Sunday, 11 January 2015

Infografik: Ringkasan peristiwa keganasan di Paris

Pada Ahad lebih sejuta orang dijangka membanjiri kota Paris di Perancis bagi menunjukkan kesatuan terhadap mangsa serangan ganas yang melanda bandar itu beberapa hari lalu.

17 maut dalam serangan itu yang turut menyaksikan tahap keselamatan di seluruh negara itu dipertingkatkan.

Berikut adalah ringkasan peristiwa itu:




- Sumber: AFP melalui Astro Awani 

Dua isyarat ping kotak hitam beri harapan penemuan

Pengesanan isyarat ping yang dipercayai daripada kotak hitam adalah susulan daripada penemuan bangkai ekor pesawat tersebut. - Gambar Fail

JAKARTA: Pencarian kotak hitam AirAsia QZ8501 semakin hampir membuahkan hasil hari ini apabila Kapal Baruna Jaya I milik Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT) bersama dua kapal lagi iaitu Java Imperia dan Trisula berjaya mengesan isyarat lokasi.

Menurut portal berita MetroTVNews.com, kini terdapat dua titik lokasi yang menjadi sasaran pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Pertama, Kapal Baruna Jaya I berjaya mengesan isyarat ping di 3 darjah 37 minit 20 saat Selatan, 109 darjah 42 minit 43 saat Timur.

Sementara, kapal Java Imperia mengesan isyarat ping yang dipercayai daripada kotak hitam pesawat itu di koordinat black box di koordinat 3 darjah 37 minit 21.13 saat Selatan, Longitud 109 darjah 42 minit 42.45 Timur.

Pakar Geodetic Imam Mudita memberitahu pada sidang media di pejabat BPPT di Jakarta, jarak antara kedua-dua titik isyarat itu hanyalah lebih kurang 20 meter.

Sementara itu, jarak antara kedudukan awal Kapal Baruna Jaya I dengan isyarat ping tersebut ialah 77.7 meter dengan kedalaman 35 meter.

Semalam, pasukan SAR mengharapkan kotak hitam tersebut masih berada di bahagian ekor bangkai pesawat QZ8501 yang berjaya dinaikkan namun ternyata ia telah terpisah.

- Sumber: Agensi 

Cadangan bayaran BR1M ditukar kepada unit amanah

BR1M

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Belia Malaysia hari ini secara dasarnya bersetuju sistem pembayaran secara tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ditukar kepada pembayaran melalui unit amanah.

Wakil Pahang, Mohd Firdaus Abd Samad ketika menggulung usul penetapan supaya kerajaan menjalankan kajian intensif bagi merapatkan jurang pendapatan negara, berkata mekanisme ini dilihat lebih efektif kepada aliran tunai kerajaan.

"Sekiranya BR1M ini diberikan dalam bentuk unit amanah, ia akan ada tempoh matang, jadi dalam masa lima tahun katakan, kerajaan tidak perlu lagi mengeluarkan wang tunai untuk pemberian BR1M, sebaliknya pembayaran seterusnya boleh dibuat menggunakan dividen," katanya.

Usul penetapan supaya kerajaan menjalankan kajian intensif bagi merapatkan jurang pendapatan negara itu dicadang Jawatankuasa Sosio Ekonomi dan diluluskan sebulat suara oleh speaker dewan iaitu Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Negara Datuk Shamsul Anuar Nasarah pada persidangan Parlimen Belia Malaysia kedua di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Antara lain, usul itu turut mencadangkan supaya satu jawatankuasa atau badan seumpamanya ditubuhkan di peringkat Parlimen bagi mengkaji jurang pendapatan negara.

Turut bersetuju ialah wakil Terengganu Alif Rosli yang menarik perhatian bahawa selain pembayaran melalui unit amanah, kerajaan juga boleh menggunakan sukuk.

"Ini adalah antara beberapa mekanisme, yang lebih sesuai untuk jangka masa panjang, berbanding pembayaran secara one-off, yang mana jika diberikan kepada rakyat pun akan dihabiskan dalam masa yang pendek," katanya.

Dalam pada itu, wakil dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Suhail Mohamed Kamaruddin mempersoalkan juga sekiranya perlu lagi kajian ke atas ekonomi rakyat diadakan, memandangkan sudah wujud beberapa badan yang mengadakan kajian sama.

