Wednesday 18 December 2013

Perginya sebutir bintang, ucap penggiat filem

Perginya sebutir bintang, ucap penggiat filem

Pemergian primadona filem Melayu, Azean Irdawaty diterima dengan tenang oleh penggiat seni tempatan.

Rata-rata selebriti mengucapkan takziah dan turut mengimbas kenangan manis sewaktu bekerjasama dengan Allahyarhamah.

Antara yang terawal ialah Ida Nerina, pelakon yang pernah membintangi filem Layar Lara pada tahun 1997.

Dalam filem tersebut, Ida membawakan watak pelakon muda Ena Manjalara yang mengagumi kehebatan pelakon veteran, Auntie Zai yang dibawakan dengan cemerlang oleh Allahyarhamah.

Kesedihan turut dikongsi Maya Karin, pelakon yang sama-sama membintangi filem Waris Jari Hantu dengan Allahyarhamah.

Bagi pelakon Syafie Naswip, kenangannya bersama Allahyarham dalam filem terakhir lakonannya Talentime suatu yang manis dan akan diingati sampai bila-bila.


Turut meluahkan kesedihan mereka ialah pelakon Fatimah Abu Bakar. Fatimah merupakan antara jurulatih lakon yang terlibat dalam filem-filem arahan Shuhaimi Baba termasuk Layar Lara.

Kekaguman pelakon generasi muda terhadap kerjaya Allahyarham sememangnya sukar untuk dinafikan.















Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal duniapada Selasa pukul 8.25 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor.

Allahyarhamah meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.

Jenazah Allahyarhamah dibawa ke kediaman keluarganya beralamat 92, BU 11/7, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Menurut wakil keluarga Allahyarhamah, jenazah akan disembahyangkan di Masjid Kayu Ara, Petaling Jaya dan kemudian disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.


Sumber: ASTRO Awani 

Permohonan BR1M 2014 dibuka dari 23 Dis hingga 31 Jan


KUALA LUMPUR: Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Jan depan, menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan di sini Selasa.

Menurut kenyataan itu penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

"Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut," kata kenyataan itu.

Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.

Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Dis ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Ketika pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.

Selain itu caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650.

Bernama

Kenaikan tol: Tak macam jawapan menteri, kata penganalisis

 Dr Mohammad Agus Yusoff
Dr Mohammad Agus Yusoff


SHAH ALAM - Naif dan bukan bertaraf menteri. Demikian pandangan Prof. Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff terhadap kenyataan menteri yang meminta pengguna lebuh raya menggunakan jalan biasa jika tidak mahu bayar lebih untuk kadar tol.

Ujarnya, kenyataan tersebut tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang menteri kerana ianya seolah-olah merendahkan intelektual rakyat.

“…dan bagi saya kenyataan tersebut juga bukan bersifat menteri, sepatutnya seorang menteri tersebut perlu berfikir secara rasional ketika mengeluarkan sebarang kenyataan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kenaikan kadar tol yang diuar-uarkan bakal berlaku tahun hadapan sebagai munasabah dan mereka yang tidak bersetuju boleh menggunakan jalan biasa. 

"Kami sediakan jalan alternatif kepada mereka sedia bayar dengan kadar premium.

"Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut," kata Abdul Wahid di Putrajaya semalam.

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai kenaikan kadar tol pula, Agus mencadangkan, kenaikan hanya pada kadar 10 sen sahaja.

“Kalau kerajaan terdesak untuk naikkan juga harga tol, bagi saya kenaikan hanya pada harga 10 sen… ini bagi mengelak daripada rakyat terus terkesan.

“…ini kerana rakyat sudah terkesan dengan pelbagai kenaikan sebelum ini, oleh itu kasihanilah rakyat,” katanya.

Sebelum ini ada laporan menyebut kadar tol dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan berapa jauh.

Difahamkan, terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu.


Sinar Harian 

Internet in schools: Malaysian parents concerned about privacy

Do you currently have school-going children?

Do you believe that the use of internet in schools will provide your children essential skills for the future? If your answer is yes, you are not alone. Many Malaysian parents think so, too, according to survey.

But like myself, a majority of those surveyed want online advertising or data mining of children’s personal information prohibited.


In-school internet access - the good and the bad. Infographic source: Parent Action Group for Education Malaysia (PAGE) and SafeGov.org



The survey found that 92% of Malaysian parents want all advertising-related practices to be banned from such services in schools with 82% calling for the government to pass a law to ban all advertising-related activities from online services in schools.


