik hati.

“Dia juga merupakan orang yang terkenal di sekolah,” katanya.

Berbicara lanjut, Nurul berkata, Nova tidak menunjukkan apa-apa perubahan sebelum dia kemalangan Sabtu lalu.

“Reaksi dia seperti biasa, riang dan gembira, tiada perubahan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nurul berharap mereka yang menjadi punca kepada kematian Nova dibawa kemuka pengadilan.

“Saya harap mereka yang berlumba itu tampil ke hadapan dan mengaku kesalahan mereka.

“Kasihanilah dekat anak Allahyarham yang masih kecil, tolong sangat-sangat supaya pembunuh itu dapat ditangkap dengan segera, “tegasnya.

Terdahulu, sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan maut dalam nahas kira-kira pukul 1.05 pagi Sabtu membabitkan tiga kenderaan di KM6.2 Lebuhraya Duke.

Pasangan itu ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.

Pasangan suami isteri berkenaan meninggalkan dua orang anak, Nur Firuza Amira, 7 dan Nur Firuza Aqila, 4.

- Sumber: Sinar Harian 

Henti tabur fitnah, hukum Yana

Kelihatan sebuah kereta Produa Myvi dipercayai milik Yana diletakkan di hadapan rumah.

SABAK BERNAM – [KEMASKINI] “Dugaan ini satu hikmah, saya reda kerana dapat hidayah tertinggi daripada ALLAH,” itu luahan ahli keluarga terdekat seorang ahli Familia Myvi Club (FMC) dikenali sebagai Yana berikutan beberapa kenyataan kontroversi wanita itu dalam media sosial yang menafikan ahli kelab terbabit terlibat dalam kemalangan di Kilometer 6.2 Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (Duke).

Sumber terdekat keluarga itu berkata, Yana mengambil keputusan untuk berdiam diri dan berharap masyarakat berhenti menabur fitnah di laman sosial serta menghukumnya.

Katanya, pihak keluarga Yana juga membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam kelmarin, selepas mendapati Yana dihentam teruk pihak tertentu yang sengaja mengambil kesempatan.

“Saya tak nak kecoh-kecoh, biarlah apa orang nak kata sekali pun. Selagi kami di pihak yang benar, kami tak takut, buat apa nak lari kalau tak salah. Yana tak ke mana-mana, apa yang dikatakan dalam Facebook (pihak yang menubuhkan Facebook Yana FMC) semuanya tak benar,” katanya.

Sumber itu berkata, berita yang disiarkan itu dikendalikan oleh individu yang sengaja menjadikan Yanasebagai mangsa keadaan.

“Biarlah ALLAH yang balas. Cerita itu tak benar dan diputarbelitkan. Kami tak minta makan minum, takmencuri, bukan pengemis atau peminta sedekah. Tolonglah jangan ganggu kami lagi, berilah kamiruang untuk bertenang,” rayunya.

Sumber itu turut menafikan Yana mempunyai ‘kabel orang dalam’ dan merupakan ahli Puteri Umno seperti yang didakwa.

"Perkara itu tidak benar dan disebarkan pihak tidak bertanggungjawab menerusi Facebook Yana FMC," katanya.

Yana sebelum ini turut mencetuskan kontroversi apabila ramai pihak mengecam tindakannya selepas menyebarkan status di aplikasi WhatsApp menyatakan dia mempunyai kenalan pegawai polis berpangkat tinggi sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat.


Kelmarin, usaha Sinar Harian untuk menemui Yana di rumahnya di Jalan Pegawai, di sini, tidak kesampaian setelah ibunya memaklumkan wanita berusia 24 tahun itu tiada di rumah kerana berjumpa dengan keluarga mangsa nahas terbabit.

Ibunya meminta Sinar Harian berjumpa ahli keluarganya termasuk Yana keesokan harinya (semalam) bagi membolehkannya berbincang dengan ahli keluarga yang lain berhubung hasrat wartawan mendengar penjelasan dan pengakuan daripada Yana sendiri tentang isu berkenaan.

Bagaimanapun, Sinar Harian yang tiba di rumah keluarga Yana semalam hampa, selepas keluarganya mengambil keputusan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.