"Unit Perancangan Ekonomi negara pun dah buat kajian dan disokong Jabatan Statistik, tetapi persoalannya kenapa jurang pendapatan ini masih wujud di skala tinggi," katanya. 

- Sumber: Bernama

Biar polis siasat dahulu - Eric Paulsen

Biar polis siasat dahulu - Eric Paulsen (Foto: Blog Negarakita)

Pengasas dan Pengarah Eksekutif kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL), Eric Paulsen menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan atas kenyataan kontroversinya, lapor Malaysiakini.

Paulsen juga dilaporkan belum memutuskan sama ada akan memohon maaf atas kenyataannya yang didakwa mengkritik khutbah Jumaat.

“Perkara ini sedang disiasat. Jadi saya rasa, biar saya kena siasat dahulu.

"Jadi lihatlah macam mana nanti,” Paulsen dipetik sebagai berkata oleh Malaysiakini.

Paulsen juga dipetik sebagai berkata terdapat “salah faham” tetapi belum mahu menghuraikannya, buat masa ini dia menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa kenyataan.

“Polis sudah hubungi saya dan saya sedia untuk bekerjasama. Dan perkara ini menjadi kes polis. Biar proses siasatan berjalan (dahulu),” katanya lagi.

Peguam hak asasi manusia itu juga meminta pihak polis bertindak lebih profesional dan tidak pilih kasih dalam menjalankan tugas.

Kenyataan Paulsen di laman mikro pada Jumaat yang berbunyi: “Jakim mempromosi ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mengenai ekstremisme di Malaysia”, mendapat kritikan banyak pihak.

Pemuda PAS menerusi timbalan ketuanya, Khalil Abdul Hadi menyifatkan Paulsen menghina umat Islam jika beliau merujuk kepada khutbah Jumaat.

Sementara, akhbar Utusan Malaysia menyifatkan Paulsen sebagai terlalu ekstrem dan menggesa peguam tersebut supaya meminta maaf. 

- Sumber: Astro Awani 

Aznil Nawawi cuba nasib jadi pengacara E! News

Bersama selebriti tekenal Kim Kardashian - Foto Instagram AznilNawawi

Pengacara terkenal tanah air, Datuk Aznil Nawawi atau mesra disapa Pak Nil berpeluang mencuba menjadi pengacara program hiburan terkemuka E! News di samping Giuliana Rancic, Jason Kennedy dan Terrence Jenkins.

Pengalaman tersebut telah dimuat naik oleh pengacara Apa Kata Malaysia ini di laman Instagramnya.

Selain itu, Pak Nil turut dilihat ber’selfie’ bersama pengacara nombor satu Hollywood, Ryan Seacrest, selebriti terkenal Kim Kardashian dan berkesempatan mewawancara secara eksklusif penyanyi R&B Christina Milian.

Paling menarik, dalam satu sidang media di sana, Pak Nil telah ditanya Giuliana "Mereka kata kamu adalah 'Ryan Secrest versi Malaysia'"

Dalam nada berseloroh, Pak Nil menjawab "Tak, Ryan adalah Aznil versi Amerika".

Sidang media tersebut telah dikongsikan Pak Nil dalam sebuah sebuah video pendek di laman Instagramnya.

Menerusi laporan Berita Harian, Pak Nil ke Los Angeles sejak 7 sehingga 14 Januari ini di atas jemputan NBC Universal anjuran International Press Junket bagi memperkenalkan program musim terbaru seperti Live From Red carpet, The Kardashians dan Fashion Police.

Sempat ber’selfie’ bersama pengacara nombor satu Hollywood, Ryan Seacrest - Foto Instagram AznilNawawi


"Saya turut berpeluang mencuba menjadi pengacara E! NEWS di samping Giuliana, Jason dan Terrence.

Saya cuba letakkan diri ini sebaris dengan mereka biarpun bahasa Inggeris saya tidaklah bagus mana.

"Saya tolak rasa rendah diri. Saya juga berpeluang bertemu Kelly Osbourne dan Brad Goreski yang kedua-duanya mengacarakan Fashion Police"

"Paling menyeronokkan dapat menemubual secara perseorangan dengan Christina, Giuliana dan Kim. Mereka sangat peramah” katanya kepada Berita Harian pada Sabtu.

