Thursday 30 April 2015

Harga minyak kekal tidak berubah bagi Mei 2015

Harga tidak berubah bagi bulan ketiga berturut-turut, dengan petrol RON95 kekal pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter.

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Mei 2015 akan kekal pada paras semasa, menurut jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kepada Bernama hari ini.

Harga tidak berubah bagi bulan ketiga berturut-turut, dengan petrol RON95 kekal pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter.

Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Mei.

Penerbit filem Julie Dahlan meninggal dunia



Penerbit filem, Julie Dahlan meninggal dunia di Hospital Ampang pada jam 7.30 malam ini. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Penerbit filem, Julie Dahlan meninggal dunia di Hospital Ampang pada jam 7.30 malam ini.

Julie, 62, atau nama sebenarnya Junaidah Dahlan, dikatakan menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah buah pinggang, lapor Berita Harian.

Allahyarham yang menderita sakit buah pinggang tahap kronik perlu melakukan rawatan dialisis tiga kali seminggu setelah keadaan beliau semakin serius sejak setahun lalu.

Sementara itu, kalangan selebriti tanah air dan ahli politik mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham di media sosial Twitter.

- Sumber: Astro Awani 

Adeline Tsen nafi bercinta dengan Harris Baba

ADELINE (kanan) menjelaskan tiada hubungan istimewa dengan Harris Baba dan mereka hanyalah sekadar teman biasa saja.

KUALA LUMPUR : Pelakon Adeline Tsen mengakui terkejut apabila timbul gosip mengatakan beliau sedang hangat bercinta dengan pendatang baru, Harris Baba. Beliau menjelaskan tiada hubungan istimewa antara mereka dan mereka hanyalah sekadar teman biasa saja.

Bahkan, pelakon berasal dari Sabah ini meminta agar pihak yang memulakan gosip percintaan itu seharusnya bertanyakan kepada beliau terlebih dahulu sebelum terus membuat kesimpulan sendiri.

"Kontroversi yang timbul adalah tidak benar sama sekali kerana kami adalah kawan rapat saja. Malah, saya hanya memuat naik dua keping gambar bersama Harris dan terus dikatakan bercinta.

ADELINE Tsen (kiri) kenal Harris pada tahun lepas melalui Ryzal Jaafar di salah sebuah majlis.

"Kami kenal pada tahun lepas melalui Ryzal Jaafar di satu majlis. Takkanlah setiap kali saya berkawan dengan lelaki saja mesti dikaitkan dengan hubungan cinta.

"Lagipun saya akui mempunyai lebih ramai kawan lelaki dan Harris adalah salah seorang daripada mereka. Namun saya tidak terkesan pun dengan gosip itu kerana saya tahu kebenarannya," kata Adeline kepada BH Online.

Harris yang turut berada di samping Adeline ketika ditemui turut mengiyakan kenyataan yang diberikan oleh rakan artisnya itu. Beliau berpendapat bahawa pendatang baru sepertinya harus fokus kepada kerjaya semata-mata.

Jejaka berusia 24 tahun itu menjelaskan beliau turut menangguhkan pelajarannya di sebuah politeknik di Singapura atas nasihat pihak pengurusannya.

"Fokus saya buat masa ini adalah muzik. Saya pun masih baru dalam industri seni ini malah kumpulan Carla yang menampilkan saya selaku vokalis pun belum diperkenalkan kepada umum lagi.

"Saya juga menangguhkan pelajaran saya dalam bidang kejuruteraan di Singapura untuk memberikan sepenuh tumpuan kepada bidang nyanyian," kata Harris.

- Sumber: BH Online 

Australian mum faces death penalty as chemist's report confirms drug

Maria Elvira Pinto Exposto, a 52-year-old mother of four, was arrested on December 7 at Kuala Lumpur airport with 1.1 kilograms of ice.

SEPANG: An Australian woman faces a possible death sentence for drug trafficking in Malaysia after a prosecutor said Thursday a chemist's report confirmed the substance found in her bag was crystal methamphetamine.

Maria Elvira Pinto Exposto, a 52-year-old mother of four, was arrested on December 7 at Kuala Lumpur airport with 1.1 kilograms (2.4 pounds) of the drug, also known as ice, court documents showed.

Prosecutor Hasifulkhair Jamaluddin told the magistrate's court that Exposto had been trafficking methamphetamine based on the chemist's report.

Magistrate Noor Hafizah Salim then ordered the case to be transferred to the high court.

Malaysia has a mandatory death penalty by hanging for anyone found guilty of carrying more than 50 grams of a drug.

Authorities previously said Exposto was trafficking 1.5 kilograms of methamphetamine.

Exposta, who was wearing a white blouse and black pants, looked nervous when the amended charge was read to her.

The defence is yet to enter a plea until the case reaches the high court since the lower magistrate's court has no jurisdiction to hear death penalty cases.

Later as she was being led out of the detention room in handcuffs, the Australian told AFP that she was innocent and nodded her head three times.

"Yes (I am innocent)," she said with a smile.

No date has been set for the high court hearing but defence lawyers said the trial could begin later this year.

"We are confident that we can show her innocence at the trial," Muhammad Shafee Abdullah, her counsel, told AFP.

Defence lawyers say Exposto was duped into carrying a bag -- which she believed contained only clothing -- by a stranger who asked her to take it to Melbourne.

She had travelled to Shanghai after falling for an online romance scam by a person claiming to be a US serviceman, according to lawyers.

Customs officers discovered the drugs stitched into the compartment of a backpack.

Two Australians were hanged in 1986 for heroin trafficking -- the first Westerners to be executed in Malaysia.

Few people have been executed in Malaysia in recent years.

- Source: AFP

Andreas Pereira ‘set to snub PSG and stay at Manchester United’


Andreas Pereira will reportedly sign a new contract at Manchester United, ending PSG’s hopes of signing the youngster. 

19-year-old Pereira is out of contract at Old Trafford in the summer, having previously turned down a new deal, and had offers from PSG, Juventus, Feyenoord and PSV.

But it is widely expected that he will now extend his stay with the Red Devils. 

Pereira is regarded as a huge talent and one that United are desperate to keep hold of, with the Old Trafford club hoping that there wouldn’t be a repeat of the saga involving Paul Pogba, who left the Premier League outfit at 19 to join Juventus after refusing to sign a new contract.

Frenchman Pogba was unhappy at the lack of first-team football at Old Trafford, which is why he opted to join the Serie A giants – a club in which he has thrived during the last three years. 

But it now appears that United won’t suffer the same fate with Pereira, who has revealed that he wants to stay in England, although he does admit that he wants to make the step up to the first team. 

In an interview with MUTV the Brazilian said: "I can play attacking midfield, or on the left or right wing. I think these are my best positions.

"I know I can get a chance [in the first team] and I want another chance and the next step."

- Source: Eurosport 

MaxisOne tanpa had dengan tiga tawaran baharu


MAXISONE telah melancarkan tiga tawaran baharu iaitu penstriman tanpa had dan akses percuma ke Spotify Premium, keupayaan untuk memancarkan siaran dari peranti ke dalam televisyen dengan Chromecast dan berkongsi data internet melalui Pelan MaxisOne Share.

Ketua Perniagaan Pengguna, Dushyan Vaithiyanathan, berkata majlis hari ini tidak sahaja melancarkan tawaran tersebut tetapi untuk menunjukkan, peranti syarikat itu mempunyai kepelbagaian.

"Anda boleh melakukan banyak perkara melalui MaxisOne tanpa had," katanya pada majlis pelancaran produk itu.

#MusicNow dengan Spotify Premium membolehkan semua pengguna Maxis dan Hotlink dengan pelan internet mudah alih 1Gb ke atas membuat penstriman muzik daripada Spotify Premium tanpa had dan tanpa caj data mulai 30 April hingga 31 Julai.

"Mereka juga boleh mendapatkan aplikasi bernilai RM14.90 secara percuma dalam tempoh itu secara eksklusif daripada Maxis," kata Vaithiyanathan.

Maxis menjadi syarikat pertama yang memasarkan Chromecast Google di Malaysia, sejenis alat mudah alih 'Plug and Play' yang membolehkan pengguna memancarkan laman web popular seperti Youtube, permainan, foto dan filem penuh daripada peranti peribadi kepada televisyen.

