Monday, 18 November 2013

Liam Hemsworth 'playboy'?

Miley Cyrus dan Liam Hemsworth
Miley Cyrus dan Liam Hemsworth


UMUM mengetahui, hubungan cinta pasangan selebriti, Miley Cyrus dan Liam Hemsworth, kecundang pada September lalu setelah empat tahun bersama.

Kecurangan Hemsworth bersama ibu tunggal, January Jones, sememangnya membawa luka di hati Cyrus sehinggakan pelantun lagu, The Climb, ini nekad membawa diri.

Kini, masing-masing menjalani kehidupan tanpa memerlukan antara satu sama lain, malah pada masa yang sama, Cyrus tampil dengan imej liar dan seksi sejurus perpisahan itu.

Pun begitu, tidak kurang juga dengan Hemsworth apabila bintang kacak ini sering dipalitkan mempunyai hubungan bersama wanita lain termasuk penyanyi Mexico, Eiza Gonzales.

Walaupun ramai wanita yang mendambakan pelakon filem, The Hunger Games, ini, namun hatinya masih tertutup untuk mana-mana wanita.

"Sehingga kini, saya masih keseorangan dan tidak memiliki teman hidup. Ada baiknya saya menjalani kehidupan seperti ini tanpa dikawal mana-mana wanita.

"Semua wanita yang mendampingi saya hanyalah kawan biasa dan tidak pernah lebih daripada itu," katanya.


Masih diburu Cyrus

Walaupun hubungan Cyrus dan Hemsworth telah putus, namun ada sumber memberitahu Cyrus masih mengejar Hemsworth di saat ini.

Berita mengenai kontroversi dan penyebaran gambar mesra Hemsworth bersama wanita lain sedikit sebanyak memberi tekanan buat Cyrus.

Pun begitu, Hemsworth tetap berpegang kepada pendiriannya untuk tidak memberi hatinya kepada Cyrus lagi.

"Dia (Cyrus) ada kehidupan sendiri, begitu juga dengan saya. Kami juga tidak mengikuti perkembangan masing-masing.

"Biarkan pengalaman lalu berakhir dengan kenangan," katanya lagi.


Sinar Harian

Gadis mualaf mati disyaki didera keluarga angkat

Gadis mualaf maut disyaki didera keluarga angkat
Seorang anak lelaki suspek memberitahu tidak ada gambar mangsa kerana "semuanya telah dibawa ke balai".

LANGKAWI:  Seorang gadis mualaf Nur Salina binti Abdullah, 18 tahun berketurunan Cina dari Kampung Belanga Pecah, Langkawi yang dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Besar Langkawi tiga hari lepas kerana disyaki didera oleh keluarga angkatnya dilaporkan meninggal dunia jam 8.40 malam tadi.

Kematian gadis malang itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Kedah, ACP Mohd Nashir Ya.

Pihak media yang cuba untuk mendapatkan visual Allahyarham sejak petang bagaimanapun tidak dibenarkan oleh pihak hospital merakam visual walau pun hanya berada di kawasan kecemasan.

Kesukaran untuk mendapatkan visual menyebabkan kru media kemudiannya beralih ke tempat tinggal mangsa kira-kira 10 kilometer dari hospital yang juga merupakan sebuah kedai makan.

Kedai makan terbabit diusahakan oleh keluarga tersebut di Kampung Belanga Pecah, Kisap, Langkawi.

Petang tadi, menurut jiran yang enggan namanya disiarkan memberitahu ayah dan ibu angkat mangsa berketurunan India Islam yang merupakan suspek utama telah pun ditahan reman pihak polis dua hari lalu.

Difahamkan mangsa telah dijaga oleh keluarga angkatnya sejak berumur empat tahun namun hanya memeluk Islam sejak setahun lepas.

Suspek, bapa angkat dikatakan seorang yang garang dan turut juga mempunyai tiga anak sendiri iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.

Keluarga tersebut berasal dari Pulau Pinang dan telah berhijrah ke Langkawi setahun lepas serta menjalankan perniagaan di sini.

