Saturday, 18 January 2014

Seorang maut, dua hilang ketika mandi di Teluk Bah

GEORGETOWN - Seorang wanita maut manakala dua lelaki hilang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan ombak kuat ketika mandi di Pantai Kerachut, Teluk Bahang di sini hari ini.

Mangsa yang lemas dikenali sebagai P.Yogambigai, 24, manakala dua lelaki yang belum ditemui ialah Ku Muhammad Ilyas Ku Abdul Halim, 19, dan Ashwanpaljit Singh Charnjit Singh, 22.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden Mohd Hatta Mohd Zain berkata ketiga-tiga mereka adalah antara 24 pekerja sebuah syarikat di Prai yang menyertai kem bina diri di Taman Negara Teluk Bahang.

Dalam kejadian pada pukul 4.17 petang itu, lima orang dihanyut ombak kuat tetapi dua daripada mereka yang merupakan pekerja wanita berjaya diselamatkan orang awam dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat yang dilancar petang ini melibatkan 30 anggota terdiri daripada pasukan Polis Marin Wilayah Utara, Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Operasi mencari dan menyelamat bagaimanapun terpaksa dihentikan pada pukul 7.45 malam berikutan hari gelap dan dijangka disambung pada 7.30 pagi esok bergantung kepada keadaan angin dan laut.

Sementara itu, seorang peserta kem Nazirul Waziri, 23, berkata selepas kem sehari yang bermula 9 pagi ini berakhir, mereka mengambil kesempatan untuk mandi manda di pantai itu sebelum pulang.

"Tiba-tiba seorang peserta terjun dari batu besar sebelum diikuti empat yang lain dan mereka dihanyutkan ombak kuat. Kami hanya sempat tarik tiga orang tetapi seorang telah meninggal dunia manakala dua lagi terus hilang," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Ketua Operasi dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Aznam Ashraf berkata faktor laut bergelora sehingga ombak mencecah ketinggian 2.5 meter menyukarkan operasi mencari dan menyelamat.

Beliau berkata keadaan dasar laut yang mempunyai banyak batu turut menyebabkan bot sukar mendekati kawasan sekitar pesisir pantai.

"Kami terpaksa hentikan operasi malam ini dan akan menempatkan 13 anggota sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan serta memantau kawasan pantai dari darat," katanya.

Aznam berkata kejadian itu tidak sepatutnya berlaku kerana bendera merah yang menandakan kawasan itu tidak selamat untuk aktiviti mandi manda telah dinaikkan.

"Keadaan ombak hari ini agak bergelora dan tidak selamat untuk aktiviti air dan bendera merah itu dapat dilihat dengan jelas dari daratan," katanya.

- Bernama, Januari 18, 2014

Limited-edition Ducati 1199 Superleggera, RM488,888



Next Bike Sdn Bhd recently opened its latest Ducati store in Pavilion KL, where it also showed off the Ducati 1199 Superleggera. The limited-edition superbike, which is on display at the shopping mall outlet till January 23, can be yours for RM488,888 (nett selling price).


The 1199 Superleggera is billed as the lightest superbike ever created at 155 kg. With over 200 hp and 134 Nm from its Superquadro L-twin engine, the featherweight 1199 has the highest power-to-weight ratio of any production motorcycle in history.

To keep weight down, materials such as titanium, magnesium and carbon fibre were used. Only 500 units will be made, each with its individual number inscribed on the top clamp.


Half a million bucks for a bike sounds mad, and you’d think that Ducati bosses will be rubbing their hands with glee when receiving the cheques, but it’s not a straightforward process, even if you have the cash and want to buy one. 

We understand that Ducati will be “very selective when it comes to determining worthy owners” and all prospects will have to go through a thorough short-listing process.


Source: Paultan 

HTC One sequel rumored to have 2 rear cameras for better focusing and image quality



Last year's leak of the HTC One's follow-up, the M8, seemingly raised more questions than it answered. 

When will it ship? And what's the deal with that second hole on the back? We may have a much clearer picture today, though. Bloomberg sources now claim that the M8 will arrive in late March, and that additional hole is reportedly for an extra camera that would assist a next-generation Ultrapixel sensor. 

The companion shooter would improve focusing and image quality while allowing for depth of field effects -- we're guessing that means tricks like post-shot refocusing, not the 3D video that HTC gave up years ago. The tipsters otherwise support rumors that we've seen before, including talk of a larger screen and a newer Snapdragon processor. 

It's tough to know whether or not the M8 will be a worthy sequel based on these leaks, but they do hint that we're looking at more than just a mild refresh.


Source: Engadget 

Gadis dihanyut ombak ditemui mati lemas

PASIR PUTEH - Sorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dihanyut ombak besar ketika mandi bersama rakan di pantai Air Tawar, Kuala Tok Bali di sini, petang semalam, ditemui mati lemas hari ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Mohd Kamal Zainal berkata, mayat Norfarahani Yusoff, 19, dijumpai 12.15 tengah hari ini, kira-kira 100 meter dari tempat dia dilaporkan hilang.

"Mayatnya timbul dua kali iaitu pukul 10 dan 11 pagi tetapi pihak kami (pasukan mencari dan menyelamat) tidak sempat mengambilnya ketika itu kerana hilang dibawa arus dan ombak," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini, hari ini.

Dalam kejadian semalam, tiga rakan Norfarahani terselamat apabila sempat berenang ke tepi pantai manakala seorang lagi diselamatkan penduduk.

Mohd Kamal berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat.

Sementara itu, ibu mangsa Norwati Yusof, 44, ketika ditemui berkata, beliau mengetahui kejadian berlaku pada anak keduanya daripada lapan beradik itu pada 4.30 petang menerusi panggilan telefon oleh seorang rakannya.

"Norfarahani hanya memberitahu saya beliau akan ke rumah kawan ketika turun dari rumah pukul 2.30 pada hari kejadian," katanya yang juga seorang ibu tunggal.

"Ketiadaannya merupakan kehilangan besar bagi saya kerana beliau (Norfarahani) membantu menoreh getah bagi menyara empat orang adiknya berumur antara tiga dan lapan tahun," katanya. - Bernama

Abbie Cornish bukti tak tumpang populariti kakak

Abbie Cornish bukti tak tumpang populariti kakak
Abbie Cornish bukti tak tumpang populariti kakak


Nama Abbie Cornish barang kali tidak sepopular Kristen Stewart, Jennifer Lawrence atau beberapa pelakon muda lain yang kini sedang giat menempa nama di Hollywood.

Namun aktres kelahiran Lochinvar, New South Wales ini, antara pelakon sedang mendaki ke puncak populariti menerusi beberapa lakonan yang menyerlah.

Biarpun ada yang menganggap popularitinya dalam industri lakonan kerana tempias populariti kakaknya, Isabella Cornish yang terlebih dahulu mencipta nama dalam industri seni.

Namun Cornish membuktikan dia bukan pelakon tempelan, tetapi mempunyai bakat yang sudah dibuktikan semenjak berusia 13 tahun lagi.

Kerjayanya bermula apabila dia berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir untuk pertandingan Majalah Dolly.

Kemudiannya pada tahun 1999, Cornish telah dianugerahkan Anugerah Pelakon Filem Australia termuda Televisyen ABC dan telah ditawarkan memegang watak bagi filem The Monkey Mask.

Pada 2004, Cornish sekali lagi muncul dalam filem pendek Everything Goes With Hugo Weaving yang membawanya memenangi anugerah. Dia juga pernah menerima dinobatkan sebagai pelakon wanita terbaik dalam Australia Film Institute Award pada 2005.

