Tuesday 4 February 2014

Lee Kuan Yew jalani rawatan di hospital sejak Ahad


SINGAPURA: Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew kini menjalani rawatan di hospital dan tidak dapat hadir ke satu majlis jamuan makan malam tahun baru Cina bersama pengundi di Tanjong Pagar, lapor media Singapura.

Kuan Yew, 90, dimasukkan ke hospital sejak Ahad kerana demam dan batuk akibat jangkitan.

"Beliau telah dinasihatkan oleh doktor untuk mengelak daripada majlis awam. Oleh itu, beliau tidak dapat hadir ke Makan Malam Tahun Baru China GRC Tanjong Pagar.

"Beliau merakamkan ucapan tahun baru Cina kepada penduduk Tanjong Pagar dan rakyat Singapura," kata setiausaha akhbarnya seperti dipetik oleh The Straits Times.

Laporan media itu juga menyebut Kuan Yew sedang beransur pulih dan menjalani rawatan antibiotik.

Ini adalah tahun kedua berturut-turut Kuan Yew tidak dapat hadir ke jamuan makan malam tahunan itu setelah tidak hadir pada tahun lalu juga kerana masalah kesihatan.

Kuan Yew merupakan Perdana Menteri Singapura antara 1959 hingga 1990. Selepas bersara, beliau dilantik sebagai Menteri Kanan antara 1990 hingga 2004 sebelum jawatan itu ditukar nama sebagai Menteri Mentor, jawatan yang dipegangnya sehingga 2011.

Astro Awani 

Bekas hakim mahkamah rasuah dibicarakan kes rasuah

JAKARTA: Mahkamah Rasuah di Semarang pada Isnin membicarakan dua bekas hakimnya yang berdepan tuduhan menerima suapan dalam kes yang pernah mereka kendalikan.

Akhbar The Jakarta Post melaporkan kedua-dua bekas hakim itu, Asmadinata dan Pragsono dibicarakan secara berasingan.

Mereka dituduh menerima suapan berjumlah 150 juta rupiah atau lebih kurang RM40,000 daripada Hakim Mahkamah Rasuah di Pontianak, Heru Kisbandono. Suapan itu sebagai ganti untuk mereka menjatuhkan hukuman yang ringan ke atas bekas speaker Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Grobogan di Jawa Tengah, M. Yaeni yang berdepan tuduhan rasuah berjumlah 1.9 bilion rupiah (lebih kurang RM500,000).

"Suapan itu adalah untuk mempengaruhi hukuman hakim sama ada meringankan hukuman atau membebaskan M. Yaeni," kata pendakwaraya pada pembukaan perbicaraan kes itu.

Mahkamah yang sama pada April tahun lalu menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda 500 juta rupiah (RM137,000) kepada seorang lagi hakim, Kartini Juliana Magdalena Marpaung yang terlibat dalam pertuduhan yang sama.

Astro Awani 

Muzium Lilin i-City: Penglibatan orang dalam disiasat


KAJANG: Penglibatan orang dalam atau perbuatan khianat merupakan aspek yang masih lagi dalam siasatan polis berhubung kes kebakaran yang melibatkan 10 patung lilin di muzium lilin The Red Carpet, i-City di Shah Alam pada Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kawasan tersebut kini telah dihantar kepada pihaknya untuk dianalisis.

“Kita pun sedang menyiasat apa sebenarnya yang sedang berlaku di tenpat tersebut dan kita akan meneliti kedua-dua teori samada masalah ini berpunca dari masalah dalam atau satu perbuatan sabotaj dari luar ,” katanya.

Persoalan kini timbul bagaimana suspek mampu berada dalam kawasan i-City meskipun tempat tersebut telah pun ditutup selepas waktu operasinya berakhirnya.

“Kawalan di kawasan tersebut agak ketat tetapi kita tertanya bagaimana suspek-suspek tersebut mampu masuk ke dalam kawasan tersebut. Buat masa sekarang ini, kita masih belum lagi mengenal pasti suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian itu,”.

Kejadian tersebut disiasat dibawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat ke atas bangunan.