Pak Nil dikatakan berkesempatan untuk menghadiri majlis Anugerah Golden Globe Ahad ini. 

- Sumber: Astro Awani 

Aksi gadis Melayu berpelukan dengan anggota kumpulan K-Pop

Khairy Jamaluddin menyindir gadis-gadis yang meminati artis K-Pop agar mencari lelaki yang tinggi, berkulit gelap dan tampan berbanding berkulit putih pucat, kurus dan 'cantik'.

Dengan mengambil rujukan video beberapa gadis negara ini yang bercumbuan di atas pentas bersama artis K-Pop dari Korea Selatan, B1A4 semasa sesi perjumpaan bersama peminat di KL Live pada Sabtu yang sedang viral di media sosial, Khairy di dalam tweetnya menyifatkan artis berkenaan bukanlah ciri lelaki sejati.

Video perjumpaan bersama peminat B1A4 yang berdurasi 3 minit 21 saat itu menunjukkan aksi beberapa gadis Melayu berpelukan dengan anggota kumpulan berkenaan.

Ada aksi gadis ini berpelukan malahan ada aksi mencium dahi yang turut dipaparkan di dalam video berkenaan.

Aksi gadis memeluk dan mengucup artis K-Pop, B1A4 semasa perjumpaan bersama peminat di Kl Live kini viral di media sosial - Sumber gambar YouTube

Perjumpaan bersama peminat yang dianjurkan TGM Events itu menetapkan tiket dari RM199 sehingga RM799 untuk caj 'berjumpa' kumpulan berkenaan.

B1A4 merupakan sebuah kumpulan muzik dari Korea Selatan di bawah naungan syarikat WM Entertainment.

Kumpulan dianggotai lima ahli iaitu Jung Jin Young, Shin Dong Woo, Lee Jung Hwan, Cha Seon Woo dan Gong Chan Sik, membuat penampilan sulung pada tahun 2011 dengan single "O.K".

Aksi gadis memeluk dan mengucup artis K-Pop, B1A4 semasa perjumpaan bersama peminat di Kl Live kini viral di media sosial - Sumber gambar YouTube


Dalam pada itu, laman Twitter turut dibanjiri 'hashtag" #menentangkejahatankpop yang memberi pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.

Ada yang memberikan reaksi menolak perlakuan itu dan ada juga yang menyalahkan gadis-gadis itu jerana terlalu obses sehingga mengetepikan ajaran agama.

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter, keezm yang mengakui berada di lokasi memberitahu, apa yang berlaku adalah di luar kawalan pengacara majlis sendiri.

Ujarnya, pengacara majlis sudah memaklumkan apa yang perlu dibuat dan gadis berkenaan menjawab tanpa was-was untuk meneruskan aksi memeluk artis Kpop berkenaan.




- Sumber: Astro AWANI

Suami isteri berjawatan guru disyaki sebar maklumat palsu banjir ditahan

Suami isteri disyaki sebar maklumat palsu berkaitan banjir ditahan - Gambar Hiasan

KOTA BHARU: Polis Kelantan menahan sepasang suami isteri berjawatan guru kerana disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan banjir melalui laman aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata suami isteri berumur 45 dan 43 tahun itu ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sebuah rumah di Kodiang, Kedah, pada 12 tengah hari semalam.

"Suspek disyaki menyebarkan maklumat palsu melalui aplikasi WhatsApp yang kononnya ada mayat bergelimpangan di Guchil, Kuala Krai dan ia merupakan mesej yang berbaur fitnah serta palsu.

"Kedua-dua suspek bekerja sebagai guru, kita tahan suspek untuk tindakan lanjut," katanya pada sidang akhbar mengenai tangkapan itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Rosli Abdul Rahman.

Mazlan berkata pasangan itu akan direman untuk membantu siasatan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata 11 kematian direkodkan manakala dua mangsa masih hilang dalam kejadian banjir besar yang melanda Kelantan bulan lepas. 

- Sumber: Bernama

Pasangan pengganas pernah bercuti di Malaysia?

Tidak. Ini menurut KPN.


