Thursday, 31 July 2014

KDN nafi dakwaan Malaysia tempat latihan Hamas

Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Wan Junaidi Tuanku Jaafar

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan dakwaan sebuah portal berita Israel kononnya Malaysia adalah tempat latihan untuk pejuang Hamas di Palestin.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Malaysia tidak pernah menganjur sebarang latihan ketenteraan untuk mana-mana pihak selain dari negara-negara yang mempunyai perjanjian secara formal.

"KDN tidak pernah melatih mana-mana pejuang dari Hamas secara sulit melainkan ada program latihan di kalangan negara-negara yang mempunyai perjanjian secara formal dengan kita," katanya kepada Bernama di sini hari ini. 

Beliau berkata laporan yang tidak berasas itu mempunyai niat jahat bagi memburukkan imej negara di mata dunia.

Sebuah akhbar dalam talian The Jerusalem Post semalam memetik kononnya seorang anggota Hamas Cell mengakui Malaysia adalah tempat latihan menyeludup dan membuat serangan sempadan negara dengan menggunakan payung terjun.

Laporan itu juga memetik kononnya anggota Hamas terbabit memberitahu Agensi Keselamatan Israel (Shin Bet) bahawa mereka turut dilatih mengenai cara menculik anggota tentera dan ia adalah sebahagian persiapan Hamas untuk menentang serangan darat pasukan Pertahanan Israel (IDF) di Semenanjung Gaza. 

Wan Junaidi berkata berita tidak sahih itu disifatkan sebagai satu dakyah jahat Shin Bet ekoran Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin dan mengutuk kekejaman Israel di Gaza.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut. - Bernama

'Pejuang Hamas dilatih di Malaysia'

Gambar fail pejuang Hamas

KUALA LUMPUR: Seorang pejuang Hamas yang ditahan Israel mendedahkan dia menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan menggunakan payung terjun berkuasa, menurut satu laporan Jerusalem Post.

Shin Bet (Agensi Sekuriti Israel) berkata suspek tersebut merupakan seorang komander sebuah unit Hamas yang berjaya ditahan di Khan Younis.

Pejuang itu memberitahu para penyiasat bahawa latihan yang diterimanya adalah sebahagian daripada persiapan Hamas untuk menentang Israel di Semenanjung Gaza.

Pejuang itu dikatakan menyertai Hamas pada tahun 2007 dan menjadi ahli sayap ketenteraannya yang bernama Izzadin Kassam.

Dia dilaporkan ke Malaysia pada 2012, di mana dia dan sembilan anggota Hamas lain menjalani latihan menerbangkan payung terjun berkuasa.

Shin Bet berkata pejuang Hamas itu menyertai unit rizab Hamas pada tahun yang sama dan telah ditugaskan untuk operasi-operasi khas.

Pada tahun 2013, pejuang Hamas itu menyertai unit elit dan menerima senapang Kalashnikov untuk dibawa bersamanya pada setiap masa.

Dia kemudian dilatih menggunakan senapang M-16, bom tangan roket dan bom lain.

Pejuang-pejuang tersebut juga telah diajar bagaimana untuk menculik askar dan cara peperangan dalam terowong.

Shin Bet berkata pejuang Hamas itu dijadualkan untuk melatih pejuang lain dalam kemahiran pertempuran bulan ini.

Sementara itu, ketika dihubungi Astro AWANI, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Malaysia tidak pernah menyediakan tempat mahupun menawarkan sebarang latihan kepada mana-mana pejuang Hamas atau kumpulan gerakan yang berjuang di negara bergolak.

Pergerakan Hamas juga menafikan tuduhan Shin Bet bahawa Malaysia melatih anggotanya untuk melancarkan serangan rentas sempadan. - Astro Awani 

'Kami akan saman sesiapa yang kata anak kami meninggal'

fatima
Fatima Dyczynski, seorang jurutera aeroangkasa, merupakan salah seorang penumpang pesawat MH17

KUALA LUMPUR: Ibu bapa kepada salah seorang penumpang MH17 berhasrat untuk menyaman sesiapa yang berkata anak mereka telah meninggal dunia, tanpa menunjukkan sebarang bukti.