Semasa berada di premis tersebut kelihatan seorang anak lelaki suspek namun setelah ditanya, beliau tidak mahu memberi maklumat lanjut hanya memberitahu tidak ada gambar Nur Salina kerana “semuanya telah dibawa ke balai”.

Menurut jiran tersebut, mangsa seorang yang baik dan pendiam namun sejak empat hari lepas kelihatan tidak sihat dengan keadaan kaki yang bengkak semasa sedang menyidai baju di bahagian belakang premis kedai makan terbabit.



ASTRO Awani

Pattinson-Stewart bakal kahwin?

Pattinson-Stewart bakal kahwin?

PASANGAN selebriti terkenal, Robert Pattinson dan Kristen Stewart yang dikenali menerusi filem Twilight dikhabarkan akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Biarpun hubungan keduanya sering terputus dan bertaut kembali, nampaknya mereka telah mengambil keputusan untuk lebih serius.

Menurut sumber, aktres jelita itu mencadangkan agar mereka kahwin lari dan Pattinson menimbangkan perkara tersebut.

"Mereka berbincang mengenai masa depan dan memutuskan untuk hidup bersama.

"Perkahwinan salah satu topik yang dibualkan, mereka tidak mungkin dapat dipisahkan lagi," jelas sumber itu.

Sinar Harian

Google blocks child porn from 100,000 searches

Google blocks child porn from 100,000 searches


LONDON:  Google boss Eric Schmidt said Monday that the tech giant had developed new technology that makes it harder to find child sexual abuse images on the web.

Writing in British newspaper the Daily Mail, Google's executive chairman said more than 100,000 searches would no longer feature such material in their results.

The restrictions will initially apply to English-speaking countries but will be expanded to the rest of the world and 158 other languages within six months.

The announcement comes ahead of Monday's Internet Safety Summit at Prime Minister David Cameron's Downing Street office, where Google and Microsoft will be joined by other Internet firms.

In July, Cameron urged search engines to go further in blocking surfers from accessing illegal images.

Schmidt wrote: "While society will never wholly eliminate such depravity, we should do everything in our power to protect children from harm."

He said that in the last three months, Google had put more than 200 staff working on developing new technology to tackle the problem.

"We've fine tuned Google Search to prevent links to child sexual abuse material from appearing in our results," he wrote.

"While no algorithm is perfect -- and Google cannot prevent paedophiles adding new images to the web -- these changes have cleaned up the results for over 100,000 queries that might be related to the sexual abuse of kids.

"We will soon roll out these changes in more than 150 languages, so the impact will be truly global."

Schmidt said warnings from the California-based Internet giant were now showing at the top of results for more than 13,000 searches. The alerts also make clear that child sexual abuse is illegal and give advice on where to get help.


He also said Google had developed technology that allowed illegal videos to be 'tagged' so all duplicate copies can be removed across the web.

"We welcome the lead taken by the British government, and hope that the technologies developed (and shared) by our industry will make a real difference in the fight against this terrible crime," said Schmidt.JKM

Astro Awani

Akibat lamaran ditolak, anggota polis lepas tembakan

Anggota polis lepas tembakan kerana lamaran ditolak

KAJANG:  Kerana lamarannya ditolak, seorang anggota polis melepaskan lima das tembakan setelah bergelut dengan ahli keluarga teman wanitanya di Kajang.

Dalam kejadian sekitar jam 8 pagi itu, abang teman wanitanya Solomon Stallin a/l Tholiletholan berusia 25 tahun terkena satu tembakan di bahu dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil di Hospital Kajang.

Ketika kejadian suspek Samuel a/l John Moses berusia 27 tahun seorang anggota polis dari Balai Polis Bandar Baru Bangi telah pergi ke rumah teman wanitanya tetapi tidak dibenarkan masuk oleh ibu bapa wanita terbabit.

Ekoran daripada itu, berlaku perselisihan faham antara suspek dan keluarga teman wanitanya sejak beberapa hari lalu.

Bengang dengan situasi terbabit, suspek melepaskan lima das tembakan ke rumah dan satu das terkena mangsa.

