Monday, 10 February 2014

Aiskrim 'goyang' jana pendapatan lumayan

KUALA LUMPUR - Siapa sangka perniagaan aiskrim 'goyang' yang diilhamkan bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Malik Mizan, 54, menerusi jenama 'Best Ice Cream' mampu menjana pendapatan lumayan.

Bekas pegawai berpangkat leftenan itu juga sedang membina rangkaian perniagaan ais krimnya terutama untuk diceburi golongan muda sejajar dengan hasrat kerajaan memperkasa ekonomi Bumiputera.

Malik yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Duta Prosper Sdn Bhd, pemilik jenama Best Ice Cream itu, berkata melalui perniagaan itu beliau bertekad untuk melahirkan sebanyak 10 jutawan aiskrim di seluruh negara dalam tempoh lima tahun.

Beliau yakin sasaran itu mampu dicapai jika para usahawan muda menunjukkan kesungguhan dalam perniagaan yang konsepnya adalah mudah, bermodal kecil dan berisiko rendah itu.

Syarikat itu turut memperkenalkan Pakej Usahawan Modal Insan kepada generasi muda yang ingin menjadi usahawan Best Ice Cream dengan berbekal modal sebanyak RM10,000.

"Kami akan berikan kursus dan latihan selama dua hari satu malam mengenai cara pembuatan aiskrim, pengurusan perniagaan, penyenggaraan peralatan, strategi pemasaran dan motivasi," katanya kepada Bernama ketika ditemui di pejabatnya di Hulu Kelang di sini.

Selain latihan, syarikat juga akan menyediakan kiosk, mesin aiskrim, peti beku (freezer), loceng aiskrim, baju T, topi, apron, lidi buluh serta bahan mentah.

Bapa kepada 10 anak itu berkata, pada masa ini syarikat yang baru berusia tujuh bulan itu telah berjaya melahirkan sebanyak 20 usahawan Best Ice Cream dan 300 lagi masih menunggu kelulusan pinjaman.

"Sekiranya tiada modal, kami akan membantu menguruskan pinjaman di agensi-agensi terpilih dan mendapatkan tapak perniagaan khususnya di tempat-tempat tumpuan orang ramai," katanya.

Apa yang menarik perniagaan ala francais ini berupaya menjana pendapatan sehingga lebih RM10,000 sebulan jika para usahawannya gigih dan mempunyai rangkaian usahawan yang kukuh di bawahnya.

"Jika anda mengesyorkan perniagaan ini kepada rakan-rakan dan mereka berminat, maka anda akan mendapat insentif secara 'one-off' sebanyak RM500 untuk setiap usahawan yang anda perkenalkan," katanya.

Selain itu, mereka juga akan mendapat royalti sebanyak satu sen bagi setiap aiskrim yang dijual oleh usahawan yang berdaftar di bawah mereka.

"Ini bermakna, semakin besar rangkaian usahawan anda semakin besarlah pulangan yang anda dapat. Ini tidak termasuk pendapatan daripada hasil jualan aiskrim anda sendiri," katanya.


SOFT ICE CREAM

Malik berkata, aiskrim goyang yang menggunakan teknologi Thailand itu sudah lama memasuki pasaran negara ini dan aiskrim itu boleh didapati terutamanya di pasar-pasar malam.

Bagaimanapun aiskrim itu menggunakan bahan minuman berkarbonat dan minuman kotak yang ternyata tidak baik untuk kesihatan kerana kandungan gulanya yang tinggi.

"Justeru, saya mula terfikir untuk memberikan konsep baru kepada aiskrim goyang dan memulakan kajian menggunakan pelbagai bahan termasuk bubur kacang hijau," katanya.

Kajian selama dua tahun itu menghasilkan aiskrim yang lebih enak dan teksturnya lembut berbanding aiskrim yang menggunakan minuman berkarbonat dan minuman kotak.

Melalui kajian itu juga, syarikatnya menghasilkan produk Best Ice Cream dengan tiga perisa yang menggunakan ramuan 'soft' ice cream yang bermutu, berkualiti serta halal termasuk susu tepung skim, minyak koko, minyak isi rung kelapa sawit, esen vanila serta perasa coklat dan strawberi.