Menurut satu laporan dari The Independent yang mengungkap laporan Australian Associated Press (AAP), Dr George dan Angela Dyczynski masih percaya bahawa anak mereka, Fatima Dyczynski, seorang jurutera aeroangkasa, masih hidup.

Laporan itu berkata ibu bapa Fatima telah meminta tragedi malang itu disiasat oleh saintis pakar, terutama rakan-rakan Fatima dari sains angkasa.

"Dia adalah seorang jurutera aeroangkasa, dia seorang saintis, dia adalah orang muda dengan idea-idea baru dan perspektif baru.

"Kita mahu siasatan yang lebih saintifik dengan data yang sudah berkumpul. Ia harus bermula sekarang, bukan terpaksa tunggu berbulan-bulan," kata Dr Dyczynski yang dipetik di dalam laporan itu.

Pasangan itu berkata saintis angkasa boleh membantu mencegah kejadian seperti itu pada masa hadapan.

"Mungkin ada perspektif lain yang penting untuk disiasat. Bukan sahaja kemungkinan peluru berpandu (yang jatuhkan MH17) tetapi sesuatu yang lebih.

"Ada kemungkinan kecil ada sesuatu yang masih hidup," katanya kepada AAP.

Pasangan itu melawat tapak kemalangan di Ukraine pada hari Sabtu. - ASTRO Awani 

Google can now tell you what to see and do from your hotel

Google's voice-activated assistant can now give you restaurant suggestions near your hotel. - AFP Photo


Google has unveiled another travel-related feature that will allow mobile users to find restaurants and directions around their hotel without having to key in their location.

There is a hitch, though: For the service to work, Google will troll your Gmail account and find the hotel confirmation.

Here’s how it works: On the Google search app, tap the mic and make your request.

Users can ask questions like “Show me restaurants around my hotel” or “Give me directions to my hotel from here.”

It’s the latest travel-related feature from the search engine giant aimed at making it an indispensable tool for globetrotters.

Google Maps recently added transit information for 15,000 towns and cities around the world including public transit routes and schedules. In cities like Vancouver and Chicago, commuters can also look up real-time updates and the fastest modes of transportations.

Google also offers a flight search comparison tool and a mapping program that allows travelers to virtually visit theme parks, landmarks and iconic travel sites.

Mayat bayi dalam lubang tandas

Mayat seorang bayi perempuan tersangkut dalam lubang tandas Pasar Awam Kuala Kangsar.
Mayat seorang bayi perempuan tersangkut dalam lubang tandas Pasar Awam Kuala Kangsar.

KUALA KANGSAR - Sadis dan kejam, seorang bayi perempuan dibuang ke dalam lubang tandas Pasar Awam Kuala Kangsar sejurus selepas dilahirkan.

Lebih menyedihkan, mayat bayi malang tersebut dijumpai orang awam sehari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, ketika masuk ke dalam tandas terbabit, dia ternampak banyak darah di atas lantai.

"Pada mulanya saya nampak ada darah banyak di depan tandas. Saya ingatkan itu darah haid, tak sangka pula itu darah orang yang membuang bayi," katanya ketika ditemui di sini.

Wanita itu berkata, ketika berada dalam tandas, dia melihat satu tandas berkunci sebelum terdengar bunyi sesuatu terjatuh.

"Saya terdengar bunyi seperti ada benda jatuh dalam tandas itu disusuli orang menjirus air dengan banyak dan ada darah banyak juga," katanya.

Dia yang berkunjung ke pasar tersebut untuk membeli kelengkapan menyambut lebaran berkata, beberapa minit selepas keluar dari tandas terbabit, dia nampak orang ramai mengerumuni kemudahan awam tersebut.

Katanya, dia yang kembali meninjau keadaan di tandas itu dimaklumkan mengenai penemuan mayat bayi dalam lubang tandas di situ.

“Saya pasti kejadian yang saya lihat tadi adalah waktu ketika wanita itu sedang cuba untuk membuang bayi.

“Jika saya tahu pada waktu itu ada orang buang bayi, saya akan ketuk pintu kuat-kuat dan paksa wanita itu keluar dari tandas itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, bayi perempuan cukup sifat yang baru lahir itu dijumpai dalam tandas terbabit pada kira-kira jam 10 pagi pada 28 Julai lalu.