Suspek kemudian melarikan diri bagaimanapun kemudian berjaya ditahan tiga jam kemudian di perkarangan Mahkamah Kajang dan pistol miliknya dirampas.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengarahkan siasatan terperinci dilakukan berhubung kes melibatkan anggota tersebut.

Siasatan awal mendapati anggota polis terbabit tidak memulangkan senjata api yang digunakan selepas bertugas dalam sekatan jalanraya awal pagi tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.


Astro Awani

Ugut sembelih isteri, dapat 3 tahun penjara

KOTA BHARU - Padah berkelakuan agresif dengan mengacu golok dan mengugut untuk menyembelih isteri, seorang buruh dijel tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Majistret, Nik Habri Muhamad mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan selepas mendengar keterangan impak mangsa.

Tertuduh, Norbaharuddin Awang, 33, mengaku salah mengugut sambil mengacu golok terhadap Azlinnah Abdullah, 33, di sebuah rumah di Kampung Pagut, Ketereh di sini, jam 3.30 petang 30 Oktober lalu.

Kejadian berpunca selepas pasangan itu berselisih faham kerana tertuduh mendakwa isterinya itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Walaupun mangsa menafikannya, pertengkaran mulut terus berlaku sehingga leher mangsa dicekik dan ditampar di pipi kiri serta kanan.

Belum berpuas hati dengan tindakannya itu, tertuduh kemudian mengacu golok dan mengugut untuk menyembelih mangsa pula.

Akibat ketakutan, mangsa membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan tertuduh, sehari selepas itu.

Pada prosiding semalam, tertuduh memohon hukumannya diringankan kerana telah insaf dan masih menanggung keluarga.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya negeri, meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal berikutan kesalahan serius yang berlaku dalam rumah tangga dan semakin berleluasa.

“Tindakan tertuduh menyebabkan mangsa kegentaran, takut dibunuh,” katanya.

- Sinar Harian 

Belum ada pengurangan subsidi bahan api lagi

Belum ada pengurangan subsidi bahan api lagi - Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR:  Kerajaan tidak bercadang untuk mengumumkan pengurangan subsidi bahan api terlebih dahulu kerana harga pasaran produk petroleum sukar untuk dijangka.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata, harga tersebut tertakluk kepada harga minyak mentah dunia yang tidak menentu dan berubah setiap hari.

“Pengumuman yang terlalu awal boleh menyebabkan aktiviti spekulasi seperti pengumpulan stok bahan api (hoarding activity) di mana keadaan ini adalah salah satu bentuk pembaziran tenaga,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad Maslan berkata demikian semasa menjawab soalan daripada ahli Parlimen Labis yang bertanya samada bolehkah kementerian mempertimbangkan suatu mekanisme yang telus supaya rakyat dapat menjangka bila subsidi akan dikurangkan terutamanya subsidi bahan api.

Ahmad Maslan berkata, rasionalisasi subsidi dilaksanakan dengan berhati-hati terutamanya dalam persekitaran ekonomi global yang mencabar bagi memastikan kesan yang minimum dan tidak membebankan rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah.

"Dalam persekitaran luar yang tidak menentu, kebanyakkan negara telah mengambil langkah-langkah drastik untuk mengurangkan defisit fiskal mereka termasuk mengurangkan subsidi dengan kadar ketara.

"Namun begitu, Malaysia mengambil pendekatan secara berperingkat bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang berterusan dan pada masa yang sama memastikan kesejahteraan rakyat tidak terjejas,” katanya.

Ahmad Maslan turut berkata, kerajaan sentiasa menekankan bahawa sistem pemberian subsidi di Malaysia perlu distruktur semula agar pemberian subsidi menjadi lebih focus dan menepati kumpulan sasar.

"Langkah rasionalisasi subsidi dilaksanakan secara pukal, yang membawa banyak ketirisan kepada subsidi yang bersasar.

"Di bawah prinsip ini, pemberian subsidi akan tetap diteruskan tetapi akan disasarkan hanya kepada golongan yang benar-benar memerlukan," katanya.