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan pasangan yang terlibat dalam drama tebusan di sebuah pasaraya pernah memasuki Malaysia untuk bercuti seperti yang dilaporkan oleh saluran CNN.

Khalid berkata, berdasarkan hasil siasatan Polis Diraja Malaysia mengesahkan yang pasangan tersebut tidak pernah berada di negara ini. Semalam, CNN melaporkan Amedy Coulibaly yang ditembak mati dalam drama tebusan di timur Paris pada Khamis pernah melancong ke Malaysia bersama isterinya, Hayat Bourmeddiene.

Saluran itu mendedahkan yang Coulibaly turut merakamkan beberapa foto sewaktu berada di Malaysia. Gerakan untuk menjejak Bourmeddiene kini diteruskan dan dia berada dalam senarai wanita paling dikehendaki di Perancis.

Coulibaly merupakan salah seorang daripada pengganas yang menyebabkan kota Paris terbabit dalam pertumpahan darah dalam episod tebusan lebih 48 jam.

Boumeddiene, 26 tahun berjaya melarikan diri dan kini dianggap berbahaya, lapor CNN.

Coulibaly terbunuh dalam serangan oleh pasukan komando bersama empat tebusan yang berada dalam pasaraya di Paris. 

- Sumber: Astro Awani

"Rumah dilelong? Saya tidak tahu pun" - Suami Umie Aida

KHAIRUDDIN: Rumah dilelong? Saya tidak tahu pun - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan menafikan diberitahu mengenai rumahnya yang terletak di Mont Kiara dilelong pada harga RM2.1 juta dalam satu acara lelongan pada Sabtu.

Tegasnya, dia tidak tahu menahu atau diberi sebarang notis atau writ mengenai lelongan itu.

"Saya tidak tahu menahu dan tidak diberi sebarang notis ataupun writ mengenai lelongan rumah saya.

"Lelongan ini juga difahamkan diadakan semalam. Saya pun dengar melalui saluran media sosial.

"Namun saya akan bincang dgn peguam saya pada hari Isnin nanti," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Sebuah akhbar melaporkan, seorang wanita dari Damansara yang enggan dikenali memberitahu membeli rumah suami kepada pelakon Umie Aida itu selepas tiada mana-mana pihak membida rumah tersebut ketika lelongan dibuat.

Wanita itu juga mengakui tidak tahu siapa pemilik asal rumah berkenaan kerana hanya mengetahui mengenai lelongan menerusi iklan dan berminat membelinya kerana hartanah tersebut bernilai tinggi.

Khairuddin yang mencetuskan kontroversi apabila membuat laporanpolis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya juga didakwa diisytihar muflis oleh Jabatan Insolvensi pada 24 Mei 2013.

Sebelum ini, Pemuda UMNO Bahagian Batu Kawan turut meminta status dan kedudukan Khairuddin dalam politik disiasat Lembaga Disiplin UMNO.

Dalam pada itu kata Khairuddin, walaupun tekanan diberi, dia akan tetap meneruskan perjuangan untuk menentang ketidaktelusan di dalam pentadbiran 1MDB.

"Saya akan lawan secara habis-habisan. Alang-alang seluk,pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

"Demi kepentingan rakyat jelata, saya berikrar utk memerangi rasuah mahupun penyelewangan di negara kita dalam setiap segi.

"Ini adalah cabaran perjuangan saya yang amat kerdil. Saya adalah pejuang yang sekiranya ditekan, akan menjadi semakin kuat. Saya dilahirkan dalam keluarga pejuang UMNO," jelasnya.

Khairuddin turut melahirkan keyakinan kebenaran akan muncul dalam sedikit masa lagi dan menyedari apa yang dialami adalah satu cabaran.

"InsyaAllah dalam sedikit masa lagi kebenaran akan muncul. Ini adalah dugaan dan cabaran perjuangan dan saya telah bersedia utk kehilangan segala-galanya namun perjuangan akan tetap saya teruskan," ujarnya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menjelaskan, kertas siasatan ke atas 1MDB akan dibuka bagi meneliti laporan polis yang dibuat Khairuddin.

Ahmad Zahid turut berkata, pihaknya juga sudah meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan prosedur siasatan biasa selepas kertas berkenaan dibuka kelak. 