Peranti Chromecast ini boleh dibeli di semua pengedar dan pusat Maxis dengan harga RM150 bagi pelanggan pelan MaxisONE sedia ada dan RM170 untuk pelanggan Maxis biasa mulai 23 April hingga 31 Mei 2015 atau sementara stok masih ada.

Pelanggan pelan MaxisOne juga sekarang ini boleh berkongsi masa berbual serta khidmat pesanan ringkat kepada mana-mana telefon mudah alih atau talian tetap, dan apa-apa jumlah data dengan orang lain dengan MaxisOne Share.

"Jika anda bukan pelanggan pelan MaxisOne, anda boleh membuat pendaftaran dengan 1Gb data tambahan dan mula berkongsi dengan hanya RM48 setiap bulan.

"MaxisONE Share terbuka untuk semua pelanggan pasca bayar pelan MaxisOne," kata Vaithiyanathan.

Untuk maklumat lanjut pengguna boleh melayari www.maxis.com.my. 

- Sumber: Bernama

Minyak naik, KPDNKK kata tunggu malam ini


SHAH ALAM -‎ "Tunggu malam inilah, lagi dua jam saja, harga yang baru kita tidak boleh cakap sekarang, tunggulah".

Demikian respon Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad ketika ditanya mengenai khabar angin kenaikan harga minyak RON95 yang dikatakan akan mengalami kenaikan sehingga RM0.20 iaitu dari RM1.95 seliter ke RM2.15 seliter sepertimana yang tersebar di media sosial.

Mengulas lanjut Alias berkata, untuk mengetahui sama ada khabar angin itu benar atau tidak beliau tegaskan bahawa semua pihak harus menunggu kenyataan rasmi daripada KPDNKK malam ini.

"Hendak tahu benar tidak benar kamu (Sinar Online) tunggu malam ini, ada perutusan, tunggu kita akan sampaikan," katanya ketika dihubungi Sinar Online.,

Sementara ketika ditanya mengenai laporan sebuah portal yang mengatakan harga minyak RON95 akan naik, beliau menafikan perkara tersebut.

"Tiada siapa (dari pihak KPDNKK) yang cakap, dia cuba buat provoktif, " katanya.

Harga minyak negara akan disemak berdasarkan harga minyak dunia, kerajaan mulai 1 Disember 2014 telah memansuhkan subsidi untuk petrol RON95 dan diesel, mulai tarikh itu juga penetapan harga minyak runcit RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal.

- Sumber: Sinar Harian 

Khabar angin kenaikan harga petrol viral di laman sosial

Setiap kali tibanya hujung bulan, pelbagai ura-ura mengenai harga minyak mula memenuhi media sosial.

SETIAP kali tiba penghujung bulan, pelbagai spekulasi berhubung harga minyak timbul memenuhi ruang media sosial.

Tidak terkecuali hari ini di mana mesej tersebut menjadi viral dalam kalangan pengguna yang berharap telahan tentang kenaikan harga minyak tidak menjadi kenyataan.

Khabar angin itu mulai tersebar menerusi aplikasi Whatsapp serta laman Facebook dan Twitter sejak awal hari ini. Ramai yang meramalkan kenaikan harga lantaran tiada peningkatan terhadap harga petrol pada April.





- Sumber: Astro Awani 

Volkswagen launches Beetle Bug Edition - RM146,888


VW pays homage to the iconic and well-loved VW Beetle with the launch of this special edition Beetle.

The Beetle is one of the most iconic cars in the world. The design has survived the war and weathered through all that times have thrown at it and yet it is still well celebrated to this day. And now in 2015, VW Malaysia has decided to bring in a special edition Beetle Bug to celebrate this well-loved icon.

What’s different on the VW Beetle? It comes equipped with genuine VW Bug side sill, side decals, body stripes and Bug Logo to give the car a cool and funky vibe.

Only 200 units are available in Malaysia and it comes with a choice of five colours: Graciosa Brown, Deep Black, Pure White, Saturn Yellow and Tornado Red. Book your special VW Beetle Bug Edition from any VW dealership nationwide! Prices starts at RM146,888.


- Source: Astro Publication 

Nokia 8210 kembali popular

Nokia 8210 

TELEFON bimbit Nokia 8210 yang dikeluarkan pada tahun 1999 kembali menjadi pilihan dan mendapat permintaan tinggi di kalangan pengedar dadah di Britain.

Penjenayah memilih untuk mengunakan telefon bimbit jenis ini kerana ia sukar untuk dikesan polis kerana tidak memliki apa-apa kemudahan seperti wifi, GPS atau bluetooth.

Menurut salah seorang pengedar dadah yang hanya dikenali K2, dia memiliki tiga buah telefon bimbit model 8210 dan berkata telefon jenis ini lebih "dipercayai" berbanding telefon pintar yang lain.

"Polis akan dapat mengesan bukti dan lokasi jika menggunakan telefon pintar kerana ia dilengkapi dengan teknologi terkini seperti GPS, bluetooth dan sebagainya.

"Kebanyakan pengedar dadah menggunakan telefon jenis ini kerana saiznya yang kecil dan bateri telefon yang lebih tahan lam," katanya dipetik Mirror.uk

Sementara itu, seorang pemilik kedai telefon berkata model jenis ini kembali menjadi permintaan pelanggan.

"Saya tidak pasti mereka mahu mengunakan untuk apa dan tidak pernah bertanya kepada pelanggan," katanya.

Telefon bimbit Nokia model 8210 mempunyai berat 79g dan 101.5mm panjang ini adalah telefon yang paling kecil dan paling ringan yang pernah dikeluarkan syarikat Nokia pada ketika itu.

- Sumber: Sinar Harian 

Green roofs can be good for people, too

Green roofs are the hottest things in new construction. It's a global phenomenon - by Erik Christensen, Porkeri (Contact at the Danish Wikipedia) - Erik Christensen's own work

If you'll pardon the pun, smart roofs, green roofs, cool roofs — whatever they're called — are the hottest things in new construction. It's a global phenomenon: Last month, France passed legislation that new buildings in commercial zones must have either green roofs or solar panels.

France is not alone. In Switzerland, all buildings must have a green roof if they have a suitable pitch. On this side of the Atlantic, Toronto began requiring some new buildings to include rooftop planting in their design as early as 2009; the requirements now apply to industrial buildings as well.

Most of us think green roofs equate to roofs with plants (often succulents or drought-resistant grasses). But smart roof design techniques as basic as painting black roofs white count as well. Highly reflective surfaces not only cut energy bills, they can potentially improve the health of local residents and citywide environments.

These are the intriguing findings of a consequential new report on the impact of "smart roof" retrofits. The report, by Washington-based green building and technology advisory firm Capital E, examines the results of reroofing efforts on Washington-owned buildings.

We've known for years that smart roofs save energy, and we've been able to come up with methodologies to quantify those savings. However, the health benefits of such design choices have been harder to figure out. The authors of this report, Greg Kats and Keith Glassbrook, have addressed this complex question, and their findings could have an impact on improving the health of residents in urban areas across the nation.

Roofs typically make up 15 to 25 percent of most cities' surface areas. And because roofs can typically be replaced or retrofitted more frequently than entire buildings, they represent an opportunity for developers and building owners to dramatically cut the "heat island effect" in urban environments as well as achieve energy cost savings and other goals relatively quickly — as long as they make smart roof design choices.

That's because lower ambient air temperatures result from the use of smart roof design techniques. Obviously, painting roofs white increases solar reflectivity. Likewise, growing vegetation increases rooftop evaporation and transpiration rates and provides shade to the roof surface. Through these processes, cool roofs and green roofs lower ambient air temperatures and reduce possible airborne pollutants.

Use of such techniques, in turn, can have public health benefits, particularly for low-income and elderly residents who tend to be more vulnerable to illnesses related to extreme heat and poor air quality. Moreover, heat mitigation through adoption of cool and green roofs can help ameliorate the effects of heat stress. While additional studies can test the report's more ambitious findings, nevertheless, microclimates should improve with attention to heat-producing surfaces.

The report will prove to be relevant reading for designers, architects or city officials trying to battle the pernicious health effects of urban heat islands. These new methodologies suggest ways for cities to quantify the benefits of their building codes, policies and incentive programs.