Sumber: Astro Awani

Polis Johor nafi kehilangan sekumpulan remaja di Villa Nabila

Polis Johor nafi kehilangan sekumpulan remaja di Villa Nabila
JOHOR: Sebahagian penduduk Johor Bahru gempar mengenai kehilangan misteri sekumpulan 30 remaja di Villa Nabila berdekatan Teluk Danga, Johor Bahru.

Dakwaan kononnya 7 daripada 30 remaja itu telah ditemui turut heboh diperkatakan di laman sosial sejak awal pagi tadi.

Ekoran penyebaran cerita tersebut di laman sosial, villa yang dikatakan mempunyai aktiviti paranormal itu menjadi perhatian orang awam.

Polis Johor bagaimanapun menafikan dakwaan kehilangan kumpulan remaja terbabit yang kononya hilang selepas memasuki villa tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Abdul Samad Salleh berkata pihaknya hanya menerima satu laporan polis berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun yang gagal pulang ke rumah sejak Sabtu lalu yang didakwa memasuki Villa Nabila di sini.

Katanya selepas menerima laporan tersebut satu gerakan mencari telah dilakukan.

Operasi mencari remaja berasal dari Majidee itu masih diteruskan dan disiasat dibawah kes orang hilang.

  

Sumber: Astro Awani 

Mahu bersemuka dengan peragut

Mahu bersemuka dengan peragut
Norain menunjukkan beg kerja milik ibunya yang cuba diragut penjenayah sehinggakan menyebabkan kematian.

Mahu bersemuka dengan peragut
Norain (kiri, sekali) dan bapanya, Md Yusof Abdullah (dua, kiri) menerima kunjungan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tampin, Ridzuan Ahmad (kanan) dan rombongan.


SEREMBAN – “Inilah beg kerja milik emak yang mereka (peragut) mahukan sangat. Saya boleh bagi beg ini jika mereka minta tetapi saya amat kesal dengan tindakan mereka yang agresif itu (tendang), kerana dengan tindakan itu telah mengakibatkan kematian emak saya,” kata anak mangsa ragut, Norain Mohd Yusof, 23.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 3.55 petang kelmarin, Jamariah Ahir, 65, yang membonceng motosikal yang ditunggang anak perempuannya, Norain cuba diragut dua suspek yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss.

Mangsa yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah bank di sini terjatuh selepas suspek menendang motosikal dinaiki apabila gagal meragut beg tangannya.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala manakala Norain hanya cedera ringan.

Norain berkata, beg kerja ibunya memang diletakkan di bakul motosikal.

“Bagaimanapun, dalam beg kerja emak tidak ada barang berharga langsung.

"Hanya ada bekal makanan, bedak, tisu dan gincu milik emak kerana waktu kejadian itu, dompet emak tidak diletakkan dalam beg itu tetapi sebaliknya di dalam poket seluar,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan rombongan wakil Pemuda UMNO Negeri Sembilan di rumahnya di Kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) Jalan Tuanku Kursiah, Sikamat dekat sini, semalam.

Menceritakan mengenai kejadian itu, Norain berkata, dia sama sekali tidak menyedari kehadiran motosikal yang secara tiba-tiba menghimpit motosikalnya di sebelah kanan.
“Kemudian, saya nampak tangan salah seorang peragut cuba mengambil beg yang diletakkan dalam bakul motosikal.

"Saya gagal mengawal motosikal sebelum peragut bertindak menendang motosikal dan mengakibatkan kami berdua terjatuh," katanya.

Tambah Norain, ketika itu, dia cuba mencari ibunya dan tidak menghiraukan peragut berkenaan.

"Saya terkejut apabila melihat emak terbaring di atas jalan raya dalam keadaan kepala tertangkup.

“Saya cuba mendapatkan emak dan memeriksa nadinya. Ketika itu nadinya bergerak perlahan sebelum pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian,” katanya.

Dia yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) berkata, kejadian yang menimpa ibunya amat menyayat hati kerana kejadian berlaku di hadapan matanya sendiri.

