Tuesday, 20 January 2015

Emiriyah Arab Bersatu dilanda 'salji'



Seorang budak lelaki teruja dengan perubahan lanskap yang kini diselimuti 'salji' putih di Bukit Golan.

KUALA LUMPUR: Jika di Malaysia, keadaan suhu di beberapa kawasan di Pantai Timur yang lebih rendah dan dingin berbanding biasa mula menjadi bualan ramai, lain pula bagi penduduk di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) kerana mereka sudah mula keluar bermain ‘salji’ semalam.

Portal Emirates247.com melaporkan sebahagian besar penduduk di Tanah Arab mula membiasakan diri dengan suasana dingin akibat dilanda ribut hujan batu di banyak tempat. Selain itu, hujan juga dijangkakan terus turun di beberapa kawasan di negara berkenaan.

Ribut hujan batu telah melanda zon Asia Barat berkenaan hingga menyelimuti lanskap negara yang terkenal dengan padang pasir itu dengan pemandangan putih yang luar biasa.

Pengguna media sosial di negara berkenaan juga memenuhkan susur masa dengan pelbagai gambar dan menganggap ketulan-ketulan ais tersebut sebagai ‘salji’.


Gambar menunjukkan ketulan-ketulan ais berselerakan di Abu Dhabi yang berpunca daripada fenomena ribut hujan batu. - Foto dari laman web Emirates247.com/Dave Laureles

Pusat Meteorologi dan Seismologi Kebangsaan (UAE) juga telah mengesahkan ia sebagai ketulan-ketulan daripada hujan batu.

Arus sejuk dan hujan dalam fenomena itu adalah disebabkan tekanan rendah dan pergerakan awan dari Arab Saudi ke UAE, kata pusat berkenaan.

Malam semalam menyaksikan petir dan kilat sabung-menyabung di beberapa tempat di UAE termasuk hujan sederhana dan lebat di bahagian Timur negara berkenaan. Cuaca mendung dan tupan angin kuat yang menjejaskan jarak penglihatan juga dijangka kerap berlaku dalam masa beberapa hari ini.

Berikut adalah beberapa kemas kini daripada pengguna Twitter yang menunjukkan gambar keadaan cuaca pelik di Tanah Arab:



- Sumber: Astro Awani 

Tanam anak perempuan hidup-hidup


TRIPURA - INDIA. Mengejutkan dan menyedihkan apabila seorang bapa bertindak di luar kewarasan apabila sanggup menanam anaknya sendiri dek kerana anaknya seorang perempuan.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di India ini benar-benar mengejutkan dunia.

Memetik laporan New Delhi Television Limited Is An India (NDTV) berkata, lelaki itu cuba menguburkan anak perempuananya yang berusia 10 tahun hidup-hidup tanpa alasan logik.

Jelas laporan itu, alasan lelaki itu bagi ‘membenarkan’ perbuatannya itu adalah kerana anaknya adalah perempuan.

Menurut polis, beberapa saksi melihat ‘aksi’ tertuduh yang menggali sebuah lubang di taman belakang rumahnya ‘bagi tujuan pengebumian tersebut’ tatkala isterinya keluar.

Dia dikatakan meletakkan anaknya dalam lubang dengan tangannya diikat dan mulut ditutup. Lantas menimbus tanah sehingga paras dada.

Namun usaha tersebut gagal apabila sebaik sahaja isterinya pulang, isterinya mula mempersoalkan di mana anak mereka, dan perbuatannya mula dibongkarkan oleh jiran-jiran yang melihat kejadian terbabit.

Pada mulanya, suspek cuba menyembunyikan kegiatannya dengan meletakkan bakul buluh di atas kepala anak perempuan mereka, dengan niat untuk meneruskannya perbuatan tersebut selepas itu namun sudah diketahui awal oleh jirannya.

Mereka dikatakan telah memukul suspek sebelum memanggil polis.

- Sumber: Sinar Harian 

    Teruja lihat 'naga' di Pantai Hiburan

    Keadaan pemandangan Pulau Tioman seakan-akan menyerupai seekor naga (dalam bulatan) yang sempat dirakan Syed Ahmad Fuad menggunakan telefon bimbitnya ketika bersiar di Pantai Hiburan. Gambar kecil: Syed Ahmad Fuad.