Beliau berkata, aiskrim itu diproses di sebuah kilang di Batu Caves yang mendapat pengiktirafan sijil Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP), Analisis Bahaya Titik Kawalan Kritikal (HACCP) serta sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


KEENAKAN YANG MEMIKAT

Beliau berkata, produk Best Ice Cream mula diperkenalkan kepada umum pada September 2013 di Karnival Usahawan Desa, Putrajaya dan mendapat sambutan menggalakkan dengan pembeli mengakui keenakan dan kelembutan aiskrim itu.

"Kami berjaya menjual sehingga 7,000 batang aiskrim goyang pada karnival tiga hari itu dan mesin aiskrim berwarna pelangi juga menarik perhatian bukan sahaja kanak-kanak malahan golongan dewasa," katanya.

Pada masa ini aiskrim perisa coklat dan vanila menjadi kesukaan ramai dan beliau kini bercadang untuk menghasilkan aiskrim perisa durian dan keladi serta ditambah nilai dengan 'topping' coklat.

Mengenai proses membuat aiskrim itu, Malik berkata, ada yang hairan kerana aiskrim itu boleh membeku cepat dengan hanya menggoyang-goyangkan mesin tanpa menggunakan bekalan elektrik.

Beliau berkata, proses membuat aiskrim dimulakan dengan mencampurkan garam kasar sebagai bahan utama proses pembekuan, ketulan ais, cecair aiskrim serta air yang dimasukkan ke dalam mesin sebelum digoyangkannya untuk menyebati dan membekukan aiskrim itu.

Ketika separuh beku, lidi-lidi yang akan menjadi pemegang aiskrim dimasukkan ke dalam kelongsong acuan dan digoyang untuk kali kedua bagi membolehkan pembekuan sepenuhnya.

Malik berkata, syarikatnya juga bercadang melebarkan rangkaian perniagaan aiskrim goyang itu dengan memasuki pasaran Indonesia apabila kedudukan syarikat bertambah kukuh.


BERNIAGA DI HADAPAN SEKOLAH

Pada masa ini antara lokasi utama perniagaan aiskrim itu yang dikendalikan oleh para usahawannya adalah di lokasi tumpuan ramai termasuk di luar perkarangan sekolah.

Salah seorang usahawan Best Ice Cream, Mohd Farid Malik, 24, mengakui perniagaannya mendapat sambutan menggalakkan sejak belilau memulakan perniagaan sebulan yang lalu di hadapan Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat.

"Setelah sebulan berniaga, saya mampu meraih pendapatan mencecah RM3,000, dan tidak lagi bergantung kepada bantuan kewangan ibu bapa," katanya ketika ditemui di lokasi perniagaannya.

Beliau bersyukur melalui perniagaan itu, beliau kini mampu berdikari dan berupaya menghulurkan wang kepada ibu bapanya.

Mohd Farid, dibantu oleh rakannya Mohd Hafizi Abdul Rahman, 21, tiba di hadapan sekolah itu seawal pukul 11.30 pagi bagi sesi pagi dan 5 petang sebelum murid-murid selesai persekolahan sesi petang.


IBU BAPA TURUT MINAT AISKRIM GOYANG

Produk berjenama Best Ice Cream bukan sahaja digemari kanak-kanak malah ibu bapa juga kerana keenakan produk aiskrim tempatan itu setanding dengan jenama aiskrim lain.

Di hadapan sekolah itu, beliau berupaya menjual 300 batang aiskrim dengan nilai jualan sebanyak RM300 sehari.

Menurut Mohd Farid lagi, semasa memulakan perniagaan itu, ada yang cuba membandingkan harga aiskrim jualannya dengan harga aiskrim yang lebih murah di pasar malam.

Bagaimanapun, mereka akhirnya memilih aiskrim jualannya kerana keenakannya yang tersendiri.

Selain berniaga di sekolah, Mohd Farid turut berniaga aiskrim di 'down town' The Mines pada sebelah malam.

"Pada hari biasa saya boleh menjual kira-kira 100 batang aiskrim, tetapi pada hujung minggu dan cuti perayaan, memang tidak menang tangan kerana lebih 300 batang aiskrim saya habis dijual pada sebelah malam," katanya.

Mohd Farid berkata, beliau mensasarkan untuk memperolehi pendapatan sehingga RM10,000 sebulan dan sedang mengembangkan perniagaannya menerusi dua orang usahawan di bawah rangkaiannya.

