Sunday, 9 March 2014

Zaharie bina simulasi penerbangan sendiri di rumah

Zaharie bina simulasi sendiri di rumah
Gambar dari akaun Facebook Zaharie Shah menunjukkan set simulasi Boeing 777 yang dibina sendiri di kediamannya.


SHAH ALAM - Juruterbang pesawat Boeing 777 MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan seorang juruterbang berpengalaman yang bukan sahaja mampu menerbangkan Boeing 777 di udara, malah pesawat itu turut 'diterbangkan' di rumahnya.

Minatnya terhadap penerbangan amat mendalam, hinggakan ketika masa lapang Zaharie sering menghabiskan masa menerbangkan koleksi pesawat kawalan jauh beliau.

Beliau juga membina sendiri set simulasi penerbangan Boeing 777 untuk terus mempertajamkan kemahiran menerbangkan pesawat Boeing 777 yang sebenar.

Dalam sebuah bilik khas, beliau menempatkan tiga skrin LCD 32 inci dan tiga skrin sesentuh 21 inci yang mewakili alat navigasi dan fungsi yang berbeza seperti di dalam pesawat Boeing 777 yang sebenar.

Memetik catatan blog Sharelor.net, Zaharie juga gemar memasak dan sering memuat naik gambar hidangan yang dimasaknya.

Beliau juga sering berkongsi pengetahuan mengenai cara-cara melakukan sendiri penjimatan elektrik di laman YouTube.

Berdasarkan rekod MAS, bekas penuntut di Penang Free School ini telah mencatatkan 18, 365 jam penerbangan sejak menyertai Malaysia Airlines pada 1981.

Namun kita pasti dengan adanya program simulasi di rumah, beliau telah menerbangkan Boeing 777 melebihi rekod rasmi yang dicatatkan.

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian Online mendapati satu akaun Facebook atas nama "Kapten Zaharie Ahmad Shah" telah diwujudkan hari ini dan telah meraih perhatian 1,772 pengguna internet sehingga jam 11 malam tadi.

Sumber: Sinar Harian 

Hanez Suraya akui kontroversi jejas nama

Hanez Suraya
Hanez Suraya

“PEMINAT saya kini hanya tinggal dua peratus sahaja," kata pelakon, Hanez Suraya, mengenai penerimaan masyarakat kini terhadap dirinya ekoran kontroversi yang melanda.

Walaupun tampil mengadakan sidang media untuk menjelaskan keadaan sebenar, namun pelakon drama Ruby ini, gagal mendapat sokongan daripada masyarakat terutamanya peminat.

Bukan sahaja terpaksa menerima cercaan, malah sokongan masyarakat lebih kepada isteri kekasihnya, Liyana Manan, sehingga wujudnya akaun Facebook, Kami Sokong Liyana Manan.

Akui Hanez, masyarakat terlalu cepat menghukum dirinya sehingga menuduh dan memfitnah tanpa menilai cerita sebenar.

"Sedih, namun saya terima apa sahaja cemuhan, kutukan dan cercaan daripada mereka. Saya tidak berdaya nak tutup mulut orang, biarkanlah apa sahaja orang nak kata.

"Saya buat sidang media untuk memberi penjelasan, namun saya tidak menolak sekiranya ada yang kurang pemahaman dalam penjelasan saya itu.

"Bagi orang yang kenal saya, mereka lebih tahu siapa saya. Tapi, bagi yang tak tahu, mereka akan terus menerus menuduh saya dan memandang saya dari sudut negatif sahaja.

"Namun, dari hujung rambut hingga hujung kaki, saya maafkan mereka," katanya yang mengetahui siapa dalang di sebalik permasalahan ini.


Tetap bersama Romie?

Menyedari kehadirannya dalam hidup Mr R atau Romie Rizan Adilha, adalah pada masa yang salah, Hanez memberitahu bahawa dia bukanlah punca permasalahan itu.

Menurut Hanez, masyarakat tidak boleh menyalahkannya 100 peratus kerana dia hanyalah 'mangsa' keadaan yang terheret sama dalam masalah rumah tangga pasangan suami isteri itu.

"Saya tak minta semua ini terjadi. Saya tahu, lambat laun, orang akan terima cuma penerimaan orang lambat kerana ia melibatkan hati. Namun, saya lega bila dapat meluahkan segalanya.

"Yang pastinya, saya bukan penyebab rumah tangga mereka runtuh! Sebab itulah saya minta isterinya mohon maaf. Namun, kalau dia tak mahu minta maaf, tak apa.
Saya tak desak pun.

"Biarlah mereka berdua yang selesaikan masalah itu kerana ia tidak melibatkan saya. Saya tak nak masuk campur dalam hal mereka," katanya.

Tambah Hanez, hubungan itu tidak mungkin akan diteruskan sekiranya mereka masih bahagia.

“Sejak awal lagi Romie jujur dan ikhlas dengan saya sehingga bawa saya jumpa dengan keluarganya. Malah, dia membuatkan saya yakin untuk membawanya berjumpa keluarga saya," jelasnya.

Jelas duta produk kecantikan, Aurawhite, ini, kontroversi ini juga boleh memberi kesan buruk terhadap karier seninya.

"Saya mahu bekerja dalam industri bukan sehari dua, masih panjang lagi perjalanan dalam karier ini.

"Malah, saya juga terlalu cintakan industri ini. Tak perlu burukkan saya lagi kerana ia boleh menjejaskan periuk nasi saya, nama saya juga boleh 'down' macam tu sahaja," katanya sayu.


Artis turut hentam

Bukan sahaja di kalangan masyarakat, malah golongan selebriti juga turut dilihat menyebelahi Liyana Manan dalam situasi ini, antaranya termasuklah Rita Rudaini, Rabecca Nur Al Islam, Hafiz Hamidun dan chef selebriti, Chef Wan.

Akui Hanez, dia ada membaca mengenai perkara itu, namun enggan menyalahkan mana-mana pihak.

"Saya tidak salahkan mereka kerana mungkin mereka tidak faham cerita sebenar. Bagi mereka yang tak faham, mereka akan nampak saya yang salah.

"Saya tak ambil hati dengan kenyataan mereka kerana mungkin kurang pemahaman ataupun mereka menilai dari sudut berbeza.

"Saya tidak mahu keruhkan keadaan lagi dengan membuka aib sesiapa. Jadi, saya akan ambil pendekatan untuk jernihkan keadaan ini," katanya yang ingin berjumpa dengan isteri Mr R untuk berbincang tanpa melibatkan orang luar.

Sumber: Sinar Harian

Skuad takraw gagal rebut juara

Skuad takraw gagal rebut juara
Skuad sepak takraw negara bagi kategori lelaki dan wanita menunjukkan pingat selepas sekadar meraih naib juara dalam Kejohanan Akhir Sepak Takraw Super Siri ISTAF 2013/14 di Stadium Titiwangsa di Kuala Lumpur hari ini.- Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Skuad sepak takraw negara terpaksa akur dengan kehebatan pemain Thailand apabila pasukan lelaki dan wanita negara gagal menandingi skuad Gajah putih itu pada aksi final kejohanan sepak takraw Siri
Super Akhir Istaf 2013/14 di Stadium Tertutup Titiwangsa hari ini.

Pasukan lelaki negara yang dibarisi oleh Syahir Rosdi, Muqlis Borhan (Kapten), Hanafiah Dolah, Izurin Refin dan Khairol Zaman Hamir Akhbar gagal menjinakkan pasukan Thailand setelah tewas 0-3 dengan kutipan mata 12-15, 10-15 dan 8-15 walaupun terpaksa bermain dalam pertarungan panjang selama 61 minit. 

