Monday, 10 November 2014

Keluarga Sidek 'bergaduh' isu doping ikon badminton negara?

RASHID: Pemain nombor satu dunia itu sentiasa berpegang kepada prinsip 'tiada jalan pintas' untuk meraih kejayaan dalam sekelip mata.

KUALA LUMPUR: Keluarga Sidek yang melahirkan beberapa jaguh badminton negara dilihat bertelagah mengenai keputusan positif bahan terlarang jenis 'dexamethasone' yang dihadapi ikon badminton negara.

Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, bekas pemain beregu negara Razif Sidek dilihat seolah-olah sudah 'lama tahu' pemain itu menggunakan bahan terlarang berkenaan.

"Sebelum ini, susah nak bercakap sebab tiada bukti kukuh, kali ini dia sudah terkena, saya tidak mahu tuduh tetapi sebenarnya perkara ini sudah berlarutan lama.

"Boleh dikatakan pemain senior dan pegawai sudah tahu perkara ini. Malah perkara ini turut mendapat pengetahuan pemain junior tetapi mereka sedar bahawa atlet ini melibatkan wira kebangsaan kita," kata Razif ketika memetik laporan akhbar berkenaan.

Bagaimanapun, ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek pula kini dilihat berada di pihak pemain tersebut selain bersedia memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Panel Pendengaran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berhubung kes doping membabitkan jaguh badminton negara itu.

Rashid juga melahirkan keyakinan beliau tidak bersalah kerana pemain nombor satu dunia itu sentiasa berpegang kepada prinsip 'tiada jalan pintas' untuk meraih kejayaan dalam sekelip mata.

"Bagi saya, beliau tidak bernasib baik (dalam kes doping ini). Secara jujur, dia seorang pemain yang baik dan mempunyai komitmen tinggi (dalam sesi latihan). Dia dapat atasi segala rintangan sebelum berada di mana dia sekarang.

"Secara terbuka, saya memang sentiasa memberi sokongan kepada beliau. Saya sudah lama melatih dia selain mengenali karakternya yang jujur," katanya.

Dalam pada itu, bekas perseorangan utama negara Ong Ewe Hock pula mengganggap jaguh badminton itu tersilap langkah apabila terlalu mahu menjaga statusnya sebagai pemain nombor satu dunia.

Jelasnya, tuntutan untuk selalu beraksi di pentas tertinggi pada usia 32 tahun adalah antara faktor mengapa beliau memerlukan rawatan secara konsisten untuk proses pemulihan daripada pelbagai kecederaan.

Ikon badminton negara itu dilaporkan positif ujian doping bagi Sampel A iaitu ujian air kencing yang dilakukan secara rambang semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lalu.

Beliau dikatakan terbabit dalam skandal doping selepas disahkan positif menggunakan bahan terlarang 'dexamethasone' semasa ujian dijalankan. 

- Sumber: Agensi

30 GRO Thailand leka layan pelanggan dicekup

SEBAHAGIAn daripada GRO yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Jalan Datuk Keramat, George Town semalam.


GEORGE TOWN – Keghairahan 30 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Thailand duduk berdampingan sambil melayan pelanggan dalam keadaan menggiurkan terbantut apabila polis menyerbu pusat hiburan berkenaan di Jalan Datuk Keramat di sini semalam.

Kesemua wanita berusia 20 hingga 30-an itu ditahan sepasukan polis dari bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut kira-kira pukul 1.30 pagi.

Semasa serbuan, sebahagian daripada GRO tersebut berada di sisi pelanggan masing-masing dalam keadaan berpelukan termasuk ada yang ligat menari di atas pentas dengan berpakaian menjolok mata.

Difahamkan, mereka gagal meloloskan diri berikutan seluruh kawasan premis berkenaan terlebih dahulu telah dikepung anggota polis.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk A. Thaiveegan berkata, hasil pemeriksaan polis mendapati kesemua wanita terbabit telah menyalahgunakan pas lawatan sosial masuk ke negara ini dengan bekerja sebagai GRO.

- Sumber: Kosmo!

Misteri mayat tanpa pakaian mati dengan lembu

Anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke Hospital Tanah Merah bagi bedah siasat

Gambar yang disebarkan di laman sosial Facebook mengenai kejadian mayat lelaki ditemui dalam keadaan bogel bersama lembu mati di Kampung Panglima Bayu, Tanah Merah, kelmarin

TANAH MERAH - Seorang bekas anggota tentera ditemui mati dalam keadaan misteri bersama bangkai seekor lembu di sebuah kandang di Kampung Panglima Bayu, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, mayat Mohd Azhar Abdul Halim, 44, ditemui pemilik lembu dalam keadaan tanpa pakaian bersama seekor lembu yang sudah mati dalam kandang berkenaan.

Pemilik lembu terbabit, Mohamad Husin, 61, berkata, dia bersama seorang rakan mencari lembunya yang hilang, kemudian ditemui mati itu tidak jauh dari kandang tersebut sejak awal pagi.

"Kami cari di tempat biasa lembu ini ditambat tetapi tidak ada, kemudian saya cuba cari di kawasan lain dan ketika melalui kandang, saya ternampak ada lembu mati dan mayat mangsa.
"Saya terus panggil rakan untuk lihat sendiri kejadian sebelum buat laporan di Balai Polis Batu Gajah kira-kira jam 4.15 petang," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, kelmarin.

Sementara itu, adik mangsa, Mohd Abdul Halim, 30, memberitahu, abangnya menghidap beberapa penyakit seperti jantung, paru-paru berair dan asma serta pernah dimasukkan ke hospital sebelum ini.

"Saya dapat tahu dia meninggal dunia dalam kandang lembu selepas dimaklumkan seorang jiran. Arwah tidak ada di rumah sejak jam 10 malam semalam dan isterinya cuba cari dengan menghubungi rakan arwah tapi gagal," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

- Sumber: Sinar Harian 

Cucu didakwa gelapkan duit nenek RM1 juta

Hezlishah didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah bank di Seberang Jaya pada 10 hingga 11 Disemberm 2013 antara jam 12 tengahari hingga 5 petang.

BUKIT MERTAJAM: Seorang cucu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam atas dakwaan pecah amanah kerana menggelapkan wang satu juta ringgit hasil jualan tanah milik neneknya Disember tahun lalu.

Tertuduh Hezlishah Ahmad, 27 tahun yang juga seorang kontraktor mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan majistret, Mohd Fitri Sadarudin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa gagal menyerahkan wang hasil jualan tanah milik mangsa Rahmah Mohd, 79 tahun, ‎yang dibayar melalui lima keping cek dengan nilai keseluruhan RM1 juta ringgit di atas nama tertuduh.

Hezlishah didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah bank di Seberang Jaya pada 10 hingga 11 Disember 2013 antara jam 12 tengahari hingga 5 petang.

Dia didakwa di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan sebatan atau denda jika sabit kesalahan.

Majistret Mohd Fitri tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 8 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwaraya Kamaliza Md Zain manakala Hezlishah tidak diwakili peguam.

Kejadian berlaku apabila mangsa telah mengamanahkan tertuduh untuk menguruskan penjualan tanahnya, termasuk urusan penerimaan bayaran di atas faktor umur.

‎Tertuduh telah gagal menyerahkan wang tersebut selepas menerima bayaran jualan tanah kepada neneknya. 

- Sumber: Astro Awani

Wanita nekad bunuh diri kerana filem terbaharu Shah Rukh Khan

Seorang wanita di India meninggal dunia selepas nekad meminum cuka kerana kecewa suaminya tidak mahu menonton filem terbaharu lakonan Shah Rukh Khan bersamanya.

Wanita yang dikenali dengan nama Neha menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital akibat kerosakan organ dalaman yang teruk.

Dipetik menerusi One India News, doktor menjelaskan kegagalan dan kerosakan organ dalaman Neha berpunca daripada pengambilan cuka berlebihan.

Lebih mengejutkan, wanita malang berusia 21 tahun itu sempat membuat sebuah rakaman video yang menuduh suaminya, Vishal sebagai orang yang bertanggunjawab ke atas kematiannya.

Vishal dikatakan menolak pelawaan isterinya menonton filem berjudul "Happy New Year" di hari pertama tayangan kerana memberi alasan terlalu ramai orang di pawagam.