Dalam pada itu, Cornish turut ernational Film Festival hasil kerja kerasnya yang baik sewaktu membintangi filem.

Kerjayanya sebagai pelakon semakin menarik apabila ramai pengrah dan penerbit berusaha untuk mendapatkannya membintangi setiap filem arahan mereka.

Cornish menerima pujian yang baik dan dikatakan tahun 2005 merupakan tahun terbaik buat dirinya kerana setiap filem yang dilakonkan berjaya mencuri hati peminat dan pengkritik filem.

Sebagai seorang pelakon, Cornish tidak pernah menolak sebarang tawaran lakonan dan pada April 2010 menerusi filem adaptasi novel The Dark Fields arahan Neil Burger dan juga dibintangi Bradly Cooper dan Roberto De Niro, Cornish sekali lagi menyerlah.

Selain berlakon memegang watak manusia, Cornish juga telah berjaya membuktikan dirinya sebagai pelakon serba boleh dengan Filem alih suara Legend Of The Guardians: The Owls Of Ga’Hoole sebagai Otulissa.

Dalam tahun 2011, Cornish telah ditawarkan watak sebagai Sweet Pea dalam filem Sucker Punch dimana filem ini juga diadaptasi melalui sebuah komik.

Peladang ke pelakon

Malah siapa sangka, wanita yang lahir pada 7 Ogos 1982 ini, sebenarnya hanya anak kepada peladang dan dia juga pernah menjadi peladang pada usia muda. Masa lapang Cornish banyak dihabiskan di ladang dengan membantu keluarganya menguruskan 70 hektar tanaman.

Namun, kerana kecintaan minat yang mendalam dalam bidang lakonan sejak kecil mendorong dirinya menceburi bidang seni dan menjadikan kakaknya sebagai contoh.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat, hubungannya cintanya dengan Ryan Philippe telah melonjakkan namanya. Apatah lagi dia kemudiannya berkahwin dengan Philippe dan bercerai setelah memiliki dua orang anak.

Tidak menghiraukan kutukan dan kritikan, Cronish terus gigih untuk menempa nama bagi memastikan dia tidak terus hilang ditelan masa.

Bintangi RoboCop

Terbaru, Cornish bakal menarik perhatian ramai apabila menjadi wanita di dalam filem RoboCop yang dibuat 'remake' selepas 21 tahun. Memegang watak sebagai Clara Murphy, Cornish mengibaratkan penglibatannya dalam filem ini umpama mimpi yang menjadi kenyataan.

“Ini merupakan salah satu filem yang saya minati satu ketika dahulu kerana saya membesar dengan cerita ini. Malah ketika kanak-kanak, saya selalu menantikan tayangan setiap siri RoboCop di kaca TV dan tidak sangka kini saya adalah salah seorang pelakon dalam filem ini.

"Ia umpama mimpi yang jadi kenyataan dan saya amat teruja untuk menantikan reaksi orang ramai terhadap filem ini dan lakonan saya juga," katanya.

RoboCop mengisahkan seorang lelaki yang telah mencuba teknologi ke atas dirinya sebagai salah satu cara untuk menangani jenayah yang berlaku.

Namun wujud beberapa pihak yang menggunakan teknologi sebagai salah satu cara untuk mendapat keuntungan semata-mata.

Dibintangi Joel Kinnaman, Gary Oldman, Micheal Keaton dan diarahkan oleh Jose Padilha, RoboCop bakal menemui peminat filem ini pada 30 Januari ini. - Sinar Harian 

Isteri menteri India ditemui mati di hotel

Isteri menteri India ditemui mati di hotel
Saat Bahagia.. Sunanda (kiri) ketika bersama suaminya, Shashi. - Foto dipetik daripada BBC


NEW DELHI - INDIA. Dua hari selepas beliau membuat pendedahan tentang kemungkinan suaminya menjalin hubungan sulit dengan seorang wartawan Pakistan, isteri Menteri Pembangunan Sumber Manusia India Shashi Tharoor, ditemukan meninggal dunia di sebuah bilik hotel mewah di sini pada Jumaat malam.

Walaupun Sunanda Pushkar disyaki membunuh diri, namun tiada nota tentang perkara itu ditemukan, lapor The Times of India.

Bagaimanapun sumber polis lebih berhati-hati lewat malam tadi apabila mereka berkata kematian Sunanda mungkin "kematian biasa atau kematian luar biasa".

Mayat wanita berusia 52 tahun ini dilaporkan ditemukan Tharoor apabila beliau pulang ke hotel itu selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kongres All India pada Jumaat malam.

Polis dimaklumkan tentang kejadian itu oleh S Abhinav Kumar, setiausaha peribadi Tharoor.

Pasangan itu dikatakan tinggal di hotel berkenaan kerana banglo rasmi Tharoor sedang dicat semula.

Tragedi berlaku ketika laman Twitter dibanjiri kemarahan dan perbincangan orang ramai tentang Tharoor, Sunanda dan wartawan berkenaan yang dikenali sebagai Mehr Tarar.

Mereka yang berbual dengan Sunanda dua hari lepas menyifatkan beliau berada dalam keadaan amat terganggu dan tidak keruan berhubung dakwaan suaminya menjalin hubungan sulit dengan Tarar.

Terdapat juga laporan bahawa Sunanda pernah menyebut tentang perceraian, tetapi perkara itu dinafikannya pada Khamis.

Polis berkata siasatan sedang dijalankan dari pelbagai sudut, termasuk bunuh diri, keracunan atau serangan jantung. Sebuah pasukan forensik pergi ke hotel berkenaan dan seorang majistret dipanggil untuk menyoal siasat Tharoor serta setiausahanya.

Tidak terdapat kecederaan pada mayat Sunanda, yang ditemukan pada pukul 8 malam apabila Tharoor masuk ke bilik. Menurut laporan, Sunanda dilihat kali terakhir berada di lobi hotel berkenaan pada kira-kira pukul 3.30 petang.

Autopsi mungkin dijalankan di All India Institutes of Medical Sciences (AIIMS) hari ini.

Tharoor, yang meninggalkan Pertubuhan Bangsa Bersatu selepas gagal dalam pemilihan bagi jawatan setiausaha agung, kembali ke India pada 2008.

Tidak lama selepas itu, beliau bercerai dengan isterinya, seorang diplomat dari Kanada dan berkahwin dengan Sunanda pada 2010, perkahwinan ketiganya.

Tharoor mempunyai dua anak lelaki hasil perkongsian hidup dengan isteri pertamanya, Tillotma.

Media India melaporkan Tharoor, yang mengadu mengalami sakit dada dan palpitasi pada Jumaat malam, kini dipindah keluar dari Unit Rawatan Rapi AIIMS ke wad biasa. Kini, beliau berada dalam keadaan stabil. - Bernama

Variant baru Proton Suprima S Super Premium dilancar pada RM87,929

Suprima S Super Premium. Photo credit: Paultan




MELAKA - Proton Holdings Bhd (Proton) hari ini melancarkan varian baharu Proton Suprima yang diberi nama Suprima S Super Premium, yang menampilkan ciri-ciri lebih 'sporty' berbanding varian terdahulu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Proton Datuk Lukman Ibrahim berkata varian ketiga yang menampilkan dua warna iaitu 'Fire Red' dan 'Solid White' itu dijual pada harga RM87,929.45.

"Suprima S Super Premium yang merupakan produk terbaik Proton, dilengkapi pelbagai ciri yang lebih komprehensif dari segi pencapaian, gaya, keselamatan, pemanduan dinamik dan canggih," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran varian tersebut di Karnival Jualan Proton di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, di sini hari ini.

