Thursday, 17 July 2014

38 maut akibat Taufan Rammasun di Filipina

Meskipun telah diberikan amaran, penduduk Filipina masih lagi berada di luar ketika Taufan Rammasun melanda.


KUALA LUMPUR: Jutaan rakyat Filipina terpaksa bergelap setelah bekalan elektrik terputus pada Khamis setelah dibadai Taufan Rammasun yang melumpuhkan jaringan perhubungan kota dan luar bandar yang sehingga ini meragut 38 nyawa.

Pihak berkuasa berasa kecewa dengan penduduk yang masih tidak mahu berpindah ke tempat selamat meskipun taufan tersebut telah membunuh 38 orang setakat ini.

“Kami masih lagi cuba mencari apa sebenarnya yang menyebabkan penduduk tidak mahu akur kepada amaran yang telah diberikan,” kata Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Nasional, Alexander Pama kepada wartawan.

Sebagai sebahagian langkah “kematian sifar”, kerajaan telah pun memindahkan hampir 400,000 orang yang berada dalam laluan Rammasun dan memberi amaran kepada yang lain supaya sentiasa berada dalam rumah.

Namun, amaran tersebut tidak diendahkan malah menurut data daripada majlis, ramai yang maut itu merupakan mereka yang berada di luar rumah dan terkorban dek kerana ditimpa oleh pokok tumbang, runtuhan bangunan dan sisa runtuhan yang berterbangan.

Pama menambah kadar kematian dijangka akan bertambah dan memburukkannya lagi adalah terputusnya hubungan komunikasi kepada sesetengah kawasan luar bandar.

Filipina sering dilanda oleh ribut taufan dan dianggarkan terdapat 20 ribut taufan membadai negara itu.

Rammasun merupakan taufan pertama yang melanda semenjak musim hujan berlaku pada awal Jun lalu.

Ia juga merupakan taufan terbesar pertama yang berlaku selepas Taufan Haiyan yang melanda negara itu tahun lalu dan membunuh 7,300 orang dalam satu malapetaka semulajadi terburuk Filipina.
 - Agensi 

Mesut Ozil hanya derma kepada kanak-kanak di Brazil


Mesut Ozil mendermakan wang imbukan Piala Dunia kepada 23 kanak-kanak di Brazil


KUALA LUMPUR: Ejen pemain antarabangsa Jerman, Mesut Ozil menafikan bintang bolasepak itu mendermakan wang imbuhan yang diperolehinya hasil kemenangan Piala Dunia 2014 kepada anak-anak yang menderita di Gaza, lapor Associated Press (AP).

Laporan tersebut mendakwa khabar angin pemain Arsenal itu menyumbangkan derma kepada Gaza mula dimainkan oleh media berbahasa arab.

"Dakwaan mengatakan Mesut mendermakan wang kepada Gaza adalah tidak benar. Pada masa depan, mungkin, siapa tahu? Dia mendermakan wang kepada pihak-pihak tertentu di Brazil dan dia sekarang sedang bercuti," kata Roland Eitel kepada AP.

Mesut Ozil sendiri menulis di laman Facebooknya tentang pemberian derma kepada 23 kanak-kanak di Brazil yang akan menjali pembedahan.


- Astro Awani 

Yer ker? Alza advanced undang cemburu?

Alza advanced undang cemburu

MODEL baharu Alza Advanced dilancarkan awal tahun ini. Bagi yang berminat dengan model keluaran Perusahaan Automobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) ini, pastinya sedia maklum ciri-ciri baharu ditampilkan.

Walaupun dilengkapi dengan ciri baharu, harga ditawarkan lebih rendah. Pasti mengundang cemburu pemilik Alza terdahulu. 

Saya berpeluang memandu ujinya baru-baru ini. Melihat luarannya, seperti 'adik-beradik' Myvi. Cuma saiznya panjang sedikit. Terdapat perubahan pada bahagian hadapan dengan gril berwarna krom sekeliling lambang Perodua.

Lampu kabus diangkat ke atas sedikit dan dilarikan ke hujung tepi bampar menyerlahkan pesona Alza. Bahagian belakang turut berubah dengan adanya lampu ‘Clear Lens Tail’, spoiler lebih aerodinamik dan warna hitam menghiasi keliling cermin belakangnya.