Salah seorang jiran mereka yang enggan dikenali berkata, sejak peristiwa kemalangan itu, nama Yanatiba-tiba hangat diperkatakan.

“Mulanya tak tahu, tapi anak saya ada tunjukkan Facebook dan laporan berita tentang Yana di surat khabar. Tapi, saya tak tahu perkara ini benar atau sengaja dibuat,” katanya.

Seorang rakan sekerja Yana yang enggan identitinya didedahkan berkata, Yana sebelum ini pernah membuat pengakuan dalam grup WhatsApp rakan sekerjanya, memaklumkan dia menjadi mangsa keadaan selepas kenyataannya yang dihantar dalam satu grup Whatsapp di ‘screenshot’ oleh salah seorang ahli grup berkenaan.

Menurutnya, kenyataan Yana merujuk kepada ‘orang dalam’ juga bukan serius dan hanya dianggap sebagai mengusik kawan-kawannya dalam grup tersebut agar bertenang.

“Kami simpati dengan apa yang berlaku kepada Yana. Dia ada beri penjelasan dia tak terlibat dalam kemalangan itu. Kita harap supaya pihak di luar sana berhenti daripada terus mengutuk dan menghukum Yana.

“Cukuplah penderitaan yang dia terpaksa tanggung selama ini. Hentikanlah kritikan dan kutukan terutama di media sosial kerana ia mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

Rakannya itu juga turut menyifatkan Yana sebagai seorang rakan setugas yang baik dan bersikap lemah-lembut dalam pergaulan, selain aktif dengan setiap program yang dianjurkan kelab berkenaan.

“Kenal dulu Yana, baru tahu dia macam mana, jangan tuding jari, tuduh macam-macam. Berilah dia peluang dan jangan menangguk di air keruh,” katanya yang memaklumkan Yana tidak hadir bekerja sejak berita mengenainya tersebar.

Puteri Umno nafi

Puteri Umno Bahagian Sabak Bernam menafikan Yana mempunyai sebarang rekod keahlian di 35 cawangan Puteri bahagian itu .

Ketuanya, Nor Farhana Alham berkata, hasil semakan pihaknya mendapati, Yana bukan ahli Puteri Umno bahagian, sebaliknya hanya mendaftar sebagai pengundi di Kampung Banting, Sabak Bernam.

Menurutnya, wanita yang tinggal di Sabak Bernam itu dipercayai mendaftar sebagai pemilih dengan menggunakan alamat rumah datuknya.

“Kami dah buat semakan nama dan nombor MyKad mendapati dia bukan ahli Puteri dan tidak pernah mendaftar sebagai ahli Puteri Umno Sabak Bernam dan Malaysia seperti yang ditegaskan Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebelum ini,” katanya.

Nor Farhana berkata, Puteri Umno bahagian juga melahirkan rasa simpati kepada ahli keluarga mangsayang terlibat dalam kemalangan itu dan berharap agar tindakan tegas diambil terhadap individu yang menjadi punca kematian tiga beranak dalam kemalangan terbabit.

“Mereka terlibat dalam kejadian itu perlu dihadap ke muka pengadilan bagi memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya lain,” katanya.

Dalam kejadian Sabtu lalu, Allahyarham Fairuz Nizam Husain, 35; serta isteri, Nova Safitri Azhari, 27; dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa yang berusia tujuh bulan maut setelah kenderaan dinaiki mereka berlanggar dengan dua Perodua Myvi sebelum terbalik.

- Sumber: Sinar Harian 

Farid tolak berganding bersama Diana?

Farid Kamil dan Diana Danielle

BAGI pelakon yang sudah berumah tangga, gandingan bersama pasangan masing-masing yang juga bergiat dalam dunia yang sama pastinya dinantikan peminat.

Bagaimanapun bukan mudah mahu melihat pasangan suami isteri bersatu dalam dalam filem atau drama disebabkan pelbagai kekangan.

Begitulah yang dilalui pasangan pelakon, Farid Kamil dan isterinya, Diana Danielle yang sehingga kini masih belum berkesempatan digandingkan bersama dalam apa juga filem.