    ROMPIN – “Pada mulanya saya tak percaya legenda Pulau Tioman yang didakwa terbentuk daripada seekor naga, namun setelah lihat sendiri dengan jelas keadaan bentuk pulau berkenaan ketika sedang bersiar di Pantai Hiburan, saya akui bentuknya memang menyerupai naga,” kata bekas Pegawai Daerah Rompin, Datuk Syed Ahmad Fuad Syed Taha.

    Menurutnya, semenjak peristiwa itu, beliau sering bersiar-siar di Pantai Hiburan terutama pada waktu petang dan waktu terbaik untuk mencuba nasib melihat ‘pulau naga’ itu adalah pada awal pagi atau lewat petang namun, ia bergantung kepada rezeki masing-masing.

    “Pantai ini unik dan sememangnya dikunjungi ramai, namun tak mustahil jumlah pelancong akan meningkat lagi setelah mereka mengetahui keistimewaan yang terdapat di sini.

    “Selalunya, bentuk naga itu tidak jelas kerana dilindungi awan, namun jika bernasib baik, memang ada masanya kita dapat lihat bentuk naga jika diamati betul-betul,” katanya.

    Beliau yang kini bertugas di Pejabat Daerah Maran berpendapat bahawa keunikan ini membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat melalui kehadiran ramai pelancong yang berkunjung ke daerah ini.

    - Sumber: Sinar Harian 

    Australia ancam panggil semula duta besar di Indonesia jika dua warganya dihukum mati

    Hubungan Australia dan Indonesia seringkali dilanda masalah, terutamanya berkaitan isu pemohon suaka dan juga hal-hal pengintipan. - Gambar Fail

    SYDNEY: Australia dilihat tidak bertolak ansur malah tidak menghormati undang-undang negara lain apabila mengancam mahu menarik duta besarnya yang bertugas di Jakarta, lapor portal berita Kompas.com.

    Kata putus itu akan direalisasikan jika pihak pemerintah Indonesia menghukum mati dua warga Australia, Andrew Chan dan Myuran Sukumara, yang terlibat dalam penyeludupan heroin seberat 8 kilogram ke negeri jiran tersebut.

    Perkara tersebut ini disampaikan Menteri Luar Negeri Australia, Julie Bishop ketika ditanya adakah negara itu akan mengikut langkah Brazil dan Belanda dengan memanggil pulang duta besar mereka di Jakarta jika hukuman mati tetap dilaksanakan.

    "Saya tidak akan berspekulasi mengenai apa yang terjadi jika pihak pemerintah Indonesia melaksanakan hukuman mati terhadap warga Australia. Apa yang akan terus kami lakukan adalah membantu sejauh kami mampu," katanya.

    Warga Vietnam, Nigeria, dan Malawi juga adalah antara sejumlah warga asing yang berdepan hukuman mati pada akhir minggu lalu.

    Hubungan Australia dan Indonesia seringkali dilanda masalah, terutamanya berkaitan isu pemohon suaka dan juga hal-hal pengintipan.

    Pada tahun 2013, pemerintah Indonesia memanggil pulang duta besarnya dan membekukan kerjasama ketenteraan antara dua negara apabila setelah terdedahnya kes mencuri dengar perbualan telefon isteri bekas presiden, Susilo Bambang Yudhoyono. 

    - Sumber: Agensi

    PM umum visa percuma kepada pelancong China

    Menurut Najib, ia adalah merupakan salah satu daripada enam langkah bagi merancakkan eksport barangan dan perkhidmatan.

    KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini telah mengumumkan pemberian visa secara percuma kepada para pelancong termasuk dari negara China bagi mempergiatkan industri pelancongan negara.

    Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan perutusan khas tentang perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan ekonomi negara pagi ini.

    Katanya, ini merupakan salah satu daripada enam langkah bagi merancakkan eksport barangan dan perkhidmatan serta memastikan pertumbuhan ekonomi yang seimbang, inklusif dan mampan.

    "Mempromosi secara aktif perkhidmatan gantian-import seperti perkhidmatan perkapalan, pelabuhan, pendidikan dan profesional.

    "Ini, bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar bagi perolehan barangan dan perkhidmatan," kata Najib dalam ucapannya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Isnin.

    Katanya lagi, kerajaan juga akan menyegerakan pelaksanaan cadangan daripada Majlis Eksport Negara dalam usaha membantu para pengeksport mendapat prospek pelanggan baharu di pasaran yang baharu.

