Thursday, 5 June 2014

Tolak pengebumian: 'Tanah kubur sempit'

Kenyataan yang tersebar luas di laman sosial baru-baru ini. Gambar kiri: Razali
Kenyataan yang tersebar luas di laman sosial baru-baru ini. Gambar kiri: Razali


KUALA TERENGGANU – Keputusan menolak pengebumian seorang jenazah wanita baru-baru ini dibuat AJK Masjid Padang Midin dan tiada kaitan dengan Umno cawangan.

Ketua Umno Cawangan Padang Midin yang juga selaku Pengerusi JKKK Padang Midin, Razali Sahul Hamid berkata, dakwaan mengatakan ia berkait dengan perbezaan fahaman politik adalah tidak betul dan fitnah semata-mata.

“Saya difahamkan, AJK masjid sudah lama memutuskan kariah masjid sahaja akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Padang Midin kerana ruang tanah kubur itu sempit.

“Disebabkan ruang yang sempit itu juga AJK masjid terpaksa menolak dan bukannya disebabkan arwah seorang ahli Pas atau pun mana-mana parti sekalipun,” katanya.

Kata Razali, arwah berasal dari Kampung Tanjung iaitu sempadan antara Kampung Padang Midin dan Kampung Tok Hakim. Arwah juga selalu berjemaah di Surau Kampung Tok Hakim.

“Perkara ini telah diselesaikan secara baik dan arwah telah pun selamat dikebumikan di Kampung Tok Hakim di mana kawasan perkuburannya yang luas,” katanya.

Razali berkata, ada pihak sengaja memutar belit cerita supaya memburukkan imej Umno dan JKKK Padang Midin.

“Saya amat dukacita dengan fitnah yang disebarkan sebuah laman sosial yang telah memburukkan imej Umno dan JKKK kampung ini (Padang Midin), sedangkan saya tidak pernah diajak berunding dalam masalah ini,” katanya.

Hubungannya dengan keluarga arwah cukup baik dan dia sendiri tidak tahu mengapa perkara itu boleh terjadi dan dipolitikkan.

Sebelum ini, Sinar Harian mendapati sebuah laman sosial mendakwa JKKK dan pengurusan masjid tidak membenarkan seorang jenazah dikebumikan walaupun sudah separuh kubur digali atas alasan bukan jemaah masjid.

Masalah itu menyebabkan keluarga jenazah kemudiannya terpaksa mengebumikan arwah di kampung berhampiran.

Sinar Harian 

World Cup:Incredible blunder sees England reveal passport numbers


The FA made a huge error when they issued the team-sheet for England’s World Cup warm-up match with Ecuador.

England were held to a 2-2 draw by their fellow World Cup qualifiers in an entertaining if heated clash in Miami, during which Raheem Sterling and Antonio Valencia were sent off.

But that flashpoint – which saw Ecuador’s Valencia strike England’s Sterling after a late tackle – was not the biggest talking point of the night.

No, the hugest boo-boo of the evening came courtesy of the FA, who listed every England player’s passport number and date of birth on the team sheets that were handed around the press office!

An incredible security breach, you will agree, and one which could feasibly lead to identity theft on an unprecedented scale.

The FA admitted the error and said it would investigate.

It wasn't the only breach - captain Frank Lampard had his signature displayed on the paperwork, which was obviously meant for official eyes only but accidentally ended up being distributed en masse.

Hopefully England will hang around in Brazil long enough to get replacements…


Source: Eurosport

Lagi video pelajar perempuan bertumbuk tersebar di media sosial

Video pelajar perempuan bertumbuk tersebar di Facebook


KUALA LUMPUR: Satu lagi video pergaduhan pelajar sekolah yang menunjukkan dua orang pelajar perempuan saling bertumbuk dan menarik rambut secara ganas, muncul di media sosial dan mula tersebar dengan meluas.

Video berdurasi 1 minit, 46 saat itu dipercayai dirakam menerusi telefon bimbit, bermula dengan dua pelajar perempuan yang berdiri menghadap antara satu sama lain dan seakan-akan sedar bahawa video mereka sedang dirakamkan.

Sejurus selepas itu, kedua-dua mereka mula bertumbuk, memukul dan berguling di tanah sambil menarik rambut dan menendang satu sama lain.

Walaupun pergaduhan itu berlaku lebih seminit, tiada apa-apa tindakan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar yang melihat dan merakam perkara itu.

Malah, ada suara latar yang memberi semangat kepada pelajar yang bergaduh itu dengan jeritan ‘tumbuk, tumbuk, tumbuk.’

