Friday, 24 July 2015

Azharina berang pejabatnya dipecah masuk kali kedua




KUALA LUMPUR: Penyanyi Azharina berang apabila ada cubaan memecah masuk pejabat miliknya untuk kali kedua. 

Azharina atau nama sebenarnya Azharina Azhar, 30, berkata, beliau mengalami kerugian sebanyak RM60,000 ketika pejabat bagi menguruskan perniagaannya dipecah masuk kira-kira dua bulan lalu.

"Ini kali kedua pejabat saya dipecah masuk. Polis yang menyiasat kes ini berpendapat ianya dirancang oleh sindiket yang menjalankan pemerhatian terlebih dahulu sebelum merompak.


"Alhamdulillah percubaan kali kedua gagal. Mereka tidak berjaya memecah masuk pejabat saya kerana kami telah menukar sistem penggera selepas mengambil iktibar daripada kes rompakan pertama.

"Selepas melihat semula kamera litar tertutup, kami mendapati dua orang lelaki cuba menceroboh pejabat saya namun tidak berjaya. Pada hari kejadian, telefon bimbit saya berbunyi tanpa henti kerana syarikat penggera itu ingin memaklumkan ada pihak yang ingin memecah masuk premis," kata Azharina kepada BH Online.


Pelantun lagu Elergi Sepi itu berkongsi beliau berada dalam keadaan trauma kerana premis perniagaannya terdedah dengan bahaya. Malah, beberapa hari lalu, ada seorang lelaki cuba untuk memecah masuk rumahnya dan menggugut ibunya.

"Memang saya berada dalam keadaan trauma kerana ada pula cubaan untuk memecah masuk rumah saya. Individu itu bertindak memukul pegawai keselamatan yang meronda di kawasan rumah saya.

"Malah lelaki itu juga turut menggugut untuk merogol pembantu rumah saya. Sudah jatuh ditimpa tangga, saya merasa kurang selamat kerana kejadian yang berlaku berturut-turut ini. 

"Lagipun, saya seorang diri di rumah bersama anak saya yang masih berumur sembilan bulan. Semestinya saya mengambil langkah berhati-hati bagi memastikan keselamatan saya dan anak terjamin," tegas beliau lagi.

Tambah Azharina, kehidupan beliau terisi dengan kehadiran anak angkatnya, Rahmat Azharin yang kini berusia sembilan bulan. Beliau tidak berselindung identiti ibu bapa kandung anak angkatnya itu dengan menjelaskan bayi lelaki itu adalah anak sepupu lelakinya. 

Sementara itu, Azharina berkongsi beliau kini sedang dalam rangka promosi single terbaharunya berjudul Cinta Kita Selamanya.

Single itu adalah hasil terbitan bersama FASTYLE dan Azharina Entertainment dan mendapat sentuhan dari komposer terkenal Datuk Adnan Abu Hassan.

- Sumber: BH Online 

Katy Perry Lights Up H&M’s Holiday Collection


Pop icon and superstar Katy Perry is set to star in H&M’s Holiday 2015 campaign. This global TV and print campaign celebrates the joyous season in true H&M form.

Riding the wave from her recent collaboration with Jeremy Scott for Moschino, Katy Perry bagged yet another major fashion gig but she is trading glossy, gold crop tops and chain jewellery for pieces with more mass appeal. She is the newest face of H&M’s 2015 holiday collection in the Swedish retailer’s rich history of calling on big-name superstars for its ads, from Lana Del Rey to Beyonce and even Lady Gaga and Tony Bennett last year.

Perry has one of the largest social media followings ever, with 23.8 million fans on Instagram. This undertaking is just the latest in a string of successes for the star, who was the first artist to exceed 75 million digital downloads and has become the top Twitter star with 72 million followers. 

- Source: Astro Publication

The Edge has misled Malaysians - Abdul Rahman

ABDUL RAHMAN: If The Edge can cheat a known sleek criminal like Justo, I won't be surprised if they could cheat ordinary Malaysians just as well.

KUALA LUMPUR: The Edge Media Group has misled Malaysians into thinking it obtained information honorably about 1Malaysia Development Berhad from a reliable source, said Barisan Nasional strategic communications director Datuk Abdul Rahman Dahlan. 

Given that the group owner, Tong Kooi Ong, admitted to misleading former PetroSaudi International executive Xavier Andre Justo about payments to secure evidence, "Malaysians cannot take what The Edge is saying at face value", he added.

"If The Edge can cheat a known sleek criminal like Justo, I won't be surprised if they could cheat ordinary Malaysians just as well.