Dalam kejadian yang berlaku pada Rabu lalu, rakaman CCTV berjaya merakamkan tiga individu menceroboh masuk ke kawasan muzium lilin itu dan kemudiannya membakar beberapa patung-patung lilin ikon antarabangsa seperti bekas Presiden China, Mao Zedong, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman selain bintang selebriti termasuk Jackie Chan.

Suspek dipercayai memasuki muzium tersebut melalui pintu masuk yang sering digunakan oleh pengawal keselematan taman tema tersebut.

Selain merosakkan patung lilin yang dipamerkan disitu kebakaran turut memusnahkan taman tema digital hingga menyebabkan kerugian ratusan ribu ringgit.

Astro Awani 

Lonely Planet iktiraf Pulau Pinang tempat makan terbaik 2014


KUALA LUMPUR: Penerbitan panduan pelancongan global, Lonely Planet menyenaraikan Pulau Pinang sebagai tempat makan terbaik bagi tahun 2014.

Pulau Mutiara itu menduduki tempat pertama ,mengalahkan pesaing utamanya termasuk Victoria di Australia, Lake District di United Kingdom, Puglia di itali, serta Georgia dan Oaxaca di Mexico.

Menurut laporan editor Lonely Planet, Robin Barton Pulau Pinang terkenal dengan makanan gerai terutamanya "Char Kway Teow", "Mi Hokkien", dan "Laksa".

Makanan berkenaan melambangkan kepelbagaian budaya Melayu, India, Cina, Siam dan Acheh yang wujud hasil aktiviti perdagangan pada 1786.

Lonely Planet selain itu turut mengiktiraf Bandaraya George Town sebagai pusat makanan paling terkenal dan terbaik.

Barton juga menyarankan peminat makanan melayari laman Esplanade Food Centre melalui Lonely Planet bagi mendapatkan gambaran penuh mengenai Pulau Pinang terutama mengenai keindahan pasar malam di Pulau Mutiara itu.

Beliau juga "Air Bandung" dan "Cendol" yang disifatkan minuman yang wajib dicuba dan boleh didapati di gerai penjaja atau pasar malam.

Lonely Planet sebelum ini menyenaraikan Malaysia dalam kalangan 10 destinasi pelancongan terbaik bagi 2014.
 
Astro Awani 

Penganggur berputih mata

Azman (kanan) menunjukkan mercun yang dirampas dalam serbuan sebuah rumah di Jalan Bakariah di sini, Isnin lalu.


MUAR – Hasrat seorang lelaki untuk menikmati keuntungan hasil daripada jualan mercun tidak kesampaian apabila ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Bakariah, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, serbuan kira-kira jam 12.15 tengahari itu turut merampas 220 kotak pelbagai jenis mercun dan bunga api dianggarkan bernilai RM10,000 yang disembunyikan dalam rumah berkenaan.

Menurutnya, rumah terbabit dipercayai menjadi transit sebelum bahan letupan itu diedarkan kepada peniaga sekitar daerah ini untuk dijual sempena Perayaan Tahun Baru Cina, baru-baru ini.

“Lelaki berusia 52 tahun itu tidak tinggal di rumah berkenaan, namun polis bernasib baik kerana semasa serbuan, suspek berada di rumah ketika sedang sibuk membungkus mercun dan bunga api.

“Suspek tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap dan melakukan aktiviti itu sebagai punca punca pendapatannya semasa musim perayaan tahun ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, di sini, semalam.

Azman berkata, pemeriksaan lanjut mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah, namun saringan air kencingnya bebas daripada bahan terlarang itu.

Katanya, suspek ditahan reman sehingga 8 Februari ini untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

“Jika sabit kesalahan, lelaki berkenaan boleh dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya,” katanya,

Dalam perkembangan lain, Azman memberitahu pihaknya melakukan 26 tangkapan menerusi operasi mercun sempena perayaan Tahun Baru Cina yang dilakukan pada 30 dan 31 Januari lalu.

Katanya, kesemua yang tahan membabitkan lelaki berusia antara 20 hingga 50 tahun ketika sedang bermain mercun di sekitar daerah ini.

“Operasi dijalankan hasil aduan orang ramai yang terganggu dengan bunyi bising akibat aktiviti tersebut.

“Jadi kita wujudkan satu pasukan membuat rondaan di kawasan yang dikenal pasti berlaku pembakaran mercun,” katanya.