"Saya juga mempromosikan Best Ice Cream jualan saya di laman sosial seperti Facebook dan Instagram dan melaluinya ada juga yang berminat untuk menyertai perniagaan ini," katanya.

- Bernama

Cedera angkara gajah liar

BEIJING - CHINA . Dua pelancong cedera selepas diserang sekumpulan gajah liar yang cuba menyeberangi sungai di wilayah Yunnan, China.

Jurucakap polis hutan berkata, kejadian berlaku di rizab Lembah Gajah Liar di wilayah Xishuangbanna apabila haiwan itu berlari ke arah sebuah keluarga yang terdiri daripada lima orang.

"Seorang wanita patah bahu kanan manakala seorang lelaki mengalami luka kecil. Kedua-dua mereka kini dirawat di sebuah hospital tempatan,"katanya, dipetik dari laporan AFP.

Kecoh NGO desak bantuan Rafizi


Rafizi meminta kumpulan NGO tidak melakukan kecoh.


BAYAN BARU - Ceramah Tolak GST-Turun Harga Barang yang dihadiri Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli di Bukit Gedong malam semalam bertukar kecoh apabila sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) bertindak 'menyerang' sebaik programnya berakhir.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam itu, kumpulan NGO terbabit dikatakan mahu berjumpa dengan Rafizi bagi meminta bantuannya menyelesaikan masalah seorang pemilik rumah di Kebun Bungah yang bakal diroboh oleh kerajaan negeri tidak lama lagi.

Kumpulan NGO terbabit yang terdiri daripada Persatuan Muka Buku Pulau Pinang, Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia (Al-Ehsan) dan Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) dilihat cuba menghampiri Rafizi ketika Ahli Parlimen Pandan itu sedang ditemuramah wartawan.

Seorang daripada mereka menyerahkan sekeping surat kepada Rafizi dan memintanya membantu bagi menghalang kerja perobohan yang dikatakan akan dilakukan pada 28 Februari ini.

Difahamkan, tindakan NGO terbabit meminta pertolongan Rafizi berikutan kerajaan negeri tidak memberi sebarang pampasan atau rumah ganti kepada pemilik terbabit.

Suasana bertukar kecoh apabila Rafizi terus berlalu pergi selepas menerima surat berkenaan dan kumpulan NGO dilihat cuba menghalangnya sambil menjerit meminta pemimpin PKR itu memberi perhatian masalah yang dihadapi rakyat Pulau Pinang selepas mendakwa kerajaan negeri gagal membelanya.

"Di mana hak orang Melayu di Pulau Pinang. Kami minta perkara ini diberi perhatian" itu antara perkataan yang dilaungkan kumpulan NGO terbabit.

Rafizi yang terkejut sebaik dihampiri kumpulan terbabit terus berkata "Tunggu, bagi saya semak dulu dan tak perlu bising-bising, hari sudah malam".

Bagaimanapun, suasana tegang yang berlaku hampir setengah jam itu akhirnya berjaya dileraikan polis.

- Sinar Harian

Wanita Jerman maut terjatuh puncak Gunung Kinabalu

KOTA KINABALU - Seorang pelancong wanita warga Jerman maut selepas terjatuh dari puncak Gunung Kinabalu yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut, dekat sini hari ini.

Mangsa bersama rakan-rakannya difahamkan sedang menunggu matahari terbit di puncak gunung yang tertinggi di Malaysia pada kejadian kira-kira jam 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim ketika mengesahkan perkara itu berkata, setakat ini pihaknya belum mendapat maklumat lanjut berkenaan mangsa termasuk nama.

"Usaha untuk membawa turun mayat sedang giat dijalankan oleh pasukan penyelamat," katanya ketika dihubungi.

Gunung Kinabalu merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara. 

- Bernama, Februari 10, 2014

Siti Asiah raih tiga emas, satu perak di SUKIPT

PEMANAH berpotensi negara Siti Asiah Mahmud meraih tiga pingat emas dan satu perak pada Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2014.

Pelajar semester dua jurusan Kewangan Islam dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ini berkata pencapaian beliau pada SUKIPT edisi kedua kali ini lebih baik berbanding edisi lepas.

"Pada SUKIPT 2012 saya cuma dapat satu perak dan satu gangsa. Ternyata SUKIPT kali ini ada peningkatan dari segi prestasi saya. Saya berjaya raih tiga pingat emas dari kategori kelayakan 70 meter, Recurve Individu Pusingan Olimpik dan Recurve Berpasukan Campuran.