Bampar depan dan belakang boleh dikatakan lebih sporty dengan skirting . 

Ia turut mempunyai cermin sisi boleh dilipat secara automatik. Itu yang tiada pada Alza Advance sebelum ini. Menjengah kabin, tempat duduknya dibaluti kulit.

Satu lagi perbezaan ketara diketengahkan dalam jentera MPV baharu ini, set multimedia rekaan baru dengan LCD sesentuh 6.5 inci. Seperti model terdahulu, ia juga mempunyai USB, SD card dan pemain DVD.

Begitu juga dengan GPS, kamera pandang belakang dengan Bluetooth, FM/AM disambungkan kepada monitor di sebelah atas yang bersaiz kira-kira lapan inci. Ia satu penambahan aksesori yang agak menarik.

Ia masih mengekalkan penggunaan kunci selain tanpa sistem keyless, namun bukan isu besar. Manakala butang kawalan audio memudahkan pemandu.

Sistem navigasi dengan kamera pandang belakang, memberi lebih keyakinan kepada saya semasa mahu mengundur. Apa lagi saya mendapat unit pandu uji varian automatik. 

Tidak bosan

Memandu sebuah MPV, saya menuju ke Kuantan, Pahang. Perjalanan jauh tidak membosankan bagi dua dewasa dan tiga anak kecil yang turut serta. Ia dibantu dengan skrin multimedia yang disediakan. Anak kecil dapat menonton siri kartun kegemaran mereka.

Jika tidak, mereka mungkin bosan atau bermain di ruang kabin yang agak luas jika dibandingkan kereta biasa.

Perodua memang menitikberatkan keselamatan. Jika hendak menonton DVD atau CD, jentera ini perlu berhenti dahulu. Terpapar amaran keselamatan di skrin jika DVD dipasang ketika kenderaan bergerak. 

Untuk mendapatkan paparan gambar dan suara pada skrin secara automatik, saya hanya perlu menekan brek kaki.

Ciri tambahan lain pula ialah tempat letak tangan pemandu mempunyai ruang untuk menyimpan barang yang boleh dinaik dan diturunkan.

Alza Advanced sebelumnya tiada ciri itu.

Alza juga memudahkan pemilik apabila kerusi barisan ketiga boleh dilipatkan menjadi satu. Ia memudahkan mencapai barangan.

Saya juga gemarkan kerusi hadapan yang bersambung dengan tempat duduk bersebelahan. Seperti dalam teksi sapu dulu-dulu. Rasa lebih merapatkan hubungan dengan orang di sebelah. 

Mengulas tentang prestasi Alza yang dijana enjin 1.5 liter ini cukup tidak mengecewakan.

Tidak sukar memintas kenderaan di hadapan dengan daya pecutan ditawarkan, biarpun perlu lebih menekan pedal. Cuma akan kedengaran sedikit ngauman enjin di dalam kabin.

Namun tiada masalah memandunya dalam keadaan lebih santai.

Ketika di lebuh raya pada kelajuan 140 kilometer sejam, dapat dirasakan kehadiran olengan badan dan sedikit gegaran. Mungkin kerana badannya agak ringan dan posisinya sebagai MPV.
Walaupun sebagai sebuah jentera keluarga, Alza mudah melalui laluan kecil sesuai tugasnya sebagai MPV kompak.

Suspensi juga menjalankan tugas dengan sempurna yang mana menyerap hentakan pada jalan berlubang dengan baik.

Perjalanan jauh bersama Alza cukup selesa begitu juga bagi penumpang belakang. Cuma ketiadaan pendingin hawa di kerusi ketiga membuatkan penumpang sedikit panas di awal pemanduan sebelum rasa dingin tiba ke barisan belakang.

Bagi saya jentera ini sesuai bagi mereka yang mempunyai keluarga kecil untuk kegunaan jangka panjang ditambah ditawarkan pada harga berpatutan.

Israeli MP says mothers of all Palestinians should be killed

Ayelat Shaked's (pic) statement was not well received by Turkish PM Recep Tayyip Erdogan

KUALA LUMPUR: An Israeli member of parliament had created controversy when she labelled all Palestinians as terrorists and called for mothers of all Palestinians should be killed in the conflict between Israel and Gaza.