Neha yang begitu kecewa pelawaannya ditolak akhirnya mengambil keputusan membunuh diri.

Setakat ini belum ada lagi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Shah Rukh Khan mengenai berita ini.

Sehingga berita ditulis, polis belum menahan Vishal untuk membantu siasatan.

Filem terbaharu Shah Rukh Khan berjudul Happy New Year 


- Sumber: Agensi

Akibat melulu cari modal

Seorang lelaki dalam keadaan kemurungan.-Gambar Hiasan


BEBERAPA tahun dahulu, Kong (bukan nama sebenar) berbual dengan rakannya mengenai pelan masa depan setelah mereka bersara dari bekerja kelak.

Menurutnya, simpanan persaraannya agak lemah kerana ketika itu wang simpanan di KWSP miliknya cuma beberapa puluh ribu sahaja sedangkan dia akan bersara empat tahun lagi.

Isteri Kong juga bekerja tetapi gajinya cuma mampu untuk menampung perbelanjaan diri mereka dan anak-anak.

Untuk menambahkan lagi pendapatan, Kong dicadangkan oleh rakannya untuk mendapatkan pendapatan tambahan dengan membuat perniagaan membekal dan memasang sistem pemanas air di rumah-rumah kediaman memandangkan rakannya juga membuat perniagaan itu dan agak menguntungkan.

Kong kemudian pulang ke rumah dan berbincang dengan isterinya mengenai cadangan tersebut.

Pada mulanya, isterinya agak ragu-ragu dengan cadangan suaminya itu memandangkan dia tahu suaminya bukan seorang yang pandai akan selok-belok dunia perniagaan tersebut.

Lagi pula, wanita itu merasakan bahawa pendapatan isi rumah mereka masih lagi dalam kawalan. Tetapi, suaminya tetap berkeras untuk melakukan perniagaan tersebut.

Pada permulaan, Kong memperoleh pendapatan bersih sekitar RM 3,000 setelah beberapa bulan memulakan perniagaan. Tetapi, apabila keadaan ekonomi semasa merudum beberapa bulan kemudian, Kong memperkenalkan kaedah pembayaran ansuran bulanan kepada pelanggannya yang tidak mampu membayar bayaran penuh.

Akibat daripada tindakan tersebut, Kong menggunakan kad kredit untuk membuat modal pusingan perniagaannya.

Tindakan ini menyebabkan hutang kad kredit Kong meningkat dan memberi kesan kepada kedudukan kewangan keluarganya.

Akibatnya, Kong bergaduh besar dengan isterinya dan menyebabkan perkahwinan yang dibina selama 25 tahun retak.

Buntu memikirkan masalah kewangan yang meruntuhkan perkahwinannya, Kong datang ke pejabat AKPK untuk mendapatkan bantuan. Akhirnya, melalui Program Pengurusan Kredit AKPK, dia dibenarkan membayar pinjaman bulanan kad kredit dengan jumlah yang dia mampu dan dipersetujui oleh pihak bank.

Kong kemudian sedar tindakan melulunya yang memulakan perniagaan tanpa mendapat pendidikan mencukupi.

“Amalkan Pengurusan Kewangan Berhemat Sebagai Budaya Hidup – AKPK”

- Sumber:Agensi

Dexamethasone rawatan sel stem

Chong WEI digantung sementara daripada menyertai mana-mana pertandingan badminton sehingga Panel Pendengaran Doping BWF selesai bersidang pada satu tarikh yang belum diputuskan.


PUTRAJAYA – Ujian doping A dan B Datuk Lee Chong Wei yang disahkan positif disyaki berpunca daripada penggunaan bahan terlarang jenis dexamethasone ketika pemain badminton nombor satu dunia itu mendapatkan rawatan sel stem di sebuah klinik swasta di ibu negara.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pengambilan dexamethasone itu dipercayai berlaku ketika Institut Sukan Negara (ISN) merujuk atlet itu kepada pakar perubatan sukan swasta bagi mendapatkan rawatan sel stem.

“Semua doktor yang ada di ISN merupakan pakar perubatan sukan namun badan itu tidak melakukan rawatan sel stem untuk atlet sebaliknya membawa kes-kes sebegini ke klinik rujukan ISN di Kuala Lumpur yang mempunyai kepakaran dalam perubatan sukan berkaitan rawatan sel stem,” kata beliau.

Rawatan sel stem merupakan satu kaedah rawatan kepada ahli sukan selain pembedahan bagi merawat kecederaan yang dialami termasuk membaiki sel, tisu otot dan mengurangkan keradangan sekali gus dapat memberi mereka peluang meneruskan kerjaya dalam sukan.

- Sumber: Kosmo!

Are women setting their standards too high?


At the end of the day we still hope that along the way as we bury our heads deep in the process of building our careers, we will meet a loving man who would make us happy.
“When are you getting married?”

Such question often comes whenever I am at a wedding or friend’s reunion party.

I have learned to flash a genuine smile without giving away any detailed explanation, hoping that it would not encourage the bombardment of questions which often starts with a “why” if I were to say “not any time soon”.

While I appreciate their concern, such question is getting old.

I often hear that women will have lesser options in meeting quality men as they age. People also often say that women who are single have set their standards high that most men can’t keep up with.

No doubt, in this day and age, many of us have decided to focus on our careers and personal growth before pursuing any kind of serious relationships. We may have pushed marriage a little further down the list of priorities, but at the end of the day we still hope that along the way as we bury our heads deep in the process of building our careers, we will meet a loving man who would make us happy.

As we get older we become a little less flexible when it comes to looking for a life partner. It is often one of the most discussed topics with my young and bright female friends, while gushing about each romantic prospect over dinner and drinks.

Romantic prospect, or sometimes of whom we have a crush on, is one of the more universal topic that resonates well among women of all ages and background.

Yes, to all male readers out there, does it come as a surprise to you?

Career-oriented and ambitious women have feelings too. There will be times where we blush like a fifteen-year-old and there are also moments where we feel vulnerable.

Our role at work often requires us to demonstrate strength despite moments when we may feel down or weak but it is hard to have a constant shield of toughness.

At the end of the day, we are human beings who crave for love and affection. All we really want is someone who understands our dreams and goals; a man, who understands that we may have a busy lifestyle, but is comfortable and understands that it is a part of who we are.

I am not one who settles or dates a person just to have the opportunity to revert to any social invitation with a “plus one”. I believe in love and more importantly, holding out for what’s right. Eventually, we do want the same thing as every other men and women, to love and be loved in return.

I say, as a note to self and to all of my single friends, stop looking too hard for love. Go about with life as is and maximise the joy of life by enjoying as much as possible. I may not be able to look into the future but I believe that love is often found in the most peculiar or unsuspecting circumstances.

But of course, the next time you noticed a guy you are interested in, flash a smile and if possible say hi. Make the most out of the interaction, because you will never know.

- Source: Astro Awani

Sejarah badminton di Malaysia

Pasukan negara kali terakhir merangkul Piala Thomas pada 1992 di Stadium Negara. - Foto: www.badmintonfreak.com

Badminton di Malaysia mempunyai peminat tersendiri. - Foto: famemas.blogspot.com


SEPERTI kebanyakan sukan yang terdapat pada hari ini, badminton juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

Pada peringkat awal permainan ini, tidak ada sebarang undang-undang atau peraturan yang boleh dijadikan panduan permainan. Mereka yang bermain hanya sekadar memukul bulu tangkis ciptaan mereka itu.

Namun permainan mereka itu telah berjaya menarik minat sebahagian masyarakat.

Atas usaha seorang askar Inggeris iaitu Kolonel H.Q. Selby yang bertugas di Karachi, India pada ketika itu, dia telah menubuhkan pasukan Badmintonnya sendiri yang diberi nama ‘Bath Badminton Club’ dan undang-undang permainan dicipta tetapi masih belum sempurna.

Oleh itu, seperti permainan yang lain yang mempunyai badan atau persatuannya sendiri di peringkat antarabangsa untuk menguruskan atau menyelaraskan permainan, pada tahun 1934 Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) ditubuhkan dan Presiden pertama ialah Sir George Thomas yang menjawat dari tahun 1934-1955.