Are connected classrooms beneficial?

Definitely. More than three quarters of parents surveyed felt that Internet use would help their children to learn creativity, problem solving, and critical thinking. Furthermore, about 75% believe that it would aid their children to acquire essential skills for competing in this century.

Of course there are dark side to the use of certain internet services in schools - or for that matter, anywhere. Advertising services that engage in data mining are always of concern.


Source: The Green Mechanics

Insiden serang: Skuad takraw negara mohon maaf kepada media


NAYPYITAW:  Skuad sepak takraw negara meminta maaf kepada media atas insiden pengurus pasukannya Mohd Fareed Moh Norden cuba menyerang seorang wartawan media cetak Malaysia di Sukan SEA ke-27 di sini kelmarin.

"Bagi pihak pasukan, saya memohon, saya mohon maaf kepada media," kata jurulatih Jamaluddin Hassan.

"Saya kesal dengan apa yang berlaku. Lagi pun selama ini wartawan banyak membantu memberi publisti kepada sukan sepak takraw.

"Kita ambil dari segi positif terhadap kritikan yang bukan sahaja oleh wartawan tetapi peminat sukan sepak takraw," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada media yang banyak membantu melaporkan perkembangan sukan berkenaan selama ini, Jamaluddin menyifatkan perkara itu mungkin disebabkan salah faham.

Insiden kekecohan itu tercetus sejurus perlawanan akhir acara regu yang menyaksikan trio negara, Izurin Refin, Mohd Hanafiah Dolah dan Mohd Muqlis Borhan tewas kepada trio Thailand, kelmarin.

Dalam kejadian di bilik pasukan Malaysia itu, wartawan berkenaan cuba mendapatkan ulasan kekalahan trio negara daripada Jamaluddin tetapi pengurus pasukan terbabit yang berada di sebelah dan sedang makan tiba-tiba naik angin serta cuba menyerangnya.

Difahamkan, tindakan pegawai terbabit itu adalah kerana tidak berpuas hati dengan laporan isu duit poket RM200 diberikan oleh Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) kepada pemain sepanjang 12 hari di sini selain kritikan keras terhadap prestasi buruk pasukan dalam acara berpasukan.

Dalam pada itu, ketua kontinjen negara Datuk Wira Amiruddin Embi berkata beliau sudah meminta pengurusan pasukan itu mengemukakan laporan berhubung insiden tersebut.

"Saya akan lihat maklumat daripada kedua-dua pihak," katanya bahawa pada masa ini adalah terlalu awal untuk menentukan tindakan terhadap pengurus pasukan terbabit.

Bernama

Izzue Islam selebriti tempatan popular 2013 di Google

Izzue Islam selebriti tempatan popular 2013 di Google

KUALA LUMPUR:  Pelakon Izzue Islam berada di kedudukan paling atas dalam senarai selebriti Malaysia yang menjadi topik perbincangan menerusi enjin carian Google.

Mengikuti rapat ialah pelakon popular Emma Maembong, Sharifah Sakinah, Nelydia Senrose dan Ashraf Muslim.

Antara topik yang membabitkan pelakon Izzue Islam adalah majlis perkahwinannya yang berlangsung pada awal Jun lalu.

Izzue yang juga ahli kumpulan Forteen turut membintangi filem-filem popular antaranya Ular, Hantu Tok Mudim dan banyak lagi.

Di Anugerah Blokbuster 2, Izzue memenangi gelaran Hero Baru Terhebat.

Turut mendapat perhatian pastinya pelakon kontroversi Sharifah Sakinah yang sering memuat-naik topik-topik panas di laman sosial video Keek.

Selain itu, pelakon Ashraf Muslim turut menjadi topik carian popular apabila berita perkahwinannya yang kedua tersebar di media.

Senarai tahunan Zietgeist diumumkan oleh Google hari ini, dengan melihat tahun 2013 menerusi pencarian yang dilakukan oleh pengguna laman web di seluruh dunia.

Berikut merupakan senarai selebriti Malaysia paliing hangat dibincangkan menerusi Google. Klik Galeri Foto untuk senarai penuh tahunan Zietgeist Google.

Selebriti Malaysia (Topik Trending)
1. Izzue Islam
2. Emma Maembong
3. Sharifah Sakinah
4. Nelydia Senrose
5. Ashraf Muslim
6. Fizz Fairuz
7. Afiq Muiz
8. Adi Putra
9. Fiza Elite
10. Amar Asyraf

KL Gangster 2, The Conjuring paling hangat tahun 2013


KUALA LUMPUR:  Filem arahan Syamsul Yusof, KL Gangster 2 merupakan filem paling popular diperkatakan pada tahun 2013.