Cities across the country that adopt these smart roof technologies may be able to secure private and public benefits that include energy savings for building owners, reduced city peak summer temperatures, enhanced health and livability and perhaps even cuts in global warming. 

- Source: The Washington Post

US stays out of row on Indonesian executions

A coffin bearing the body of one of the seven executed drug convicts is carried in an ambulance as it arrives in Nusakambangan port in Cilacap after the executions at Nusakambangan - AFP PHOTO / ROMEO GACAD

WASHINGTON: The United States, where the death penalty is still carried out, on Wednesday steered clear of a storm of global protest triggered by Indonesia's execution of seven foreign drug traffickers.

The seven -- two from Australia, one from Brazil and four from Africa -- were shot along with one Indonesian, despite strident foreign appeals and pleas from family members.

"We don't have much to say on this, other than we're aware that they have executed eight (sic) foreign citizens convicted of drug trafficking," State Department acting spokeswoman Marie Harf said.

"As we've said, none of these eight were Americans."

She spoke as the US Supreme Court heard arguments Wednesday about lethal injections, after states began using alternative drugs -- believed by some to cause pain and suffering -- to carry out the executions.

A total of 18 out of 50 US states and the US capital Washington have abolished the death penalty, and the number of executions has fallen in recent years since the capital punishment was reinstated in 1976.

Of the 1,407 executions performed in the US since 1976, 13 have taken place so far this year.

Australia has withdrawn its ambassador to Jakarta in protest at the execution of their nationals, and the European Union has expressed dismay.

In Massachusetts meanwhile, defense lawyers are trying to save Boston bomber Dzhokhar Tsarnaev from a federal death sentence after he was convicted of carrying out the 2013 Boston bombings in which three people were killed.

US attorneys have argued that the 21-year-old of Chechen descent deserves to die for one of the bloodiest attacks on US soil since the 2001 9/11 attacks.

- Source: AFP

A French Muslim girl was kicked out of class because her skirt was too long

The news sparked an outcry on social media, with commentators remarking on the hypocrisy and bigotry lurking beneath Sarah's treatment.

According to French media reports, a 15-year-old French Muslim girl was banned from her class twice for wearing a skirt that was too long, and therefore supposedly a conspicuous display of religion. France's state secularism has led to very strict laws prohibiting students from wearing overtly religious symbols in institutions of education.

The student, identified as Sarah, already apparently removed her headscarf before entering the school, in accordance with French law. But her long skirt was deemed a "provocation," and potential act of protest.

"The girl was not excluded, she was asked to come back with a neutral outfit," a local official in the northeastern French town of Charleville-Mezieres, near the border with Belgium, told the AFP.

The news sparked an outcry on social media, with commentators remarking on the hypocrisy and bigotry lurking beneath Sarah's treatment. On Twitter, the hashtag #JePorteMaJuppeCommeJeVeux ("I wear my skirt as I like") trended.

One Twitter user set Sarah's skirt against those worn by three other white public figures.

Another tweeted that Michelle Obama's dress is "unworthy of the Republic."

Critics of France's secularist laws in schools say they often thinly conceal a widespread bias against Muslims and immigrants in French society. Studies have revealed how Muslims face systematic discrimination on the basis of their race, creed and culture.

Speaking to local newspaper L'Ardennais, Sarah said that her skirt was "nothing special, it's very simple, there's nothing conspicuous. There is no religious sign whatsoever." 

- Source: The Washington Post

Allow me to explain my criticism - Tun M

Dr Mahathir also said Najib is a weaker leader compared to his predecessor, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

KUALA LUMPUR: Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad has called on UMNO grassroots to give him an opportunity to explain why he was critical of the current leadership of Datuk Seri Najib Razak.

He said to have a wise decision or punishment, it is only fair that one listens to both sides of the story.

“After listening to both sides, then judge my 'attacks', whether I am destroying the party or trying to save it," he wrote in his latest blog entry.

In his usual sarcastic manner, Dr Mahathir thanked UMNO leaders who have advised him not to attack Najib but added that he has somewhat ‘a little’ experience in politics, especially the Malay culture.

“We tend to be loyal to the leader. We don’t question whatever done by the leader. He is the leader, we are followers, So, we just follow,” he wrote.

“Especially when we are given closed door briefing, as though we are allowed to share a secret with our leader,” he said.

Dr Mahathir also said Najib is a weaker leader compared to his predecessor, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Those who refuse to see are the ones who failed to realise that UMNO under Najib, failed to revive UMNO after Abdullah,” he said.

- Source: Astro Awani 

Ahmad Maslan tidak bodoh

MOHAMMAD AGUS: Ahmad Maslan tidak bodoh - Gambar fail

KUALA LUMPUR: "Saya harus nyatakan bahawa saya tidak pernah tulis dan nyatakan secara terbuka Ahmad bodoh atau tidak cerdik, saya tidak pernah melabelkan seseorang pemimpin itu cerdik atau bodoh."

Itu kata penganalisis politik, Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang menegaskan dia tidak pernah menyatakan secara terbuka mengenai Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan sebagai seorang pemimpin yang bodoh atau tidak cerdik.

Dr Mohammad Agus bagaimanapun berkata, apa juga pandangan yang dilemparkan terhadap Ahmad oleh mana-mana pihak harus diterima sebagai aspek perbezaan pendapat semata-mata.

"Saya tidak akan akan memperkecilkan orang. Itu bukan cara akademik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr Mohammad Agus mengulas kenyataan Ahmad di sebuah portal yang menyifatkannya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak memahami cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Kalau Tun Dr Mahathir, Dr Asri dan Dr Agus tahu tentang GST ini menurunkan cukai rakyat, saya kira mereka (akan) setuju dengan GST.

"Oleh kerana itu, saya ingin mengesyorkan Dr Agus dan Dr Asri belajar lebih lanjut tentang GST, sebelum nak kata saya bodoh dan sebagainya," kata laporan itu ketika dipetik.

Sebelum ini, Ahmad menyifatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih belum memahami sepenuhnya maksud GST sehingga dilihat mahu mengekalkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang jelas lebih tinggi cajnya kepada rakyat.

Kata Ahmad, Dr Mahathir juga mungkin masih belum mendapat penerangan terperinci atau tersalah tafsir mengenai pelaksanaan GST daripada orang-orang di sekelilingnya.

Bagaimanapun, Dr Mohamad Agus dan Dr Mohd Asri selepas itu dilaporkan menyindir semula Ahmad yang membuat kenyataan memperkecilkan Dr Mahathir dalam isu GST.

Dalam pada itu Dr Mohammad Agus berkata, dia sudah singgah ke banyak negara luar yang mengamalkan GST di England sejak 1985 dan mendapati pelaksanaannya jauh berbeza dengan yang diadakan di negara ini.

"Saya sudah pergi ke hampir separuh negara yang ada GST sebelum Malaysia, tetapi satu yang lain tentang negara kita adalah harga barangnya inklusif GST, itu yang membuatkan rakyat keliru.

"Seingat saya tidak ada kena caj perkhidmatan kepada rakyat yang ke hospital swasta, sekarang pergi tandas, ambil duit sendiri pun ada caj.

"Saya bersuara begitu dengan mengambil kira saya memahami GST, ada banyak sisi baik, saya harus sokong GST demi ekonomi negara. Cuma pelaksanaannya meresahkan rakyat," jelasnya.

Katanya lagi, rakyat negara ini masih belum menerima GST.

"Ia seharusnya menurunkan harga barangan yang dikenakan caj 16 peratus sebelum ini kepada enam peratus sahaja, namun apa yang terjadi sekarang sebaliknya.

"Saya faham GST, cuma saya tidak faham cara pelaksanaannya di negara ini. Dahulu saya hendak balik Kelantan biasanya tiket RM100 namun kini bukan lagi dengan harga itu," ujarnya.

Sebelum ini, Dr Muhammad Agus menasihatkan UMNO agar tidak menggunakan isu GST sebagai jaminan cukai itu dapat menurunkan harga barang semasa berkempen pada pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh.

Tegas Dr Muhammad Agus, hujah GST yang dikatakan lebih rendah dari SST dilihat kempen tidak masuk akal. 