Namun dalam masa yang sama, Farid memberitahu, dia sendiri belum merancang untuk berganding bersama dalam satu lakonan.

“Memang pernah terfikir untuk berlakon bersama, tetapi tidak merancang, merancang ke arah itu secara spesifik belum ada.

“Nak dapat gandingan (suami isteri) dalam filem ini bukan suatu yang mudah. Ia satu perkiraan yang sangat sukar,” katanya ketika ditemui pada pra pelancaran Adaptasi Filem ke Novel, Langit Cinta, baru-baru ini.

Mengulas mengenai dunia kerjayanya di bawah naungan syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG), pelakon berasal dari Alor Star, Kedah ini memberitahu, setakat ini dia selesa bergerak di bawah MIG.

“Saya bersyukur masih lagi berada dalam MIG, diberi kebebasan mengarah sebelum ini.

“Tetapi kini saya lebih kepada menambah baik kualiti penghasilan skrip dan tidak ada perancangan lagi untuk mengarah semula,” katanya.

Di tanya mengenai dakwaan dia enggan menerima tawaran lakonan selain daripada MIG, jelas Farid, isu seperti itu tidak pernah timbul.

“Saya masih menerima dan mainkan watak dengan produksi lain seperti Lagenda Budak Setan.

“Semua sama sahaja, saya terima asalkan bertepatan dengan jadual dan tidak ada aral boleh halang saya,” katanya.

Hero kampung

Berkongsi pengalamannya sepanjang terlibat dalam filem arahan terbaru Osman Ali, Langit Cinta yang akan diadaptasi ke novel, Farid berkata, wataknya sebagai hero kampung iaitu Budiman sememangnya sesuatu yang baru untuk dijayakannya.

“Sudah tentu saya teringinkan watak begini iaitu seorang pemuda kampung yang tipikal yang jarang ditemui di Malaysia.

“Walaupun bukan sebagai pemegang watak utama filem, tetapi watak Budiman itu tetap hero bagi Kampung Pulau Terumbu, Langkawi.

“Sebaik sahaja saya terima skrip Langit Cinta ini, saya teliti dan fahami. Ini merupakan filem yang sangat menarik untuk saya berada dalam filem cinta ini,” katanya.

Mengulas mengenai gandingan dengan semua barisan pelakon dalam filem tersebut di mana antara peneraju utama adalah Fazura, Keith Foo, Siti Saleha, ujarnya, ia satu pengalaman baru kerana pertama kali digandingkan dengan semua barisan pelakon tersebut.

“Tetapi cabaran besar perlu saya hadapi apabila perlu membawa bot galah iaitu enjin yang punyai ekor panjang di belakang secara handal tanpa kekok untuk mengawalnya.

“Padahal itu kali pertama saya kendalikan bot seperti itu, di mana kalau salah kawalannya, bot tidak akan seimbang. Tetapi ia memang satu pengalaman baru dan saya seronok,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian  

Kerajaan perlu timbang wujudkan daftar pesalah pedofilia

Anifah berkata pesalah perlu dihebahkan kepada umum supaya ibu bapa dan masyarakat yang mempunyai anak kecil berasa lebih selamat.

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menimbang untuk mewujudkan daftar bagi pesalah pedofilia sebagai langkah pencegahan tegas dalam membendung jenayah itu, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata pesalah perlu dihebahkan kepada umum supaya ibu bapa dan masyarakat yang mempunyai anak kecil berasa lebih selamat.

"Saya merujuk kepada laporan mengenai kes Nur Fitri Azmeer Nordin, pelajar Malaysia yang disabitkan kesalahan memiliki bahan pedofilia di United Kingdom dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Beliau berkata kerajaan tidak akan membiarkan perbuatan itu kerana ia adalah jenayah terhadap kanak-kanak.

Menurutnya kerajaan memandang serius kes yang membabitkan Nur Fitri Azmeer.

"Rakyat Malaysia termasuk penuntut dikehendaki mematuhi undang-undang di negara yang mereka bermastautin.

"Saya juga ingin menekankan bahawa penuntut Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk memberi tumpuan kepada pengajian serta menjaga nama baik dan imej negara," kata Anifah.

