Wednesday, 22 July 2015

Travel ban imposed on The Edge boss

PETALING JAYA: The Edge Media Group owner Datuk Tong Kooi Ong is the latest to be barred from leaving from the country.

Sources at The Edge said that Tong had been barred from leaving but could not confirm the reasons for the travel ban.

Earlier Wednesday, PKR vice-president Rafizi Ramli and DAP national publicity secretary Tony Pua claimed to also being barred from leaving the country.

Rafizi and Pua were accused by Lester Melanyi, a former Sarawak Tribune editor, of being involved in a plot to discredit Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

The other politician named was jailed former Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.Immigration Director-General Datuk Mustafa Ibrahim could not be reached for comment.

- Source: The Star online | July 22, 2015

Rafizi claims also barred from leaving country


PETALING JAYA: PKR vice-president Rafizi Ramli (pic) claims he too has been barred from leaving the country.

The Pandan MP shared a screengrab of his barred status allegedly taken from the Immigration Department’s website in a post on his Facebook page Wednesday. 

"Based on the developments in recent weeks, I suspect that Tony Pua and I will be called up by the police soon and possibly will be arrested based on the allegations spread through a video by someone named Lester Melanyi," he said in the post.

Rafizi was one of the Opposition politicians accused by Lester, a former Sarawak Tribune editor, of being involved in a plot to discredit Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

The other politicians named were DAP national publicity secretary Tony Pua and jailed former Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Immigration Director-General Datuk Mustafa Ibrahim could not be reached for comment.

- Source: The Star online | July 22, 2015

Memphis Depay nets as Manchester United win in San Jose

International Champions Cup, Avaya Stadium, San Jose, California. San Jose Earthquakes 1 (Alashe 42) Manchester United 3 (Mata 32, Memphis 37, Pereira 61).

Memphis Depay netted his first goal for Manchester United following his £25 million summer move from PSV Eindhoven, as Louis van Gaal's side beat MLS mid-table strugglers San Jose Earthquakes 3-1 in the International Champions Cup pre-season tournament at the Avaya Stadium.

The Netherlands international played behind main striker Wayne Rooney in the Number 10 position for the opening 45 minutes of the match in California, and although the link-up play between the two was far from telepathic, there was enough in the embryonic partnership to suggest the two might gel in the Premier League this season.

Depay, the top scorer in the Eredivisie last season with 22 goals, opened his United account with a cool finish past San Jose goalkeeper David Bingham after being gifted possession on the edge of the area by a poor Jean-Baptiste Pierazzi backpass.

Depay's strike put United 2-0 up following Juan Mata's opener, but Dominic Kinnear's side pulled one back before the half-time break when Fatai Alashe poked the ball past United goalkeeper Sam Johnstone, following some slack defending down the left touchline by Morgan Schneiderlin.

United replaced every outfield player at the break, and the game inevitably suffered a slump in intensity as a result, with the only goal coming just after the hour mark through Andreas Pereira's header from Jesse Lingard's cross.

- Source: Eurosport 

Luahan pilu Ardell Aryana

Ardell Aryana

GEMA takbir dan tahmid yang berkumandang pada 1Syawal lalu memberikan satu perasaan yang berbeza buat pendatang baharu, Ardell Aryana. Semuanya bercampur baur di antara perasaan sayu, sedih, gembira dan teruja.

Gembira, kerana setelah sekian lama berpenat lelah, buat pertama kalinya, pelakon ini kian dikenali ramai sekali gus mewarnai sambutan Syawalnya. 

"Ini adalah tahun ketiga saya bergelar artis. Kalau dulu, masa tahun pertama, tiada siapa pun perasan akan saya. Tahun ini ada kelainan sedikit. Malah, sepanjang Ramadan lalu, saya sibuk menghadiri program berbuka puasa termasuk anjuran daripada kelab peminat saya.

"Malah, ada pula peminat yang tak sabar untuk beraya bersama-sama dan mengajak untuk menghadiri pelbagai rumah terbuka. Alhamdulillah, saya sangat menghargainya,” katanya kepada Zass ketika ditemui melalui satu sesi fotografi, baru-baru ini.

Namun, jauh di sudut hati pemilik nama sebenar Nurul Hidayah Mohd Amin ini terselit perasaan sedih dan sayu dalam dirinya.

"Sejak kecil, ibu dan bapa saya telah bercerai, dan saya juga tidak pernah lagi berjumpa dengannya. Jadi, setiap kali menjelang Aidilfitri, ayah saya pasti tiada di sisi.

