Thursday, 14 August 2014

Lenovo now ships more smartphones than PCs


Lenovo has been rapidly expandingbeyond its PC-focused roots for some time, and today it crossed another important milestone: it's now selling more smartphones than computers

The Chinese tech firm's handset shipments surged 39 percent year-over-year in the fiscal quarter that ended in June, reaching 15.8 million; in contrast, it "only" delivered 14.5 million PCs over the same period. 

Nearly all the phones (13 million) went to the company's homeland, where it's well-known for both its budget devices and high-end flagships like the recently-launched Vibe Z2. Lenovo's claim that it was the top Chinese phone maker during the quarter is up for dispute, however -- estimates suggest that Xiaomi was the top dog by a significant margin.

Other divisions aren't exactly hurting, either. Lenovo now has close to 20 percent of the worldwide computer market, and its tablet shipments grew a whopping 67 percent over the past year, to 2.3 million. 

That was enough to make Lenovo the third-largest tablet maker, behind Apple and Samsung. There's no telling whether or not its forays into wearables and other newer categories will prove as successful, but it's good to know that Motorola's future parent company is very healthy.

- Engadget 

Samsung Galaxy Note 4 leak suggests huge QHD display and improved camera




If there's one thing that you're guaranteed to see at IFA, it's Samsung showing off the fourth version of the Galaxy Note. Unfortunately, any surprise factor the company might have been relying on has been lost if this credible-looking spec list is true. 

Indonesian retailer Erafone is claiming that the new flagship will arrive with a 5.7-inch 1,440 x 2,560 (515 ppi) Super AMOLED display and a 16-megapixel camera with optical image stabilization. Like other Samsung units, the device will come in two variants, one packing a quad-core Snapdragon 805(SM-N910S) and an octa-core versionrunning an Exynos 5433 (SM-N910C) that we assume will remain in Korea. 

Rounding out the notable specs are 4GB RAM, up to 128GB of microSD card storage and Android KitKat 4.4.3. 


Price

According to the retailer, the device is priced at IDR 9,499,000, which roughly converts to $812, or RM2,586. But either way, September 3rd simply cannot come fast enough.

- Source: Engadget 

Suspek curi wang penumpang MH370 dikenal pasti

KHALID: Suspek utama itu dipercayai orang dalam bank berkenaan - Gambar Fail

PUTRAJAYA: Polis telah mengenal pasti suspek utama yang melesapkan wang tunai hampir RM111,000 dari akaun empat penumpang pesawat MH370 yang hilang 8 Mac lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek utama itu dipercayai orang dalam bank berkenaan dan kini sedang diburu pihak polis.

“Kita dah dapat pengenalan suspek itu, dan kita juga percaya ini ada kerjasama orang dalam di bank berkenaan dan kita sedang memburu mereka. Suspek yang kita buru itu sudah dikenal pasti,” Khalid berkata selepas menghadiri himpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya siang tadi.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Semalam Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisoner Izany Abd. Ghany berkata sejumlah RM111,000 telah dikeluarkan dari akaun empat penumpang MH370.

Perkara itu telah dikesan oleh pengurus bank yang terbabit dan pihak bank kini sedang membuat satu siasatan audit dalaman. Susulan itu pihak bank telah membuat laporan mengenainya pada 2 Ogos lalu dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer.

Pesawat Boeing 777-2000 itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur Ke Beijing sebelum dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu. - Astro Awani

22 Ogos Hari Berkabung Negara sempena mengingati mangsa tragedi MH17

22 Ogos telah diisytiharkan sebagai Hari Berkabung Negara sempena mengingati mereka yang terkorban di dalam tragedi MH17 - Foto Bernama

KUALA LUMPUR: 22 Ogos telah diisytiharkan sebagai Hari Berkabung Negara sempena mengingati mereka yang terkorban di dalam tragedi MH17.

Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berkata satu istiadat penghormatan jenazah akan diadakan pada hari itu di Kompleks Bunga Raya, KLIA bagi menyambut ketibaan jenazah berkenaan.

Namun, Muhyiddin berkata tiada cuti umum sempena Hari Berkabung Negara itu.

Beliau berkata istiadat penghormatan jenazah dijangka akan dihadiri Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu''adzam Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Barisan Menteri-Menteri, Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri.

Beliau berkata16 daripada 24 jenazah tragedi MH17 yang telah dikenalpasti identiti mereka oleh pihak berkuasa Amsterdam dijadual tiba di tanah air pada hari yang sama.

Daripada 16 jenazah yang tiba, enam beragama Islam manakala 10 lagi bukan Islam.

Bagi menghormati perasaan waris, nama kesemua jenazah mangsa yang dibawa pulang tidak akan didedahkan sehingga tiba di tanah air.

Sementara itu proses untuk memaklumkan dan membawa waris ke majlis istiadat penghormatan jenazah akan diuruskan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masuarakat.

Muhyiddin berkata baki lapan jenazah tragedi MH17 yang telah dikenalpasti akan dibawa pulang secara berperingkat dalam tempoh terdekat.

Baki jenazah akan dibawa pulang selepas lengkap semua proses yang perlu dilalui dan mendapat kebenaran pihak berkuasa Belanda. - Astro Awani

30 Adun Pakatan Rakyat termasuk dua Adun PAS sokong Wan Azizah

Beberapa anggota Adun Pakatan Rakyat yang hadir pada sidang media Wan Azizah. - Astro AWANI/Irwan Muhammad Zain

SUBANG JAYA: 30 orang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat di Selangor menyatakan sokongan kepada Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu.

Sokongan tersebut sekaligus menandakan Adun Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hilang kepercayaan majoriti Adun di Selangor untuk terus kekal sebagai Menteri Besar.

Dua Adun PAS yang menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah ialah Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin.

BERITA LANJUT MENYUSUL... ( di ASTRO Awani)

Selangor bukan lagi milik PR

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan mengiktiraf Kerajaan Selangor hari ini sebagai kerajaan Pakatan Rakyat.

“Orang tanya status kerajaan pakatan Selangor dan saya katakan semua parti politik ada. DAP, PKR, Pas semuanya ada...Umno pun ada, jadi tidak ada sebarang masalah.

"Namun, semua orang perlu ingat bahawa Pakatan Rakyat (pembangkang) bukan badan berdaftar,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, semalam.

Beliau diminta kenyataan bekas Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim yang mendesak Abdul Khalid melepaskan kerusi menteri besar kerana rakyat Selangor memberikan mandat kepada PR melalui PRU13.

Beliau pada sidang media itu nampak tenang selepas mengharungi krisis jawatan Menteri Besar Selangor apabila dipecat keahlian seumur hidup daripada PKR.

Isnin lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan untuk Abdul Khalid terus memegang jawatan tersebut.

Abdul Khalid berkata, Chang Khim tidak mempunyai hak untuk memintanya berbuat demikian.

“Tak apalah kalau dia ada kuasa untuk saya letak jawatan,” katanya dengan nada sinis.

Pada sidang media sebelumnya, Chang Khim meminta Abdul Khalid meletakkan jawatan sebagai menteri besar dengan cara terhormat kerana hilang identiti politik dan mandat rakyat kerana telah dipecat.

Ketika diminta mengulas mengenai kerajaan perpaduan ataupun mempelawa Adun Umno menyertai barisan pentadbiran negeri, Abdul Khalid berkata, setakat ini isu tersebut tidak berbangkit dan beliau lebih berminat meneruskan kelangsungan pemerintahan kerajaan negeri secara harmoni dan praktikal.

“Soal menjemput Adun Umno saya akan bincang dengan Exco dan Sultan, (tetapi) buat masa ini tiada isu berbangkit. Saya terima baik sokongan Umno. Buat masa ini saya dan empat Exco Pas dan penjawat awam, kerajaan negeri berjalan mantap,” katanya.