“Susah mahu gambarkan perasaan pilu saya selepas pemergian emak. Saya memang rapat dengan emak dan memang selalu mengambil emak di tempat kerjanya jika saya bekerja syif pagi,” katanya.

Katanya, dia mahu pihak berkuasa menegakkan keadilan bagi pihak keluarganya dan membawa peragut terbabit ke muka pengadilan.

“Sebelum itu, saya mahu bersemuka dengan peragut yang menyebabkan kematian emak dan ingin bertanya kepada mereka, puas hati ke mereka buat macam ini,” katanya.

Norain turut memberitahu, ibunya ada menceritakan mengenai mimpi pelik yang dialaminya sehari sebelum kejadian berlaku.


Sumber: Sinar Harian

Marsha: Babak ranjang?

Marsha
Marsha

Marsha: Babak ranjang?


Begitulah yang dilalui oleh penyanyi yang juga pelakon, Marsha Milan Londoh apabila adegan ‘panas’ melibatkan dia dan Wan Hanafi Su dalam filem Laga, arahan Ismail Yaacob menimbulkan kontroversi. Ini kerana Marsha dikatakan sangat berani mendedahkan sebahagian dadanya dan menjayakan adegan ranjang.

Ramai yang berpendapat pelakon muda itu sanggup berbuat demikian kerana terdesak ingin mengecap populariti kembali seperti dulu sekali gus mahu penerbit lain melihat potensi dan keberanian yang ditunjukkannya.

Bagaimanapun, aktres kelahiran borneo ini menyangkal kenyataan itu.

Katanya, tidak timbul soal ingin populariti kembali seperti dulu, atau dia terdesak berbuat begitu semata-mata ingin penerbit lain mengambilnya untuk berlakon selepas ini.

“Saya ingin memperbetulkan sedikit persepsi kolot sesetengah orang. Bagi saya, lakonan itu mempunyai seni tersendiri yang tidak mampu ditafsirkan dengan mudah atau dilihat dengan mata kasar.

“Pada dasarnya, saya sudah diberitahu oleh pengarah Laga, tentang adegan ini. Awal-awal lagi saya sudah berbincang tentang teknik pengarahan untuk babak ini.

"Sebenarnya, babak ini dihasilkan berpaksikan kepada jalan cerita. Bukan sengaja diwujudkan bagi mempopularkan filem ini bagi meraih ‘box-office’ atau sebagainya,” katanya pelakon yang pernah popular dengan drama televisyen internet Kerana Karina ini.

Menurutnya, jika sesiapa sahaja yang menonton filem ini dan memahami plot keseluruhan cerita, maka baru akan tahu mengapa perlu dan pentingnya adegan ini.

Pelakon berketurunan Kadazan-Dusun meminta orang ramai tidak melatah atau membuat andaian sendiri hanya kerana babak ini.

“Sebagai pelakon, saya puas dapat merealisasikan watak ini seperti yang dikehendaki oleh pengarah. Saya tidak mahu memandang hal ini sebagai satu tembok untuk saya memperbaiki mutu lakonan saya.

“Yang pasti, peluang berlakon dan bekerjasama dengan aktor-aktor seperti Wan Hanafi Su, Datuk Rosyam Nor, Eman Manan sudah dianggap satu penghormatan kepada orang seperti saya yang ingin meningkatkan kualiti lakonan dari semasa ke semasa,” katanya yang tidak nampak adegan itu sebagai kesalahan besar kerana mengikut prosedur lakonan.

Sorok identiti kekasih

Dalam pada itu, kisah percintaan Marsha kembali menjadi perhatian apabila bekas kekasih Kefli AF ini sekali lagi memilih jejaka Melayu sebagai pasangan.

Biarpun berusia dua tahun lebih muda darinya, namun Marsha tidak menganggap ia sebagai satu halangan mereka menjalinkan hubungan yang lebih serius.

“Saya suka lelaki yang matang dan bersifat pelindung kepada pasangannya. Saya kenal dia pun dah lama, lebih kurang tujuh tahun. Tapi baru empat bulan lalu kami menjalinkan hubungan yang lebih serius.