Hanya di sasat-saat terakhir video itu, beberapa pelajar cuba meleraikan pergaduhan itu dengan berkata ‘cukup, cukup.’

Sekolah pelajar-pelajar tersebut tidak dapat dikenal pasti.

Video itu telah menerima kritikan hebat dari pengguna Facebook, di mana kebanyakan mereka berkata tindakan itu memalukan umat Islam di negara ini dan memalukan ibu-bapa mereka.

Ada juga yang memberi cadangan kedua pelajar itu memasuki pertandingan Mixed Martial Arts (MMA) dan World Wrestling Entertaiment (WWE).

Pada Isnin, satu lagi video pergaduhan pelajar yang menunjukkan seorang pelajar perempuan dibuli dengan kejam oleh sekumpulan pelajar perempuan lain turut muncul dan mendapat kritikan di media sosial.

Video itu bermula dengan sekumpulan kira-kira 10 pelajar perempuan sedang lepak berdekatan tangga, mengambil gambar 'selfie' dan menunjukkan isyarat 'peace' di kamera.

Kumpulan itu sebaliknya mula menyerang mangsa yang dilihat berdiri di antara kumpulan tersebut.

Kumpulan pelajar terbabit melakukan serangan dengan mengoyakkan tudung mangsa, mengheret, menendang dan menarik rambut mangsa, sehingga dia bertindak mengangkat tangan untuk melindungi mukanya.

Laporan polis telah dibuat terhadap video itu dan siasatan sedang dijalankan.

Astro Awani 

Kit Siang dicabar serah bukti kerajaan rasuah

Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin


PUTRAJAYA: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dicabar oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) supaya mengemukakan bukti salah laku kerajaan yang sering disebut dalam setiap ceramah politik beliau sejak 1969.

Sinar Harian Online melaporkan presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao mendakwa, sehingga hari ini, tokoh veteran DAP itu tidak pernah mendedahkan sebarang bukti hingga merosakkan pemikiran rakyat.

"Saya telah siasat dengan ahli-ahli DAP malah mereka sendiri kata Lim Kit Siang ini penipu, bercakap tanpa bukti.

"Hampir 40 peratus generasi muda mempercayai segala dakwaannya sama ada di pentas atau blog, malah pada pilihan raya lepas, mereka meracuni rakyat hingga pelajar sekolah darjah dua boleh kata BN ini rasuah," Ramesh Rao dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian selepas menyerahkan laporan penyelewengan Lim Kit Siang kepada ibu pejabat SPRM, di sini, hari ini.

Ramesh berkata pihaknya telah menyerahkan kepada SPRM bukti rakaman percakapan pemimpin DAP itu menerusi YouTube.

"Kita minta SPRM siasat Lim Kit Siang, panggil dia, saya sudah bagi link blogger yang sering kali dia kata kerajaan bertaraf rasuah dunia," katanya.

Tambahnya, jika ahli parlimen Gelang Patah itu enggan kemukakan bukti, beliau mencabar Kit Siang meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat.

"Kalau kamu tidak datang SPRM, kita datang minggu depan cabar dia di kawasannya, kalau tidak, elok dia letak jawatan," katanya lagi.

Astro Awani 

Maklumat cukai pendapatan 1,500 warga Singapura mungkin bocor

Maklumat cukai pendapatan 1,500 warga Singapura mungkin bocor


SINGAPURA: Kerajaan Singapura memaklumkan pengenalan diri dalam talian yang dikeluarkan kepada warganya untuk mengakses maklumat seperti butiran cukai pendapatan peribadi serta simpanan persaraan mungkin telah diceroboh.

Siasatan menunjukkan 1,560 akaun SingPass mungkin telah diceroboh dengan kata laluannya diakses tanpa kebenaran pengguna, kata Lembaga Pembangunan Maklumat dan Komunikasi Singapura dalam satu kenyataan melalui e-mel semalam.

Katanya, sejumlah 149 akaun menghantar isyarat supaya surat maklumat penetapan semula kata laluan dikirimkan kepada pemegang akaun.

Pihak berkuasa dimaklumkan oleh pengendali SingPass tiga hari lalu dan satu laporan polis dibuat pada 3 Jun, katanya. Pencerobohan keselamatan ini boleh menjejaskan reputasi Singapura sebagai sebuah pusat kewangan Asia. Menurut Boston Consulting Group, republik itu merupakan pusat pengurusan kekayaan terbesar di rantau ini dengan aset luar pesisir bernilai lebih kurang AS$800 bilion.

