Tuesday, 18 March 2014

MH370: Kempen reben biru dilancar, semoga doa berterusan


KUALA LUMPUR: Satu kempen reben biru telah dilancarkan sebagai simbolik harapan rakyat Malaysia terhadap pesawat MH370.

Kempen anjuran badan bukan kerajaan "UNITI" itu akan mengedarkan tujuh ribu reben biru kepada rakyat di sekitar Kuala Lumpur.

Kempen "Tie a Blue ribbon for MH370" dilancarkan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph kKurup 17 Mac lalu.

Pengedaran reben biru dengan tulisan "Pray For MH370 crew, passangers & families" diharap dapat mengingatkan rakyat untuk terus menitipkan doa.

Astro Awani 

2014 Great Wall Haval M4 appears on oto.my – price RM50k


An ad for the 2014 Great Wall Haval M4 has appeared on oto.my – the post lists a pricing of RM50k for the manual 1.5 litre version. No mention on availability, but we do know that the planned market debut for the SUV will happen sometime in May.

In January, local distributor Green Oranges had a left-hand drive example of the M4 on display in its Glenmarie showroom – the right-hand drive form is set to be locally assembled at the GWM plant in Gurun, Kedah, with an anticipated pricing of under RM50k being suggested.

That pricing should be for the five-speed manual version, which will have two-wheel drive. A higher-spec variant is reportedly on the cards as well, and this will be a four-wheel drive unit with an automatic transmission.

Both M4 models will be powered by a normally-aspirated 1.5 litre VVT four-cylinder engine – the ad revises the earlier 105 hp power output down to 103 hp, but no changes to the 138 Nm torque figure. Kit listed includes a four-speaker CD-based audio system, AUX/USB input, Bluetooth connectivity, ABS and EBD as well as dual-airbags.


Source : Paultan.org

China sahkan tiada warganegaranya terlibat keganasan, rampasan pesawat


KUALA LUMPUR: China hari mengesahkan bahawa tiada warganegaranya yang hilang bersama-sama pesawat MH370 pada 8 Mac, terlibat dalam keganasan atau rampasan pesawat.

Menurut laporan South China Morning Post, Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang hari ini berkata China telah membuat siasatan rapi ke atas semua penumpang dari negara itu, dan tidak memperolehi apa-apa bukti yang boleh dikaitkan dengan aktiviti sabotaj.

Chinese ambassador to Malaysia: We have ruled out the possibility that Chinese passengers onboard were involved in terrorism. #MH370— CCTVNEWS (@cctvnews)March 18, 2014

Beliau turut berkata tiada individu atau kumpulan telah menghubungi mana-mana pihak berkuasa yang terlibat dalam penyiasatan kehilangan pesawat itu di negara itu termasuk mengajukan apa-apa tuntutan politik.

Pesawat itu membawa 153 orang warganegara China.

Sementara itu, Huang berkata fokus pencarian pesawat itu kini adalah untuk berusaha mengecilkan kawasan pencarian.

Chinese ambassador to Malaysia: Priority of the investigation is to rule out one of the corridors for a more specific search range.#MH370— CCTVNEWS (@cctvnews)March 18, 2014

Beliau menambah China telah mula mencari pesawat tersebut di kawasan koridor utara Wilayah China.

Dua puluh enam negara kini membantu untuk mencari pesawat selepas satelit dan data radar tentera memperlihatkan dua koridor besar di mana pesawat itu berkemungkinan telah diterbangkan.

Chinese ambassador to Malaysia: China has begun searching within its territory of the northern corridor. #MH370— CCTVNEWS (@cctvnews)March 18, 2014

Koridor utara merintangi kawasan kira-kira dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke bahagian utara Thailand, sementara koridor selatan merintangi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang, jam 2.40 pagi pada 8 Mac lalu.

Sejumlah 239 penumpang dari pelbagai negara termasuk anak kapal berada di dalam penerbangan tersebut dan ia masih belum ditemui lagi.

Astro Awani 

Landasan Diego Garcia antara ditemui dalam simulator Kapten Zaharie


KUALA LUMPUR: Landasan lapangan terbang Diego Garcia antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam pada Sabtu lalu, lapor Berita Harian.

Akhbar itu memetik sumber yang berkata, penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie.

“Antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, sebuah lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia) serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.

"Meskipun kelmarin Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin menafikan MH370 mendarat di Diego Garcia, siasatan tetap dibuat kerana ia berpandukan data perisian simulator penerbangan Zaharie," kata sumber tersebut kepada Berita Harian.

Sabtu lalu, pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil simulator penerbangan Kapten Zaharie Ahmad Shah di rumahnya di Shah Alam.

Ia kemudian dipasang semula semalam di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk kehilangan MH370 yang masih misteri.

Sebelum ini, Amerika Syarikat menafikan kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang tersebut mendarat di pangkalan mereka.