Abdul Khalid berkata, eebarang keputusan menambah anggota Exco perlu mendapat perhatian dan kelulusan daripada barisan Exco sedia ada.

Ketika ditanya status Penasihat Ekonomi Selangor yang dipegang Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdul Khalid berkata, perkara itu akan dipertimbangkan bersama Exco yang lain.

“Status Penasihat Ekonomi Selangor akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco,” katanya sambil tersenyum.

Abdul Khalid juga menjelaskan bahawa nasib ahli majlis pihak berkuasa tempatan juga akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor.

Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas sama ada ahli majlis daripada PKR dan DAP akan dipecat atau lantikan baru akan dibuat.

“Kita akan beri tumpuan kepada pembangunan negeri dan kelicinan pentadbiran, jika kelicinan pentadbiran tidak memerlukan kita buat pertukaran, kita tidak buat pertukaran,” katanya. - Sinar Harian 

Ambank murder: Death penalty for Norazita's killer

DEAD MAN WALKING: La Ode being escorted by police. - Filepic

KUALA LUMPUR: The security guard who shot and killed Ambank Subang Jaya branch officer Norazita Abu Talib, was today sentenced to death by the Shah Alam High Court.

According to a Sinar Harian report, Justice Datuk Akhtar Tahir made the decision against the Indonesian national La Ode Ardi Rasila after finding that the prosecution had succeeded in proving the case beyond reasonable doubt.

The 37-year-old was also received the death sentence for his second charge with committing robbery using firearms.

A total of 24 prosecution witnesses and one defence witness were called throughout the trial which began on June 24 last year.

Chief state prosecutor Mohd Azari Haron and deputy public prosecutor Ashraf Kamal Md prosecuted.

On Nov 19 last year, La Ode was charged under Section 302 of the Penal Code which carries the mandatory death sentence upon conviction, for killing Norazita.

La Ode was also charged under Section 3 of the Firearms Act 1971 which provides the mandatory death sentence upon conviction, even if no injury was inflicted.

In the 6.18pm incident on Oct 23, 2013, Norazita was allegedly shot in the face with a pump gun by the suspect while she was opening the bank's strong room (vault) with another female officer.

The mother-of-two children had been with the bank for 16 years.

The suspect then fled with about RM450,000 from the vault.

The police arrested the man in Johor Bahru on Nov 11, last year. - Astro Awani

Kes bunuh terlalu mengerikan, ketua juri tarik diri

KUALA LUMPUR: Panel juri baru yang lebih ramai akan dilantik dalam kes bunuh mengerikan di Hong Kong susulan ketua jurinya menarik diri kerana terganggu dengan bukti yang dikemukakan.

Terdahulu seorang lagi juri turut menarik diri atas sebab yang sama.

Kes pembunuhan ini melibatkan suspek, Henry Chau Hoi-leung, 30, yang dituduh membunuh dan mengerat ibu bapanya, Chau Wing-ki, 65, and Siu Yuet-yee,62, dengan bantuan seorang rakan, Tse Chun Kei, 36, atau ‘Ah Kei’, di sebuah flat di Tai Kok Tsui pada 1 Mac tahun lepas.

Hakim Michael Stuart-Moore memberitahu South China Morning Post, di bawah undang-undang Hong Kong, perbicaraan Henry Chau, 30, dan rakannya Tse Chun-kei, 36, sepatutnya boleh diteruskan dengan lima juri.

Tetapi, beliau berkata, adalah "mustahil untuk teruskan" setelah melihat kesan psikologi terhadap baki juri - tiga wanita dan dua lelaki - yang kemudiannya diketepikan.

Perbicaraan telah ditetapkan pada 23 Februari tahun depan dengan sembilan juri berbanding tujuh secara kebiasaannya.