"Manakala pingat perak pula dari acara Recurve Berpasukan Wanita. Saya rasa syukur dengan pencapaian saya pada kali ini," katanya kepada pemberita selepas perlawanan akhir acara memanah di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Atlet berusia 22 tahun itu berkata tujuan dan fokus utama beliau menyertai SUKIPT kali ini adalah bagi melayakkan diri ke Kejohanan Universiti Sedunia (WUC) di Poland.

Siti Asiah berkata jika tercalon untuk menyertai kejohanan berkenaan, ia merupakan kejohanan bertaraf antarabangsa pertama yang bakal disertainya sejak berjinak dalam sukan memanah.

"Saya harap saya akan terpilih mewakili negara ke WUC dan ia akan menjadi pencapaian tertinggi dalam karier saya kerana sebelum ini saya hanya menyertai Sukan Universiti Asia (AUG) 2012 di Laos.

"Buat masa sekarang, saya hanya sasar untuk ke kejohanan universiti sahaja belum sampai tahap Olimpik," katanya sambil menambah beliau menerima cabaran sengit daripada atlet kebangsaan pada SUKIPT kali ini.

Beliau berkata beliau mahu terus memfokus kepada kejohanan akan datang seperti Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan bagi mengumpul mata untuk melayakkan diri ke WUC 2014.

- Bernama, Feb 10, 2014

Penggunaan NGV lebih berbaloi


Proses pemasangan NGV pada kereta model Proton Saga.


PENGUSAHA bengkel NGV menyambut baik cadangan menggunakan bahan itu sebagai alternatif kepada petrol.

Pengurus Operasi Gas Emas Corporation Sdn Bhd Zulkhairi Osman berkata, penggunaan NGV jauh lebih menjimatkan berbanding petrol.

“Pengguna hanya perlu belanja separuh daripada duit petrol untuk NGV. Walaupun kos pemasangan agak tinggi antara RM4,000 dan RM4,500, jangka hayat penggunaan mencecah 15 hingga 20 tahun bergantung kepada jenis tangki digunakan,” katanya.

Zulkhairi berkata, terdapat tiga sistem bagi NGV iaitu NGV sepenuhnya, NGV dan petrol serta NGV dan diesel. "Ramai yang pilih sistem NGV dan petrol kerana lebih senang untuk ditukar mengikut keperluan,” katanya.

Katanya, kos penyelenggaraan juga rendah jika pengguna mematuhi jadual yang ditetapkan.

Sementara itu, Penasihat Persatuan Pemasang Kenderaan Gas Asli Malaysia Jeffrey Ng berkata, sebuah syarikat pengangkutan mampu jimat hampir RM400,000 perbelanjaan petrol setahun jika menggunakan NGV.

Namun, bagi Ng, apa yang paling penting adalah persepsi masyarakat yang masih ragu dengan keselamatan sistem NGV perlu diubah.

“Setiap barangan termasuk tangki NGV dari luar negara bukan sahaja ada sijil ISO tetapi sudah melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim).

“Hanya yang melepasi dua agensi itu sahaja dibenarkan masuk ke pasaran Malaysia. Ia cukup selamat,” katanya.

- Sinar Harian

Tinggal bersama mayat reput ibu

RENNES - PERANCIS . Seorang wanita warga emas ditemui hidup bersama mayat ibunya yang telah reput di barat laut Brittany, Perancis.

Timbalan Pendakwa Patrick Lewden berkata, pihak berkuasa menemui mayat wanita itu yang disyaki telah meninggal dunia sejak beberapa tahun lalu di rumahnya di sebuah kampung Mael-Carhaix.

"Wanita ini tidak pernah dilihat sejak tahun 2010,"katanya, dipetik dari laporan AFP.

Si mati dilahirkan pada 1921 dan dipercayai tinggal bersama anak perempuannya berusia 66 tahun yang mengalami masalah kesihatan mental. - Sinar Harian

Lima maut ribut salji di Jepun



Ibu negara Jepun mengalami salji paling lebat dalam tempoh 45 tahun.


TOKYO - JEPUN . Sekurang-kurangnya lima orang maut manakala lebih 600 yang lain cedera selepas ribut salji melanda seluruh Jepun, kelmarin.

Menurut Agensi Meteorologi, salji setebal 27 sentimeter di catatkan di sekitar ibu negara sekali gus menjadikannya jatuhan salji paling lebat dalam tempoh 45 tahun.