Beliau berkata Suprima S Super Premium dilengkapi rim 'sporty' 17 inci, kerusi kulit dan body kit R3 dan enjin 1.6 liter turbo tujuh kelajuan serta ciri pemanduan dan pengendalian Lotus yang dinamik.

Katanya Proton Suprima S Super Premium turut dilengkapi Teknologi HPF (Hot Press Forming) yang memberi perlindungan yang lebih baik, enam beg udara selain dianugerah penarafan keselamatan lima bintang Program Penilaian Kereta Baharu Australiasia (ANCAP).

Lukman berkata dengan pelancaran varian terbaharu itu, pembeli tidak perlu membuat ubah suai pada kereta mereka untuk memiliki kenderaan yang lebih sporty dan memberi nilai pulangan yang lebih berbanding varian sebelumnya.

Beliau berkata Proton menyasarkan untuk menjual 750 unit varian itu setiap bulan, sama seperti dua varian terdahulu iaitu 'executive' yang dijual pada harga RM76,338 dan premium RM79,638.

"Kita telah berjaya menjual lebih 2,000 unit varian 'executive' dan premium sejak dilancarkan pada Ogos tahun lepas," katanya.

Diskaun RM1,888 diberikan kepada pembeli yang membuat tempahan pada Karnival Jualan Proton yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam, dan pengunjung boleh memandu uji varian terbaharu itu di karnival tersebut. - Bernama

Bekalan elektrik di Sabah pulih menjelang lewat malam


KUALA LUMPUR: Bekalan elektrik di seluruh daerah di negeri Sabah yang terputus semalam telah pulih pada malam tadi.

Menurut laman Facebook, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), sehingga jam 8.45 malam, 98 peratus kawasan yang bergelap telah berjaya dipulihkan kembali bekalan elektriknya kecuali di kawasan seperti Sandakan dan Kota Belud.

Bekalan elektrik di kawasan Kota Belud hanya berjaya dipulihkan sepenuhnya sekitar jam 9.41 malam manakala di Sandakan pula, sehingga jam 8.30 pagi ini, hanya kawasan di Batu 8, Batu 9, Jln Sentosa Hiew Yee Fatt, Taman Fortune dan sekitarnya masih mengalami gangguan bekalan elektrik.

Operasi pemulihan masih lagi giat dijalankan.

Gangguan bekalan elektrik yang bermula pada jam 11.05 pagi Jumaat itu dikatakan berpunca dari penjana kuasa yang terpelantik yang melibatkan 300 megawatt.

Antara penjana kuasa yang mengalami gangguan tersebut ialah di Ranhill Powertron (199 megawatt), Teluk Salut (70 megawatt) dan Patau GT3 (30 megawatt). 

Sementara itu, semalam, BERNAMA melaporkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta Suruhanjaya Tenaga (EC) meneliti punca gangguan bekalan elektrik di seluruh Sabah.

Beliau berkata pihaknya meminta kedua-dua agensi agar segera membuat penelitian berkenaan kerana menurut Jurutera Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), kejadian itu tidak seharusnya berlaku.

Ongkili berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri perasmian pejabat Parlimen Tawau di Bandar Sri Indah di sini pada Jumaat.

Gangguan itu berlaku pada 11.05 pagi serta menjejaskan kira-kira 500,000 pengguna di negeri ini, namun pihak SESB melaksanakan kerja pemulihan dan berjaya memulihkan bekalan secara berperingkat mulai 12.15 tengah hari.

Bekalan elektrik di Ranau pulih sepenuhnya pada 12.15 tengah hari diikuti Tawau dan Labuan (1 tengah hari), Keningau (1.50 tengah hari) Semporna (1.55 tengah hari).

Sehingga 3 petang, bekalan elektrik di Kota Kinabalu pulih 70 peratus dan gangguan itu dijangka dipulihkan sepenuhnya pada kira-kira 6 petang.

Astro  Awani  

Pencarian gadis misteri dalam Muka Surat Cinta

Mikail Andre
Mikail Andre

SELEPAS kali terakhir muncul dengan filem romantik, Cerita Kita, tahun lalu, pelakon dan juga pengarah terkenal, Pierre Andre sekali lagi mempertaruhkan filem bergenre romantik, Muka Surat Cinta.

Menarik kali ini, tiada lagi adegan cinta tiga segi sebaliknya, Pierre menggarap sebuah cerita yang meninggalkan mesej berguna kepada semua.

Filem yang sudah menemui penonton semenjak kelmarin, mengisahkan pencarian cinta seorang penulis novel terlaris, Putra lakonan Mikail Andre yang bersikap dingin dengan isterinya, Luna (Nina Iskandar) kerana mereka berkahwin secara paksa atas kehendak keluarga.

Putra menjadi keliru dengan perasaannya sepanjang perkahwinan bersama Luna sehinggalah dia mendapat ‘petunjuk’ dari novel berjudul Mencari Cinta yang dibacanya dan menjadikan Putra tertarik pada coretan dalam setiap muka surat.

Berminat untuk mengenali ‘siapa’ wanita yang pernah menuliskan ungkapan yang cukup bermakna itu membuatkan Putra berusaha habis-habisan menjejaki si gadis empunya diri.

Justeru, mampukah Putra menemui gadis impian hatinya yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Nur Di Alam Maya’. Bahkan, bagaimana pula dengan ikatan perkahwinannya bersama Luna?

Filem ini juga buat julung kalinya menampilkan gabungan pelakon muda dari tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam.

Mempertaruhkan barisan muka-muka baharu, filem ini diterajui oleh Mikael bersama Nina dan turut dijayakan oleh Atikah Suhaime, Azwan Kombos, Hilal Azman dan Afiera Riana.

Menurut Pierre, Muka Surat Cinta merupakan sebuah lagi karya eksperimennya dan sebelum ini ia diberi judul Perempuan Muka Surat Tujuh.

"Saya sedia maklum, ramai yang mengenali saya menerusi filem bergenre seram. Justeru saya berusaha sebaik mungkin untuk mengetengahkan karya cinta walaupun ia sebuah cabaran yang besar buat saya," katanya.

Mikail penyelamat

Meletakkan muka baru bererti ia memberi cabaran yang besar buat setiap pelakon mengemudi jalan cerita agar dapat menarik perhatian penonton.

Apatah lagi, pelakon di Malaysia hari ini cenderung mempercayai filem-filem yang membariskan muka-muka lama atau pelakon yang dipercayai dan diminati.

Maka menjadi satu tanggungjawab besar untuk setiap pelakon melakukan yang terbaik agar lakonan mereka diingati dan sekali gus memberi kesan kepada penonton.

Pada pendapat penulis, Mikail selaku pelakon utama berjaya menjalankan tugasnya dengan baik. Segala dialog dilontarkan dengan jelas, begitu juga dengan permainan emosi yang ditunjukkan bersesuaian dengan kecelaruan Putra.

Dia juga tidak terlalu dilihat mencuba menjiwai watak Putra, sebaliknya mengemudi watak tersebut dengan caranya yang tersendiri.

Begitu juga dengan lakonan Atikah. Biarpun hanya muncul dalam beberapa babak, namun lakonannya cukup bersahaja dan tidak mengikut skrip.

Berlainan pula dengan lakonan Nina dan Azwan yang dilihat agak kaku. Pada pandangan penulis, Nina selaku teraju utama sepatutnya lebih menonjol dari Atikah, menerusi lakonan namun sayangnya, dialog Nina terlalu mengikut skrip.