Pemain Thailand dibarisi oleh Kritsana Tanakorn, Somporn Jaisinghol (Kapten), Suphachai Maneet, Treepong Rawangpai, Sitipong Khamchan. 

Jurulatih sepak takraw negara Jamaluddin Hassan berkata beliau tidak menyalahkan pemain kerana kebanyakan dari mereka masih baharu dan kurang berpengalaman berbanding pemain Thailand.

"Walaupun kita tewas dengan Thailand saya masih boleh senyum kerana berpuas hati dengan kesungguhan pemain muda kita yang dilihat lebih maju daripada sebelum ini," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata apa yang lebih penting adalah skuad lelaki negara telah berjaya mencapai sasaran ke final seperti yang ditetapkan oleh Persatuan SepakTakraw Malaysia (PSM) sebelum ini. 

"Kini tiba masanya untuk kita kembali beri tumpuan kepada latihan skuad negara yang akan bermula dua hari lagi bagi memperbaiki beberapa kelemahan.

"Antara tumpuan latihan selepas ini adalah untuk memantapkan lagi persembahan tekong negara sebelum bersedia untuk menghadapi beberapa kejohanan bertaraf antarabangsa yang akan berlangsung sepanjang bulan Mei nanti," katanya. 

Jamaluddin berkata kejohanan tersebut merupakan satu pendedahan penting skuad negara sebelum mencapai tahap matang. 

Terdahulu, pasukan wanita negara yang dibarisi oleh Noor Fairuz Azizan, Nor Farhan Ismail (Kapten), Rahilah Harun, Nurul Izzatul Hikmah Zulkifi dan Emilia Eva Natasha Saudia turut dikecewakan Thailand 0-3 dengan mata 4-15, 8-15 dan 13-15 pada aksi final itu. 

Pasukan wanita Thailand dibarisi Sudaporn Palang, Thidarat Soda (Kapten), Somruedee Pruepuk, Fueangfa dan Wanwisa Jankaen. - Bernama

MH370: Adakah jawapannya berada di Vietnam?

MH370

HO CHI MINH CITY - VIETNAM. Mata seluruh dunia kini bertumpu di perairan berdekatan selatan Vietnam, lokasi di mana pesawat Malaysia Airlines MH370 dilaporkan kali terakhir dapat dihubungi menara kawalan sebelum hilang tanpa berita.

Penantian mendebarkan yang kini masuk hari kedua masih kabur, dengan pelbagai teori dan spekulasi baru muncul setiap hari.

Ada yang mengaitkan kehilangan pesawat ini dengan serangan pengganas, dan pakar penerbangan melahirkan rasa hairan dan terkejut mengenai cara kehilangan MH370 yang dikatakan hampir tidak pernah berlaku dalam sejarah penerbangan dunia.

Sehari selepas berita kehilangan itu, penulis menyusuri semula laluan digunakan MH370, untuk ke Vietnam bagi membuat liputan operasi mencari dan menyelamat di negara ini.

Selepas kira-kira sejam berlepas dari Kuala Lumpur, hari ini, seorang pramugara dalam penerbangan itu meminta penulis dan seorang rakan melihat ke luar tingkap, dan bertanyakan sama ada kami boleh melihat lautan di bawah.

"Dekat sinilah kapal terbang MAS terputus hubungan," katanya berdasarkan maklumat yang diberikan juruterbang kepadanya.

Katanya lagi, kami mungkin boleh melihat kapal-kapal (tentera) yang sedang membuat operasi mencari dan menyelamat di lautan di kawasan itu, tetapi kami sudah terlalu tinggi di udara.

Setibanya di Ho Chi Minh, pemandu teksi yang membawa penulis dan seorang lagi rakan media ke hotel bertanya sama ada kami berasal dari Malaysia.

Perkara pertama dikatakannya apabila kami menjawab ya adalah: "Kapal terbang Malaysia Airlines terhempas. Takut mendengar berita itu".

Dia menggunakan perkataan 'terhempas' kerana katanya berita di Vietnam melaporkan perkara itu.

Namun setakat ini, tiada pengesahan rasmi dari Malaysia atau mana-mana negara yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat bahawa pesawat itu terhempas.

Laksamana tentera laut Vietnam yang dikatakan membuat kenyataan bahawa pesawat itu terhempas pun kemudian menjelaskan beliau hanya maksudkan ada kemungkinan terhempas di laut berdasarkan laluan digunakan pesawat itu.

Tanpa kenyataan rasmi, kehilangan MH370 kekal misteri, dan jawapannya kini mungkin berada di Vietnam.

Sinar Harian akan membawakan perkembangan terkini dari Ca Mau, selatan Vietnam mengenai operasi mencari pesawat itu yang sedang dijalankan kerajaan dan tentera negara ini.

Sumber: Sinar Harian 

Samsung announces security-minded Cloud Print apps for Android and iOS



Does anyone actually cable up to a printer anymore? 

Not if they're kitted out with Google Cloud Print, Apple AirPrint, or Sammy's new alternative: Samsung Cloud Print. The service will launch with an Android app in June, followed by an iOS version in the second half of the year and possibly a Smart TV app at some point too, and all the apps will come with a number of promises about security. 

Users will have their data encrypted between their device and their inkjet, and those who also use Samsung's freshly updated Knox service are promised "enhanced security" through a level integration between Knox and Cloud Print. 

Finally, the Android app will also support NFC pairing, allowing a compatible mobile device to be connected to "as many as 20 printers with just a few simple taps" -- although that currently only applies to Samsung's small range of NFC-enabled Xpress-branded printers.


Source: Engadget

Zahid: Siasatan dalaman terhadap Jabatan Imigresen

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

PUTRAJAYA - Satu siasatan dalaman dijalankan terhadap Jabatan Imigresen berikutan laporan dua pelancong menggunakan pasport curi bagi menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang awal pagi semalam.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan siasatan secara terperinci itu akan memberi tumpuan khusus kepada Jabatan Imigresen cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Kita akan lakukan siasatan dalaman terutama ke atas pegawai yang bertugas di kaunter Imigresen KLIA semasa penerbangan MH370.

"Saya masih hairan tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia," katanya kepada pemberita pada majlis pertemuan peserta konvoi Kembara Bumi Suci 2014 dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata siasatan itu dijalankan oleh satu pasukan khas yang diketuai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Aloyah Mamat. 

Katanya buat masa ini tiada sebarang kesimpulan boleh dibuat berhubung isu itu memandangkan siasatan baru sahaja bermula iaitu sebaik sahaja pemilik sebenar pasport berkenaan mendakwa dokumen masing-masing telah dicuri.

Ahmad Zahid menarik perhatian apabila berkata adalah sukar untuk menentukan kesahihan sesuatu pasport antarabangsa yang dibawa seseorang pemegang memandangkan bukan semua negara menggunakan sistem biometrik dan kod bar seperti Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam sidang media di Sepang hari ini mengesahkan hanya dua penumpang yang mempunyai pasport palsu bagi menaiki pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Kedua-dua penumpang terbabit masing-masing menggunakan pasport warganegara Itali dan Austria.

Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal itu dilaporkan hilang daripada radar pada pukul 1.30 pagi semalam, kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA.

Pesawat itu membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia. - Bernama

AS hantar dua kapal, pesawat bantu operasi mencari

MH370

KUALA LUMPUR - Amerika Syarikat menghantar dua kapal tentera lautnya untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang awal Sabtu.

Kedutaan Amerika dalam satu kenyataan hari ini berkata susulan permintaan daripada kerajaan Malaysia, tentera laut Amerika menghantar USS Pinckney (DDG 91) dan USNS John Ericsson untuk membantu operasi SAR.