"Kebanyakan mangsa terbunuh akibat kemalangan selepas kenderaan mereka terbabas di atas jalan yang berais,"katanya, menurut laporan AFP.

Ribut salji yang melanda ibu kota pada malam pilihan raya pemilihan gabenor juga dipercayai boleh menjejaskan kehadiran pengundi di bandar dengan jumlah penduduk 13 juta orang itu.

Sementara itu, bandar di timur laut Sendai merekodkan jatuhan ais paling lebat sepanjang 78 tahun iaitu setebal 35 sentimeter.

Seterusnya, ribut salji dijangka melanda utara Jepun semalam. - AFP

Wan Sakinah jelas isu tayang perut


Wan Sakinah


AWAL minggu lalu, isu tayang perut atau ‘baby bump’ oleh isteri kedua pelakon Ashraf Muslim telah menarik perhatian ramai.

Tindakan Wan Sakinah memuat naik sekeping gambar ‘baby bump’ itu ke laman Instagram milikinya, nyata mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Lebih mengejutkan ada di kalangan mereka menyifatkan tindakan Sakinah itu keterlaluan kerana gambar perut yang ditayangkan itu agak kurang manis dan mungkin menyinggung perasaan madunya, Dayana.

Melihatkan keadaan itu, Sakinah tidak berdiam diri malah tampil menjelaskan perkara yang sebenar di mana bukanlah niatnya untuk menayang sebaliknya sekadar berkongsi rasa teruja dengan kehamilannya itu.

“Salam untuk sahabat, stalkers & haters. Maaf pasal gambar 'tayang perut' saya ini.

Terlalu teruja tengok perut boyot sebab itu upload.

"Bukannya nak show off kerana orang lain juga mengandung.

"Sebelum ini, pantang perut buncit saya akan ke gym, jogging, senaman.

"Tapi sekarang rasa lain, bila tahu hamil seronok tengok perut membesar," antara katakatanya menerusi laman sosial tersebut.

Sebagai insan biasa, kita seharusnya mendoakan kebahagiaan mereka dan bukannya meruntuhkan masjid yang telah terbina.

Senang cerita, buang yang keruh dan ambil yang jernih.

Sinar Harian

FAM ambil tindakan tegas terhadap pihak cetus kekecohan



KUALA LIPIS: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak dan individu yang mencetuskan kekecohan pada perlawanan bola sepak di negara ini.

Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar)bertitah FAM memandang serius perkara itu yang boleh merosakkan industri bola sepak negara dan mahu ia dihentikan segera demi kebaikan sukan berkenaan.

"Saya bimbang trend bergaduh ini boleh merugikan kita. Kita hendak fokus kepada sukan bola sepak dan tentukan kualiti serta mutu bola sepak dapat ditingkatkan selain kualiti pengadilan, begitu juga kualiti keselamatan dan kualiti stadium.

"Kalau hendak cari pasal memang senang, tetapi ia tidak akan menjadi gambaran positif. Saya berharap hentikanlah, kalau tidak, kita akan buat tindakan drastik," kata baginda semasa mengulas insiden kekecohan melibatkan penyokong Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas tamat perlawanan Liga Super di Kuantan pada Jumaat lepas.

Tengku Abdullah bertitah demikian kepada pemberita selepas merasmikan Enduro Challenge 2014 di Taman Tasik Burung Mandi, Kamahang Hilir, Benta dekat sini, Ahad.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan SukanNegeri Datuk Johari Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta Datuk Mohd Soffi Abdul Razak.

Tengku Abdullah juga berharap perkara seumpama itu dapat ditangani bersama demi kebaikan semua pihak khususnya peminat bola sepak negara.

"Ini adalah untuk keselamatan dan kebaikan penonton yang tidak bersalah. Peminat sudah tunjuk minat dan ada yang bawa keluarga serta anak-anak, jadi saya harap janganlah kita buat benda yang tiada kaitan dengan bola sepak," titah baginda.

Tengku Abdullah turut menggesa semua pihak supaya menerima baik sebarang keputusan pertandingan sama ada kalah atau menang. - Bernama

Terlampau: Bawa motor naik lif

Bawa motor kuasa tinggi naik lif
Penghuni PPR Raya Permai ini ‘kantoi’ membawa naik motosikal berkuasa tinggi miliknya ke tingkat 14 ketika lawatan pihak DBKL malam Jumaat lalu.


