Friday, 27 June 2014

Emma punca kemelut Zizan-Marina?

Zizan Razak


Zizan Razak

KEMELUT membabitkan Zizan Razak dan Marina Juki yang juga rakan kongsi serta pengurusnya kembali menjadi perhatian, setelah Zizan dikatakan membekukan dua akaun syarikat Wire Fame Entertainment Sdn. Bhd. (WFE), sehingga urusan pembayaran artis dan pekerja tidak dapat dilakukan.

Jika diimbas semula, kemelut membabitkan Zizan, Marina dan WFE mula hebat diperkatakan sejak awal Februari lalu.

Ia bermula dengan khabar angin Emma Maembong yang juga salah seorang artis di bawah pengurusan WFE disingkir pada bulan Februari lalu, kerana sering menimbulkan masalah kepada syarikat pengurusannya.

Kemudian diikuti perseteruan Zizan dan Marina yang menjadi perhatian ramai selepas ura-ura mula kedengaran bahawa Zizan bakal beralih ke bawah pengurusan Astro biarpun mempunyai syarikat pengurusan sendiri.

Tidak berakhir setakat itu sahaja, Zizan dan Marina memberi dua kenyataan berbeza apabila terdengar ura-ura Emma bakal disaman WFE kerana melanggar kontrak syarikat, diikuti pengakuan Zizan beralih di bawah pengurusan Astro tidak lama selepas itu.

Biarpun kedua-duanya menafikan berseteru, namun banyak pihak khasnya media menghidu kerenggangan hubungan Zizan dan Marina.

Terbaru, luahan rasa tidak puas hati melibatkan dua lagi artis di bawah naungan WFE iaitu Johan As'ari dan Kaka Azraff kerana bayaran gaji mereka tidak dapat dibuat selepas Zizan membekukan akaun.

Bagi menjelaskan kemelut yang melanda, Marina bersama peguamnya; Harjit Singh Sandhu dan Wan Nurliyana daripada Tetuan Harjit Sandhu bersama Sasha Lyna Abdul Latif dari Tetuan Sasha Lyna yang merupakan peguam syarikat WFE dan Azlan Karim juga juruaudit akaun WFE mengadakan sidang media di Holiday Villa Hotel, Subang, petang semalam.

"Saya sangat terkejut apabila mendapat tahu kedua-dua akaun syarikat dibekukan atas arahan Zizan ketika saya mahu mendepositkan cek pada awal Jun iaitu selepas seminggu Zizan mengeluarkan arahan membekukan akaun.

"Apatah lagi, Zizan langsung tidak berbincang mengenai hal itu dengan saya biarpun dia pemegang saham terbesar dalam syarikat.

"Lebih mengejutkan saya, apabila ada pihak menyampaikan kepada saya, Zizan mendakwa saya menyeleweng duit syarikat. Padahal penyata akaun bagi 2013 belum lagi dikeluarkan. Namun bagi penyata, akaun 2011 dan 2012, tidak ada sebarang masalah penyelewengan," katanya.

Marina berkata, selain Kaka dan Johan yang sudah membuat laporan polis mengenai perkara itu, dia juga sudah membuat laporan polis.

Tidak dapat menyembunyikan lagi kemelut yang melanda, Marina akhirnya mengakui bahawa hubungannya dengan Zizan berantakan semenjak bulan Februari lalu.

"Sebenarnya ada sedikit salah faham membabitkan saya dan Zizan, ketika kami bersama Emma serta beberapa individu lain berada di Amerika Syarikat pada Februari lalu.

"Balik sahaja dari bercuti, Emma menyatakan hasrat untuk berundur. Jadi dari satu salah faham, ia seperti berpanjangan kerana kami masih belum sempat untuk duduk berbincang.

"Saya agak sedih kerana saya dan Zizan sudah berkawan rapat sejak empat tahun lalu. Kami dah macam adik beradik dan kami jatuh bangun bersama.

"Tapi kerana salah faham itu, saya dan Zizan tidak bercakap sejak bulan Februari. Namun, saya harap hal ini dapat diselesaikan dengan segera," ujarnya sambil menahan sebak.