- Sumber: Astro Awani

"House auctioned? I don't know anything about it" - actress Umie Aida's husband



KHAIRUDDIN: "I will fight till the end. For the sake of the people, I vow to fight corruption despite the misappropriations that occur in the country. - File Photo

KUALA LUMPUR: Batu Kawan Umno division deputy chief Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan denied allegations that his Mont Kiara home has been auctioned at a staggering RM2.1mil in an auction, Saturday.

Khairuddin said he has no inclination or given any notice about the auction which was reportedly held at a hotel, here.

“I don’t even know about it (the auction) as I wasn't given any notice about the auction. I was told that the auction was held yesterday and only learnt about it from the social media.”

“I will discuss this matter with my lawyer on Monday,” said Khairuddin when he contacted Astro AWANI, today.

A Malay daily reported, a woman who hails from Damansara and prefers anonymity, was reportedly saying that she had purchased actress Umie Aida’s resident after no interested party took the bid while the auction took place.

The "woman" was reportedly saying that the owner of the house only learnt about the auction through a proclamation of sale and had expressed interest to purchase it as the property was set too high.

Khairuddin sparked controversies after he lodged a police report against 1Malaysia Development Berhad (1MDB)and the risks the debt-ridden government-owned company is facing.

Subsequent to this episode, the UMNO Youth division has demanded for UMNO Disciplinary Committee to probe into Khairuddin’s status and role.

Khairuddin also said that although pressured, he would continue his struggle concerning 1MDB transparency and administration.

“I will fight till the end. For the sake of the people, I vow to fight corruption despite all aspects of misappropriation that occur in the country. This is my small struggle. I’m a fighter and if pressured, I will appear stronger.

I was born in family made up of strong-rooted UMNO fighters,” he explained. 

- Source: Astro Awani 

Awas gelombang ketiga

  • Mohamed Khaled Nordin
  • Mohamed Khaled Nordin

JOHOR BAHRU - Johor sentiasa bersedia berhadapan sebarang kemungkinan selepas menerima amaran hujan lebat peringkat merah daripada Jabatan Meteorologi.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semua jabatan bertanggungjawab dalam keadaan bersedia untuk bertindak sekiranya berlaku banjir gelombang ketiga.

Bagaimanapun menurutnya, penduduk turut diharap dapat menjaga diri serta harta benda masing-masing untuk sebarang kemungkinan.

"Kita juga berharap penduduk dapat bersiap sedia jika berlaku hujan lebat, ribut taufan dan seterusnya banjir.

“Kita sentiasa memerhati dan menasihatkan penduduk supaya mendengar arahan sekiranya diarahkan berpindah oleh pihak bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan rendah dinasihatkan supaya sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan air naik pada bila-bila masa sepanjang berada dalam musim monsun.

Beliau berkata, pihaknya telah bersedia menghadapi musim banjir sejak September tahun lalu dengan menghantar bekalan makanan di kawasan pedalaman dan pulau khususnya di daerah Mersing.

“Kerajaan negeri sentiasa bersedia menghadapi gelombang banjir lebih besar berbanding kejadian sebelumnya yang berlaku pada Disember tahun lalu.

“Banjir boleh berlaku pada bila-bila masa disebabkan keadaan cuaca tidak menentu. Kita tidak boleh ramalkan jika banjir telahpun pulih ia tidak akan berulang lagi memandangkan faktor musim monsun adalah bermula November hingga Mac. Justeru perlu sentiasa bersiap sedia,” katanya.

Ayub turut menyelar beberapa kenyataan di media sosial yang mengaitkan banjir yang melanda negeri ini disebabkan faktor aktiviti pembalakan haram seperti yang berlaku di Kelantan.

“Saya ingin menegaskan di sini, kawasan yang dilanda banjir membabitkan penempatan rendah dan kerap dinaiki air apabila hujan lebat selain faktor cuaca tidak menentu semasa fenomena monsun.

"Ia tidak kena mengena dengan pembalakan haram.