“Bagaimanapun atas pengalaman lalu, saya tidak mahu dedahkab identitinya sehinggalah hubungan kami benar-benar pasti. Maksud saya ke alam perkahwinan, “ katanya.

Di tebak bilakah dia mahu menamatkan zaman bujang memandangkan akan menginjak ke usia 28, tahun depan, Marsha berkata dia tidak mempunyai sebarang sasaran ke arah itu.

“Dulu saya sasar nak kahwin pada usia 25 tahun tapi tak tercapai. Jadi kini saya tak mahu letak sebarang sasaran. Bimbang bila dah sampai target, saya tak kahwin, ia akan menjadi tekanan kepada saya,” jelasnya.

Masih menyanyi

Dalam pada itu, berkongsi perkembangan terbarunya, Marsha berkata, dia baru saja muncul dengan single terbaru, Jujur Bilang Cinta yang juga hasil ciptaannya sepenuhnya.

Menurut Finalis Akedemi Fantasia musim ketiga ini, dia akan terus mempromosikan Jujur Bilang Cinta dan sebuah lagi singlenya yang berjudul Bebaskan.

Katanya, walaupun dia banyak terlibat dalam dunia lakonan, namun, nyanyian adalah merupakan prioritinya.

“Saya tidak mahu mensia-siakan kebolehan bermain piano dengan menghasilkan lagu dan lirik sebagai kelangsungan saya sebagai anak seni.

“Saya juga sering diundang menjayakan persembahan korporat yang tidak mendapat liputan media. Mungkin kerana itu, ramai menganggap saya sudah tidak aktif dalam bidang nyanyian, sedangkan hakikatnya saya mempunyai minat yang mendalam untuk merancang kerjaya nyanyian saya.

“Saya juga sedang berjinak-jinak dengan dunia penggubahan lagu sekarang dengan menghasilkan beberapa buah lagu untuk dinyanyikan sendiri atau diberikan kepada penyanyi lain yang berminat. Saya akan merakam lagu ciptaan saya hujung bulan ini di Jakarta dengan Randy Pangalila bertanggungjawab sebagai pengubah muzik ,” katanya yang sangat meminati dunia nyanyian.

Selain itu, Marsha terlibat dalam filem animasi terbitan Walt Disney Studios bertajuk Frozen: Anna & Permaisuri Salji yang mana suaranya digunakan untuk watak Elsa.

“Menariknya, saya diberi peluang keemasan untuk menyanyikan lagu tema filem ini yang alih bahasa Melayu, Bebaskan. Dalam versi Inggeris, lagu ini dinyanyikan oleh Demi Lovato berjudul Let It Go,” katanya.

Sementara itu, filem lakonannya, Laga bakal ditayangkan pada 23 Januari 2014 nanti. Selain tiga lagi filemnya bakal ditayangkan pada tahun sama iaitu 7UJUH, Juanita dan Pak Pong.

Marsha juga mahu menceburi bidang perniagaan. Katanya, dia bersama seorang teman baiknya yang sudah memulakan rancangan menghasilkan t-shirt sendiri. Dimana t-shirt itu yang menampilkan variasi corak menarik yang tidak seperti t-shirt biasa yang dijual di pasaran.

Katanya, setiap corak yang dihasilkan adalah hasil idea perkongsian bersama dan rakan baiknya.

“Kalau tiada aral, tahun depan rasanya perniagaan menjual t-shirt ini akan direalisasikan. Dan saya akan menjualnya secara online saja,” katanya yang turut merancang untuk membuka sebuah kafe bersama keluarganya di Sabah tidak lama lagi.


Sumber: Sinar Harian

Faizul juara Akademi Fantasia 2013

Faizul juara Akademi Fantasia 2013

KUALA LUMPUR:  Selepas bersaing sengit selama sembilan minggu, akhirnya Faizul, atau Mohd Faizul Sani, 28 tahun, dari Sabah dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia 2013 pada konsert akhir rancangan realiti televisyen itu di Stadium Negara malam tadi.

Faizul mengetepikan cabaran lima lagi peserta dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, kontrak rakaman yang bernilai RM100,000 beserta trofi.