    Selain itu, kerajaan akan mempergiat program promosi eksport di 46 negara meliputi Asia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Syarikat dan memperkenalkan SME-Go melalui SME Bank, sebuah program eksport untuk PKS, dan memanfaatkan Dana Perkhidmatan Eksport serta program promosi PKS untuk meningkatkan kemampanan eksport ke luar negara.

    Kata Najib, bagi mempercepatkan pelaksanaan Logistik dan Fasilitasi Dagangan, kerajaan akan menambah baik perhubungan ke Pelabuhan Klang seperti jalan masuk, jaringan landasan dan sistem pengurusan trafik.

    "Menaik taraf terminal keretapi Padang Besar, menambah baik kecekapan operasi proses import dan eksport, serta menubuhkan sistem hab dan jaringan perhubungan udara.

    "Keempat, mempergiatkan keseluruhan industri pelancongan negara. Kelima, mengambil langkah-langkah untuk mengkaji semula kadar levi yang dikenakan ke atas pekerja-pekerja asing," kata beliau lagi.

    Sementara itu, menurut laporan Bernama, penawaran visa percuma (VFF) kepada pelancong antaranya dari China yang diumumkan Najib sebentar tadi, boleh dilaksanakan sebelum sambutan Tahun Baharu Cina.

    Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi keputusan mengenai tarikh pelaksanaan langkah itu akan diputuskan dalam mesyuarat Kabinet esok.

    "Visa tidak akan dikenakan bayaran kepada beberapa segmen pasaran kerana berlaku penurunan kedatangan pelancong terutama dari negara China.

    "Bagaimanapun, harus diingat visa tetap akan dikenakan untuk menjaga hal ehwal keselamatan kerana dalam kita menggamit pelancong ke Malaysia kita tidak boleh berkompromi dalam soal keselamatan," katanya seperti dipetik dalam Bernama.

    - Sumber: Astro Awani 

    Hishammuddin nafi pernah hantar surat pada FBI

    Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

    PUTRAJAYA - Bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menafikan beliau pernah mengeluarkan surat (penjelasan) kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sepanjang perkhidmatannya dalam kementerian itu.

    "Saya boleh jawab bagi pihak diri saya sendiri dan saya tak pernah hantar surat kepada FBI," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perutusan Khas Perdana Menteri bersabit "Perkembangan Ekonomi Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara" di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.

    Hishammuddin berkata demikian mengulas kenyataan penyandang jawatan itu kini, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi minggu lalu yang mengatakan menteri sebelumnya juga pernah mengeluarkan surat penjelasan kepada FBI.

    Menurut Ahmad Zahid, beliau dan menteri sebelumnya mempunyai kuasa untuk menandatangani surat seumpama itu.

    Sebelum ini, Ahmad Zahid menjelaskan kepada kabinet bahawa surat yang dihantar pada 18 Disember lalu kepada FBI adalah penjelasan status Paul Phua Wei Seng yang sedang dibicarakan di mahkamah negara itu.

    Surat berkenaan dihantar kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F Giuliano.

    Menurutnya, surat itu bukan surat sokongan untuk tidak mendakwa Paul Seng Phua yang dituduh terlibat dengan aktiviti perjudian haram di Amerika Syarikat.

    Seng Phua serta anaknya, Darren Wai Kit Phua kini dalam tahanan rumah di Amerika Syarikat dan menghadapi pertuduhan di mahkamah negara itu atas kesalahan penghantaran maklumat pertaruhan dan menjalankan kegiatan perjudian tidak sah di Las Vegas semasa Piala Dunia 2014 lalu.

    Seng Phua yang cukup terkenal dalam sirkit permainan poker profesional, pernah mengambil bahagian dalam kejohanan Big One For One Drop dalam Siri Poker Dunia 2012.

    Beliau menduduki tempat keenam dalam European Poker Tour Grand Final Monte Carlo 100k Super High Roller 2014 dan dia juga disyaki terlibat dengan kegiatan kongsi gelap 14K Triad, sebuah kumpulan kongsi gelap dan sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

    Berikutan penahanan Seng Phua, firma guamannya, Chesnoff & Schonfeld telah memohon Ahmad Zahid agar mengeluarkan surat kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F Giuliano untuk mengesahkan yang lelaki itu bukan seorang anggota 14K Triad dan kumpulan kongsi gelap itu juga tidak wujud di Malaysia.