"Kerajaan Singapura memandang serius soal keselamatan siber," kata lembaga itu. "Perlindungan data peribadi dan perkhidmatan dalam talian yang selamat adalah kritikal. Kami akan terus mengukuhkan sebuah perkhidmatan dalam talian kerajaan sebagai sebahagian usaha meningkatkan tahap keselamatan."

Ia menambah, semakan oleh pihak berkuasa maklumat dan komunikasi menunjukkan tiada bukti sistem SingPass telah terjejas.

Pencerobohan ini berlaku lebih kurang enam bulan selepas Standard Chartered Plc mendedahkan maklumat sulit pelanggannya dicuri di Singapura daripada sebuah syarikat percetakan. Peminjam yang berpejabat di London itu pada Disember lepas berkata ia tidak menemui sebarang urusniaga yang tidak sah sejak kecurian daripada Fuji Xerox Co. yang dikontrakkan untuk mencetak penyata bagi 647 pelanggannya.

Pada November lepas, pihak berkuasa Singapura menyiasat pencerobohan ke atas laman web Perdana Menteri Lee Hsien Loong. Kejadian itu berlaku sehari selepas beliau berikrar akan memburu kumpulan yang mengancam mahu menggodam portal milik kerajaan. -- Bloomberg

Ibu Gareth Huntley berada di Hospital Ampuan untuk kenal pasti mayat

KENAL PASTI: Ibu Gareth Huntley berada di Hospital Ampuan untuk kenal pasti mayat


KUANTAN: Janet Southwell berada di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini pagi tadi untuk mengenal pasti sama ada mayat yang ditemui di Pulau Tioman semalam adalah mayat anaknya yang dilapor hilang sejak lapan hari lalu.

Beliau tiba di hospital kira-kira 11 pagi dari pulau tersebut dengan helikopter sambil ditemani Naib Konsul Pesuruhjaya Tinggi British dan teman wanita anaknya Kit Natariga Panyawatcharakun.

Mayat dibawa ke hospital kira-kira pukul 1 pagi tadi dengan helikopter.

Gareth David Huntley dilapor hilang pada 27 Mei lalu ketika pergi sendirian ke kawasan air terjun Lubuk Teja di pulau itu.

Mayat seorang lelaki kemudiannya ditemui di Kampung Juara di pulau itu tengah hari semalam, kira-kira 500 meter dari tempat chalet penginapan Gareth di Pusat Perlindungan Penyu di kampung itu.

Bedah siasat sedang dijalankan untuk mengenal pasti identiti sebenar mayat.

- Bernama

JPN tiada kuasa pinda status agama dalam kad pengenalan

Johann Noordin seorang Islam mengikut rekod JPN

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan ia tidak mempunyai kuasa untuk meminda status agama Islam dalam kad pengenalan mana-mana warganegara yang rekodnya pada jabatan itu disahkan sebagai beragama Islam tanpa sebarang pengesahan sebaliknya daripada Mahkamah Syariah.

Menurut JPN, sekiranya mana-mana individu mendakwa dirinya bukan beragama Islam tetapi rekod di jabatan itu mengesahkan beliau Islam, keputusan untuk meminda status itu adalah terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

"Jabatan Pendaftaran Negara bukanlah agensi yang memutuskan seseorang itu telah keluar daripada agama Islam," kata jabatan itu dalam sepucuk surat kepada Astro AWANI.

Kenyataan JPN itu adalah maklumbalas kepada aduan Johann Lim Noordin yang disiarkan oleh Astro AWANI pada 19 Mei lalu.

Lelaki yang didaftarkan dengan nama Johann Lim Noordin bin Billy Noordin itu mendakwa beliau tidak pernah menganut agama Islam dan mahu status agama Islam pada kad pengenalannya ditukar. Beliau mendakwa sudah mengemukakan permohonan kepada JPN sejak tiga tahun lalu.

"Kalau mahu saya bawa 100 saksi bahawa saya bukan Muslim, saya akan bawa. Kalau mahu saya bawa 200 saksi yang melihat saya ke tokong Buddha dan bersama, saya akan bawa. Kalau mahu saya bawa 500 saksi yang nampak saya makan makanan tidak halal, saya akan bawa.

"Hakikatnya ialah saya bukan seorang Islam, tidak pernah lahir sebagai Islam atau tidak memeluk agama Islam. Saya tidak pernah menganut agama Islam," katanya dalam surat kepada JPN yang dikongsikan kepada media baru-baru ini.

(If u want me to produce 100 witness that will say i m not a muslim, i will produce. If you want me to produce 200 witness that seen me go to Buddhist temples and pray, i will produce. If you want me to produce 500 witness that seen me eat non halal food items, i will produce. The fact remains is this, I m not a muslim, nor born a muslim, nor converted a muslim. I was never a muslim to begin with!)