“Air yang melimpah juga tidak membawa lumpur malah rumah atau premis dinaiki air tidak dilitupi dengan lumpur tebal justeru tuduhan itu adalah tidak berasas,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

10-man Real Madrid beat Espanyol to extend lead over Barcelona

La Liga, Santiago Bernabeu - Real Madrid 3 (James 12, Bale 28, Nacho 76) Espanyol 0

Beaten 2-1 at Valencia in La Liga last weekend and 2-0 at Atletico Madrid in the King's Cup last 16 first leg in midweek, Real took the lead at their Bernabeu arena when Cristiano Ronaldo set James Rodriguez up to score in the 12th minute.

Gareth Bale arrowed a free kick over the wall and into the net off a post to make it 2-0 in the 28th minute before fullback Fabio Coentrao was shown a straight red card for a dangerous tackle eight minutes into the second half.

Despite that setback, Real remained in control and substitute Nacho clipped home a third goal for the world and European champions, the defender's first for the club, 14 minutes from time.

The victory stretched Real's lead over second-placed Barcelona at the top to four points. Barca play at home to champions Atletico, who are third and level on 38 points with their hosts, on Sunday.

"Today things went well," Real playmaker Isco said in an interview with Spanish television.

"We are happy with the victory and to win again and get back on track," added the Spain international.

"We have to continue in the same way in the league and if the other teams slip up then so much the better."

Real, whose Spanish record winning streak of 22 matches was ended by Valencia, have a game in hand over Barca and Atletico, with all three teams now having played 17 matches.

Isco said Saturday's win would lift Real for Thursday's Cup return leg at home to Atletico, when they need to score at least twice to have any hope of successfully defending their title.

"It's going to be tough but we will devote all our energy to the task," he added. "With the support of the fans, I think we can mount a comeback."

- Source: Eurosport 

Angin kencang, laut bergelora dijangka berterusan hingga 17 Januari


KUALA LUMPUR: Angin kencang dan keadaan laut bergelora di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah dan Labuan ketika ini dijangka berterusan hingga Sabtu ini (17 Jan). 

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya hari ini berkata keadaan angin timur laut, yang bertiup selaju 50-60 km/jam dengan ombak hingga setinggi 4.5 meter itu, berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai, termasuk perkhidmatan feri dan penangkapan ikan.

Jabatan itu juga berkata paras laut di kawasan pesisir Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur berkemungkinan meningkat hingga 17 Jan.

Sementara itu, ribut petir di perairan Pahang, Johor Timur dan Sarawak (Mukah, Bintulu dan Miri) dijangka berterusan hingga tengah hari ini, katanya.

Jabatan itu juga mengeluarkan amaran bahawa angin kencang dan keadaan laut yang bergelora di perairan Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan serta di perairan Samui, Tioman, Bunguran, Reef South, Kuching, Labuan dan Sulu akan berterusan hingga 17 Jan.

Keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai, termasuk pekerja di pelantar minyak, kegiatan penangkapan ikan dan perkhidmatan feri, kata kenyataan itu. 

- Sumber: Berita Harian | 11 Januari 2015

Che Ta tak halang anak bercuti dengan kekasih

  • Che Ta: Tak halang anak bercuti dengan kekasih

"MEREKA bukanlah bercuti berdua-duaan tetapi pergi bersama-sama keluarga sebelah kekasihnya," ulas pelakon jelita Rozita Che Wan berhubung percutian anak sulungnya, Ammar Effendy ke Pulau Maldives, Disember lalu.

Dek tindakan Ammar yang memuat naik sekeping foto dengan caption 'Maldives With Love' di Instagram ia telah menimbulkan beberapa isu yang tidak enak.

Jelas Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta, dia mengetahui dan mengenali rapat keluarga kekasih anaknya itu.

"Saya tahu Ammar ada kekasih dan saya izinkan dia menyertai percutian keluarga itu.

"Tambahan pula, saya memang mengenali dan baik dengan mereka," katanya kepada Zass.

Tambah Che Ta lagi, dia tidak akan menghalang anak-anaknya jika ingin berkahwin dalam usia yang muda.

Katanya, berkahwin di usia muda bukanlah sesuatu perkara yang salah kerana dia sendiri pernah melaluinya dahulu.

"Jika sudah sampai jodoh untuk anak-anak berkahwin pada usia muda, saya tiada halangan.