- Sumber: Astro Awani 

Suspek ditahan selepas tekan butang 'like' di laman Facebook orang diburu


Foto Facebook Cascade County Crime Stoppers

KUALA LUMPUR: Seorang suspek lelaki yang didakwa mencuri dan melakukan jenayah pemalsuan telah ditangkap pihak berkuasa Montana, Amerika Syarikat selepas tertekan butang ‘like’ pada muat naik mengenai dirinya sendiri di Facebook.

Tertuduh, Levi Charles Reardon, 23, yang dipaparkan sebagai suspek paling dihendaki di laman Facebook Cascade County Crime Stoppers dilaporkan mencari padah sendiri dengan menekan butang ‘like’ pada poster gambarnya di akaun Facebook itu.

Reardon kemudian dihadapkan di Mahkamah pada hari Isnin selepas ditangkap pada malam Jumaat. Setakat ini, Reardon tidak mengfailkan sebarang notis rayuan dan tarikh pendakwaan masih belum ditetapkan.

Menurut laporan akhbar Great Falls Tribune, waran tangkap terhadap Reardon dikeluarkan berkaitan kes pemalsuan dan kecurian.

Manakala, menurut rekod Mahkamah, Reardon adalah suspek yang terlibat dalam kes kecurian dompet serta kes pemalsuan cek peribadi pada Januari lepas.

Menurut laporan polis, empat kes pemalsuan cek difailkan terhadap Readon yang didakwa mengeluarkan wang dengan menggunakan cek yang hilang. Sebelum ini, Readon juga pernah disoal siasat atas pemalsuan cek peribadi.

Bagaimanapun, pegawai penyiasat tidak mendedahkan bagaimana dan dimana mereka menahan Reardon pada Jumaat lepas.

- Sumber: Astro Awani 

Tuah lagu Sakitnya Tuh Disini

Cita Citata
Cita Citata

SECARA tiba-tiba, lagu Sakitnya Tuh Di sini bagaikan menjadi fenomena dalam kalangan peminat industri muzik ketika ini.

Masakan tidak, baik kanak-kanak mahupun orang dewasa pasti saja akan menyanyikan lagu yang berkisarkan kepada kekecewaan terhadap pasangannya itu.

Bahkan sejak dimuat naik pada 12 Oktober 2014, ia telah ditonton lebih 50 juta pelayar dan mendapat ‘like’ hampir 97,000 seterusnya mencetuskan viral di laman-laman sosial.

Namun pada sisi lain, getusan fenomena Sakitnya Tuh Di sini tidak boleh dipandang enteng lantaran ia menjadi promosi yang menjana populariti kepada si penyanyi, Cita Citata.

Bukan itu saja lebih menggembirakan, ekoran keupayaan lagu itu menarik peminat, album Cita di Malaysia turut mencatatkan jualan sehingga 40,000 unit.

“Saya tidak sangka lagu ini sangat digemari masyarakat di sini. Alhamdulillah. Terima kasih kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya.

“Malah, kedatangan saya ke sini juga adalah kerana peminat,” katanya kepada Zass ketika ditemui di pelancaran single Sakitnya Tuh Di sini, kelmarin.

Sedikit berbeza, Cita bagaimanapun tampil dengan irama dangdut sekali gus lari daripada kebiasaan yang dibawa oleh semua penyanyi dari Indonesia.

Baginya, muzik dangdut punya keistimewaan tersendiri kerana ia dapat menarik minat semua golongan.

“Sejak mula menyanyi pada usia 11 tahun, saya banyak membawa muzik Jazz. Tapi, semuanya berubah selepas saya bernaung dibawah Sani Music pada 2014.

“Mulanya, memang agak sukar sesuaikan diri. Namun lama-kelamaan, ia sesuatu yang sangat seronok. Bukan hanya saya menikmatinya tetapi juga masyarakat sekeliling.

“Apabila saya menyanyikan lagu dangdut, orang ramai akan turut sama-sama menyanyi dan bergoyang (menari). Ia satu kondisi yang sangat istimewa. Berbeza ketika saya membawakan muzik Jazz,” katanya.

Selain itu, tambah Cita, irama dangdut bagaikan sebati dengan masyarakat di Indonesia sekali gus membantunya dalam mengekalkan populariti.

Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Cita Rahayu ini menolak untuk kelihatan lebih seksi dan sensual seperti penyanyi dangdut sebelum ini di Indonesia.

“Pada awalnya, saya akui takut menceburi muzik ini kerana bimbang dicop dengan imej sedemikian. Tidak dapat dinafikan, muzik ini lebih digemari lantaran tariannya yang agak sensasi dan liar namun semakin menginjak masa ia juga berubah.

“Saya ingin tampil dengan imej dangdut yang lebih bersih, lebih berkelas dan moden. Saya mahu tunjukkan kepada dunia, dangdut bukanlah seburuk yang disangka.

“Perihal seksi, saya tidak rasakan saya seorang yang seksi. Bagi saya, seksi itu tak perlu untuk terbuka atau terdedah apa yang tidak sepatutnya.

"Seksi itu adalah apabila kita menjaga penampilan dan tahu apa kekurangan badan kita. Cukuplah dengan hati yang seksi,” katanya sambil tergelak.

Dalam pada itu, Cita yang kini sedang menyiapkan album sulungnya yang dijangka diedarkan pada hujung tahun ini memberitahu setiap lagu nyanyiannya, berkaitan dengan kisah cintanya sendiri.

"Hampir semua lagu ada perkaitannya. Tetapi, saya harus positif menerimanya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Cita bakal mengadakan mini konsertnya di Plaza Angsana, Johor Bahru dan Menara Kuala Lumpur pada 9 dan 10 Mei depan.

Mini konsert itu dianjurkan dengan kerjasama Indigital Sdn Bhd dan Music Space Sdn Bhd khas buat peminat di tanah air.

Tiket berharga RM40 boleh didapati di pintu masuk konsert pada hari berkenaan.

“Saya cukup teruja mengadakan persembahan sulung di sini apatah lagi ia pastinya membuatkan peminat di sini ternanti-nanti. Saya berjanji untuk membuat sehabis baik buat peminat di Malaysia,” katanya.

Kembali hidup solo

Lumrah bergelar selebriti, pasti tidak dapat lari daripada terpalit dengan kontroversi yang tercipta.

Perkara sama turut dihadapi oleh Cita sementelahan lagi penyanyi berusia 21 tahun ini sebenarnya adalah seorang janda setelah sah bercerai dengan suaminya, Galih Purnama atau lebih mesra disapa Ijonk pada Mac lalu.

“Saya terima setiap kontroversi itu dengan hati yang terbuka kerana sebagai seseorang yang dikenali masyarakat pasti kita tidak akan dapat lari darinya.

“Apa yang penting, kita jaga peminat dan imej selain terus menghasilkan karya berkualiti tinggi. Kadang-kadang, hasil karya bermutu dapat menutup kontroversi yang ada,” katanya.

Berbicara mengenai statusnya itu, pelantun lagu Goyang Dumang ini mengakui perkara itu membantu mendewasakan dirinya.

“Kami berkahwin ketika saya berusia 18 tahun dan rumah tangga yang dibina hanya sempat bertahan dalam tempoh sebulan sebelum ditinggalkan suami.

“Sepanjang tiga tahun, dia menghilangkan diri, dia tidak pernah berjumpa dengan saya untuk membincangkan proses penceraian kami.

“Akhirnya dia sendiri datang berjumpa saya semata-mata menceritakan status dirinya sebagai suami tetapi kedatangannya itu membawa rahmat kepada saya kerana proses penceraian kami dapat dilakukan.

“Setiap pengalaman hidup ini yang saya hadapi ini benar-benar mematangkan saya. Kerana ditinggalkan juga, saya akhirnya membentuk hidup dan berpindah ke Jakarta seterusnya mencipta nama sebagai penyanyi.

“Saya percaya, setiap kegagalan itu pasti ada kejayaannya. Apa yang penting, jangan pernah mengalah dan saya sendiri tidak pernah menyesal berkahwin pada usia muda,” katanya yang kini memberi fokus kepada karier seninya sahaja.

