Thursday, 26 March 2015

Martin Skrtel: I feel no guilt over David de Gea challenge


Liverpool defender Martin Skrtel insists he does not feel guilty about the challenge on Manchester United goalkeeper David de Gea which resulted in his three-match ban.

The Slovakia international, currently away preparing for a Euro 2016 qualifier at home to Luxembourg on Friday, failed in his appeal against a violent conduct charge.

Skrtel had argued the action of standing on De Gea's right shin as he chased a through-ball in the final seconds of Sunday's 2-1 defeat at Anfield was unintentional but an independent panel disagreed with him.

The 30-year-old has continued to profess his innocence even after his ban was confirmed, meaning he misses Premier League matches against Arsenal and Newcastle, plus an FA Cup quarter-final replay at Blackburn.

"It feels strange because we appealed against those charges and still I was hit by a three-match ban," he told his personal website martin-skrtel.com.

"I didn't want to stamp on him. It was an accident and I didn't do it on purpose. I don't feel guilty.

"It was a long ball and he went towards me and I wanted to jump over him. Simple as that."

Press Association Sport understands the defender is unlikely to punished after he posted a picture of clowns on his Instagram account on Wednesday - which has been widely viewed as his comment on those who sat on the panel and decided the outcome of the hearing.

Skrtel will be joined on the sidelines by Liverpool captain Steven Gerrard, who will also serve a similar three-match ban after his moment of madness saw him sent off less than a minute after coming on as a substitute for the second half after stamping on United midfielder Ander Herrera.

- Source: Eurosport

China ‘cetak’ kereta pertama, kos RM6,300

Shuya


HAINAN - CHINA. Sebuah firma berjaya 'mencetak' kereta menggunakan teknologi cetakan 3D dengan kos hanya USD 1,700 atau RM 6,300.

Menurut Dailymail.uk, model berkenaan yang dipamerkan Selasa lalu, digerakkan oleh tenaga elektrik dan mampu mencapai kelajuan 40 km/j dalam sebuah ujian.

Antara bahan yang digunakan adalah filamen Tyrant Gold, bahan-bahan komposit yang kemudian digabungkan dengan komponen-komponen asas sebuah kereta.

Kereta tersebut yang dinamakan 'Shuya' dicetak dalam masa lima hari adalah hasil dari Sanya Si Hai 3D.

Sebelum ini, syarikat Local Motors 3D dari Amerika mengumumkan kereta cetakan pertama mereka, Strati pada September lepas.

- Sumber: Dailymail.uk

'Diusik' jin ketika tidur di surau

  • 'Diusik' jin ketika tidur di surau
  • Di anjung inilah tempat penulis 'diusik'. 

DIGANGGU jin ketika tidur bukanlah perkara aneh, kerana adakalanya kita berkongsi 'tempat tinggal' dengan mereka, mana tahu kemungkinan tempat berteduh kita itu 'kediaman' mereka.

‎Itulah yang berlaku kepada penulis ketika 'tumpang berteduh' di sebuah surau di sebuah daerah di Perak baru-baru ini.

‎Penulis yang ketika itu, menemani ayah yang terlantar sakit terpaksa bergegas mencari tempat tidur.

Memandangkan sudah lewat malam dan terlalu letih selepas ke hulu ke Hilir menguruskan urusan masuk wad, penulis memilih untuk baring sebentar di sebuah surau untuk menghilangkan lelah.

Penulis memilih surau berkenaan untuk berehat sebentar kerana ingin menunaikan solat fardu.

‎Sebaik sahaja penulis melelapkan mata, penulis merasakan ada sesuatu yang menolak sehingga tersedar, namun 'cubaan' itu penulis rasakan hanya satu mainan tidur.

‎Lantas, penulis mengambil keputusan untuk menyambung semula tidur, namun sebaik sahaja ingin melelapkan mata, penulis merasakan badan penulis digoyang dan ada sesuatu yang menghempap di badan penulis.

‎Terkejut dengan kejadian itu, penulis lantas bangun untuk mengambil wuduk dan membaca ayat Kursi.

Menyedari kemungkinan tempat tidur penulis itu mungkin 'tempat seseorang' penulis akhirnya mencari tempat tidur lain.