Beliau meminta orang ramai supaya tidak menimbulkan kekeliruan antara perkhidmatan nasihat dan memelihara hak asasi manusia dengan hak untuk diselamatkan selepas melakukan perbuatan dianggap jenayah amat serius dan tidak berperikemanusiaan terutamanya yang melibatkan kanak-kanak. 

- Sumber: Bernama 

Close To You' nukilan terakhir Yasmin Ahmad diterbitkan

Iklan terbaru dari Maybank merupakan skrip terakhir karya Allahyarham Yasmin Ahmad

KUALA LUMPUR: Karya-karya Yasmin Ahmad sentiasa berupaya menyentuh perasaan mereka yang menonton. Lirikkan skrip mendalam, maksud cereka yang sarat pengajaran serta jalan cerita yang tidak cliché.

Kerinduan peminatnya terubat apabila salah satu skrip terakhir yang dikarang oleh Allahyarham Yasmin Ahmad telah dihasilkan dalam bentuk sebuah iklan.

Iklan berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif Maybank bagi memberi tumpuan berterusan kepada pengguna.

Berjudul ' Close To You ', iklan sepanjang dua minit setengah itu menggambarkan bagaimanakah perkembangan perbankan dengan Maybank dilihat menerusi mata anak seorang penternak ayam.

Ia dimuat naik ke laman YouTube pada 29 April lalu. Inisiatif iklan itu dimulakan oleh ibu Yasmin sendiri iaitu Mak Inom.

Bagi menghasilkannya, kumpulan yang pernah bekerja rapat dengan Yasmin Ahmad dipimpin oleh pengarah filem veteran, Kamal Mustapha.

‘Close To You' mencerminkan penelitian seorang kanak-kanak yang memerhatikan bapanya sabar menunggu bas perbankan Maybank agar boleh melakukan transaksi kewangan. Perbankan mudah alih kemudiannya berubah dari masa ke masa dengan kemajuan teknologi.

Kisah pertumbuhan perniagaan keluarga turut menjadi latar cerita selain hala tuju kejayaan kanak-kanak itu yang akhirnya berpeluang belajar ke luar negara.

Ternyata ia merupakan satu pengalaman yang beremosi bagi kumpulan krew itu kerana dapat berkumpul dan bersama-sama berganding bahu sekali lagi menjayakan idea terakhir arwah Yasmin.

“Kami amat bangga dan gembira untuk melihat legasi Yasmin diteruskan melalui penghasilan video ini. Telah menjadi hasrat beliau supaya dia diingati menerusi karya berbanding dirinya,” ujar adik Yasmin, Datin Orked Ahmed

"Maybank sentiasa berusaha untuk berada di barisan hadapan dalam perbankan di Malaysia. Kami cuba melakukannya dengan menjadi dekat dengan hati pengguna kami," kata Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Maybank, Mohamed Adam Wee Abdullah.

"Terutamanya usaha kami untuk mendekati dan membantu membina masyarakat. Allahyarham Yasmin Ahmad mampu merasai dan melihat ciri-ciri itu lantas digarapnya secara tulus dalam skrip ‘Close To You’,” tambahnya lagi.

- Sumber: Astro Awani 

Nur Fitri's offence very serious - Najib

The International Business Times had reported last week that Nur Fitri (pic) was arrested during a raid at his home in Queensborough Terrace near Hyde Park on Nov 20 last year. - File Photo

KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak Thursday described Malaysian scholar Nur Fitri Azmeer Nordin's conviction for possession of child pornography material in the United Kingdom, as a very serious offence.

He said the 23-year-old must be served punishment in accordance with the seriousness of the offence.

The Prime Minister said he does not agree with comments and proposals by certain parties that the government will appeal Nur Fitri's case for a lesser sentence, what more, using taxpayers money for the purpose.

"Nur Fitri was on trial in Britain under the laws of the country and given a chance to defend himself and he pleaded guilty. We must respect the law of the country and anyone found guilty must be punished," he said in his latest najibrazak.com blog posting, Thursday.

The International Business Times had reported last week that Nur Fitri was arrested during a raid at his home in Queensborough Terrace near Hyde Park on Nov 20 last year.