According to an Israeli news website, PressTV, the woman known as Ayelat Shaked said this is because these mothers have given birth to ‘little snakes’.

“They should die and their houses must be destroyed so that they do not give birth to terrorists.

“They are our enemy and their blood should be in our hands. The mothers of the terrorists who are dead should also be killed,” she was quoted as saying.

Her statement was however not well received by Turkish Prime Minister, Recep Tayyip Erdogan who characterised her mentality as Hitler’s.

“Is that lady and Israeli member of parliament? What is the difference between her mentality and Hitler’s mentality?” questioned Erdogan.

The Israel-Gaza conflict has been condemned by many countries including Malaysia, which hopes to see an end to it soon. - Astro Gempak 

Peugeot Club Malaysia mahu bantu Uncle Sim, pemandu wanita

Susulan kejadian wanita mengamuk kerana keretanya dilanggar oleh seorang warga emas yang kini dikenali sebagai Sim Siak Heong, sebuah kelab khusus untuk pemilik kereta jenis Peugeot ingin membantu kedua-duanya sekali.

Peugeot Club Malaysia melalui laman Facebook rasminya berkata mereka tidak akan membiarkan keganasan berlaku kepada manusia atau kenderaan dalam mana-mana keadaan. Mereka juga akan membayar segala kos baik pulih untuk kereta milik Siak Heong.

"Uncle, kami ingin membantu anda [dengan membawa kereta] ke bengkel yang disyorkan kami dan akan membayar segala kos baik pulih."


Kelab berkenaan turut berkata ada beberapa kelas pengurusan kemarahan untuk pemandu wanita yang terlibat dan mereka juga akan membayar segala kos kelas itu.


Peugeot Club Malaysia



Terdahulu, Digi Telecommunications telah menawarkan untuk membayar kos baik pulih kenderaan lelaki warga emas itu kerana sifat empati yang ditunjukkannya. - Astro Awani 

MP Israel keluar kenyataan mahu semua kaum ibu rakyat Palestin dibunuh


Ayelet Shaked (foto) berkata semua ibu kepada rakyat Palestin harus dibunuh di dalam konflik Israel dan Gaza.


Seorang ahli Parlimen Israel menimbulkan kontroversi apabila melabelkan semua rakyat Palestin sebagai pengganas dan menyeru agar semua kaum ibu Palestin dibunuh dalam konflik Israel-Palestin ketika ini.

Menurut satu laporan laman berita Israel, PressTV, wanita yang bernama Ayelet Shaked itu berkata seruan dibuat kerana kaum ibu rakyat Palestin dikatakan telah melahirkan ‘ular-ular kecil’.

“Mereka harus dibunuh dan rumah-rumah mereka harus dimusnahkan supaya mereka tidak lagi melahirkan pengganas.

“Mereka musuh kita dan darah mereka perlu melekat di tangan kita. Ibu-ibu kepada pengganas yang sudah mati juga harus dibunuh," dia dengan angkuhnya diungkap sebagai berkata.

Kenyataannya tidak disambut baik oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang menyifatkan pemikirannya sama seperti pemikiran Hitler.

“Adakah wanita itu seorang ahli Parlimen Israel? Apa perbezaan antara pemikiran dia dan pemikiran Hitler?” tanya Erdogan.

Konflik Israel-Gaza telah dikutuk oleh banyak negara termasuk Malaysia, yang inginkan ia ditamatkan segera. - ASTRO Awani 

Ketua Polis Negara: Garang sungguh perempuan itu

Video yang dimuatnaik di laman sosial.
Video yang dimuatnaik di laman sosial.

KUALA LUMPUR - Polis akan menyiasat tindakan wanita yang mengamuk dan bertindak ganas terhadap seorang pemandu warga emas seperti yang tersebar dalam laman sosial ketika kemalangan berlaku di Kuantan, Pahang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menyiasat kes itu mengikut undang-undang jalan raya kerana dipercayai wanita terbabit bertindak sebagai pembuli jalan raya.