‎Namun, alhamdulillah selepas bertukar tempat tidur, penulis berjaya tidur sampai Subuh.

- Sumber: Sinar Harian 

Death of TV9 executive: husband ordered to enter defence


A total of 24 witnesses testified during hearing of the case which began on Oct 16 last year. - File Photo

SHAH ALAM: The husband of TV9 administration executive Nur Syaleza Jaffar was ordered by the High Court here Thursday to enter his defence on a charge of murdering the woman three years ago.

Judge Datuk Abdul Halim Aman made the decision after finding that the prosecution had succeeded in establishing a prima facie case.

A total of 24 witnesses testified during hearing of the case which began on Oct 16 last year.

Norazman Bashah was charged with murdering Nur Syaleza, 31, at their residence at Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, Petaling Jaya, between noon and 7.30 pm on July 28, 2012.

The former executive of an oil and gas company is charged under Section 302 of the Penal Code which carries the mandatory death sentence upon conviction.

The prosecution was represented by deputy public prosecutors Rosidah Abu Bakar and T. Deepa Nair, while lawyers Muhammad Fadhli Sutris and Shah Rizal Abdul Manan represented the accused.

- Source: Bernama

Kisah bayi ‘duyung’ palsu

  • Kisah bayi ‘duyung’ palsu
  • Gambar bayi yang menjadi viral di laman sosial ini dikatakan dilahirkan di Hospital Pontian.

JOHOR BAHRU - Penyebaran berita seorang bayi yang dilahirkan dengan memiliki kaki seperti seekor ikan duyung di Hospital Pontian, semalam disahkan sebagai tidak benar.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, semakan kelahiran di Hospital Pontian mendapati tiada kelahiran dicatatkan pada hari kelmarin, seperti yang didakwa oleh berita palsu berkenaan.

“Saya boleh katakan bahawa gambar seorang bayi yang didakwa dilahirkan dengan kaki seperti seekor duyung di Hospital Pontian seperti tersebar dalam laman sosial hari ini (semalam) adalah palsu.

“Ini kerana setelah disemak dengan pihak Hospital Pontian, tiada sebarang kelahiran dicatat di hospital itu pada hari semalam (kelmarin), jadi sudah tentu berita ini adalah tidak benar,” katanya di sini semalam.

Ayub berkata, masyarakat secara umumnya dinasihati supaya memastikan kesahihan sesuatu berita terlebih dahulu supaya ia tidak mencetuskan pelbagai masalah kepada individu lain dan pihak-pihak berkaitan.

“Saya memohon agar orang ramai lebih berhati-hati dalam memastikan kebenaran dan kesahihan sebarang berita atau gambar di dalam internet.

“Sebarang berita yang tiada kepastian dan kebenarannya perlu dirujuk dengan pihak berwajib terlebih dahulu sebelum disebarkan di dalam media sosial kerana ia boleh mengundang keresahan, keghairahan dan masalah kepada pihak terbabit, sekali gus memberi kesan kepada prestasi mereka,” katanya.

Gambar bayi yang dilahirkan cacat dengan kakinya melekat seperti kelihatan duyung itu mula menjadi viral dalam laman sosial semalam, kerana bayi malang itu didakwa dilahirkan di Hospital Pontian petang kelmarin.

Bagaimanapun setelah diselidiki menerusi beberapa carian dalam laman web mendapati gambar bayi berkenaan dipercayai telah muncul dalam satu akaun Facebook milik seorang wanita Myanmar pada 19 Mac lalu, dan turut ditayangkan dalam laman Facebook, Top Myanmar News.

- Sumber: Sinar Harian 

Polis buru wanita pembuli jalan


MIRI - Polis sedang memburu seorang wanita yang didakwa mencederakan seorang wanita Perancis di Jalan Krokop 10 di sini semalam.

Kejadian itu yang berlaku kira-kira 11 pagi turut menjadi viral dalam laman sosial.

Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, mangsa yang berusia 44 tahun menetap di sini bersama suaminya yang juga warga Perancis dan bertugas sebagai juruterbang.

Laporan polis telah dibuat.

"Mangsa mendakwa suspek telah mengundur keretanya dan hampir melanggar ibu mangsa yang sedang berada di belakang kereta mangsa.

"Mangsa telah berteriak kepada suspek bagi memberi amaran mengenai kehadiran ibunya di belakang kereta suspek.