BAM mula ditubuhkan

Pada tahun yang sama (1934), Persatuan Badminton Malaysia (BAM) juga telah ditubuhkan dan sejak itu, sukan badminton berkembang dan badminton telah menjadi acara rasmi dalam sukan Olimpik pada tahun 1992.

Sejak itu juga, BAM telah berjaya melahirkan beberapa jaguh dalam beberapa dekad ini dan pelbagai pengiktirafan dan kejayaan turut dicapai oleh badan induk itu dengan memenangi beberapa kejohanan besar seperti Piala Thomas dan All England.

Tidak keterlaluan jika mengatakan badminton adalah antara sukan yang banyak mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Kemunculan keluarga Sidek

Keluarga Sidek dalam arena sukan tanah air bukan sekadar titian menonjolkan imej negara, malah menjadi lombong emas badminton tempatan dan menyumbang kepada perkembangan pasaran antarabangsa bernilai berjuta-juta ringgit.

Kemunculan Misbun dan adik-adiknya (Razif, Jalani, Rahman dan Rashid) mula memberi saingan di Asia pada awal 1980-an, mendorong kepada keberanian Kumpulan Pengurusan Antarabangsa (IMG) menerokai bidang badminton di Malaysia.

Imbasan detik kegemilangan 1992 tetap terpahat di benak fikiran pencinta badminton negara apabila melihat Piala Thomas direbut kembali di bumi sendiri dengan menamatkan kemarau suku abad.

Walaupun piala itu hanya bertahan 24 bulan di bumi ini sebelum menyeberang Selat Melaka, namun kenangan sambutan orang ramai yang sanggup bermandi peluh ketika berpusu-pusu menyentuh piala kebanggaan itu yang diarak ke seluruh pelosok negara, masih jelas terbayang.

Selain keluarga Sidek, pemain badminton negara yang terkenal suatu ketika dahulu ialah Punch Gunalan, Ng Boon Bee, Tan Aik Mong, Tan Aik Hwang dan Silvia Ng.

Malah kini, BAM juga berbangga selepas memiliki Datuk Lee Chong Wei yang meraih beberapa kejayaan sekali gus menjadi kebanggaan Malaysia.

Malaysia sebaris pasukan elit

Dari segi badminton, mungkin ia telah mencapai tahap terbaik ketika ini, dan pulangannya ialah kemegahan negara di persada dunia.

Dan sekarang ini, pasukan negara masih dianggap  pasukan disegani sebaris dengan pasukan ternama dunia iaitu Indonesia, China, Korea Selatan dan Denmark.

Walaupun BAM masih belum mampu mencari pengganti Chong Wei, namun usaha badan induk itu untuk menaikkan nama negara di persada dunia perlu diberikan pujian.

- Sumber: Sinar Harian 

Cairo student held for possession of Orwell's '1984'


Egyptian authorities detained a 21-year-old student of University of Cairo for possession '1984', a depiction of dystopian society in a hierarchical system written by the famed George Orwell, reported the Egyptian Al-Masry Al-Youm newspaper.

Authorities also retrieved several notes which referred to "the Islamic caliphate and ways of how it should be applied in a country" along with other belongings including two cellphones, two USB drives and a hard disk.

First published in 1949, the literature zooms in on Winston Smith and his attempt to rebel against a dictatorial ruling party.

- Source: Astro Awani

Ariana Grande and Nicki Minaj shine at Scottish MTV awards

US rapper Nicki Minaj poses for pictures after being awarded the title 'Best Hip Hop' during the 2014 MTV Europe Music Awards (EMA) in Glasgow, Scotland, on November 9, 2014. - AFP PHOTO / OLI SCARFF

LONDRES: Pop stars Ariana Grande and Nicki Minaj sparkled at the MTV Europe Music Awards on Sunday, held in the Scottish city of Glasgow for the first time.

After opening the show with a thumping performance dressed in a futuristic silver leotard, Grande won best female artist and best song for her hit "Problem".

"I'm excited, I'm very very grateful and very happy," the Florida-born 21-year-old said backstage at the event.

Pop star and rapper Nicki Minaj was praised for her slick hosting of the awards, which included a nod to the host city with a rap about shortbread and whiskey.

Dressed in a sheer black catsuit, Minaj danced under a cascade of sparks before performing a debut of a new song, "Bed Of Lies", then breaking into her raunchy hit "Anaconda".

English-Irish superstar boy band One Direction scored a hat-trick of awards, picking up the best pop, best live act and best band awards, which are the result of votes by fans.

"Our fans really are amazing! Thank you so much for your amazing support! 3 EMA's!! Thank you! Thank you! Thank you!" singer Louis Tomlinson wrote on Twitter.

Though they won the most awards, they band were unable to attend to collect them in person. The absence of member Zayn Malik in their video message left fans questioning his whereabouts.

Canada's Justin Bieber was awarded best male, pop star Katy Perry won best look and best video, and singer Enrique Iglesias won best world stage performance.

Beyonce, though rumoured to be a surprise guest, did not attend, but was awarded best song with a social message for her song "Pretty Hurts".

The theme of the awards was time travel to mark 20 years since the first one was held, and clips of the previous award shows were played.

Actor and singer David Hasselhoff was applauded as he walked on stage in a kilt, telling the crowd cheekily "I am a true Scotsman but I'm not going to show you."

Irish band U2 returned to perform in their fourth appearance at the EMAs, playing "Every Breaking Wave".

And rock musician Ozzy Osbourne took to the stage to accept a global icon award, remarking "I can't believe it, it's just incredible."

Guitar legend Slash appeared on stage to pay tribute to Osbourne, telling the audience "He scares the hell out of most people and all bats. But to me is a gentle man and a gentleman." - AFP 

Former IGP Tan Sri Bakri Omar dies of cancer

Mohd Bakri, born on Sept 10, 1948, in Manjung, Perak, joined the police force as Cadet Assistant Superintendent on Jan 1, 1971. - EPA

KUALA LUMPUR: Former Inspector-General of Police Tan Sri Mohd Bakri Omar died at the National Cancer Institute, Putrajaya, at about 8.45 am today due to cancer.

He was 66-years-old.

Assistant chief at the Inspector-General of Police Secretariat (Corporate Communications), ACP Asmawati Ahmad, confirmed this when contacted by Bernama.

Mohd Bakri, born on Sept 10, 1948, in Manjung, Perak, joined the police force as Cadet Assistant Superintendent on Jan 1, 1971.

He served as Inspector-General of Police from Nov 5, 2003 to Sept 2006, replacing Tan Sri Norian Mai, who retired.

His body would be taken to his residence at No 10, Jalan Aman Perdana 5U/KU5, Taman Aman Perdana, Meru, Klang, for funeral arrangements. 

- Source : Bernama

Rahsia kejayaan Ac Mizal

Ac Mizal

SESUAI dengan jolokan 'Mr. Worldwide' yang diberikan kepadanya, penghibur versatil ini ternyata memiliki kelasnya yang tersendiri.

Bagi memastikan tugasannya dapat disempurnakan dengan baik, Datuk Ac Mizal mengakui dirinya seorang yang sangat teliti terhadap semua aspek.

Bagaimanapun, Ac menafikan dirinya sentiasa mahukan layanan yang bertaraf VVIP atau kelas A seperti didakwa beberapa pihak.

“Saya tidak seperti itu cuma bila saya buat sesuatu tugasan, saya akan serius dan pastikan terlibat dalam semua aspek. Contohnya, kalau saya diberi tugasan sebagai pengacara, saya mahu terlibat sama dengan kandungan setiap program supaya semuanya dapat berjalan dengan baik.

“Saya tidak pernah meminta layanan yang istimewa seperti yang dikatakan. Sebelum ini saya pernah susah mendapatkan tawaran mengacara, jadi bila sudah ada peluang, saya mahu kendalikannya sebaik mungkin,” katanya.

Bagaimanapun pengacara Maharaja Lawak ini tidak menolak kemungkinan sikap tegasnya dalam bekerja membuatkan beberapa pihak tidak selesa dengannya sehingga timbul cerita kurang enak ini.