Minggu lepas, mahkamah diberitahu bahawa pasangan warga emas itu telah dikerat, diasin dan dimasak selepas dibunuh anak mereka sendiri bersama rakannya.

Suspek juga dilapor berniat melakukan perkara sama kepada abangnya dan kemudian ke Tanah Besar China untuk membunuh orang lain. - Astro Awani

Pahang, JDT and Selangor start Malaysia Cup campaign on winning note

...
KUALA LUMPUR: Defending champion Pahang opened their title defence in style by whipping Johor Darul Ta'zim II 4-0 in a Group A match at the Darul Makmur Stadium yesterday.

In another Group A match, Lions XII and Felda United shared the points in a goalless draw at the Jalan Besar Stadium in Singapore.

In Johor Baharu, Super League champion Johor Darul Ta'zim (JDT) opened their Malaysia Cup campaign in Group C on a winning note after beating arch rival and former champion Kelantan 1-0 at the Larkin Stadium.

Armed Forces and Penang who are also in the same group played out a 1-1 draw at the Selayang Stadium while record winners of the Malaysia Cup, Selangor edged T-Team 2-1 in a Group D match at the Sultan Ismail Nasiruddin Shah Stadium in Kuala Terengganu. - Bernama

Butiran kes bunuh terlalu mengerikan, ketua juri tarik diri

Panel juri baru yang lebih ramai akan dilantik dalam kes bunuh mengerikan di Hong Kong susulan ketua jurinya menarik diri kerana terganggu dengan bukti yang dikemukakan.

KUALA LUMPUR: Panel juri baru yang lebih ramai akan dilantik dalam kes bunuh mengerikan di Hong Kong susulan ketua jurinya menarik diri kerana terganggu dengan bukti yang dikemukakan.

Terdahulu seorang lagi juri turut menarik diri atas sebab yang sama.

Kes pembunuhan ini melibatkan suspek, Henry Chau Hoi-leung, 30, yang dituduh membunuh dan mengerat ibu bapanya, Chau Wing-ki, 65, and Siu Yuet-yee,62, dengan bantuan seorang rakan, Tse Chun Kei, 36, atau ‘Ah Kei’, di sebuah flat di Tai Kok Tsui pada 1 Mac tahun lepas.

Hakim Michael Stuart-Moore memberitahu South China Morning Post, di bawah undang-undang Hong Kong, perbicaraan Henry Chau, 30, dan rakannya Tse Chun-kei, 36, sepatutnya boleh diteruskan dengan lima juri.

Tetapi, beliau berkata, adalah "mustahil untuk teruskan" setelah melihat kesan psikologi terhadap baki juri - tiga wanita dan dua lelaki - yang kemudiannya diketepikan.

Perbicaraan telah ditetapkan pada 23 Februari tahun depan dengan sembilan juri berbanding tujuh secara kebiasaannya.

Minggu lepas, mahkamah diberitahu bahawa pasangan warga emas itu telah dikerat, diasin dan dimasak selepas dibunuh anak mereka sendiri bersama rakannya.

Suspek juga dilapor berniat melakukan perkara sama kepada abangnya dan kemudian ke Tanah Besar China untuk membunuh orang lain. - Astro Awani

Amaran angin kencang dan laut bergelora 72 jam akan datang

Keadaan ini berbahaya kepada bot kecil. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora dijangka berterusan bagi tempoh 72 jam akan datang dengan keadaan angin kencang sehingga 50 kmph dan ketinggian ombak sehingga mencapai 3.5 meter.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi hari ini, aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak (Miri, Bintulu dan Mukah) serta Wilayah Persekutuan Labuan dijangka berterusan sehingga tengah hari Khamis.

Sementara itu aktiviti ribut petir di perairan Bunguran, Reef South, Reef North dan Sulu juga dijangka berterusan sehingga tengah hari ini.