"Namun suspek keluar dari keretanya dengan membawa payung dan terus meludah kepada mangsa," katanya sambil menambah mangsa mendakwa dipukul sehingga dia cedera di kepala dan terpaksa mendapat rawatan di hospital.

Tian Kee berkata, kereta suspek didapati didaftar di bawah sebuah syarikat katering.

Kes merupakan kali kedua di Sarawak bulan ini dan tersebar melalui media sosial. 

- Sumber: Bernama

Penggunaan kamera retina mampu atasi buta

  • Penggunaan kamera retina mampu atasi buta
  • Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (duduk, kanan) membuat pemeriksaan mata dengan menggunakan Fundus Camera pada majlis penyerahan Fundus Camera dan perasmian 'Retinal Disease Awareness Programme 2015' di Hospital Selayang hari ini. 

KUALA LUMPUR - Dua Kamera Retina dan beberapa peralatan penyaringan tambahan lain sumbangan Standard Chartered Scope International (M) Sdn Bhd akan banyak membantu dalam usaha merawat pelbagai penyakit berkaitan retina, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata kamera bernilai RM150,000 itu akan digunakan sebagai pelopor dan perintis bagi Program Kesedaran Penyakit Retina (RDAP) di Kuala Lumpur dan Selangor, yang kemudian akan diperluas ke seluruh negara.

"Bagi penyakit retina, membuat penyaringan adalah jauh lebih sukar kerana retina terletak di belakang mata dan tidak mudah dilihat. Di peringkat antarabangsa, perakuan dibuat bahawa kamera retina adalah alat yang amat berkesan dan penting bagi menyaring penyakit retina," katanya pada majlis pelancaran Standard Chartered RDAP 2015 dan penyerahan kamera itu kepada Hospital Selayang di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Hospital Selayang Dr Siti Zaleha Mohd Salleh, Ketua Perkhidmatan Oftalmologi Kebangsaan Dr Nor Fariza Ngah, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Bank Malaysia Mahendra Gursahani dan Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Scope International (M) Sdn Bhd, Kwan Chee Sun.

Melalui program RDAP, pakar mata, pakar optometri, paramedik dan doktor penjagaan utama dari kementerian itu akan berganding bahu dengan Standard Chartered untuk mengadakan siri penyaringan penyakit retina sepanjang 2015 dan 2016 untuk mengenal pasti mereka yang menghidap retinopati diabetes.

Program itu menetapkan sasaran untuk membuat saringan terhadap 10,000 pesakit berpotensi yang terdiri daripada penghidap diebetes dari kawasan pinggir Kuala Lumpur, Selangor dan kawasan luar bandar lain di negara ini.

r Hilmi berkata kira-kira setengah juta pesakit diabetes di Malaysia mengalami beberapa jenis retinopati, yang jika tidak dirawat, boleh menyebabkan buta berkekalan.

"Retinopati diabetes dikenali di seluruh dunia sebagai punca utama buta kekal dan tidak boleh diubati. Bagi pesakit yang mengalami diabetes mellitus, paras tinggi kandungan gula di dalam darah secara berterusan akan menyebabkan pembuluh darah di dalam retina mengecil, berdarah atau bocor," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada Standard Chartered kerana komitmennya dalam projek itu. 

Sementara itu, Kwan berkata 2,000 daripada staf sukarelanya akan mengambil bahagian dalam program berkenaan dengan menyertai wakil daripada hospital di pusat penjagaan utama untuk mengadakan jerayawara dan mendampingi pesakit berpotensi setiap minggu.

"Kami berharap, dengan terdapatnya peralatan dan tenaga kerja tambahan ini, kami akan dapat memberi kesan positif terhadap masyarakat tempatan bagi mencerminkan komitmen kami terhadap inisiatif global bank berkenaan, 'Seeing Is Believing', yang bertujuan menangani masalah buta dan cacat penglihatan yang boleh dielak". 

- Sumber berita & gambar: Bernama

Arab Saudi mula bom Yaman


Arab Saudi mengumumkan pelancaran kempen ketenteraan di Yaman semalam selepas pihak pemberontak menguasai sebahagian besar negara tersebut.