KUALA LUMPUR - Tindakan seorang lelaki yang sering membawa naik motosikal miliknya ke tingkat 14, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Raya Permai, Sungai Besi, di sini terbongkar apabila dia terserempak dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang melakukan lawatan mengejut di kediaman itu.

Dalam insiden jam 11 malam Jumaat lalu, lelaki berusia lewat 20-an sedang menunggu lif untuk membawa turun motosikalnya sebelum ke tempat kerja.

Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL, Wan Mohammad Ghazali Nor berkata, hasrat lelaki berkenaan bagaimanapun terbantut kerana lif sama digunakan rombongan lawatannya bersama persatuan penduduk ke blok berkenaan.

Menurutnya, lelaki yang juga penghuni di situ pada mulanya dilihat tidak tentu arah dan cuba melarikan diri namun tidak mampu berbuat apa-apa dengan keadaan masih menunda motosikal.

“Seperti biasa alasan yang diberikan adalah takut motosikal hilang kerana baru beli.

“Namun saya katakan kepadanya, orang lain juga ada kebimbangan yang sama, namun masih boleh letakkan motosikal di bawah. Tindakan bawa naik motosikal guna lif ini boleh menyebabkan kerosakan dan menyusahkan ratusan penghuni lain.

“Dia akhirnya akur dengan kesalahan dan memohon maaf berkali-kali,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah beliau, pemuda berkenaan boleh dikenakan tindakan kompaun maksimum RM300 atas kesalahan tersebut.

“Kita berikan amaran keras kepadanya agar tidak mengulangi tindakan itu. Namun jika didapati dia masih membuat tindakan sama, tindakan pembatalan perjanjian sewa dengan DBKL akan dibatalkan,” katanya.

Wan Mohammad Ghazali berkata, pihaknya kini telah menempatkan penguatkuasa bagi mengawal kawasan perumahan DBKL termasuk mendapat kerjasama persatuan penduduk dan pihak rukun tetangga kawasan.

“Kawalan dan pemantauan akan dibuat dari masa ke semasa mengelakkan sebarang kejadian kecurian dan sebagainya,” katanya.

Untuk rekod, sebelum ini DBKL pernah menamatkan perjanjian sewa penghuni Perumahan Awam (PA) Desa Rejang yang kantoi membawa naik motosikal menggunakan lif.

Tindakan itu menyebabkan lif rosak dan penghuni berkenaan tersekat dalam lif.

Takut terpaksa membayar ganti rugi, penghuni berkenaan bersama ahli keluarga lain bertindak keluar melarikan diri dari unit rumah mereka menyebabkan DBKL akhirnya mengambil tindakan sita unit.

Sinar Harian 

Kereta api tergelincir di Bukit Mertajam


BUKIT MERTAJAM: Sebuah kereta api barang tergelincir lalu terbalik dari landasan berhampiran Taman Tan Sai Ging, di sini dalam kejadian pukul 3.30 pagi Ahad.

Kereta api lima gerabak itu bertolak dari selatan Thailand pada pukul 11 malam Sabtu dan dalam perjalanan ke Selatan Semenanjung. Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Berikutan kejadian itu, semua perjalanan kereta api kargo serta penumpang dari Utara ke Selatan dan sebaliknya, terganggu sementara menunggu kerja-kerja mengalihkan gerabak itu selesai.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan negeri Lim Hock Seng berkata beliau ada menerima laporan berkaitan kejadian itu dan sedang menunggu maklumat lanjut daripada pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Katanya KTMB dan kontraktor landasan kereta api itu iaitu MMC Gamuda sedang menyiasat punca kejadian kerana insiden berkenaan berlaku di atas landasan baharu untuk projek Landasan Berkembar Elektrik.

"Sebuah kren seberat 100 tan telah digunakan untuk mengalih gerabak yang terbalik dan kerja-kerja dijangka selesai lewat petang ini," kata Lim ketika dihubungi.

Beliau berkata kerajaan negeri juga mengambil perhatian serius kejadian yang berlaku dan akan mendapatkan laporan lengkap daripada pihak KTMB.

Seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Cheah, 50-an, berkata ketika kejadian, dia dan keluarga sedang tidur apabila tiba-tiba terdengar bunyi geseran yang kuat sebelum disusuli bunyi dentuman.