He pleaded guilty and began his jail sentence in April after being caught with more than 30,000 images and videos of children being abused, including "Category A" images which involve sexual penetration of children.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) which funded Nur Fitri's studies at the Imperial College in London, has since terminated the scholarship upon his conviction on April 30.

However, Najib agreed that Nur Fitri must be given counselling so that he would not repeat such an offence in the future.

"It must be done to enable the individual to be accepted into the community again," he said. 

- Source: Bernama  

Martin Freeman bakal membintangi filem ketiga Captain America

Martin Freeman.

Martin Freeman akan membintangi filem "Captain America: Civil War," lapor Marvel Studios.

Pelakon "The Hobbit" ini akan menyertai Scarlett Johansson, Robert Downey Jr dan Chris Evans dalam sequel ketiga Captain America yang dijangka menemui penonton pada 2016.

Menurut Pengarah Marvel Studios, Kevin Feige, lakonan Martin sebagai watak Bilbo Baggins dan Doktor Watson sebelum ini, telah menarik perhatian mereka.

“Kami berbangga untuk menerima seorang pelakon yang berbakat seperti Martin dalam kumpulan Marvel Cinematic Universe.”

Difahamkan, "Captain America 3" akan dilengkapi dengan watak wira dan villain dari Marvel Cinematic Universe.

Itgers Andy Serkis Anthony Mackie, Sebastian Stan, Frank Grillo, Daniel Brühl, Jeremy Renner, Elizabeth Olsen dan Chadwick Boseman akan membuat penampilan pertama sebagai Black Panther.

Sejurus selepas Marvel memgumumkan perkara ini, kebanyakan pengamal media sosial memberi reaksi positif terhadap keputusan syarikat tersebut.

Namun, ada segelintir netizen yang berpandangan Martin Freeman mungkin tidak sesuai untuk berlakon dalam filem Captain America.

Filem Captain America: Civil War akan memulakan penggambarannya di Atlanta pada Jun ini dan akan menemui penonton pada Mei tahun depan.

- Sumber: Astro Awani 

Nor Artikah sepatutnya kahwin Ogos ini

Nor Artikah 

PASIR PUTEH - Pelajar Malaysia mangsa kebakaran asrama di Moscow, Rusia yang meninggal dunia kelmarin sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya, Ogos nanti.

Hasrat keluarga untuk melihat detik bahagia itu tidak kesampaian apabila Nor Artikah Alias,25, menghembuskan nafas terakhir jam 2.30 petang waktu tempatan di Hospital Skifosovsky, Moscow akibat mengalami komplikasi pernafasan.

Nor Artikah turut melecur pada muka, tangan dan kaki dalam kebakaran di kampus universiti berkenaan, 23 April lalu.

Persiapan majlis perkahwinan penuntut Universiti Kajian Perubatan Kebangsaan Rusia dengan Pegawai Perubatan Hospital Kuala Krai, Dr Wan Mohamed Ikhuwan Wan Ahmad Sayutti, 28, sudah pun dibuat.‎

- Sumber: Sinar Harian 

Sultan Johor titah pelaksanaan GST harus dikaji

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan bertitah dan merasmikan pembukaan Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim Jalan Bukit Timbalan, di Johor Bahru hari ini. - Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim menegur kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat.

"Saya minta kerajaan negeri dan PBT supaya tidak mengenakan GST terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat dan meminta pengecualian daripada kerajaan persekutuan," titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan ketiga Dun Johor ke-13, di sini hari ini.

Baginda bertitah adalah tidak masuk akal untuk mengenakan GST ke atas perkhidmatan sedemikian memandangkan perkhidmatan kerajaan adalah tanggungjawab asas kepada rakyat dan tidak wajar ia menjadi beban kepada rakyat.

Pelaksanaan GST yang bermula sebulan lepas juga harus sentiasa diteliti dan dikaji mengikut kesesuaian keadaan, titah baginda .

Mengenai pelaksanaannya, baginda bertitah kajian mendalam telah pun dibuat oleh kerajaan persekutuan sebelum sistem percukaian itu diluluskan, demi kepentingan kerajaan dan rakyat juga. 