Menurut sumber itu juga, siasatan juga dibuat bagi mencari petunjuk kemungkinan juruterbang mendaratkan pesawat di landasan yang dipelajarinya dalam simulator berkenaan.

Sumber itu menjelaskan pihak PDRM menjalankan siasatan tersebut dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi mencari petunjuk dalam usaha mencari MH370.

Siasatan yang dibuat juga merangkumi kemungkinan pesawat tersebut mendarat di landasan yang kawalannya longgar, selain teori pesawat itu mungkit mendarat di atas laut, bukit atau kawasan lapang yang sesuai.

Astro Awani 

Ambil iktibar kejadian di konsert liar

Felixia Yap
Felixia Yap

"SALAH satu sebab mengapa saya tinggalkan hidup dahulu dan bertekad menutup aurat dan mengenali agama adalah kerana saya dah serik melihat kawan-kawan saya yang asyik bergelumang dadah, parti-parti liar, serta mabuk tidak tentu arah," kata bekas model, Felixia Yeap hari ini berkenaan kejadian yang menimpa enam peserta konsert Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 yang maut akibat mengambil dadah ketika menyertai konsert tersebut.

Menurutnya, perlakuan tersebut telah memperlihatkan bahawa seseorang itu seperti tiada haluan dalam hidup dan merugikan diri mereka sendiri.

"Pada pandangan saya mereka ini seperti tiada haluan hidup.

"Secara jujurnya, walaupun susah untuk dipercayai, saya memang tidak minum walaupun dari dahulu lagi, atau terikut-ikut sekali dengan semua itu.

"...tetapi setakat melihat kehidupan orang di sekeliling saya seperti itu, sudah cukup membuatkan jiwa saya merasa kosong.

"Semoga kita boleh ambil iktibar dari kejadian FMFA yang telah meragut beberapa nyawa baru-baru ini," katanya yang dipetik menerusi akaun Facebooknya.

Kelmarin, enam individu termasuk seorang pelajar dari sebuah Universiti di Utara tanah air maut dan tiga kritikal disyaki akibat pengambilan dadah secara berlebihan ketika berhibur di Konsert FMFA yang dianjurkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22; Victor Wong E Hern, 26; Sabreena Kamaruddin, 21; M Suresh, 28; Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.

Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam linkungan umur 19 dan 27 tahun yang kini menerima rawatan di PPUM dan di PPUKM.

Dalam satu sidang media semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohamad Salleh berkata, ekoran hari ketiga perlu dibatalkan tanpa alasan kerana menyebabkan masalah keselamatan.

Sinar Harian 

MAS nafi ubah jadual petugas saat akhir


Mas (Malaysia Airlines)

SEPANG - Malaysia Airlines (MAS) menafikan dakwaan bahawa juruterbangnya, Kapten Zaharie Ahmad Shah bukan juruterbang yang ditugaskan untuk menerbangkan pesawat MH370 ke Beijing pada awalnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, Zaharie ditugaskan mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan.

"Tidak benar. Dia ditugaskan mengikut jadual bertugas," katanya pada sidang media harian bagi hari ke-10, hari ini.

Sebelum ini, timbul dakwaan mengatakan bahawa juruterbang MH370 sebenarnya sedang bercuti ketika dipanggil bertugas.

Masuk hari ke-10 pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk kru MAS hilang, masih tiada perkembangan positif disampaikan pihak berkuasa.

Namun, semua pihak masih menaruh harapan penumpang MH370 itu berada dalam keadaan selamat.

Sinar Harian 

Ditamat kontrak, Hanez berdiam diri


PELAKON jelita, Hanez Suraya enggan mengulas panjang apabila ditanya tentang penarikan kontraknya sebagai duta produk kecantikan, Aura White baru-baru ini.

"Maaf semua no komen buat masa sekarang," katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada wartawan Sinar Harian Online.

Memetik laporan sebuah media arus perdana, pihak pengurusan produk kecantikan tersebut dikhabarkan menarik semula kontrak Hanez ekoran wujud pihak tertentu didakwa cuba menghasut pengguna memboikot produk itu.
Sementara itu, laporan sebuah portal hiburan mengatakan, kontrak Hanez sebagai duta rasmi produk itu ditarik semula selepas kisah cintanya dengan suami orang teruk dikecam masyarakat.
Hanez sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa dia sedang hangat menjalin hubungan dengan suami orang.
Susulan dari pengakuannya, pelbagai pihak termasuk peminatnya mula mengkritik dan mengecam pelakon 3 Janji itu.
Cubaan Sinar Harian Online untuk mendapatkan maklumat lanjut menemui jalan buntu selepas Hanez menolak untuk memberikan sebarang ulasan berkenaan isu terbabit.
Dalam pada itu, Sinar Harian Online telah menghubungi pihak pengurusan Aura White untuk mengetahui dengan lebih lanjut namun tiada sebarang pengesahan yang diberikan oleh pihak terbabit.
"Pihak kami tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung soal penarikan kontrak Hanez Suraya sebagai duta produk kami.
"Kami juga tidak mahu beri sebarang kenyataan buat masa sekarang," kata salah seorang wakil pengurusan Aura White yang enggan namanya dikenali kepada Sinar Harian Online.
Dalam satu kenyataan akhbar 2 Mac lalu, isteri Mr R, Nurliyana Abd Manan mendakwa Hanez menjadi punca keruntuhan rumah tangganya dan Hanez juga didakwa merampas suaminya.