"Yes, news organisations worth their salt wouldn't pay for information but they are also expected not to cheat to get the information. Otherwise, their reputation is also at stake when they cheat to steal stolen information," he said in his Facebook post today.

Abdul Rahman, who is Urban Wellbeing, Housing and Local Government Minister, said it was a shame that The Edge did not come clean from the beginning and tried "to cover up their act" after Justo revealed "shocking information" in an interview with Singapore's The Straits Times.

"The Edge said the stolen documents were not tampered at all but international computer forensic experts as well as Thai authorities say otherwise. They milked the story for a few months for political purposes while hoping no one would know who Justo was," he added.

Abdul Rahman said The Edge Financial Daily publisher had claimed that publishing stolen and suspect information was the most honourable thing to do. 

"Don't try to wiggle your way out of this by claiming being honourable, Mr Ho (Kay Tat) and Mr Tong," he said.

Earlier today, Tong in a statement admitted to misleading Justo about paying him for 1MDB-related documents the Swiss stole from his former employer.

But Tong said this was the only way to get hold of the evidence to expose how a small group of Malaysians and foreigners cheated the people of Malaysia of US$1.83 billion (RM6.97 billion).

- Source: Bernama 

The Edge telah mengelirukan rakyat Malaysia - Rahman Dahlan

Datuk Abdul Rahman Dahlan

KUALA LUMPUR - The Edge telah mengelirukan rakyat Malaysia supaya beranggapan bahawa kumpulan media itu mendapat maklumat mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara terhormat daripada sumber yang dipercayai, kata Pengarah Komunikasi dan Strategi BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan. 

Berdasarkan pengakuan pemilik kumpulan itu, Datuk Tong Kooi Ong bahawa mereka telah memperdayakan bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi), Xavier Andre Justo berhubung bayaran untuk mendapatkan bukti, katanya: "Rakyat Malaysia tidak boleh menerima apa yang dikatakan oleh The Edge pada nilai lahirnya." 

"Jika The Edge boleh menipu seorang penjenayah lick seperti Justo, saya tidak akan terkejut jika mereka boleh turut menipu rakyat biasa.

"Memang, organisasi berita yang berwibawa tidak akan membayar untuk mendapatkan maklumat dan mereka juga dijangka tidak menipu untuk memperolehnya.

Jika tidak, reputasi mereka juga menjadi taruhan apabila mereka menipu untuk mencuri maklumat yang dicuri," katanya dalam tulisan di Facebooknya hari ini. 

Abdul Rahman, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, adalah memalukan apabila The Edge tidak muncul 'bersih' dari awal lagi dan 'cuba menutup perbuatan mereka' selepas Justo mendedahkan maklumat mengejutkan dalam wawancara dengan akhbar The Straits Times dari Singapura.

"The Edge berkata dokumen-dokumen curi itu tidak dipinda sama sekali tetapi pakar forensik komputer antarabangsa serta pihak berkuasa Thailand menyatakan sebaliknya.

"Mereka mengembar-gemburkan laporan ini untuk beberapa bulan untuk tujuan politik manakala berharap tiada siapa akan mengetahui siapa itu sebenarnya Justo," katanya.

Abdul Rahman berkata penerbit akhbar Financial Daily itu telah mendakwa menerbitkan maklumat yang diragui dan dicuri merupakan perkara yang paling terhormat untuk dilakukan.

"Jangan cuba untuk mencari jalan keluar dengan mendakwa sebagai tindakan yang mulia, Mr Ho (Kay Tat) dan Mr Tong," katanya.

Terdahulu, Tong dalam kenyataan hari ini mengakui memperdayakan Justo berhubung bayaran kepadanya untuk memperoleh dokumen 1MDB yang didakwa dicuri oleh warga Switzerland itu daripada bekas majikannya. 

Bagaimanapun, Tong berlaia itu sahaja cara untuk mendapatkan bukti bagi mendedahkan bagaimana sekumpulan kecil warga Malaysia dan asing menipu rakyat Malaysia membabitkan jumlah wang US$1.83 bilion (RM6.97 bilion). 

- Sumber: Bernama

SPAD nafi gari pemandu teksi

Gambar individu digari dan teksi disita antara yang digabungkan menjadi viral di laman sosial.

ALOR SETAR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Wilayah Utara menafikan dakwaan pemandu teksi ditahan dan digari dalam satu operasi di Sungai Petani, baru-baru ini.

Gambar beberapa individu digari SPAD bersama kereta teksi disita turut menjadi viral di laman sosial sejak seminggu lalu.