"Dahulu pun, saya berkahwin muda iaitu pada usia 20 tahun," katanya.

Dalam pada itu, kata Che Ta, dia tidak mahu semua anaknya melalui kehidupan seperti yang pernah dilaluinya dahulu.

Ekoran itu, dia sering memberi kemewahan selain menyediakan persiapan demi kemudahan masa depan ketiga-tiga anaknya itu.

"Saya tidak mahu anak-anak saya lalui apa yang saya rasa dahulu. Dahulu jika ingin sesuatu, saya terpaksa menunggu lama.

"Kadang-kadang, saya tidak dapat apa yang saya mahukan itu.

"Jadi, selagi saya mampu, saya akan beri apa saja kepada mereka," katanya.

Justeru pelakon Kiah Pekasam ini telah menyediakan simpanan, pelaburan dan rumah untuk kesenangan anak-anaknya itu.

Pada masa sama, kata Che Ta, sebagai ibu dia tetap memantau pergerakan anak-anaknya agar tidak menimbulkan sebarang perkara tidak elok di kemudian hari.

Selain Ammar, Che Ta juga mempunyai dua anak lagi iaitu Aniq Ezzra dan Aaisyah Dhia Rana.

- Sumber: Sinar Harian 

Gempa bumi sederhana landa Luzon, Filipina

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.8 pada skala Richter berlaku di Luzon, Filipina pada 3.32 pagi hari ini. 

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berpusat di 11km selatan Olongapo City, Filipina dan 958km timur laut Kudat, Sabah. 

Gempa bumi itu tidak mencetuskan ancaman tsunami, menurutnya.

- Sumber: Bernama | Januari 11, 2015

Sepatutnya tak wujud kerajaan BN, PR kata Pas

  • Takiyuddin Hassan
  • Takiyuddin Hassan

SHAH ALAM – ‘Sepatutnya tidak wujud kerajaan BN atau kerajaan PR,’demikian reaksi Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berhubung kerjasama yang terjalin baru-baru ini antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri Kelantan.

Menurutnya, sebaik pilihan raya selesai dan mandat diberikan kepada mana-mana parti, kerajaan tersebut perlu berkhidmat kepada rakyat mengikut tanggungjawab masing-masing dengan mengetepikan soal perbezaan ideologi.

Jelasnya, ia bagi memastikan semua pihak mendapat hak yang sewajarnya tanpa ada yang disisihkan.

“Pada pemahaman saya, sepatutnya tidak wujud kerajaan BN ataupun kerajaan PR...kerajaan Pas.

“Sepatutnya peranan kerajaan Pusat dan kerajaan negeri harus berteraskan kepada Perlembagaan kita. Dalam Perlembagaan, ada jadual negeri dan ada jadual Persekutuan.

“Dengan kata lain, hak-hak kerajaan negeri walau siapa pun jadi pemerintah, harus dijamin. Begitu juga hak kerajaan Pusat di peringkat negeri,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu itu berpendapat, sekiranya semua kerajaan diberi layanan yang sama oleh kerajaan Persekutuan meskipun berbeza parti, ia akan memberi manfaat bukan saja kepada rakyat malah kepada kerajaan Persekutuan.

“Kalau kerajaan negeri yang dipimpin oleh mana-mana parti pun diberi layanan yang sama oleh kerajaan Pusat yang mungkin dipimpin oleh parti yang berbeza, itu memberi manfaat kepada rakyat.

“Mungkin juga kalau kerajaan Pusat memberi layanan yang baik kepada kerajaan negeri walaupun parti yang berbeza, itu akan memberi satu kredit kepada kerajaan Pusat untuk dipilih di peringkat negeri pada pilihan raya berikutnya,” katanya.

Tambahnya lagi, hanya tiga kerajaan yang sepatutnya wujud selepas pilihan raya iaitu kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.

“Tapi, apa yang berlaku sekarang ini, kita lebih nampaknya macam kerajaan ini mengikut parti. Sepatutnya tidak berlaku begitu.

“Untuk memberi manfaat kepada rakyat, tidak semestinya gabungan Pas dan Umno itu satu-satunya pilihan yang ada,”katanya.

Malah katanya, kerjasama antara Pas dengan Umno bagi membantu rakyat di Kelantan setelah sekian lama tidak sehaluan memang sukar dilalui.