- Sumber: Sinar Harian 

'Ia pengalaman paling mengerikan'

Pekerja penyelamat berusaha untuk mencari orang-orang yang terperangkap keluar dari runtuhan rumah-rumah runtuh.

KATHMANDU - Tatkala usaha mencari dan menyelamat masuk hari keenam, lebih banyak rakyat Malaysia yang terkandas di Nepal tampil untuk berkongsi pengalaman ngeri dialami mereka tentang kejadian gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter yang menggegarkan negara itu Sabtu lepas.

Lim Aik Ming, 32, Lim Sheng Huah, 32, dan Ho Shin Weng, tiba di Kathmandu pada 21 April untuk ekspedisi lapan hari mendaki Gunung Annapura, dekat Pokhra, kira-kira 200km dari ibu negara ini.

Mereka berkata mereka ditemani seorang jurupandu tempatan dan dua porter dan pada hari keempat pendakian iaitu kira-kira pukul 12 hingga 12.20 tengah hari Sabtu, tiba-tiba bumi bergegar kuat berserta angin kencang.

"Beberapa saat kemudian kami terdengar bunyi yang amat kuat seperti letupan bom dan melihat runtuhan tanah meluncur dengan laju. Bumi bergegar dengan kuat selama kira-kira 30 hingga 40 saat sebelum jurupandu kami menjerit meminta kami berlari menyelamatkan diri ke kem pangkalan berdekatan," kata Aik Meng tentang pengalaman dialaminya semasa ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di sini.

Katanya selepas berlindung di situ kira-kira 15 hingga 20 minit, mereka mengalami gempa bumi susulan bermagnitud 6.7.

"Jurupandu kami yang membawa telefon satelit berjaya mengesahkan tahap kekuatan gempa bumi itu dengan kem pangkalan Annapura dan memaklumkan kepada kami dijangka berlaku gempa bumi susulan dan tanah runtuh.

"Pada ketika itu kami memutuskan untuk tidak meneruskan ekspedisi kami dan berpatah balik ke tempat lebih selamat," kata Aik Ming.

Sementara itu, Sheng Huah mengakui: "Ia pengalaman paling mengerikan yang pernah kami alami dan kami memutuskan untuk pulang ke hotel dan mendapatkan tiket penerbangan balik seawal mungkin." 

Dalam perkembangan berkaitan, satu pasangan muda Malaysia dari Kuala Lumpur yang enggan nama mereka disiarkan, juga berkongsi pengalaman mereka yang terpaksa bermalam selama empat malam dalam khemah sementara bersama-sama dengan penduduk tempatan di bandar Pokhra.

"Kami menginap di tingkat dua hotel lima tingkat dan meluru keluar dari bilik kami apabila bangunan bergegar kuat seolah-olah akan runtuh pada bila-bila masa," kata mereka.

Pasangan itu berkata penduduk tempatan amat pemurah dan baik hati dengan membenarkan kami berkongsi khemah dengan mereka kerana mereka juga bimbang
untuk kembali ke bilik mereka. 

Juga tersebar khabar angin dalam sosial media bahawa akan berlaku lagi gempa bumi kuat, kata pasangan itu yang memutuskan untuk kembali ke Nepal sebaik sahaja keadaan mengizinkan.

Kelima-lima mereka (tiga pendaki dan pasangan itu) berlepas pulang malam tadi sleepas Kaunselor/Kuasa Usaha di kedutaan Malaysia Fadli Adilah membantu mereka mendapatkan tiket penerbangan menerusi AirAsia. 

- Sumber: Bernama

Harga kad prabayar: SKMM mahu dengar pengguna atau telco?

IBDILLAH: Harga kad prabayar: SKMM mahu dengar pengguna atau telco? - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) disifatkan tidak mengikut arahan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) dalam isu percanggahan keputusan harga kad prabayar selepas satu bulan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Ibdilillah Ishak berkata, situasi itu sekali gus menjadikan masyarakat dilihat semakin keliru dengan 'pergaduhan' di antara SKMM dan JKDM yang merupakan pengawal selia pelaksanaan GST sejak 1 April lalu.

"Semalam tidak sampai beberapa jam selepas pihak Kastam Diraja Malaysia mengarahkan semua syarikat telekomunikasi dikehendaki mengekalkan harga asal kad prabayar berdasarkan kepada konsep ‘tax inclusive’ (termasuk cukai) berkuatkuasa 1 Mei ini, SKMM menerusi Pengerusinya Datuk Seri Dr. Halim Shafie tampil menolak arahan tersebut.

"Pagi semalam kebanyakan media melaporkan Ketua Pengarah KDRM, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, surat arahan berhubung supaya harga kad prabayar dikekalkan pada harga asal telah dihantar kepada semua syarikat telekomunikasi kelmarin bagi memastikan syarikat-syarikat itu patuh dengan arahan tersebut.

"Bagaimanapun, SKMM yang bertanggungjawab menyelia industri telekomunikasi mengeluarkan satu kenyataan akhbar melalui laman Facebook mereka bahawa isian semula prabayar akan terus dijual dengan GST ditambah kepada amaun isian prabayar (prepaid) tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, persoalan yang timbul sekarang ini adalah siapa yang lebih berkuasa sebenarnya di antara SKMM atau JKDM.

"Kenyataan yang dibuat kedua-dua pihak amat bercanggah sekali. Ianya menyebabkan ramai yang masih keliru. Mengapa SKMM tidak boleh mengikut arahan Kastam yang merupakan pihak pengawal selia pelaksanaan GST ini?

"SKMM harus sedar bahawa mereka merupakan sebuah badan yang menyelia industri telekomunikasi. Menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan setiap polisi ataupun dasar kerajaan dipatuhi oleh syarikat-syarikat gergasi telekomunikasi.

"Janganlah bertindak seolah-olah menjadi agen kepentingan 'telco' sahaja.

Adakah SKMM mahu mendengar cakap 'bos-bos' syarikat gergasi telekomunikasi ataupun mahu dengar keluhan pengguna yang terbanyak?" ujarnya.

Katanya lagi, tanggungjawab SKMM adalah untuk menjaga kepentingan pengguna dari ditindas oleh syarikat telco dan bukannya menjaga kepentingan syarikat-syarikat yang mahu mengaut keuntungan yang berlebihan.

"Yang mengaut untung berlebihan adalah syarikat-syarikat gergasi ini, yang terbeban adalah pengguna.

"Di saat rakyat masih menyesuaikan diri terhadap sistem percukaian GST dan berasa sedikit terhimpit dengan kos sara hidup yang makin tinggi, pihak terbabit haruslah mencari jalan dengan segera untuk menyelesaikan hal ini dengan mengekalkan prabayar pada harga asal," tegasnya. 

- Sumber: Astro Awani 

Citroen Grand C4 Picasso


NAZA Euro Motors, pengedar rasmi jenama Citroen di Malaysia rasmi melancarkan varian petrol Citroen Grand C4 Picasso. Sebelum ini, Naza Euro Motors membawa masuk versi diesel terlebih dahulu sekitar Oktober tahun lalu dan mendapat respons menggalakkan daripada pengguna.

Citroen Grand C4 Picasso dikuasakan enjin e-THP 165 bersesaran 1.6 liter yang mampu menghasilkan kuasa 165PS dan tork 240Nm.

Bagi penghantaran kuasa yang lancar, MPV (kenderaan pelbagai guna) Perancis itu dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan. Menerusi angka berkenaan, MPV itu mampu mencatat kelajuan 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 8.7 saat dengan pecutan maksimum 201 km/j.

Bahkan di atas kertas enjin baharu itu menawarkan penjimatan sehingga 17.3 kilometer setiap liter (km/l) dan hanya mengeluarkan emisi kira-kira 129g/km.

Ciri lain yang diketengahkan adalah sama dengan versi petrol yang mana menawarkan rekaan luaran dan dalaman yang seimbang. Dibina di atas platform EMP2, ia menggabungkan aspek versatiliti, ruang kabin yang luas dan akses lebih mudah.

Ruang kabin Citroen Grand C4 Picasso jelas moden menerusi pelbagai ciri inovatif. Antaranya, skrin sentuh bersaiz tujuh inci, 12 inci skrin panorama dengan sistem navigasi, Sistem Bantuan Parkir, Active Cruise Control, sistem bantuan parkir hadapan dan belakang, sistem 360 darjah, kamera pandang belakang serta fungsi urutan pada tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan.