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Arab Saudi mengumumkan pelancaran kempen ketenteraan di Yaman semalam selepas pihak pemberontak menguasai sebahagian besar negara tersebut.

Menurut duta Arab Saudi di Amerika Syarikat (AS), Adel al-Jubeir memberitahu bahawa Arab Saudi adalah sebahagian dari gabungan 10 buah negara yang akan menghentikan kemaraan pihak pemberontak Houthi.

"Kami akan buat apa sahaja untuk melindungi negara kami," kata Adel dipetik dari NY Times.

Bagaimanapun, Adel tidak memberitahu nama-nama negara terlibat dalam gabungan tersebut, namun mengatakan terdapat negara Teluk Parsi lain terlibat.

Beliau juga menafikan penglibatan AS dalam operasi tersebut.

- Sumber: Sinar Harian 

Wanita dibunuh selepas lihat kejadian bunuh

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang wanita tempatan berusia 40 tahun dibunuh selepas menyaksikan kejadian bunuh di hadapan sebuah pusat karaoke di Jalan PJS 8/13 di Sungai Way, dekat sini, awal pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata dalam kejadian kira-kira 1.25 pagi itu, tiga suspek lelaki pada mulanya menyerang seorang lelaki warga Indonesia berusia 34 tahun.

"Mereka menggunakan parang dan rantai untuk menyerang mangsa di kaki lima sehingga mati, dan ketika itu wanita tersebut melihat kejadian berkenaan. 

"Wanita itu turut dibunuh," kata Azmi ketika dihubungi. 

Beliau berkata siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai menjurus kepada dendam terhadap pemuda Indonesia itu. 

Katanya, kedua-dua mayat berkenaan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. 

- Sumber: Bernama

Penggali kubur pengsan keranda tiba-tiba terbuka

Gambar Hiasan


GELSENKIRCHEN - JERMAN. Seorang penggali kubur pengsan selepas terkejut apabila penutup keranda tiba-tiba terbuka dan kemudiannya mendengar 'mayat' bertanyakan di manakah dia berada.

'Mayat' wanita warga emas yang berusia 92 tahun telah disahkan meninggal dunia oleh doktor di rumah orang-orang tua dan kemudiannya dibawa ke tempat pengebumian untuk disemadikan.

Anehnya, dia 'hidup semula' sebelum dikebumikan dan membuatkan penggali kuburnya pengsan.

Pengurus rumah pengebumian kemudiannya menemui wanita tua tersebut berbaring dalam keranda dengan kedua-dua mata terbuka sebelum membawanya ke hospital.

Dia turut memeriksa nadi wanita berkenaan dan mendapati dia masih hidup.

Memetik laporan Mirror.uk, polis sedang menjalankan siasatan ke atas jururawat dan doktor yang mengesahkan kematian wanita tersebut.

Menurut laporan, wanita itu ditemui di tempat tidur di rumah orang-orang tua oleh penjaga, dan dia menyangka wanita tersebut sudah tidak bernafas.

Seorang doktor telah dipanggil dan kemudiannya mengesahkan wanita berkenaan telah meninggal dunia sebelum dia dibawa pergi oleh seorang pengurus mayat.

Sementara itu, pengurus rumah orang-orang tua tersebut, Lother Burger berkata ini adalah sesuatu yang tidak dijangka dan sukar untuk diterangkan

- Sumber: Mirror.uk

Penyimpan Mohor Raja-Raja buat laporan polis


KUALA LUMPUR - Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini membuat laporan polis bagi menafikan penyiaran sebarang kenyataan berhubung pendirian Majlis Raja-Raja dalam isu hudud.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berkata, laporan yang dibuat di Balai Polis Jalan Travers di sini pagi tadi juga bagi menegaskan apa yang disiarkan dan diterbitkan adalah tidak benar dan bukan dikeluarkan oleh pejabat berkenaan.

"Mesyuarat Majlis Raja-Raja tidak membincangkan perkara yang dihebohkan itu dalam mesyuaratnya.

"Pejabat itu juga tidak mengeluarkan siaran akhbar bertarikh 25 Mac (semalam) yang menyentuh perkara (hudud) itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, sebuah portal berita menyiarkan laporan yang mengaitkan Majlis Raja-Raja dengan isu hudud dan ia menjadi viral di internet. 

- Sumber: Bernama