“Berat bayi itu mungkin dalam lingkungan tiga kilogram dan ketika dijumpai, tali pusat masih melekat pada badannya.

“Kes ini masih dalam siasatan dan kita sedang cuba untuk mengesan orang yang membuang bayi itu.
“Maklumat kes telah dimaklumkan kepada pihak hospital dan ketua kampung untuk menjejaki individu terbabit,” katanya. - Sinar Harian 

Terkulai bagai kena tembak

Abdul Rahman Endot
Abdul Rahman Endot

SIMPANG RENGGAM - Kegembiraan mengikut kumpulan marhaban bagi meraikan 1 Syawal bertukar tragedi buat Abdul Rahman Endot, 43, apabila anak kesayangannya, Mohd Hafi Rayan Abdul Rahman, 2, maut selepas terkena mercun bola dalam kejadian di Kampung Ithnin Maarof, di sini Isnin lalu.

Mangsa, Mohd Hafi Rayan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kluang, dekat sini, akibat kecederaan di dada, muka, tangan kiri dan bahagian dalaman.

Abdul Rahman berkata, dia bersama Hafi Rayan menyertai kumpulan marhaban bersama penduduk kampung berkenaan ketika kejadian kira-kira jam 12.45 tengahari.

“Sebaik memberhentikan motosikal di hadapan sebuah rumah bagi menantikan kunjungan kumpulan marhaban berkenaan, tiba-tiba sebiji bola mercun jatuh dari atas pokok dipercayai dibaling oleh seseorang meletup betul-betul di hadapan kami berdua.

“Sebaik saja mercun bola itu meletup, Hafi Rayan yang berada dalam dakapan saya terus terkulai bagaikan terkena tembakan," katanya.

Dia bagaimanapun bergegas ke Klinik Simpang Renggam untuk mendapatkan rawatan awal dan kemudian dirujuk ke Hospital Kluang,

Abdul Rahman turut mengakui sedih dengan kejadian yang menimpa anak bongsu daripada tiga beradik itu, namun reda dengan ketentuan Ilahi.

“Saya masih tidak dapat menerima kematian anak saya disebabkan kecuaian orang lain bermain mercun.

“Akibat kejadian itu, saya kini trauma setiap kali mendengar bunyi mercun dan kemungkinan menghadapi masalah pendengaran di telinga kiri," katanya.

Mengimbas kembali sebelum kejadian, Abdul Rahman berkata anaknya itu sungguh gembira apabila dapat mengikutnya marhaban.

"Namun saya tidak sangka rupa-rupanya itulah petanda dia akan meninggalkan kami buat selama-lamanya..., kehilangan Hafi Rayan amat dirasai kami sekeluarga.

"Saya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung insiden ini,” katanya.

Katanya, akibat kejadian itu, dia turut mengalami kecederaan ringan di muka, telinga dan bibir selain kerosakan di bahagian meter motosikalnya.

Sementara itu, polis akan menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari berkata, siasatan itu dijalankan walaupun pihaknya sehingga kini masih belum menerima apa-apa laporan daripada keluarga mangsa.

Menurutnya, polis tetap memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 304(b) dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana membunuh serta mengakibatkan kecederaan kepada mangsa.

“Polis sudah mengambil keterangan bapa mangsa dan beberapa saksi lain bagi bantu siasatan," katanya. - Sinar Harian 

Kenangan Aidlfitri jumpa 'kereta hantu'

Kenangan Aidlfitri jumpa 'kereta hantu'

SHAH ALAM - “Pernah ketika malam raya saya bertugas, sebuah kereta melalui lorong ‘Smart Tag’ yang saya bertugas, tetapi bila saya tengok semula tiada pun kelibat kenderaan itu.”

Demikian kata Nur Syamimi Mohd Nozri, 22, mengenai pengalamannya ketika menjalankan tugas sebagai penjaga tol ketika hari raya.

Nur Syamimi yang berpengalaman selama lebih lima tahun bertugas sebagai penjaga tol berkata, kenangan tersebut antara kenangan ngeri beliau tatkala bertugas pada hari raya.