“Saya bukan penghibur semata-mata, saya juga seorang usahawan jadi mungkin pemikiran saya berbeza daripada pihak yang terlibat dengan produksi.

“Kita perlu fikir apa kemungkinan jika sesuatu yang tidak diingini berlaku, tambahan pula saya sebagai pengacara yang perlu berhadapan dengan situasi itu. Jadi tidak salah kalau saya teliti dengan perkara seperti ini kerana ia juga beri kebaikan untuk sesuatu tugasan.

“Isu mahukan layanan istimewa itu memang tidak pernah timbul dan saya masih sama seperti selebriti yang lain,” tegasnya.

Impian jadi kenyataan

Semakin agresif menjalani karier nyanyiannya, figura 42 tahun ini gigih mencapai hasratnya untuk berkolaborasi dengan penyanyi rap antarabangsa, Pitbull menerusi projek terbaharunya bersama syarikat rakaman Sony Music Entertainment Sdn Bhd.

Bagi merealisasikan projek itu, Ac perlu memenuhi syarat mendapatkan jumlah catatan muat turun sebanyak satu juta.

“Sekarang ini kami dalam usaha untuk penuhi syarat itu dengan mempromosikan single terbaru saya ‘Paranoid’ hasil kolaborasi bersama Luna Maya. InsyaAllah, saya yakin ia akan membuahkan hasil.

“Lagi pun saya diberitahu pihak Sony bahawa Pitbull sendiri menyambut baik hasrat saya untuk berkolaborasi dengannya.

“Selepas 22 tahun berada dalam industri mungkin inilah peluang yang terbaik pernah saya dapat dan kalau ada rezeki harap semuanya dapat berjalan seperti yang dirancang,” ujarnya teruja.

Pada masa yang sama, Ac memberitahu Paranoid akan dipromosikan ke Indonesia pada penghujung November ini.

- Sumber: Sinar Harian 
Selain terlibat dengan bidang perniagaan dan karier seni, Ac dan isterinya, Datin Emylia Rosnaida juga diberi kepercayaan dilantik sebagai duta produk L’rose keluaran syarikat RMZ Health & Beauty Products Marketing.

“Produk ini baru sahaja dilancarkan sejak Julai lalu dan mengapa kami bersetuju untuk menjadi dutanya kerana ia benar-benar berkesan.

“Kami telah mencuba produk ini sejak dua bulan lalu dan saya sendiri berjaya menurunkan 12 kilogram dan sekarang berat ideal saya 83 kilogram,” katanya.

I AM NIKON Roadshow di Mid Valley Megamall

Jenama kamera kegilaan ramai Nikon begitu sinonim dengan Roadshow jelajah satu Malaysia mendekatkan peminat dengan produk berkualiti yang cukup padat dengan fungsi yang cukup kompleks.

I'm ......


Bertemakan, “I AM PRECIOUS MOMENTS’ menjanjikan momen indah bersama keluarga untuk memupuk anda potretkan kenangan keluarga menggunakan Nikon DSLR.

Selain daripada itu, produk lain yang terut menjadi perhatian ialah Nikon Coolpix P600. Pelbagai fungsi dan warna serta memudahkan anda untuk menangkap gambar selfie bersama keluarga.

- Sumber: Astro Publication

Penyanyi wanita bertudung paling bergaya di Malaysia

Revolusi muzik di Malaysia juga dilihat berada pada satu fasa yang melangkah setapak ke hadapan. Penampilan seorang artis juga melambangkan imej muzik seseorang . Hari ini InTrend senaraikan penyanyi wanita bertudung paling digemari. 

Dato Siti Nurhaliza

Penyayi no 1 Malaysia ini mula bertudung sepenuhnya pada awal tahun 2013. Bukan sahaja lagu dan suaranya menjadi dambaan semua rakyat jelata, personaliti manja dan fesyen tudungnya sering menjadi ikutan. Berkolaberasi dengan beberapa nama fesyen terkemuka menghasilkan koleksi eksklusif tudung menjadi fenomena suatu masa dulu. 

Yuna

Gaya turban merupakan trademark penyanyi ini. Boleh dikatakan Yuna merupakan trendsetter baru remaja bertudung untuk kelihatan bergaya. Tidak pernah gagal dalam bergaya kini Yuna menempa nama ke peringkat antarabangsa. 

Najwa latif

Agak lama selebriti ini senyap, mungkin kala ini dirinya sibuk dengan jadual pembelajaran kolej yang padat. Biar apapun, Najwa Latif kekal menjadi pilihan golongan remaja yang minat dengan lagu dan suara chic! penyanyi muda ini. Biar fesyennya sering dikritik oleh peminat fesyen, dirinya tenang dan terus mendaki menggapai awan. 

Heliza Helmi

Selebriti bermata galak ini bukan sahaja miliki bakat dalam nyanyian malah bijak dalam berkata-kata. Ramai golongan universiti khususnya meminati gaya Heliza. Mungkin kerana penampilan gaya ringkas yang dipotret kan oleh Heliza merupakan citarasa masyarakat kini. Paduan gaya baju potongan “A” shape sering dipadankan dan menjadi ikutan wanita muslimah 

Shila Amzah

Biar dipalit pelbagai kontroversi berkaitan hubungan cinta dan juga kariernya. Shila Amzah masih bertakhta di hati peminat di Malaysia. Biar gaya tudung yang tidak pernah menjadi ikutan fesyen, Shila Amzah masih mengekalkan suara dan karya lagu yang menjadi siulan di corong radio. Menggapai awan dalam kerjayanya, kini Shila Amzah Berjaya di negara China mengejar cita-cita. 

Alyah 

Selebriti berpengalaman ini bukan sahaja cantik malah gayanya sering menjadi perhatian. Ramai yang menamakan Alyah sebagai fashionista muslimah. Malah gaya Alyah juga pernah dikritik oleh peminat fesyen. Secara keseluruhan Alyah kelihatan versatil, lontaran vokal yang hebat dan paduan gaya yang memukau menjadikan Alyah seorang selebriti berpengalaman yang paling diminati.

- Sumber: Astro Publication

Imigresen tahan 181 PATI di Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS: Sebanyak 181 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan atas pelbagai kesalahan dalam 'Ops Gempak dan Mesra' di tujuh lokasi berasingan sekitar Cameron Highlands hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Bahagian Kawalan, Datuk Sakib Kusmi berkata tujuh lokasi itu ialah di Ringlet, Lembah Bertam, Tanah Rata, Brinchang, Kampung Raja, Tringkap dan Kuala Terla.

Beliau berkata operasi itu adalah yang pertama dijalankan untuk menahan dan menangkap PATI di sekitar daerah berkenaan berikutan jumlahnya yang semakin meningkat dan membimbangkan.

"Dalam operasi itu, banyak 581 warga asing diperiksa dan daripada jumlah itu, hanya 181 ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada warga Vietnam, Sri Lanka, Thailand, Indonesia, India, Myanmar, Nepal dan Bangladesh," katanya kepada pemberita di Tanah Rata, di sini.

Sakib berkata dalam operasi kali ini, pihaknya memberi tumpuan menahan PATI yang berniaga di tepi jalan, premis makanan dan lain-lain.

"Pada masa ini, imigresen tidak menangkap PATI yang bekerja di kawasan perladangan dan pertanian kerana masih lagi dalam pemantauan," katanya.

Beliau berkata PATI yang ditahan itu akan dibawa ke Terengganu dan ditempatkan di depot yang ditetapkan untuk siasatan lanjut.

Pada masa sama, Sakib berkata pihaknya tidak dapat mengesan majikan yang menggaji pekerja mereka secara haram.

"Sehubungan itu, imigresen telah mengambil maklumat pendaftaran syarikat majikan dan kita akan buat tindakan susulan dengan majikan berkenaan," katanya.

Sementara itu, katanya statistik pekerja warga asing, yang memiliki dokumen sah, di pusat peranginan itu sehingga bulan lepas adalah sebanyak 11,016 orang.

Menurutnya, mereka bekerja dalam sektor seperti pertaninan, perkhidmatan, perladangan, pembinaan dan pembuatan.

Operasi yang dijalankan bermula 12 tengah hari tadi di tujuh daerah itu, melibatkan sebanyak 369 pegawai dan anggota imigresen. 