Untuk ketenangan minda pengguna, model pemasangan tempatan (CKD) itu didatangkan dengan ciri keselamatan pasif dan aktif antaranya Collision Risk Alert, Hill Start Assist, Lane Departure Warning System, Blind Spot Monitoring System dan Electronic Stability Programme (ESP). Sistem Electronic Stability Programme terdiri daripada Anti-Lock Braking System (ABS), Electronic Brake Force Distribution (EBFD), Electronic Brake Assistance (EBA), Dynamic Stability Control (DSC) dan Traction Control System (TCS).

Lipatan kerusi barisan ketiga tawar ruang lebih luas.

Citroen Grand C4 Picasso didatangkan dalam empat warna iaitu hitam, putih, biru dan merah dan dijual pada harga RM179,888 (di atas jalan termasuk insurans) bersama jaminan selama lima tahun dengan perbatuan tanpa had.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Naza Euro Motors, Datuk Samson Anand George, tahun lalu menyaksikan jualan Naza Euro Motors tumbuh sebanyak 110 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Dengan penambahan model terbaharu dalam rangkaian C, kami mensasarkan untuk menjual sekitar 600 unit Citroen pada tahun ini dengan 20 hingga 25 peratus datangnya daripada Grand C4 Picasso petrol,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

63 rakyat Malaysia sertai militan IS dikenal pasti

Gambar hiasan

KOTA BHARU - Polis Diraja Malaysia (PDRM)‎ telah mengenal pasti 63 anggota militan IS daripada 143 orang yang kini berada di Syria selepas cubaan mereka menghubungi polis untuk pulang ke Malaysia.

Ketua Penolong Pengarah Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata, 80 lagi masih belum dikenali dan tindakan mengesan identiti mereka sedang dilakukan.

Beliau berkata mereka yang terlibat mempunyai pelbagai latar belakang dan tujuh daripadanya adalah kakitangan kerajaan.

"Dalam usaha kita untuk membawa mereka pulang kita turut memerlukan kerjasama negara ketiga iaitu Turki.

"Lagipun mereka yang terlibat adalah dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dan usaha pemulihan akan dilakukan selepas kembalinya mereka ke negara kita"katanya.

Ayub Khan berkata, berdasarkan pengalaman pihaknya 97 peratus usaha memulihkan mereka terlibat berjaya dan hanya tiga peratus yang kembali kepada IS.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan forum Perdana sebagai moderator anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan sempena sambutan Hari Polis ke-208 di dewan Balai Islam Lundang di sini malam tadi.

- Sumber: Sinar Harian 

Guru menangi Nissan Sylphy selepas beli Almera


Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah menyerahkan sebuah Nissan Sylphy Hasil baharu kepada pemenang kempen ‘Pandu Uji dan Menang Besar’ sempena sambutan Tahun Baru Cina yang lalu. Pemenang bertuah tersebut, Cik Noor Atikah Binti Sunar menerima kunci kepada kereta baharunya pada majlis penyerahan hadiah yang diadakan di bilik pameran Nissan ETCM di Ipoh.

Kempen jualan ‘Pandu Uji dan Menang Besar’, yang diadakan sepanjang Januari dan Februari tahun ini menawarkan para pelanggan peluang untuk memenangi sebuah Nissan Sylphy serba baharu.

Cik Noor Atikah, 24 tahun, merupakan seorang guru di Sekolah Jepun Pulau Pinang telah memandu uji dan membeli sebuah Nissan Almera. “Saya jatuh cinta dengan Nissan Almera sejak ia mula-mula dilancarkan lagi. Saya selalu berangan memilikinya kerana ia sebuah sedan yang praktikal dan luas. Saya tidak percaya bahawa pembelian Almera membolehkan saya memenangi sebuah Nissan Sylphy baharu.”

- Sumber: Astro Publication 

Lufya: Rezeki makin murah

Lufya Omar

PENYANYI dan pelakon, Lufya Omar mengakui dirinya sering diuji oleh ALLAH SWT seiring dengan perjalanannya dalam menjadi seorang Muslimah yang lebih baik.

Ekoran itu, bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam ini ini nekad bersara dalam bidang nyanyian sejak tampil berhijab pada 2 Februari lalu sempena ulang tahunnya yang ke-30.

Bagaimanapun, pelantun lagu Diam ini mengakui masih lagi aktif dalam bidang lakonan dan pengacaraan walaupun kini semakin memperlahankan aktivitinya itu.

"Saya terlalu banyak diuji oleh-Nya. Selepas saja saya mengambil keputusan untuk bertudung litup, terlalu banyak tawaran yang cukup lumayan datang kepada saya. Tidak kira menyanyi mahupun berlakon. Malah, untuk lakonan, ada yang pula yang menyuruh saya untuk membuka tudung.

"Oleh sebab itu, saya nekad untuk berhenti menyanyi. Semua video dulu saya buang agar tiada lagi sejarah selepas saya berhijab. Bahkan, saya juga mula mengehadkan aktiviti lakonan saya.

"Alhamdulillah, saya dapat menerimanya dengan cukup baik dan saya sedar ALLAH SWT sedang menguji saya," katanya kepada Zass.

Tidak cepat melatah, pemilik nama sebenar Lutfyah Sheikh Omar ini sebaliknya sentiasa positif dalam menerima ujian dari-Nya.

"Sebagai hamba-Nya, kita perlu sentiasa bersangka baik pada-Nya. Saya percaya pada itu. Lagipun, saya tidak takut sekiranya tiada 'job'. Setiap rezeki itu datangnya dari ALLAH SWT," katanya.

Tambahnya, hampir empat bulan berehat daripada sebarang aktiviti seni, Lufya mengakui dirinya banyak bermuhasabah diri dengan mempelajari ilmu agama.

"Sehingga kini, saya masih lagi mengikuti pelbagai kelas agama dan usrah.

"Berhijrah bukanlah sekadar memakai tudung tetapi ia meliputi semua termasuklah percakapan. Sebab itu, saya perlu belajar agar ia meningkatkan lagi kefahaman saya. Alhamdulillah, apabila belajar, saya akhirnya faham," katanya.

Pada masa sama, Lufya juga sedang merancang untuk menyambung pengajian dalam bidang keagamaan tidak lama lagi.

Dalam perkembangan lain, Lufya baharu saja tamat menjalani penggambaran telefilem Mahar Tanpa Cinta untuk siaran TV3 dan Bila Hati Telah Hitam untuk Astro.

- Sumber: Sinar Harian 

Betulkah? Mi segera boleh diambil sebagai makanan sihat

Dr. Tee E Siong 

SHAH ALAM - Sajian mi segera boleh dijadikan sebagai salah satu makanan seimbang dan sihat.

Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr. Tee E Siong berkata, pengguna hanya perlu memasukkan sedikit sahaja perasa dan menambahkan bahan iringan lain. 

"Malahan, mi segera boleh dimakan tanpa bahan perasa.

"Anda juga boleh gunakan bahan perencah sendiri. Masukkan sahaja ayam atau daging, tambahkan sayur-sayuran untuk jadikan sajian segera anda lebih seimbang," katanya kepada Sinar Online.

Tambahnya lagi, mi segera juga tidak berbeza seperti makanan tempatan yang lain seperti bihun dan kuey teow.

Mi segera diperbuat daripada bijirin dan gandum, sekali gus menjadikan ia sebagai salah satu sajian yang kaya dengan karbohidrat.

"Kita memerlukan karbohidrat untuk memberikan tenaga yang kita perlukan setiap hari. Garis Panduan Diet bagi Rakyat Malaysia menyarankan masyarakat mengambil separuh daripada bijirin sebagai diet harian.

"Mi segera boleh menjadi sebahagian daripada diet kita. Ia merupakan salah satu sajian yang kaya dengan karbohidrat," katanya lagi.
Dr Tee dalam pada itu turut menyanggah dakwaan penggunaan kaedah merlilin dalam proses pembuatan mi segera.