Selesai cara baik

Marina berkata, dia sudah menghantar surat kepada pihak bank bagi mendapatkan penjelasan mengapa akaun itu dibekukan tanpa mendapat persetujuan daripadanya yang juga pemegang 30 peratus saham syarikat.

Dia juga menanti kepulangan Zizan dari Jepun untuk menyelesaikan isu ini secara baik.

"Saya harap Zizan dapat luangkan masa bertemu saya dan jelaskan beberapa perkara. Pertama mengenai pembekuan akaun syarikat.

"Kedua, saya minta Zizan tampilkan bukti andai benar saya membuat penyelewengan dalam syarikat dan ketiga, saya harap Zizan dapat jelaskan hasratnya sebelum ini yang mahu berundur sebagai salah seorang pengarah WFE.

--Sinar Harian 

Wanita Sindrom Down ditemui dikurung di bawah rumah


Wanita berkenaan yang dipercayai berumur sekitar 30an dikurung di bawah rumah lebih 10 tahun


TUMPAT: Seorang wanita yang dipercayai mengalami Sindrom Down ditemui terkurung dan terkunci di dalam sebuah bilik bawah rumah di Kampung Pasir Pekan, di sini siang tadi.

Wanita berkenaan yang dipercayai berumur sekitar 30an dikurung di bawah rumah berkenaan lebih 10 tahun lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharuddin Rasip, pihaknya menerima maklumat dari orang awam yang memaklumkan terdapat seorang wanita dikurung di bawah rumah.

Susulan laporan itu, pihaknya bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM Tumpat, Jabatan Pertahanan Awam, JPA bergegas ke rumah yang dimaklumkan sekitar jam 3 petang tadi.

Astro Awani 

Ibu remaja OKU didakwa di Mahkamah Sesyen

Ibu remaja OKU didakwa di Mahkamah Sesyen


SEREMBAN: Ibu remaja orang kurang upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dijumpai dalam keadaan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai baru-baru ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas
dua pertuduhan mengabaikan dan meninggalkan anak tanpa pengawasan.

Lolanopita Sadi, 40, yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan fi hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh.

Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan di Flat Taman Semarak, Nilai, antara Januari lepas hingga 21 Jun lepas.

Bagi pertuduhan mengabaikan anaknya itu, wanita itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda hingga RM20,000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pertuduhan meninggalkan anak tanpa pengawasan dibuat mengikut Seksyen 33(c) akta sama yang membawa hukuman denda hingga RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

Hakim kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Julai bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Terrirudin Mohd Salleh manakala tertuduh diwakili peguam Hanif Hassan.

Muhammad Firdaus dijumpai dalam keadaan menyayat hati serta kurus sehingga menampakkan benjolan tulang oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, Sabtu lepas.

Remaja malang itu ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman ketika operasi bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.

Muhammad Firdaus kini ditempatkan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk rawatan pemulihan.

Bernama 

'JUST UPSET, kata Nabila Huda di laman Instagram miliknya

Nabila Huda telah memadamkan kesemua gambar di laman Instagram miliknya. - Twitter


KUALA LUMPUR: Pelakon popular Nabila Huda hari ini memadamkan kesemua foto yang pernah dimuat naik ke laman sosial Instagram miliknya.

Hanya tinggal satu foto yang tertera perkataan "Just Upset" dalam akaun tersebut yang menggunakan ID "kupu_kupu".

Tindakan tersebut dibuat susulan kontroversi foto yang telah menaikkan kemarahan ayahnya, Amy Search baru-baru ini.

Setakat hari ini, akaun tersebut telah mengumpul lebih 370,000 pengikut.



Pelakon popular itu bakal muncul dengan sebuah telefilem Saloma yang bakal disiarkan di saluran Astro First pada Ogos depan.

Minggu lalu, ibu tunggal ini menggegarkan persada seni tanahair apabila dia menerima teguran pedas dari bapanya selepas memuat naik gambarnya dengan seorang lelaki di sebuah jambatan.

Jejaka itu yang hanya dikenali dengan nama 'Bert' merupakan pemilik kafe 'Kulcats Barrio' yang terletak di Taman Tun Dr Ismail di Petaling Jaya.