"Bunyi dentuman itu sangat kuat dan kami sekeluarga terus bangun daripada tidur kerana bimbang berlaku gempa bumi atau sebagainya, saya keluar dari rumah untuk melihat apa yang terjadi.

"Dari rumah saya nampak kereta api yang membawa gerabak kontena sudah terbalik dan barangan yang dibawa juga bertaburan di atas lantai, nasib baik kereta api itu tidak mengenai rumah penduduk di sini," katanya dan menambah jarak antara rumahnya dan landasan tidak sampai 10 meter.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada wakil KTMB yang berada di tempat kejadian gagal selepas mereka enggan mengulas sebaliknya memaklumkan kenyataan akan dikeluarkan oleh ibu pejabat.

Bernama

Tiada pengumuman pengunduran Taib hari ini


Pengumuman mengenai pengunduran Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak dilakukan hari ini.

Sebaliknya proses peralihan kuasa jawatan nombor satu negeri itu ketika ini sedang melalui fasa perundingan.

Sebarang pengumuman mengenainya dijangka berlaku hujung bulan ini.

Taib dan beberapa tokoh kanan kepimpinan negeri mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Wisma Bapa Malaysia, Kuching pagi tadi.

Zahid merupakan pemimpin kanan pertama dari peringkat pusat yang bertemu Taib selepas isu pengunduran Ketua Menteri kembali hangat diperkatakan.

Abdul Taib yang bakal menamatkan kepimpinan selama 33 tahun di Bumi Kenyalang akan menyerahkan surat perletakan jawatan secara rasmi selepas bertemu dengan Yang di Pertua Negeri.

Parti pimpinan beliau, Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kelmarin telah sebulat suara memberikan mandat dan menyerahkan sepenuhnya keputusan menamakan pengganti jawatan Ketua Menteri kepada Taib sendiri.

Astro Awani 

Kecewa kejayaan 'Flappy Bird' musnahkan kehidupan, pencipta tarik balik permainan



KUALA LUMPUR: Pencipta 'Flappy Bird', Dong Nguyen, mengumumkan akan menarik balik permainan mudah alih beliau itu sekitar jam 2.00 pagi Isnin nanti.

Hasrat tersebut telah diluahkan oleh beliau menerusi laman Twitternya awal pagi tadi (Ahad).

Menurut portal Buzzfeed, beliau mendakwa permainan itu telah 'merosakkan' hidupnya, dan melahirkan rasa kecewa atas perhatian yang diraih oleh populariti permainan tersebut.

"Saya boleh kata 'Flappy Bird' satu kejayaan buat saya. Tetapi ia juga memusnahkan kehidupan santai saya. Jadi sekarang saya membencinya," katanya dalam salah satu tweetnya.

Permainan yang menjadi kegilaan serta boleh mendatangkan tekanan itu dilaporkan telah dimuat turun lebih 50 juta kali.

flappy bird

Dong, dalam Twitternya bagaimanapun menafikan bahawa tindakannya itu adalah berkaitan dengan undang-undang.

Beliau juga memaklumkan akan terus menghasilkan permainan mudah alih yang lain.


-Astro Awani 

Nelayan mati dalam bot


DUNGUN:  Hasrat seorang nelayan untuk temujanji dengan pakar jantung di Hospital Kemaman pada 17 Febuari depan tidak kesampaian selepas ditemui mati ketika menangkap ikan kira-kira 30 batu nautika dari Kuala Dungun.

Che Md Khaidi Nik, 52, seorang tekong bot ditemui tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu bot oleh empat awak-awaknya selepas menurunkan bubu kira-kira jam 12.30 tengahari.

Menurut isteri mangsa, Rahmah Ibrahim,54, berkata suaminya itu dimasukkan ke wad hospital Dungun selama seminggu selepas mengalami sesak nafas dan dibenarkan keluar Hospital Khamis lalu.

Kata Rahmah,beliau menasihatkan mangsa supaya tidak ke laut namun suaminya mendakwa simpati terhadap  empat awak-awaknya tidak dapat mencari rezeki sepanjang tempoh dia dirawat di hospital.

Beliau berkata suaminya  keluar ke laut kira-kira jam 11 malam pada Jumaat juga dengan hasrat untuk untuk menambah sumber kewangan sebagai perbelanjaan untuk mendapatkan rawatan pakar.

