Friday 18 November 2016

Pilih kasih atas alasan publisiti dan promosi adalah bodoh dan keji

Amerul meluahkan perasaannya yang kesal apabila diberitahu namanya terpaksa digantikan dengan pelakon lain di laman sosial Twitter.

STESEN televisyen lebih mementingkan dan mengutamakan paras rupa berbanding bakat.

Selain itu, pengikut yang ramai di laman sosial turut menjadi faktor dalam memilih pelakon bagi drama-drama di stesen mereka, menurut kenyataan yang diedarkan Komuniti Filem Titiwangsa (KOMFIT) di laman Facebook.

“Sikap stesen TV yang lebih mementing dan mengutamakan rupa paras dari bakat serta mendahulukan pelakon yang lebih ramai pengikut di media sosial berbanding mutu dan komitmen lakonan seseorang pelakon dengan menggunakan alasan publisiti dan promosi adalah sesuatu yang amat bodoh dan keji,” kata kenyataan itu.

Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan kekecewaan yang dirasai oleh pelakon Amerul Affendi apabila namanya ditolak oleh sebuah stesen televisyen kerana tidak mempunyai kriteria yang diperlukan oleh stesen televisyen berkenaan.

KOMFIT memandang serius terhadap isu tersebut memandangkan sudah beberapa kali Amerul tidak melepasi saringan bakat di stesen televisyen sejak tahun 2009.

KOMFIT menyifatkan perkara yang semakin bermaharajalela dalam industri penyiaran negara ini sebagai suatu kerugian besar kepada industri apabila gejala buruk, jahat, tidak professional dan tidak adil sebegini diamalkan oleh stesen televisyen.

Amerul meluahkan perasaannya yang kesal apabila diberitahu namanya terpaksa digantikan dengan pelakon lain di laman sosial Twitter.


Aduh, nama masih tak lepas kat Tv3.. Maaf ye tuan sutradara tak dapat nak bersama menjayakan karya tuan.. InsyaALLAH di lain waktu.


Luahan Amerul Affendi itu menarik reaksi beberapa peminat yang rata-rata turut meluahkan kekesalan dan memberikan semangat kepada beliau di laman sosial.


@ayyputeri tak pasti.. Cuma production manager kata nama xlepas..


@Amerul_Affendi ouch, such a waste :( moga rezeki abg merul dipermudahkan selalu, your talent is pure!


Aduh, nama masih tak lepas kat Tv3.. Maaf ye tuan sutradara tak dapat nak bersama menjayakan karya tuan.. InsyaALLAH di lain waktu.. 


@Amerul_Affendi awak sangat berbakat, paling x leh move on bila awak bawak watak azman picasso dlm filem pekak ,,watak mayang pon same haih


Aduh, nama masih tak lepas kat Tv3.. Maaf ye tuan sutradara tak dapat nak bersama menjayakan karya tuan.. InsyaALLAH di lain waktu.. 


@Amerul_Affendi kenapa tak lepas?!no wonder tak pernah nampak kat sana.


Menurut kenyataan KOMFIT, mereka tidak bersetuju dengan tindakan stesen televisyen berkenaan dan meminta penjelasan atas tindakan tersebut. Amerul Affendi pernah terlibat dalam beberapa filem seperti Polis Evo dan Pekak.


-Sumber: Astro Awani | November 18, 2016

Bersih 5: Lima perkara anda perlu tahu

Bersih 5 dijangka berlangsung di Dataran Merdeka pada 19 November. - Gambar fail

1. APA ITU BERSIH DAN APAKAH TUNTUTANNYA?

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau Bersih 2.0 ialah gabungan NGO dan kumpulan masyarakat sivil yang menuntut diadakan pembaharuan dalam pilihan raya di Malaysia.

Ia asalnya dianggotai wakil daripada Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Pembangunan Wanita Kolektif (WDC) dan Penulis Media Bebas (WAMI), dan diketuai bekas Presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga.