Astro Awani 

Padan muka: Suarez kena gantung 9 perlawanan serta-merta


Suarez kena gantung 9 perlawanan serta-merta


FIFA mengesahkan bahawa penyerang Uruguay Luis Suarez dikenakan pergantungan serta merta sebanyak sembilan perlawanan untuk Uruguay susulan kes gigitannya baru-baru ini.

Pemain Liverpool tersebut juga tidak dibenarkan untuk melibatkan diri dalam sebarang aktiviti berkaitan dengan bola sepak selama empat bulan termasuk bersama dengan kelab.

Suarez menjaringkan dua gol dalam edisi Piala Dunia tahun ini, dan juga beraksi selama 90 minit dalam kemenangan 1-0 pasukannya ke atas Itali di mana dia bertindak menggigit pertahanan pihak lawan, Giorgio Chiellini.

Dengan itu dia tidak akan dapat diturunkan lagi bagi baki jadual Piala Dunia 2014. Uruguay dijadualkan akan bertemu Colombia pada awal pagi Ahad ini di peringkat 16 pasukan terbaik.

Dan ini bukan merupakan kali pertama pemain berumur 27-tahun tersebut dikenakan hukuman berat kerana mengigit pihak lawan.

Pada tahun 2010, Suarez mengigit pemain tengah PSV Eindhoven Otman Bakkal semasa mewakili Ajax, dan dalam aksi Liga Perdana Inggeris tahun lepas, pertahanan Chelsea Branislav Ivanovic pula menjadi mangsa kepada sikap keterlaluannya di atas padang.

Astro Awani 

Kes cerai Nurul Izzah belum temui jalan penyelesaian

Kes cerai Nurul Izzah belum menemui jalan penyelesaian


KUALA LUMPUR: Konflik perkahwinan anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dengan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim masih gagal menemui jalan penyelesaian walaupun perbincangan melalui Jawatankuasa Pendamai (JKP) diadakan pada 26 Mei lepas.

Ini berikutan defendan, Raja Ahmad Shahrir Iskandar masih tetap dengan berpendirian untuk tidak menceraikan isterinya yang dinikahinya sejak 2003.

Terdahulu, Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah, Ab Malek Awang berkata mengikut laporan JKP, konflik antara Nurul Izzah selaku plaintif dan suaminya bermula sejak 2005, iaitu dua tahun selepas mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua anak.

"Kemelut yang dihadapi pasangan itu masih berlarutan sehingga kini malah, mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak 17 April lepas," katanya ketika membaca laporan yang disediakan Penolong Pengarah/Pegawai Runding Cara Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Hazman Hashim.

Katanya pasangan itu didakwa sudah tidak mempunyai persefahaman walaupun pelbagai usaha dijalankan untuk mendamaikan pasangan suami isteri itu.

"Hasil perbincangan (JKP), plaintif nak teruskan perceraian kerana tiada persefahaman, tetapi defendan tetap tidak bersetuju (untuk bercerai). Justeru, JKP menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskan tindakan lanjut kerana tiada ruang perdamaian yang dapat diwujudkan antara pihak-pihak," katanya.

Sementara itu, peguam Nor Mawaddah Ramli yang mewakili Nurul Izzah memohon mahkamah mensabitkan wujudnya 'Shiqaq' atau perbalahan berpanjangan dalam perkahwinan itu dan melantik 'Hakam' mengikut Seksyen 48 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.

'Hakam' adalah sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh mahkamah untuk menasihati suami melafazkan talak tetapi sekiranya suami masih enggan maka 'Hakam' tersebut akan melafazkan talak bagi suami.

Bagaimanapun, peguam syarie Zulkifli Che Yong yang mewakili Raja Ahmad Shahrir Iskandar mencadangkan mahkamah menyerahkan laporan JKP kepada pihaknya untuk diteliti sama ada perbincangan yang dijalankan itu mengikut kehendak di bawah Seksyen 47(7),(8),(9),(10) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 atau sebaliknya.

Seksyen 47(7),(8),(9),(10) itu menyebut mahkamah boleh memberi arahan kepada JKP mengenai perjalanan perdamaian dan jika JKP tidak dapat bersetuju atau mahkamah tidak berpuas hati mengenai perjalanan perdamaian itu, mahkamah boleh memecat JKP itu dan melantik jawatankuasa lain bagi menggantikannya.