Ketua Penguatkuasanya, Mejar (B) Ahmad Zaidi Shuib berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar dan sengaja dilakukan pihak tertentu.

“Gambar yang viral di laman sosial kononnya pemandu teksi digari dan kereta mereka disita di Sungai Petani tidak benar sama sekali.

“Sebaliknya mereka yang digari bukan pemandu teksi tetapi ulat tiket yang ditahan dalam satu operasi di Terminal Larkin, Johor,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, beberapa ulat tiket itu terpaksa digari kerana dipercayai cuba bertindak ganas dan mencederakan pegawai penguatkuasa SPAD yang bertugas.

“Kesalahan ulat tiket adalah diklasifikasikan sebagai jenayah dan boleh ditangkap tanpa waran serta dilakukan mengikut undang-undang yang berhubung dengan tatacara jenayah yang berkuat kuasa.

“Sangat mendukacitakan dalam usaha kerajaan mentransformasikan industri pengangkutan awam negara, gejala ulat tiket masih lagi berleluasa terutama di terminal-terminal utama seluruh negara,” katanya.

Jelasnya, kebanyakan ulat tiket didapati sering memeras ugut penumpang di kaunter tiket terutama di musim perayaan.

“Penumpang yang membeli dan menaiki bas daripada ulat tiket kebiasaannya tidak sampai ke destinasi pada waktu yang sepatutnya.

“Ini disebabkan perjalanan bas tersebut sentiasa berhenti di kawasan yang tidak termasuk dalam jadual perjalanan bas dan mengakibatkan kelewatan antara satu hingga dua jam perjalanan,” katanya.

Tambahnya, dalam proses melaksanakan Seksyen 205 (2) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) tindakan menggari adalah diperlukan untuk membawa orang yang ditangkap tanpa waran ke balai polis berdekatan untuk tindakan undang-undang.

Tindakan sama juga boleh dibuat mengikut Seksyen 217 (1) APAD kepada mereka yang cuba bersubahat dalam perlakuan sesuatu kesalahan.

Ia diperkuatkan lagi dengan Seksyen 15 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) iaitu jika orang yang hendak ditangkap itu melawan dengan kekerasan atau cuba lari daripada tangkapan, ia boleh digari.

“Tujuan ulat tiket digari sebagai langkah pencegahan yang boleh mendatangkan kecederaan kepada pegawai penguatkuasa, menghapuskan aktiviti ulat tiket serta pengajaran supaya mereka menghentikan aktiviti tidak bertanggungjawab ini,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

300 objek misteri ditemui di Tanjung Balau

Lebih 300 objek misteri yang menyerupai ukiran pada kuil Borobodur dirakamkan oleh Penolong Kurator Muzium Nelayan Tanjung Balau, Muhammed Iqbal Rosli ketika mengiringi wakil kerajaan negeri ke lokasi tersebut di pantai Tanjung Balau semalam.

KOTA TINGGI - Lebih 300 objek misteri yang menyerupai ukiran pada kuil Borobodur, di Jawa Tengah, Indonesia ditemui di atas batu di pantai Tanjung Balau dekat sini semalam.

Sesetengah penduduk setempat berkata objek dalam pelbagai warna itu digunakan untuk membuang ancak atau persembahan kepada makhluk halus.

Penolong Kurator Muzium Nelayan Tanjung Balau, Muhammed Iqbal Rosli berkata beliau menyedari kewujudan objek itu ketika mengiringi wakil kerajaan negeri ke lokasi tersebut.

Beliau berkata ia secara tidak langsung telah mengganggu pemandangan geologi di Tanjung Balau yang sedang diwarta sebagai kawasan sejarah.

"Kami tidak tahu siapa yang meletak objek-objek itu dan upacara yang dijalankan sama ada ia merupakan proses pemujaan atau ritual sesebuah agama.

"Pihak kami juga tidak mengalihkannya sebab ia terlalu banyak dan bimbang sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangkakan. Bagaimanapun jumlahnya semakin berkurangan kerana dibawa air pasang," kata Muhammed Iqbal.

Beliau berkata pengunjung jangan mendekati objek tersebut dan menyentuhnya kerana khuatir akan memudaratkan kerana belum dikenal pasti bahan yang terkandung padanya.

“Namun kita difahamkan ia merupakan upacara tahunan agama namun tidak tahu agama apa dan kita masih siasat perkara ini,” katanya.

Sementara itu Kadi Daerah Kota Tinggi, Mohd Fauzi Bachok berkata pihaknya sedang menyiasat sama ada ia turut melibatkan masyarakat Islam. 

- Sumber: Bernama