Beliau berkata, mereka yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 74 Peraturan-peraturan Bahan Letupan 1923 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.


- Sinar Harian

Sweden: Peluang pasangan bebas tipis


Pasangan warga Malaysia yang ditahan di Sweden atas dakwaan memukul anak lelaki mereka. - Foto dipetik daripada Astro Awani


SHAH ALAM - Nasib pasangan Malaysia, Azizul Raheem Awaluddin dan isterinya, Shalwati Norshal ditahan reman di Sweden untuk dilepaskan tanpa didapati bersalah adalah sangat tipis, lapor Astro Awani.

Perkara itu dinyatakan Ketua Hakim dan peguam yang mengendalikan kes itu.

“Mengikut perbincangan saya bersama Ketua Hakim dan peguam di sana, setiap tahun 10,000 kes sebegini berlaku dan hanya 10 peratus daripadanya yang berjaya kembali kepada anak-anak mereka” kata Editor Majalah Astro Awani, Zan Azlee.

Menurut Zan lagi, undang-undang di Sweden memberikan hak yang sangat tinggi kepada setiap kanak-kanak.

“Kerajaan di sana merasakan mereka mempunyai hak lebih daripada ibu bapa itu sendiri” katanya.

Tahanan reman Azizul dan Shalwati sebelum ini telah dilanjutkan sebanyak tiga kali sejak ditahan dan Sweden tidak mempunyai had penahanan reman.

Keempat-empat anak pasangan ini sudah dibawa pulang ke Malaysia, Sabtu lalu.


-Sinar Harian

Murah: Ayam bersih standard dijual RM1.09 sekilogram


KUALA LUMPUR - Seperti tidak munasabah, tetapi harga ayam bersih super dan standard di pasar raya Ong Tai Kim di Plaza Sentul, Setapak di sini dilapor dijual serendah RM1.09 sekilogram hari ini.

Menurut portal pengguna www.1pengguna.com, pasar raya itu juga menjual ayam hidup sekilogram pada harga yang sama, selain udang putih 'banana prawn' saiz sederhana dijual RM4.99 sekilogram dan ketam renjang/bunga RM3.90 sekilogram.

Econsave Cash & Carry di Cheras dan pasar raya Jaya Grocer Cheras pula menjual harga ayam bersih standard pada kadar RM3.88 dan RM4.99 sekilogram.

Pada kebiasaannya, harga ayam bersih standard dijual pada harga antara RM5 dan RM7 sekilogram di pasar basah, pasaraya dan pasaraya besar di seluruh negara.

Di Johor, ikan cencaru bersaiz sederhana dijual serendah RM3.99 sekilogram di Econsave Cash & Carry di Yong Peng dan di pasar raya Kipmart, Masai menjual sebiji kelapa serendah RM1.40.

Portal itu turut menyatakan di Sabah, ikan kerisi bersaiz sederhana dijual serendah RM5 sekilogram di pasar umum Semporna dan sotong putih saiz sederhana dijual serendah RM4 sekilogram di pasar umum Bandar Sandakan.

Untuk ikan kembung hitam/hijau bersaiz sederhana, ia dijual pada harga RM1.99 sekilogram di Tesco Petaling Jaya, Selangor dan RM6.90 di pasar raya Sunshine Wholesale Mart di Bayan Baru, Pulau Pinang.

Harga 10 biji telur ayam gred B pula dijual antara RM3.10 dan RM3.60 di Kedah, Melaka (RM3.20-RM3.60), Pahang (RM3.33-RM3.50) dan Terengganu (RM3.39-RM4).

Harga ayam bersih standard merupakan carian paling popular dalam kalangan pengguna portal berkenaan hari ini dan diikuti carian bagi harga hasil laut, minuman serta makanan kering.

Portal www.1pengguna.com bertujuan menjadi platform yang inovatif untuk interaksi, perbincangan isu dan perkongsian pendapat tentang isu-isu kepenggunaan antara pelbagai pihak.

Portal kendalian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu juga bertujuan membimbing pengguna bagi mendapatkan barangan pada harga kompetitif dalam menghadapi masalah kenaikan kos sara hidup. - Bernama

Polis terima empat laporan daripada T-Team


KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu menerima empat laporan daripada pasukan bola sepak T-Team berhubung insiden kekecohan perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor, Sabtu lepas.