Dalam pada itu, JKP yang baharu hendaklah mencapai perdamaian dalam tempoh enam bulan dari tarikh ia dibentuk atau dalam tempoh yang lebih lama mengikut sebagaimana yang dibenarkan oleh mahkamah dan meminta pihak-pihak itu hadir serta memberi peluang untuk mendengar perbincangan itu.

Ab Malek kemudian menetapkan 7 Ogos ini untuk sebutan semula kes bagi meneliti laporan sama ada meneruskan kes mengikut Seksyen 47 atau Seksyen 48 seperti dipohon kedua-dua pihak.

Mahkamah turut memerintahkan Raja Ahmad Shahrir Iskandar hadir pada tarikh itu.

Dalam prosiding hari ini, Nurul Izzah hadir dengan ditemani seorang daripada adiknya bagaimanapun Raja Ahmad Shahrir Iskandar tidak hadir.

Nurul Izzah, 34, anak sulung ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, pada awal Januari.

Seksyen itu menyentuh pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang anak lelaki berusia empat tahun.

- Bernama

Jaringan Cristiano Ronaldo gagal bantu Portugal

Cristiano Ronaldo berjaya membuka jaringan peribadinya dalam Piala Dunia namun gagal membawa Portugal meneruskan aksi di peringkat kalah mati.

Cristiano Ronaldo akhirnya menamatkan kemarau jaringan dalam Piala Dunia 2014 ini dengan menjaringkan gol kemenangan Portugal ketika menewaskan Ghana 2-1 dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan G di Estadio Nacional Mane Garrincha di Brasilia awal pagi tadi.

Namun, jaringannya itu tidak cukup untuk memintas Amerika Syarikat dan membawa Portugal ke peringkat pusingan kalah mati.

Amerika Syarikat yang tewas 0-1 kepada Jerman terikat empat mata dengan Portugal malah kedua-dua negara juga terikat dengan jumlah jaringan yang sama iaitu empat gol.

Namun kelebihan hanya empat gol bolos buat Amerika Syarikat berbanding Portugal yang mempunyai tujuh gol bolos memberi kelebihan buat Amerika Syarikat untuk maju ke peringkat seterusnya.

Ghana yang terpaksa melupakan khidmat dua pemain utama mereka, Sulley Ali Muntari dan Kevin-Prince Boateng yang dipecat daripada skuad tersebut berikutan masalah dalaman dengan pengurusan pasukan dipaksa bekerja keras untuk mengekang asakan daripada pemain-pemain Portugal.

Portugal kemudian berjaya mendapatkan gol pertama apabila bola hantaran Joao Moutinho tertampan masuk ke gawang sendiri oleh pertahanan Ghana, John Boye.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Ghana menggandakan asakan dan hasilnya pada minit 57 separuh masa kedua, penyerang Asamoah Gyan berjaya menyamakan kedudukan apabila menanduk masuk bola hantaran Kwadwo Asamoah.

Pelbagai cubaan berbahaya dihasilkan oleh Ronaldo namun ketangkasan penjaga gol Ghana, Fatawu Dauda mengagalkan sebaga usahanya untuk membuat jaringan sehinggalah pada minit ke 80 apabila kesilapan Dauda yang cuba menolak bola keluar dari kawasan berbahaya di kotal penalti Ghana singgah di kaki Ronaldo yang mudah merembat masuk bola ke gawang Ghana untuk jaringan kedua Portugal.

Kedudukan 2-1 kekal sehingga wisel penamat.

Manakala dalam satu lagi perlawanan, Jerman menang tipis 1-0 keatas Amerika Syarikat yang menyaksikan kedua-dua pasukan layak ke peringkat kalah mati dalam perlawanan yang berlangsung di Arena Pernambuco di Recife.

Gol tunggal Jerman dijaringkan oleh Thomas Muller dan ini merupakan jaringan keempat Muller dalam Piala Dunia 2014.

Beliau berkongsi pendahulu penjaring terbanyak bersama Lionel Messi (Argentina) dan Neymar (Brazil).

Dengan kemenangan itu, Jerman muncul sebagai juara Kumpulan G diikuti Amerika Syarikat yang berkongsi mata dengan Portugal tetapi dibezakan dengan jumlah gol yang dibolosi manakala Ghana berada di tenpat terakhir dengan hanya satu mata.