"Kami telah menghantar DDG 91, kapal pemusnah berpeluru berpandu kelas Arleigh Burkecke ke lokasi dan tiba tengah hari ini. 

"DDG 91 membawa dua buah helikopter MH-60R yang boleh digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat," menurut kenyataan itu. 

Ia berkata USNS John Ericsson, kapal pembekalan minyak yang dikendalikan Markas Kelautan Tentera, telah belayar dari Singapura pagi tadi untuk membantu operasi SAR.

Sebagai tambahan, pesawat P-3C Orion tentera laut Amerika yang dilengkapi kemudahan peralatan mencari jarak jauh, radar dan komunikasi telah berlepas dari Pangkalan Udara Kadena di Okinawa, Jepun pagi tadi dan telah memulakan pencarian, kata kenyataan itu. 

Menurut kenyataan itu, satu pasukan dari Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat kini dalam perjalanan ke rantau itu untuk menawarkan bantuan.

"Kerajaan Amerika akan terus memantau dengan rapi perkembangan dan sedang membantu Kerajaan Malaysia dalam operasi mencari dan menyelamat. 

"Kami merakamkan simpati dan berdoa bagi keselamatan orang tersayang yang berada dalam pesawat MAS berkenaan," kata kenyataan itu. 

Gerakan mencari dan menyelamat digerakkan semalam setelah penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pukul 12.41 pagi Sabtu. 

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama. - Bernama

17 pelajar ponteng sekolah dikaunseling imam

KOTA BHARU - Seramai 17 pelajar lelaki di beberapa sekolah menengah sekitar daerah Kota Baharu diberikan kaunseling oleh imam sebuah masjid selepas mereka ditahan dalam "Ops Ponteng" hari ini.

Kesemua mereka dikumpulkan di Masjid Telipot di sini pada pukul 12 tengah hari selepas ditahan di beberapa tempat seperti di kedai makan, pusat membeli belah termasuk di pusat snuker oleh pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, anggota Relawan Rakyat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu.

Kesemua pelajar berusia antara 15 hingga 18 tahun itu kemudiannya diberikan "tarbiah" oleh imam muda masjid tersebut, Azmi Mohd Zain sehingga masuk waktu Zohor.

Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussain Awang yang ditemui di masjid berkenaan berkata apa yang mengecewakan sebahagian besar yang ditahan itu adalah pelajar Tingkatan Lima yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Hussain berkata ibu bapa pelajar berkenaan akan dipanggil pihak sekolah bagi memaklumkan perkara itu.

Salah seorang pelajar Tingkatan Lima yang ditemui berkata dia keluar kawasan sekolah untuk makan bersama rakannya di warung di hadapan sekolah, namun tidak menyangka akan ditahan dalam operasi tersebut. - Bernama

Identiti dua penumpang MH370 dengan pasport curi sudah dikenalpasti


KUALA LUMPUR: Identiti dua individu yang didakwa menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan pasport curi telah dikenalpasti dan dihantar kepada agensi risikan Malaysia dan antarabangsa tetapi tumpuan utama masih diberi kepada pencarian pesawat malang itu.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pihaknya mempunyai rakaman CCTV yang memaparkan dua individu tersebut.

Walaubagaimanapun, beliau berkata kewarganegaraan kedua individu tersebut tidak dapat didedahkan kepada umum.

“Saya tidak mahu mendedahkan apa-apa maklumat yang boleh menjejaskan siasatan seperti ini kerana ia melibatkan ancaman keselamatan.

“Tunggu sehingga maklumat lanjut boleh didedahkan tetapi tumpuan kami adalah untuk mencari pesawat,” katanya semasa satu sidang media di Hotel Sama-Sama, KLIA.

Sebelum ini, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan hanya dua pasport dicuri yang digunakan penumpang MH370 bukan empat seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, pengesahan dibuat berdasarkan rekod rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan pemeriksaan balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sementara itu, Hishammuddin berkata laporan bahawa beberapa serpihan pesawat yang ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia masih tidak disahkan lagi.

“Saya tiada maklumat terkini tentang serpihan itu. Peganglah pada apa yang kita maklumkan secara rasmi,” katanya.

Ia dilaporkan bahawa pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang berkata, serpihan terbabit ditemui di kawasan longitud 103.29 darjah timur dan latitud 6.42 darjah utara.

Satu lagi laporan menyebut bahawa serpihan itu konsisten dengan satu gambar serpihan yang diambil oleh seorang penumpang yang menaiki sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines dari Beijing ke Kuala Lumpur, yang telah mendarat pada pagi Ahad.

Gambar-gambar tersebut dikatakan sebagai imej serpihan yang terapung di permukaan laut, selepas 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

Sumber: ASTRO Awani 

Unbelievably bad Barcelona give Man City a glimmer of hope


In a football universe governed by logic, a team could not go into a second leg against Barcelona, trailing 2-0, possessed with anything over than a profound sense of fatalism, but if Manchester City were desperately casting around for a glimmer of hope, the Catalans’ utterly bemusing 1-0 defeat to Real Valladolid on Saturday may just have provided it.

A 1-0 reversal against a team in the relegation zone was shocking enough, but the staggering degree of Barcelona’s ineptitude put this defeat firmly in the realms of the bizarro world. It is hard to think of a worse performance in recent memory from a Barcelona team – even taking into account the way Bayern Munich destroyed them in Europe last season.

Clumsy at the back, careless in midfield and incapacitated in attack, this was a catastrophic performance from a cultural giant, like watching an obese Elvis sweat, mumble and stumble his way through a set in early 1977, leaving you wondering, heartbroken, how he was ever once the greatest entertainer on earth.

Losing Andres Iniesta due to personal reasons just prior to the weekend was unfortunate, but Barcelona still possessed some of modern football’s most acclaimed individuals. Not that you could tell from watching their display against a side who had won only four times in 26 games.

Lionel Messi went close on a couple of occasions – firstly from a wonderful dribble which recalled the forward at his very best – but he was subdued, and this just days after Martino admitted the sight of the Argentina star vomiting on the pitch during an international was “not right”, even if the Barca coach was adamant his level of performance remained unaffected.

While Messi was disappointing, his star support act fared even worse: Neymar, who scored a hat-trick for Brazil against South Africa in midweek, wasted the best chance of the match when inexcusably firing over the bar in the second half.

The pitch looked rather rutted, but there was to be no excuse for the level of Barcelona’s performance sinking below ground level. As Martino himself admitted, this was a singularly un-Barca 90 minutes.

“The team lacked ideas but not intensity,” he said. “We completely failed in generating play and that’s what stopped us from getting the result. We lacked what makes us Barca: good elaboration in our build-up, finding spaces, breaking through on the wings and having depth. But we didn’t lack attitude.

"We had very few chances of actually running at goal. We almost always had to fight against 10 defenders. A good solution would have been creating more space.”

Source: Eurosport 

Sari Yanti fail penceraian?

Sari Yanti

SELEPAS aktres cantik, Erra Fazira disahkan bercerai beberapa minggu lalu, kini nama beberapa selebriti dikatakan bakal melalui proses penceraian.

Antaranya adalah aktres tinggi lampai, Dynaz Mokhtar dan aktres bertubuh genit, Sariyanti.

Bagaimanapun Dynaz dalam beberapa temu bual sebelum ini menafikan perkara itu dan meminta semua pihak tidak memandai-mandai membuat spekulasi mengenai rumah tangganya.

Berbeza dengan Sari atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 30, yang masih tidak memberi sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

Menurut sumber di laman forum Cari, Sari dikatakan sudah menfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Seremban, hujung bulan lalu.

Hasil perkongsian hidup dengan Mohd Eddy Casmady selama lima tahun, Sari dikurniakan dua anak lelaki yang comel iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2.