“Saya bekerja dengan Plus sudah lima tahun...tetapi sudah tiga tahun tak balik kampung beraya dek kerana tugas.

“Sepanjang tiga tahun itu ada satu pengalaman di mana pernah satu malam raya tersebut, saya diganggu...mujurlah saya ‘cool’.

“Dalam keadaan itu saya sempat membaca ayat al-Quran dan seterusnya terus saya hubungi penyelia bertugas mohon bantuan,” katanya.

Dalam pada itu, Syamimi berkata, antara lain beliau juga pernah menyaksikan sebuah lori terlanggar papan tanda menghala ke kaunter tol ketika beliau bertugas .

“Apa apa pun nasib baik semuanya selamat,” katanya.

Sementara itu menurut Muhammad Ruzaini Anuwar, 30, beliau turut mempunyai kenangan unik ketika beraya di kaunter tol.

“Tahun ini saya tidak dapat balik beraya.

“Kenangan hari raya, saya pernah diberi lemang ketika bertugas... Alhamdulilah merasa juga saya suasana hari raya walaupun di kaunter tol,” katanya. - Sinar Harian 

Kerajaan akan uruskan mayat mangsa MH17 tanpa waris terdekat

Kerajaan buat persediaan menyambut jenazah di KLIA

KUCHING: Urusan pengkebumian mangsa nahas penerbangan MH17 Malaysia Airlines yang tidak mempunyai waris terdekat akan diuruskan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim semalam berkata, mayat mangsa nahas itu akan diuruskan mengikut adat dan agama masing-masing.

Mayat mangsa MH17 juga akan diberi penghormatan tertinggi apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di Sepang, katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya di sini.

Bagaimanapun, beliau berkata urusan membawa pulang 43 mayat rakyat Malaysia yang menjadi mangsa nahas penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine mungkin mengambil masa.

Katanya, mayat-mayat terbabit hanya akan dibawa pulang selepas segala urusan mengenal pasti identiti mayat dan forensik selesai dilakukan oleh pihak berkuasa di Amsterdam, Belanda.

Rohani berkata: "Oleh sebab itu saya memohon maaf kepada semua waris mangsa sebab saya sendiri tidak pasti bila semua mayat terbabit dapat dibawa balik ke Malaysia."

Sehubungan itu, beliau meminta keluarga mangsa bersabar kerana cara bekerja mereka di Amsterdam sangat berbeza.

"Mereka bekerja dari 9 pagi hingga 5 petang disebabkan kesatuan sekerja di negara berkenaan sangat prihatin dengan cara bekerja," kata Rohani.

Katanya, walaupun Malaysia menghantar pasukan forensiknya sendiri seramai 30 orang tetapi mereka terpaksa mematuhi cara bekerja di Belanda.

"Oleh sebab itu, ia berkemungkinan mengambil masa yang panjang daripada yang kita harapkan. Tapi yang penting kita akan dapat membawa mayat balik," katanya. - Bernama

Forrest Gump dalam format IMAX sempena ulang tahun ke-20

Forrest Gump dalam format IMAX sempena ulang tahun ke-20

Filem ikonik sepanjang zaman, Forrest Gump bakal ditayangkan semula dalam format IMAX sempena ulangtahunnya yang ke-20.

Perkara tersebut diumumkan oleh IMAX Corporations, Paramount Pictures dan Warner Bros. Home Entertainment.

Filem arahan Robert Zemeckis itu ditayangkan pada 1994 dan pernah memenangi pelbagai anugerah perfileman termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Kesan Visual Terbaik di Anugerah Akademi.

Ia mengisahkan pengembaraan Forrest Gump, seorang lelaki naïf tetapi bijak dari Alabama yang bukan sahaja menjadi saksi kepada sejarah Amerika Syarikat malah menjadi pemangkin kepada sejarah tersebut bermula sejak kelahirannya pada tahun 1944 sehingga 1982.

Filem itu diadun secara digital dalam format IMAX untuk tayangan pawagam khas selama satu minggu mulai 5 September depan. Filem itu juga akan diterbitkan dalam format “Diamond Luxe” Blu-ray.

Sama ada filem itu akan ditayangkan di Malaysia, masih belum diketahui. - Astro Awani