"Biarpun terasa ada kekosongan, namun kehadiran ibu dan adik-beradik lain berjaya mengubati kedukaan itu," katanya.

Tambahnya, Aidilfitri di sambut secara sederhana di rumahnya di Balakong, Cheras sebelum pulang ke kampung halaman di Kuala Selangor, pada hari raya ketiga.

"Ibu saya adalah seorang mualaf. Jadi, kami tidak punya ramai saudara mara. Nenek pula baharu saja meninggal dunia. Apabila pulang ke kampung pada hari raya ketiga, kami sekeluarga kerap menziarahi rakan-rakan ibu yang ada di sana.

"Malah, sambutan juga jadi meriah kerana saya ada keluarga yang agak besar. Bukan itu saja, ibu juga punyai ramai adik beradik angkat dan kami akan berkumpul beramai-ramai.

"Tapi tahun ini, tiga abang saya yang sudah berkeluarga bakal pulang beraya ke rumah mertuanya, mungkin akan terasa sedikit sunyi," katanya yang menggemari hidangan berkuah seperti laksa dan kuah lodeh di pagi raya.

Karier semakin berkembang

Jika diselak kembali lembaran profilnya, Ardell pernah membintangi pelbagai drama bersiri seperti Jodoh, A.K.U, Ku Kejar Bintang dan Duri Di Hati pada 2013. 

Bagaimanapun, hampir setahun tidak muncul di kaca televisyen (TV), pelakon berusia 25 tahun itu berhasrat untuk kembali mewarnai persada seni lakonan.

"Penglibatan saya dalam bidang ini, bermula secara tak sengaja. Ketika itu, saya membantu seorang rakan untuk menjadi pelakon tambahan bagi menjayakan projek filem pendeknya di universiti dan sejak itu, saya mula mendapat panggilan daripada produksi yang berminat untuk menawarkan berlakon.

"Sepanjang tahun 2013, saya aktif berlakon namun mengambil keputusan untuk memperlahankan langkah ekoran tidak yakin dengan kebolehan diri," katanya.

Namun, pendiriannya lantas berubah selepas bernaung di bawah syarikat pengurusan Prokuya Studio Sdn Bhd milik Fadzil Zahari iaitu suami kepada aktres jelita, Yana Samsudin, sejak setahun lalu.

"Terus-terang, saya baharu saja kembali aktif pada tahun ini. Alhamdulillah, berkat dorongan dan sokongan daripada syarikat pengurusan ia membantu memulihkan semangat saya. Malah, hubungan kami seperti satu keluarga," katanya.

Justeru, tidak hairanlah kelibat pelakon kecil molek ini selalu saja mewarnai kaca TV melalui pelbagai drama bersiri popular seperti Baby Ana Milik Siapa, Asam Pedas Untuk Dia, Jangan Lafazkan Janji, Dia...Isteri Luar Biasa dan terbaharu tampil sebagai heroin di sisi bintang berbakat besar, Syafie Naswip melalui drama bersiri, Wadi.

Bahkan, jika sudah namanya rezeki dan berkat Syawal, bintang Ardell semakin bersinar apabila filem pertamanya, CCTV bakal ditayangkan kepada umum pada 30 Julai ini.

Filem genre seram arahan Devan R itu menyaksikan Ardell bakal menjadi teraju utama bergandingan dengan pelakon hebat seperti Aeril Zafrel dan Hasnol Rahmat.

"Alhamdulillah, saya tak sabar menunggu ketibaan ‘bayi sulung’ saya ini. Lagi pula, saya dapat berlakon bersama-sama pelakon pujaan saya.

"Ia adalah kenangan yang tak dapat dilupakan. Mereka sangat baik dan banyak memberi tunjuk ajar kepada saya," katanya.

Bahkan, kini, Ardell melihat perkembangan karier lakonannya itu pada sudut pandangan yang positif dan terbuka.

- Sumber: Sinar Harian 

Mama, bangunlah...

Sharul Raziman Osman (duduk,kanan) memujuk anaknya Nur Adni Afeefa, 3, yang tidak henti-henti memanggil arwah ibunya Mahfuzah Ishak dan adiknya Mohamad Harraz Zafran mangsa kemalangan di Lembah Beringin Hulu Selangor awal pagi tadi.

KUANTAN - "Mama, bangunlah...ramai orang datang rumah kita," kata Nur Adni Afeera Shahrul Raziman, 3, cuba mengejutkan jenazah ibunya, Mahfuzah Ishak yang disangka sedang tidur.