- Sumber: Bernama

Firman juara Akademi Fantasia 2014

Pemenang AF2014 (dari kiri) Ewal yang menduduki tempat ketiga, juara Firman dan naib juara Aman dengan trofi masing-masing

Seperti jangkaan ramai, seorang lagi pelajar lelaki berjaya menjulang trofi kemenangan pertandingan realiti Akademi Fantasia 2014 (AF2014) musim ini.

Kemenangan 'rocker' Firman dari Sabah ini menepati ramalan ramai apabila berjaya memukau penonton dengan dua persembahannya sekaligus dinobatkan juara bagi AF2014.

Pada persembahan pertamanya, Firman, 21 mendapat tepukan gemuruh dari penonton yang hadir sebaik sahaja habis mengalunkan lagu 'Kejoraku Bersatu' yang pernah dipopularkan oleh penyanyi rock tersohor, Amy Search.

Dengan range vokal rock unik yang dimilikinya, Firman atau nama sebenarnya Mohd Firman Bansir kemudian membawakan lagu genre rock & roll, hasil ciptaan penuh 'sifu' Datuk Dr. M.Nasir berjudul, 'Di Pintumu'.

Apabila M.Nasir yang turut berada di auditorium tersenyum lebar ketika Firman mendendangkan lagu itu dengan gitar akustik, peminat fanatik sudah tahu pelajar itu berjaya mendendangkannya dengan baik.

Kejayaan Firman sememangnya sudah dijangka apabila berjaya membawa kedua-dua lagu tersebut dengan baik sekali pada malam konsert final yang berlangsung selama tiga jam di Majlis Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Shah Alam.

Juri tetap, Datuk Ramli MS dalam konsert mingguan selama sebelum ini pernah mengatakan tona suara yang dimiliki Firman mempunyai nada frekuensi yang unik.

Lagenda rock Amy Search yang turut hadir sebagi juri jemputan turut mengakui kehebatan Firman di pentas gah AF.

Peserta yang sering mendapat teguran juri Razman Abd Aziz atau Aman, yang berasal dari Melaka memeranjatkan semua dengan kejayaannya dinobatkan Naib Juara.

Persembahan pertama Aman, 21 dengan lagu 'Mewangi' dendangan asal bekas pelajar AF, Akim kedengaran sedikit mendatar, juri tetap kedua, Raja Azura mengingatkan Aman agar membuat yang lebih baik pada persembahan kedua.

Seperti disuntik semangat baru, Aman tampil lebih selesa dengan vokal yang agak baik apabila mengalunkan lagu sendiri ciptaan Awi Rafael berjudul, 'Without You' menjadi persembahan terakhirnya di pentas AF2014.

Sementara itu, peserta yang bernama Ewal yang merupakan anak kepada Mel Wings merangkul tempat ketiga walaupun dia dilihat adalah di antara peserta yang mempunyai penyokong teramai.

Ewal atau nama penuhnya Ikhwal Hafiz Ismail berjaya mengalunkan lagu ciptaan DJ Fuzz - 'Kembalilah Semula' dengan merdu sekali, malah Ramli turut memberi komen bahawa Ewal sudah bersedia untk melangkah ke alam penyanyi profesional.

Selain lagu sendiri, Ewal, 22 turut mendendangkan lagu Matahari nyanyian bekas juara AF, Hafiz.

Manakala, pelajar 'favourite' AF2014 Nuha hanya berjaya mendapat tempat ke empat.

Inilah relaliti yang harus dihadapi oleh para peserta AF2014 apabila undian talian menjadi penentu kedudukan mereka.

Namun Nuha atau nama sebenarnya Syamila Nuhair, 21 perlu akur dengan kedudukan tersebut kerana persembahan pada malam final kelihatan sedikit mengecewakan.

Dengan mendedangkan lagu ciptaannya sendiri, Nuha gagal membawa penonton terhibur dengan lagu 'Pertama Kali' yang didengari kurang catchy' dengan susunan muzik yang dibuat.

Walaubagaimanapun, vokal Nuha terserlah apabila menyanyikan semula lagu dendangan Ning Baizura, Shila Hamzah dan Jaclyn Victor iaitu 'Beribu Sesalan', namun sedikit terganggu apabila Nuha gagal mengingati bait-bait lirik di beberapa bahagian lagu tersebut.

Adel yang menyanyikan lagu 'I Have Nothing' oleh Whitney Houston dengan baik pada persembahannya yang pertama sekadar berpuas hati apabila berada di tempat kelima pada final AF2014.

Adel juga merupakan peserta yang dipilih oleh tenaga pengajar AF2014 pada AF Serap turut membawakan lagunya sendiri yang bertajuk 'Hati' ciptaan Kunci Demak.

Penyanyi Dayang Nurfaezah, Ning, Mas Idayu, Bunkface dan kumpulan Pita Hati diundang memeriahkan konsert akhir AF2014.

Pada akhir konsert kesemua 12 peserta dan tenaga pengajar AF2014 telah naik ke pentas menyanyikan lagu 'Mulanya Di Sini' berduet bersama pengetua AF tahun ini, Datuk Hattan.

Konsert akhir AF2014 telah berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam pada Ahad dan diacarakan bersama oleh Zizan Razak, Faizal Ismail dan Jihan Muse. 

'Saya tidak pernah guna bahan larangan untuk capai kejayaan' - Chong Wei

Pemain nombor satu dunia itu mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya atas sokongan tidak terbelah bahagi pada masa sukar ketika itu.

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menegaskan bahawa beliau tidak pernah menggunakan bahan larangan sebagai jalan pintas untuk mencapai pelbagai kejuaraan di dalam mahupun di luar negara.

Pemain nombor satu dunia itu, yang disahkan positif dalam sampel B ujian antidoping Jumaat lepas kerana menggunakan bahan terlarang jenis 'dexamethasone', mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya atas sokongan tidak berbelah bahagi pada masa sukar ketika ini.

"Ada begitu banyak persoalan yang tidak dijawab dan saya harap untuk membersihkan nama saya dalam masa terdekat. Saya tidak sama sekali menipu atau bergantung kepada bahan-bahan larangan," katanya di laman sosial Facebooknya hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz menggesa pihak-pihak tertentu supaya tidak membuat sebarang ulasan lanjut sehingga panel pendengaran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) membuat keputusan kes Chong Wei itu.

"Adalah amat tidak sesuai untuk membuat ulasan lanjut dengan tidak menghormati prosedur BWF dan tindakan ini mungkin akan menjejaskan peluang atlet kita dalam proses sebutan kes.

"Saya benar-benar memahami dan menghormati keinginan masyarakat untuk dimaklumkan tetapi untuk mengimbangi antara keperluan dan keperluan kritikal bagi mengekalkan integriti siasatan terperinci yang dijalankan adalah perkara yang amat penting," kata Dr Ramlan dalam kenyataan di laman Facebook ISN hari ini.

Beliau berkata adalah penting bagi orang ramai menghormati privasi atlet dalam berdepan dengan cabaran besar kepada nama baik dan reputasinya.

Dr Ramlan meminta pihak-pihak tertentu tidak menyalahkan ISN secara langsung atas kegagalan mereka mengawasi sejarah pengambilan ubat oleh Chong Wei.

"Kami tidak merasa terdorong untuk memartabatkan sungutan yang negatif, tidak bertanggungjawab dan tidak produktif dengan sebarang respons kepada mereka pada ketika ini. Kami lebih rela untuk menumpukan usaha bagi terus membantu atlet kita dalam masa yang penuh sukar ini," katanya.

"Kami akan melakukannya dengan baik untuk menyokong atlet itu yang telah memberikan banyak kegembiraan kepada kita semua dengan hasil pencapaian selama bertahun-tahun.

Lebih baik kami berdiri di belakangnya dan sabar menunggu proses ini diselesaikan dengan kebanyakkan persoalan jika tidak semua akan dijawab," kata Dr Ramlan.

Chong Wei berdepan penggantungan selama dua tahun oleh Agensi Antidoping Dunia (WADA) namun akan diberi peluang membela diri apabila Jawatankuasa Panel Pendengaran BWF melakukan siasatan dalam usaha mengurangkan hukumannya.