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek dilaporkan sebagai berkata sebanyak 2,405 pegawai dan anggota penguat kuasa kementerian itu dibekukan cuti sejak sebulan lepas bagi memastikan setiap aduan mengenai pelaksanaan GST diambil tindakan.

KPDNKK turut melantik 427 orang anggota penguat kuasa baru-baru ini untuk memantau aduan orang ramai.

Setakat 30 April, KPDNKK telah mengeluarkan 1,026 notis menerusi Ops Catut membabitkan kesalahan menaikkan harga barang. Persidangan Dun akan bermula Ahad ini hingga 18 Mei.

Turut berangkat ke majlis perasmian ialah Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim. 

- Sumber: Bernama

Kesalahan Nur Fitri jenayah berat, kata PM

Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kesalahan Nur Fitri Azmeer Nordin, yang didapati memiliki lebih 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak di London, sebagai satu jenayah yang amat berat.

Beliau berkata penuntut jurusan Matematik berusia 23 tahun itu mesti dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

Perdana Menteri menegaskan beliau tidak bersetuju dengan cadangan atau komen sesetengah pihak bahawa kerajaan akan merayu kes Nur Fitri Azmeer untuk mengurangkan hukumannya, apatah lagi menggunakan dana awam bagi tujuan itu.

"Nur Fitri Azmeer telah dibicarakan mengikut sistem perundangan Britain, diberi peluang untuk mempertahankan diri, dan didapati bersalah.

"Kita harus menghormati undang-undang dan sesiapa yang didapati bersalah mesti dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan," katanya
dalam entri terbaharu dalam blog najibrazak.com malam tadi.‎

Bagaimanapun, Najib berkata Nur Fitri Azmeer mesti diberikan bimbingan kaunseling agar dia tidak mengulangi kesalahan, demi kebaikannya dan masyarakat.

"Ini perlu dilakukan agar individu tersebut dapat diterima kembali oleh masyarakat," katanya.

Sebelum ini, beberapa pihak mencadangkan supaya pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu diberi peluang kedua termasuk meneruskan pengajiannya di dalam negara setelah selesai menjalani hukuman di London.

Nur Fitri Azmeer, yang melanjutkan pelajaran di Imperial College, dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Southwark Crown, London setelah mengakuBbersalah atas 17 pertuduhan memiliki bahan pedofilia dengan niat untuk mengedarkannya.

- Sumber: Bernama

Memphis Depay: It was impossible to say no to Manchester United



PSV winger Memphis Depay, who will join Manchester United in the summer, said it was “impossible” to say no to the Old Trafford club.

The 21-year-old, who starred for Louis van Gaal’s Netherlands during the 2014 World Cup, helping them to the semi-finals, was PSV’s key man as they lifted their first Eredivisie title in seven years, and will now move to Old Trafford in the summer – subject to a medical. 

Prior to the announcement that he will depart Eindhoven for Manchester in the summer, there had been much speculation surrounding Depay’s future, but he has revealed that working with his former national boss played a big role in the decision to join United. 

"Working with Van Gaal again is a big bonus," he said to SEG Football. "For me Manchester United is an absolute dream club so I didn't need any convincing about the quality of the guys already there.

"I'm looking forward to playing alongside a few of my Dutch team-mates but also all the other players as well. You can't deny the interest of a club like Manchester United."

United’s Premier League rivals Liverpool and Ligue 1 giants PSG were also reportedly interested in securing his signature, but the Dutchman claims that he felt a move to Old Trafford was the right move for his career. 

"It's been an exciting and pretty hectic period," he added. "To have had to choose between so many top clubs doesn't make it any easier.

"You shouldn't believe everything you read though - this move was just about feeling, not about money."

Depay, who joined PSV at the age of 12, expressed his gratitude towards the club that allowed him to complete the dream switch.

"I've learned so much at PSV, not only on the pitch but also as a person," Depay continued. "That makes me grateful, but I really felt it was time for me to move on.

"I’m proud of winning this season's Dutch title with PSV. It’s something the fans deserved, and something I wanted so bad as well. I wish the club all the best for coming season, and hopefully they’re lifting a trophy again next year."

- Source: Eurosport