Bersih 2.0 yang merupakan penganjur beberapa siri perhimpunan Bersih kini dipimpin oleh Maria Chin Abdullah dari WDC.

Bersih 5 ialah perhimpunan kelima dianjurkan Bersih 2.0 dalam tempoh sembilan tahun.

Perhimpunan pertama diadakan pada 10 November 2007; perhimpunan kedua yang dikenali sebagai 'Walk for Democracy' pula pada 9 Julai 2011, dan yang ketiga adalah perhimpunan 'Sit In' yang diadakan pada 28 April 2012 dan Bersih 4 pada 29 Ogos 2015.

Lima tuntutan Bersih 5:
  • Pilihan raya bersih
  • Kerajaan bersih
  • Kukuhkan demokrasi berparlimen
  • Hak membantah
  • Memperkasa Sabah dan Sarawak

2. APA ITU KONVOI BERSIH?

Pada 1 Oktober 2016, Bersih 2.0 melancarkan Konvoi Bersih di seluruh negara dan berlangsung setiap hujung minggu sehingga perhimpunan Bersih 5 pada 19 November.
Objektif Konvoi Bersih adalah untuk meningkat kesedaran tentang tuntutan Bersih mengenai reformasi institusi dan keparahan krisis 1MDB.

Konvoi Bersih dianggarkan meliputi 246 bandar, pekan, dan kampung di seluruh semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak.


3. BILA DAN DI MANA BERSIH 5.0 DIADAKAN?

Bersih 5 dijangka berlangsung di Dataran Merdeka pada 19 November.



4. APA KATA PIHAK BERKUASA

Kuala Lumpur, Selasa (8 November 2016): Polis menegaskan perhimpunan dan konvoi Bersih 5 tidak boleh diteruskan di luar Dataran Merdeka susulan syarat yang ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 gagal dipatuhi penganjur.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, ia berikutan tiada notis lokasi baru yang diserahkan pihak Bersih 2.0 bagi menggantikan cadangan berhimpun di Dataran Merdeka.

“Notis awal yang diserahkan kepada ibu pejabat polis daerah Dang Wangi dan ibu pejabat polis Brickfields tidak mendapat kelulusan kerana penganjur gagal mengemukakan bersama surat kebenaran Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Petaling Jaya, Khamis (3 November 2016): Polis akan mengambil tindakan berlandaskan undang-undang terhadap pihak yang mengadakan perhimpunan di lokasi yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan, kumpulan baju kuning dan baju merah perlu mendapat kebenaran pemilik tempat meskipun kedua-dua pihak telah mengemukakan notis kepada pihak polis.

Polis terima 198 laporan bantah Konvoi Bersih 5.0 - Ketua Polis Negeri

Port Dickson, Rabu (2 November 2016): Polis Negeri Sembilan sehingga kini menerima 198 laporan daripada individu dan kumpulan yang membantah konvoi Bersih 5.0 selama lapan hari yang dijadualkan bermula Sabtu ini.

Ketua Polis Negeri Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata konvoi berkenaan dijadualkan menjelajah lapan daerah di negeri itu dengan daerah Tampin sebagai permulaan dan berakhir di Nilai pada 12 Nov.

Beliau berkata notis permohonan untuk mengadakan konvoi Bersih 5.0 telah diterima pada 26 Okt lepas, iaitu 10 hari sebelum konvoi diadakan, daripada penganjur.

Kuala Lumpur, Selasa (1 November 2016) : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa penganjur Bersih 5.0 mengikut nasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar tidak mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka.

Ia susulan lokasi bersejarah itu tidak termasuk dalam kawasan yang diizinkan mengadakan perhimpunan selain tidak digazetkan dalam Akta Perhimpunan Aman.