- Sumber: Bernama

Zalif Sidek kena samun

Zalif Sidek

TAHUN ini agak malang bagi segelintir selebriti tempatan apabila mereka menjadi mangsa samun golongan tidak bertanggungjawab.

Selain Noryn Aziz, Eja dan pengarah Mamat Khalid, pelakon kelahiran Metrowealth International Group (MIG), Zalif Sidek juga tidak terkecuali menjadi mangsa.

Disamun ketika berada di pusat membeli-belah The Curve, Damansara malam Rabu lalu, bintang filem Papa I Love U ini kerugian hampir RM1,000. Zalif sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan ini merupakan kali pertama dia berhadapan kejadian malang itu.

"Saya agak trauma dengan kejadian tersebut. Ia merupakan pengajaran kepada saya supaya lebih berhati-hati selepas ini.

"Malah saya juga ingatkan rakan artis supaya berwaspada dengan sesiapa sahaja yang mahu mendekati mereka, bimbang akan mengalami nasib yang sama seperti saya," katanya.

Mengimbau kejadian tersebut, Zalif memberitahu, selepas mengeluarkan wang di sebuah mesin juruwang automatik (ATM) di pusat membeli-belah tersebut, dia perasan seperti diekori seseorang.

"Sewaktu saya masuk ke sebuah butik, ada individu menyapa saya dan meminta bergambar bersama. Saya sangka dia hanyalah peminat biasa. Tetapi ketika mahu membayar, barulah saya sedar dompet saya telah hilang," katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

Matahari Terbit Lagi dan Tanda Putera ungguli ASK18


DRAMA Matahari Terbit Lagi terbitan Al-Hidayah Production Sdn Bhd, produksi milik pelakon Asyraf Muslim berjaya mengungguli Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) menerusi kemenangan lima trofi.

Matahari Terbit Lagi tersebut memenangi kategori utama iaitu Drama Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Drama Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Videografi Terbaik pada malam kemuncak yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, kelmarin.

Diarahkan oleh Azeli Mohammad, drama terbabit diterajui oleh pelakon Anuar Chew Abdullah, Syed Ali, Mubarak Majid, Mimi Ernida dan Shawal Ruslan, menewaskan drama lain seperti Balqis, Olong, Rumah Buat Ibuku dan Walau Siapa Pun Aku.

Asyraf yang ditemui sebaik berakhirnya ASK2014 semalam mengakui terkejut, namun bersyukur dengan kemenangan yang diperoleh produksinya.

"Alhamdulillah, bagi saya ini satu penghargaan yang dah lama saya tunggu biarpun produksi saya kira masih muda dalam industri.

"Apatah lagi, drama-drama yang saya terbitkan berlainan genrenya dengan produksi lain dan ternyata percubaan kami berhasil.

"Insya Allah kemenangan ini akan menjadi satu permulaan baru buat produksi kami menghasilkan karya yang lebih baik selepas ini," katanya.

Dalam pada itu bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Drama dimenangi oleh Namron menerusi lakonan cemerlangnya dalam Balqis.

Manakala Nabila Huda membuat kejutan apabila memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Drama menewaskan calon-calon seperti Didie Alias, Fauziah Nawi, Izreen Azminda dan ElFaeza.

Sementara itu, filem terbitan Pesona Pictures, Tanda Putera dinobatkan sebagai Filem Terbaik. Filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba yang dibintangi oleh Rusdi Ramli, Faezah Elai dan Linda Hashim.

Shuhaimi Baba juga turut diumumkan sebagai Pengarah Terbaik Filem. Manakala Zizan Nin turut memenangi kategori Pelakon Pembantu Terbaik Filem.

"Sejujurnya saya tidak jangka sebarang kemenangan kecuali kategori Pelakon Pembantu Terbaik Filem kerana saya memang mahu Zizan menang selepas lakonan yang berkesan dalam filem berkenaan.

"Tapi Alhamdulillah selepas segala dugaan yang kami lalui sebelum ini, juri mengiktiraf filem ini, hasil kerja saya dan saya rasa amat bersyukur," katanya.

Dalam pada itu, bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem dimenangi oleh Natasha Hudson (Lemak Kampung Pandan).

Manakala Sharifah Amani dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi lakonan cemerlangnya dalam Psiko Pencuri Hati dan Namron juga telah memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem yang sama.

Kesemua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan menerima sebuah trofi.

ASK 2014 pada tahun ini mengangkat tema prestij dan angun dan siaran langsung itu dihoskan oleh Fahrin Ahmad bersama Fara Fauzana, Zul Ariffin, Fiza Sabjahan, Amyra Rosli, dan Tasha Shilla.

Persembahan pada malam itu diserikan oleh Hafiz Suip, Black, Lan Typewriter, Nora Danish, Fathia Latif, Aziz M.Osman, Ruminah Sidek dan Erma Fatimah.

Secara keseluruhan, ASK 2014 mempertandingkan sebanyak 31 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman.

- Sumber: Sinar Harian 

Senarai pemenang Anugerah Skrin 2014

ASK 2014 pada tahun ini mengangkat tema prestij dan angun dan siaran langsung itu dihoskan oleh Fahrin Ahmad bersama Fara Fauzana, Zul Ariffin, Fiza Sabjahan, Amyra Rosli, dan Tasha Shilla.

Persembahan pada malam itu diserikan oleh Hafiz Suip, Black, Lan Typewriter, Nora Danish, Fathia Latif, Aziz M.Osman, Ruminah Sidek dan Erma Fatimah.

Secara keseluruhan, ASK 2014 mempertandingkan sebanyak 31 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman. Berikut adalah senarai pemenang:

KATEGORI FILEM
Filem Terbaik - Tanda Putera
Pengarah Terbaik Filem - Datuk Paduka Shuhaimi Baba (Tanda Putera)
Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Bront Palarae (Psiko Pencuri Hati)
Pelakon Wanita Terbaik Filem - Sharifah Amani (Psiko Pencuri Hati)
Lakon Layar Terbaik Filem - Hans Isaac (Lemak Kampung Santan)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Zizan Nin (Tanda Putera)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem - Natasha Hudson (Lemak Kampung Santan)

KATEGORI DRAMA
Pengarah Terbaik - Azeli Mohammad (Matahari Terbit Lagi)
Pelakon Lelaki Terbaik - Anuar Chew Abdullah (Matahari Terbit Lagi)
Pelakon Wanita Terbaik - Puteri Balqis (Balqis)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Nabila Huda (Balqis)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Namron (Psiko Pencuri Hati)
Lakon TV Terbaik - Eenaz Mokhtar (Matahari Terbit Lagi)
Drama Rantaian Terbaik - Ummi (Filmscape Production Sdn Bhd)
Drama Terbaik - Matahari Terbit Lagi (Al Hidayah Production Sdn Bhd)
Drama Komedi Terbaik - Nasi Ayam Duda (Cinematic Sdn Bhd)
Videografi Terbaik Drama - Mohammad b. Mohd Rameli (Matahari Terbit Lagi)

KATEGORI PENERBITAN DALAMAN
Rancangan Anugerah Terbaik – Anugerah Juara Lagu 28 (TV3)
Rancangan Realiti Terbaik – Bintang Mencari Bintang Musim Ke-2 (TV3)
Rancangan Hiburan Terbaik – Rockestra (TV9)
Laporan Khas/ Berita Terbaik – Buletin Utama : Kuda Kelate (TV3)
Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik – Dengan Basikal Aku Menjelajah : Cahaya Misteri Aurora Borealis (TV Al-Hijrah)
Rancangan Bual Bicara Terbaik – Malaysia Hari Ini : Misi Mencari MH 370 (TV3)

KATEGORI TEKNIKAL
Videografi Terbaik - Self Made (8TV)
Suntingan Terbaik - Self Made (8TV)
Penataan Cahaya Terbaik Rancangan Siaran Langsung - Shout Award 2013 (8TV)
Penataan Bunyi Terbaik Rancangan Siaran Langsung - The Ultimate Song : Grand Finale (8TV)
Rekabentuk Set Terbaik - Anugerah Juara Lagu 28 (TV3)
Montaj Terbaik - Anugerah Juara Lagu 28 (TV3)

-- Sumber: Sinar Harian 

SPRM beri 12 syor elak tragedi Lembah Bertam berulang


SPRM beri 12 syor elak tragedi Lembah Bertam berulang

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan kerajaan negeri Pahang mengkaji semula dasar pemberian Lesen Pendudukan Sementara (LPS) bagi tujuan menyekat penerokaan tanah kerajaan secara haram di Cameron Highlands.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, ia merupakan antara 12 syor termasuk mengelakkan pembinaan bangunan kekal di atas tanah LPS serta menguatkuasakan Akta Pemuliharaan Tanah 1960/Enakmen Pahang No 13 (denda dan penalti lebih berat) untuk mengelakkan tragedi di Lembah Bertam berulang.