Menurutnya, proses pembuatan dan pengeluaran mi segera dibuat berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Dakwaan terdapat kandungan lilin dalam mi segera tidak benar. Dalam proses tersebut (proses pembuatan mi segera), doh mi akan dipotong mengikut saiz yang ditetapkan, kemudian ia akan melalui proses stim dan dimasak menggunakan minyak masak.

"... Proses ini akan memastikan ‎mi itu tidak melekat antara satu sama lain. Tidak ada keperluan untuk menambah atau memasukkan bahan seperti lilin untuk mengelakkan mi melekat dengan satu sama lain," jelasnya.

- Sumber: Sinar Harian 

GST: Restoran menjadi premis pertama didakwa

SHAH ALAM - Sebuah restoran menjadi premis pertama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini terhadap lima pertuduhan berkaitan kesalahan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014.

Restoran Hameeds Corner yang diwakili‎ pemiliknya, Raja Bunesh Bagam Kamarudeen sebagai orang berdaftar mengaku tidak bersalah mengeluarkan 2,000 invois cukai yang tidak mengandungi butir ditetapkan di bawah Seksyen 22, Peraturan-Peraturan GST.

Raja Bunesh selaku orang kena saman (OKS) didakwa melakukan kesalahan itu di premis berkenaan di Seksyen 16 Shah Alam pada 7 hingga 11 April lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 33(2)(b) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (Akta 762) yang memperuntukkan hukuman denda sehinga RM30,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Tohan mencadangkan jaminan RM100,000 namun dibantah peguam, Cullin Andrew dengan alasan kes saman tidak memerlukan jaminan.

"Sekiranya OKS tidak hadir, mahkamah boleh mengeluarkan waran tangkap.

"Anak guam saya juga telah mengemukakan bon RM15,000 kepada Jabatan Kastam," katanya.

Hakim, Ahmad Azhari Abdul Hamid membenarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Mei ini sebagai sebutan.

- Sumber: Sinar Harian | April 30, 2015

Yana Samsudin kini anggun bertudung



YANA (tengah) ayu bertudung ketika hadir dalam program Wanita Hari Ini (WHI) TV3 yang bersiaran hari ini. - Foto Instagram

Selebriti Yana Samsudin kini kelihatan lebih anggun dengan imej terbaharunya berhijab. Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 30, dilihat ayu bertudung ketika hadir dalam program Wanita Hari Ini (WHI) TV3 yang bersiaran sebentar tadi.

Beliau turut memuat naik dua keping gambar dengan imej baharu dan ia mendapat pujian serta kata-kata positif pelbagai pihak yang meninggalkan komen di laman Instagram Yana.

Suami Yana, Fadzil Zahari turut meluahkan rasa gembiranya dengan perubahan positif yang diberikan oleh isterinya itu.

YANA (dua dari kiri) ketika hadir dalam program Wanita Hari Ini (WHI) TV3, hari ini. - Foto Instagram

Beliau ternyata bersyukur dengan tindakan yang dibuat oleh Yana.

"Tiada perbincangan yang serius mengenai keputusan Yana untuk bertudung. Namun dia ada menanyakan pendapat saya mengenai penampilannya berhijab.

"Setelah memandang segala aspek yang ada, pada hari ini Yana mengambil keputusan untuk bertudung ketika tampil di Wanita Hari Ini sebentar tadi," kata Fadzil ketika dihubungi BH Online.

Yana dan Fadzil selamat diijabkabulkan pada 13 Februari lalu di Pekan Yong Peng, Johor.

- Sumber: BH Online 

6 sebab Avengers Ultron bakal dilupakan, walau seepik mana pun


Penulis DailySeni, I Shah menulis mengenai filem pecah panggung Avengers: Age Of Ultron yang kini sedang hangat diperkatakan.

IA taklah seteruk yang kita sangka, malah ia antara yang paling ok so far. Yang anti-klimaksnya Avengers: Age Of Ultron takkan dihargai mahupun diselamatkan oleh keepikannya sendiri. Ya ini Hollywood, “otak campak tepi”, atau biar parking dekat luar. Tapi, tak semestinya.

Dunia Avengers sudah lain, sekarang Avengers berkuasa setelah menewaskan Loki (Tom Hiddleston) dan S.H.I.E.L.D. dibubarkan. Stark Towers bertukar menjadi Avengers HQ, elok saja terpampang huruf ‘A’ di bangunan markas baru Wira-Wira Tergagah Dunia (atau Earth’s Mightiest Heroes).

Iron Man nampak bermaharajalela, memegang senjata keramat Loki dan mengarah pasukan Avengers. Kemistri pelik-pelik antara ahli Avengers dan keluarga mereka, dan juga di antara masing-masing mula muncul. Contohnya; Hulk dan Black Widow nampak romantik.

So wayang hampir tiga jam, punyai segala elemen Marvel yang kita dibiasakan – ada panteon dewa dan dewi serta para perwira, perisik dan askar luarbiasa yang direka untuk penghayatan kita; ada antagonis baru yang lebih mengancam; beberapa karakter baru juga, siap dengan cerita asal mereka, turut dipersembahkan; kemudian mestilah ada lawan-lawan, supaya semua superpower dapat dipamerkan; sempat juga elemen cinta tiga segi; semuanya diiringi sebuah skor Alan Silvestri yang sempurna.

Avengers yang kali ini ada sesuatu yang sedikit kompleks berbanding yang sebelum-sebelumnya. Boleh kata tercapai keseimbangan antara lapisan-lapisan cerita serta dinamik antara watak-watak hebat seperti Tony Stark (Robert Downey Jr.), J.A.R.V.I.S. (Paul Bettany), Pepper Potts (Gwyneth Paltrow), Steve Rogers (Chris Evans), Bruce Banner (Mark Ruffalo), Natasha Romanoff (Scarlett Johansson), Clint Barton (Jeremy Renner), Maria Hill (Cobie Smulders), Wanda Maximoff (Elizabeth Olsen) dan kembarnya Pietro (Aaron Taylor-Johnson).

Akan tetapi, ini antara sebab-sebab Avengers…Ultron kebarangkalian besar akan turut dilupakan dengan sekejap sahaja, sama seperti movie superhero yang lain-lain.

1. Ia terlalu deep.

Walaupun kebiasaan orang akan ulang tayang sama sekuel ini, ia tetap akan dilupai. Terlalu banyak percubaan untuk mendapatkan frame yang ikonik sehingga susah untuk pilih yang mana memorable. Ceritanya berlapis dan ayat setiap seorang semakin berlapik, macam tak ada kepastian yang semua yang menyaksikan akan dapat proses.

Mungkin barisan hero dan heroin pun akan terasa semacam terlalu ramai, dengan pengenalan Ultron dan motifnya, kuncu muda yang menarik seperti Quicksilver dan Scarlet Witch, hero baru yang ultra-kuat: Vision (Paul Bettany), di samping manusia biasa yang diselitkan, seperti Dr. Helen Cho. Ini semua belum kira setiap seorang Avenger diberikan spotlight imbas kembali mereka yang khas. Itu belum Nick Fury (Samuel L. Jackson) masuk.

Lakonan ensembel sekarang memuncak di layar besar, seolah-olah semakin menjadi berlatarkan Marvel. Itu sudah cukup untuk dihargai dan ia cukup wajar digelar kraf, kraf moden. Cuma takut jadi isu pulak nanti antara sesetengah pembayar tiket yang malas ambik port semua itu. Nasib baik lah fight scene, scene kejar, scene letup, berlambak. Dengan action sequence yang semakin seni dan semakin gah sekarang, audiens dah tak perlu fikir, dah tak perlu cerita meletup.

2. Lama sangat wayangnya.

Ini era orang cepat lupa. Orang sekarang dah tak berapa nak peduli. Dan orang dah malas nak fikir. Dengan filem yang lebih seratus lapan puluh minit – sanggupkah, demi menonton blockbuster? Adakah ini membuatkan ia melarat?

Biar mata sendiri yang menilai, lain orang lain cita-cita, citarasa dan ceritanya. Banyak kisah-kisah kecil dan watak sampingan yang produser kena cover, supaya tally nanti kesudahannya. Adakah Dr. Bruce Banner, Hulk, dan Natasha, Black Widow, akan bersama? Apakah hubungan Hawkeye dan Black Widow sebenarnya pula? Thor (Chris Hemsworth) yang kuat tu pun, ada jugak benda yang dia takut.