Keadaan ini berbahaya kepada bot kecil, menurut kenyataan itu. - Bernama

Kami terlalu tua untuk ke Amsterdam - Keluarga Pramugara

Ibu Sanjid percaya dia aman di sana. - Gambar Fail

BUKIT MERTAJAM: "Kami tidak sihat dan terlalu tua untuk membuat satu perjalanan yang jauh," kata Jagjit Kaur, ibu kepada Sanjid Singh Sandhu, seorang pramugara pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang terhempas di timur Ukraine bulan lepas.

Jagjit, 73, berkata dia dan suaminya Jijar Singh, 71, dan keluarganya memutuskan bahawa isteri Sanjid (Tan Bee Geok) dan adik akan pergi ke Amsterdam, Belanda untuk mengetahui perkembangan lanjut mengenai pengesahan mayat kemalangan MH17 yang mangsa.

"Pada masa ini, kita tidak tahu bila mereka akan pergi ke Amsterdam kerana kami tidak menerima sebarang maklumat mengenai ini.

"Biasanya, MAS akan memberi maklumat kepada isteri Sanjid ini, yang juga pramugari dengan syarikat penerbangan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Taman Selamat, di sini, paad Rabu.

Sanjid Singh adalah antara 15 anak kapal Penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas di Donetsk di timur Ukraine, berhampiran sempadan Rusia, pada 17 Julai.

Pesawat yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu dari negara yang bergolak itu, tetapi setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.

Jagjit berkata setakat ini ahli keluarganya belum dimaklumkan lagi sama ada mayat Sanjid ini telah dikenal pasti tetapi difahamkan bahawa beberapa barang-barang peribadinya telah dijumpai.

Beliau berkata ahli keluarganya telah menjalankan beberapa ritual, termasuk solat untuk Sanjid.

"Saya sebagai ibu Sanjid percaya dia aman di sana dan kami berharap semuanya berjalan dengan lancar," katanya, tetapi enggan memberitahu di mana pengebumian akan diadakan.

Jagjit juga berharap media tidak akan mengganggu keluarga dan cuba memahami keadaan yang telah berlaku kepada mereka.

Sanjid yang telah berkhidmat sebagai pramugara MAS sejak 19 tahun lalu tinggal di Selangor dan mempunyai seorang anak berusia 10 tahun, Hans Singh Sandhu. - Bernama

10 daripada 16 mayat dikenal pasti bukan beragama Islam


KURUP: Empat wakil agama telah berlepas ke Amsterdam untuk memastikan segala urusan berkaitan pengurusan jenazah. - Gambar Fail


SEPANG: Sebanyak 10 daripada 16 mangsa rakyat Malaysia yang disahkan identitinya dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 adalah bukan Islam manakala selebihnya lagi beragama Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata daripada 43 penumpang dan anak kapal rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas itu, sebanyak 22 daripada mereka adalah bukan Islam.

Beliau berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan tarikh untuk membawa pulang 16 mayat tersebut ke tanah air, esok.

Beliau berkata empat wakil agama bukan Islam iaitu Ven Sing Kan (Buddha), Datuk Mohan Shan (Hindu), Haracharan Singh (Sikh) dan wakil Tao, Daozhang Tan Bon Sin akan melakukan upacara sembahyang serta menyempurnakan jenazah mengikut kehendak dan kepercayaan agama masing-masing di Amsterdam, Belanda.

Kurup berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan pemergian empat wakil agama itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pada hari Rabu.

"Empat wakil agama ini akan diiringi oleh dua pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional untuk memastikan segala urusan berkaitan pengurusan jenazah berjalan lancar," katanya.

Beliau berkata mangsa nahas MH17 yang beragama Kristian akan diuruskan dan diselaras oleh Rev Claas Ban Der Kamp daripada Majlis Gereja Belanda.

Beliau berkata kerajaan akan menghormati pilihan ahli keluarga mangsa sama ada disemadikan di Belanda atau dibawa pulang ke Malaysia.