"Memang benar penganjur Bersih mohon keizinan 10 hari sebelum himpunan tetapi Dataran Merdeka tidak termasuk dalam lokasi diizinkan. Seperti kata DBKL yang tidak mengizinkan tempat digunakan sebab ia tidak digazet dalam Akta Perhimpunan Aman," katanya semasa ditemui media selepas ucapan penggulungan Bajet 2014 Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Rakyat.

5. APA KATA BERSIH 2.0


Kuala Lumpur, Jumaat (4 November 2016): Bersih 2.0 tidak memberi apa-apa keterangan mengenai dana Open Society Foundation (OSF) kepada polis semasa dipanggil untuk siasatan di Bukit Aman

Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata, sebarang butiran hanya akan dijawab jika dipanggil di mahkamah kelak.

Katanya, siasatan adalah di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan yang dikaitkan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas)(SOSMA).

- Sumber: Astro Awani | November 18, 2016

Syarat kemasukan ke asrama penuh, MRSM perlu diubah

Langkah itu perlu diambil susulan pelaksanaan format baharu peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang menyebabkan pencapaian keputusan UPSR tahun ini kurang memberangsangkan. - Gambar fail

IPOH: Syarat kemasukan pelajar ke Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) perlu diubah, kata Pengerusi Jawatankuasa Exco Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria.

Beliau berkata langkah itu perlu diambil susulan pelaksanaan format baharu peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang menyebabkan pencapaian keputusan UPSR tahun ini kurang memberangsangkan.

"Bilangan pelajar (dapat keputusan) cemerlang agak rendah... kita perlu adil kerana ini merupakan ujian pertama menggunakan format baharu ini," katanya pada sidang media di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di sini, pada Khamis.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri Datuk Rozi Puteh Ismail berkata hanya seramai 363 daripada 34,713 calon UPSR 2016 di negeri ini memperoleh keputusan semua A dalam mata pelajaran yang diambil. 

--Sumber: Bernama  November 18, 2016

UPSR 2016: 'Kenapa jadi begini?'



Kegagalan mendapat keputusan cemerlang biarpun sudah berusaha dibimbangi menjejaskan motivasi pelajar. KEPUTUSAN Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan pagi tadi mengundang pelbagai reaksi masyarakat.

Dengan hanya 1.11 peratus daripada jumlah keseluruhan 440,782 calon yang menduduki UPSR tahun ini memperoleh semua A, keputusan ini dilihat satu penurunan yang agak ketara berbanding tahun lalu.

Ia sekali gus memberi kejutan dan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa, apatah lagi situasi ini berlaku selepas penukaran format baharu.


WaN @haz_wan95
Sedih nya tgok kputusan UPSR hri ni. 1.11% je yg dpt smua A
3:27 PM - 17 Nov 2016


Shazrul Farhan @shaz_paan64
Kesian tgok muka bdk2 upsr dpt result diorang
3:24 PM - 17 Nov 2016


Amet Franco @amirzukri
Grading UPSR ni tinggi sangat ke?
3:18 PM - 17 Nov 2016


QUSHAIRY @Nabil_Qushairy
Pehal result upsr teruk semacam. Susah ke do?
3:07 PM - 17 Nov 2016


Bagi kebanyakan netizen, mereka tidak faham mengapa format peperiksaan itu perlu ditukar.




not typical. @JustinTWJ
From 38,344 straight As (2015) for UPSR to just 4,896 (2016). Not the students' fault tho. Something definitely changed. Format or marking.
3:27 PM - 17 Nov 2016


wassim @wassimfairuz
Yang duk heboh tukar tukar format UPSR tu pasal apa? Konon nak lahirkan genius di usia muda ke apa?
3:21 PM - 17 Nov 2016


mizy @mizytarmizi
I even surprised with upsr new format. It's waaayyy harder now. https://twitter.com/aafaizli/status/799096311907643393 …
3:15 PM - 17 Nov 2016

Sandara @fatinnaqilah
Imagine yg mana bdk kelas #1 dapat 1A or even takda A langsung. Kesian depa. Baru upsr dh rasa down sbb result teruk ko rasa?
3:12 PM - 17 Nov 2016 · Cardiff, Wales



Antara reaksi di Facebook.