Usaha Zass untuk mendapatkan pengesahan dari Sari gagal kerana wanita itu kini berada di Capetown, Afrika atas urusan kerja.

Dalam perkembangan lain, Sari kini mengembangkan kariernya dengan menerbitkan pelbagai program televisyen menerusi penubuhan syarikat produksi miliknya iaitu Media Glow Production.

Dia juga baharu sahaja selesai menjalani penggambaran program aksi Fear Factor Malaysia yang menggandingkan dia bersama peminatnya bernama Anbia.

Fear Factor Malaysia bersiaran pada setiap Sabtu, pukul 9 malam sejak 15 Februari 2014 lalu menerusi saluran Astro Ria (104).

Sinar Harian 

Waris penumpang China berang dengan MAS

Waris penumpang China berang dengan MAS
Sebahagian keluarga mangsa warganegara China telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menunggu kepulangan ahli keluarga mereka.


SHAH ALAM - Keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak kelmarin mula melepaskan rasa marah dan kecewa pada syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang enggan berkongsi maklumat dengan mereka. 

Menurut satu kenyataan yang dipetik di portal web Inquirer.net, salah seorang ahli keluarga mangsa mendakwa pihak MAS masih tidak mendedahkan apa-apa maklumat terperinci kepada keluarga.

"Kebanyakan maklumat yang kami perolehi sama dengan maklumat yang ada di media dan laman sosial.

"Kami sudah menunggu selama berjam-jam, namun masih tidak ada jawapan dari pihak penerbangan," katanya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak MAS kelmarin, 153 dari 239 orang penumpang pesawat itu adalah warganegara China.

Pesawat MAS MH370 yang dijadualkan berlepas pukul 12.41 pagi 7 Mac lalu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.40 pagi semalam.

Namun pesawat itu telah terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 2.40 pagi dan hilang sehingga kini.

Sinar Harian 

Australia hantar dua pesawat bantu operasi MH370 - Najib

Tony Abott

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau menerima panggilan telefon dari Perdana Menteri Australia Tony Abott yang menyatakan hasrat untuk menghantar dua pesawat mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang dilaporkan hilang.

Najib berkata dua pesawat jenis P-3C Orion, Maritime Surveillance Aircraft dijangka berlepas petang ini.

"Saya telah terima panggilan telefon Perdana Menteri Australia Tony Abbot yang menyatakan rasa simpati kerajaan Australia. Dua pesawat P-3C Orion mempunyai sensus radar bagi membantu usaha mencari pesawat," katanya pada sidang media di Program Penyatuan Nasional di Kuala Lumpur.

Najib juga percaya dengan sumbangan tersebut ia akan menyumbang kepada operasi mencari pesawat.

Menurutnya aset tambahan amat diperlukan lebih-lebih lagi kawasan operasi yang telah diperluaskan. Kerajaan katanya amat sedar kegelisahan kaum Keluarga yang terlibat adalah amat ketara dan mereka mahukan jawapan kepada apa yang telah berlaku.

Astro Awani  

Lepas nikah, Syamsul kembali ke hospital

Syamsul Yusof


Syamsul Yusof


SEJAK filem KL Gangster 2 dicetak rompak, pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof tidak muncul-muncul baik di dada akhbar mahupun di kaca televisyen.

Begitu pun, namanya kembali hangat diperkatakan pada Januari lalu, lantaran tersebarnya foto-foto majlis merisik seterusnya pertunangan diantaranya dan aktres jelita, Puteri Sarah.

Hari ini (semalam), Syamsul telah sah bergelar suami kepada Puteri Sarah Liyana dengan sekali lafaz, sekitar jam 10.31 pagi masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara.

Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 29, telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara, Ustaz Mat Syaharuddin Al Rashid Mat Isa.

Majlis bersejarah pasangan ini turut disaksikan oleh ibu bapa kedua-dua mempelai iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail serta Megat Kamaruddin Megat Shamsuddin dan Paridah Puteh.

Puteri Sarah Liyana atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 28, menerima mas kahwin sebanyak RM1111.

Sejurus selepas akad nikah, diadakan upacara pembatalan air sembahyang yang mana Syamsul telah menyerahkan mas kahwin serta menyarungkan cincin kepada isterinya.

Ia kemudiannya diikuti oleh Puteri Sarah pula dengan menyarungkan cincin kepada suaminya.

Majlis pernikahan tersebut menyaksikan pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran berupa senaskhah al-Quran, sepasang kasut, produk penjagaan wajah berjenama Kiehl’s, buah-buahan, kek, sirih junjung, beg berjenama Boss, komputer riba Macbook dan sepersalinan pakaian dari pihak Sarah.

Sementara itu, pihak lelaki pula membalas dengan tujuh dulang berupa sepasang kasut, komputer riba Macbook, buah-buahan, seutas jam tangan, sirih junjung, telekung dan kek.

Pakaian pengantin pula ditaja oleh Cosry Couture dan majlis yang serba indah ini turut mendapat beberapa tajaan lain antaranya dari Nasyeed.Com, N’dah Mahligai, Khyro Design, Love Undefined Photography dan Ari Wedding Couture.


Resepsi dibatal

Berikutan keadaan Syamsul yang tidak mengizinkan, akibat menghidap demam denggi, majlis resepsi di sebelah pihak perempuan yang sepatutnya diadakan di Dewan N’dah Mahligai Shah Alam terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Malah, pada hari pernikahan, tangan Syamsul masih lagi dalam keadaan ‘berdrip’ dan dia kelihatan pucat.

Ketika ditanya mengenai perkara itu, Puteri Sarah memberitahu, dia tidak langsung berasa ralat akan permasalahan itu.

"Apa yang penting, lakukan yang wajib dahulu, majlis resepsi itu boleh ditangguhkan dahulu. Tunggu Syamsul sihat.

"Insya-ALLAH, resepsi akan dilakukan hujung bulan ini memandangkan pihak Syamsul akan mengadakan resepsi pada April nanti," katanya.

Sementara itu, Syamsul memberitahu, dia berasa serba salah kerana terpaksa menangguhkannya tetapi sedar kesihatan dirinya tidak mengizinkan.

"Doktor nasihat, lepas nikah terus balik (hospital). Malah, saya tidak sangka saya mampu untuk hadir ke majlis pernikahan ini.

"Saya memang tidak memikirkan apa-apa langsung melainkan hal nikah saja. Saya harap mertua juga tidak marah kerana terpaksa tangguh,” ketawanya.

Syamsul telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Gleneagles pada 4 Mac lalu, selepas disahkan menghidap demam denggi.


Hikmah dari perkahwinan

Hubungan percintaan pasangan telah tersebar sejak beberapa lama tetapi kedua-duanya tidak pernah mengesahkan status berkenaan. Sehinggalah tersebarnya berita keluarga Syamsul merisik Puteri Sarah pada 12 Januari lalu, di kediamannya.

Ketika di tebak apakah keistimewaan Puteri Sarah di mata Syamsul, dia hanya menjawab:

"Naluri saya menyatakan dia boleh jadi isteri yang baik dan saya boleh bimbing dia.

"Saya yakin dia boleh jadi isteri solehah jika diajar dengan cara bimbingan yang betul. Kualiti isteri solehah itu, saya tahu dia boleh," tegasnya.

Malah, Puteri Sarah juga menjelaskan bahawa Syamsul adalah seorang guru yang baik.

"Saya tahu dia boleh bimbing saya. Dia adalah guru saya di dunia dan akhirat," katanya sambil tersenyum.

Dalam pada itu, kedua-dua mempelai berharap agar perkahwinan ini memberi keberkatan buat mereka.