Melaka tarik balik hasrat beri pingat

Idris Haron
Idris Haron

MELAKA - Kerajaan Negeri Melaka menarik semula hasrat menganugerahkan pingat kepada 11 pelatih komando serta dua jurulatih berikutan siasatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendapati kesemua mereka kemungkinan tidak hilang selama 29 jam sebagaimana dilaporkan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, kerajaan negeri memutuskan untuk tidak menganugerahkan pingat sebagaimana diumumkan sebelum ini setelah pihak ATM menghubunginya pagi semalam bagi memaklumkan mengenai siasatan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya siasatan mendapati kesemua pelatih dan jurulatih terbabit benar-benar sesat sebagaimana dilaporkan, kerajaan negeri akan meneruskan penganugerahan pingat itu.

“Penganugerahan pingat itu adalah cara kita menggalakkan anak muda lain menyertai tentera dan menunjukkan keberanian serta tidak putus asa bila berdepan cabaran.

“Tetapi selepas dimaklumkan mengenai siasatan yang dijalankan ini, kerajaan negeri memutuskan untuk tidak menganugerahkan pingat ini buat sementara waktu sehingga selesai siasatan berkenaan. Selebihnya saya tidak boleh komen kerana perkara ini dalam siasatan ATM,” katanya ketika ditemui di pejabatnya dekat Seri Negeri, di sini semalam.

Dalam kejadian 7 Disember lalu, dipercayai yang pertama seumpamanya, kesemua pelatih dan dua jurulatih mereka dikatakan sesat selepas enjin bot mereka mengalami kerosakan di perairan Pulau Upeh sebelum mereka ditemui terdampar di pantai Pantai Puteri.

Bulan lalu, Idris mengumumkan kerajaan negeri akan menganugerahkan pingat yang setaraf Pingat Jasa Kebaktian (PJK) kepada kesemua pelatih dan jurulatih mereka sebagai contoh kepada generasi muda.

Namun, difahamkan, ATM melakukan siasatan kerana cara pelatih berkenaan sesat dari laluan biasa yang digunakan pelatih menimbulkan persoalan dan syak dalam kalangan pegawai atasan ATM.

Pihak atasan ATM dikatakan meragui 'cerita sesat' berkenaan kerana laluan digunakan semasa latihan mendayung itu telah digunakan pihak komando untuk melatih anggota mereka sejak berpuluh tahun lalu.

Sementara itu, seorang pegawai Kementerian Pertahanan mengesahkan yang kejadian berkenaan kini dalam siasatan. Menurutnya, satu kenyataan rasmi dijangka dikeluarkan minggu depan.

Sinar Harian 

Isu sumbat kangkung: Tindakan kurang ajar

Isu sumbat kangkung: Tindakan kurang ajar
Timbalan Speaker Dun Perak, Datuk Nasarudin Hashim (tiga, kiri) bersama Mohd Khusairi (empat, kanan) menunjukkan gambar Khai Loon menyumbat kangkung ke dalam replika muka Najib dalam satu demonstrasi kenaikan harga barang.


Umno Perak menyifatkan tindakan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon menyumbat sayur kangkung ke dalam mulut replika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini sebagai budaya liar.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata, perbuatan itu tidak boleh diterima, walau apa juga alasan digunakan pihak terbabit untuk mewajarkan tindakan mereka.

Menurutnya, tindakan wakil rakyat pembangkang itu jelas mencerminkan budaya tidak sihat kepada rakyat selain menggambarkan tahap pemikiran Khai Loon sebagai seorang ahli politik yang tidak bertamadun dan kebudak-budakan.

“Jelas tindakan beliau menyumbat kangkung ke dalam replika menyerupai Najib begitu biadab yang jelas menunjukkan pembangkang di negara ini tidak menghormati demokrasi.

“Sekalipun tidak suka dengan pemimpin, mereka tidak harus melepaskan rasa geram dengan menghina pemimpin dan memperlekeh pemimpin dipilih rakyat,” katanya pada sidang media di Bangunan Umno, semalam.

Khai Loon dalam satu demonstrasi kecil Khamis lalu, membawa gambar besar replika Najib dengan mulut ternganga yang disumbat dengan 10 kilogram kangkung sebagai simbol bantahan rakyat terhadap kenaikan kos sara hidup kerana dasar-dasar kerajaan.

“Tindakan mereka terlalu melampau dan dengan bahasa paling mudah ialah orang tidak beradab. Jika kita tidak menghormati seseorang, jangan bercakap soal demokrasi kerana Najib dipilih oleh rakyat pada pilihan raya lalu dan semua pihak harus menghormati keputusan itu,” katanya.

Beliau berkata, isu kangkung dijadikan bahan politik untuk mengaburi permasalahan pentadbiran pembangkang seperti isu hutan di Gua Musang yang diterokai hingga menindas penduduk Orang Asli di sana serta isu penutupan Pusat Giat Mara di Selangor.

Sinar Harian 

Remaja nyaris ditipu lelaki menyamar cari pelakon

Nyaris ditipu lelaki menyamar cari pelakon
Syarul dan rakannya menceritakan kisah hampir ditipu lelaki berkenaan.

SEREMBAN – Terpedaya dengan tawaran berlakon, dua remaja hampir ditipu seorang lelaki yang menyamar sebagai kakitangan sebuah stesen televisyen swasta.

Lelaki berusia lingkungan 20-an itu menawarkan bayaran lumayan serta telefon bimbit untuk berlakon dalam filem terbaru terbitan anak syarikat stesen terbabit.

Bagaimanapun, tawaran itu hanyalah taktik lelaki terbabit mencuri barangan berharga milik mangsa.

Salah seorang remaja berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Syarul, 17, berkata, kejadian berlaku kira-kira 12.30 pada 6 Januari lalu apabila dia dan rakannya bersiar-siar di bandar ini sebelum disapa lelaki berkenaan.

“Dia berpakaian kemas dan memberitahu wakil syarikat televisyen yang sedang mencari pelakon tambahan bagi filem baru menggabungkan filem KL Gangters, Mael Lambung dan Hantu Kak Limah.

“Ketika itu saya tidak mengesyaki apa-apa kerana dia datang dengan memakai pas syarikat terbabit. Malah, dia bertanya adakah kami berminat mahu menjadi pelakon tambahan,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu kemudian menawarkan bayaran sebanyak RM50 sejam serta sebuah telefon bimbit jenama Iphone.

"Saya tidak membuat sebarang persetujuan, tetapi dia meminta nombor telefon bimbit saya untuk mudah dihubungi.

“Lebih kurang 4.30 petang, dia hubungi saya dan beritahu sedang menunggu saya di Medan Selera di Kompleks Terminal One.

“Memandangkan lokasi tak jauh, saya pun pergi ke tempat dijanjikan," katanya.

Syarul berkata, sebaik sahaja mereka tiba, kelihatan lelaki berkenaan bersama seorang lagi lelaki berusia lingkungan 20 tahun.

"Dia perkenalkan lelaki itu sebagai pembantu peribadinya. Kami berbual-bual seketika sebelum dia beritahu mahu menghadiri satu jamuan majlis makan malam di Hotel Royale Bintang yang turut disertai artis tempatan, antaranya Aaron Aziz," katanya.

Menurutnya, dia bagaimanapun rasa tidak sedap hati apabila lelaki itu meminta nombor kad pengenalan, nama penuh dan alamat rumah kami.

"Ketika itu juga, dia turut menghampiri tiga remaja perempuan yang berada di situ dan menawarkan perkara sama,” katanya.

Syarul berkata, dia kemudian menyedari ditipu apabila beberapa minit kemudian kesemua tiga remaja perempuan itu diajak ke suatu tempat, kononnya untuk disolek bagi menghadiri majlis makan malam itu.