    Surat Ahmad Zahid bertarikh 18 Disember tahun lalu kepada Giuliano adalah bagi menjelaskan tentang perkara tersebut.

    - Sumber: Sinar Harian 

    Banjir di Sarawak terus memburuk, 6,952 mangsa dipindahkan

    Keadaan banjir yang melanda beberapa bahagian di Sarawak sejak beberapa hari lalu terus tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda.

    KUCHING: Keadaan banjir yang melanda beberapa bahagian di Sarawak sejak beberapa hari lalu terus tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda.

    Setakat jam 7 pagi tadi, seramai 6,952 orang penduduk di seluruh negeri itu telah diarahkan berpindah dari kediaman masing-masing dan ditempatkan di pusat-pusat pemindahan yang tinggi dan selamat.

    Jumlah tebabit melibatkan 1,689 keluarga yang mendaftarkan diri mereka di pusat pemindahan.

    Bahagian Kuching terus mencatatkan jumlah tertinggi mangsa yang dipindahkan iaitu seramai 4,269 orang dari 1,018 keluarga, diikuti bahagian Samarahan 1,729 orang mangsa dari 416 keluarga, bahagian Limbang 765 orang dari 189 keluarga dan yang terakhir adalah bahagian Mukah dengan 189 orang mangsa dipindahkan melibatkan 69 keluarga.

    Dalam pada itu, hari ini dijangkakan lebih ramai lagi penduduk akan dipindahkan ke pusat pemindahan sekiranya hujan lebat berterusan dimana ianya juga akan bertembung dengan fenomena air pasang besar yang dijangka melanda negeri itu sepanjang minggu ini dimana hari ini diramalkan air pasang setinggi 6.0 meter akan melanda yang dibimbangi akan menjejaskan kawasan-kawasan rendah di terutama di persisiran sungai.

    Sementara itu menurut Bernama di KELANTAN, jumlah mangsa banjir kekal sebanyak 255 orang sejak malam tadi melibatkan 62 keluarga yang ditempatkan di lapan pusat pemindahan di Kuala Krai.

    Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan berkata, sehingga 8 pagi tadi, kesemua mangsa masih ditempatkan di dewan sekolah, kilang dan masjid.

    Di PERAK, jumlah mangsa banjir masih kekal sebanyak 78 orang daripada 19 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan banjir.

    Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata, jumlah mangsa banjir kekal sebanyak 78 orang seperti malam tadi dengan 44 orang di Perak Tengah manakala 34 orang di Hulu Perak. 

    - Sumber: Astro Awani 

    Basarnas sahkan 53 mayat telah ditemui

    Basarnas Indonesia mengesahkan telah menemui sejumlah 53 mayat dengan 45 mayat setakat ini telah dikenal pasti identiti. - Gambar Fail

    KUALA LUMPUR: Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia mengesahkan telah menemui sejumlah 53 mayat dengan 45 mayat setakat ini telah dikenal pasti identiti oleh Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana Jabatan Polis Republik Indonesia (DVI POLRI).

    AirAsia dalam satu kenyataan di sini berkata lapan mayat masih dalam proses pengecaman.

    "DVI POLRI mengumumkan bahawa tidak ada identifikasi yang dikeluarkan hari ini. Pasukan DVI POLRI sedang mengumpul lebih banyak bukti DNA mengenai baki penumpang," menurut kenyataan itu.

    Kenyataan itu menyebut Basarnas dapat mengeluarkan lebih banyak serpihan seperti tingkap, kerusi dan bahagian dalaman, dipercayai dari pesawat AirAsia QZ8501.

    Operasi mencari dan menyelamat diteruskan semalam apabila pasukan penyelam mula menyelam turun ke dasar Laut Jawa untuk meninjau bangkai fiuslaj.

    Bagaimanapun, misi terus menghadapi halangan akibat ombak tinggi dan cuaca buruk.

    Pesawat AirAsia Indonesia Penerbangan QZ8501, membawa 162 orang, terhempas pada 28 Dis selepas terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara semasa dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura. 

    - Sumber: Bernama 

    Malaysia tunjuk taring, belasah Oman 7-0

    Pemain Malaysia, Muhammad Haziq Shamsul dihalang pemain Oman pada perlawanan peringkat kumpulan A saingan pusingan kedua Hoki Liga Dunia 2015 di Stadium Hoki Sengkang pada Isnin. Malaysia tewaskan Oman 7-0. 