"Semoga perkahwinan ini memberi hikmah dan rahmat pada diri saya dan Puteri sarah juga kedua-dua keluarga untuk ke arah yang lebih dekat dengan agama," kata Syamsul sambil menjeling manja pada Puteri Sarah.


Tak izin berlakon?

Biarpun kedua-dua mempelai terlibat dalam dunia seni, namun Syamsul sebenarnya lebih selesa dengan keadaan Puteri Sarah kini yang bekerja sebagai pegawai pemasaran di sebuah butik.

"Sebelum ini pun, dia sudah berundur dalam dunia lakonan. Lagipun, dengan pekerjaannya sekarang, dia ada cukup masa buat dirinya.

"Tapi, saya akan cuba untuk meminta nasihat daripada orang alim agama kerana itu yang lebih baik dan terbaik," katanya.

Begitu pun, katanya, jika yang paling berkat dalam kehidupan suami isteri itu adalah dengan menyuruh Puteri Sarah berhenti berlakon, maka dia akan memilih perkara itu.

Dalam pada itu, Syamsul memberitahu, selepas ini dia akan memberi fokus semula pada kerja-kerja lakonan dan pengarahannya yang tertangguh.

"Dalam sibuk nak kahwin, saya banyak mempersiapkan diri bagi menjadi suami yang terbaik.

"Insya-ALLAH, lepas ini, saya akan menumpukan perhatian semula pada bakal-bakal filem saya," katanya.

Bercakap mengenai soal cahaya mata pula, baik Syamsul mahupun Sarah, kedua-duanya tidak pernah merancang dan menyerahkan semuanya kepada ALLAH SWT.

Pasangan mempelai ini juga merancang untuk menunaikan ibadah Umrah menjelang Ramadan nanti.

Sumber:Sinar Harian 

Tiket dua penumpang misteri dibeli bersama

MH370

SHAH ALAM – Dua penumpang misteri penerbangan MH370 yang didakwa menggunakan pasport curi dari warganegara Itali dan Austria dilaporkan Mirror Online membeli tiket itu bersama.

Menurut Mirror Online, berdasarkan sumber dari China, tiket tersebut dibeli melalui China Southern Airlines menggunakan mata wang Thailand, Baht.

Nombor tiket adalah berturut-turut menandakan bahawa ia dikeluarkan bersama.

Dua tiket yang ditempah melalui China Southern Airlines itu kedua-duanya dari KLIA menuju ke Beijing dan seterusnya ke Amsterdam.

Kemudian, pemegang pasport Itali menuju ke Copenhagen, Denmark mana kala pasport Austria ke Frankfurt, Jerman.

Namun, masih tiada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa mengenai kesahihan dakwaan ini.

Sinar Harian 

Kehilangan MH370 sesuatu yang misteri kata pakar


KUALA LUMPUR: Dua pakar kejuruteraan menyifatkan kehilangan pesawat MH370 sebagai sesuatu yang misteri.

Ini berdasarkan fakta pesawat terbabit mempunyai keupayaan untuk menghantar isyarat kecemasan biarpun selepas kehabisan bekalan kuasa.

Malah kehilangan pesawat tersebut dari radar secara tiba-tiba, dan kegagalan mengesan sedikitpun isyarat pesawat berkenaan, adalah di luar kebiasaan.

Pandangan dinyatakan Pakar Kanan Institut Penerbangan dan Teknologi Malaysia, Ahmad Maulan Bardai dan Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Astro Awani 

Tiada bukti kukuh mengenai ancaman pengganas - Najib



KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan membuat sebarang kesimpulan mengenai dakwaan ancaman pengganas yang dikaitkan dengan pesawat Penerbangan Malaysia Boeing 777 MH370 yang dilaporkan hilang pada Sabtu.

Meskipun begitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan akan mengambil kira sebarang kemungkinan yang memberikan petunjuk kepada jalan penyelesaian insiden tersebut.

"Sekarang tidak ada bukti kukuh, macam-macam teori melayang. Kita terpaksa mencari semua kemungkinan untuk siasat sebelum buat sesuatu kesimpulan yang konklusif," kata Najib.

Najib turut berkata akan menyemak semula protokol di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi meningkatkan keselamatan lapangan terbang itu.

"Kita akan semak segala protokol jika perlu kita akan tingkatkan lagi. Ini kerana kita tidak tahu punca sebenar dan apa sebenarnya yang berlaku," kata Najib pada sidang media selepas majlis perasmian Program Penyatuan Nasional di Cheras, Kuala Lumpur.

Beliau mengulas pertanyaan wartawan yang mengaitkan insiden pemalsuan dua pasport oleh dua penumpang pesawat MH370 dengan kegiatan pengganas.

Astro Awani 

Pentagon dakwa tiada kesan letupan MH370 di Laut China Selatan


KUALA LUMPUR: Data pemantauan awal yang diperiksa oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon mendapati pesawat MH370 yang hilang pagi Sabtu, tidak meletup di Laut China Selatan.

Menurut laporan The New York Times, yang memetik sumber seorang pegawai kerajaan negara itu, satu sistem yang memantau letupan di seluruh dunia telah digunakan untuk pemantauan awal tersebut namun ia tidak mengesan sebarang tanda letupan di kawasan perairan itu.

Pegawai yang ditemuramah oleh The New York Times itu bagaimanapun enggan mendedahkan namanya atas alasan maklumat yang diberi adalah sulit.

Penerbangan MH370 ke Beijing itu membawa 227 penumpang dari 14 negara bersama 12 anak kapal terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi Sabtu.

Pesawat itu berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.

Ia dilaporkan hilang selepas gagal dikesan pada radar pusat kawalan trafik udara Vietnam yang kemudian melaporkannya kepada pusat kawalan trafik di Subang.

Astro Awani 

Reaksi media sosial: Jangan salahkan juruterbang atau pihak MAS


KUALA LUMPUR: Kebanyakannya orang ramai di Twitter memohon agar hentikan tulisan atau provokasi yang menyalahkan juruterbang mahupun pihak Malaysia Airlines (MAS).

Ini berikutan beberapa tulisan yang tidak bertanggungjawab di media sosial mengenai dua orang juruterbang yang terlibat dalam insiden tersebut..

MH370 dipandu oleh juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 yang berpengalaman mencatatkan jam penerbangan selama 18,365 jam.

Zaharie yang menyertai MAS sejak 1981 telah dibantu oleh Pegawai Pertama, Fariq Ab Hamid, 27 yang menyertai Malaysia Airlines pada 2007.

Pelbagai spekulasi dan khabar angin cuba disampaikan di ruang media dalam menyatakan kemungkinan apa yang berlaku kepada pesawat Boeing 777-200 milik MAS yang hilang sejak awal pagi Sabtu.

Namun begitu sejak kejadian ini dilaporkan, rata-ratanya berdoa agar anak kapal dan penumpang berada di dalam keadaan selamat dan apa yang berlaku adalah takdir ilahi.

