Gambar hiasan
BAGI pengguna WhatsApp kini anda boleh menggunakan 'kemudahan' baharu yang diperkenalkan oleh aplikasi teknologi itu.
Memetik laporan Amanz, kemudahan itu antaranya membolehkan pengguna berkongsi gambar dan video yang akan hilang selepas tempoh 24 jam.
Kini, fungsi berkenaan telah mula ditawarkan kepada semua pengguna di Malaysia - dan juga seluruh dunia.
Untuk menggunakannya, anda hanya perlu mengemaskini aplikasi WhatsApp anda kepada versi terkini, dan tab WhatsApp Status kini akan dipaparkan.
Ketika mengaksesnya buat pertama kali, anda akan diberikan pilihan tetapan privasi untuk menetapkan anda terbuka untuk berkongsi WhatsApp Status dengan siapa, atau inginkan sesiapa yang dikecualikan daripada melihatnya.
Seperti perkhidmatan pada Instagram dan Facebook, pengguna turut boleh membuat balasan pada sesuatu perkongsian dan ia akan dibalas melalui kotak sembang di WhatsApp.
Bagi anda yang menggunakan WhatsApp, mungkin boleh mengemaskini aplikasi anda, dan mencubanya.
- Sumber: Sinar Harian | 24 Februari 2017