Ketua Polis Negeri Datuk Jamshah Mustapa berkata pihak pengurusan, dua pemain import serta jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu antara pukul 9 malam dan 12.30 tengah malam kelmarin.

"Kami akan menyiasat dan akan memanggil serta merakamkan percakapan saksi-saksi yang berada di tempat kejadian bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Isnin.

Pada pertemuan dengan Johor Darul Ta'zim (JDT), T-Team enggan meneruskan perlawanan pada babak kedua selepas mendakwa pemain importnya Evaldo Rodrigues dan Fabio Flor serta Impagliazzo dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan selepas tamat separuh masa.

T-Team, yang ketinggalan 2-1 pada separuh masa, mendakwa mereka tidak dapat meneruskan perlawanan atas faktor keselamatan.

Bernama

MAS lancar perkhidmatan ke Krabi


SEPANG: Penerbangan Malaysia (MAS) memulakan perkhidmatan ke pusat peranginan Krabi di selatan Thailand dengan penerbangan sulung menggunakan pesawat Boeing 737-800 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin.

Naib Presiden Kanan Wilayahnya di Malaysia, Datuk Muzammil Mohamad berkata Krabi merupakan satu lagi destinasi percutian di Thailand yang paling disukai oleh rakyat Malaysia.

"Ia lebih mesra keluarga dan mudah untuk pelancong mendapat makanan 'halal', kata beliau kepada pemberita selepas upacara pelepasan ringkas penerbangan sulung ke Krabi pada pukul 2.55 petang di KLIA.

Penerbangan MAS empat kali seminggu antara Kuala Lumpur dan Krabi itu akan berlepas dari KLIA pada setiap Isnin, Selasa, Jumaat dan Sabtu.

Penerbangan ke Krabi akan beroperasi dengan pesawat Boeing 737-800 berkonfigurasi dua kelas yang terdiri daripada 144 tempat duduk kelas ekonomi dan 16 tempat duduk kelas bisnes.

Muzammil berkata MAS menyasarkan untuk menambah kekerapan penerbangannya ke destinasi itu, Mac ini.

Beliau turut berkata MAS akan mengkaji menambah kekerapan penerbangan dari semasa ke semasa bagi destinasi domestik dan antarabangsa seperti Kota Kinabalu, Kuching, Pulau Pinang, Langkawi, Jakarta, Bangkok dan Phuket.

Sempena pelancaran destinasi baharu itu, MAS Golden Holidays, anak syarikat MAS, menawarkan pakej percutian santai dan kembara selama tiga hari dua malam harga RM950 seorang (twin sharing).

Tempat-tempat yang akan dilawati sepanjang hari antaranya ialah Teluk Phang Nga dan pulau James Bond, berkenu di Ao Thalen dan bersiar-siar di pasar malam termasuk makan malam.

Mereka yang berminat boleh melayari laman sesawang http://holiday.malaysiaairlines.com untuk tempahan atau menelefon 03-7863 4000 atau e-mel kepada goldenholidays@malaysiaairlines.com. Astro Awani 

Superb Chelsea stun Manchester City, 1 - 0 at Etihad Stadium



Manchester City slumped to a 1-0 defeat at home to Chelsea in what could be a decisive result in the Premier League title race.

Branislav Ivanovic’s sweet strike gave the Blues a deserved lead and, while they had to resist a late City surge, Jose Mourinho’s side were well worth the victory after a fine away performance.

The result means Arsenal remain top with 14 matches left, two points clear of City, who are ahead of Chelsea on goal difference.

City started well but looked shaky in defence, not least on account of Manuel Pellegrini’s decision to play defender Martin Demichelis in midfield due to an injury to Fernandinho.

It was an error from Demichelis that saw Chelsea open the scoring, the Argentine dithering to allow Eden Hazard past: Ramires’s shot was blocked, and Ivanovic rifled home the rebound in style.

Samuel Eto’o hit the post and Chelsea were well worth their lead at half-time. They were even better in the second period as Nemanja Matic and Gary Cahill both struck the woodwork.

The final quarter saw City take the game to Chelsea, but solid defending from Cahill and John Terry, and some good goalkeeping from Petr Cech, helped Chelsea to a massive win.