Tempat kedua pula dimenangi duo Azhael, yang mendapat hadiah wang tunai RM30,000 dan trofi manakala Amira menduduki tempat ketiga dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000.

Sementara itu, Indah berjaya menduduki tempat keempat dengan menerima wang tunai RM10,000 manakala Nabila di tempat kelima dengan hadiah wang tunai RM5,000 dan trofi. Seorang lagi peserta Aishah sekadar di tempat keenam.

Datuk Siti Nurhaliza yang turut mewakili semua Inspirer AF2013 menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.

Astro Awani

Faizul Juara Akademi Fantasia 2013

Bintang Akademi Fantasia dari Sabah, Faizul muncul juara AF 2013 mengatasi 5 finalis yang lain dalam pertandingan akhir pada malam 17 November 2013 yang disiarkan secara langsung di ASTRO.




Kedudukan pada akhir konsert:

Juara          :Faizul
Naib Juara : Azhael
Ketiga        : Amira
Keempat   :Indah
Kelima      : Nabila
Keenam    : Aisyah

Tahniah kepada semua!


Sumber: ASTRO Awani Live

Akhirnya Zahida pilih lelaki bujang


PENGAKUAN terbaharu Zahida Rafik segera menepis spekulasi selama ini yang mendakwa dirinya sudah berkahwin dan menjalin hubungan dengan orang kenamaan.


ZAHIDA RAFIK sepi di lapangan karier seni namun namanya seringkali terpalit dengan kisah-kisah panas. Persoalan tentang hidup mewah hasil tajaan orang kenamaan yang sering ditujukan kepadanya kini bagai sudah berakhir.

Pada usia 38 tahun, Zahida tidak perlu membuktikan dari mana kemewahan yang dimiliki sementelah dia sendiri menceburi bidang perniagaan kecantikan dan makanan sejak sekian lama.

Khamis lalu, Zahida mengejutkan banyak pihak apabila secara terus-terang membuka kisah cintanya yang sudah berlangsung sejak lapan tahun lalu. Jauh daripada segala spekulasi yang mendakwa Zahida mempunyai hubungan sulit dengan suami orang, pelakon yang pernah dikenali menerusi filem Anak Mami The Movie turut membuat pengakuan untuk berkahwin pada tahun depan namun bakal suaminya itu bukanlah orang politik. Lelaki yang digambarkan sebagai ahli perniagaan yang berasal dari Johor itu juga bukanlah berstatus suami ataupun duda.

"Saya sudahpun mempunyai teman istimewa yang juga seorang ahli perniagaan yang dikenali sejak lapan tahun lalu. Insya-Allah kami juga merancang berkahwin pada tahun depan.

"Tidak perlulah saya dedahkan identiti si dia buat masa ini. Apa yang boleh saya katakan dia hanya orang biasa dan bukan berstatus Datuk mahupun VIP. Dia juga baru berumur 41 tahun, masih bujang dan bukan suami orang," jelas Zahida yang ditemui dalam majlis Baby Shower Betty Benafe di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Masih berahsia tentang lelaki yang sudah menakluk hatinya itu, kata Zahida, biarlah perkara itu hanya diperkenalkan kepada umum apabila tiba waktu yang tepat.

Menyimpan kisah peribadi bukan untuk tatapan umum, Zahida ternyata seorang berahsia. Jika tidak, masakan teman baiknya sendiri, Datin Paduka Umie Aida turut melahirkan rasa terkejut sebaik sahaja pengakuan Zahida itu hanya diketahui dari dada akhbar.

"Saya agak terkejut dengan pengakuan Zahida, memang kami kawan rapat tetapi setakat ini dia tidak pula bercerita tentang perancangannya untuk berkahwin. Saya pun tahu berita ini setelah membaca dari surat khabar. Apa-apa hal, sebagai kawan, saya berdoa agar segala perancangan Zahida akan berjalan lancar. Saya tumpang gembira untuk dia," jelas Umie sebaik sahaja diminta mengulas mengenai khabar gembira teman baiknya.


Sumber