Kata mereka, adalah lebih baik sistem pendidikan sedia ada dikekalkan dan dinaik taraf, bukannya ditukar secara menyeluruh.

Keputusan yang kurang baik yang diperoleh kerana penukaran format peperiksaan dikhuatiri menjejaskan fokus pelajar selain bimbang motivasi pelajar akan menurun. Calon peperiksaan UPSR pada tahun ini merupakan kohort pertama yang telah mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sejak Tahun 1 iaitu pada tahun 2011.

- Sumber: Astro Awani | November 17, 2016

Murid hidap kanser usus catat 6A UPSR

Murid tahun 6, Wan Adibah Farhani Wan Mazlan dari Sekolah Kebangsaan Ibrahim 2, Pasir Mas memperoleh keputusan 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2016. - Foto Bernama

KOTA BHARU: Meskipun terpaksa menahan sakit akibat kanser usus ketika menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Wan Adibah Farhani Wan Mazlan, 12, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ibrahim 2, Pasir Mas, berjaya mencatat A dalam kesemua enam mata pelajaran.

Beliau yang kini menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kelihatan tidak bermaya namun siapa sangka dalam keadaan seperti itu, kejayaan berpihak kepada dirinya.

Menurut ibunya Ani Harun, 48, anak bongsu daripada empat beradik itu sangat tabah menghadapi dugaan, walaupun sakit anaknya itu tetap bersungguh-sungguh menjawab soalan peperiksaan.

Katanya anaknya itu mengambil peperiksaan bersama lima lagi murid lain yang mendapat rawatan di hospital berkenaan September lalu.

"Memang dia antara murid yang disasarkan memperolehi keputusan cemerlang dalam UPSR tahun ini.

"Saya sebenarnya tidak mengharapkan sangat sebab kasihan melihat keadaannya tetapi mungkin berkat kesungguhan dia sendiri, kejayaan tetap menjadi miliknya," katanya ketika ditemui Bernama di hospital itu, hari ini.

Kejayaan Wan Adibah Farhani turut dikongsi guru besar sekolahnya, Tuan Khamsiah Tuan Yusoff dan beberapa guru lain yang hadir sendiri ke HUSM bagi menyampaikan keputusan berkenaan, di mana Wan Adibah Farhani adalah seorang daripada tiga murid sekolah tersebut yang memperoleh keputusan 6A.
Tuan Khamsiah berkata, Wan Adibah Farhani seorang murid cemerlang dan menjadi harapan sekolah.

"Keputusan ini membuktikan penyakit yang dihidapi selama ini tidak pernah menjadi batu penghalang untuk beliau meraih kejayaan malah sudah pasti beliau menjadi inspirasi kepada murid lain," katanya. 

-- Sumber: Bernama | November 17, 2016

Korea Selatan sahkan wabak virus selesema burung H5N6


Kali akhir Korea Selatan berdepan masalah selesema burung adalah pada Mac lalu. - Gambar hiasan

SEOUL: Korea Selatan mengesahkan wabak patogenik H5N6 yang membawa virus selesema burung di dua ladang ternakan, ujar sumber kementerian pertanian negara itu pada Jumaat.

Reuters melaporkan, wabak itu disahkan berlaku di ladang di bahagian tengah dan selatan negara itu selepas pihak kementerian pada minggu lalu melaporkan bahawa strain virus H5N6 telah dikesan dalam najis burung-burung migrasi.

Kali terakhir selesema burung menular di Korea Selatan adalah pada Mac lalu, apabila strain virus berlainan dikenal p[asti di sebuah ladang ternakan itik. Kejadian itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 11,000 burung dilupuskan.

- Sumber: Agensi | November 18, 2016