Portugal yang mendapat tempat ketiga pada Piala Dunia 1966 dan keempat pada Piala Dunia 2006 kini menyertai jejak Sepanyol, Itali dan England sebagai antara pasukan pilihan yang tersingkir awal daripada saingan Piala Dunia kali ini.

- Astro Awani 

Asrama UIAM terbakar, 800 pelajar terselamat


Kira-kira 800 pelajar terselamat selepas kediaman asrama lelaki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia terbakar. - Twitter


KUALA LUMPUR: Kira-kira 800 pelajar terselamat selepas kediaman asrama lelaki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Seksyen 16 Petaling Jaya terbakar kira-kira jam 3 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian itu pada jam 3.02 petang dan tiba di lokasi beberapa minit selepas itu dengan menggunakan dua buah jentera.

Beliau berkata api berjaya dipadamkan lebih kurang jam 3.46 petang.

Sementara itu, Pegawai Bomba dari Balai Bomba SS2, Mohamed Habib Alias berkata kejadian berlaku apabila beberapa tilam yang terbiar di dalam bilik stor asrama mula terbakar.

“Keempat-empat tingkap bilik stor itu pecah manakala lampu dan kipas turut musnah dalam kebakaran itu.

“Pengawal asrama itu membuat panggilan kepada pihak bomba apabila melihat asap dan api dari bilik itu,” katanya kepada Astro AWANI.

Mohamed Habib berkata pasukan forensik bomba masih sedang menyiasat punca kejadian.

Gambar-gambar kejadian itu disebarkan dengan meluasnya di laman media sosial seperti Twitter.



UIA GOMBAK - banjir UIA PJ - terbakar UIA GAMBANG?pic.twitter.com/TMatWs0oMX— #DeutschlandUberAlle (@jape_ah) June 26, 2014

Menggigil. Depan mata aku tengokpic.twitter.com/qE1LqDfpCi— نورشاكرةّ (@ShakirahShoib)June 26, 2014

UIA py jay terbakar bak hang...haha #uiapic.twitter.com/2Q24DTotYE— syafiqcong36 (@SyafiqCong) June 26, 2014

UIA PJ terbakar, sekarang langit PJ menangis. Allahuma sayyiban nafian.pic.twitter.com/tu0kcP34Hl— pecal. (@sayafaisalraof)June 26, 2014

UIA petaling jaya terbakar. semoga semua berada dalam keadaan selamatpic.twitter.com/mouMPHgBts— ★ (@zhan_____) June 26, 2014


Ini adalah kejadian kedua yang melibatkan Universiti itu pada bulan ini. Pada 4 Jun, kampus UIAM di Gombak dilanda banjir teruk selepas berlaku banjir kilat di kawasan itu.

Astro Awani 

Suarez banned from all football for four months


FIFA has announced that Uruguay striker Luis Suarez will serve a nine-game ban for biting Italy defender Giorgio Chiellini.

Suarez has also been banned for four months from any football-related activity, preventing him from representing Liverpool until the end of October.

His nine-game international ban starts immediately so he will miss Uruguay's last-16 tie with Colombia and eight more competitive games.

He will also miss Liverpool's first nine league games of the season, including a visit to Manchester City on August 23 and home derby against Everton on September 27.

The ban means that Suarez can next expect to step on a football pitch on November 1 when Liverpool play Newcastle United - by which time the Champions League group stages will already be three games old.

Liverpool CEO Ian Ayre said: "Liverpool Football Club will wait until we have seen and had time to review the FIFA Disciplinary Committee report before making any further comment."

In the intervening time, Suarez is banned from even so much as entering a football stadium.

"Such behaviour cannot be tolerated on any football pitch, and in particular not at a FIFA World Cup when the eyes of millions of people are on the stars on the field,” said Claudio Sulser, chairman of the FIFA Disciplinary Committee.

"The Disciplinary Committee took into account all the factors of the case and the degree of Mr Suarez’s guilt in accordance with the relevant provisions of the Code. The decision comes into force as soon it is communicated."

Furthermore, Suarez has been hit with a fine of 100,000 Swiss Francs (£65,700).

Source: Eurosport