..bukan salah MAS,bukan salah pilot, dan bukan salah sesiapa pun..kalau Allah katakan "Kun faya kun"..maka jadila ia...#PrayForMH370 :')...— NAA (@axZ_Lin) March 8, 2014 

Is not the pilot nye salah laa,bnde mmg dah nak jadi :)— .Princess Reenie. (@ninie_greenie) March 8, 2014 

Don't be stupid and be matured la.. Jangan nak salahkn Pilot kelantan tu ..— ♥》》6 March《《♥ (@AisyaAmilin) March 8, 2014 

Bayangkan pilot pesawat tu abang kau. Bila jadi benda macam tu orang ramai salahkan dia. Apa perasaan? Macam tu la perasaan keluarga dia.— Ferdi (@poyoaminpoyo)March 8, 2014 

klau korg jdi pilot,and org blame dkat korg sedangkan bukan korg yg slah..marah kan?so stop blame to pilot— baby wolf★ (@nabilah279)March 8, 2014 

Bukan slh MAS Bukan slh PILOT Malah, bukan salah sesiapapun sbb apabila Allah berkata"Kun faya kun",maka dgn sekelip mata bnda itu trjd.— PinkyLurverz (@syazwan_adnan) March 8, 2014 

"Stop blaming the pilots, MAS won't send someone who isn't good at flying a plane to be a pilot, think about it before you open your mouth."— ã…¤ ã…¤ ã…¤ ã…¤ (@fysebaek)March 8, 2014 

Who are you to say that its pilot's mistake?#PrayForMH370— Juliet (@zaynieelicious)March 8, 2014
the ones who keep blaming the pilot pls stop and start praying your blames will not make the passangers and pilot save— wufan (@wufanxderp)March 8, 2014
Why blame the pilot ? He didn't wish this to happen. This is their fate .— lufiαslight ♡ (@aniseeELF)March 8, 2014
Ada jgk pesen g maki pilot tu x reti bawak kpl terbang. Siap ckp pilot kelantan suwey lah apa. Ape kes. Species camni pon ada ke— ~ɧąïŗï~ (@hairiyaacob)March 8, 2014
Pilot berpengalaman, rekod MAS cemerlang dan kapal terbang terbaik tp perancangan Allah mengatasi segala kehebatan manusia.#PrayForMH370— Only In Malaysia (@_FunnyMalaysian) March 8, 2014

Memetik kata-kata pesara juruterbang American Airlines, Kapt. Jim Tilmon kepada CNN mengenai insiden yang melanda, pesawat MH370 hilang di ruang yang kebanyakannya adalah kawasan darat.

“Ini bermakna di kawasan sebegitu punya banyak kadar hubungan, antena dan radar yang memudahkan kapal terbang itu dihubungi.

“Tambahan pula pesawat komersial itu antara yang tercanggih dan terbaik yang pernah ada dari segi rekod keselamatannya, insiden yang berlaku ini adalah sesuatu yang di luar dari jangkaan” katanya kepada CNN.

CNN antara portal berita yang memantau luas insiden ini.

Sehingga saat ini misi pencarian masih diteruskan dan diperluaskan.

Sementara itu, dalam satu sidang media, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan tiada bangkai pesawat yang ditemui di perairan Laut China Selatan seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Sumber: ASTRO Awani 

Empat remaja kena jual

Puchong: Empat remaja warga asing bawah umur berjaya diselamatkan daripada aktiviti pemerdagangan manusia dalam serbuan terhadap dua pusat hiburan, Jalan Puchong Mesra 1, di sini kelmarin.

Dalam serbuan jam 7.10 malam itu, empat remaja berusia 16 dan 17 tahun itu ditemui bersama 89 lagi pelayan pelanggan (GRO) warga asing di dalam bilik khas dipercayai sedang menunggu dilanggan lelaki hidung belang yang mengunjungi pusat berkenaan.

Ketua Operasi Deputi Superintendan Mohd Ishak Yaakob berkata, operasi dilakukan Bahagian Kongsi Gelap/ Perjudian/ Maksiat (D7) Bukit Aman dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dengan kekuatan tujuh pegawai dan 28 anggota berdasarkan kepada maklumat risikan polis. 

Katanya, keempat-empat remaja itu dipercayai diperdaya oleh satu sindiket pemerdagangan manusia yang membawa masuk gadis daripada negara jiran untuk aktiviti tidak bermoral di negara ini.

GRO mengenakan pakaian seksi untuk menarik pelanggan yang datang mengunjungi pusat terbabit.


“Selain daripada empat gadis bawah umur ini, kita juga berjaya menahan 89 GRO membabitkan 71 warga Vietnam, 17 warga China dan tiga warga Kemboja serta dua daripada Thailand berusia lingkungan 16 sehingga 30 tahun.


Sumber: Harian Metro

MAS sedia tanggung perbelanjaan bawa keluarga MH370 dari China ke KL

-gambar arkib

BEIJING: Malaysia Airlines (MAS) sedia membawa anggota keluarga penumpang warga China yang mahu ke Kuala Lumpur, menurut syarikat penerbangan itu di sini pada Ahad.

"MAS akan menanggung semua perbelanjaan," kata naib presiden kanan serantau (China) MAS, Joshua Law Kok Hwa, dan menambah mereka perlu mempunyai pasport dan visa yang sah untuk mengunjungi Malaysia.

Pegawai daripada MAS akan menyambut mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa KL, kata Law kepada pemberita Malaysia di Lido Hotel di sini.

Beliau berkata beberapa saudara penumpang warga China yang menaiki pesawat MH370 yang dilaporkan hilang itu memohon supaya dibawa ke Malaysia untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung insiden itu.

Penerbangan MH370 MAS, membawa 227 penumpang termasuk dua bayi, dan 12 kru, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing setelah berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di sini pada 6.30 pagi waktu tempatan.

Bernama

Dr Wan Azizah ganti Anwar di PRK Kajang

Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail


KUALA LUMPUR: Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini diumum sebagai calon pakatan rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, menggantikan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika mengumumkan perkara di sini hari ini, Anwar, yang juga Penasihat PKR, menyifatkan Dr Wan Azizah sebagai calon paling sesuai untuk menggantikannya dan keputusan itu telah dipersetujui oleh kepimpinan pakatan tersebut.

Anwar sebelum ini disebut-sebut akan bertanding bagi kerusi tersebut dan sudah pun memulakan kempennya. Hari penamaan calon ditetapkan 11 Mac dan pengundian 23 Mac.

Mahkamah Rayuan pada Jumaat lepas menjatuhi hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar setelah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2012 yang mendapati Anwar tidak bersalah dalam tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Susulan keputusan mahkamah itu, Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh yang juga peguam bela Anwar berkata ketua pembangkang itu tidak boleh memfailkan kertas pencalonan untuk PRK Kajang.

Ditanya kenapa Dr Wan Azizah menjadi pilihan berbanding nama-nama lain termasuk setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution, Anwar sekali menegaskan bahawa pilihan itu telah dipersetujui semua pihak termasuk Saifuddin sendiri.

"Saya berminat untuk memilih Saifuddin tetapi beliau enggan dan mahu menjadi setiausaha agung. Berikutan keadaan semasa, Azizah adalah calon yang sesuai," kata Anwar.

Sementara itu Dr Wan Azizah ketika ditanya sama ada beliau hanya dipilih sebagai 'pemanas kerusi' kepada Anwar, beliau berkata itu terserah kepada mana-mana pihak untuk menilai.

"Mereka boleh kata apa saja yang mereka suka tetapi yang penting adalah kami meneruskan perjuangan," katanya.

Bernama

Debris spotted but unsure if it belongs to MH370 -- Chinese aviation official

The photo of the supposed debris uploaded by a Chinese Weibo user. Pix: SCMP


KUALA LUMPUR: Some debris has been reportedly spotted off the east coast of West Malaysia, but it is still unconfirmed if it belonged to the missing Malaysia Airlines MH370 flight, according to a top Chinese aviation official.

Civil Aviation Administration of China director Li Jiaxiang said the sighting was made in an "area of longitude 103.29 degrees east and a latitude 6.42 degrees north.

“With relevant technical measures, suspected debris has been seen in the area of longitude 103.29 degrees east and a latitude 6.42 degrees north. This is pending confirmation by the arrival of the search teams,” said Li in Beijing, according to news reports.