“Saya sudah melihat rakaman video itu. Garang sungguh perempuan itu, ketuk sana, ketuk sini. Dia tidak boleh bertindak demikian. Kalau berlaku kemalangan, kejadian itu perlu dilaporkan kepada kita, biar kita siasat. Jangan mengambil tindakan sendiri,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tetap akan mengambil tindakan dan menyiasat wanita itu, walaupun warga emas dalam video itu tidak tampil membuat laporan polis.

“Kita telah melihat kesalahan wanita berkenaan. Kita akan buat laporan terhadapnya kerana rakaman video itu sudah tersebar dan menjadi bukti kejadian,” katanya. - Sinar Harian 

CeratoKx mula dipasarkan di Malaysia: RM89,888

CeratoKx

SELEPAS pelancaran Kia Optima K5 baharu sekitar Januari lalu diikuti dengan Sportage pada Mac, kini Naza Kia Malaysia memperkenalkan model ketiganya untuk tahun ini iaitu Kia CeratoKx."

Model baharu bagi segmen C itu menyasarkan pelanggan berusia 26 hingga 40 tahun yang menginginkan sebuah kenderaan dengan nilai estetika dan premium bersama ciri keselamatan standard tanpa kompromi.

Secara mekanikalnya Kia CeratoKx masih menggunakan enjin Gamma 1.6 MPI D-CVVT yang menghasilkan kuasa 130 PS dan tork 157 Nm bersama transmisi 6-kelajuan automatik. Perubahan yang dilakukan hanyalah di bahagian luaran dan dalaman.

Secara luaran, model asas itu tidak jauh berbeza dengan model Cerato biasa. Perbezaan yang dapat dilihat hanyalah pada bahagian bawah bingkai tingkap yang tidak lagi menerima kemasan krom dan lampu belakang LED digantikan dengan unit lampu konvensional.

Pada kabin pula, model Ceratokx didatangkan dengan pendingin hawa satu zon secara manual dan lampu hadapan yang diselaraskan secara manual.

Tentunya sebagai model asas, ciri yang ada pada Cerato 1.6 seperti pedal aluminium, kerusi pelarasan elektrik dengan memori, pedal shifter, stereng kemasan kulit dan pemalap automatik cermin pandang belakang tidak disertakan.

Namun begitu Ceratokx masih menerima ciri keyless entry, butang push start, lampu hadapan automatik, kawalan pelayaran, pendingin hawa penumpang belakang, ciri Flex Steer pada stereng, sensor parkir depan dan belakang serta paparan kamera undur.

Model terendah itu juga dilengkapi sistem infotainment lapan inci bersama sistem navigasi dan sambungan Bluetooth. 

Bagi mereka yang menempah dan mendaftar model Cerato layak menerima kad petrol bernilai RM1,000. Tawaran itu hanya layak bagi varian CeratoKx di cawangan jualan Kia yang sah.

Harga atas jalan bagi CeratoKx ialah RM89,888 bersama waranti lima tahun tanpa had.

Bot karam: Tiga mayat dijumpai

Aminuddin
Aminuddin

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) hari ini, menemui tiga lagi mayat pendatang asing tanpa izin (Pati) yang sebelum ini, hilang selepas bot pancung dinaiki karam, 15 Julai lalu.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah 6 Wilayah Selatan, Kapten Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, kesemua mayat itu ditemui pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) antara pukul 2 hingga 9 pagi tadi.

"Sekitar jam 2 pagi, satu mayat lelaki dijumpai di perairan Tanjung Piai oleh polis bantuan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

"Operasi diteruskan jam 7 pagi dan sekitar jam 8 pagi, satu mayat lelaki dijumpai di perairan berkenaan oleh polis bantuan PTP disusuli penemuan satu mayat lagi satu jam kemudian oleh Maritim," katanya, di sini, hari ini.

Operasi SAR untuk hari ini, diteruskan untuk mencari baki empat lagi mayat melibatkan dua bot Maritim, bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (tujuh), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (lima), Pasukan Polis Marin (satu), polis bantuan PTP (satu) dengan kekuatan lebih 100 anggota dan pegawai.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan hasrat 70 Pati dan dua tekong pulang beraya di kampung halaman tidak kesampaian apabila bot pancung dinaiki yang dalam perjalanan ke Batam, Indonesia karam di perairan Tanjung Piai.