“Ketika kami menunggu di medan selera, remaja perempuan terbabit tiba-tiba datang dan memberitahu saya mereka ditipu.

Lelaki itu dikatakan mengarahkan remaja berkenaan menyerahkan beg tangan serta barangan peribadi," katanya.

Menurutnya, dia kemudian cuba menghubungi nombor telefon lelaki terbabit, tetapi tidak berjawab.

"Malah kami cuba mencarinya di sekitar bandar ini termasuk di Royale Bintang, tetapi tiada kelibatnya,” katanya.

Syarul berkata, dia bernasib baik kerana tidak menjadi mangsa kepada lelaki berkenaan dan menasihatkan orang ramai agar berhati-hati sekiranya didatangi seseorang yang mempelawa jadi pelakon.

Sinar Harian 

Warga Malaysia di Sweden dilanjutkan tahanan 2 minggu


KUALA LUMPUR: Tiada sebarang pendakwaan dikenakan ke atas pasangan suami isteri warga Malaysia yang ditahan di Sweden setakat ini.

Astro AWANI difahamkan, tahanan reman pasangan itu dilanjutkan dua minggu lagi semasa pendengaran semula kes itu, kelmarin.

Lanjutan tempoh tahanan reman pasangan itu difahamkan, berkemungkinan kerana pendakwa raya masih lagi mengumpul bukti berhubung kes itu.

Bagaimanapun, pasangan itu berpeluang untuk dibebaskan sekiranya pihak polis tidak mempunyai bukti mencukupi untuk mendakwa mereka.

Pasangan itu, Azizul Raheem Awalludin dan isteri, Shalwati Nurshal ditahan sejak 18 Disember lalu atas dakwaan memukul anak lelaki mereka kerana tidak menunaikan solat.

Azizul merupakan Pegawai Kanan Tourism Malaysia di Stockholm dan isterinya seorang guru sekolah menengah yang mengambil cuti tanpa gaji.

Sweden mempunyai undang-undang yang melarang ibu-bapa memukul, mencederakan atau memalukan anak-anak.

Kanak-kanak dilarang dihukum secara fizikal, baik ringan mahupun berat dan undang-undang berkenaan dikuatkuasa sejak 1979.

Undang-undang tersebut bertujuan memupuk konsep penjagaan anak yang positif serta membendung penderaan terhadap kanak-kanak.

Ia selaras dengan komitmen inisiatif yang giat dikempenkan di pentas antarabangsa iaitu melarang anak-anak daripada dihukum secara fizikal.

Undang-undang berkenaan sudah dikuatkuasakan di lebih 30 negara termasuk Sweden.

Astro Awani 

Kontroversi matangkan Marsha

Marsha
Marsha

PERJALANAN Marsha Milan Londoh dalam industri seni, bukanlah semudah di pandang. Biarpun kerjayanya bermula selepas menyertai program realiti Akademi Fantasia, namun, banyak sepak terajang yang perlu dilalui oleh anak kelahiran negeri di bawah bayu ini sebelum bakatnya menjadi perhatian ramai.

Jika sebelum ini pelakon, pengacara dan penyanyi ini sering kali dikaitkan dengan kontroversi apabila tampil dengan gaya seksi menerusi muka depan majalah gaya hidup dan hiburan.

Sekali lagi turut dikaitkan dengan kontroversi kerana sanggup melakonkan adegan ‘panas’ bersama Wan Hanafi Su dalam filem Laga, arahan Ismail Yaacob untuk menaikkan kembali popularitinya.

Tidak kurang juga ramai yang berpendapat pelakon muda itu sanggup berbuat begitu kerana bukan beragama Islam dan tidak menjadi kesalahan kepadanya memberikan aksi seumpama itu.

Menyangkal perkara itu, menurut Marsha sekalipun dia bukan beragama Islam, namun dia sangat menghormati budaya timur dan ciri-ciri Melayu.

Malah, pelakon berketurunan Kadazan-Dusun ini tidak mahu kecaman dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya disebabkan babak ranjang dalam filem yang menelan kos RM2.8 juta itu.

Mengakui setiap kontroversi itu sedikit sebanyak mematangkannya dalam menangani setiap isu yang menimpa dirinya, aktres kelahiran Borneo ini berharap semua peminatnya termasuk yang beragama Islam dapat menerimanya dan meminta orang ramai tidak melatah atau membuat andaian sendiri hanya disebabkan adegan tersebut.

Menurut Marsha, sejak menerima pelbagai komen negatif sebelum ini, dia mengamalkan sikap berhati-hati dan menjaga sensitiviti supaya tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Malah, menerusi babak itu dia hanya menghidupkan watak dan menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon.

"Sejak dari awal lagi saya sudah bersedia berdepan dengan segala kritikan sama ada positif mahupun negatif.

“Sebelum tayangan filem ini pun sudah ramai memberikan macam-macam komen, dan saya mengambilnya sebagai satu pandangan yang baik untuk terus memperbaiki lakonan saya.

“Yang pasti, peluang berlakon dan bekerjasama dengan aktor-aktor seperti Wan Hanafi Su, Datuk Rosyam Nor, Eman Manan sudah dianggap satu penghormatan kepada saya untuk meningkatkan kualiti lakonan dari semasa ke semasa,” katanya.

Sedia kongsi kisah peribadi

Tinggalkan mengenai kontroversinya, kini Marsha lebih terbuka untuk berkongsi cerita peribadi yang selalunya menjadi perhatian pelbagai pihak.

Jika sebelum ini, Marsha menyorokkan identiti kekasih Melayunya, kini dia tidak mempunyai masalah untuk berkongsi tentang hal peribadi serta apa juga aktiviti hariannya kepada umum menerusi sebuah rancangan realiti TV.

Malah, pelakon yang suka lelaki yang matang dan bersifat pelindung ini bakal bergelar Kim Kardashian Malaysia apabila bakal menjayakan sebuah program realiti yang hampir sama dengan versi terbitan Hollywood, Keeping Up with The Kardashians.

Menurut Marsha, program itu bakal diterbitkan oleh penerbit, Michael Ang.

“Michael Ang ada tawarkan pada saya untuk buat sebuah program seperti Kim Kardashian. Mungkin saya akan digandingkan bersama pelakon Sharifah Sakinah untuk menjayakan program realiti tu.

Bagaimanapun ia masih dalam perbincangan lagi," katanya.

Sebelum ini, Marsha mengakui bercinta dengan jejaka Melayu berusia dua tahun lebih muda daripada nya dan mengenali lelaki itu lebih kurang tujuh tahun lalu.

Bagaimanapun atas pengalaman lalu, dia tidak mahu mendedahkan identiti kekasihnya sehingga hubungan mereka melangkah ke fasa perkahwinan.

Fokus nyanyian

Berkongsi perkembangan terbaharunya , Marsha berkata, dia baharu saja muncul dengan single terbaru, Jujur Bilang Cinta yang juga hasil ciptaannya sepenuhnya.

Menurutnya, dia akan terus mempromosikan Jujur Bilang Cinta dan sebuah lagi singlenya yang berjudul Bebaskan.

"Walaupun banyak terlibat dalam lakonan, namun, nyanyian adalah merupakan prioriti utama saya.

“Saya tidak mahu mensia-siakan kebolehan bermain piano dengan menghasilkan lagu dan lirik sendiri. Ia merupakan satu bakat dan anugerah yang saya miliki," katanya yang juga sering menerima undangan menjayakan persembahan korporat.

Marsha berkata, mungkin ramai menganggap dirinya sudah tidak aktif dalam bidang nyanyian, namun, dia mempunyai strategi untuk kerjaya nyanyiannya.