Li, however, said that he was still awaiting confirmation from the search teams of the find.

"We are still unclear about the exact situation and position of the plane, and hold hope that the passengers are miraculously alive," he said, according to a report by China News.

"It is also unclear at the moment if the plane was involved in a terrorist attack," he added.

According to another report, the debris find were apparently consistent with photos supposedly taken by a Chinese passenger on board another MAS flight from Beijing which landed safely in Kuala Lumpur on Sunday morning.

The photos show what appears to be fragmented debris floating on waters about 90 minutes out to sea from KL.


Passenger on Beijing/KL flight spots debris in sea today. 3rd of 3 pics. MH370 Malaysia Airlines @SCMP_Newspic.twitter.com/2ThCgduKkJ— DLJH (@JournoDannyAsia)March 9, 2014


There has been no significant clues to the condition of MH370, which has been missing for more than 30 hours since it disappeared from traffic control radar since Satuday 2.40am.

Yesterday, two large oil slicks spotted on Saturday by the Vietnamese air force.

The search and rescue efforts, involving the ships and aircrafts of several countries, continues.

Source: Astro Awani 

DCA confirms only two passengers with 'false passports'


KUALA LUMPUR: The Department of Civil Aviation in a press conference at 1 pm on Sunday confirmed only two passengers on the passenger manifest list had ‘false passports’, not four as reported earlier.

Director-General Datuk Azharuddin Abdul Rahman said they have closed-circuit television (CCTV) recordings of the two passengers from check in right up to departure point.

The recordings are being used in an investigation.

‘Possibility of air turn back’

Meanwhile, Royal Malaysian Air Force chief Tan Sri Rozali Daud who was also at the media briefing addressed the possibility of flight MH370 making an ‘air turn back’.

‘We are baffled that we received no signal from the Emergency Locator Transmitters (ELT) or the emergency beacons. We re-looked at recordings on the radar and realised there is a possibility the plane made a turn,’

‘Air turn back’ meant the plane might have tried to return to base point, Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

‘At this juncture, we are collaborating with other international agencies and civil radars,’ Rozali said, adding that because of this development, search and rescues has been widen into the South China Sea.
Indonesia search and rescue team is also assisting in the mission.

When asked by reporters on the standard operating procedures (SOP) of an ‘air turn back’, Malaysia Airlines (MAS) chief executive officer Ahmad Jauhari Yahya said the plane should report to base and the air traffic control.

‘From what we know, air traffic control recording did not receive a distress signal. We are equally puzzled,’ said Ahmad Jauhari.

‘40 ships, 22 aircrafts deployed for search and rescue’

Meanwhile, forty ships and 22 aircrafts are currently participating in the search and rescue efforts.

The search areas have been widened from the South China Sea to the Straits of Malacca and west coast of Penang.

"Forty ships are doing search and rescue operations in both areas. We have one helicopter from the Royal Malaysian Navy, 11 aircrafts from the Royal Malaysian Air Force, 5 aircrafts from Malaysian Maritime Enforcement Agency (APMM) and one from the Royal Malaysian Police (PDRM)," Army chief Gen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin briefed the media.

The United States and Royal Thai Air Force each deployed one aircraft, in addition to two Charlie C-130 deployed by Singapore.

"On the waters, we have 14 ships from Royal Malaysian Navy and 13 from APMM".

13 more are from neighbouring countries (Indonesia- 5; Singapore- 3 ; China -3; Thailand -1, United States -1), in addition to search and rescue operations deployed by Vietnam in their waters.

Source: Astro Awani

China dakwa jumpa serpihan pesawat, mungkin milik MH370


Gambar serpihan oleh penumpang China yang dimuatnaik laman Weibo



KUALA LUMPUR: Beberapa serpihan pesawat dilaporkan ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia, namun ia masih belum dapat disahkan sebagai milik pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang.

Pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang berkata, serpihan terbabit ditemui di kawasan longitud 103.29 darjah timur dan latitud 6.42 darjah utara.

“Penemuan ini bagaimanapun masih menanti pengesahan daripada pasukan mencari yang tiba di lokasi,” ujarnya di dalam satu laporan berita.

“Kita masih lagi belum pasti dengan lokasi sebenar pesawat tersebut, dan masih berharap akan keajaiban bahawa semua penumpang selamat,” kata Li seperti yang dilaporkan oleh China News.

"Ia juga masih belum jelas pada ketika ini sekiranya pesawat tersebut terlibat dalam serangan pengganas,” tambahnya.

Satu lagi laporan menyebut bahawa serpihan itu konsisten dengan satu gambar serpihan yang diambil oleh seorang penumpang yang menaiki sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines dari Beijing ke Kuala Lumpur, yang telah mendarat pada pagi Ahad.

Gambar-gambar tersebut dikatakan sebagai imej serpihan yang terapung di permukaan laut, setelah 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

Semalam, pesawat Tentera Udara Vietnam mengesan dua tumpahan besar minyak di kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS itu dilaporkan hilang dan sehingga kini , proses mencari MH370 yang membawa 239 orang itu masih dijalankan.

Sumber: Astro Awani 

Radar TUDM tunjukkan indikasi kemungkinan pesawat cuba berpatah balik


KUALA LUMPUR: Pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang dilaporkan hilang dari pemantau radar komunikasi semalam dipercayai cuba berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Panglima Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata melalui pemantauan radar tentera udara mendapati terdapat kemungkinan besar pesawat tersebut cuba berpatah balik dari laluan asalnya disebabkan masalah-masalah tertentu. 

“Kita ada meneliti semula rakaman pemantauan radar dan kami percaya terdapat indikasi kemungkinan bahawa pesawat tersebut cuba berpatah balik ke KLIA dan kita turut berkolaborasi dalam meneliti rakaman penerbangan pesawat tersebut dengan pihak penerbangan awam,” katanya dalam sidang media yang diadakan di KLIA sebentar tadi.

Rodzali menambah, apa yang menghairankan dalam hal ini ialah tiadanya isyarat kecemasan atau panggilan dari pesawat tersebut selepas hilang dari komunikasi radar.

“Kami juga telah meluaskan kawasan operasi mengesan pesawat di Laut China Selatan tersebut di mana, kami telah meminta bantuan pihak berkuasa Indonesia untuk turut serta membantu kami dalam mengesan pesawat tersebut di perairan mereka,”.

Pesawat Boeing 777-200 itu dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada jam 12.41 pagi Sabtu sebelum terputus komunikasi hubungan dengan menara kawalan trafik udara sekitar jam 1.30 pagi kemudian.

Lokasi terakhir, pesawat tersebut ialah di sekitar Laut China Selatan pada 120 batu nautika timur Kota Baharu.

Astro Awani 

20 pekerja Freescale Semiconductor antara penumpang pesawat MH370


KUALA LUMPUR: Sebanyak 20 pekerja Freescale Semiconductor merupakan antara penumpang pesawat MH370 Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang dilapor hilang di Laut China Selatan awal pagi semalam.

Dalam satu kenyataan di sini, syarikat yang berpangkalan di Austin, Texas, Amerika Syarikat itu berkata pekerjanya terdiri daripada 12 warga Malaysia dan lapan dari China.

Menurut syarikat, seluruh komuniti Freescale Semiconductor sedih dengan kejadian berkenaan dan akan terus memantau situasi serta memaklumkan sebarang perkembangan apabila memperolehnya.

"Pada masa ini, kami memberi tumpuan kepada pekerja kami dan anggota keluarga mereka," kata Presiden dan Ketua Pegawai Esekutif Freescale Gregg Lowe dalam kenyataan itu.

"Doa kami untuk semua yang terlibat dalam kejadian tragik ini."