Dalam maklumbalasnya, JPN mengaku telah menerima permohonan Johann sejak tiga tahun lalu. Mengikut rekod jabatan juga, ibu lelaki itu berketurunan Cina dan beragama Buddha manakala bapanya berketurunan India dan beragama Islam. Johann pula didaftarkan sebagai berketurunan India dan beragama Islam.

JPN menjelaskan Johann tidak pernah mempersoalkan status agama Islam pada kad pengenalannya yang dikeluarkan sejak beliau berumur 18 tahun pada 28 Februari 2002. Beliau hanya mempersoalkannya apabila membuat permohonan untuk meminda status agama daripada Islam kepada Buddha pada 11 Oktober 2011.

Johann sebelum itu juga ada membuat pertanyaan kepada JPN melalui emel pada 28 September 2011. Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara ketika itu telah menasihati Johann supaya mendapatkan surat pengesahan daripada pejabat agama Islam yang berhampiran.

Dalam permohonannya, Johann mengemukakan sepucuk surat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang yang menyatakan nama beliau tiada dalam senarai pemeluk agama Islam di negeri itu dan oleh itu jabatan berkenaan "tidak dapat mengesahkan status agama beliau".

"Berdasarkan kedudukan di atas, maka Jabatan ini tetap menganggap Encik Johann Noordin bin Billy Noordin adalah beragama Islam," kata kenyataan JPN kepada Astro AWANI.

JPN bagaimanapun telah menasihatkan pemohon supaya mendapatkan keputusan daripada Mahkamah Syariah berhubung status agamanya dan jabatan itu "akan mematuhi apa saja keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah".

Astro Awani 

Peniaga masih ragui status halal Cadbury

Safari menunjukkan sekotak coklat Cadbury yang masih disimpan dan akan dikembalikan ke syarikat berkenaan.
Safari menunjukkan sekotak coklat Cadbury yang masih disimpan dan akan dikembalikan ke syarikat berkenaan.


KUANTAN - Peniaga dan pengguna masih meragui status halal dua produk Cadbury walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah mengesahkan ia bebas DNA babi.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa pasar mini di sekitar Kuantan mendapati peniaga Muslim tidak lagi menjual produk berkenaan kerana masih tidak yakin dengan status halal.

Pekerja kedai yang hanya mahu dikenali sebagai Aini, 30 berkata, sejak Kementerian Kesihatan mengesahkan dua sampel coklat Cadbury mempunyai DNA babi, pihaknya serta merta menghentikan penjualan.

Menurutnya, walaupun kelmarin Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Jakim mengatakan Cadbury halal, ia tidak menghalang rasa was-was.

“Sebelum ini memang kedai kami menjual Cadbury tetapi apabila keluar kenyataan ia tidak halal, stok yang ada terus disimpan.

“Kami tidak menjual Cadbury dan sejak penjualan coklat itu dihentikan, tiada seorang pelanggan bertanya tentang hal itu serta jauh sekali untuk membeli.

“Walaupun sudah disahkan halal, buat masa sekarang memang kami tidak akan menjual kesemua produk Cadbury,” katanya.

Sementara itu, seorang pekerja mini market di Indera Mahkota, Safari Yusof 24, berkata, sejak isu berkenaan diperkatakan kesemua stok coklat Cadbury disimpan dan akan dikembalikan kepada syarikat berkenaan.

“Serta-merta penjualannya dihentikan.

"Sekarang kami masih tidak menjualnya walaupun sudah disahkan halal.

“Mungkin selepas ini kami akan teruskan jualan tetapi produk sedia ada akan dikembalikan dan kami akan menggunakan produk baru yang lebih diyakini," katanya.

Sinar Harian 

Mayat ditemui dekat lokasi protes

BANGKOK - THAILAND. Mayat seorang lelaki tidak dikenali ditemui hari ini dalam operasi pembersihan di sebatang terusan di lokasi yang pernah diduduki pemprotes anti- kerajaan selama beberapa bulan sebelum rampasan kuasa tentera pada 22 Mei.

"Kami temui mayat itu dalam beg kira-kira 2.00 petang. Mayat itu dipercayai telah dibunuh kira-kira sebulan lepas. Beberapa bahagian anggotanya hilang," kata seorang penyelam dari pasukan penyelamat kepada Bernama di sini.

Kawasan itu pernah diduduki penyokong Jawatankuasa Pembaharuan Demokrasi Rakyat (PDRC) dan berdekatan Rumah Kerajaan, iaitu pejabat rasmi Perdana Menteri.