Pendedahan yang dilakukan Nurliyana telah menyebabkan Hanez dihujani pelbagai komen negatif dan hinaan di laman sosial seperti Instagram dan Twitter.

Sehubungan dengan itu, Hanez telah menganjurkan satu sidang media untuk memperjelaskan perkara sebenar kepada umum, namun pelakon terbabit terus menerima kecaman dan kritikan orang ramai.

Belajar hidup susah sebelum perlekeh Wan Azizah

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

KAJANG - "Baru kena ugut tampar sudah panik, inikan pula mahu mempelekehkan (Datin Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail)yang sudah hidup susah dan kenal makna sebenar keadilan," demikian kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak layak berbuat demikian sehinggalah beliau sendiri mengenali erti keadilan dan belajar cara hidup susah tanpa bergantung kepada kemewahan keluarga.

"Khairy... Jangan cakap sombong, kamu belajar dulu hidup susah dulu dan cakap banyak.

"Kalau salah, hukum tak apa, 16 tahun setiap hari dimalukan, sejak 1998 saya setengah mati kena pukul, jangan sombong, ini hari ini kamu menteri, esok belum tentu lagi," katanya pada ceramah umum di Kampung Baru Sungai Chua, di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Menteri Belia dan Sukan itu yang menggelar, Presiden PKR itu sebagai boneka kerana terpaksa menjadi calon bidang terjun di PRK N25 Kajang.

Menurut Anwar yang mempertahankan isterinya sambil berkata, Wan Azizah merupakan pelajar cemerlang yang dianugerahkan pingat emas sewaktu melanjutkan pelajaran di luar negara dalam jurusan kedoktoran tanpa sebarang bantuan dan pengaruh keluarganya.

"Masa Wan Azizah belajar di Royal College of Surgeons Ireland, dia adalah salah seorang daripada 'top student', bukan sebab kouta atau bapa dia kaya dan menteri.

"Bila saya masuk penjara, dia ambil alih tanggungjawab (tuntut keadilan)," katanya lagi.

Sinar Harian 

Ditamat kontrak, Hanez berdiam diri

Hanez Suraya
Hanez Suraya

PELAKON jelita, Hanez Suraya enggan mengulas panjang apabila ditanya tentang penarikan kontraknya sebagai duta produk kecantikan, Aura White baru-baru ini.

"Maaf semua no komen buat masa sekarang," katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada wartawan Sinar Harian Online.

Memetik laporan sebuah media arus perdana, pihak pengurusan produk kecantikan tersebut dikhabarkan menarik semula kontrak Hanez ekoran wujud pihak tertentu didakwa cuba menghasut pengguna memboikot produk itu.

Sementara itu, laporan sebuah portal hiburan mengatakan, kontrak Hanez sebagai duta rasmi produk itu ditarik semula selepas kisah cintanya dengan suami orang teruk dikecam masyarakat.

Hanez sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa dia sedang hangat menjalin hubungan dengan suami orang.

Susulan dari pengakuannya, pelbagai pihak termasuk peminatnya mula mengkritik dan mengecam pelakon 3 Janji itu.

Cubaan Sinar Harian Online untuk mendapatkan maklumat lanjut menemui jalan buntu selepas Hanez menolak untuk memberikan sebarang ulasan berkenaan isu terbabit.

Dalam pada itu, Sinar Harian Online telah menghubungi pihak pengurusan Aura White untuk mengetahui dengan lebih lanjut namun tiada sebarang pengesahan yang diberikan oleh pihak terbabit.

"Pihak kami tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung soal penarikan kontrak Hanez Suraya sebagai duta produk kami.

"Kami juga tidak mahu beri sebarang kenyataan buat masa sekarang," kata salah seorang wakil pengurusan Aura White yang enggan namanya dikenali kepada Sinar Harian Online.

Dalam satu kenyataan akhbar 2 Mac lalu, isteri Mr R, Nurliyana Abd Manan mendakwa Hanez menjadi punca keruntuhan rumah tangganya dan Hanez juga didakwa merampas suaminya.

Pendedahan yang dilakukan Nurliyana telah menyebabkan Hanez dihujani pelbagai komen negatif dan hinaan di laman sosial seperti Instagram dan Twitter.

Sehubungan dengan itu, Hanez telah menganjurkan satu sidang media untuk memperjelaskan perkara sebenar kepada umum, namun pelakon terbabit terus menerima kecaman dan kritikan orang ramai.

Sinar Harian