Tuesday 30 September 2014

Senarai ATM digodam di empat negeri


ATM godam

KUALA LUMPUR - Berikut senarai 17 kes Mesin Teler Automatik (ATM) yang digodam dipercayai sindiket Amerika Latin melibatkan bank di cawangan Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Johor Baharu pada minggu lepas, yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun setakat ini tiada pemilik akaun bank melaporkan kehilangan wang mereka.
Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur:    

ATM di Jalan Imbi; 28 Sept; Kerugian RM92,900    

Di Selangor:
    ATM di Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya; 27 Sept; Kerugian RM303,000
    ATM di Seksyen 14, Petaling Jaya; 29 Sept; Kerugian RM395,850
    ATM di Dataran Sunway, Petaling Jaya; 29 Sept; Kerugian RM221,160
    ATM di USJ Subang Jaya; 27 Sept; Kerugian RM265,600
    ATM di Kota Damansara; 29 Sept; Kerugian RM285,700
    ATM di Kelana Jaya; 29 Sept; Kerugian belum diketahui
    ATM di Klang; 29 Sept; Kerugian RM150,000
    ATM di Puchong; 29 Sept; Kerugian belum diketahui
    ATM di Shah Alam; 29 Sept; Kerugian RM116,000
    ATM di Kajang; 29 Sept; Kerugian belum diketahui
   
Di Johor Baharu:
    ATM di Johor Baharu; 27 Sept; Kerugian belum diketahui
    ATM di Taman Molek; 27 Sept; Kerugian belum diketahui
    ATM di Batu Pahat; 27 Sept; RM265,000
    ATM di Kluang; 29 Sept; RM288,200
   
Melaka:
    ATM di Melaka Raya; 27 Sept; Kerugian belum diketahui
    ATM di Bandar Hilir; 27 Sept; Kerugian RM232,770
   

- Sumber: Bernama

Kes dadah: Pingat emas pertama Malaysia lebur

Atlet Wushu Tai Cheau Xuan bersama pingat emas pertama Malaysia yang dimenanginya dalam acara Nandao dan Nanquan pada Temasya Sukan Asia ke-17 di Ganghwa Dolmens Gymnasium pada 20 September lalu. - Foto Bernama
Atlet Wushu Tai Cheau Xuan bersama pingat emas pertama Malaysia yang dimenanginya dalam acara Nandao dan Nanquan pada Temasya Sukan Asia ke-17 di Ganghwa Dolmens Gymnasium pada 20 September lalu.


NASIB malang bagi pasukan Malaysia di kejohanan Sukan Asia ke-17 di sini apabila Majlis Olimpik Asia (OCA) menarik balik pingat emas pertama yang dimenangi menerusi atlet wushu wanita Tai Cheau Xuen kerana beliau didapati gagal ujian dadah.

Menurut kenyataan pihak penganjur, ujian sampel air kencing Cheau Xuen yang dilakukan pada 20 Sept selepas pertandingan mendapati ia mengandungi Sibutramine iaitu bahan terlarang dalam Senarai Larangan Agensi Anti Doping Sedunia (Wada) 2014.

Selepas dilakukan proses mengikut peraturan dan prosedur OCA, ditentukan bahawa hasil dapatan itu merupakan pelanggaran peraturan antidoping, katanya.

"Sehubungan itu sekatan telah dikenakan. Peserta dibatalkan daripada pertandingan selain kejohanan dan kelayakannya turut dibatalkan sementara pingatnya ditarik balik," kata OCA.

Menurut OCA, hasil penemuan itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa negara peserta berkenaan, persekutuan antarabangsa sukan tersebut (Persekutuan Wushu Antarabangsa Asia) dan Wada untuk tindakan lanjut.

Katanya ini merupakan kes ketiga yang berlaku di kejohanan kali ini. - Bernama