Semasa operasi pembersihan itu yang melibatkan tentera, polis, pasukan penyelamat sukarela, beberapa kelongsong peluru dan mercun turut ditemui. - Bernama

Mayat lelaki tanpa dokumen ditemui di Pulau Tioman

Anggota Bomba dan Penyelamat membawa anjing pengesan ketika menyambung operasi mencari warga England Gareth David Huntley, 34, yang hilang di Kampung Juara, Pulau Tioman ketika tinjauan fotoBernama di Rompin, hari ini. - Foto Bernama
Anggota Bomba dan Penyelamat membawa anjing pengesan ketika menyambung operasi mencari warga England Gareth David Huntley, 34, yang hilang di Kampung Juara, Pulau Tioman ketika tinjauan fotoBernama di Rompin, hari ini. - Foto Bernama


PULAU TIOMAN - Pasukan mencari dan menyelamat warga Britain Gareth David Huntley, 34, yang hilang sejak seminggu lalu, menemui mayat seorang lelaki yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri di belakang Chalet Lagoon, Kampung Juara, di sini kira-kira jam 1.30 tengah hari ini.

Mayat lelaki tanpa sebarang dokumen pengenalan diri itu ditemui dalam keadaan hanya berseluar pendek tanpa baju kira-kira 50 meter dari pantai.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Pahang, Morni Mamat berkata, idenditi mayat tersebut sukar dikenal pasti kerana selain tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, sebahagian muka mangsa juga sudah dalam keadaan reput.

"Setakat ini kita belum dapat pastikan sama ada mayat yang ditemui itu adalah warga Britain yang dilaporkan hilang sebelum ini.

"Kita masih menunggu unit forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang yang dijangka tiba pukul 4 petang ini untuk membuat siasatan lanjut," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintenden Johari Jahaya yang ditemui di tempat kejadian enggan mengulas lanjut berhubung penemuan mayat tersebut.

Menurutnya, identiti mayat tersebut hanya boleh disahkan selepas Unit Forensik tiba untuk membuat pengesahan dan menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.

Huntley, yang menjadi sukarelawan Projek Penyu Juara di Kampung Juara, Pulau Tioman dilaporkan pergi ke kawasan Air Terjun Lubuk Teja secara bersendirian kira-kira pukul 12 tengah hari Selasa lepas. 

Lelaki itu kemudian didapati tidak pulang sebelum rakan dan beberapa penduduk kampung keluar mencarinya di kawasan hutan berhampiran air terjun berkenaan.

Operasi mencari dan menyelamat dilakukan sejurus selepas kehilangannya dilaporkan pada Khamis lepas dengan melibatkan 154 orang anggota merangkumi Polis Pahang, Polis Marin, Rela, Tentera Darat serta Bomba dan Penyelamat Pahang.

Tujuh ekor anjing pengesan dari Unit Anjing Pengesan (K9) IPK Pahang dan bomba turut digunakan dalam operasi berkenaan selain sebuah helikopter. - Bernama

Pelayar Britain dakwa nampak MH370

Pelayar Britain dakwa nampak MH370

PHUKET - THAILAND. DI kala perkhabaran berita mengenai status di mana MH370 masih kabur, sebuah portal berita Thailand melaporkan seorang pelayar wanita dari Britain mendakwa melihat MH370.

Katherine Tee , 41, dilaporkan melihat pesawat ketika belayar merentasi Lautan Hindi tetapi hanya memberitahu pihak berkuasa baru-baru ini kerana takut aduannya tidak akan diberi perhatian serius.

"Saya melihat sesuatu yang kelihatan seperti kapal terbang terbakar. "Itulah yang saya fikir ia adalah," katanya yang dipetik dari Phuket Gazette.

Katanya lagi: "Kemudian, saya fikir saya mesti menjadi gila... Ia menarik perhatian saya kerana saya tidak pernah melihat kapal terbang dengan lampu oren sebelum ini, jadi saya tertanya-tanya apakah ia."

Ketika kejadian, Tee sedang dalam pelayaran dari India ke Phuket. Turut sama belayar, suaminya, Marc Horn, 50. Tambah Tee, dia tidak memberitahu suaminya selepas melihat kejadian itu.

Memetik laporan itu, kedua-dua pasangan itu dilaporkan telah menemui pihak Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), yang mengetuai pencarian MH370, tetapi organisasi tersebut belum mengesahkan perkara ini.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang dari skrin radar pada 8 Mac tidak lama selepas berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing. - Sinar Harian