Kejadian jam kira-kira 11.40 malam yang mengorbankan dua nyawa itu dipercayai berlaku apabila bot terbabit berlanggar dengan bot milik Maritim.

Pada Selasa lalu, seramai 63 pati melibatkan 51 lelaki dan 10 wanita warga Indonesia ditemui dan kesemuanya berumur 20 hingga 50 tahun, sementara sembilan masih hilang.

Dua mayat kemudiannya ditemui, semalam, terapung kira-kira 3.5 batu nautika dari Selatan Tanjung Piai kira-kira jam 4.29 petang selepas mendapat maklumat daripada kapal yang bersauh di lokasi berhampiran. - Sinar Harian 

Kiki (Peugeot putih) sudah mohon maaf

Status permohonan maaf yang dimuat naik oleh Kiki di akaun Facebook.
Status permohonan maaf yang dimuat naik oleh Kiki di akaun Facebook.

KUANTAN - Pemandu kereta Peugeot putih yang bertindak membuli pesara yang terlanggar keretanya di tempat letak kereta UTC Kuantan tampil memohon maaf dan mengakui kesalahannya.

Wanita berusia 30 tahun itu memohon maaf kepada Sim Siok Hong, 67, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada petang hari kejadian.

Sinar Harian difahamkan wanita itu juga dijangka tampil ke IPD Kuantan hari ini bagi merekodkan keterangan berhubung kejadian.

Wanita itu telah membuka akaun Facebook baharu semalam menggunakan nama Kiki Kerja Kahwin dan dia membuat permohonan maaf secara terbuka melalui akaun tersebut yang mendapat 8,896 likes sehingga jam 6.30 petang semalam.

“Saya mahu masyarakat menghormati privasi saya. Kadang-kadang orang ada membuat kesilapan. Mohon maaf tulus ikhlas daripada hati seorang rakyat Malaysia ini,” katanya.

Sementara itu, Digi Telecommunications telah menawarkan untuk membayar kos baik pulih kenderaan lelaki warga emas berkenaan.

Digi melalui laman Facebook rasminya berkata, mereka akan membayar kos baik pulih kereta lelaki terbabit kerana sifat empati yang ditunjukkannya.

Syarikat telekomunikasi itu juga menawarkan untuk membayar ganti rugi kepada wanita terbabit sekiranya dia dapat memaafkan lelaki warga emas itu. - Sinar Harian 

Mesut Ozil sedekah imbuhan kemenangan Piala Dunia kepada anak-anak Gaza

Pengumuman itu dibuat ditengah-tengah angka korban akibat serangan kejam rejim di Gaza meningkat kepada lebih 200 nyawa

TURKI: Pemain antarabangsa Jerman dan pemain lagenda kelab Inggeris Arsenal FC, Mesut Ozil mengumumkan akan mendermakan wang imbuhan hasil muncul juara Piala Dunia kepada anak-anak yang menderita di Gaza.

Pengumuman itu dibuat di tengah-tengah angka korban akibat serangan kejam rejim di Gaza meningkat kepada lebih 200 nyawa, menurut beberapa laman web termasuk WorldBulletin.net.

Pemain berketurunan Turki itu menerima habuan berjumlah RM646,000 untuk kemenangan pasukan Jerman di separuh akhir dan hampir RM1.2 juta wang bonus selepas muncul juara Piala Dunia 2014 dari Kesatuan Bola Sepak Jerman.

Itu tidak termasuk imbuhan sampingan lain yang diperolehi untuk setiap perlawanan yang dimenangi sepanjang temasya itu.

Portal itu juga melaporkan media-sosial turut hangat memperkatakan tentang Ozil yang dikatakan dilihat membaca ayat Al-Quran di padang sejurus sebelum perlawanan akhir menentang Argentina dan mengucapkan kesyukuran apabila Jerman berjaya muncul juara.

Ozil sememangnya tidak pernah lekang dari kontroversi sebelum ini apabila pernah enggan berjabat tangan dengan seorang pegawai FIFA ekoran pendirian pegawai itu yang menyokong Israel.

Astro Awani