“Saya sedang menghasilkan beberapa buah lagu untuk nyanyian sendiri dan akan memberikan kepada penyanyi lain yang berminat.

"Saya juga merakam lagu dengan Randy Pangalila baru-baru ini,” katanya yang sangat meminati dunia nyanyian.

Selain terlibat dalam filem animasi terbitan Walt Disney Studios bertajuk Frozen: Anna & Permaisuri Salji yang mana suaranya digunakan untuk watak Elsa, dia juga diberikan peluang keemasan untuk menyanyikan lagu tema filem itu dalam bahasa Melayu berjudul Bebaskan.

"Saya sangat gembira dan berbangga diberikan kepercayaan untuk menyanyikan lagu tersebut, kerana dalam versi Inggeris, lagu ini dinyanyikan oleh Demi Lovato berjudul Let It Go," katanya.

Sementara itu, selain Laga yang bakal ditayangkan pada 23 Januari 2014 nanti, tiga lagi filemnya bakal ditayangkan iaitu 7UJUH, Juanita dan Pak Pong.

Beralih bidang?

Tidak hanya fokus terhadap kerjaya seni, Marsha mengakui dalam perancangan untuk menceburi bidang perniagaan menghasilkan t-shirt bersama seorang teman baiknya.

Di mana t-shirt itu akan menampilkan variasi corak menarik tidak seperti t-shirt biasa yang dijual di pasaran.

Menurut Marsha, setiap corak yang dihasilkan adalah hasil idea perkongsian bersama dan rakan baiknya.

“Kalau tiada aral melintang, tahun depan rasanya perniagaan menjual t-shirt ini akan direalisasikan dan dijual secara online.

"Saya juga dalam perancangan untuk membuka sebuah kafe bersama keluarga di Sabah tidak lama lagi. Tunggu saja pembukaannya!," katanya.

Sinar Harian 

Penyamun lap darah sendiri

Penyamun lap darah sendiri
Mat Daud (dua, kiri) bersama anggota polis menunjukkan senjata yang ditemui pada kedua-dua suspek.


BALING - “Selepas suspek bergelut dengan saya, dia lap darah dia sendiri di atas lantai. Tangan dia berdarah terkena serpihan cermin selepas memecah masuk ke rumah saya,” kata Lim Kian Tong, 52, mangsa samun bersenjata di kediamannya di Bangunan Kedai Pekan Baling kira-kira jam 4 pagi, semalam.

Ketika kejadian, hanya mangsa dan isterinya, Cheah Kowang Heng berada di rumah yang juga merupakan premis perniagaan jahitan baju.

Lim berkata, dia terjaga dari tidur selepas isterinya menjerit ternampak kelibat manusia di luar rumahnya.

“Selepas itu, dua lelaki terus pecahkan cermin tingkap dan masuk dalam rumah. Saya arahkan isteri masuk dalam bilik dan saya cuba untuk halang dua lelaki terbabit,” katanya

Menurutnya, dia bergelut dengan perompak terbabit hampir 10 minit mengakibatkannya cedera di bahagian bahu terkena parang yang digunakan suspek.

“Tak lama kemudian, salah seorang suspek pecahkan pintu bilik dan mengacukan parang ke isteri saya. Saya tak boleh buat apa-apa, hanya serahkan apa yang mereka inginkan.

“Selepas itu, salah seorang lelaki itu bertindak mengelap darahnya di atas lantai rumah. Darah dia banyak sebab tangan dia luka kerana cermin tingkap. Mungkin dia takut ada kesan darahnya dalam rumah ini,” katanya.

Kejadian itu juga mengakibatkan isterinya cedera di muka dan badan setelah ditumbuk oleh seorang suspek terbabit.

Katanya, selepas menyerahkan wang tunai, kedua suspek terus beredar dan pada masa sama anggota polis ada di bawah bangunan kedai itu.

“Mujurlah ada anggota polis yang membuat rondaan, kalau tidak, memang suspek dapat larikan diri dengan kawan mereka,” katanya.

Mangsa kemudiannya terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling dan hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar.


Suspek ada enam rekod jenayah lampau

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hassan berkata, salah seorang suspek samun bersenjata awal pagi semalam mempunyai enam rekod jenayah lampau.

Mat Daud berkata, kedua suspek berjaya ditahan polis berusia 38 dan 23 tahun dipercayai aktif melakukan aktiviti samun di sekitar Kuala Muda, Sungai Petani, Kulim serta Baling.

Menurutnya, kedua suspek ditahan ketika ingin melarikan diri bersama seorang lagi rakan mereka yang sedang menunggu di bawah Bangunan Kedai Pekan Baling itu.

"Sejurus mendapat maklumat, anggota polis diketuai Ketua Polis Balai, Inspektor Mohamad Hamdan Ghazali bergegas ke tempat kejadian.

“Kedua suspek tidak berjaya melarikan diri setelah dihalang anggota polis yang berada di kawasan itu.

“Manakala seorang lagi rakan mangsa yang sedang menunggu suspek terus melarikan diri menggunakan kereta,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Baling, semalam.

Katanya, polis berjaya menemui sebilah parang, pedang, kuku kambing, pemutar skru, empat telefon bimbit dan wang tunai RM821.

Menurutnya, suspek pertama berusia 38 tahun itu yang berasal dari Sungai Petani mempunyai enam rekod jenayah lampau manakala rakannya yang berusia 23 tahun berasal dari Alor Setar tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini.

“Suspek berusia 38 tahun itu pernah ditahan di Pusat Tahanan Machang, Kelantan sebanyak tiga kali mengikut Ordinan Darurat dan pernah ditahan sebanyak dua kali mengikut Kediaman Terhad di Ulu Yam, Selangor,” katanya.

Mat Daud berkata, penahanan kedua suspek terbabit juga dipercayai dapat menyelesaikan beberapa kes samun sekitar kawasan Sungai Petani, Kulim, Alor Setar dan Baling.

Kedua suspek kini ditahan reman selama seminggu dan kes akan disiasat mengikut seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Seorang lagi rakan mereka melarikan diri kini diburu polis dan pihaknya yakin akan dapat menahan lelaki terbabit dalam masa terdekat ini.


Minta bantuan pakai walkie talkie

Dalam pada itu, Kowamg Heng sempat menggunakan walkie talkie meminta bantuan semasa sedang sembunyi di dalam bilik.

Menurutnya, dia sempat menekan butang walkie itu dan menjerit meminta bantuan sebelum biliknya itu dipecahkan seorang suspek yang mengetahui mangsa sedang membuat panggilan menggunakan alat itu.

“Suspek kemudiannya menumbuk dan menendang badan saya,” katanya.

Sementara itu, Jurucakap Persatuan Prihatin dan Keselamatan Sukarela (PPKS) Baling berkata, dia terkejut kerana terdengar jeritan menerusi walkie talkie itu.

Menurutnya, dia kemudiannya menyemak semua kod panggilan itu untuk mengetahui kedudukan panggilan seterusnya memaklumkan kepada anggota polis.

“Mujur kami sedang membuat rondaan malam. Bila dengar suara kecemasan, saya terus minta bantuan polis,” katanya.

PPKS merupakan sebuah pertubuhan berdaftar di Baling dan menjadikan walkie talkie sebagai alat perhuhungan terutama melibatkan kecemasan.

Syamsul beli rumah RM1 juta persediaan kahwin?

Syamsul Yusof
Syamsul Yusof


KHABARNYA, pengarah muda Syamsul Yusof memang sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Mana tidaknya, dalam usia 30 tahun, pengarah KL Gangster yang juga merupakan pemenang anugerah pengarah filem terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 ini sudah pun mempunyai pelbagai aset, termasuklah baru saja membeli sebuah rumah bernilai lebih RM1 juta di satu lokasi mewah di Kuala Lumpur.