"Kos pengurusan jenazah akan ditanggung oleh MAS," katanya.

Pesawat MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, terhempas di Donetsk, wilayah timur Ukraine, dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu, ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, 17 Julai lepas. - Bernama

Arshad makin kritikal, perlu cukupkan RM500,000 untuk pembedahan segera

Keadaan Arshad Imanshah Antashah (16 bulan) yang muntah darah dan mengalami pendarahan hidung pada Rabu memaksa bapanya Antashah Mohd Nor merayu kepada orang ramai membantu mencukupkan dana perubatan agar anaknya segera menjalani pembedahan pemindahan hati di Hospital Universiti Singapura (HUS).

Penyakit Atresia Biliari (hati) yang dideritai Arshad sejak lahir ibarat 'bom jangka' yang boleh membawa maut pada bila-bila masa.

Keluarga anak kecil ini hanya dapat berharap agar bantuan kewangan serta doa rakyat negara ini dapat menghentikan penderitaannya.

Antashah, ketika menghubungi Astro AWANI, berkata pemeriksaan doktor mendapati punca pendarahan adalah disebabkan saluran darah yang pecah.

"Secara amnya, muntah darah menandakan ada salur darah yang pecah dan apa yang akan dilakukan doktor adalah memasukkan kamera dan melihat saluran darah yang pecah kemudian mengikatnya untuk mengurangkan pendarahan.

"Risikonya sangat tinggi. Penyelesaian terbaik adalah menghantar Arshad ke Singapura dan membuat pembedahan. Fungsi hati Arshad semakin lama semakin merosot," jelasnya sayu.

Antashah yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam sedar risiko pembedahan itu selain berdoa, berharap dan berusaha agar dana pembedahan itu mencukupi sebelum segala-galanya 'terlambat'.



Antashah sebelum ini mengambil inisiatif sendiri dengan mewujudkan satu ruangan khas di Facebook (FB) yang diberi nama ‘Donate and Save Arshad Imanshah’ bertujuan mengumpul dana bagi pembedahan pemindahan hati berkenaan.

Ia turut dikongsi orang ramai di beberapa laman sosial lain seperti di Instagram dan Twitter.

Bagaimanapun, pada Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini, Arshad menunjukkan sedikit perkembangan positif dan bertatih bersama ibu dan 'daddy' di rumah.

Jelas Antashah, dia berharap agar dana perubatan sebanyak RM320,000 dapat dicapai sasaran dalam masa 24 jam.



"Tolonglah, kongsikan rayuan saya supaya tabung ini cukup untuk biayai pembedahan Arshad. Jika cukup, saya akan bawa Arshad ke Singapura esok dan buat yang terbaik untuknya. - Astro Awani

MH17: Pembantu juruterbang antara 16 mayat dikenal pasti

MH17: Pembantu juruterbang antara 16 mayat dikenal pasti - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Jenazah pembantu juruterbang Muhammad Firdaus Abdul Rahim adalah antara 16 mayat warga Malaysia dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang telah dikenal pasti dan akan dibawa pulang seawal-awalnya minggu depan.

Bapa saudara Muhammad Firdaus, Azman Ibrahim berkata pihak MAS memaklumkan perkembangan itu kepada ibu dan kakak mangsa yang menetap di Shah Alam semalam, namun masih belum diberikan tarikh sebenar jenazah akan tiba di Malaysia.

"Kami diberitahu jenazah mangsa dikenal pasti menerusi padanan DNA. Kami juga diberitahu keluarga akan dibawa ke Amsterdam untuk mengiringi jenazah balik ke Malaysia," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Rabu.

Tambahnya walaupun keluarga masih bersedih dan tidak tahu keadaan jenazah mangsa, mereka lega kerana sekurang-kurangnya dapat menyempurnakan jenazah selain menunaikan hasratnya untuk disemadikan di sebelah kubur arwah ayahnya di Teluk Intan, Perak.