Banyak jalan ceritanya, sampai kita yang melayan pun boleh terlepas pandang.

3. Terlalu banyak aksi? Agaknya.

Asal dialog je sikit mulalah ada yang nak bergaduh. Jadi setiap tujuh minit (dianggarkan) ada saja part lawan. Dengan redhanya terimalah beberapa teaser babak bersemuka paling best yang mungkin korang akan perasan dalam Avengers yang kedua ini. Banyak betul part lawan, ini antaranya. (Joss Whedon pun, agak-agak ler).

a.) Cap cuba lawan Ultron: Tak boleh cerita sangat, spoiler.
b.) Thor cuba lawan Ultron: Lagi tak boleh cerita.
c.) Cap, Iron Man dan Thor bekerjasama: Dah pernah jadi, tapi nampak dah upgrade. Ada kesefahaman sikit (cayalah).
d.) Iron Man steroid versus Hulk: …korang dah tengok sikit dah dekat trailer.
e.) Scarlet Witch lawan semua orang: Gila (best kena tipu).

4. Ultron semakin true dengan komik.

Penonton wayang sekarang tak semestinya pembaca buku atau komik. Avengers terbaru nampaknya semakin ikut dengan perkembangan saga Infinity Gauntlet yang melibatkan dewa jahat Thanos (Josh Brolin) seperti yang dikisahkan dalam komik asal. Lalu, pasti ada yang lost. Maka – adalah masa premiere tu beberapa penonton gedik yang mula nak mengulas. Contoh: ‘Boleh ke?’ (mempersoalkan kebolehan Hulk!)

5. Apa, progresif?

Dengan masyarakat yang semakin masocis, nilai-nilai keperempuanan yang dirasakan melalui watak Scar Jo, Olsen, Hayley Atwell (sebagai kekasih Captain America), Smulders, agak bertentangan. Pengarah/peminat komik klasik Joss Whedon mendedahkan dirinya sebagai penulis yang amat bertimbang rasa dan memahami wanita Barat moden, dan nampak empati dengan gambaran watak-watak heroin yang berat.

Realitinya masih ramai yang mengelak untuk menghargai situasi dan perjuangan wanita terutama dalam filem komersial, mungkin sebab kita dah terbiasa dengan mereka ini hanya sekadar senang dilihat aka cuci mata.

6. Mungkin Avengers…Ultron sengaja menguji kesabaran, ketahanan mental untuk sekuel seterusnya.

Siapa tahu, entah-entah ini keadaan pra-klimaks yang terbaik untuk memastikan bahawa Avengers edisi yang ketiga nanti, tidak mungkin dilupai sesiapa dalam masa yang singkat?

Joss Whedon pun, agak-agak ler.

------------------------------------------------------
- Jangan gusar, ni pendapat DailySeni saja. Nak tau best ker tak, tonton sendiri di pawagam terdekat!

Hampir 80 rakyat Malaysia jadi militan IS di Syria

AYOB KHAN: Hampir 80 rakyat Malaysia jadi IS di Syria - Gambar fail

KOTA BHARU: Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Polis Bukit Aman memaklumkan hampir 80 rakyat negara ini dipercayai menjadi militan IS di Syria setakat ini.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, dari jumlah jangkaan tersebut, 63 orang telah dikenal pasti dengan 54 lelaki, manakala selebihnya wanita.

Katanya kesemua mereka terdiri dari rakyat negara ini datang dari seluruh pelusuk negeri dan menyertai kumpulan militan tersebut.

Katanya dari jumlah itu, pihaknya juga mengesan tujuh orang kakitangan awam dari pelbagai jabatan yang berada dalam kelompok 63 individu yang dikenal pasti itu.

Ayob Khan menjelaskan, pihaknya percaya masih ramai kakitangan awam yang terlibat atau cuba menyertai IS.

"Yang 63 ada di Syria yang sudah kenal pasti tapi jumlah sebenar mungkin 80 orang, kita ada usaha mengesan dan mengenal pasti dari seluruh Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menjadi ahli panel dalam forum perdana 'IS realiti@jihad' sempena peringatan Hari Polis di sini pada malam Rabu.

Katanya usaha mengesan dan membawa pulang rakyat negara ini yang menjadi militan di sana sukar berikutan negara berkenaan bergolak.

Begitu pun usaha mengesan dan mengenal pasti individu berkenaan selain 63 orang yang sudah dikenal pasti sedang dilakukan melalui kerjasama dan rangkaian maklumat dari negara berhampiran.

Katanya individu berkenan juga dipercayai berusaha untuk pulang ke Malaysia berdasarkan percubaan yang pernah mereka lakukan dan mereka juga dikatakan pernah menghubungi keluarga di sini untuk pulang.

Menurut Ayob Khan lagi, sekiranya mereka pulang, mereka akan ditahan dan akan mengikuti program pemulihan yang pernah dilakukan ke atas anggota Jemaah Islamiah suatu ketika dulu yang nyata berjaya mengembalikan mereka dalam masyarakat.

Enam dari 17 suspek yang ditahan 5 April lalu akan dituduh di Mahkamah Alor Setar hari ini manakala 12 orang yang ditahan di Hulu Langat masih lagi dalam tahanan dan siasatan pihaknya.

Sementara itu Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim menjelaskan, pihaknya sentiasa memantau sempadan negara Malaysia-Thailand di sepanjang Tumpat hingga Bukit Bunga Jeli.

Polis Kelantan juga sentiasa berkerjasama dengan Bukit Aman dalam usaha menjejaki anggota militan IS yang cuba membolosi sempadan negara melalui negara jiran. 

- Sumber: Astro Awani | April 30, 2015

Bekas tmpat menyimpan motosikal jadi sarang pelacur

Bekas tempat menyimpan motosikal yang kini dipercayai jadi port maksiat dirobohkan penguat kuasa.

SUNGAI PETANI – Bertindak atas aduan, tempat simpan motosikal yang dikatakan menjadi sarang menghidu gam dan lokasi melampiaskan nafsu dirobohkan dalam operasi dijalankan 16 anggota penguat kuasa, semalam.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), Anil Aris berkata, lokasi yang merupakan binaan kayu bekas tempat letak motosikal berbayar dekat susur Jalan Petri atau lorong belakang itu dirobohkan bagi mengelakkan lokasi itu disalahgunakan pihak tertentu.

Menurutnya, sebelum ini kawasan itu menjadi tumpuan orang ramai sebagai lokasi menyimpan motosikal, topi keledar, beg dan lain-lain yang diuruskan seorang pengusaha lama.

“Bagaimanapun, setelah pengusaha itu meninggal dunia dan tiada lagi kegiatan tersebut, kawasan ini dikatakan menjadi sasaran remaja dan golongan tidak bertanggungjawab sebagai lokasi maksiat,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, operasi yang diketuai Roslin Bakar itu turut disertai kakitangan Bahagian Elektrik Jabatan Kejuruteraan MPSPK.

"Tindakan dilakukan mengikut Akta 133 Seksyen 46 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 berhubung tindakan membina, mendirikan, membina tembok, pagar atau sesuatu benda yang menyebabkan halangan di mana-mana tempat awam.

"Sekiranya didapati bersalah, boleh dikenakan denda tidak lebih dari RM500 bagi kesalahan pertama dan RM1000 bagi kesalahan kedua atau berikutnya," katanya.

Sinar Harian 30 Mac lalu ada menyiarkan keluhan pengadu apabila melihat bekas tempat simpan motosikal yang dahulunya popular kini menjadi sarang maksiat.

Kunjungan Ahli Majlis, Ko Hung Weng ke tapak lokasi mendapati ia dipercayai menjadi lokasi pelacuran berdasarkan kesan sampah dan sisa yang ditinggalkan.

Menurut Hung Weng, kawasan itu dikhuatiri menjadi lokasi lepak pelajar sekolah kerana kedudukannya di tengah-tengah pusat bandar, namun agak tersembunyi.

Katanya, pemantauan juga mendapati terdapat sisa kondom yang telah digunakan, peralatan menghidu gam, sampah-sarap selain lokasinya kotor dan menjijikkan, ia juga dikhuatiri menjadi laluan tikus dan pembiakan nyamuk.

- Sumber: Sinar Harian