Melihat ibunya tidak memberi sebarang reaksi, Nur Adni Afeera beralih melihat jenazah adiknya Muhammad Harraby Zafran, setahun, sebelum berpaling ke arah orang ramai dan menyatakan adiknya 'sakit'.

Keletah Nur Adni Afeera menyebabkan orang ramai mengalirkan air mata, manakala ayahnya Shahrul Raziman Osman, 33, tergamam melihat jenazah dua beranak itu di ruang tamu rumah keluarga Mahfuzah di Kampung Lepar Hilir 1, dekat sini, malam ini.

Mahfuzah, 28, seorang kerani di kilang automotif di Pekan dan Muhammad Harraby Zafran meninggal dunia akibat kecederaan teruk di bahagian kepala dan dada selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dan merempuh pembahagi jalan awal hari ini.

Kemalangan berlaku di KM403.9 Lebuhraya Utara Selatan dekat Lembah Beringin, berhampiran pekan Hulu Selangor, pukul 6 pagi ini.

Kereta dipandu Shahrul Raziman.

Turut berada dalam kenderaan itu ibu Shahrul Raziman, Razimah Chik, 63.

Jenazah kedua-dua mangsa dibawa ke sini bagi menunaikan permintaan ibu arwah, Norhikmah Abdullah Sani, 54, yang lumpuh untuk melihat mereka sebelum dikebumikan di kampung Shahrul Raziman di Kampung Telok, Pekan, lewat malam ini.

Shahrul Raziman yang bekerja dalam bidang teknologi maklumat berkata mereka dalam perjalanan untuk bercuti dan melawat saudara mara sebelah ayahnya di Jeniang, Kedah semasa kemalangan berlaku.

"Kami bertolak dari Pekan pada pukul 11 malam semalam. Ia tidak dirancang kerana rancangan untuk ke sana hanya difikirkan pada raya ketiga. Tambahan pula ayah saya telah bertolak ke sana (Jeniang) sehari sebelum dengan menaiki bas," katanya.

Beliau menyatakan kesal, semasa kemalangan tiada kenderaan yang berhenti untuk membantu meskipun beliau memberi isyarat meminta bantuan.

Hanya dua penunggang motosikal yang berhenti selepas 10 minit beliau berdiri di tepi jalan.

Sementara itu, ayah mangsa, Ishak Muhammad, 56, berkata kali terakhir beliau bertemu anak ketiga dari lima beradik itu ialah pada pukul 3 petang semalam, sebelum anaknya bergegas pulang ke Pekan.

"Saya pula ditahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (Kuantan) akibat keracunan makanan jam 4 petang semalam. Saya juga tidak tahu mereka akan pulang ke Kedah.

"Saya diberitahu anak meninggal dunia pada pukul 10 pagi ini. Saya bersyukur dibenarkan pulang ke rumah pada pukul 3 petang. Sekurang-kurangnya saya dapat melihat mereka untuk kali terakhir," katanya. 

- Sumber: Bernama

32 motosikal, 6 kereta terbakar di Mount Erskine

GEORGETOWN - Seorang wanita yang mengandung tujuh bulan nyaris keguguran dalam insiden kebakaran yang memusnahkan 32 motosikal dan enam kereta di pangsapuri Jalan Mount Erskine, di sini awal pagi ini.

Suami wanita itu, Yee Wai Kiet, 26, berkata dalam keadaan kelam-kabut keluar daripada rumah mereka di tingkat tujuh, isterinya yang mengandung anak pertama tergelincir ketika menuruni tangga sewaktu mahu melihat kereta mereka yang diletakkan di parkir tingkat dua pangsapuri itu. 

"Jiran berteriak memberitahu ada kebakaran di tempat letak kereta.Saya dan isteri yang terkejut daripada tidur terus meluru ke tempat kebakaran itu.

"Sedih melihat kereta saya yang hangus...dua tahun lagi dah habis bayar namun saya bernasib baik anak di dalam kandungan isteri tidak apa-apa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, semua 32 motosikal dan enam kereta hangus dijilat api.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba Bagan Jermal Hashim Ismail berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada pukul 2.01 pagi dan jentera pertama sampai kira-kira 15 minit kemudian.

"Ketika jentera pertama tiba di lokasi, api sedang marak di tempat letak kenderaan di tingkat dua pangsapuri berkenaan dan bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke bahagian lain," katanya.

Beliau berkata dua jentera bersama 11 anggota mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengawal api daripada merebak.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu dan masih menyiasat punca kejadian.

- Sumber: Bernama