Menurutnya,salah seorang dari awak bot terbabit menghubungi pemilik bot dan kemudianya memaklumkan  mengenai kejadian itu.

Bot yang membawa jenazah mangsa  tiba di jeti lembaga kemajuan ikan maysia (lkim)kuala dungun, kira- kira jam 2.30 petang dengan dikemudikan salah seorang awak awak..

Ketua polis daerah, pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.

Katanya, bedah siasat ke atas jenazah mangsa di bilik forensik hospital dungun mengesahkan tiada unsur khianat dan mangsa disahkan mati mengejut. - ASTRO Awani 

In the United States, 'natural' food may be anything but

In America, there is no definition of "natural" - Filepic


In the United States, pre-packaged foods loaded with artificial ingredients and chemicals can make it onto grocery store shelves boasting the label "natural."

Why? Because in America, there is no definition of "natural."

This gray area has led consumer advocates to threaten lawsuit after lawsuit against big food giants, alleging that their claims are misleading and illegal.

"There are just too damn many 'natural' lawsuits," said lawyer Stephen Gardner of the Center for Science in the Public Interest (CSPI), estimating there have been around 50 in the past decade.

"It only scratches the surfaces of the number of companies that are making these claims. We keep coming across them," he said.

Some lawsuits have been merely threatened by CSPI, and eventually settled out of court after the company agreed to change labeling.


Others have been filed by private parties seeking class action payouts.


The latest involves Kraft Foods, maker of Crystal Light powdered drink mixes which contain artificial sweeteners and colors, a texturizer called maltodextrin and a synthetic preservative called butylated hydroxyanisole.

In January, CSPI notified Kraft of its intent to sue if the word "natural" continues to appear on products like Natural Lemonade and Natural Lemon Iced Tea.

Gardner said talks with the company are ongoing, but given his experience -- he first sued Kraft over similar claims on its Capri Sun drinks in 2007 -- he expects Kraft to counter that the word "natural" relates to the flavor.

"I am not aware of a lemonade flavor. I am aware of lemon," Gardner said.

Many consumers believe 'natural' claims.

Asked for comment, a Kraft spokeswoman told AFP that a federal judge in California recently dismissed a similar claim against Crystal Light.

"Our products are clearly and accurately labeled with information that is both truthful and helpful for consumers," spokeswoman Caroline Krajewski said in an email.

Foods that claim to be "natural" but clearly are not can slip past authorities because the main US regulatory agency, the Food and Drug Administration, has not formally defined "natural."

However, the regulator has sent several warning letters to companies in the past, FDA spokeswoman Theresa Eisenman told AFP in an email.

"Although the FDA has not established a formal definition for the term 'natural,' we do have a longstanding policy concerning the use of 'natural' in food labeling," she said.

"The FDA considers the term 'natural' to mean that nothing artificial or synthetic (including all color additives regardless of source) has been included in, or has been added to, a food that would not normally be expected to be in the food."

The FDA has left Crystal Light alone, and consumer groups complain that regulators are not aggressive enough, leaving plenty of room for corporations to exploit well-meaning shoppers who appear to be susceptible to packaging claims.

According to the market research firm Nielsen, "natural" products produce over $22 billion in annual sales.

A full 77 percent of US consumers polled said they believe "natural" claims at least some of the time, and nine percent said they always do.


Lawsuits keep them 'honest'

Despite the high volume of lawsuits, the matters often settle out of court and corporations avoid big payouts, said Gardner.

"We stop them, but they get to keep the money they stole from consumers by fraud," he said.

In some cases, a company relents to pressure from consumer groups but is sued again by private interests seeking a cash payout to people who bought the product.

Such was the case with Ben and Jerry's ice cream, which took the claim off 48 products in 2010 but has since faced a drawn out class-action lawsuit.

Some companies have quietly dropped "natural" from their packages, including Naked Juice and Frito Lay chips, as the food industry faces thorny legal questions over genetically modified ingredients and common additives like corn syrup.

In Gardner's view, the lawsuits would stop if the FDA came up with a definition for "natural."

But Baylen Linnekin, executive director of the non-profit group Keep Food Legal, said more regulation is not the answer.

"The idea that the FDA needs to define every word that has ever been used to refer to food is ludicrous," said Linnekin.

"The occasional lawsuit helps keep companies honest and that has always been the case."

AFP RELAXNEWS