    SINGAPURA: Skuad Malaysia meneruskan rentak cemerlang pada Pusingan Kedua Kejohanan Liga Hoki Dunia 2015 apabila membelasah Oman 7-0 pada perlawanan Kumpulan A di Stadium Hoki Sengkang, di sini pada Isnin.

    Kemenangan kedua berturut-turut itu meletakkan skuad negara di kedudukan teratas kumpulan dengan enam mata, diikuti Oman tiga mata, manakala Ukraine di tempat ketiga juga tiga mata sementara Singapura yang gagal mengutip sebarang mata setakat ini, di kedudukan keempat.

    Dalam saingan hari ini, Muhammad Razie Abdul Rahim membuka jaringan pada minit ketujuh, diikuti Faizal Saari (minit ke-17, 38), Marhan Abdul Jalil (ke-22, 27), Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin (ke-44) dan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil (ke-46).

    Walaupun mencatat kemenangan besar, jurulatih negara Tai Beng Hai berkata kutipan mata adalah lebih penting berbanding jumlah gol yang dijaringkan.

    "Saya rasa apa yang paling penting dapat kumpul tiga mata penuh. Matlamat utama kita mara ke separuh akhir dan seterusnya ke final.

    "Bagi saya, tidak guna jaringkan banyak gol tetapi tidak berupaya menamatkan kejohanan ini dengan persembahan terbaik," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

    Beng Hai berkata anak buahnya telah mempamerkan corak permainan lebih kemas berbanding ketika perlawanan pertama menentang Ukraine, Sabtu lepas.

    Mengenai pertemuan berdepan Singapura esok, Beng Hai berkata pasukan tuan rumah itu sudah menampilkan peningkatan dari segi corak permainan mereka.

    Justeru, beliau berkata Malaysia tidak boleh memandang rendah kemampuan yang bakal dipamerkan Singapura walaupun pasukan berkenaan tewas dua kali dalam perlawanan sebelum ini. 

    - Sumber: Bernama

    QZ8501: Basarnas confirms recovery of 53 remains



    The search and recovery mission continued to be hampered by high waves and adverse weather conditions.

    KUALA LUMPUR: The National Search and Rescue Agency (Basarnas) Indonesia has confirmed having recovered a total 53 remains.

    Of the number, 45 had been identified by the team from the Disaster Victim Identification, Police Department Indonesia (DVI POLRI).

    AirAsia in the statement here said eight other remains were in the process of being identified.

    "The DVI POLRI announced that there is no identification release today. The DVI POLRI team is currently gathering more DNA evidence on the remaining passengers," said the statement.

    The statement said Basarnas was able to recover more debris such as passenger windows, seats and other interior parts believed to be from AirAsia QZ8501.

    The search and recovery mission continued today as divers began to descend in the Java Sea floor to observe the fuselage wreckage this morning.

    However the floating mission continued to be hampered by high waves and adverse weather conditions.

    AirAsia Indonesia Flight QZ8501, carrying 162 people on board, went down on Dec 28 after losing contact with air traffic control on its way from Surabaya, to Singapore.

    - Source: Bernama

    99% of Man Utd fans 'would rather keep De Gea than sign Bale'



    The vast majority of Manchester United fans want David de Gea to sign a new contract rather than see him used in any swap deal for Gareth Bale.

    De Gea put in another top-class performance on Saturday in United's 2-0 win at QPR.

    The Spaniard, who has 18 months left on his contract, has been linked with Real Madrid and reports over the weekend suggested the goalkeeper could be used in an exchange that would see Bale move to Old Trafford.

    The Manchester United Supporters' Trust (MUST) asked United fans what their preference would be in a poll on their Facebook page.

    MUST asked: "If you had a straight choice to either keep David de Gea or sell him as part of a player exchange deal for Gareth Bale with Real Madrid, what would you choose to do?"

    Twelve hours after posing the question, MUST said "over 99 per cent" of the 600-plus fans who responded said they would prefer to keep De Gea.

    "With this in mind it signals the challenge (executive vice-chairman) Ed Woodward and (owners) the Glazers have to get Manchester United's most popular player signed up on a new contract, before Real Madrid attempt to prise him away," a MUST spokesman said.

    - Source: PA Sports