Menurut kenyataan itu, syarikat telah meminta kaunselor dan profesional lain melalui Program Bantuan Pekerja Freescale, memberikan sokongan sepanjang masa kepada mereka yang terbabit dalam tragedi ini.

Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk dua bayi selain 12 anak kapal, dilapor hilang ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbangan Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing pada awal pagi Sabtu.

Operasi mencari dan menyelamat kini dijalankan meliputi Laut China Selatan melibatkan agensi menyelamat dari Malaysia, Vietnam, Filipina, Singapura dan China.

Bernama

Seluruh senarai penumpang disiasat ekoran laporan penggunaan pasport palsu


KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa sedang menyiasat semua penumpang yang tersenarai sebagai penumpang pesawat MH370 ekoran laporan dua lagi individu menggunakan pasport palsu.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein ini ekoran laporan media semalam bahawa dua orang lelaki yang tersenarai sebagai penumpang MH370 tidak menaiki kapal terbang tersebut, tetapi kehilangan pasport mereka.

"Kami menyiasat seluruh senarai penumpang di dalam pesawat tersebut, bukan empat orang itu sahaja," katanya semasa suatu sidang media di Hotel Sama-Sama hari ini.

Individu pertama ialah seorang lelaki warga Itali bernama Luigi Maraldi yang dilaporkan kini berada di Phuket, Thailand.

Individu kedua yang namanya berada di dalam senarai penumpang tetapi tidak menaiki pesawat MH370 ialah seorang warga Austria yang juga melaporkan pasportnya dicuri dua tahun lalu di Thailand.

Sementara satu lagi kes pasport palsu dilaporkan melibatkan warganegara China dari Fujian yang disenarai dalam penerbangan MAS telah ditemui di rumahnya dan dia sebenarnya tidak pernah melancong ke luar negara.

Hishammuddin berkata beliau telah berbincang dengan agensi risikan Malaysia dan Antarabangsa.

“Saya mengesahkan bahawa pihak risikan antarabangsa telah bersetuju untuk berkerjasama dan melibatkan unit anti penganas (counterterrorism unit)masing-masing kerana tragedi ini tidak boleh diambil dengan mudah,” katanya. 

Hishammuddin berkata pihak FBI akan turut terlibat di dalam siasatan ini dan beberapa pegawai FBI telah pun dihantar ke Malaysia.

Sumber: Astro Awani 

WikiLeaks head doesn't believe Obama is serious about NSA reform


Julian Assange doesn't think you should hold your breath for Barack Obama to deliver meaningful NSA reform

The WikiLeaks founder said during a talk at SXSW Interactive that he believes the president is beholden to the American spy agencies and not the public. According to the self-anointed guardian of the world's conscience Obama has proven that he does not take concerns about the NSA's over reaching seriously by failing to fire or prosecute people at the agency. 

But Assange also said that Obama couldn't push through serious change, even if he wanted to. If the president tried to dismantle the NSA or CIA, Assange is convinced that he would be impeached and the agencies would destroy him because they "have dirt on him." 

In fact, he said the NSA "has dirt on all of us," suggesting that the Government has spent the last several years harvesting information with which to black mail the American public.

Source: Engadget 

Family members of MH370 passengers still await news


SEPANG: The early morning situation at the Anjung Tinjau of KLIA which was cordoned off as a holding area for the families of the passengers on flight MH370 yesterday is now accessible by the public.

The family members who arrived yesterday and were told to come with their passports are believed to have been brought by Malaysia Airlines to a hotel in Putrajaya.

Initially, some of the family members who spoke to Astro AWANI yeterday, said they were anticipating to be brought somewhere but were unclear of the plans.

It is now believed that they will be brought back to KLIA today to await further information about their loved ones.

In the first press conference of the day this morning, Datuk Azharudin Abdul Rahman, DG of the Department of Civil Aviation, said that there was nothing to report as the search and rescue operations through the night uncovered nothing.

MH370, a code share flight with China Southern Airlines, left KLIA for Beijing at 12:41am yesterday morning.

All communication with the plane was lost at 2:40am and no distress signal or call was received.

The flight had registered 239 passengers, 38 of them Malaysian. It was scheduled to arrive at Beijing International Airport at 6:30am local time.

Astro Awani 

FBI akan kerah ejen dan pakar teknikal bantu siasatan kehilangan pesawat MH370


KUALA LUMPUR: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan mengerahkan ejen dan pakar teknikalnya bagi membantu siasatan dalam kehilangan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370. 

Memetik laporan berita akhbar Los Angeles Times, tindakan tersebut dilakukan kerana terdapatnya tiga warga Amerika Syarikat yang menaiki pesawat tersebut.

Menurut, pegawai tertinggi agensi, terdapat seorang bayi yang juga terbang bersama-sama tiga warga negara yang dipercayai warganegara Amerika Syarikat.

“Ini merupakan “permulaan” bagi kami dalam kes ini namun apa yang terjadi masih lagi misteri,” kata pegawai tersebut di Washington.

Amerika Syarikat kini melihat kemungkinan insiden tersebut mungkin mempunyai kaitan dengan aktiviti pengganas.

Kemungkinan seperti ini merupakan perkara yang selalu dilihat oleh negara tersebut apabila berlakunya kejadian pesawat terhempas.

“Walaupun dikatakan terdapat dua penumpang pesawat tersebut yang menggunakan pasport yang dicuri, tiada tanda bahawa ini adalah satu serangan pengganas. Pasport yang dicuri lazimnya tidak membawa indikasi bahawa ianya sebuah serangan pengganas,” kata seorang pegawai divisyen anti-pengganas.

Pegawai penguatkuasa undang-undang dilarang untuk membincangkan perkara ini secara terbuka, namun sehingga kini tiada “bukti” yang mengatakan bahawa ianya berkaitan dengan aktiviti pengganas.

Ejen FBI akan meneliti video rakaman imej-imej penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terutamanya di bahagian-bahagian kaunter tiket, seksyen keselamatan dan juga kawasan balai berlepas.

Imej-imej yang dirakam itu kemudiannya akan dipadankan dengan teknologi biro tersebut untuk melihat sama ada terdapat padanan data dengan suspek-suspek pengganas Al-Qaeda dan juga organisasi pengganas yang lain.

Namun, pegawai tersebut berkata sehingga kini tiada rangkaian pengganas juga organisasi yang muncul dan mendakwa bertanggungjawab dalam nahas pesawat tersebut yang tiba-tiba terputus komunikasi dengan menara kawalan ketika dalam perjalanan ke Beijing membawa 239 penumpang.

Meskipun terdapat petanda-petanda positif dimana kehilangan pesawat berjaya dikesan apabila pesawat tentera Vietnam mengesan dua tompokan minyak yang besar di perairannya namun tiada pengesahan rasmi yang boleh mengaitkannya dengan pesawat malang tersebut.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat juga berkata Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) dijangka akan dibawa bersama untuk siasatan ini disebabkan pesawat tersebut direka oleh Boeing di negara itu.

Astro awani

We kick off SXSW 2014 with some real-life Mario Karting



The first few days of SXSW have brought quite a bit of excitement for our team on the ground. After starting the show with a stun-copter demo, we stopped by the Palmer Events Center to play a little a live-action Mario Kart. 

Pennzoil has set up a go-kart track here in Austin to promote its new Platinum line of natural gas-based motor oils, though -- let's face it -- we were really only here to be Mario (and Luigi, Bowser and Princess Peach) for a day.

Each of the four karts on the track were mounted with a GoPro camera to document each racer's point of view. In addition to tracking each banana peel and speed booster we ran over, the footage apparently teases some elements from the upcoming Mario Kart 8 title.

Source: Engadget