Memetik laporan media tempatan hari ini, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh bapanya, iaitu Datuk Yusof Haslam.

Yusof Haslam yang pada awalnya enggan mengulas mengenai perkara itu kerana menganggap ia urusan keluarga namun mengalah selepas difahamkan media sukar untuk mendapatkan komen Syamsul.

Yusof kemudian tidak menafikan, beberapa persediaan sudah dilakukan oleh anaknya itu sebelum melalui fasa baru kehidupan bergelar suami.

"Tentang rumah itu, lebih baik tanya kepada dia sendirilah.

Bagaimanapun, pada saya tidak salah kalau dia mahu ada aset sendiri, rumah dan kereta sendiri untuk masa depannya.

Sebelum berkeluarga sendiri, dia sudah ada itu semua, jadi itu akan memberi manafaat kepada dirinya dan bakal isteri, serta anak-anak mereka kelak," kata Yusof.

Ujarnya lagi, Syamsul selama ini telah bekerja keras dan tidak salah jika ingin menghargai diri sendiri dengan memiliki rumah kediaman mengikut keupayaannya.

Sinar Harian 

Di Beijing matahari terbit secara maya

Matahari terbit secara maya
Matahari terbit secara maya dipaparkan di sebuah skrin futuristik di Beijing.


SUSULAN kabus tebal yang menyelubungi Bejing sejak beberapa hari lalu, sebuah skrin televisyen komersial besar telah disediakan bagi memberi peluang kepada orang ramai melihat matahari terbit secara maya.

Menurut laporan Daily Mail, penduduk sanggup meninggalkan kediaman dengan memakai topeng muka semata-mata untuk melihat suasana tersebut yang dipaparkan menerusi skrin futuristik gergasi.

Difahamkan, tahap pencemaran udara di negara itu semakin teruk sehingga monitor pencemaran udara mengeluarkan amaran mengarahkan penduduk tidak keluar dari rumah sehingga kualiti udara pulih.

Pihak berkuasa Beijing berkata, jerebu teruk itu turut mengurangkan tahap penglihatan untuk beberapa ratus meter sehingga semalam.

Susulan daripada itu, Datuk Bandar Beijing memutuskan untuk mengurangkan penggunaan arang batu sebanyak 2.6 juta tan, selain memperuntukkan 15 bilion yuan (RM8 bilion) sebagai inisiatif bagi mengatasi masalah pencemaran udara di negara terbabit.

Kerajaan turut mengambil langkah menutup 8,347 syarikat dalam usaha untuk menangani masalah pencemaran itu.


Kaka enggan tumpang populariti Ella

Kaka
Kaka

MELIHAT perlakuan dan imej penyanyi ini akan terus mengingatkan kita kepada Ratu Rock tanah air, Ella. Mana tidaknya, umpama kuah tumpah ke nasi, Kaka merupakan anak kepada arwah abang Ella, Allahyarham Nor Azraff Aminuddin.

Disebabkan itulah, Kaka turut mewarisi bakat nyanyian hebat melalui ibu saudaranya itu.

Kaka yang kini sedang popular dengan lagu duetnya bersama Zizan Razak, Infiniti Cinta berkata, dia bagaimanapun mahu membina nama atas usaha sendiri dan tidak mahu dikatakan menumpang populariti Ella.

Berbeza dengan pembawaan muzik ibu saudaranya, Kaka mahu ketengahkan muzik pop, R&B dan Soul.

“Alhamdulillah, saya mewarisi bakat nyanyian daripada keluarga. Saya juga sangat suka menyanyi dan mahu orang mendengar corak nyanyian dan muzik pilihan saya sendiri,” katanya.

Selain menyimpan impian mahu bekerjasama dengan Datuk M Nasir dan Yuna, Kaka juga mahu meneruskan lagi kolaborasi dengan Zizan.

Baginya, Zizan banyak membantu dan memberi peluang untuknya mengetengahkan bakat. Malah percaturan duet pertama mereka menerusi lagu, Bawaku Pergi pada tahun 2011 mendapat sambutan hebat daripada peminat muzik meskipun tercetus sedikit kontroversi.

Pemilik nama Nor Atiqa Noor Azraff, 24, ini berkata, selepas dua lagu duet itu, dia bakal tampil dengan single solo pertamanya, Terpulanglah.

"Menerusi lagu ini saya mahu sesuatu yang menyerlahkan lagi vokal dan teknik nyanyiannya kepada R&B dan soul.

"Saya harap dengan kehadiran lagu ini peminat akan lebih tahu saya juga berkemampuan membawa nyanyian solo dan bukannya duet saja,” katanya.

Pernah membintangi teater sebelum ini, Kaka turut menyimpan hasrat bergelar pengacara suatu hari nanti.

“Saya mahu menjadi artis serba boleh. Saya yakin, peluang memperluaskan bakat masih terbuka, tambahan saya juga amat meminati dunia lakonan dan pengacaraan,” katanya yang mengakui ada menerima tawaran
mengacarakan sebuah program berbentuk travelog untuk sebuah stesen televisyen.

Ditanya mengenai kekasih hati, Kaka mengakui masih belum menemui calon yang sesuai.

“Buat masa sekarang, saya masih selesa berkawan dengan semua orang. Tapi kalau ditanya tentang lelaki idaman, tentulah saya mahukan seorang yang soleh dan mampu membimbing saya. Dia juga mestilah dapat menerima keluarga saya,” katanya.

Sinar Harian 

Majority still say racial tolerance is still low among Malaysians

Majority still say racial tolerance is still low among Malaysians

KUALA LUMPUR:  Is racial tolerance among Malaysians still low? This was the question posed by Astro Awani in a poll today. Before we go into the results of the poll, let us look into, what is racial tolerance?

Racial tolerance is not having an objection to anyone based on an individual’s race or religion and this is important to ensure no misunderstanding when it comes to race. In this modern day an age, it is somehow clear that co-existence with other racial groups is still not as prevalent as it should be.

Respecting the diverse opinions, race and culture is important to ensure the harmony and peace in a society. But, why is tolerance important?

Tolerance is important as it leads to a peaceful co-existence between different people and ensures a social, economic and emotional prosperity for everyone.

Now going back to the poll, here is what you the readers had to say to this question posed: Is racial tolerance among Malaysians still low? A total of 78.57 readers agreed that it was low while, only 7.14% disagreed. The balance which is 14.29% meanwhile where neutral, where they neither agreed nor disagreed.

So how do we, the people living in a modern society, strive for a better racial tolerance level? Many would agree that racial tolerance should be fostered from a young age. Thus, it is important that parents and the society as a whole be an example for the younger generation as they grow up learning to live in a multi-racial country.

Others methods are by speaking out against racial intolerance (in a proper manner) and to encourage interfaith collaborations between different races. With respect and racial tolerance in mind the world will be a better place to live in and enjoy.

Now going back to the poll, here is what you the readers had to say to this question posed: Is racial tolerance among Malaysians still low? A total of 78.57 readers agreed that it was low while, only 7.14% disagreed. The balance which is 14.29% meanwhile where neutral, where they neither agreed nor disagreed.


Astro Awani 

Jennifer Lawrence mulut celupar?

Jennifer Lawrence mulut celupar?

POPULARITI yang dimiliki bintang cantik, Jennifer Lawrence nampaknya semakin melonjak, apatah lagi pemilik nama sebenar, Jennifer Shrader Lawrence, 24, ini baru sahaja menjulang trofi di Anugerah Golden Globes.