“Bagi saya, untuk menggabungkan atau kerjasama yang dikatakan Pas dengan Umno ini bukan satu perkara yang mudah.

“Tapi pada saya, perpaduan itu satu benda yang baik kalau boleh berlaku. Ia amat sukar. Perlu dibincang, diteliti dan dilihat dalam aspek yang boleh diterima oleh semua pihak. Itu benda baik tapi realitinya bukan mudah,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

Rumah suami Umie Aida dilelong RM2.1 juta

Khairuddin Abu Hassan

SHAH ALAM - Rumah Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan yang terletak di Mont Kiara, dilelong dengan harga RM2.1 juta dalam satu acara lelongan di Hotel Istana hari ini.

Memetik laporan berita tempatan, rumah tersebut dilelong selepas Khairuddin yang juga merupakan suami pelakon popular, Umie Aida itu diisytiharkan muflis dan kediamannya dibeli seorang wanita yang berasal dari Damansara tanpa ada lain-lain bidaan.

Sebelum ini, Pemuda Umno Batu Kawan menyerahkan memorandum serta beberapa dokumen daripada Jabatan Insolvensi kepada Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab. Rauf Yusoh bagi meminta siasatan dijalankan terhadap status Khairuddin yang didakwa diisytihar muflis pada 24 Mei tahun lalu.

Selain itu, Khairuddin juga pernah menimbulkan kontroversi dengan membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana mendakwa pentadbiran kewangan syarikat hak milik kerajaan itu kerugian berbilion ringgit.

- Sumber: Sinar Harian 

Chelsea pull clear at top after beating Newcastle 2 - 0


Premier League, Stamford Bridge - Chelsea 2 (Oscar 43, Costa 59) Newcastle 0


Chelsea overcame a sluggish start to beat Newcastle 2-0 at Stamford Bridge, going two points clear of Manchester City who drew 1-1 at Everton.

Newcastle drastically improved from recent showings, with Remy Cabella appearing to have finally adjusted to the Premier League in an excellent display of close control and incisive running. His skill tempted Cesar Azpilicueta into a lunge that injured his groin, and allowed Moussa Sissoko the space to run at down the right wing before hitting the bar.

Newcastle grew in confidence in the half, with Chelsea lethargic until the 43rd minute, when Willian took a quick corner to find Branislav Ivanovic in the box, who pulled the ball to the back post where Oscar could tap in unmarked.

Chelsea made it two just before the hour mark after a brilliant backheeled assist for Diego Costa from Oscar, and Chelsea held on for an ultimately routine victory.

- Source: Eurosport 

Tiga cadangan untuk Kementerian Pendidikan

  • PASCA BANJIR

KUALA TERENGGANU - Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) mencadangkan tiga perkara untuk perhatian Kementerian Pendidikan termasuk dari segi kesihatan pelajar susulan bencana banjir baru-baru ini.

Presidennya, Syed Anuar Syed Mohamad berkata, penutup mulut/hidung perlu dibekalkan kepada pelajar sekolah di negeri-negeri terjejas bagi mengelak mereka terkena penyakit akibat debu lumpur pasca banjir.

Beliau berkata sararan kedua ialah kementerian perlu menggerakkan program motivasi menggunakan khidmat kaunselor bagi memulihkan semula semangat pelajar khususnya mereka yang bakal menempuh peperiksaan awam.

"Ini kerana pelajar terlibat sudah tentu mengalami trauma, bukan sahaja berdepan dengan pengalaman sukar sehingga mengancam nyawa malah turut kehilangan barangan persekolahan termasuk pakaian seragam," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Syed Anuar berkata, pihaknya bersedia menawarkan khidmat dan program motivasi untuk pelajar terlibat banjir sekiranya diperlukan.

Katanya, saranan ketiga adalah kementerian perlu menggantikan perabot termasuk kerusi dan meja pelajar yang rosak dalam banjir dengan produk lebih berkualiti tinggi yang berdaya tahan walaupun terendam lama dalam air.

Langkah itu akan dapat menjimatkan kos kerajaan kerana kerusi dan meja rosak setiap kali sekolah dilanda banjir. 

- Sumber: Bernama