Kedudukan teratas filem lakonan Aaron Aziz, Adi Putra, ZIzan Razak itu sememangnya sudah dijangkakan.

Selain filem yang paling ditunggu-tunggu tahun ini, keseluruhan filem tersebut telah tersebar di laman sosial sebulan sebelum ia ditayangkan.

Kekecohan tersebut telah menyebabkan pengarahnya, Syamsul merajuk dengan industri perfileman tempatan.

Filem tersebut mengumpul RM4.96 juta di pawagam sewaktu ditayangkan.

Mengekori rapat adalah filem realiti seram Highland Tower, yang mengambil latar tragedi Highland Towers.

Mengejutkan apabila filem Psiko Pencuri Hati berada di kedudukan ketiga, lebih-lebih lagi apabila kutipan filem tersebut tidaklah begitu memberangsangkan.

Filem arahan Nam Ron itu dibintangi Syed Hussein, Sharifah Amani, Amerul Affendi dan ramai lagi.
Filem-filem lain yang turut tersenarai adalah Vikingdom, Juvana, Bikers Kental, Adnan Sempit 3, KL Zombie, Langgar dan Gangster Celop.

Senarai tahunan Zietgeist diumumkan oleh Google hari ini, dengan melihat tahun 2013 menerusi pencarian yang dilakukan oleh pengguna laman web di seluruh dunia.

Malaysian Movies (Trending)
1. KL Gangster 2
2. Highland Tower
3. Psiko Pencuri Hati
4. Vikingdom
5. Juvana
6. Bikers Kental
7. Adnan Sempit 3
8. KL Zombie
9. Langgar
10. Gangster Celop

Sementara itu, filem arahan James Wan iaitu The Conjuring merupakan filem luar paling hangat dicari di Google.

Tidak mengejutkan apabila filem seram itu berada di kedudukan teratas apabila sentiasa menjadi topic perbincangan hangat di laman sosial Twitter.

Lebih-lebih lagi, filem tersebut merupakan arahan anak Malaysia yang kini menetap di Amerika Syarikat.
Turut mendapat perhatian adalah filem animasi Despicable Me 2, Pacific Rim, Man of Steel, Iron Man 3, Insidious 2 dan After Earth.

Berikut merupakan senarai lengkap filem antarabangsa yang mendapat carian terbanyak Google tahun ini. Klik Galeri Foto untuk kategori lengkap tahunan Zietgeist tahun ini.

Movies (Trending)
1. The Conjuring
2. Despicable Me 2
3. Pacific Rim
4. Man of Steel
5. KL Gangster 2
6. Iron Man 3
7. Insidious 2
8. Highland Tower
9. Singam 2
10. After Earth

Aksi 'terlampau' polis tersebar

Aksi 'terlampau' polis tersebar
Aksi seorang anggota polis yang bertindak menampar seorang lelaki yang ditahan tersebar luas dalam laman sosial.


GEORGETOWN - Aksi polis 'terlampau', itu gambaran dalam video bertajuk 'Polis Tampar Orang Awam' yang dimuat naik dalam laman Youtube sejak beberapa hari lalu.

Video berdurasi satu minit enam saat itu disaksikan kira-kira 1,230 selepas dimuat naik sejak Sabtu lalu.

Bukan sahaja tersebar di Youtube malah ramai pengguna laman sosial berkongsi video berkenaan uun tidak diendahkan mereka.

Berang dengan tindakan dua lelaki berkenaan, anggota itu bertindak mengejar mereka menggunakan motosikal dan berjaya menahan mereka sebelum berlakunya aksi itu.

Difahamkan, akibat daripada perbuatan anggota itu, beliau kini ditukarkan ke Unit Bilik Gerakan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi dalam satu kenyataannya di sini semalam berkata, Bahagian Tatatertib kontinjen negeri sedang menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.

Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota dan pegawainya yang melakukan kesalahan sehingga mencemarkan nama dan menjatuhkan imej PDRM.

“Arahan dikeluarkan kepada semua ketua jabatan, ketua polis daerah dan ketua formasi untuk memastikan semua pegawai dan anggota di bawah seliaan mereka melaksanakan tugas mengikut undang-undang.

“Jangan sesekali bertindak di luar batasan serta melakukan perkara yang mencemarkan imej pasukan,” katanya.y

Sumber: Sinar Harian