Reuters

19 gunung berapi di Indonesia kini berstatus 'berjaga-jaga'


JAKARTA: Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia mengesahkan 19 gunung berapi di Indonesia kini berstatusberjaga-jaga atau Waspada.

Namun demikian, BNPB menasihatkan agar rakyatnya tetap tenang dan tidak panik ekoran kenyataan tersebut.

"Gunung berapi bersifat perlahan. Ia tidak akan meletus secara tiba-tiba. Tanda-tanda awal akan terlihat yang akan mengubah statusnya dari Normal, Waspada, Siaga (siap sedia) dan Awas (bahaya)," ujar Ketua Pusat Data, Informasi dan Humas, Dr. Sutopo Purwo Nugroho.

Memetik portal Suara Pembaharuan sebagai melaporkan, Dr. Sutopo berkata perubahan status beberapa gunung berapi ke tahap berjaga-jaga telah megurangkan aktiviti-aktiviti harian di kawasan sekitar dengan gunung berapi tersebut walaupun ia masih belum dianggap berbahaya.

Hingga kini, hanya Gunung Sinabung sahaja yang berstatus bahaya sejak 24 November 2013 lalu.

Gunung Karangetang, Seulewah dan Rokatenda berada di dalam keadaan status III atau siap sedia.

"Gunung -gunung berapi yang berstatus Waspada (status II) adalah Kelud, Raung, Ibu, Lewotobi Perempuan, Ijen, Gamkonora, Soputan, Sangeangapi, Papandayan, Dieng, Seulewah Agam, Gamalama, Bromo, Semeru, Talang, Anak Krakatau, Marapi, Dukono, dan Kerinci. Yang lain masih lagi berstatus Normal," ujar Sutopo.

Sutopo juga menjelaskan, status berjaga-jaga yang diberikan kepada 19 gunung berapi tersebut adalah berdasarkan daripada data-data yang menunjukkan sedikit peningkatan aktiviti bawah tanah melebihi aktiviti-aktiviti di status Normal.

Persiapan penduduk sekitar wilayah tersebut untuk menghadapi bencana harus dilakukan tetapi pada tahap minimum.

Manakala bagi status siap sedia, data-data yang diterima BNPB menunjukkan bahawa peningkatan aktiviti-aktiviti bawah tanah di sekitar gunung berapi mungkin mengakibatkan letusan atau bencana dan penduduk di kawasan terancam tersebut disarankan melakukan persiapan untuk menghadapi letusan dan juga bencana -bencana lain akibat daripada letusan gunung berapi dilakukan dengan lebih giat lagi. - Astro Awani 

Bekas timbalan menteri pelajaran meninggal dunia

KUCHING: Bekas timbalan menteri pelajaran bagi tahun 1984-1986 Datuk Haji Bujang bin Ulis meninggal dunia kira-kira pukul 1.30 pagi Isnin di kediaman beliau di 524, Kampung Semariang Jaya, Petra Jaya, pada usia 66 tahun.

Allahyarham yang juga bekas seorang pendidik pernah berkhidmat di beberapa sekolah di Sarawak di samping turut pernah menjadi pengetua di sebuah sekolah di Kuching sebelum dilantik menjadi timbalan menteri perusahaan utama penggal 1980 hingga 1983.

Allahyarham Bujang yang turut dikenali sebagai Bujang Hadziri Ulis difahamkan tidak menghidap sebarang penyakit dan rebah di depan ahli keluarganya di kediaman mereka selepas menonton televisyen.

Allahyarham meninggalkan isteri Maimunah binti Sebli, 58 tahun dan tujuh orang anak (tidak termasuk dua yang telah meinggal dunia) yang kesemuanya perempuan dan tiga cucu.

Selain melibatkan diri dalam bidang pendidikan, Allahyarham juga aktif dalam bidang politik dimana pernah menjadi Ahli Parlimen Batang Sadong dan pernah bertanding namun tewas kepada Datuk Naroden Majais bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri Simunjan.

Jenazah Bujang dikebumikan selepas solat Zohor hari ini.