Sebaliknya keluarga enam beranak Tambi Jiee tetap redha walaupun tidak mendapat sebarang perkhabaran daripada MAS berhubung nasib Tambi, isterinya Ariza Gazalee serta empat anak pasangan itu.

Sepupu Ariza, Zurusdi Mohamad Hol berkata keluarga masih menyimpan harapan untuk membawa pulang keenam-enam jenazah ke Semariang, Sarawak.

Turut sama menyimpan hasrat itu isteri pramugara Shaikh Mohd Noor Mahmood, Madiani Mahdi.

Madiani berkata pihak MAS menyuruh beliau bersedia namun masih belum menerima sebarang maklumat jika jenazah suaminya antara 16 yang akan dibawa pulang.

Tambahnya, pihak keluarga telah sepakat untuk mengebumikan arwah di kampungnya, di Klang jika jenazah mangsa berjaya dibawa pulang ke tanah air.

Penerbangan MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal terhempas dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Selain 43 warga Malaysia, penumpang pesawat Boeing 777-200 itu turut terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand. - Bernama

Samsung Galaxy Alpha launched - packs a metal frame and octa-core chip




Samsung's finally launched the much-leaked Galaxy Alpha, a fancier-looking but stripped-down version of the Galaxy S5. As expected, it sports a substantially different, less rounded design than the GS5, with metal sides that gives it a glancing resemblance to an iPhone 5s. 

The Alpha is also much lighter and thinner than its big brother at a mere 6.7mm and 115 grams. Samsung said it took a "fresh approach" with the new handset's looks, something it vowed to do in the face of asteep downturn in sales. The new design could also give some clues about the look of the Galaxy Note 4, set to launchearly next month.

However, Samsung also slimmed the specs a notch: The screen is 720p compared to full HD (or quad HD on the S5 LTE-A), while the CPU is an octa core model (likely an Exynos 5 with quad 1.8GHz + quad 1.3GHz), rather than the flagship's top-of-the-line Snapdragon 801 or 805. 

It also has a rather lackluster-sounding 1,860mAh battery, nearly 1,000mAh less than the GS5 -- meaning you might really need the available ultra-power saving mode. Other features include 2GB RAM, 4K video capture, 12- and 2.1-megapixel cameras, S Health, a fingerprint scanner, Gear wearable connectivity, and the usual array of Google apps. 

There's no pricing yet, but it'll arrive in September in black, white, gold, silver and blue colors, depending on the market.

- Engadget 

Wisma Putra keluar nasihat perjalanan ke Afrika

Sierra Leone, Republik Guinea dan Liberia disenaraikan sebagai negara yang dilanda wabak Ebola - Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dinasihat supaya mengelak daripada melakukan lawatan ke negara Afrika yang dilanda wabak Ebola, khususnya Sierra Leone, Republik Guinea dan Liberia.

Wisma Putra menerusi satu kenyataan juga meminta rakyat Malaysia agar berhati-hati apabila membuat perjalanan ke wilayah lain di Afrika.

"Kepada mereka yang terpaksa melakukan perjalanan ke negara-negara dilanda Ebola, adalah dinasihatkan supaya mengikut nasihat serta panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan mengurangkan risiko jangkitan," menurut kenyataan itu.

Rakyat negara ini yang menghadapi sebarang kecemasan ketika berada di negara-negara terjejas dengan Ebola boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Republik Guinea menerusi talian 00224622354050 dan00224622667879 atau emel mwconakry@kln.gov.my.

Penyakit Ebola merupakan penyakit demam berdarah yang mencatat kadar kematian tinggi dan boleh menjangkiti manusia serta haiwan primat seperti monyet.

Sejak mula dikesan di tiga negara Afrika Barat iaitu Sierra Leone, Liberia dan Guinea pada Mac lalu, Ebola telahpun mengakibatkan lebih 1,000 kematian. - Bernama