"Selain itu, kerajaan negeri perlu menentukan dasar yang jelas berhubung pembangunan tanah tinggi bagi memudahkan hala tuju penguatkuasaan dan pentadbiran tanah di sana.

"Mereka juga perlu mewujudkan dasar kawalan kemasukan dan pengesanan pekerja asing, khusus di Cameron Highlands, supaya pembukaan kawasan pertanian secara haram dapat dibendung," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Pada Rabu, kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Lembah Bertam di Cameron Highlands mengakibatkan lima meninggal dunia dan lima lagi cedera.

Dalam pada itu, kata Mustafar, kerajaan negeri juga perlu mewujudkan keperluan kepada dua bidang kuasa berasingan antara Majlis Daerah Cameron Highlands dan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands bagi mengelakkan pertindihan bidang kuasa.

"Mereka juga boleh mewarta dan menanda halus sempadan Hutan Simpanan Kekal (HSK) dengan jelas. Penandaan semula amat perlu bagi tujuan penyelenggaraan persempadanan HSK yang kritikal.

"Selain itu, mereka perlu menanda halus sempadan Rancangan Penempatan Semula (RPS) dengan jelas. Mengehadkan kawasan tanaman pindah kepada masyarakat Orang Asli dalam kawasan RPS sahaja atau mewujudkan zon bercucuk tanam khusus kepada mereka," jelasnya.

Mustafar turut mengesyorkan kerajaan negeri mewujudkan Task Force(pasukan petugas) bagi tujuan penguatkuasaan yang berkesan.

"Mereka juga perlu mensyaratkan penandaan sempadan secara kekal dan pemasangan papan tanda tanah LPS bagi memudahkan penguatkuasaan dan meningkatkan ketelusan.

"Kejadian itu boleh dielak dengan menilai semula sistem dan prosedur penguatkuasaan bagi meningkatkan keberkesanan operasi dan memperkemaskan pelaksanaan penguatkuasaan Seksyen 425 dan 426 Kanun Tanah Negara serta mengenakan syarat-syarat baru LPS jika perlu," ujarnya.

Tambahnya, kerajaan negeri harus melaksanakan tindakan pentadbiran yang bersesuaian bagi melicinkan pengurusan dan penguatkuasaan penerokaan haram seperti mengehadkan penggunaan jentera berat berantai.

Katanya, ia termasuk memantau kebanjiran pekerja asing ke Cameron Highlands dan meningkatkan operasi penguatkuasaan pada hujung minggu dan cuti umum. 

"Mereka boleh mewujudkan Sistem Pengesahan bagi menghindari dakwaan yang melibatkan anggota kerabat, ahli politik dan pegawai tinggi kerajaan dengan mana-mana pihak yang mendakwa mempunyai hubungan dalam apa-apa urusan bagi menjaga nama baik pihak berkenaan.

"Selain itu, sistem aduan yang berfungsi sebagai satu mekanisme kepada mana-mana pihak menyalurkan aduan, laporan dan maklumat berhubung kegiatan menyalahi undang-undang, peraturan dan salah laku perlu diwujudkan.

Ujarnya, tindakan ke atas sesuatu aduan perlu dilakukan dengan cepat dan tegas.

Dalam pada itu, kata Mustafar, hasil pemeriksaan yang dijalankan telah mengenal pasti 10 isu yang memerlukan tindakan segera semua pihak.

"Antaranya isu penerokaan tanah kerajaaan secara haram dan lebih usaha tanah LPS di Cameron Highlands dan tidak tertumpu di satu kawasan sahaja.

"Dasar kerajaan negeri di bawah Rancangan Tempatan Cameron Highlands mengiktiraf Cameron Highlands sebagai special management area (Akta Pemuliharaan Tanah 1960), yang membenarkan aktiviti pertanian, agro dan ekotourism, tetapi tidak membataskan had keluasan tertentu untuk aktiviti dan kaedah pertanian.

"Selain itu, turut wujud kontraktor ‘kilat’ yang terdiri daripada warga tempatan dan pendatang asing beroperasi pada hujung minggu dan cuti umum bagi mengelakkan kerja-kerja teroka haram dikesan pihak berkuasa," jelasnya.

Jelasnya, SPRM turut menerima laporan dan maklumat berkaitan dakwaan wujudnya jenayah rasuah di sebalik isu penerokaan haram di Cameron Highlands.

Katanya, maklumat terbaru diterima pada 5 November lalu berkaitan kebanjiran pekerja asing.

Tegas Mustafar, SPRM pada tahun lepas juga mendakwa seorang peneroka haram yang cuba memberi sogokan RM20,000 kepada pegawai Pejabat Tanah dan Daerah Cameron Highlands.

- Sumber: Media Statement (disiarkan di Astro Awani)

Nikah gantung, Iqram Dinzly kini bergelar suami?

Perkongsian itu mendapat lebih 4,000 likes, 174 komen serta ucapan tahniah daripada pengikut Iqram.

Pelakon Iqram Dinzly pada Sabtu, telah mengejutkan ramai pihak apabila dia memuat naik beberapa keping foto pernikahannya dengan seorang gadis.

Menerusi foto yang dikongsi di akaun Instagramnya itu, ada beberapa hashtag (#) yang digunakan bersama kapsyen yang ditulis Iqram.

Pelakon berusia 32 tahun itu telah menulis kapsyen, “Alhamdulillah.. Dengan sekali lafaz. #aamiiiin *maafkandakuatasrahsiaini,jangan jadikaniadendamsemalamitu. #married #nikahgantung #miracle”.

Foto tersebut menunjukkan tangan Iqram sedang dicium oleh seorang wanita di hadapan sebuah pelamin.

Perkongsian tersebut telah mendapat lebih 4 ribu likes, 174 komen (ketika artikel ini ditulis) serta ucapan tahniah daripada pengikut Iqram yang kebanyakannya terkejut dengan berita pernikahan tersebut.

Bagaimanapun, dua jam selepas itu Iqram memuat naik sekeping lagi foto dia dan ‘isteri’ bersama ibu dan bapa mertua serta ‘iparnya’.

Pada foto tersebut Iqram telah meletakkan kapsyen “Bergambar kenangan dengan mentua & ipar , selepas sah #dendamsemalam #azalea”.

Akhirnya debaran para peminat terjawab apabila melihat pada (#) digunakan Iqram dan selepas diamati dengan teliti, wanita bertuah yang ‘dikahwininya’ itu ialah pendatang baru Adibah Yunus, mertuanya pelakon Kuza dan Esma Daniel manakala iparnya pula Azwan Kombos.

Rupanya-rupanya foto tersebut merupakan salah satu adegan dalam drama berjudul ‘Dendam Semalam’ yang akan ditayangkan di slot televisyen tempatan. 

- Sumber: Astro Gempak

Swansea complete 2 - 1 win over Arsenal

Premier League, Liberty Stadium - Swansea 2 (Sigurdsson 75', Gomis 78') Arsenal 1 (Sanchez 63')

Arsenal conceded two goals in three manic minutes as Swansea came from behind to complete a rousing 2-1 win at the Liberty Stadium. 

Garry Monk's side moved above Arsenal into fifth place in the Premier League table courtesy of a delightful free-kick from Gylfi Sigurdsson on 75 minutes and an expert header from Bafetimbi Gomis on 78 minutes only seconds after he had replaced Wilfried Bony. 

Arsenal moved ahead courtesy of the almost obligatory goal from Alexis Sanchez on 63 minutes when he swept home a Danny Welbeck cross on the counter attack, but they again flattered to deceive. 