Turut hadir menziarah jenazah ialah Datuk Paduka Ah Mordiah Tuanku Fauzi, Datuk Abdul Karim Hamzah, Datuk Naroden Majais, Datuk Putit Matzen, YB Sh Hasidah Syed Aman Ghazali, Datuk Talip Zulpilip serta rakan-rakan seperjuangan dalam bidang pendidikan. - ASTRO Awani 

10 bahan pameran di Muzium Lilin i-City musnah dalam kebakaran


SHAH ALAM: Sepuluh bahan pameran di muzium lilin i-City, Shah Alam musnah dalam kebakaran Rabu lepas, dipercayai akibat sabotaj.

Dalam kenyataan hari ini, I-Berhad, pemaju induk i-City berkata Red Carpet@i-City dipecah masuk pada awal Rabu menyebabkan insiden kebakaran itu yang memusnahkan sebahagian daripada pameran.

Katanya berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diserahkan kepada polis, besar kemungkinan tiga individu melakukan sabotaj memecah masuk premis dan menyebabkan kebakaran itu.

"Mujurlah kerosakan tidak besar hasil kecekapan pihak polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat," kata Pengurus Maklumat I-Berhad Tang Soke Cheng.

Memandangkan i-City adalah satu daripada destinasi pilihan sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014, syarikat itu berkata perbuatan sabotaj itu adalah sesuatu yang membimbangkan.

Apabila dihubungi Tang berkata syarikat itu masih belum memutuskan jumlah kerugian akibat kebakaran berkenaan.

"Pasukan polis bantuan i-City sedang bekerjasama dengan polis Selangor untuk mencegah insiden seperti itu pada masa depan," katanya.

Beliau berkata tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan pelaku itu bukan sahaja menjejaskan imej negara tetapi juga menghindarkan pelancong daripada melawat Malaysia sempena TMM 2014.

Kawasan pameran utama Red Carpet akan ditutup kepada orang ramai untuk kerja-kerja membaik pulih dan menggantikan semula pameran lilin yang rosak.

Pasukan operasi muzium mengambil langkah alternatif untuk menempatkan semula beberapa pameran lilin yang tidak terjejas ke bahagian lebih kecil untuk pelawat berinteraksi dan meraih pengalaman dengan mengenakan bayaran masuk RM5.

Menurut kenyataan itu, kerja-kerja baik pulih akan bermula selepas cuti Tahun Baharu Cina dan dijangka siap dalam tempoh dua bulan.

Tang berkata mereka yang telah membeli tiket untuk tempoh Tahun Baharu Cina boleh memilih sama ada melawat muzium lilin selepas selesai ia diubah suai atau menulis surat kepada syarikat untuk pengembalian wang. - Bernama

Elderly man killed, 11 injured in accident involving 3 vehicles

Two cars, a Toyota Altis and a Proton Saga coming from the opposite direction apparently grazed into each other, causing the Toyota Altis to skid and hit the Perodua Alza - file pic


MALACCA: An elderly man was killed while 11 people including three children were injured in an accident involving three vehicles on the AMJ (Air Keroh-Melaka-Jasin) Highway near Bukit Lintang here early Monday.

Musa Tahir, 62, died at the scene after fracturing his spine and ribs in the 1am incident.

Melaka Tengah police chief ACP Salehhudin Abd Rahman said Musa, his daughter, aged 28, and two other family members were on their way from Melaka Historical City to Muar in a Perodua Alza MPV when the accident happened.

"Two cars, a Toyota Altis and a Proton Saga coming from the opposite direction apparently grazed into each other, causing the Toyota Altis to skid and hit the Perodua Alza," he told reporters here.

He said the Proton Saga driven by a 58-year-old man with six passengers on board skidded into a drain on the left.

He said a 28-year-old man and a woman, 58, who were passengers in the Perodua Alaza were seriously injured and were rushed tp the Melaka Hospital.

Salehhudin said Musa's daughter only sustained light injuries.

The driver of the Toyota Altis, a 20-year-old man ,and all in the Proton Saga also suffered only light injuries.

Meanwhile, a relative of Musa who only wanted to be known as Amy, in her 20s, said when the accident happened she was in another car following behind the victim's.

She said they were returning from a holiday in Cameron Highlands and had stopped by Taman Perkota here before heading to their homes in Muar.

Amy said the Proton Persona car they were in managed to avoid getting caught in the pile up.

Bernama