Menariknya, bintang filem American Hustle ini turut mengalahkan nama besar lain termasuk Meryl Streep dalam meraih gelaran Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem tersebut.

Kejayaan itu pastinya menjadi momen indah bagi Lawrence, namun pada masa yang sama, kelantangannya itu turut menimbulkan kontroversi.

Kata-kata Lawrence iaitu, "I beat Meryl" ketika menerima trofi kemenangan di pentas itu nyata memberi persepsi negatif masyarakat terhadapnya.

Malah, sebelum ini, tiada selebriti yang berani membandingkan diri mereka dengan Streep yang sememangnya hebat dan berpengalaman.

Enggan memanjangkan isu berkenaan, Lawrence memberitahu bahawa dia tidak berniat untuk merendahkan kredibiliti pelakon wanita itu.

"Sebenarnya, saya tidak berniat untuk memalukan Streep. Ungkapan itu diambil daripada sebahagian dialog filem, The First Wives Club yang dibintangi Goldie Hawn, Diane Keaton dan Bette Midler pada 1996.

"Dalam filem itu, Brenda (Midler) berkata pada Elise (Hawn): "Jika kamu sudah jadi pelakon hebat, kamu akan dapat Oscar sebagai buktinya."

"Bila Brenda berjaya, dia berkata: "I beat Meryl". Itu sahaja, tiada sebarang niat buruk," jelasnya.

Selain itu, Lawrence juga turut menyelitkan beberapa ucapan kepada keluarga dan teman terdekatnya.

"Saya berterima kasih kepada abang saya, Ben dan Blaine. Tanpa mereka, saya tidak akan berada di sini," katanya.



Bakal berkahwin?


Walaupun pernah mengakhiri hubungannya bersama Nicholas Hoult pada Januari tahun lalu, namun kini Lawrence kembali ke pangkuan kekasihnya itu.

Pernah menghabiskan masa libur bersama, Lawrence juga turut dibawa mendekati keluarga Hoult pada pertengahan tahun lalu.

Malah, ketika menghadiri anugerah berprestij itu, Lawrence turut ditemani Hoult. Ketika namanya diumumkan sebagai pemenang, Lawrence mendapatkan kekasihnya dan memberi ciuman.

Menurut Lawrence, hubungan yang terbina itu membuktikan bahawa dia dan Hoult masing-masing memerlukan antara satu sama lain.

"Kami pernah bersama tiga tahun lalu dan putus pada awal 2013. Namun, kami cuba memperbaiki hubungan itu kembali.

"Buat masa ini, kami sedang menikmati saat-saat indah bersama, namun masih tiada perbincangan untuk ke fasa yang seterusnya iaitu berkahwin.

"Cukuplah dengan kebahagiaan yang kami kecapi kini," katanya yang mula berkenalan ketika membintangi filem, X Men: First Class.

Sinar Harian 

Ongkili mahu punca gangguan elektrik diteliti

Maximus Ongkili
Maximus Ongkili

TAWAU - Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta Suruhanjaya Tenaga (EC) meneliti punca gangguan bekalan elektrik di seluruh Sabah.

Beliau berkata pihaknya meminta kedua-dua agensi agar segera membuat penelitian berkenaan kerana menurut Jurutera Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), kejadian itu tidak seharusnya berlaku.

Ongkili berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri perasmian pejabat Parlimen Tawau di Bandar Sri Indah di sini hari ini.

Gangguan itu berlaku pada 11.05 pagi ini serta menjejaskan kira-kira 500,000 pengguna di negeri ini, namun pihak SESB melaksanakan kerja pemulihan dan berjaya memulihkan bekalan secara berperingkat mulai 12.15 tengah hari.

Bekalan elektrik di Ranau pulih sepenuhnya pada 12.15 tengah hari diikuti Tawau dan Labuan (1 tengah hari), Keningau (1.50 tengah hari) Semporna (1.55 tengah hari).

Sehingga 3 petang, bekalan elektrik di Kota Kinabalu pulih 70 peratus dan gangguan itu dijangka dipulihkan sepenuhnya pada kira-kira 6 petang. - Bernama

Toleransi kaum masih rendah di Malaysia

KUALA LUMPUR:  Adakah toleransi kaum di kalangan rakyat Malaysia masih kurang? Ini adalah soalan yang diketengahkan oleh Astro Awani di dalam poll hari ini. Sebelum kami mengumumkan keputusan, marilah kita menjawab soalan ini: apa itu toleransi kaum?

Toleransi kaum tidak mempunyai bantahan kepada sesiapa berdasarkan bangsa seseorang individu atau agama dan ini adalah penting untuk memastikan tiada salah faham akan berlaku dalam isu perkauman. Dalam zaman moden ini, jelas kelihatan bahawa kehidupan bersama kaum-kaum lain dengan harmoni masih lagi tidak sempurna seperti yang diharapkan.

Menghormati pendapat, kaum dan budaya yang lain adalah penting untuk memastikan keharmonian dan keamanan dalam masyarakat. Tetapi, mengapa toleransi penting?

Toleransi adalah penting kerana ia membawa keamanan untuk pelbagai kaum dan memastikan kemakmuran sosial, ekonomi dan emosi untuk semua.

Kembali ke poll Astro Awani, ini adalah pendapat pembaca kami: Adakah toleransi kaum di kalangan rakyat Malaysia masih berkurangan? Sebanyak 78.57 pembaca bersetuju bahawa ia masih berkurangan, manakala 7.14% tidak bersetuju. Baki 14.29% adalahneutral, di mana mereka bersetuju dan tidak bersetuju.

Jadi bagaimana kita, rakyat yang hidup dalam masyarakat moden, boleh berusaha untuk meningkatkan tahap toleransi yang lebih di antara kaum? Ramai bersetuju bahawa toleransi kaum perlu dipupuk dari usia yang muda. Oleh itu, adalah penting bagi ibu bapa dan masyarakat secara keseluruhan menjadi contoh bagi generasi muda kerana mereka membesar untuk hidup dalam sebuah negara berbilang kaum.

Kaedah lain adalah dengan bersuara untuk  menentang sifat perkauman (mengikut cara yang betul) dan untuk menggalakkan kerjasama di antara kaum. Dunia ini akan menjadi lebih indah jika ramai saling menghormati di antara satu sama lain dan mempunyai sifat toleransi.


Astro Awani 

Pang Ah Ngang dan guru besar mohon maaf secara terbuka

KOTA TINGGI: Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, (SJKC) Nan Ya, Pang Ah Ngang, 72 tahun dan guru besar, Chiew Swee Tuan hari ini meminta maaf secara terbuka kepada guru Cina muallaf yang diminta membuka tudungnya.

Permohonan maaf itu dibuat di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama di hadapan guru terbabit, Choi Yi Shan, 25 tahun yang masih merahsiakan nama Islamnya.

Hadir sama, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Mohamad Fadil Ishak; Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman dan Penghulu Mukim Johor Lama, Mohd. Nazri Kasmin.

Sementara itu, Bernama melaporkan ketua-ketua masyarakat di Teluk Sengat di sini menganggap isu berkenaan ugutan dan paksaan terhadap seorang guru mualaf di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina supaya membuka tudung selesai apabila pihak lembaga pengurusan sekolah itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka hari ini.

"Jika ia berpanjangan, tidak mustahil nanti akan berlaku perbalahan sedangkan ia boleh diselesaikan dengan cara toleransi antara dua pihak.

"Satu pihak memohon maaf atas dasar kejahilannya dan satu pihak lagi memaafkan atas dasar sifat sebagai seorang muslim dan bersangka baik," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Astro Awani