Having blown a 3-0 lead in drawing 3-3 with Anderlecht in the Champions League in midweek, questions will again rightly be asked about the defensive shortcomings that continue to blight Arsene Wenger's side. 

Swansea won't care much. They have made their best start to a Premier League season having amassed 18 points from 11 games with Arsenal one point worse off in sixth spot.

- Source: Eurosport 

Isu doping: Dexamethasone daripada klinik pakar swasta



KHAIRY: Beliau menjalani rawatan 'stem cell' yang tidak dibuat ISN, tetapi dibuat di klinik swasta.

KUALA LUMPUR: Bahan terlarang 'Dexamethasone' yang diuji positif ke atas seorang pemain badminton kebangsaan bukan daripada Institut Sukan Negara (ISN).

Sebaliknya, jelas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, bahan yang digunakan untuk memulihkan kecederaan pemain badminton tersohor itu diterima daripada sebuah klinik pakar swasta.

Jelas Khairy, ISN telah merujuk pemain berkenaan untuk mendapatkan rawatan lanjut di klinik berkenaan.

"Beliau menjalani rawatan 'stem cell' yang tidak dibuat ISN, tetapi dibuat di klinik swasta. Beliau diberi suntikan Dexamethasone di klinik swasta tersebut yang juga merupakan klinik swasta sukan."

"Dexamethasone adalah ubat dibenarkan di luar pertandingan. Ramai atlet yang menggunakannya di luar pertandingan untuk tujuan rawatan.

"Dalam tempoh 10 hari sepatutnya ia keluar daripada badan atlet tersebut, tetapi kita tidak tahu kenapa bahan itu masih tersangkut dalam badan dia," kata Khairy ketika ditemui pemberita di Karnival Genexter 2014 di Putrajaya.

Ketika ini, katanya, persediaan sedang dibuat sementara menunggu proses pendengaran daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

"Kami masih menunggu sesi pendengaran dengan BWF. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku. Kita hanya boleh membuat persediaan," ulas Khairy.

Walaupun Persatuan Badminton Malaysia (BAM) enggan menamakan atlet terbabit, ikon sukan badminton dunia Datuk Lee Chong Wei disebut-sebut sebagai atlet yang dimaksudkan.

Beliau bakal berdepan hukuman gantung dua tahun oleh Agensi Antidoping Dunia (WADA) sekiranya gagal dalam rayuannya dengan BWF.

Jaguh badminton negara itu disahkan positif Dexamethasone dalam ujian sampel B yang dilakukan di Hospital Universiti Olso, Norway, Rabu lepas.

- Sumber: Astro Awani

Mercedes-Benz GLA-Class SUV launched in Malaysia – from RM238,888


Mercedes-Benz Malaysia has officially launched the Mercedes-Benz GLA-Class in the country. The premium compact SUV, which sits on the front wheel-drive MFA platform used by the W176 A-Class (and C117 CLA-Class), arrives here in three variant guises – the baseline GLA 200, GLA 250 4 MATIC and range-topping GLA 45 AMG.

The X156 measures in at 4,417 mm in length, 1,804 mm wide and 1,494 mm tall, which doesn’t make the GLA a very large car – it’s slightly longer than the Audi Q3, but shorter than the BMW X1, its primary competitors. It’s also set to do battle with the upcoming Lexus NX when that arrives here next year.

In keeping with its go-anywhere character, the practical and flexible interior offers rear seat backrests that can be adjusted for angle, or folded down flat if required, and the boot has 421 litres of space, expandable to 836 litres, quite generous considering the car’s compact exterior dimensions. All three GLA variants feature a Load Compartment package, which allows the backrest of the rear seat unit to be moved to a steeper position and enlarges the load compartment capacity by 60 litres.


As with its shared-platform siblings, the powertrains found on the GLA are familiar – the GLA 200 features a 1.6 litre petrol turbo with 156 hp at 5,300 rpm and 250 Nm from 1,250 to 4,000 rpm, while the GLA 250 4 MATIC has a 2.0 litre petrol turbo offering 211 hp at 5,500 rpm and 350 Nm at 1,200 to 4,000 rpm. Both variants are equipped with a seven-speed 7-G DCT dual-clutch transmission.

Performance specs include a 0-100 km/h time of 8.9 seconds and a 215 km/h top speed for the GLA 200, while the GLA 250 does the century sprint in 7.1 seconds and gets to a higher maximum speed of 230 km/h.

The GLA 45 AMG‘s engine is the same found on the A 45 AMG and the CLA 45 AMG, no surprises here – as in the other applications, the AMG 2.0 litre twin-scroll M133 produces 360 hp at 6,000 rpm and 450 Nm of torque at 2,250 to 5,000 rpm, and the mill is paired with a seven-speed AMG Speedshift DCT transmission.


Global lines for the regulation GLA are Style, Urban, AMG and Exclusive exterior/interior lines – Malaysia gets two lines, Urban for the GLA 200 and an AMG Line (with a Night package) for the GLA 250. The GLA 250, as its 4 MATIC suffix suggests, is equipped with the maker’s all-wheel drive system, which has fully variable torque distribution.

In terms of kit, here’s what the cars get, starting with the GLA 200. The variant sits on 18-inch twin-spoke alloys and an off-road comfort suspension that raises ride height by 30mm as standard. External design elements include a radiator grille with silver-painted louvres and chrome inserts as well as an integrated two-pipe exhaust system with chrome plated tips. The front and rear bumpers, meanwhile, have a simulated under guard finished in dark chrome.

Standard equipment and features include bi-xenon headlamps, cruise control, Thermatic automatic climate control, reverse camera, an Audio 20 CD system, velour floor mats, Active Parking Assist and Eco Start/Stop. Safety kit, meanwhile, includes Collision Prevention Assist, Pre-Safe, Attention Assist, the same as found on the GLA 250.


The interior is shod with Artico/fabric leather upholstery and light aluminium trim, and the Urban package brings silver chrome to the air vent surrounds/cruciform nozzle and a three-spoke leather steering wheel into the equation.

As for the GLA 250 4 MATIC, this one gets dressed with 19-inch five-spoke AMG alloys and an AMG bodykit (and AMG floor mats) as part of the AMG Line package, and the Night package adds on side mirror housings, roof rails and waistline trim strips in black, the latter two in high gloss.

The 250 also gets a sports suspension, which lowers the ride by 15 mm at the front axle and 10 mm at the rear axle, and a Dynamic Handling package. The 4 MATIC also has an Off-Road package – nothing to do with ride height in this case, but rather DSR (Downhill Speed Regulation) and an off-road transmission mode.


The former assists the driver on demanding downhill stretches by maintaining a slow, manually selected vehicle speed within the physical limits, and the latter – engaged through a switch – modifies the shift points and accelerator characteristics for light off-road terrain use.

Equipment-wise, the 250’s bi-xenons are Intelligent Light System units (with Adaptive Highbeam Assist), and the interior is dressed with Artico/Dinamica microfiber uphosltery – otherwise, kit is essentially the same as the GLA 200, with an Audio 20 CD system, cruise control, Thermatic auto climate control and Active Parking Assist.

The GLA 45 AMG gets an AMG Night package as well as an AMG aerodynamics package, and sits on 20-inch AMG 10-spoke light alloy wheels. The Edition 1 version, which is what we’re getting, adds on a larger front splitter, additional flics in the front apron, and a rear aerofoil.

It also gets silver grey/red AMG racing stripes on the vehicle sides, complemented by red highlights on radiator grille, exterior mirrors, diffuser insert and rear aerofoil. The brake calipers are red painted too, and the multi-spoke AMG light alloy wheels are painted matte black, with red rim flanges.

Standard fit items include Artico/Dinamica microfiber upholstery, a Harman Kardon Logic 7 surround system, Thermotronic auto climate control and illuminated door sills.

Pricing for the GLA-Class variants are:

  • RM238,888 for the GLA 200
  • RM268,888 for the GLA 250
  • RM378,888 for the GLA 45 AMG, all on-the-road without insurance. 
Comparatively, the CLA 200 and CLA 45 AMG are priced at RM235,888 and RM392,888 respectively – the latter is notable, which makes the GLA 45 AMG much better value than its CLA sibling.

- Source: paultan.org